Followers

Showing posts with label potpet. Show all posts
Showing posts with label potpet. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Isteri mana yang tidak berleter,kan?


wah, sapa kah isteri yang penyabaq yang tidak penah membebel,kan?
sikit banyak mesti ada membebel punya.
aku ni ye la kot, sejak azali mmg dok pot pet ja..
tp ofcmate aku yg pangkat kakak cita la dia ni dulu pendiam.sebelum kawen xbanyak cakap.dh kawen pun xbanyak cakap lagi..tp once bila da dh beranak pinak, dia jadi kuat membebel.
"akak ni dulu mana la banyak cakap, tp bila dh ada anak dh pandai membebel"..haaa, begitu katanya.

ada x kaum lelaki ni (read: laki aku) terpikir kenapakah isteri (read: aku) ni membebel?
adakah seronok2 nak membazirkan ayaq liuq mereka (aku)?
oh sama sekali tidak. ini lebih kepada hobi.kikikkiki..

tidak.

mcm kak tu ckp ngan aku, dia kata bila dh ada anak, anak sulung mcm ni, anak no 2 cam ni sampai la anak no 5 mcm tu. jadi bila banyak karenahnya, satgi anak dok letak baju atas lantai instead dalam bakul yg disediakan. mak still akan kutip baju atas lantai tu tapi mulut pun secara automatik bekerja jugak. pastu otw nak letak baju anak dlm bakul kotor, terjumpa pulak stoking laki kat tepi tangga, dia pun akan still akan kutip stoking tu tp mulut buat kerja jugak.

pastu masuk toilet, tgk ada daki kat dinding toilet, sambil amek berus dia sental, tapi mulut akan terkumat kamit kenapala org lain buat pejam mata ja nampak kotor tu atau adakah mata dia ja yg nampak.padahal toilet tu laki dia ja guna.hmm..membebel lagi.

keluar dari toilet, tgk sinki lak pinggan xbasuh lagi. dh la penat cuci toilet xabih lagi, sambunng cuci pinggan lak sambil menjeling laki yang tgh tgk tv. sambil tangan cuci pinggan, mulut pun menjejeh2.

pastu dah abis, tgk mesin basuh dh berhenti. tgk dalam mesin baju xsidai lagi. amek baju sidai pulak. potpet lagi. dan benda ni berterusan sampai la suma keja abis.duduk relax depan tv . pun mulut xleh diam lagi sebab tertengok cita bodoh kat tv yang iklan setiap 5 minit. haha

adakah semua keja xsiap?
tak.
keja buat jugak. siap jugak keja tu, tapi kenapa perlu nak membebel?
sebab bebel tu satu ekspresi / luahan atau whatever la yang dirasakan perlu untuk disuarakan. 
dengan harapan isi rumah tu dapat mendengar dan boleh meredakan apa yang dirasakan.
mmg la penat membebel ni tapi bila dh membebel tu rasa puas ja. *aku la tu*
kalau laki dengar tapi buat2 xtau atau xamek iktibar, maka kuasa bebelan akan digandakan.

laki aku selalu cakap kalau aku bebel."awat la xbuat ja daripada dok membebel xbenti tu."
mmg la boleh buat, tp saja nk jugak membebel.huhu
sebelum entry ni tamat, meh aku kongsikan artikel dari iluvislam.com.
sangat2 menarik..:)..en suami dh baca kan artikel ni..;)


Suami Hebat, Suami Penyabar


RASULULLAH MENCONTOHKAN SIFAT SABAR TERHADAP KARENAH ISTERI

Di dalam buku Purnama Madinah karya Ibn Saad, Bandung , Mizan 1997, muka surat 173, ada tercatat sebuah hadis yang berbunyi, Umar pernah berkata, "Ya Rasul, mahukah engkau mendengar aduan saya? Kami kaum Quraisy biasa menguasai isteri kami.

Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat (Madinah) di mana lelaki tunduk diam pada isteri mereka. Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku perempuan Ansar ini.


Suatu hari saya menegur isteri saya dan dia menjawab balas. Saya tidak menyukai perilaku seperti itu. Dan dia berkata, 'Apakah kanda tidak menyukai dinda menjawab? Demi Allah, para isteri Rasullullah menjawab balas baginda.

Sebahagian mereka mendiamkan baginda sepanjang hari sampai malam.' Saya (Umar) lalu berkata, 'Dia rugi. Apakah dia merasa aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?'" Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduan daripada Sayidina Umar itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkataan Umar. Isteri juga mempunyai suara dan pendapat yang harus didengari suami. (Cuma perbincangannya haruslah dengan hikmah). Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, "Dari hadis tersebut dapat diambil pelajaran bahawa terlalu keras terhadap isteri bukanlah sikap yang terpuji. Sebab, Rasulullah SAW sendiri meniru sikap orang  Ansar dalam memperlakukan wanita mereka dan meninggalkan sikap kaum baginda  sendiri."

UMAR MENCONTOHI KESABARAN RASULULLAH TERHADAP LETERAN ISTERI

Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata,"Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?"


Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata,

"Wahai Amirul mukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"

Umarpun berkata kepadanya,"Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.

Lelaki itu menjawab,"Wahai Amirul mukminin, demikian jugalah isteriku."
Umar berkata,

"Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja."
Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan,

"Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seorang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka."(Riwayat Muslim dan Ahmad).

_________________________________________________________________________________
ha kan?!dh baca artikel ni laki ku berkata : kalau isteri amirul mukminin pun berleter, apatah lagi isteri amri..
renung2kan..ehehehe

Thursday, December 22, 2011

Tak sanggup berjauhan..:(

yee..serius sekarang ni rasa rindu membuak2 kat buah hati aku..huhu..
wuaaa...
adib, mak rindu la!

skang ni adib kat kedah ngan opah n sepupu2 dia..amri lak outstation kat langkawi..
so tinggal aku ngan adam je la..
sabtu ni baru aku nk balik kg..mulanya plan nk balik nek ketapi ngan adam n adib sebab malas nk suruh amri patah balik dr kedah mai kl semata2 nk angkut kami kan..sure penat, kos lagi..

pastu, tgk tiket habis..xkan nk nek bas kot..adam no hal, aku risau adib la, camana la nk control, nnti dia lari2, ngan aku nk pegang adam lagi..isk2, xbleh2..

so, bincang2, hantar je la dulu adib kat kampung..aku beli tiket flight balik ngan adam je..xdela susah sebab adam xleh berlari lagi..hihi..cempong je dia dalam bjorn, settle.hehe..amri balik kedah ngan adib je la..tu 1st time dia travel ngan adib utk perjalanan yg agak jauh la..selalu drive dekat2 je kan..

ni pun 1st time aku pisah ngan adib utk tempoh yang lama..masuk hari ni dah 5 hari..wuuaaa,lama tu!ish, salute la kat ibu2 yang mmg berjauhan ngan anak2 sebab keje..aku baru berapa hari dh rindu2an, ni mujur ada adam, kalau aku sorang meroyan la..teringat aku sorg kakak kat jabatan aku, baru dapat nek pangkat dr kedah ke putrajaya, terpaksa tinggal anak2 dia kat kg, husband dia lak kat penang..yg tu mmg mencabar sangat2 la bg aku, sebab semuanya berpisah.huuhu..dia lg la sorg kat sini..masa aku pi BTN hr tu, amri bwk adam n adib utk amek susu perahan, dia nampak aku bf adam, terus dia nangis..terus dia dukung adam sambil peluk2 n nangis2 dia..rasa bersalah sungguh, n kesian tgk dia..mmg tabahla, kalau aku kt tempat dia xtahula..

ofcmate aku lak, pun sorg2 je kat sini, husband n anak kat sarawak..tu lg la, tiket flight bukannya murah..tp kuasa ibu kan, sanggup bergolok gadai apa je nk tgk anak..serius aku xdapat bayangkan perasaan berjauhan ngan anak.*sekarang tgh alami la*..tu pun ngan sorg anak je, kalau2 2-2 mmg banjir umah aku..kagum aku ngan ibu2 mcmni..:(

tepon adib pun dia bukannya nk bercakap..kalau ngan mak dia xheran sangat, kalau ngan ayah dia mmg xbleh la..meraung2 kalau ayah kuaq umah..hari tu masa nk balik kedah, dia siap happy2 lagi babai kat aku yg dh bergenang air mata ni..pastu kt kg pun, mak aku cakap xdela dia tercari2 aku, tp dok sebut ayah dia je..sob2..tp ok la, kt kg, dia ada geng dia..dh mcm anak kg btoi la dh kt sana..hitam merelit dah.

bila aku balik umah, rasa sunyi lak, sbb xde suara dia yg terjerit2, menangis2..betulla, kalau dia ada, mmg bising umah ni, kdg2 buat aku tension sbb suka sepahkan umah la..tp bila dia xde, tgk apa jadi?mmg sunyi..kosong..bukan ni ke yg aku nak?tak2, biarla bising pun ngan jeritan dia, even tu la yg aku nk dengar skang ni..:(

teringat lak td motivasi kat radio ikim..penceramah tu ckp cabaran ibu bapa bekerjaya..mak bapak sibuk sgt bekerja.balik ptg @ malam, masing2 penat..anak2 menuntut itu ini utk dilayani 'emosi' mereka, tapi mak penat, mintak ayah yg layan, ayah pun penat pass balik kat mak..last2 anak2 tido.esok pagi bangun mak ayah dh sibuk nk gi keje, pastu masa lebih banyak diluang bersama pengasuh/datuk/nenek/penjaga selain dr mak bapak..jadi mana masa berkualiti ngan anak?dia bg contoh, selalunya ibu2 lepas bpantang bila masuk keje, akan terbayang2 wajah anak kt ofc..siap tgk gambo anak kat depan pc..rindu nk dengar suara anak bila balik..tapi bila dh sampai umah, tuntutan tugas kat umah buatkan ibu2 ni lupa apa yg dia rindu kat ofc td..nk dengar suara anak2!selalu bila anak2 bising, mak nye pulak balas balik dengan bebelan "nape bising sangat ni, cepat2 tido, sok nak sekolah, tido cepat"..lalu anak pun tido n mak senang hati dapat update blog, bukak fb, tgk tv bila anak tido..*eh2, mcm tuju utk sendiri je*..

sedangkan ibu2 sepatutnya bersyukur dan cakap " xpe nak, cakapla apa nk cakap, mak akan dengar, seharian mak tinggalkan kamu, mak rindu sangat nk dengar kamu berceloteh dan cerita dgn mak apa yang kamu lalui hari ni..kamu xboleh cerita lebih banyak kepada org lain berbanding dengan mak..

tapi realitinya, amat sukar kan?huhuhu..serius rasa nk tampo muka sendiri sebab apa yg motivator tu cakap mmg sebijik kena kat batang hidung aku.dush!!aku mengaku kalau balik mmg suara aku la yg volume tinggi, mengharapkan kesempurnaan anak kecil utk duduk diam tertib2 jangan sepahkan umah..mak penat ok.nak kejar basuh botol, siapkan beg ke taska, nk lepas penat dr ofc lg..argh,mcm2 alasan lak.kalau tgk adib nek beskal nk langgar2 aku, aku siap cubit2 dia suh dia main jauh2..*nangis*..padahal, dia buat mcm tu mybe nk ajak aku ligan2 beskal dia ke kan..sob..sob..:'(..bila tgk dia gelak2 ngan ayah dia men panjat2 belakang tau lak aku nk menjeles.

teruknya aku..:(..xpe, masih belum terlambat!!!!huhu..aku akan cuba jadi mak yang terbaik buat adib n adam..tu akan jadi azam no.1..huhu..macam kat radio tu, kata ibu bapa sibuk bekerja, anak hadapi tekanan mental..Allah, mintak la dijauhkan..semoga masih ada ruang utk kita sama2 perbaiki mana yang kurang..:(.. xnak la anak lebih suka bersembang dgn org lain dr mak ayah sendiri..kalau kita xnak 'ditinggalkan' anak bila kita tua nnt, jangan la kita 'tinggal' dorg masa kecik..tinggal bukan bmaksud duduk jauh je, even kalau dok sebumbung pun anak boleh rasa ditinggalkan..yg paling penting komunikasi..

tak nak la jadi macam pendengar radio tu cakap anak2 sekarang "berbapakan televisyen, beribukan peti sejuk". sebab apa, tu je sumber hiburan budak2 masa ni..lebih banyak habiskan masa tgk tv, dan makan amek terus dr fridge *frozen*, sebab mak xmasak..tidakkkk...

eh, dah jadi macam motivator lak dah..elok2 nk wat entry padat ringkas menyatakan rindu kat adib, dh jadi panjang berjela2..takpela, renungan dan ingatan tuk aku jugak..huhu

Cannot do this ok..talk nicely..hehe


Erkk..NOO


hehe..camni bleh?
Mom_and_son : cute family with two children,illustration art
LOVE this..

Mom_and_son : Mother Teaching Child : Mom helps her son learn to walk on his own for the first time.
more hugs and kissess..

i miss u adib!!err, amri jugak..:)..insyaAllah, minggu ni kita jumpa ok..

Thursday, April 21, 2011

3 kisah yg berbeza.*kes malas*

as salam..
sekejap je kan dh khamis..huhu..mggu ni aku bz sket, kena attend kursus pastu bla..bla..bla..malas lg..ntah, mcm2 nk dibuat dlm kepala, tp nk laksanakan tu aduhaiiii...

entry aku sebelum ni pasai adib tumpahkan baby oil kan..
haaaa..kali ni lak mak dia sungguh bertuah..n jadi mangsanya adalah adib..aduhaiii lg..
kejadian tu masa weekend minggu lepas..
aku terpecahkan botol perfume aku lalu telah menumpahkan sebotol minyak wangi tu kat bilik..sayangnyaaaa..baru beli sembuq 2-3 kali dh jatuh pecah berderai..huhuh..nak wat camana, xdak rezeki..

aku dh mop tp xilang sgt..
ingatkan ok..pastu mlm tu kami 3 beranak landing depan tv..adib nk landing dia tgk bantal dia xdak..so, dia pi la kat bilik amek bantal dia..*suka tgk dia lari pi kt bilik n amek bantal..haha*
tup2 kami 2 dengaq dia teriak kuat gila..aku ingat dia jatuh besa ja..mmg selop la org kedah kata..aku dengaq amri kata "ai, awat ni'..bila pi tgk, rupanya dia jatuh sebab minyak perfume tu la..licin..:(..bad mom btoi..mau amri xmembebel..tp dia nangis sat ja..

dok lama pastu aku tetiba ternampak dahi dia ada 'teloq ayam'..aduhhh..lg rasa bersalah..kesian btoi..mmg terserlah kebenjolan kat dahi dia tu..

hari esoknya plak, ayahnya nk mandikan dia..dia lak jenis xsabaq, excited sgt nk mandi..huhu..aku masa tu tgh nk vaccum umah..adib dok dekat pintu bilik ayaq, pastu dia nk pi kat ayah dia yg tgh dok isi ayaq dlm tab..depan mata aku bedebuk dia jatuh terlentang..mmg terlentang sungguh.aku yg tgk dpt rasa sakit tu..aku terus jerit 'abang oiii'..aduih, sampai la saat tu dok terbayang lg.aku teruih teriak time tu jugak sekali ngan adib..adui adib, depan belakang kepala ang terhantuk ni..risau toksah kata la..aku dok tgk gak kot2 dia muntah2 ka hr tu sebab aku risau sungguh kat leher dia tu..pastu tgk dia aktif men cam besa, gelak2, alhamdulillah la..

lps tu mmg aku menjerit2 ja la kalo dia kuaq dr bilik ayaq dok basah2 lg..kdg2 amri dok kata aku ni membebel2 je..tp tu la..camana la aku xbebel..aku kalo nk mandikan adib, aku siap semua dulu baru panggil adib mandi..amek tuala siap2, boh ayaq siap2..dia dak, ajak adib mandi, tp time tu baru la nk siapkan semua..time dia isi ayaq, budak tu dh terlompat2 nk masuk..pastu suka sangatttt tak amek tuala siap2..mula la, 'mak, adib dh siap mandi..mana tualanya..' grrrr btoi..muahahahaha...

k la, xsyok taip panjang2 gambaq xboh..hehe..
ni gambaq masa weekend lepas..kt giant..pg tu ujan lebat, mulanya nk pi pasar je.tp beli kt giant sajala.

suka gambaq ni..hehe..sambil bekpes tgk luaq ujan lebat..hehe..adib ralit tgk ujan n lori..:)
awat aku nampak ayah dia besaq lak..hmmm
beli set bekpes kfc, pastu dok makan kt c2..:)
hehe..suka lak tgk dia hangkut beg ni..dh terbayang dia pi skolah nnti..sebenaqnya beg tu ada kwn dia sambut besday..pastu mak budak tu bg sorg seketui kat budak2 len termasuk adib..hehe..dh ada 2 beg mak kwn2 dia bg, baguih btoi..jimat xpyh beli..hehe..
jalan2 sambil dok gigit straw..aduih..aku tatau la pasaipa tp tmpt feveret dia mmg giant..kalo kami pi giant ni, kemain bertepuk2 lg tangan tu suka sangat..huhuhu..dia mcm dh tau selok belok tmpat tu..hehehe..

p/s: tahniah kt rakan blogger, pizet sebab dh selamat bersalin anak perempuan seberat 3.3kg kt kuala nerang..rupa2nya rumah kami ni dekat saja..insyaAllah, kalo balik kmpung nnti dan la pi tgk dia..nk tergelak pun ada sebab 17/4, dlm kul 11 malam tu kami dok msg2, dia dh overdue tp xsakit langsung..tup2 kui 7 pg 18/4 dia msg dh beranak..tekejut aku..mmg sat la dia beranak, sampai spital kul 6, kul 7 dh beranak..bestnyaaa..hehehe..tahniah!

ok sekian, 3 cerita dlm 1 entry..hehe..

Friday, February 25, 2011

strawberry buat aku gila.

semalam singgah giant lepas amek adib..
berdua je la ngan dia..

tapi tak ku sangka tindakan ku menyinggah giant ngan adib membawa keletihan dan mengundang kesabaran yang bukan sedikit.huhu

aku just guna bakul hijau kecik tu je kan, sebab giant ni kecik je..
beli apa2 yang patut, dia pun sibuk nk heret bakul tu..xpela..biarkan je la,asalkan dia diam.

tgk2 dia amek strawberry..strawberry yang korea tu..bapak mahai peket kecik rm13..ke mmg standard ek harga dia sebab xpenah beli..hehe..
lebih kurang camni la paketnya, ni aku gugel jek..

ni dia start suka sebab hari tu mommy mel bagi red velvet kat aku ada strawberry seketui atas kek tu(makaceh ye kak, anta le lagi!hehe)..dia dok pulun makan stoberi tu je la..xbg peluang aku rasa langsung!
agaknya bila dia nampak kat giant, terus dia amek..

aku salahkan giant sebab letak buah tu rendah sangat kat rak, sampai dia bleh capai..kalau letak tinggi2 kan xjadi cenggini..(dasar kedekut punya mak).

pastu aku pun cakap, xpayah la amek, amek buah lain yg lebih murah..hahahaha..
dia xnak jugak, siap tangan sebelah pegang tu, sebelah lagi sibuk nk heret bakul tu.lantakla, asal dia diam..

masalahnya bila tang nk bayaq tu, aku pun amek la bakul tu letak kat kaunter nk bayar..dia punya menangis beguling2 kat cashier tu..sampai semua org tgk ingatkan aku ni mcm dera dia pa..aku pun dukung dia (sampai sakit pinggang aku dengan badan dia meliuk lentok), cakap nk bayar..boleh dia main tarik2 bakul tu ngan budak cashier tu..last2 aku keluarkan semua barang dlm bakul tu, bagi bakul tu kat dia..xmau pulak..dia tgk budak tu amek stroberi tu lagi la meraung kuat..nk scan je pun, terus bg kat dia balik..

ntah apa yg dia sentap pun tatau..budak tu dh bagi balik buah tu kat dia, dia menangis lagi..siap membebel lagi kat budak tu..aduihla..pastu aku letak dia kat bawah, terus dia lari pi rak buah tu..(nampak la sebab dekat je pun)..terjatuh paket tu dan berderai la buah tu bertaburan..aku ni tgh nk membayar..grrr..seb bek ada staf yg tolong..kutip2 bg kat dia, tamau pulak..siap lari pi amek paket yg baru lagi..aduih, tepuk kepala aku..seb bek budak tu kata, xpe kak, harga sama, dh scan dh..biarla dia, dr dia menangis lagi..huhuhu..malu hakak..

satu giant riuh rendah disebabkan ang adib oii..balik cita kat amri, dia kata tu la, patutnya nk pi beli barang kena ada dia..aku dh malas balik umah nk kuaq lagi..dh tu, inila nasibku..sabo je la.

