https://www.ismaweb.net/2018/11/26/icerd-diskriminasi-siapakah-tuan-siapakah-hamba/
ICERD: Diskriminasi? Siapakah tuan, siapakah hamba?
Saya amat teruja membaca
kenyataan bapak ultra kiasu bertajuk, banyak negara majoriti Islam terima
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
(ICERD). Kenapa harus Malaysia yang majoriti Islam menentang? Adakah semua negara
Islam tersebut kurang Islamnya daripada Malaysia?
Beliau menyenaraikan dengan
panjang lebar semua negara Islam yang telah menerima ICERD, kecuali Malaysia
dan Brunei. Katanya, adakah hanya satu peratus daripada 1.9 bilion Muslim di
dunia layak untuk digelar sebagai Muslim sejati sedangkan semua negara Muslim
termasuk semua negara Muslim di Timur Tengah telah meratifikasi ICERD?
Adakah dengan mengatakan bahawa
99 peratus Muslim di dunia yang datangnya dari negara yang telah meratifikasi
atau menyetujui ICERD bukan Muslim sejati? Malah katanya China, yang mempunyai
kira-kira 50 juta Muslim, sudah menyetujui ICERD pada 1981.
Apabila bapak ultra kiasu ini
membandingkan Malaysia dengan negara-negara Arab yang telah menandatangani
ICERD, adalah perbandingan yang sangat naif dan terserlah kekiasuannya. Nampak
sangat agenda jahatnya agenda tersembunyi ultra kiasu mengaburi rakyat Malaysia
bagi menunjukkan betapa baiknya ICERD.
Sedangkan semua tahu bahawa
ICERD hanya baik untuk ultra kiasu ini, tetapi bukan untuk pribumi seperti
orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Bagi mengelakkan kekeliruan
yang ditimbulkan ultra kiasu ini, biarlah saya berterus terang. Kenapa semua
negara Arab Islam meratifikasikan ICERD? Logiknya sangat mudah, kerana mereka negara
sebangsa atau homogeneous. Berbanding kita Malaysia, negara bersifat
berbilang bangsa atau heterogeneous.
Diskriminasi macam mana pun di
negara Arab, pi mai pi mai tang tu juga, dapat kat depa. Turun naik sesebuah
pemerintahan, akan jatuh kepada bangsa yang sama.
Berbeza dengan Malaysia,
termasuk Brunei. Jika Malaysia dan Brunei masih bersifat sebangsa, sudah lama
mereka meratifikasikan ICERD ini. Tetapi Malaysia telah berubah wajah. Lanskap
politiknya yang dahulu bersifat sebangsa telah berubah dengan kedatangan
pendatang-pendatang yang dibawa oleh penjajah British dan faktor-faktor lain
yang menolak mereka mendatangi alam Melayu.
Akibatnya, asal-usulnya adalah
sebuah negara sebangsa, Tanah Melayu di Kepulauan Melayu yang bersifat
homogeneous bertukar menjadi heterogenous.
Disebabkan oleh sifat Melayu
Islam yang terlalu baik dalam meraikan pendatang, akhirnya, pendatang diterima
menjadi rakyat negara bertuah ini. Pertukarannya, pendatang perlu menerima hak
istimewa agama Islam, Bahasa Melayu, hak istimewa Melayu (raja-raja Melayu),
dan bumiputera Sabah Sarawak. Itulah yang dinamakan kontrak sosial. Hak
istimewa inilah, jika boleh dikatakan satu keistimewaan, yang mahu dibuang jika
ICERD diratifikasikan.
Ultra kiasu lupa tentang
sejarah asal-usul sejarah ini. Jika Melayu tidak menerima pendatang, pasti
negara ini kekal dengan sifat negara sebangsa. Tidak ada Singapore, yang ada
hanya Singapura bermaksud kota singa, kekal dengan nama Melayunya. Kerana ultra
kiasu di sana tidak mahu bunyi nama Singapura itu beridentitikan Melayu,
maka nama Melayunya telah bertukar kepada Singapore.
Ini tidak termasuk penghapusan
nama-nama jalan beridentitikan nama-nama Melayu kepada nama-nama yang
pelik-pelik, yang tidak ada kaitan dengan alam Melayu, sebagai satu perancangan
strategik menghapuskan segala identiti Melayu.
Cuba lihat bagaimana orang
Melayu di Singapura didiskriminasikan dengan langsung tidak diberikan
kepercayaan untuk berada dalam jawatan tinggi strategik seperti perkhidmatan
tentera, polis, imigresen dan lain-lain. Orang Melayu diragui untuk memegang
jawatan strategik tersebut kerana takut rahsia negara diketahui. Dalam kata
lain, orang Melayu didiskriminasikan kerana Cina tidak pernah percaya kepada
Melayu. Jika adapun jawatan presiden Singapura diberikan, itu hanya jawatan
‘pak pacak’ sahaja.
Bagaimana pula kepercayaan kita
terhadap bukan Melayu di negara bertuah ini? Boleh dikatakan banyak juga
jawatan tinggi strategik negara, diberi kepercayaan kepada bukan Melayu,
termasuk jawatan yang sangat kritikal Menteri Kewangan dan jawatan strategik
yang lain, termasuk jawatan strategik tentera dan polis.
Sehinggakan kita tidak ambil
tahu langsung, apabila jawatan Menteri Perpaduan diberikan, semua pegawai kanan
sulitnya terdiri daripada pegawai satu warna, tidak ada seorangpun bangsa lain
untuk memegang jawatan sulit yang rapat dengannya.
Pendek kata, kepercayaan Melayu
kepada bukan Melayu di sini jauh lebih baik daripada kepercayaan bukan
Melayu kepada Melayu. Malah jawatan tinggi nombor dua Kementerian Pertahanan
yang sebelum ini dipegang oleh orang Melayu, telah diberikan kepada ultra
kiasu. Semua rahsia keselamatan negara diketahui. Justeru, diskriminasi apa
lagi yang hendak diperkatakan.
Untuk makluman semua, apabila
Tanah Melayu menjadi berbilang bangsa (heterogeneous) melalui kontrak sosial,
sudah tentu keadaan menjadi lebih kompleks. Menguruskan negara sebangsa sudah
tentu lebih mudah berbanding dengan negara berbilang bangsa, terutama dalam
memastikan hak pribumi terjamin, seperti negara-negara lain di dunia.
Logiknya, sudah tentu pribumi
akan berasa tergugat, jika berlakunya hegemoni atau dominasi bangsa yang
mendatang melampaui batas. Inilah mungkin menimbulkan kebimbangan
Saya tidak nafikan manusia
boleh berubah mengikut keadaan, tetapi melihat ultra kiasu yang ada ini, saya
yakin mereka ini masih sama, dan tidak pernah berubah sejak daripada
dahulu
Apakah kita tidak pernah
mengambil iktibar? Sudah terang lagi bersuluh, ultra kiasu India Hindu yang
dilantik sebagai Senator menjadi Menteri, pernah memburuk-burukkan Malaysia di
luar negara. Beliau mengatakan, Malaysia mengamalkan diskriminasi yang sangat
ketara kepada bangsa India Hindu. Kuil-kuil dirobohkan sewenang-wenang tanpa
ganti dan berbagai lagi.
Sedangkan setiap kuil haram
yang dirobohkan ada sahaja diganti dalam skala yang lebih besar sehinggakan
bilangan kuil Hindu sahaja jauh meninggalkan bilangan surau dan masjid.
Pendek kata, kuil-kuil Hindu inilah yang paling banyak di Malaysia, walaupun
bilangannya penganutnya sangat minoriti berbanding agama lain.
Kawasan Batu Caves itu sendiri,
merupakan tanah kerajaan, di situlah ditempatkan kuil Hindu yang paling tinggi
sekali di dunia. Lebih dahsyat lagi, kuil-kuil Hindu ini turut dibiayai
kerajaan. Berbanding di India, semua kuil sama ada skala besar atau kecil
dibiayai dengan wang sendiri.
Kita juga turut didedahkan
bagaimana sebelum ini, Menteri India ultra kiasu tersebut turut menemui Perdana
Menteri India yang sangat terkenal dengan sikap anti Islam. Berapa ramai umat
Islam telah dibunuh, dianiayai, serta dizalimi dan wanita Islam dirogol, hanya
kerana umat Islam memakan binatang suci Hindu iaitu lembu.
India meskipun telah
menandatangani ICERD, tetapi tidak langsung mempraktikkannya. Malah umat Islam
didiksriminasikan dengan begitu ketara. Lebih hina lagi, hanya kerana memakan
lembu umat Islam dimangsakan. Ini tidak termasuk bilangan masjid yang
dirobohkan dan diganti dengan kuil Hindu.
Negara kita terlampau baik.
Toleransi pribumi terlalu tinggi. Dahulu, kita boleh menyembelih lembu secara
terang-terangan. Setelah diprotes oleh Hindu, kita tidak lagi boleh menyembelih
sembelihan korban ini di khalayak kerana menjaga sensitiviti kaum
kononnya.
Lebih menggerunkan lagi, ketika
majlis angkat sumpah, ultra kiasu Hindu ini juga membawa sami Hindu yang
kelihatan pelik dan berpakaian pelik ke dalam parlimen. Terkini, kelihatan
sami hindu yang berpakaian pelik turut membanjiri parlimen untuk menemui
Menteri tersebut atas tujuan kehinduannya. Sedangkan kita, jika mahu menemui
Menteri dan memasuki parlimen diwajibkan memakaikan pakaian yang ditetapkan.
Diskriminasi jenis apa lagi yang sedang diperkatakan?
Lihat pula dengan kedudukan
umat Islam Uighur, Xinjiang, di negara China komunis. Xinjiang, yang juga
dikenali sebagai Turkestan Timur, merupakan wilayah autonomi di barat laut
China. Ia didiami oleh etnik Uighur beragama Islam yang menuntut kemerdekaan
daripada pemerintah di Beijing. Wilayah itu juga didiami oleh penduduk Islam
daripada etnik lain termasuk Kazakh, Kyrgyz, Uzbek, Tatar dan Tajik. Siapa yang
sanggup tinggal bersistemkan komunis. Tetapi lihat bagaimana mereka dizalimi.
Berdasarkan bancian penduduk
pada tahun 2000, etnik Uighur di Xinjiang dicatatkan berjumlah 10.2 juta orang.
Terkini, tidak diketahui jumlah sebenar, mungkin semakin berkurang disebabkan
ramai yang telah hilang.
China menuduh etnik Uighur
menggerakkan kempen keganasan untuk menuntut kemerdekaan. Dakwaan itu
bagaimanapun tidak dapat disahkan dan dilihat oleh kumpulan yang bersimpati
dengan Uighur sebagai helah untuk menghalalkan diskriminasi terhadap golongan
minoriti itu.
Lihat betapa zalim negara
komunis China ini, melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan
ibadah puasa. Parti Komunis China dan pemerintah di Xinjiang sebelum ini
menyekat sebarang perhimpunan berbentuk keagamaan atas sebab-sebab keselamatan.
Ia bimbang perhimpunan seumpama itu dijadikan pentas untuk menyebarkan mesej
gerakan pemisah.
Jurucakap Kongres Uighur
Sedunia, berkata tindakan kerajaan China yang menindas itu akan mencetuskan
lebih banyak ketegangan. Menurut jurucakap Uighur, pihaknya juga dimaklumkan
oleh penduduk di Xinjiang bahawa mereka diberi makanan percuma sebagai galakan
untuk tidak berpuasa. Pihak pihak berkuasa komunis juga turut membuat
pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tidak ada yang berpuasa. Ini
tidak termasuk bilangan mereka yang dibunuh, dizalimi dan dipenjara, hanya
kerana mereka beragama Islam.
Semua contoh ini sudah jelas
menunjukkan bahawa meskipun negara-negara ultra kiasu ini telah meratifikasika
ICERD, tetapi diskriminasi sangat jelas dilakukan sehingga berada dalam tahap
yang sangat tegar.
Sedangkan negara kita tercinta
ini, masih tidak meratifikasikan ICERD. Cuba lihat perbandingannya, keadilan
yang kita berikan, ibarat langit dengan bumi. Kita boleh dikatakan langsung
tidak mendiskriminasikan bukan Melayu atau Bukan Islam, kerana tuntutan agama
Islam melarang tindakan sebegini.
Jika adapun, kesnya sangat
terpencil. Malah, orang bukan Islam boleh hidup senang lenang sehingga kekayaan
mereka jauh menandingi pribumi. Pribumi pula merempat di negara sendiri. Apakah
kejayan ini boleh dicapai jika kita mengamalkan diskriminasi? Apa yang saya
dapat lihat, seolah-olah pribumi sendiri yang didiskriminasikan di bumi
sendiri.
Pendek kata, hari ini semua
bukan Melayu boleh tidur lena dan hidup senang lenang serta mengaut kekayaan
semahu-mahunya dalam keadaan aman damai, disebabkan oleh pengorbanan pribumi
yang tidak ada tolok bandingnya. Pribumi inilah yang menjad polis dan tentera
bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.
Melayu dan bumiputera pribumi
ini sanggup menjadi kuli, bercekang mata dan berkorban jiwa raga, bagi
memastikan ultra kiasu dapat tidur lena dan meneruskan kehidupan keesokan
harinya tanpa diganggu. Ultra kiasu ini jugalah dapat berada dalam aman tenteram
melakukan ibadat dalam kuil-kuil hindu serta menemui sami-sami mereka yang
tidak ketahuan asal-usulnya. Tidak ada siapa mengganggu dan bertanyakan
daripada mana asal-usul kamu? Siapakah tuan, siapakah hamba di bumi negara
bertuah ini? Fikirkanlah.