Pages

Thursday, October 30, 2008

Awet Muda

Semalam aku ada meeting dengan client kat Twin Towers.
Lepas urusan kerja beres... borak2 kosonglah ngan doang.
Muda belianya doang ni...
Umur semua mostly dalam 20an.

Ditanyanya umur aku... terus teranglah aku cakap.
Aku bukan wanita yang suka berahsia pasal umur.
Kosserlah nak malu2 pasal umurkan.
Terkejut tak percaya dibuatnya.

Biar betul....
Tengok macam baru 27thn.
Apa rahsianya awet muda camni.

Auwwww.... hahaha.
Kosser jer u all ni.
Tapi dalam hati... kembang kuncup dibuatnya.

Balik Kampung

Yeayyy... yeayyy...

Lepas kerja nanti bertolak balik kampung.
Seronoknya.
Jumaat sehari jer aku cuti.
Habis sudah cuti aku untuk tahun ni.
Sadis sungguh.

Lepas isyak hari jumaat tu ada acara akad nikah.
Adik ipar aku kahwin.
Bakal suaminya orang Kuala Kubu Bharu.
Nasib baiklah orang Selangor.
Takdelah aku nak kena cuti lagi time majlis bertandang nanti.

Sabtu barulah majlis 'bekwoh'.
Mintak2 MIL aku buat pulut kuning nanti.
Aku memang suka giler makan pulut kuning ni.
1 pinggan besar pun aku boleh habiskan.
Pelahap betulkan.

Ni kad kahwin adik ipar aku yang aku & tok laki buat. Aku tukang men'design'kan dan tok laki tukang mem'print'kan. 700 keping beb... boleh buat bisnes dah ni. Hahaha.


Wednesday, October 29, 2008

Lagi jumpa jumpi raya

Kali ni bertempat di rumah Diana.
Tak ingat plak raya ke berapa.
Tatau pun ada jumpa jumpi ni.
Terlangkah kanan... so dapatlah jumpa dengan geng2 semua.
Ni pun geng2 sekolah menengah gak.
Dulu geng2 laki ni selalulah berkonvoi raya datang rumah aku.
Masa tu semua bujang trang tang-tang.
Sekali serbu 3-4 kereta.
Seronok. S
Sekarang masing2 dah beranak pinak.
 

Blog Template by YummyLolly.com