Sinar Harian (25 Jun 2015)
Pas mendesak
ketua ultra kiasu memohon maaf di atas kenyataan celuparnya, mengkritik hudud
ketika berceramah di pentas Pas Kota Bharu. Peliknya, kenyataan tersebut
dikeluarkan dalam majlis Pas sendiri. Apa motif Ketua Pas Kota Bharu menjemput
ketua ultra kiasu itu sedangkan Pas sudah tahu pendiriannya terhadap hudud? Tidak
mungkin Pas buta? Seluruh dunia tahu pemimpin ultra kiasu dan majoriti
pengikutnya adalah penentang tegar hudud?
Lebih pelik
lagi, kenyataan ketua ultra kiasu turut dipertahankan oleh pemimpin ultra kiasu
dalam Pas sendiri atas alasan ketua ultra kiasu tersebut tidak faham Islam. Sekian
lama berkawan, apakah ultra kiasu masih tidak faham lagi tentang hudud yang
diperjuang Pas? Apa yang ultra kiasu Pas lakukan selama ini? Sibuk berpolitik
hingga lupa berdakwah?
Ultra kiasu sangat
faham. Tetapi sengaja buat tidak faham. Sudah menjadi dasar mereka menentang
apa juga program berkaitan Islam. Pendek kata, mereka adalah musuh Islam dan
tidak mahu ikhtiraf keistimewaan Islam dalam perlembagaan.
Ultra kiasu
turut memberi alasan, lawatan mereka ke Jordan dan Mesir membuktikan negara
yang seratus peratus Islam pun tidak melaksanakan hudud, kenapa Pas mahu
melaksanakannya dalam negara berbilang kaum?. Kenapa tidak melawat Brunei yang
dihuni lebih 20 peratus orang Cina?
Lawatan mereka
ke Timur Tengah, bukan semata untuk menghasut dan mempengaruhi pelajar-pelajar kita
di sana, tetapi mencari hujah untuk memperlekehkan perjuangan Pas. Apakah ini
sifat seorang rakan sepakatan?
Pemimpin ultra
kiasu Pas yang menyokong ketua ultra kiasu itu ada agenda lain. Mereka mahu dilantik menjadi menteri apabila ultra
kiasu berjaya merampaskan Putrajaya suatu masa nanti.
Justeru, saya
harap pimpinan tertinggi Pas dapat membersihkan ultra kiasu Pas yang semakin
menjadi barah dalam Pas. Pas mesti buang ultra kiasu Pas ini. Pastikan mereka
akan kalah dalam pemilihan Pas akan datang. Jika tidak, Pas tidak akan
dihormati lagi.
Islam bukan lagi
menjadi keutamaan kepada pemimpin ultra kiasu Pas. Selain agenda peribadi,
matlamat mereka adalah untuk membalas dendam terhadap Umno. Sebab itu, dia
sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan ultra kiasu akan kekal dalam PR dan
menang dalam PRK dan PRU, meskipun terpaksa menggadaikan prinsip, termasuk
berbaik dengan penentang tegar Islam.
Tuan Guru Haji
Hadi, janganlah berharap akan dilantik menjadi menteri kanan, kalau ditakdirkan
ultra kiasu berjaya merampas Putrajaya. Mungkin sekadar menteri hal ehwal Islam
sahaja.
Ultra kiasu
tidak pernah percaya kepada Pas. Mereka berbaik dengan Pas semata-mata untuk kuasa
dan undi. Ditakdirkan, tidak ada PKR, saya yakin sudah lama Pas ditendang
keluar dari PR.
Justeru,
sebelum Pas tersingkir, lebih baik Pas singkirkan dahulu ultra kiasu Pas yang
menjadi duri dalam daging. Selama ini, tanpa sokongan ultra kiasu, Pas masih
boleh bertahan. Paling tidak di Kelantan. Apakah Pas sanggup berkawan dengan
musuh yang jelas musuh?. Tetapi tidak langsung menghulur tali untuk bersama
saudara sendiri, seperti Umno?
Saya harap pemimpin dapat
merenung sejenak artikel saya ini. Amaran demi amaran telah dikeluarkan oleh
ultra kiasu agar Pas keluar dari PR jika masih mahu perjuangkan hudud. Sebelum
ultra kiasu berbuat demikian, saya sarankan ultra kiasu tanya dulu kepada PKR,
apakah PKR rela melepaskan Pas dari PR.
Saya amat yakin mati hidup
balik pun, PKR tidak akan sanggup melepaskan Pas, walaupun apa cara sekalipun. Ini
kerana, PKR sedar, tanpa sokongan Pas, mereka akan putih mata untuk memerintah Selangor.
Sebab itu, setiap kali, ultra kiasu mahu Pas disingkirkan, PKR terus merayu
agar krisis dalaman ini diselesaikan secara baik.
Terbaharu, salah seorang Exco ultra
kiasu Selangor menyarankan agar Pas tidak menganjurkan sebarang program di Selangor kerana negeri itu yang tidak
melaksanakan hudud. “Selangor bukan rumah kamu! Bila kamu menghormati Selangor?
Ini tamparan
yang amat hebat, bukan sahaja kepada Pas, tetapi juga kepada rakyat Selangor
yang bukan ultra kiasu. Apakah ultra kiasu menganggap negeri Selangor negeri
bapaknya?
Saya juga tinggal
di Selangor, ingin memberitahu ultra kiasu, bahawa walak kami bukan kepada
kerajaan Selangor, tetapi kepada Sultan Selangor. Kami tinggal di Selangor,
sebab kami masih ada Sultan.
Yang sepatutnya
tidak datang ke Selangor, adalah ultra kiasu, kerana Sultan adalah ketua agama
Islam dan sentiasa mendaulatkan Islam yang selalu dikotori ultra kiasu.
Kepada
pemimpin ultra kiasu dalam Pas, ingatlah pesan Haron Din, Mursyidul Am Pas, musuh Islam sentiasa
akan mencari ruang untuk menyebut perkara negatif tentang Islam. Kalau kita
ingin lihat Islam dihormati maka kita yang memberikan penjelasan, tidak boleh membiarkan
musuh Islam campur tangan dalam perkara besar.
Prof
Dr. Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA