Monday, November 29, 2010

Ulasan Ulasan Winter's Bone


Winter's Bone adalah salah satu filem kegemaran aku tahun ini. Ia adalah filem formula penyiasatan yang pada akhirnya membawa kepada konspirasi lebih besar. Perbezaannya? Segala-gala berlaku di pedalaman Kuala Lipis edisi Amerika. Mungkin disebabkan hidup beratapkan tempurung, aku agak terkejut tengok negara tersebut masih lagi ada kawasan yang sebegini mundur (kita bercakap tentang tempat yang kedai pun ada-tak-ada, okey) dan filem ini benar-benar memaparkan elemen ini yang jarang kita lihat dalam produksi Hollywood; memberinya intrig dan klaustrofobik yang lebih mencengkam.

Kontrak aku dengan blog Mahhass, Skrin untuk tulis tentang filem-filem seram, thriller begitu masih belum habis. Maka, kau perlu ke sana untuk baca ulasannya. Kau juga boleh layan trailernya di bawah namun aku saran baik jangan, ia adalah sebuah filem yang lebih mantap jika kau menontonnya tanpa sebarang pengetahuan. Malah, posternya pun kalau boleh kau jangan jenguk.

Okey, itu lawak saja.

Read more...

Trilogi Trailer #3: Terrorism Oddity


Source Code mempunyai skrip terbaik aku pernah baca dalam sejarah. Ya, dalam sejarah. Tapi yang aku pernah baca sajalah, dan aku baca tak sampai lima buah skrip seumur hidup. Kau boleh muat turun di sini untuk tahu sama ada aku betul seperti selalu atau salah buat pertama kali. Ia berkisar tentang seorang askar dipaksa menyertai satu program yang membolehkannya menikmati semula pengeboman sebuah kereta api berkali-kali - dengan tempoh lapan minit sebelum itu - untuk tahu siapa dalangnya. Walaupun plotnya bunyi macam banyak ralat - takkan pengebomnya ada sekali dalam kereta api itu? - percayalah cakap aku, ia dikraf dengan cukup tekun dan teliti yang gerenti akan membuatkan Hitchcock pun tersenyum lebar kalau membacanya. Ya, ia mempunyai premis yang hebat; ya, ia memang penuh gimik; tapi sehebat maha karya The Master of Suspense, Source Code berkembang menjadi lebih dari itu pada akhirnya - penuh kritikan tepat ke batang hidung tentang kekalutan autoriti di Penjara Abu Gharib, penderaan di Guantanamo Bay, dan sudah tentu, pentadbiran fasis Bush secara menyeluruh.

Filem thriller sai-fai ni akan keluar awal tahun depan tapi trailernya sudah pun terpacul kini. Aku kira setiap pelakon agak kena. Aku bukanlah peminat gedang Jake Gyllenhaal tapi dia ada kualiti everyman yang sajak dengan protagonis ini (cuma susah sikit nak percaya dia seorang askar yang berpangkat kapten). Michelle Monaghan dan Jeffrey Wright semuanya okey, tapi Vera Farmiga ada sedikit kelainan - wataknya adalah seorang lelaki dalam skrip asal. Dan dia juga tidak bersikap terlalu asshole dan pushy - asal dia adalah jenis tentera berpangkat besar pada zaman pasca 9/11 yang sanggup buat apa saja demi kejayaan misi, namun kecut nak menempatkan diri sendiri dalam bahaya - which is weird, aku ingat mereka menjadikannya perempuan untuk tambah volume pada amp dan apamnya lagi.

Yang paling menarik minat aku adalah pengarahnya, Duncan Jones yang sebelum ini mengarahkan Moon, antara filem kegemaran aku tahun lepas. Pada mulanya dia hendak membuat susulan kepada filem tersebut berjudul Mute - bukanlah sekuel terus tapi lebih ke arah situasi dalam universe yang sama - namun kerana masalah ekonomi rumah tangga yang tak dapat dielakkan, dia terpaksa menghasilkan Source Code dulu. Still, aku rasa dia bukanlah setakat pengarah makan gaji. Aku rasa anak kepada David Bowie ni sama berbakat macam ayahnya (kurang-kurang Bowie pada zaman pra 80-an) dan dia tetap akan bagi kejutan kepada orang yang dah pun baca skripnya; biarpun, ehem, trailernya kelihatan biasa-biasa sahaja - namun cop mohornya tentang identiti masih tak dapat lari.

