Drawstring pouch, dengan sulaman pada bahagian depan dan belakang
Ribbon Petals
Thursday, September 27, 2012
Pouch
Item: Drawstring pouch with hand dyed ribbon
Size: 9 inch (H) x 6 inch (W) x 1 /5 inch (base)
Material: Linen
Tuesday, April 24, 2012
Baby Soffiyah
Kusyen kecil ini dibuat sebagai hadiah untuk baby Soffiyah. Semoga kelahirannya membawa seribu satu rahmat dan menambah seri kehidupan ummi dan abinya.Insya Allah.
Berikut merupakan sebahagian dari nukilan ummu sofiyyah ketika mengistiharkan nama bayinya (saya 'copy ' dari status fb beliau)
Sofiyyah adalah ibu saudara kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam. Baginda amat mencintai ibu saudaranya ini dan sangat memuliakan beliau.
Ketika turun ayat:
وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" (Asy-Syu'araa 26:214)
Kemudian Baginda bersabda: "Wahai Fathimah binti Muhammad, wahai Sofiyyah binti Abdul Muththalib, wahai Bani Abdul Muththalib, aku tidak berkuasa menolong kalian dari seksa Allah. Mintalah kepadaku apa sahaja yang ada padaku" (HR Muslim no. 205, dalam al-Iman bab Firman Allah wa andzir 'Asyirataka Aqrabin)
Saturday, April 21, 2012
Door Gift
Uncang kecil ini saya buat untuk pertunangan adik pada 8 April yang lepas. Saiznya kecil, lebih kurang 7 inci x 5 inci, sesuai untuk isi ole-ole buat tetamu. Saya tempah label untuk diletakkan pada uncang, agar sentiasa jadi kenangan kepada penerima.
7 x 5 inci
Fabric : linen
Riben: Offray
Kelas di Kelopak Gallery
Mengikuti kelas bersama Puan Norehan di Kelopak Galley memberi pengalaman dan dimensi baru dalam sulaman riben. Saya ikuti kelas mencanting dan mewarna riben baru-baru ini. Kami diajar untuk membuat lakaran dan seterusnya mencanting serta mewarna . Dari sehelai kain berwarna putih, terhasillah lukisan canting bakul bunga. Kemudiannya, bakul ini diisi dengan riben yang diwarna sendiri , dari riben berwarna putih. Warna pada latar belakang serta tona riben memberi impak yang besar terhadap hasil sulaman riben. Jutaan terima kaish pada Puan Norehan atas ilmu yang dicurahkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)