The PhD journey has ended... : (

Wednesday, April 18, 2012

Kata-kata Penutup

ECU Graduation Ceremony
Perth Convention and Exhibition Centre
25 September 2011
2.30 pm
Gambar-gambar ini menggambarkan yang ianya merupakan penutup kepada perjalanan kami sekeluarga di Perth, Western Australia (bermula dari tarikh kedatangan kami, 10 Julai 2008).
Posting ini juga adalah sebagai tanda penamat kepada blog "PhD... (Pening??? hantuk ler Dinding!!!)" ini, yang mana ianya telah dimulakan kira-kira 7 bulan sebelum kami sekeluarga berlepas ke Perth, WA.
Akhir kata:
Sekalung penghargaan kepada anak-anak tersayang serta kedua belah keluarga kami yang berada di Melaka dan Johor.
Jutaan terima kasih kepada UiTM dan Fakulti Perakaunan atas kepercayaan yang diberikan. Terima kasih di atas ruang dan peluang yang diberikan kepada kami berdua.
Terima kasih kepada rakan-rakan di mana sahaja serta kepada mereka yang mengenali kami atas doa dan perangsang yang telah diberikan.
Juga kepada kedua-dua penyelia kami berdua, Prof Malcolm Smith dan Dr Zubaidah Ismail.
Tak dilupa juga kepada pengunjung yang sudi singgah ke blog ini! Semoga ada manfaatnya kepada anda sekelian!
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Nota: Lama tak update dek kerana sibukkan FB!!

Wednesday, June 29, 2011

Bye-bye Corola!


Bye-bye our dear Corola!

You have served us very well through out the period we owned you.

Thank you for enabling us to visit various places in Western Australia without giving us any sort of mechanical problem at all.

Visiting various interesting and great tourist places have been made possible during the period of your service. You have enabled us to visit Pinnacles and Lancelin up north of WA, touring Perth city and its surrounding metropolitan suburbs, as well as be able to experience great destinations offered in WA's infamous South West Region (such as Cojonup, Albany, Denmark, Walpole, Pemberton, Augusta, Margaret River, Busselton, Bunbury, Mandurah, Rockingham, and Freemantle to name a few..).

A total of 31,131 kms have we travelled with you during such short stint.

Hope that your new owner will take a good care of you, full with tender love and due care!

Again, bye-bye our Corola! You will dearly be missed!

Monday, June 20, 2011

Kenangan di Melbourne

Sangat menarik dan hidup!

Itu kesimpulan saya tentang Melbourne. Ianya jauh sangat berbeza berbanding bandaraya Perth!


5 hari disana memang tidak mencukupi namun sudah memadai buat kami sekeluarga. Imah menyampaikan pembentangan di hari pertama kami tiba dan alhamdulillah artikelnya telah dipilih sebagai artikel terbaik di bidang perakaunan dan telah diterbitkan di Journal of Business and Policy Research untuk terbitan Disember 2010 yang lepas.


Kami juga berkesempatan untuk berjumpa dengan rakan-rakan lama dari UiTM di sana dan sangat berterima kasih dengan layanan yang telah mereka diberikan. Semoga pengajian PhD mereka dipermudahkan semuanya!




Saturday, October 23, 2010

Melbourne

Imah akan membentangkan kertaskerjanya di 13th International Business Research Conference di Novotel Hotel, Melbourne pada akhir November ini.

Kami sekeluarga akan menemaninya dan mengambil kesempatan untuk melawat Bandaraya Melbourne untuk beberapa hari. Segala persiapan telah pun diaturkan. Jika berkesempatan, mungkin dapat bertemu beberapa rakan di sana. Namun, perancangan bagi tujuan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Melbourne masih lagi belum dimuktamadkan.

Semoga perjalanan kami ini dipermudahkanNya.

Tuesday, September 21, 2010

Ishhh.. Supervisor aku nii!!

Semalam email pada Prof Smith draf bab terbaru.

Hari ni dia balas, "Where are Chapters X & X? Under preparation?".

Ishh dia ni.... 2 bab tu dah berbulan lepas dah hantar, siap dapat komen bertulis dari dia lagi, pun boleh lupa?? Ni mesti kes ramai supervisee la ni.

Terusss balas email dia, sambil kepilkan salinan email dia yang lepas yang mengesahkan dia telah menerima softcopy bab tersebut serta salinan email dia yang memberi komen ringkas terhadap bab tu setelah habis disemaknya.

Tu pentingnya, disimpan semua bentuk komunikasi kita dengan penyelia kita serta apa jua bentuk sofcopy yang berkaitan dengan pengajian PhD kita ni.

Tapi, Prof Smith ni kerja dia pantas. Kalau bagi draf untuk semakan, memang pantas disemaknya. Dalam email awal tadi, dia balas,
"I can let you have an annotated Chapter X next Tuesday. Lots of small changes - and a few lengthy, clumsy sentences that need rewriting. Content generally OK - except in two regards, ... bla..bla... "

Next step, mahu kasi tambah apa-apa yang patut, kasi betul mana-mana yang salah, kasi polish bagi kilat, kasi tambah lemak, masin, masam, manis pada mana-mana items, sections mana yang patut. Kasi belen kiri dan kanan, depan dan belakang...

Kira mahu kasi oomppphhh sama dia!!!

Yessszaaaa!!!!


p/s: Disclaimer: 3 perenggan terakhir itu hanya mahu kasi perangat saja.. Banyak lagi nak kena buat niii.. ish.... ishh...... ishhhhhhhh................................

Thursday, September 9, 2010

Maaf Zahir dan Batin!!!


Bulan Syawal datang lagi.

Namun kemeriahannya kurang terasa sama ketika kali pertama kami menyambutnya di bumi Perth ini pada 2008 yang lepas.

Kali ini amat kurang rasa kemeriahan untuk menyambutnya takala saya kini berada di tahun akhir pengajian. Namun persiapan yang tak seberapa tetap juga dibuat, terutama buat anak-anak kesayangan.

Akhirkata, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakan muslim, baik di tanahair serta di luar negara. Maaf, Zahir dan Batin atas segala keterlanjuran, silap dan salah baik dari segi kata-kata mahupun perbuatan kami ini.

Salam lebaran dari kami di Joondalup, WA

Thursday, July 22, 2010

2 Tahun!

17.7.2008 - 17.7.2010

Dua tahun berlalu....
Ada antara rakan-rakan yang dah pun kembali ke Malaysia. Dah ada pun yang bergelar Doktor.
Ramai juga yang telah pun berada di penghujung tahun pengajian.
Malah, ada juga yang nak tambah masa pengajian kerana sebab-sebab mereka tersendiri.
Saya ada berbaki 1 tahun lagi. Imah pula satu tahun setengah lagi. Macam mana nii??? Ehmmm
Semoga Allah permudahkan urusan pengajian kami berdua.
Dikongsikan himpunan doa-doa khusus untuk pelajar untuk tatapan serta rujukan buat mereka yang mengunjungi blog ini.