June 19, 2010

MUSIM DURIAN DAN MANGGIS .

Mungkin agak pelik sikit tajuk kali ini.Post kali ini tiada kene mengena dengan cili atau fertigasi.RiverOrchAgro cuma ingin berkongsi mengenai musim durian dan manggis yang telah tiba.Cuba perhatikan sekeliling and ada orang meniaga durian dan manggis
di tepi jalan.

Semasa outstation temph hari ,RiverOrchAgro sempat terserempak dengan dengan peniaga durian dan manggis di sana. Di Jepun , durian dijual dengan harga Yen 1500 atau lebih kurang RM 52.00 sebiji ( currencty Yen100= RM3.50). Ini pun durian jenis dari Siam (Thai).Tidak kelihatan durian 'Made in Malaysia' di sana.Manakala manggis pula dijual dengan harga Yen 158 atau  RM 5.50 sebiji lebih kurang.Mahal jika sebiji manggis RM5.50 kerana di sini munkin boleh dapat dalam sekilo.Tidak dapat dipastikan manggis dari negara mana.

                            Durian RM 52  sebiji dan manggis RM 5.50 sebiji.

Dari lapan biji durian yang di'display', tinggal 2 biji dalam masa 3 ke 4 hari.Manakala dari sebakul (bakul ni pun bukan buatan Jepun) seperti gambar atas , tinggal 2 biji dalam masa sehari.Orang Jepun mungkin tidak berapa menggemari durian kerana baunya tapi manggis mendapat sambutan baik.

Mungkin kita boleh tanam durian dan manggis dan buat bakul lidi banyak banyak lepas ini dan eksport lebih banyak ke sana.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP