Bab 4
Makan tengahari bersama Azahari dan Mustakim agak membosankan. Pada awalnya Danish tidak kisah tapi kini rasa menyesal mula menjalar ke dalam dirinya. Apa tidaknya, mereka hanya bercakap soal bisnes. Kalau dia tahu, pasti sudah dipelawanya Khalisah sekali. Tentu suasana tidak sebosan ini.
Danish memaksa senyum tatkala Azahari mencadangkan dirinya untuk hadir ke majlis makan malam syarikat Mustakim yang akan diadakan minggu hadapan. Timbul sedikit rasa tidak puas hati dengan cadangan itu kerana sememangnya dia malas untuk ke majlis rasmi seperti itu. Telefon bimbitnya berbunyi dan dia segera menjawab kerana tidak mahu mengganggu Azahari dan Mustakim yang sedang berbual.
"Yes Lis?" Hatinya sedikit gembira apabila gadis pujaannya itu menghubunginya. Khalisah mengingatkannya tentang mesyuarat yang akan diadakan tepat pukul tiga. Luluh hatinya mendengar suara yang gemersik itu.
"Ya…I tahu. Three o’clock sharp, I’ll be there. Ok?" Janjinya. Terbit senyuman di bibir Danish. Mustakim dan Azahari hanya saling memandang dan tersenyum sendiri. Mereka sempat mengusiknya namun dia tidak ambil pusing langsung.
"Hmm…tak ada girlfriend? Betul ke ni? Eh, Azahari kau tak turunkan ilmu kau pada dia ke? Danish, you should learnt from your dad." Mustakim berseloroh seraya ketawa panjang di ikuti pula dengan Azahari. Danish sekadar tersenyum dan selebihnya dia sendiri mengakui, walaupun sudah meningkat usia Azahari tidak nampak tua malah ada yang mengatakan mereka seperti adik-beradik. Tidak hairanlah mengapa ada perempuan yang terkejar-kejarkan Azahari kerana perempuan zaman sekarang lebih mementingkan jaminan hidup, mahu yang berharta dan berkedudukan. Faktor usia bukan lagi persoalan mengapa cinta tidak boleh tercipta dan bersemi. Dan satu bonus bila papanya itu sudah lama hidup menyendiri setelah kematian isteri 15 tahun yang lalu.
"Kau bukan tak tahu anak aku ni, perahsia. Dia tak pernah cerita atau nak kenalkan temannya pada aku." Cerita Azahari. Danish mengerutkan dahi, segan apabila Azahari bercerita perihalnya.
"Apa pula ni Pa…..kalau ya pun nak mengata anak sendiri tunggulah Danish beredar dulu. Lagipun uncle, bahaya kalau kenalkan girlfriend pada papa ni, takut girlfriend tersangkut pada dia pulak." Sampuk Danish turut mengusik Azahari. Mustakim dan Azahari sekadar ketawa. Danish sudahpun bingkas, bersedia untuk kembali ke pejabat.
"Danish pergi dulu. Have fun." Ujar Danish sambil menyalami Azahari dan Mustakim sebelum beredar.
Danish mengatur langkah dengan pantas namun masih teratur dan bergaya sekaligus menarik perhatian gadis-gadis yang memandangnya. Dia sekadar tersenyum sendiri melihat gelagat mereka. Sudah biasa diperhatikan begitu dan ketika dia hendak menuju ke tempat meletak kereta, sebuah kereta Satria berwarna biru ‘Pepsi’ menderum laju di hadapannya. Dia tersentak dan segera mengurut dada. Bawa kereta macam pelesit! Hatinya jadi panas, kalau setapak lagi dia melangkah sudah pasti masuk hospital.
Dia hanya memandang kereta itu yang sedang memarkir betul-betul bersebelahan dengan keretanya. Dia menghampiri dan ketika itu seorang gadis keluar dari perut kereta. Patut pun, perempuan! Bila diamati gadis itu, dia tersenyum sendiri. Memang tidak salah lagi, gadis itu amat dikenalinya. Dan hadir rasa tidak puas hati melihat perubahan pada kereta itu.
"Hai, cantik kereta? Patut pun mahal sampai lima ribu, pasang body kit GTI…. Wow, rim pun boleh tahan. Cantik, sporty…tentu mahal harganya, ya?" Sapanya dengan nada yang sinis. Dia sengaja mengelilingi kereta Satria itu. Gadis itu terkesima, berdiri kaku memandangnya tanpa mata berkelip. Melihatnya seakan melihat hantu.
"Sudah hilang trauma? Tangan tu tak menggigil? Kaki dah tak lemah? Bawa kereta bukan main laju lagi? Dah hilang fobialah ni?" Tempelaknya. Saat dia kembali merenung, gadis itu tersengih dan mula nampak gelisah. Mungkin kerana tembelang sudah pecah. Gadis itu masih membisu, tidak bersuara.
"Kereta dah nampak ganas, enjinnya tak nak tukar?" Sindirnya lagi.
"Bagi lima ribu dah nak suruh tukar enjin, ingat cukup ke? Ini pun dah lebih lima ribu tau!" Akhirnya gadis itu bersuara, agak perlahan. Danish memandang geram. Sudahlah menipu, menjawab pula.
"Bagi balik balance duit. Kalau setakat boot yang kemek dan bumper yang terebeh tu tak sampai lima ribu. Kos tukar sport rim dan tayar ni tak ada kena mengena dengan kemalangan yang lepas." Ujarnya, sengaja hendak mengenakan gadis itu pula.
"Eh, dah bagi mana boleh minta balik. Buruk siku namanya tu!" Danish mengecilkan matanya. Memang budak sekolah ni pandai menjawab!
"Tak mengapa kalau ada siku yang buruk, janji jangan perangai yang buruk." Balasnya agak keras. Dia memang tidak suka orang yang suka menjawab seperti gadis itu. Gadis itu mencebik, terasa diri diperli.
"Kenapa nak marah ni. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita, kan? Maka begitulah orang lain, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang." Gadis itu bersuara agak perlahan. Macam ustazah yang sedang memberi ceramah.
"Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika sedang marah. Buruk tau. Kita ada baca sebuah artikel dalam internet bahawa apabila datang marah, banyakan baca Ta'awwuz iaitu A'uzubillahiminassyaitanirrajim kerana marah itu datangnya daripada syaitan. Dan apabila marah sedang memuncak, ambil wuduk kerana wuduk dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara. Jikalau masih tidak reda marah, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur." Sambung gadis itu lagi. Danish mengetap bibir, sememangnya di saat ini dia sedang menahan kemarahannya. Gadis itu benar-benar membuat dia bengang dan tidak pasal-pasal dia terjebak dalam sesi tarbiah pula.
"Wah, bukan main lagi nak mengenakan orang ya? Sudahlah menipu lepas tu nak tunjuk pandai pulak? Awak tu sekolah pun belum habis, dah nak mengajar orang. Nak suruh orang ambil wuduk dan tidur pulak tu? Kalau dah pandai sangat tak kan tak tahu, menipu dan peras ugut tu merupakan satu dosa? Haa?" Suara Danish meninggi, mengejutkan gadis itu. Terkebil-kebil mata yang bersinar itu memandangnya. Kerana masih ada rasa sakit hati, Danish segera merampas telefon bimbit di tangan gadis itu. Lalu dengan pantas dia masuk ke dalam kereta, mengunci pintu dan menghidupkan enjin kereta. Biarlah kalau gadis itu hendak marah atau mengamuk sekalipun, dia tidak peduli. Kalau dengan cara itu dapat membuat gadis itu turut merasa sakit hati, barulah dia lega dan puas.
"Wei, tak kan handphone murah tu pun nak ambil? Bagilah balik!" Gadis itu terpekik sambil mengetuk cermin keretanya. Danish tersenyum sinis sambil menekan sedikit butang menurunkan cermin kereta. Cukup-cukup untuk membuatkan gadis itu mendengar suaranya.
"Lima ribu tu banyak, pergilah beli handphone baru. Yang ni saya ambil. Assalamualaikum." Katanya sambil menekan pedal minyak. Dia tersenyum lagi melihat gadis itu menghentakkan kaki berulang kali tanda marah.