Ada orang canang yang Source Code bakal menjadi Memento baru dari segi kesannya terhadap kultur sinema. Aku tidak rasa begitu. Ya, aku suka skripnya, tapi kita kena faham sejarahnya juga. Memento adalah sebuah filem indie yang dihasilkan hampir tanpa bajet, jadi apabila ia keluar dengan naratif berambisi begitu, orang terkejut beruk maka pujian diberi tanpa berbelah bagi mengenangkan asalinya. Source Code, sebaliknya, dihasilkan oleh studio besar yang mengeluarkan siri jahanam Twilight dan dibintangi oleh Prince of Persia. Bagaimana bagus pun hasilnya, aku rasa ia akan menerima backlash daripada para fanboy yang menyukai sesebuah filem bukan kerana kualiti tapi populariti. Lagi kurang dikenali lagi didakapnya. Aku cuma berharap kau yang membaca entri ni tidak termasuk dalam golongan tersebut. Lihat filem dari sudut filem itu sendiri, dan bukan bagaimana ia diangkat.

Sementara itu, kau boleh layan Twitter Duncan Jones di sini. Dia adalah Twitterer yang agak insightful tentang industri dan bidangnya, jauh lagi bagus dari segala macam bintang pop yang kau ikut tu.

Read more...

Tuesday, November 23, 2010

Trilogi Trailer #2: Apabila Koboi Dikahwinkoboikan Dengan Makhluk Asing


Awalnya aku tidak begitu berminat dengan filem ini kerana ia adalah adaptasi komik yang diterbitkan pada era pasca moden - dikeluarkan bukan untuk dibaca orang sangat, tapi lebih ke arah untuk dijadikan filem semata-mata. Aku tahu industri komik Amerika sudah semakin nazak*, tapi jika amalan ini diteruskan, aku bet budaya pop mereka sudah boleh siap-siap tempah keranda.

Jadi kau bayangkanlah betapa terkejutnya aku bila tengok trailer Cowboys & Aliens yang sebegini ngam. Mula-mula dulu, dengar yang ia bakal diarahkan oleh Jon Favreau, aku menduga-duga ia penuh dengan trademark lawak dan tongue-in-cheeknya. Jelas di sini tidak, genre Westernnya diterap seserius mungkin dan elemen sai-fainya hanyalah di latar - kehadiran makhluk asing di dalam cerita ini lebih bersifat seram. Aku kira bila keluar besok, orang akan lebih membandingkannya dengan Predator atau Tremors dari Close Encounter of the Third Kind atau... err, XX Ray.

Seperti Green Lantern, filem ini juga akan keluar pada musim panas tahun depan. Selepas produksi James Bond ke-23 terpaksa ditangguh dek kemuflisan MGM, seronok dapat tengok Daniel Craig jadi hero untuk filem besar begini. Dia ada keseriusan, ketawanan, ketrampilan, kegasaran, kekarismaan dan segala perihal ke- dan -an yang diperlukan satu-satu bintang tu. Ikutkan hati, setiap filem aku nak dia jadi hero. Dan ikutkan hati, nak saja aku tengok Harrison Ford berhenti berlakon 10 tahun lalu. Namun kerana dia memegang peranan sampingan di dalam filem ini, aku sedia memberi peluang. Olivia Wilde aku tak berapa kisah sangat, tapi dengan filem ini dan Tron 2.0, nampaknya filem genre dah ada ratu baru. Dan nama-nama besar seperti Steven Spielberg, Brian Grazer dan Ron Howard sebagai tenaga penerbit menguatkan lagi firasat aku yang ini bukan filem sebarangan.

Yang risaukan aku kini cuma satu (well, dua sebenarnya): Roberto Orci dan Alex Kurtzman, penulis skripnya yang aku kategorikan sebagai lubang gelap bagi sekalian erti bakat di muka bumi ini. Sebelum ini, dua mamat celaka ini menghasilkan skrip Star Trek yang macam musibat, duologi Transformers yang macam lahanat dan pilot nafas baru siri Hawaii Five-0 yang macam pantat. Aku tak tahu apa ada pada dua ekor mamat ini yang menjadikan mereka nama besar di Hollywood - sampai menjadi orang kepercayaan Spielberg! Mungkin sebab darah Yahudi yang mereka kongsi bersama? Mujurlah Favreau bukan seorang Yahudi yang mengalami delusi supremesi. Aku kira dia ambil penulis ketiga dan salah seorang pencipta Lost, Damon Lindelof (ya know what, my bad, Yahudi juga) untuk memperbetulkan penulisan Orci dan Kurtzman yang lazimnya malas dan terlalu berkiblatkan falsafah Joseph Campbell. Patutnya konsep hero's journey ni semua mati bersama-sama dengan prekuel Star Wars beberapa tahun lalu.

Tapi itulah, kita tengok macam mana. Buat masa ni aku akan ikut setiap inci perkembangan filem ini. Diharap kita tidak akan dikhabarkan dengan berita yang mereka mahu menukar tajuknya ke apa. Tidak dinafikan memang kedengaran agak picisan - bapa aku pun hampir berdekah apabila tajuknya keluar - tapi bak kata Labu tentang benda-benda basi begini, "Itulah yang Pak Haji suka tu!"

*Itu akan diterangkan di lain entri.

Read more...

Pengarah Pebenda Yang Boleh Main Twitter Sewaktu Tayangan Umum Filem?

Serius aku tanya kau, pengarah pebenda yang boleh main Twitter sewaktu tayangan umum filem? Nizam Zakaria, bekas pengkritik filem, bekas blogger dan teraju utama di sebalik siri mini terhebat dalam sejarah Ponti Anak Remaja; ya, dialah orangnya.

Tengah hari semalam, Nizam Zakaria yang hanya ditemani oleh zakarnya menonton filem terhebat dalam sejarah 2 Alam di GSC IOI Mall, Puchong. Dia Twitter reaksinya terhadap filem tersebut sewaktu ia sedang berlangsung, keluarkan iPhonenya atau whatever lalu berkongsi lawak-lawak terhebat dalam sejarah dengan pengikutnya. Kau pernah bukan ke panggung dan ada mangkuk mula teks sewaktu tayangan dan kau rasa betapa menjengkelkan sinar putih itu biarpun cenonet; betapa ia mengganggu konsentrasi? Aku boleh faham jika pukimak anak remaja yang melakukannya, tapi di sini kita bercakap tentang seorang pengarah.

Bagus juga Nizam sudah tidak mengulas filem lagi - sekurang-kurang dalam bentuk esei - sebab jika tidak, hilang terus kredibilitinya di mata aku. Kita tak mempunyai sebarang alasan untuk menggunakan telefon sewaktu tayangan, tak kisahlah filem apa pun. Pawagam dikunjungi oleh orang yang keluar duit untuk duduk menonton; sama ada kau rasa filem tu hancur atau tidak, secara umumnya memang biadap untuk berkelakuan sedemikian. Ya, kau mungkin akan kata orang tak ramai; ya, kau mungkin akan kata orang tak kisah; well, diam tidak bererti tidak kisah* dan jikalau panggung itu habis kosong sekali pun, itu tidak memberi kau lampu hijau untuk lafaz sifir tujuh kuat-kuat. Ia bukan ruang tamu rumah mak kau. Ia adalah tempat awam dan ia wajar mendapat respek paling asas, dan menutup telefon kau adalah salah satu darinya. Ia adalah undang-undang after all.

Sesiapa yang ada ke pawagam dalam dua tiga tahun ni cukup faham bahawa pengalamannya kian teruk saban hari. Orang berteks, orang bergebang, orang bawa anak lapan bulan menonton filem yang penuh unsur kedewasaan. Menonton filem, sebaliknya, menjadi sesuatu yang membingitkan. Orang tahu filem, orang yang minat filem, orang yang terlibat dengan dunia filem (tak kiralah TV atau sinema) seharusnya bertanggungjawab memperbaiki aktiviti tersebut menjadi lebih baik, bukan lebih teruk. Tapi Nizam membuat kegiatan menonton wayang menjadi lebih teruk buat mereka di sekelilingnya semalam. Nizam, bak kata orang putih, should be ashamed of himself.

Tapi mungkinkah Twitter Nizam sangatlah kritis dan mendalam sehingga ia berbaloi mengganggu orang lain? Apa kata kita lihat ayat ini sebagai contoh:

"Pondan, macam mana woman sekalipun, mesti pecah lobang jugak ya!!!"

Masing-masing ada dada, bukan? Well, dipersilakan tepuk dan tanya selera sendiri.

Jika kau betul kaki filem, kau tidak akan menggunakan telefon sewaktu menontonnya di pawagam. Nizam adalah seorang kenalan, maka aku tahu dia suka benar dengan medium seni ini. Nah, orang lain juga berperangai macam celaka di pawagam, tapi bagi golongan ini filem adalah pakai buang; bukan benda penting macam yang kita-kita ni rasa. Itulah yang membuatkan perkara ini lebih mengecewakan. Sebab Nizam adalah seorang intelek. Serius, sekiranya aku turut berada di panggung yang sama, Nizam barang kali sedang tercari-cari telefon baru di Sungei Wang sekarang.

Aku tahu ada orang akan mempertahankannya dengan berkata, "Ilaks arr! Skati dia arr nak buat aper pun!" Orang ni salah sama sekali. Jika kau mahu Twitter di rumah sendiri atau di panggung peribadi abah kau, beronanilah kau sepuas hati. Tapi sudahlah kita terpaksa menangani segala macam motherfuckers yang membuat pengalaman menonton filem semakin tidak mengujakan, tidak fasal-fasal kini kita harus berdepan dengan kejengkelan orang yang bukan sahaja faham dunia filem, malah terlibat dengannya secara langsung. Aku berdoa agar Nizam dapat melangkah lebih jauh, berkarya untuk layar perak macam tu. Dan aku nak tahu apa reaksinya bila dapat tahu orang Twitter sewaktu menonton filemnya di pawagam, buat lawak and stuff. Aku bet dia tidak akan syer nilai humor yang sama.

*Aku kenal ramai orang yang sanggup berdiam diri dengan penuh merana sepanjang durasi dari membuat teguran. Aku tidak. Di tayangan ...Dalam Botol kelmarin, aku menghamun seorang asshole yang bertabiat suka menyambung-nyambung dialog filem seraya bergelak sakan. Jika kau adalah asshole tersebut, yeah, that was me.

Read more...

Trilogi Trailer #1: Kulihat (Tanglung) Hijau


Aku merupakan peminat gedang Green Lantern. Barang kali secara sinikal. Maksud aku, kita bercakap tentang adiwira yang sarung barang kemas (yakni cincin) untuk jadi power, guna lantera untuk caj kuasa cincin itu, merupakan sebahagian dari pasukan gerak khas berskala cakerawala, dan, percaya atau tak, alergik pada warna kuning. Malah, siap ada sejarah hero kita jadi buta kejap sebab mata dia kena tepek dek mustard. Mustard, gua cakap lu! Lagi gempak, komik dia menghadam segala kemerepekan ini dengan serius nak mampus - Hal Jordan bagi aku adalah protagonis paling straight dalam sejarah komik.

Pun begitu, para pembikin filem adaptasi Green Lantern semacam tahu betapa bahlulnya konsep tersebut, maka ton cerita ni tampaknya dijadikan lawak-lawak sikit jika dilihat pada trailernya yang keluar beberapa hari lalu. Dan ironinya, aku suka. Aku suka Ryan Reynolds sebagai Hal Jordan dalam versi ini; aku suka dengan Hector Hammond, Sinestro dan Kilowog yang kita nampak sekali imbas saja; dan aku suka tengok para pembikinnya mengekalkan konsep kosmiknya yang epik - di mana kerja hero bukan setakat nak selamatkan bandar bangangnya, atau awek bahlulnya, atau kotenya saja, tapi keseluruhan planet dan bima sakti sekali gus. Perjuangannya bukan saja bersifat peribadi, malah demi masa depan manusia sejagat. Dan ini menjadikan Green Lantern filem superhero yang paling aku tunggu-tunggu.

Diarahkan oleh Martin Campbell (Casino Royale, The Mask of Zorro), Green Lantern akan ke panggung pada musim panas kelak. Bagi sesiapa yang tak sabar macam aku, dipersilakan baca draf pertamanya dulu yang ditulis oleh pengarah asal, Greg Berlanti. Dan bagi sesiapa yang rasa filem ni nak "tiru" ton Iron-Man disebabkan oleh pengambilan Reynolds, jangan risau, skrip yang bertarikh tengah 2008 ini membuktikan yang unsur kelakar ini diset sejak awal lagi; bukan sekadar tangkap muat. Dan ia memang kelakar - mengenangkan mcguffinnya cincin, lengkaplah humor yang merujuk pada kaum Hobbit, orang masuk meminang dan sebagainya.

Oh ya, pada mulanya aku sangsi dengan pakaian Green Lantern yang CGI sepenuhnya. Faktor utama sebab CGI amat mudah dimamah usia; dua tiga tahun saja dah lapuk. Tapi yang menariknya di sini adalah kefleksibelannya. Kurang-kurang dapatlah tengok superhero yang bebas bergerak - taklah nak toleh kanan kiri pun susah dek baju getahnya. (Batman, ya, gua tengah cakap dengan lu.)

Dan oh ya, tak sabar aku nak tengok kerajaan gam filem ni sebab logonya sama macam PAS.

Read more...

Monday, November 22, 2010

Ikonomi Tidak Membangun

Dunia seni tanah air semalam, bak kata orang putih, hit all time low. Di Mingguan MStar, pelakon Nur Faezah Elai kata dia dah tak ada hati lagi dengan bidang ini. Jelasnya, ia amatlah dipenuhi dengan moral dan etika bobrok di kalangan artis - banyak sangat kes cerai-berai sebagai contoh - sampai dia mengambil keputusan untuk bersara lagi empat tahun. Nah, Faezah bukanlah seorang yang berbakat, malah aku kira dia merupakan jenis artis yang berpaut pada kebobrokan itu untuk terus kekal dalam industri ini. Tapi apabila dia yang begitu pun merasakan dunia hiburan kita macam celaka, aku cakap kaulah, kita dah tak punya sebarang dalil untuk mempertahankannya lagi.

Dan bagi aku, eloklah tu.

Dunia seni tanah air dipandang serong bukanlah sesuatu yang baru. Rakyat Malaysia sendiri amat sinikal tentangnya. Tanya sesiapa sahaja di jalanan. Tapi terdapat paradoks di sini; biarpun sudah tersedia maklum, Faezah dan terutamanya masyarakat Malaysia yang seolah-olah pejuang akhlak sejagat sentiasa mahu kesemua artis kita berperangai sebaik-baik ulama; tak pun nabi terus.

Aku kira apabila seseorang itu bertekad menjadi artis, mereka tidak pernah terfikir pun nak jadi idola. Mungkin seperti kita, mereka hanya cari makan. Dan untuk cari makan di dalam bidang ini, muka itu perlulah terpacul di hadapan masyarakat. Hatta muncullah di media sana sini sekali gus menjadikan mereka public figure. Segalanya berlaku secara tidak langsung namun masih, dek kebodohan masyarakat kita, public figure bermakna mereka perlu dipandang tinggi sekali. Aku tak tahu kenapa. Mungkin kerana perhatian kita diraih, maka artis perlu membayarnya dengan menjadi hak milik masyarakat.

Tapi artis bukan hak milik masyarakat, dan tugas utama mereka cuma satu: Untuk menghiburkan kita; memperagakan diri mereka kepada khalayak dan menyentuh emosi kita. Tapi jiwa masyarakat kita yang kosong menuntut lebih - kita menuntut artis kita menjadi contoh, menjadi idola; pendek kata, TV Pendidikan dalam versi darah daging. Tatkala masih tercari-cari identiti untuk berkarya, tidak semena-mena artis kita dibebankan lagi untuk berkelakuan baik, bersopan santun, tertib 24 jam yang terus terang cakap tidak ada kena-mengena langsung dengan kerja seni mereka. Wardina Safiyyah dengan bangga dan bangangnya pernah berkata artis Malaysia tidak layak dijadikan idola. Well, bak kata orang putih, they shouldn't be at the first place!

Yang menariknya, kadang kala masyarakat terlalu sibuk tentang moral sampai terlepas pandang terus bakat artis (maksud aku, buat sebahagian yang adalah). Aku rasa ini berpunca dari sikap yang mudah terasa. Seolah-olah, "Aku tak peduli kau buat apa pun, tapi kalau kau kasi aku offended; siap!" Seperti kes Fazura dahulu, kebanyakan orang keliling aku yang mengkritiknya tidak pernah menonton lakonannya pun. Namun dek perkhabaran tak baik tentangnya keluar, habis dilempar caci maki sampai yang tak pernah tengok filem Melayu pun bersumpah nak boikot Gol & Gincu. Mereka tak peduli bahawa Fazura seorang pelakon yang bagus; jauh berkali ganda lebih versatil daripada Lisa Surihani yang kononnya baik, kononnya pandai bawa diri. Langsung tak sedar sejak I'm Not Single hingga sekarang, lakonannya kekal sekeras batang aku di subuh hari. Bagi aku, itu lagi wajar dihamun. Dan percayalah, kalau dia pernah dilanda kontroversi (sekali lagi, yang tiada kaitan dengan kerja seninya), konfem dia tidak akan menang Pelakon Wanita Terbaik kelmarin untuk peranan yang tidak habis itu. See, masyarakat kita menimbal apa sahaja berdasarkan akhlak dan akhlak semata-mata.

Mungkin ada yang mendedau, "Hei, jadilah macam Maher Zain! Itu boleh dijadikan idola apa!" Kenapa? Sebab dia menyanyikan lagu-lagu yang memuji Tuhan? Jika begitu, kenapa tidak mengidolakan mak cik-mak cik dalam Kumpulan Marhaban Daerah Tambon saja? Mereka pun penghibur yang menegakkan agama apa. Nama pun agama bukan, jadi sama ada Maher lebih kacak atau tidak tak perlu menjadi persoalanlah. Pun begitu, betul ke itu yang kita mahu? Barisan artis yang tiada lain hanya terdiri daripada kalangan penyanyi nasyid. Kalau kita dengan penuh yakin mengatakan "ya," dengan berharap pegangan ini akan menempatkan kita di syurga, maka tahniahlah kerana ini bermakna masyarakat kita bukan saja dangkal dan buta akal, malah hipokrit nak mampus*.

Fine, aku tidak kisah jika masyarakat kita cuba menjadi Islamik - terap nilai-nilai murni ke dalam diri semua orang kecuali diri sendiri - tapi demi Tuhan kurang-kurang kasi jelas sikitlah dikotomi tu. Sering kali timbul berat sebelah apabila tiba bab moral ini. Ambil P. Ramlee sebagai contoh. Seniman itu tanpa sangsi adalah penghibur terbaik yang Malaysia pernah lahirkan. Dan aku percaya semua orang bersetuju dengan hal itu. Tapi aku percaya ramai orang tidak bersetuju dengan cara hidupnya sebagai kaki tonggang, kaki skandal dan kaki judi** - sebelum dia meninggal dunia, dia memiliki sebuah kedai mahjong. Bagaimanapun, masyarakat kita yang konon warak ini tidak pula berbelah bahagi dengan karya-karya P. Ramlee; tahu pula menilai mengikut kriteria. Maka, kenapa tidak semua artis diadili sebegitu rupa? Oh, tolonglah jangan kata yang P. Ramlee diberi kelebihan kerana "jasanya." Jika itu prinsip yang kau julang, serius cakap, itu bukan Islamik tapi konservatif - eksklusiviti buat mereka yang layak sahaja.

Aku rasa sudah tiba masanya masyarakat kita buka mata sikit dan kiblatkan pencarian ikon atau idola atau whatever ke arah lain. Jika terdesak sangat nak cari nur dalam seseorang pada setiap fucking masa, Islam mempunyai ramai lagi tokoh yang kita belum habis telaah. Perjalanan Salahuddin Al-Ayyubi sebelum ke Baitulmaqdis sama sahaja hebatnya untuk memberi kita inspirasi dalam kehidupan seharian. Malah, riwayat Tok Janggut pun bukan tertakluk sewaktu dia menentang British sahaja - zaman kecilnya pun ditempuhi dengan pelbagai dugaan yang boleh bikin kita muhasabah diri. La ni, sudah kita sendiri cari panduan hidup dari orang yang melalak lagu tentang cinta romen, kemudian bila timbul cerita yang dia beromen dengan cintanya, boleh pula terkejut beruk. Tak faham aku.

Artis adalah artis. Idola adalah idola. Kedua-dua golongan itu tidak seharusnya berada dalam kelompok yang sama. Kewujudan artis di muka bumi ini bukan untuk mengajar kita macam mana nak hidup dan memberi kita makna tentang hidup. Untuk itu, sudah tersedia saluran lebih sesuai. Secara batin, artis adalah manusia biasa. Secara zahir, ya, rupa mereka jauh menawan tapi itu merupakan sebahagian dari segulung ijazah untuk mereka menapak dalam bidang ini. Mungkin kejayaan mereka dalam karier boleh dijadikan inspirasi; tidak lebih dari itu. Dan apa yang mereka buat secara peribadi adalah hal mereka. Kita tak perlu melihat mereka melalui prisma seperti nak cari calon isteri atau suami. Jangan sesekali keliru. Jika kita boleh lihat masyarakat - terutamanya diri sendiri - dengan pelbagai lapisan, kenapa tidak artis kita? Yang paling penting, sekali lagi aku ingin tekankan, bakat yang mereka tonjolkan. Jika itu yang bobrok, ya, dipersilakan henyak cukup-cukup.

*Aku nak tengok sesiapa yang boleh utarakan hujah bahawa masyarakat moden Malaysia boleh hadam satu genre muzik sahaja.

**Ihsan Abdullah Hussian.

Read more...