Wednesday, February 23, 2011

isu dan masalah rumahtangga.;)

pagi tadi dengar sinar fm..kebetulan dorang jemput Ust siti noor bahyah tu..
ada la sorang pendengar ni dia kol bgtau apa masalah dia..dia siap sebak nk nangis bila dia kata laki dia kuat sangat merajuk bila ditegur n pastu akan tengking dia balik ..dia tegur tu bukan apa, sebab dia rasa laki dia xtolong dia sangat uruskan rumah..2-2 keje, tp balik keje suami dia nk tgk tv je..xnak tolong dia uruskan apa yg patut..dia kena handle anak2 la, semua la..

so, dia nk pandangan ustazah bahyah camana cara dia nk tegur laki dia supaya xmelenting lagi..n dia nk suami dia turut sama ringan tulang bantu dia..kalau pasal duit ke apa dia xkisah sangat..dia dh kawen 10 tahun..so, ustazah tu tanya, dh 10 tahun tu, tang mana kesabaran dia dah?dh tergugat ke or mampu bersabar lagi..

dia cakap dia mcm dh tergugat dah..sebab dia rasa mcm dia sorang je yg handle hal2 rumah ni..laki dia nk rehat je..kalo nk tolong ikut mood je (alhamdulillah nk tlg jugak sekali sekala kan)

hmm..aku rasa sebenarnya benda ni ramai kaum2 isteri pernah mengalaminya..jangankan 10 tahun kawen, yang 2 tahun kawen pun dh rasa stress..aku penah baca (my mistake tak ingat sumber kat mana), kajian 7% sahaja lelaki (suami) yang membantu isteri menguruskan rumah..mungkin ni tanpa disuruh kot..7% sahaja??

tatau la samada mmg sifat semulajadi kaum suami yg menyangka hal2 rumah (basuh kain, sidai, lipat, simpan, seterika baju sendiri, baju suami, baju anak2, sapu sampah, kemas habuk semua, mop lantai, masak, jerang air, jaga anak, basuh berak anak, siapkan anak, nk tgk keje skolah anak lagi, ajar anak mengaji, kemas katil, tukar cadar tilam, basuh toilet, dll lain2 la..) itu adalah mmg tugas wajibun kaum isteri..tu belum masuk hal2 bab melayan atas katil atau di mana jua berada lagi..nampak macam remeh, tp bila di listkan uiii banyak kan nk kena buat..takkan semua isteri nk kena buat?

dan ditambah lagi tu belum masuk bab mengandung dan melahirkan..eh2, tu dh jadi lain kan, teremosi pulak..sebagaimana kaum suami yg balik rumah rasa nk landing depan tv saja, kaum isteri pun rasa jugak nk buat yang sama..rasaaaa sangat..tp balik2 rumah letak beg xdan pikir nak duduk apatah lagi nk landing, dh kena simpan semua barang2, tgk baju bertimbung dalam bekas kotor nk basuh, yang mana bertimbun lagi nk kena lipat..dan anak2 jerit2 mak..mak..

dan suami perlu ingat, kalau dikata dia letih sebab bekerja, isteri pun memainkan peranan yang sama..sama-sama bekerja..jadi apalah salahnya kalau sama-sama penat..(tp depends jugak keje pasangan masing2 camana)..kalau isteri nk benti keje jadi suri rumah, xbg sebab ekonomi sekarang mana mungkin satu pasangan saja yg bekerja..kos semua meningkat kan..sekolah anak2 lagi, semua bil2 lagi (jangan lepas ni ada org tunjuk kat aku semua tu boleh diatasi dengan login facebook dapat RM100 sehari sambil tunjuk gambar tayang duit, aku xperlu semua tu ok..tq)

jadi, isteri dah menyumbang sama2 cari nafkah jugak untuk bantu suami, jadi apa salahnya suami pun buat benda yang sama kan..zaman skang bukan lagi macam dulu yang semua urusan isteri kena uruskan..mesti ada ayat, dulu mak saya buat semua siap jaga 10 anak lagi..ye ye...itu zaman bila la tu..kalau tanya aku skang, anak yg sorang ni pun aku dh lemah kudrat nk handle (tp tgk situasi jugak kan)..

aku bersyukur jugak dapat suami yg boleh tolong2 aku wpun kdg2 rasa mcm kena switch dulu suis mcm kt belakang patung tu baru berjalan kan, tp at least dia buat..kalau dia ada, bab anak mmg aku dh bleh tarik nafas, berak ke mandi ke mmg aku pass kat dia..wpun ada ayat 'ala, org nk relaks pun xbleh' atau 'xboleh tgk org relaks sikit la' (ayat biasa semua org)..dh tu, isteri xnak relaks ke, nakkkkkk sangat2..tp nk buat camana..nk masuk tido pun kepala berserabut fikir mcm2 lagi..pastu nnti si suami cakap, 'awak ni selekeh la, asyik pakai tshirt je, muka xberbedak la bagai..' cer cite camana nk berhias kalau nk pakai deodorant pun xsempat?kuar bilik mandi wangi2, pakai lawa2, kena ulang balik keje yang dilist kan tu, dh jadi berserabai balik..huhuh..

aku senang je, kadang2 xlarat nk sental toilet, aku tuangkan je pencuci toilet tu keliling, sapa yang masuk lepas tu pandai2 la..kalo org tu kuar toilet tu cam tu jugak mmg la xdak perasaan..haha..tp make sure kita kena mandi dulu sebelum dia..kikikik..sebab aku xsuka la nk suruh tu suruh ni, biar la tolong sendiri, tp kalau nk tggu tolong sendiri, bila kan?terpaksa la mulut pot pet jugak..;p

pokok pangkal kat sini, kena la ada tolak ansur kan..mcm ustazah bahyah bg tips, nk tegur mintak tolong suami boleh, tp biar dia relaks dulu..jangan sampai2 umah, terus cakap hal2 rumah ke masalah ke ape ke..bagi dia duduk dulu, urut belakang sikit (takut nk urut sikit jadi banyak lak kan), bagi minum ke, pastu baru cakap..kalo buat camtu pun xjalan, tatau la nk kata apa..kena mandi bunga la jawabnya..huhu..tp kalo suami buat cam tu kat isteri, org kata mesti ada makna kan..hehe

aku ni melalut gayanya..hehe..mula nk share yg tips ust bahyah je, tetiba aku lak yg mcm ada masalah kan..tp ahh, berani la aku kata, kebanyakan suami gitu gayanya..(kang kalo kata semua ada org marah lak kan)..;)

ni pendapat peribadi saja ye..;p

Thursday, February 17, 2011

tak sabar tunggu malam ni.

wah, tajuk xmenahan toi!
heppp!!
xsabaq nk tggu apa?
ai xsabaq nk baca yassin, ni kan malam jumaat..

hehe..selain dr tu..
nk tgk cite korea!

hihi..ni la 'kegilaan' aku ngan laki aku la ni..skali ngan adib pun melayan jugak..
cita Giant!bukan giant nobita tu tau..tp cite ni mmg best..
salahkan laki aku sebab dia yg buat aku terjebak tgk cite ni..dia tgk dr episod 1 lagi..
kat channel 393..
mula2 aku xlayan, sebab aku kalo nk tgk cite korea aku layan stok2 cite yang romantik2, yg nanges2, yang loving2,baru kawaii kan..hahaha..tgk poster cita ni kt atas pun mcm terbantut nk tgk kan..sabaq2..

pastu tgk laki aku dok ngadap bape episod ntah, aku rasa dia cuti time tu..dia dok cita best oo cite giant ni..aku xamek pot pun..sebab tgk cam cita lama ja, 70 an cam tu..cita ni hari rabu n khamis, kul 8 mlm..tp selalu dia tgk ari ahad, ulangan back-to-back la..mmg bangun awai, dok depan tv melekat sampai kui 11pg..

aku tgk 1 episod, tp still xmelekat lagi..cam xkena jiwa lak..cita mcm zaman perang..dh tu, dh la hero ngan heroin xhensem/lawa..org tgk cita korea nk tgk hero hensem2 kan..baru la feeling..pastu ntah camana, tetiba telekat!aku terlupee mcmna aku bleh suka tgk cita ni..aku lupeee...
mmg best cita ni..serious..
aku sendiri xsangka aku bleh terlekat tgk cita ni..tp best gak sebab slalu dok layan cita korea sorang2, tp kali ni ngan laki aku..dia 1st time follow cita korea..sebab dia kata cita ni loving2 kurang sket..hehe

ada gak romantiknya, tp sket2 ja..ada sedih gak..huhu..aku nangis macam budak xdapat aiskrim bila part adik badek yg terpisah lama jumpa balik..wuuaa..mmg sadis gila la..amri pun terkemut2 ja, nk teriak malu kan..tp terkebil2 gak la mata dia..hahaha..aku bedal ja..sampai adib pun nek heran..

la ni baru episod 27, semua ada 60 episod..aku soh amri beli cd dia tamau..xthrill katanya..pastu bila aku google nk tgk camana jadi kat si polan2 ni, balik cita kat dia marah ni..potong stim katanya..hehe..

so, malam ni xsabaq nk tgk kesinambungan cita ni...
ni la pelakon2 utama giant ni..:
ni hero poojaan hatiku skang ni..lee gang mo..mula2 dia xhensem, pastu tetiba dia bleh lak berubah jadi hensem!heheh..karisma gitu..:)..suka tgk dia berlakon..!
ni heroin dia..wpun xda la lawa sgt mcm heroin cita full house tu kan, tp still suka gak ngan dia ni..
ni hensem, tp watak dia jahat..so, potong!;P
ni abg si gang mo tu..sedih gila bila tgk dia ni teriak..time jumpa adik dia tu..huhu...sob2..

haa.yg ni kesayangan laki aku ni..comey kan?ada lesung pipit, watak dia pun comey je..ni adik si gang mo ngan sung mo tu..kot2 la nnti kalo dapat anak pompuan comey mcm ni kan..ahaks!

sinopsis cite ni:

"Giant" covers the lives of the three siblings growing up in the 1970's and their pursuit for revenge; Lee Kang-Mo (Lee Beom-Su), his younger sister Lee Mi-Joo (Hwang Jung-Eum) & his older brother Lee Sung-Mo (Park Sang-Min).

Lee Kang-Mo's father died due to Hwang Tae-Seob (a friend of his father) and Jo Pil-Yeon. Because of this, Lee Kang-Mo lost his mother and had to separate from his younger sister and two brothers. By a cruel twist of fate, Kang-Mo is then raised by Hwang Tae-Seob (Lee Deok-Hwa). Kang-Mo also falls in love with Hwang Tae-Seob's daughter Hwang Jung-Yeon (Park Jin-Hee). Now Lee Kang-Mo & Hwang Jung-Yeon's relationship changes as Lee Kang-Mo becomes driven for revenge.

Lee Mi-Joo (younger sister of Lee Kang-Mo) loves Jo Min-Woo (Joo Sang-Wook). Unfortunately for Lee Mi-Joo, Jo Min-Woo leaves her while Lee Mi-Joo is carrying his baby. After the birth of their baby, Lee Mi-Joo attempts to hide her single mom status from those around her. Mi-Joo finds success in her career, eventually becoming a star. She also becomes the step-daughter of Congressman Oh Byeong Tak, who later passes away from a mysterious accident. Mi-Joo enlists the help of her brother Lee Kang-Mo to destroy her former lover Jo Min-Woo, even though she still loves him.

Lee Sung-Mo (older brother of Lee Kang-Mo) is an agent for the Korean Intelligence Agency. He was picked for the agency by Jo Pil-Yeon (Jeong Bo-Seok) - the man that killed his father. Lee Sung-Mo is then able to find his brother Lee Kang-Mo and younger sister Mi-Joo. He tells his younger brother Lee Kang-Mo that two men, Jo Pil-Yeon and Hwang Tae-Seob, are connected with the death of their father. Lee Sung-Mo carefully details his discovery on paper. Lee Sung-Mo dreams of exacting revenge but is then shot by Jo Min-Woo and becomes disabled ...


uish, panjang lagi ni nk habis!

jom layan cita ni malam ni..

p/s: aku rasa banyak mesej yg boleh dapat dr cita ni, bak dr segi politik, atau pun mcm2 la..hehe


Monday, January 31, 2011

hobi baru.

sekarang ni aku dh malas nk hapdet blog.
malas semua benda.
tapi satu ni ja yg aku rajin.
dan benda ni la yg buat aku rasa malas nk buat semua benda..
hihihi..

taraaaaa!
xnampak aku buat apa ni?
ai tengah menjahit la u..
hehe..
amacam, nampak mcm pro dak..kah2
ye2..
skang ni aku n kwn2 kat ofis aku dh gila menjahit..dulu masa pegnen adib aku gila mengait kan..nk kata anak pompuan yg kuaq 'burung' jugak..so, xde maknanya depa kata aku nk dapat girl lak..kalo dapat ok jgk..hehe
mula2 aku ja, sebab masa tu siap tanya lagi kawan aku effa yg pandai jahit soh ajaq aku jahit..
tp dia kata dia xreti nk ajaq..(masa tu tahun lepas bulan apa aku dh xingat, sebelum posa lagi la)..time tu tgh semangat punyala cari kat tenet cara nk buat baju kurung..dapat tapi xpaham..

then, kebetulan adik aku bg 2 pasang kain kat aku sebab dia xjadi nk bagi kat makcik aku coz dia dh peram lama..satu aku antaq kat org, satu aku ingat konon2 nk try la jahit baju kurung snrik..
masa tu kat ofc kakak2 senior ramai yg terer jahit..so aku pun pi lan ngendeng ngan kak leha n kak milah soh ajaq potong kain..so depa pun ajaq la..(time ni aku amek gambaq tapi aku dh delete sebab lepas tu mood nk jahit down)

wah, sonok tul dh tau camana nk potong ken, tapi susah gila sebab kain jenis licin. org kalo nk belajaq gunala ken cotton dulu kan..aku ni belagak sket, nk wat camana..hahaha

bulan demi bulan berlalu, kain tu terperap mcm tu ja..
last2, kak zue ofcmate aku kata dia pun nk belajaq jahit lak..aku apa lagi, adrenalin memuncak la sebab dh ada geng..terus ajak dia pi beli kain..wpun aku dh siap potong ken, tp sebab semangat mai balik,kami pi beli kain baru..pi nagoya cari kain cotton yg baeek punya..mahai2 pun rembat gak..

so, bermula la episod belajaq jahit balik..kali ni kak leha menjadi cikgu kami sepenuhnya..penuh kesabaran betoi dia ajaq kami esp aku yg jadi anak murid paling ketegaq..tp potong kain cotton xdakla susah mcm kain licin mula2 tu..pastu tgk kami 2org jahit, masuk lagi 2 geng nk belajaq jahit gak!lagiii meriah!sonok2..kak irra n kak ida pun join skali..kak ida dh terer, tp dia nk asah lagi skill dia..hehe

depa 3 org kain cotton, aku lak kain licin..malas nk jahit cotton lagi sebab kain licin tu yg aku ptong dulu..pastu bila dok jahit dok la mulut ni bebel susah nau nk jahit, kain lari la..dh tu sapa suruh gatai sangat nk jet ken licin.?!tp xpa, org kata bersusah2 dulu kan..bila dh susah nk pi kat senang kira hebak la kan..wakakakaka..

maka waktu rehat yg dulunya aku membuta, la ni pakat dok usung beg jahit dan pakat dok jahit la kami 4 org diperhatikan oleh cikgu..sejam rasa sat sangat2..kalo jumaat yg dulunya dok pi berjalan perabih duit, kali ni dok la pulun jahit sambil muncung2 mulut seiring dengan jarum..(automatik kan kalo jahit mulut mesti muncung, pedoo ya amat la konon)

pastu gila kuat bersaing nih..kalo salah sorang dh laju ke depan sket, balik xsenang duduk ni, takut ketinggalan..dah tu kat umah pun membizi la pulak nk jahit pulun nk habiskan..hehehe

ni la aktiviti2 kami..

yang tudung belacan tu kak ira, yg tudung hitam tu kak ida, n yg kuning tu kak diana jadi penyibuk..hahaha..org suh join skali dia tamau..bizi anak 4 katakan (opss!)..tp dia selalu teman kami bg kata2 semangat ye dik non..hehe

ha, yg mcm org dh xterurus ni la kak zu..jahit sampai terangkat2 kaki haa..hahaha..jahitan dia kemas ooo..mcm jahit mesin..

oh ha, kami jahit tangan ye uols!kagum tak?(ulang 3x)
hehehe..
aku dh kenen nk beli mesin jahit singer menawan keluarga bahagia tu ngan amri, tp pkir2, tggula dh masterchef dulu baru bleh rembat 1 kan..bak kata cikgu kami, jahit tangan lagi sentimental..lagi sayannngg oooo..mmg betoi pun..tu yg kami jahit ni makan berbulan, kalo guna mesin, sat ja bleh siap..terbelagak pulak eh.hahah

sampai herot2 tangan kan nk pin baju..hehe

bilik mesyuarat ofc yg jadi kelas menjahit..yg tudung pink tu cikgu kami, cikgu zaleha namanya..sabaq ye cikgu..hehe..

dh la aku sorang ja student dia yg kidal..mau xmenguji lagi kesabaran..huhu..sebab tu mak aku malas nk ajaq aku jahit..tangan taik katanya..kikiki..tp best ooo..belajaq jahit mata lalat kat leher, kelim leher (tp yg ni banyak cikgu yang buat sebab ken licin ar, susah..)hehe

dan akhirnya, berkat kesabaran..tarraaaaaaaa!!
.
.
.
.
.
.
.
.
(perlu ke titik2 ni, kalo baju ang cun berbaloi jugak nk taraaa nye pun)
.
.
.
.
.
.ok2..

haaa..cantek tak2?serprise2!hehe..ni xjadi lagi..

ni la yg dh siap..kalo xlawa pun sebab kain ni mmg xlawa..salahkan adik aku sebab bg ken ni..(xbersyukur btoi)..hehe..dak2, aku xkesah sebab ken ni eksperimen ja..so, xkesahla camana jahitan dalam pun kan..hua2..

jangan ditanya awat kain ni getah dia kain lain..aku silap pi potong2 pastu ingat kain perca terus pi buang..syabas sarah!hehehe..tapi mak ai, azab toi nk jahit getah ni pakai tangan..kalo mesin senang zass teruih kot..ni kan, jahit getah ngan tangan ada yg tahan sampai guna kaki..hehee..(bukan aku ok)..;)

jadinya..
next project yg aku tgh dok buat skang ken cotton ni la..sayangggg oo ngan ken ni..
ken ni akan jadi ken yg paling ai sayang!hehe

hari ni plan ngan semua nk pakai baju baru yg dijahit sndiri..ingat nk bawak baju spare kot2 la terberetas la plak kan baju ni, tapi kena yakin beb!yakin..hehehe..rasa syiok lak pakai baju yg dijahit snirik..cheh, poyo kan!lantakla..hehe

makaseh cekgu!:)

Thursday, August 19, 2010

tindakan susulan atas kisah kembang.

aku dapat mc 5 hari, so, seminggu tu mmg dok umah je la..
2 hari lepas aku balik spital kan, ingatkan dh ok..tgk2 hari jumaat tu bangun pg mata aku start bengkak balik..wuuaaa..serius, aku rasa sgt tensen..

~nampak x mata ku itu..tp pipi telinga dh surut dh..alhamdulillah..

cuma ye la kan, benda yg bengkak, bila dh surut, mcm lebam je.siyes lebam eps bawak mata..skang ni je baru ilang, masa aku masuk ofc mmg depa pun kata nampak lain je..

bila muka dh surut, kat tangan n kaki lak gatai merenyam tu..aku punyala menggaru, aduih, kalo bley tanggai kulit tu, mmg bley la..aku akan garruuuuu sampai rasa nk pedih tu kan, baru aku benti.ha puaih hati..pastu dia start nek bengkak2 mcm gegata tu kan..uish..
mak aku kalut pagi2 tu, dia pi tumbuk kunyit hidup pastu campuq garam, then sapu kat kaki tangan..mak ai, meloncat2 aku, pedih weeeyyy..siyes pedih..

tp agak berkesan jugak la kaedah tu sebab nampak cam surut, tp gatai tu still la..sampai kuning la tangan kaki aku mak aku kejakan ngan kunyit tu.

tp ptg tu aku still pi klinik soh doc inject bg ubat tahan gatai..

hari apa ntah, jumaat ke sabtu, mak aku bawak pi jumpa tok bidan..tp mmg niat aku mula2 ingat nk pi urut B sama, nk bg lancaq susu ni..mak aku kata kot2 la angin meriyan xhilang..hahaha..so nk tgk la..
pi la urut, aku soh dia urut B skali.tp tok nek tu cakap batu meriyan aku elok ja, so bukan la..dia kata dia pun ada penah gatai2 gak cam ni, sedap tul menggaru..sampai dia kata ' ni tok nek rasa penyakit beruk mat nyeh la kita ni, mana taknya, garu macam menatang tu..'..hahahaha..ada lagi org kata beruk mat nyeh noo..*tp takmau la kata lagu tu tok nek oiii..tok nek sorg ja la..

hari ahad lak, mak aku bawak pi jumpa ustaz ni, dia kira anak murid Datuk Harun Din yg pengubatan Darussyifa tu..masa sampai2 tu, dia kata kalo nk ikut cakap doc kata dr segi perubatan, mmg dia tatau..dia bley tgk kot2 samada aku ni ada gangguan ka dak..sebab ada yg mai kat dia, kes mcm aku la, gatai2 merah2..tp bila berubat, ada 'sesuatu' rupanya..dia kata bley tgk ada 3 : samada ada benda tumpang, ada org nk 'buat' kita, atau saka.

tp aku xrasa semua tu..tp mak aku kata xsalah nk berubat,kita berusaha ja kan..
oooh, time ni amri dh balik ok!*suka2*..so, dia pun ikut skali la..
tp aku rasa siyes cuak tau.

mula2 dia tanya
'maap tanya noo..hmm..ada dak rasa benci tgk muka suami?'
hah?camana nk jawab ni depan amri ngan mak aku lak ni..
pastu mak aku cuit aku, 'xdak kan?'
aku gelak ja, aku kata kalo gadoh mmgla nyampah nk tgk dia, tp xdak la sampai benci..*heheeh*
ustaz tu angguk ja.."takpa2 kita tgk dulu nooo'

dia suh duduk lunjuq kaki kan, dia kata selagi dia bacakan ayat2 suci al quran ni, aku xleh bukak mata..so, aku pun tutup la..mula2 dia suh aku mengucap dulu..
time ni adib tgh lena..ustaz tu pun bacala surah2, ada yg aku bley ikut sebab surah2 tu ada yg cam familiar..
kuat gila ustaz tu baca, aku rasa meremang dh bulu roma aku..
dalam hati dok selawat la jangan la ada salah satu antara 3 tu..aku ni sampai 'eh2, kalo bukak mata ni jadik apa ek'..haha

pastu ustaz tu azan..time ustaz tu azan kan, tekejut gila aku..macam hmmm..mcm terasa la meremang.adib terus bangun, samada tekejut la kot..pastu terus teriak..sebab ye la, bangun2 dok kat umah org kot kan..aku time tu tutup mata lagi, dengaq dia teriak, nk ja aku bukak mata..tp tahan lagi..
yg aku nk tergelak tu, ustaz tu kata;

''jika ada di dalam badan pesakit ni, keluarlah..jika ada.pintu tu dh terbukak dah, jika ada engkau keluarla, dan jangan tinggalkan penyakit dalam badan pesakit ni..''

huish, mau aku xmeremang..siap dia tepuk2 kepala ngan belakang badan ni, sampai aku rasa nk terjungkit dah..silap2 aku yg kuaq ni..hahahaha..

ntah la ada ka dak yg kuaq, aku tatau..tp aku ok ja..hihihihi...ustaz tu ada la baca ayat2 n wat ayaq penawaq n limau purut soh mandi sebelum subuh n sebelum maghrib sambil baca selawat,3 hari berturut. tp aku wat sekali ja...tu pun xpenahnya sebelum subuh.gila ka nk mandi sejuk2..hehe..insyaAllah, xdak apa aih..

jadi, tamatla kisah aku dan bengkak..aku terima ni sebagai ujian dari Allah..sebab Allah sayang aku la dia uji aku kan..hehe..wpun sampai skang aku still dok menggaru kat tgn n kaki, tp aku rasa dh kurang skit dh..amri xsanggup tgk aku dok garu ja kan, dia belikan produk CNI, life enzyme..mak ai, punyala pahit *xsuke2*..tp dia kata pahit tu la ubat..so, harap2 pas ni ok la..

thanks tu mak, bapak, en somi, along, ajat, yah, syafiq (wpun adik aku ni kemain suka gelak tgk aku muka kembang cam dia), tok aku , mak ngah, semua la yg tolong aku..terasa diri ni lebih berharga..hehe..cayanggg korang semua!n xlupa jugak ofcmate aku kak ira yg tolong cover qeja aku masa aku sakit..;)

anda semua jaga kesihatan ya!:) *fuhh, lega dh habis*

Thursday, August 12, 2010

di dalam dilema.

aku tgh sangap pikir nk setel masalah yg 1 ni..adui
ok, tau kan yg taska adib tu under ofc amri..
so, bulan posa ni waktu operasi depa ikut ofc la, masuk kui 8 balik kui 430..*best kan*

taska bukak lak kui 730, kdg2 720 plg awal..
pastu tutup kui 430..paling lambat kui 5 mmg kena amek dah..tu pn OT.
aku masuk ofc kui 8..balik kui 5..
ofc aku ngan taska adib dalam 15 - 20 min depends ngan trafik.

masalahnya..bermula..
mula2 kata amri xkena o/station bulan posa ni..lalalaalalala..lega la sebab xdak masalah kami bleh pi keta asing2, ayahnya je la kena antaq dan amek adib..aku dengan girang nya drive sorang2 pi ofc xgaduh kalut2 antaq adib, mana nya nk ligan ngan jam yang sangat luar biasa bulan posa ni..huhu..

pastu tetiba dia kata dia kena kuaq lak minggu depan..aku cam pelik la, aik awat tiba2 kena kuaq lak..untuk mengesahkan perkara ni, aku pun contact la kawan ofc dia *gila keji xcaya cakap laki snrik*..mana tau kot dia bukak cawangan lagi satu ka, asyik nk kuaq ja kan..hahahaha..
kira kompem depa kena kuaq..so, bertambah la serabut kepala otak aku ni..sebabnya adib sajork..huhuh

aku boleh amek waktu anjal 730 - 430, tp masa nk antaq pagi tu, kalo aku awai pun taska still bukak kui 730..kompem aku asyik merah ja kalo masuk 430 sebab antaq adib pun dh 730..mana lagi nk ligan pi ofc..kalo masuk kui 8 lak, masa antaq xdak masalah, nk amek tu ja la..aduih la mak!huhuhu..

aku ada s/o kat fb aku..haha..lawak ada member ofc amri a.k.a kawan aku jugak nk tolong amek adib..touching tul la u ni!tp depa tatau betapa mencabarnya nk amek adib letak dalam car seat..hanya aku dan amri ja yang melepasi cabaran tu..hihihihi...

so..balik ni nak kena bermuzakarah la dengan en amri sambil memikirkan penyelesaian yang boleh di ambil tanpa membelakangi kepentingan ketiga-tiga pihak yakni ayah, mak dan anak..chewah ayat apakah ini..

yg penting anak. tp mak pun penting jugak. eh eh ayah pun.hahaha
wat ever lah.=)

Wednesday, August 4, 2010

mainan baru.:)

hehe..
ni kes maghrib semalam..
menjijikkan, tp lepas tu jadi bahan nk kenakan laki bini..hehe

kesnya,
si adib kesayangan jantung intan payung tu berak..
aku nak mandi solat bagai, jadi amri la yang basuhkan..*mmg kalo basuh taik aku selalu ngelat*..hehe
pastu, dh amri pakaikan pampers baru, dia tgk la tv..yg si adib ni merangkak la satu umah..

aku dh habis solat, dok la bersila kat sejadah sambil ralit baca buku doa2 ni..
adib dok ulang alik antara ruang tamu ngan bilik aku solat tu..
pastu dia diam ja..
so aku pun xsedaq la..ralit dok baca buku..
tetiba..

terpandang dia kat depan pintu toilet..
dok ralit men..
men apa????
men taik kat pampers dia!!!!!!!!!!!!

astaghfirullahalazim...
teruih aku jerit,
abang!!!

adib dengaq aku jerit tu, dia lak yg terkejut, terus dia merangkak mai kat aku..
dah sudah..tangan dia yg ada taik tu, melekat2 la kat lantai sepanjang dia merangkak..
'kelepek2..'

aku pun apa lagi, mulut sama naik la..
geramkan kat ayah nya pun ada..
dia terlupa buang la pampers kat depan pintu toilet tu..sabaq ja la..

sudahnya, aku angkut si adib, mandi samakkan dia skali la..hahaha
yang si amri pun teruih basuh lantai..bukan lap mop lagi dah, terus dia basuh ngan sebaldi air, lencun..haih..anak teruna sorang tu, pas kena marah ngan mak ayah dia, teruih tidoq xsedaq dunia..

cita ngan mak aku, mak aku kata yg salah bukan si adib tu, mak ayah dia la yg xsedaq..hahaha..
budak tu bukan tau apa kan..tp geram tul aku tgk dia men taik dia snrik..hehe

*baru anak sorang, haih....*

Friday, July 23, 2010

sakit jantung aku.

*ni sebenaqnya entry sebelum aku cuti sakit hari tu..huhu..alang2 dok dalam draf, aku kuaqkan je la, sementara aku nk amek mood wat entry baru..
sapa2 yg dh tau, aku m.c lama oo..5 hari, tp sakit seminggu lebeh..sampai masuk wad la 3 malam..mukaku jadi belon..mengerikan!nnti2 la entry pasal tu..ni muka baru nk bek..hehe..

so, layan cite ni dulu ek..wat2 je baru terjadi..hahaha


wah, dh lama aku xupdate kan..
malas la..lagipun banyak qeja oo..xdan nk wat pa..
bila balik umah, dh melepek tak leh nk wat pa..hehe*macam la ada org kesah aku blog ka dak kan?hehehe*

ni kesah semalam..(khamis)
ptg balik qeja, kol amri..sebab dia kata dia nak men futsal..
kata demam, tp nk jugak men futsal..
nk kuarkan peluh la kononnya..
aku lak bosan nk balik dgn adib berdua, plan la nk ikut dia..ingatkan puan bini kawan dia masing2 ikut, adala geng..rupa2nya aku ja bini yg ikut..lantakla..

amri men futsal kat sek. 14..forum 19 nama dia..
1st time kat situ, semua kedai makan cina jek..
sampai2 amri tanya "dh solat asaq blom?'
aku geleng la, mana sempat balik qeja terus ikut dia kan..
dia apa lagi, potpet2 la..
ha la, kat situ mana ada surau..semua kedai cina ja..dia marah la, gatai nk ikut, tp xsmayang siap2..

depa start men ja, aku bg signal kat amri nk pi netek adib dalam keta..
tp aku nk pi cari surau / masjid sebenaqnya..
ha la, mmg dh salah aku kan, pastu tak kan nk tggai cam tu ja..
so, aku beranikan diri la, dukung adib, pastu jalan kaki kuaq dari tempat futsal tu..
aku nampak stesen minyak, tp 2-2 xdak..kat stesen minyak tu jumpa polis bantuan, tanya depa mana masjid terdekat..depa kata kena jalan terus, tp xjauh..

"kalo pi jalan kaki dekat tak?"
"jalan kaki?!!akak nk dukung anak jalan kaki?kalo jalan kaki berpeluh jugak ketiak kak..

tp dia bg direction tu mcm straight ja..so aku pun beranikan diri la patah balik jalan..
sambil dukung adib tu aku baca la apa2 yg patut..Allah kan Maha Pelindung..walaupun area tu mcm xselamat ja, sebab banyak sangat kilang2..tp dh salah aku pun kan..

pastu kebetulan jumpa lagi hamba Allah yang baik hati, tgh2 jalan tu, beranikan diri teguq..
seb bek..dia kata masjid jauh..tp kalo surau tu dia kata boleh tumpang kilang vitagen punya..
aku rasa overall *chewah* aku jalan nk dekat 2km jugak la..penatnya kaki aku, dengan dukung adib lagi..
dh sampai tu kat surau tu, *seram ok lalu kat kilang tu, banyak nau mat bangla nya*

dalam surau tu ada sorang makcik la, keja kat situ..
dia tgh dok men sms..masa aku nk solat tu, dia tanya la
"anak adik ni dia nak dgn org len x?nnti adik solat dia kacau lak.."
"xpa, dia mmg camni..dia tgk saya solat, dia duduk je situ..xpe.."
then, masa aku nk takbir je, adib mmg la nangis2 mintak dukung kan..
dalam 2-3 minit, makcik tu amek adib terus dukung bawak kuaq..

desuuupppp!
bedebaq gila.
kusyuk mmg tak la..
aku rasa nk cepat2 habiskan je solat..terus rasa jantung nk pecah je..
dh habis solat tu, aku pandang kiri kanan, xdak sapa pun..kat luaq dengaq soqa budak pun dak..
doa cepat2 sambil nangis oo...
dlm hati tetiba terfikir " patutla dia tanya adib nk kat org ke tak, kalo nak senang la bawak lari..'huhuhu

aku kuaq pandang kat luar tu tgk xdak pun makcik tu..nampak mat bangla ja dok bersidai..
terus nangis tau..
tetiba nampak ada sorang laki ni dukung adib..terus aku lari kat dia amek adib..tgk2 makcik tu ikut dari belakang..
aku siap urut dada la..adib nampak aku baru kuaq sora..huhu
"akak bawak keluar sebab nnti dia kaco awak solat..bawak tgk2 pokok, hijau2 dia suka.."

aduih, nk tercabut jantung aku dibuatnya..ngeri weh..kadang2 aku slalu amek mudah kalo kuaq berdua je ngan adib..huhu..
*harap2 pasni xmau la jadi cenggitu dh..:)..ye la, wpun niat baik, tp aku lak yg ketaq ha..

Thursday, July 15, 2010

3 pagi yang sangat sibuk.

warghhhhh..
pagi tadi kan..bukan pagi kul 7..
tapi kul 3 pagi..
huhuhu..
adib kan...
dia beraaaakkkkkk...
sampai habis cadar katil aku!!huhuu

xpenah2 ok dia wat projek tgh2 malam or pagi2 buta..
kul 7 tu kira standard ar..
semalam masuk tdo ngan dia kul 10.30 lebih..
mula nk layan CSI tp ngenangkan nk bangun sahur kang, tido je la awal..
dh check pampers dia time tu kering kontang..
so, golek2 ngan dia atas katil, dia men tarik2 langsir sampai dia tertido snrik..
sebelum tu dh bg nenen siap2..
*en amri cukup risau o kalo aku tido ngan adib berdua je atas katil, sebab aku tido mampus.hahaha*

tp aku kepung baik punya..
aku sedar2 ayam bila adib dok guling2 sondol2 aku..
standard ar tu dia nk nenen..tp aku rasa cam lekit2 basah gitu..
dia dok sondol lagik sambil rengek2..
eh, xleh jadi ni, basah len macam ni..aku agak dia kencing ni..
terus terjun katil bukak lampu..

tgk2..
nah!amek aku padan muka jadi meroyan kul 3 pagi..

waarrrghhhhh...taik dia dh separuh cadar dh!
macamana bleh tembus ni????
terus kendong dia bawak masuk toilet, abis baju seluar dia kena taik n basah lencun la..huhu
dh la sorang2 den ni...
dgn si adib ni mamai2 lagi nk tidoq, bila nk basuh suh berdiri dia nk jugak duduk..
"bangun la, mak nk basuh taik ni..eiiii, bucuk2..satgi ulat mai"..hahah..macam2 la aku nk suh dia sedaq sket..dok terlentok2 ja..
dh bila basuh cik bon dia, nk sembuq taik kat seluaq dia plak..selambak la weh dia berak..masyaAllah..hehe
time aku sembuq tu, bley adib duduk pastu baring kat lantai tu..apa lagi, aku basuh muka dia biaq dia terkejut sket..haha..kijam2..dh sedaq terus dia terpa kat tet*k aku nk nenen..sabo je la budak ni..

dh siap tukaq baju, masuk dia dalam cot, aku salin lak cadaq katil tu..
dalam hati, ala, sekejap je la aku dapat tido ni ha..kul 5 dh nk bangun sahor balik..huhu
sepanjang2 aku bersihkan poop dia tu, dok teriak xsangga la ingat aku nk lari pa..hehe

ingatkan dia ngantuk sangat tu xdakla dia bangkit lagi kacau aku kul 5 tu..
aku baru nk siap goreng teloq, dia dh panggil 'emakkkkkk'...
last2 aku bg dia teriak panggil2 aku dulu, aku makan cepat2 baru aku pi amek dia..
aku minum susu pun sambil dia dok netek..aduhai..kalo en amri ada kan senang..huhuhu..

xpasal2 tilam aku dh jadi camni:
~ni aku gugel je la gambaq ni..agak2 cam ni kot..aku sembuq febreeze banyak2..hehe..nsbla kena kat belah tempat amri tidoq..hehe~

*besa la kan anak berak..lupa plak dh jadi mak*hihihihih

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin