July 20, 2011

ANGGUR Alphonso Lavelle dan Black Opal : HAMPIR EMPAT BULAN

Anggur di MyHaLAMAN sudah hampir masuk bulan ke empat ( atau lebih tepat 3 bulan 3 minggu).Keadaan pokok Alphonso Lavelle dan Black Opal makin baik dengan pertumbuhan cabang dan tunas baru.
Kedua dua pokok telah mencapai palang rumah hujan di MyHaLAMAN.Batang utama telah di potong searas palang tersebut supaya dua cabang paling baik dapat dikeluarkan dan dipilh menjadi cabang utama berikutnya.

Pada peringkat ini bermulalah pembentukan pokok anggur dimana dahannya yang masih lembut boleh dibentuk mengikut kemahuan kita.Untuk ruang yang kecil di bawah rumah hujan di MyHaLAMAN ini,RiverOrchAgro cuba membentuk bulatan bulatan pada setiap peringkat cabang.Mungkin hasilnya,dahan dahan akan lebih nampak kemas berbanding dibiarkan berselirat sahaja.Dahan dua jenis anggur yang berbeza juga mungkin mudah untuk dibezakan bila dahan sudah banyak nanti.

Gambar terbaru Alphonso Lavelle dan Black opal seperti di bawah :

Alphonso Lavelle : Dahan sudah mula dibentuk.
Black Opal dan Alphonso Lavelle : Dahan dibentuk bulatan bulatan supaya kelihatan lebih kemas.
Bila sudah sampai tahap ini,kerja kerja pemangkasan sulur dahan yang tak perlu dan daun daun tua lebih perlu diutamakan supaya pertumbuhan dahan dan cabang baru dapat berkembang dengan baik.Baja dan penjagaan siraman air juga amat penting.Pokok anggur perlu air yang banyak tetapi tidak sampai air bertakung.Takungan air dan media yang terlalu lembap akan menyebabkan akar pokok rosak.Seterusnya pertumbuhan pokok terganggu.Kita tunggu lagi perkembangan dua pokok anggur ini.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP