seorang amoi separuh bogel berdiri betul-betul di meja makan gua.terkesima gua.dengan senyuman menggoda dia meratapi gua.tak keruan gua jadinya.semakin lama semakin dekat..dan dekat..dan dekat dan membisikkan sesuatu di telinga gua.berombak gua.
"leng cai..mau dvd baik punya ka?" soalan dari makhluk comel diselaputi kulit putih separuh bogel itu menerjah telinga gua.dalam keadaan berbisik.
oh.amoi Pirates of the Caribbean rupanya.terkesima gua terhenti setakat itu sahaja.
"itu cerita tak mau la.dosa" balas gua penuh yakin.nampak..gua cuba berdakwah.
"Bourne Legacy sama itu Batman Rising ada ka?"
"itu gambar talak cantik la leng cai.nanti lu bising sama saya" balas amoi separuh bogel itu jujur.
"lain cerita pun ada ma.melayu ada.itu Alun Ajiz ala.mau ka?"
"takpa amoi.kasi tanya lain orang.gua sapot industri filem malaysia.mesti mau beli ori ma" goreng gua.
amoi separuh bogel itu berlalu pergi sambil sempat dia meniup telinga gua.nak aram.gua kembali terkesima.
dari kejauhan gua nampak brader di meja sebelah gua tadi bertanyakan sesuatu dekat amoi pirates of the caribbean yang separuh bogel itu.dan dari gerak bibir dan lenggok badan serta cara dia menggesel kaki gua sangat yakin dia sedang melontarkan dialog "amoi..Maria Ozawa unsensored ada ka?".
gua sangat yakin.
kesimpulan : bukanlah gua sapot sangat industri filem malaysia.dan cerita melayu amnya.bukan.tengok cerita melayu dekat panggung wayang pun seingat gua ada la tiga empat cerita.lepas tu gua dah serik dah.rugi duit tabung gua.tak berbaloi dengan ringgit yang gua belanjakan.sangat.stereotype.sangat.'asal cerita jadi duit'.itu je yang gua nampak cerita melayu ni.kalau dah cerita rempit..semusim lah rempitnya.tak pasal-pasal budak kampung gua pasang cover rxz kat matgad basikal layan merempit.kalau drift kereta semusimlah driftnya.cuba kalau lu drift tak tukar-tukar tayar..tak ke pancit jadinya kan abang-abang producer?begitulah juga dengan filem malaysianya.melayunya.filem kita warna kita.keluar-keluarlah dari kepompongnya sikit.biar jadi rama-rama.biar pelbagai coraknya.barulah meriah.kan?
biar macam Merong Mahawangsa.biar macam Bunohan.biar macam Chowkit.barulah terkejar filem antarabangsa.biar macam KL Gengster.walaupun banyak lagi yang perlu di gengsterkan.kan?lebih baik mengejar walaupun jauh jaraknya dari statik tak bergerak-gerak.
gua tak cakap semua.gua cakap purata.
tapi kan.satu benda gua lupa.berapa ramai rakyat Malaysia yang sanggup keluar modal nak tengok wagam macam Bunohan.wagam macam Chowkit.kan kan kan?
cerita rekaan ini hanya untuk mengisi masa lapang gua semata-mata. terima kasih kerana sudi membaca.sekian.