Showing posts with label Keyakinan terhadap Jesus. Show all posts
Showing posts with label Keyakinan terhadap Jesus. Show all posts

Sunday, January 4, 2009

Keyakinan Kita Terhadap Nabi Isa...Siri 2


Antara keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Isa ialah :

1. Dilahirkan dengan kelahiran yang berbeza dengan manusia biasa
2. Berkata-kata semasa kecil dalam pangkuan ibunya Maryam, wanita yang suci
3. Dapat menyembuhkan orang yang sakit kusta
4. Dapat mencelikkan yang buta
5. Dapat menghidupkan orang yang mati
6. Dikurniakan kitab injil
7. Digelar Al-Masih

Semua ciri-ciri keistimewaan ini disebut jelas melalui firman Allah seperti berikut :

Surah Al-Maidah : 110

[110] (Ingatlah), ketika Allah mengatakan : “Hai Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu diwaktu Aku menguatkan kamu dengan Ruhul qudus, kamu dapat berbicara dengan manusia diwaktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) diwaktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izinKu, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan keizinanKu. Dan (ingatlah) diwaktu kamu manyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan keizinanKu, dan (ingatlah) diwaktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan keizinanKu, dan (ingatlah) diwaktu Aku menghalangi Bani Israel (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir di antara mereka berkata : “ini tidak lain melainkan syirik yang nyata”.

Surah Ali-Imran 45-51

[45] (Ingatlah), ketika malaikat berkata : “Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putra yang diciptakan) dengan kalimat* (yang datang) daripadaNya, nama Al Masih Isa putra Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah).

[46] Dan dia berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa dan dia adalah termasuk orang-orang yang saleh”.

[47] Maryam berkata : “Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang lelaki pun”. Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril) : “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendakiNya, apabila Allah menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya ‘jadilah’ lalu jadilah dia.

[48] Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab*, hikmah, Taurat dan Injil.

[49] Dan (sebagai)seorang Rasul kepada bani Israel (yang berkata kepada mereka) : Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, yaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; kemudian aku meniupkannya, maka ia menjadi seekor burung dengan izin Allah; dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak; dan aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah; dan aku kabarkan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman.

[50] Dan (aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) daripada Tuhanmu. Kerana itu bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

[51] Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus”.

* Maksudnya : membenarkan kedatangan seorang nabi yang diciptakan dengan kalimat ‘kun’ (jadilah) tanpa bapa yaitu nabi Isa.
* Al kitab di sini ada yang menafsirkan dengan pelajaran menulis, dan ada pula yang menafsirkannya dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah sebelumnya selain Taurat dan Injil.


Walaupun begitu, Nabi Isa masih tetap seperti manusia biasa yang dianugerahkan darjat kenabian dan kerasulan dan bukannya Tuhan. Semua keistimewaan yang Allah kurniakan itu merupakan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Isa dan Nabi-nabi yang lain...Inilah keyakinan kita sebagai seorang muslim terhadap Nabi Isa (Jesus)...Wallahua'lam...

Thursday, January 1, 2009

Keyakinan Kita Terhadap Nabi Isa...Siri 1


Pada artikel kali ini, akan menjelaskan kepada kita adalah tidak benar keyakinan umat Kristian terhadap Nabi Isa yang menganggapnya sebagai anak tuhan. Allah SWT mengingatkan mereka di dalam surah An-Nisa’, ayat 171 :

Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu [383], dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya [384] yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya [385]. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan : “(Tuhan itu) tiga”, berhentilah (dari ucapan itu). itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.

[383] Maksudnya : Janganlah kamu mengatakan Nabi Isa as itu Allah, sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang Nasrani.

[384] Maksudnya : Membenarkan kedatangan seorang nabi yang diciptakan dengan kalimat kun (jadilah) tanpa bapa iaitu nabi Isa as.

[385] Disebut tiupan dari Allah kerana tiupan itu berasal dari perintah Allah.

Sebagai umat Islam kita dituntut beriman terhadap kerasulan Nabi Isa sama seperti rasul-rasul yang lain. Bahkan Nabi Isa adalah salah seorang rasul Ulul Azmi yang banyak menerima rintangan dan cabaran dalam menjalankan tugas dakwah yang nama Nabi Isa disebut 25 kali di dalam Al-Qur’an. Kita berkeyakinan Nabi Isa seorang rasul yang dikurniakan Allah SWT dengan pelbagai mukjizat yang membuktikan kenabian serta kerasulan baginda.

InsyaAllah, pada siri seterusnya akan menerangkan kepada kita antara keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi Isa sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran.

Bersambung Siri 2.....

Sunday, October 19, 2008

JESUS ADALAH TUHAN???



Dalam kitab bible, bab ulangan fasal 4 ayat 35 berbunyi “Engkau diberi melihatnya untuk mengetahui Tuhanlah Allah, tidak ada yang lain kecuali Dia”. Begitu juga dengan ayat 39 yang berbunyi “Bahawa Tuhanlah Allah yang di langit di atas dan di bumi di bawah, tidak ada yang lain”. Dalam bible sendiri, ayat tersebut adalah jelas menyatakan bahawa tuhan adalah Allah dan bukannya Nabi Isa atau Jesus.

Satu lagi fakta untuk kita kongsi bersama ialah, semasa Jesus hidup, adakah dia pernah menyatakan kepada orang ramai “Akulah Tuhan, sembahlah aku?”. Kebanyakkan orang Kristian akan menjawab tidak pernah, kerana memang tidak ada terdapat dalam bible yang menyatakan demikian. Padahal orang Kristian percaya bahawa Jesus adalah Tuhan yang dijelmakan sebagai manusia kerana dengan kasih sayang Tuhan maka Tuhan merendahkan dirinya menjelma sebagai manusia supaya dapat merasai bagaimana hidup sebagai manusia dan mengorbankan dirinya untuk menebus dosa semua manusia. Jawapan saya ”memang tidak pernah! memang betul jika kamu mengatakan ‘tidak pernah’ kerana dia bukan Tuhan. Sekiranya dia adalah Tuhan, maka semasa hidupnya dia pasti akan mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan sebagaimana seorang raja yang mengisytiharkan dia adalah seorang raja”.

Saya bawa satu analogi mudah, “Andaikan jika kamu pergi ke sebuah kampung dan seterusnya mengisytiharkan diri kamu sebagai ketua kampung. Pastinya saya akan dicerca atau dipukul. Tetapi jika memang ketua kampung di situ yang mengisytiharkan dirinya sebagai ketua kampung maka ia adalah benar dan tiada masalah”. Ini jelas menunjukkan bahawa akidah ketuhanan Jesus Kristian adalah salah kerana Jesus (Isa) sendiri semasa hayatnya mengatakan dia adalah Nabi Pesuruh Allah seperti yang terdapat dalam ajaran Agama Islam.

Selain itu, saya juga telah mencari ayat yang menunjukkan bahawa agama Kristian adalah agama yang benar. Namun pencarian saya itu juga gagal kerana ia sememangnya tidak wujud dalam kitab bible itu sendiri. Namun dalam Islam, kita mempunyai ayat di dalam Al-Qur’an yang menunjukkan bahawa Agama Islam adalah agama yang benar dan diredhai oleh ALLAH.

Tujuan saya menyatakan perkara ini adalah sebagai perbincangan ilmiah dalam mencari kebenaran YANG MAHA SATU. Justeru kerana itulah saya telah cuba mencari dalam bible ayat yang menyatakan Tuhan adalah Jesus. Namun hasilnya seperti yang saya nyatakan, saya tidak menemui satu ayat pun yang menyatakan bahawa Jesus adalah tuhan. Hal ini kerana, sebenarnya ayat tersebut memang langsung tidak wujud. Seperti yang kita sedia maklum, dokumen ketuhanan adalah dokumen yang sangat penting, jadi bagaimana mungkin ia tidak terdapat di dalam kitab bible. Inilah bukti jelas yang seharusnya menjadi keraguan tentang ketuhanan jesus. Jelaslah, daripada penelitian saya bahawa orang-orang Kristian telah tersalah pegangan akidah kerana di dalam kitab mereka sendiri dinyatakan bahawa Tuhan ALLAH tetapi akidah orang-orang Kristian adalah Tuhan Jesus. Ini menunjukkan orang-orang Kristian telah syirik kerana “mempertuhankan Jesus”.

JESUS BERAGAMA ISLAM???

Sebenarnya Jesus (Isa) itu beragama Islam dan dalam aqidah umat Islam mempercayai bahawa Jesus (Isa) adalah pesuruh Allah yang juga seorang manusia biasa. Semua nabi dan rasul sejak nabi Adam adalah beragama Islam dan semuanya menyeru manusia menyembah ALLAH. Yang Maha Esa. Pada asalnya, umat Kristian dahulu percaya kepada ALLAH yang satu tetapi sebahagian orang Kristian telah terpengaruh dengan agama Hindu, Mesir kuno dan Persia yang mana semua agama tersebut percaya kepada Trinitas (Tuhan 3). Hal ini bermakna pada waktu itu orang-orang Kristian terbahagi kepada 2 yang mana satu pihak berkepercayaan bahawa Tuhan itu satu manakala pihak yang satu lagi percaya kepada Trinitas (Tuhan 3).

Oleh yang demikian, untuk menyatukan mereka, maka telah diadakan satu persidangan di Costantinopel pada tahun 381 Masihi. Ketika persidangan tersebut berlangsung telah diadakan kiraan undi yang mana undian tersebut telah dimenangi oleh kumpulan Kristian Trinitas. Maka bermula dari saat itulah penganut Kristian berpegang kepada akidah Tuhan tiga dalam satu dan satu dalam tiga tetapi tetap dianggap satu sehinggalah orang-orang Kristian sendiri kebingungan. Tahap yang paling menghairankan adalah orang yang menerangkan tentang konsep Trinitas itu sendiri juga tidak begitu pasti apa yang diterangkan olehnya.

Ini dapat kita buktikan sendiri jika kita betul-betul bertanya “Adakah anda yakin 100% apa yang tersirat dalam Trinitas itu?”. Kebanyakan mereka menjawab “Tidak begitu pasti”. Dan kerana itulah apabila seseorang Kristian itu memeluk agama Islam, mereka akan merasakan akidah yang lebih mantap dan teguh di hati mereka tanpa sebarang keraguan dan was-was.