Showing posts with label henna. Show all posts
Showing posts with label henna. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Review: Henna by Diena Henna



Picture credit to : Peveyhack.com

Boleh tak nak gedik suka gambar sendiri.
Ehehehe.

Ini sebelum majlis batal air sembahyang.
Antara detik-detik pertama bergelar isteri.
Selepas selamat diijabkabulkan.
Alhamdulillah, syukur.

I tak tau bila masa Abg Rashdi snap pic ni.
Sebab Abg Rashdi duduk jauh dari saya.
Nak cerita la yang dia punya gadget canggih.
Korang ni, tak faham pula. Hohoho.
Lense yang super la kan. Hohoho.

Okla, tak pandai sangat bercerita tentang gadget.
Tapi adik saya yang belajar ilmu photography 3 tahun di kolej tu, cakap, melalu gambar, dia dapat tafsirkan, ini camera power ni. Betul la kot.
Saya percaya aja la kan.

Tak rasa membazir la hire abg Rashdi.
Sebab tau gambarnya lawa.
Hihi.

Excited pulak bercerita tentang Peveyhack.
Okla, nak cerita pasal henna sebenarnya.

A very last minute.
I nak kahwin bulan 5.
Bulan 3 baru terkedek-kedek nak cari henna.

Dah semua orang yang famous dah kena booked.

Lepas tuh mula la meroyan kat group Bride Blogger Forever.
Luckily mereka sangat membantu.
Love u babes.
Mereka semua buat research yang amat patut dipuji lah!

Ada beberapa henna artist yang i suka.
Yang paling i suka, tak available sebab cuti pregnancy.
Tak perlu tahu siapa, sebab i baru baca tentang bad review tentangnya.
Sighhh.

Semuanya ada hikmahnya.

Antara lain I suka,

dayudesigns.com - Fully-booked!
Sheema Henna Artist - Fully-booked!
Hennanya merah. Kemas aje hasilnya bila view kat FB.
Tapi sayang, dah penuh.

And lastly, I mintak nasihat sheema untuk recommendkan any henna artists yang dia recommended. Nak henna yang hasilnya merah macam Sheema jugak. Haha.

Ada dua orang.
I tak ingat.

Salah seorangnya, Diena Henna.

Alhamdulillah, kak Diena sudi ambil slot saya.
Berakhir pencarian.
Hihi.

Dan, tiba harinya, Khamis, 26 Mei 2011, Kak Diena sampai ke rumah saya.
Dah lewat time tu.
Dalam kul 11malam dah.

Saya risau betul andai hasil tak memuaskan.
Yelah, dah tengah malam sangat, saya fikir mesti penat kan.
Mesti letih kan.

Tapi, tekaan saya salah.
Kak Diena masih berenergetic!
Idea dia ada aje..

Bila Kak Diena tanya, nak corak macam mana?
Saya blur.

Saya nak simple aje.
Tak nak crowded sangat.
Nak nampak manis aje.
Macam henna ayu raudhah.

Ok, Kak Diena terus melakar.
Excited sangat!

Sekejap je lepas tu basuh basuh.
Tengok hasil, senyum sendirian.

"Dah nak kahwin"
=)

I suka dengan hasilnya.
I puas hati sangat.
Sebab henna I lagi cantik dari henna ayu raaudhah!
Hahahaha. Perasan.

Suka tengok dalam video nikah.
Merah henna naik sangat dalam video!
Suka suka.
Halus betul ukiran kak diena.
Suka amat.

Ok, ape.
Heh.

Nak tanya tentang henna, contact Kak Diena:



Oh, another plus point, Kak Diena ni punya 13 tahun melukis henna.
13 tahun, tak ke pro dah namanya?




Wednesday, February 9, 2011

Tentang henna

I'm still in dilemma.
Henna, perlu atau tidak.

Sebab tu tak booking - booking lagi.

My fiance beri kebenaran.
My mom pun beri kebenaran, cuma jangan ada lukis binatang-binatang ke apa.
Butterfly, boleh?
Heh. Cukup cukup.

Tapi, tengok gambar cantik ni, hati macam membuak-buak pulak mahu!

Simple.
Tak semak.



Love.

Photos credit to: Kudegraphy




Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014