1 Pendahuluan
Pelbagai kajian yang dijalankan mengkaji tentang penyakit
masyarakat dan pelbagai kaedah diutarakan bagi menyelesaikannya. Pengkaji hanya
memfokus satu dari berberapa titik kajian yang berharga itu. Ilmu Psikologi
melihat bahawa tindak balas manusia dan reaksinya berpunca dari personaliti
yang celaru, jiwa tidak tenang, kekusutan minda dan seumpamanya. Keseluruhan
penyakit terebut terfokus kepada jantung. Dalam masa yang sama Islam melihat
jantung memainkan peranan penting dalam solat. Jantung adalah tempat yang
melahirkan khusyu’. Justeru pengkaji ingin melihat hubungkait
Solat-Jantung-Penyakit sosial.
2
Solat.
Dalam al-Quran Allah menyebut sebanyak 67 kali perkataan [1]الصلاة dan sekali perkataan مصلى menjadikannya 68 kali, perkataan yang
terkembang dariالنجاة juga disebut sebanyak 68 kali. Dengan jumlah
yang sama berulang perkataan ملائكة dan القرآن .[2] Pengkaji melihat wujudnya hubungan signifikan antara solat,
malaikat, al-quran dan selamat. Kajian lanjut berkaitan dengannya sangat-sangat
diharapkan.
i. Al-Ankabut, 29:45.
Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan
kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya
mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah)
Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
Al-Qurtubi : Perkataan
solat bermaksud menunaikannya pada waktunya, dengan bacaannya, ruku’nya,
sujudnya, duduknya, tasyahhudnya dan segala yang berkitan dengannya. Solat
menjadi penghapus dosa-dosa yang dilakukan. Bahkan beliau berpandangan solat
yang menjadi penghalang adalah solat yang difahami dari pelbagai ayat al-Quran
dan hadith-hadith Nabi SAW iaitu yang difahami, yang dihayati, khusu’ dan
seumpamanya. [4]
Ibn al-Kathir : Solat
mengandungi dua titik penting iaitu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Dengan
ketekunan yang mampan akan membuahkan sedemikian.[5]
Al-Nasafi : Solat yang
konsisten dapat menghalang perbuatan seperti zina dan perbuatan yang ditegah
syara’ dan akal.[6]
ii. Maryam, 19:59.
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan Yang mencuaikan
sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka
akan menghadapi azab (dalam neraka).
i. Al-Zuhaily : Setelah Allah menceritakan tentang umat
terdahulu daripada para nabi dengan sifat terpuji, Allah memotret gambaran umat
terkemudian yang meninggalkan suruhan agama dan melakukan larangannya. Antara
perbuatan yang mereka lakukan adalah terjerumus ke arah penzinaan, meminum arak,
mengikut syahwat dan meninggalkan solat. Al-Syaukani berpandangan mereka yang
mengakhirkan waktu solat, meninggalkan fardhu-fardhunya, syarat-syaratnya, dan
rukun-rukannya termasuk dalam mencuaikan solat.[7]
ii. Al-Qurtubi : Generasi manusia diteruskan dengan generasi
yang rosak. Keadaan ini hampir berlakunya kiamat tatkala telah pergi sabahagian
para ualamak. Mereka telah menerpa lorong-lorong penzinaan.[8]
3
Kajian Literatur
Banyak kajian yang telah dilakukan berkaitan ibadah solat dan kesannya
terhadap psikologi, spritual, akal, personaliti dan sebagainya. Antara kajian
yang dilakukan di peringkat sarjana Universiti Malaya sepanjang 2007-2015
adalah :
i. Terdapat korelasi yang signifikan pada p<.01 antara solat dan
nilai-nilai spritual dan penyakit gelisah.[9]
ii. Di dapati bahawa tahap pengetahuan solat dan pengabaian solat
adalah punca mengapa responden mudah terjebak dengan kegiatan buruk laku.[10]
ii. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
perlaksanaan solat dan konflik rumahtangga. Namun begitu, jika dilihat pada
nilai r=-.62, ia merupaka suatu nilai negatif . Ini boleh difahami dan membawa
maksud bahawa, lemahnya tahap perlaksanaan solat boleh membuka ruang kepada
lebih tingginya konflik rumahtangga walau pun ia hanya nilai yang sedikit.[11]
3.1
Jantung dalam al-Quran
- Perkataan jantung dalam bentuk singular sebanyak 53 kali dan dalam bentuk plural sebanyak 104 kali dalam al-Quran. Hampir keseluruhan ayat menyentuh tentang fikiran, perasaan, kesedaran, penakulan dan seumpamanya.
- Antara ayat-ayat yang menyentuh tentang perkara tersebut adalah ;
Al-Baqarah : 10, al-Maidah : 52, al-Anfal : 49, al-Taubah : 125, al-Hajj :
53, al-Nur 50, al-Ahzab :12 , 32
dan 60, Muhammad : 20 dan 29, al-Muddathir : 31.
3.2
Apa ada dengan Jantung.
§ Kajian mendapati bahawa minda, akal, kecerdikan, perasaan dan segala
bentuk kepandaian terletak pada Jantung dan bukannya otak.
§ Berberapa
fakta hasil kajian Dr Abd Daim Al-Kaheel.
- Profesor Gary Schwartz Pakar psikiatri,University of Arizona, dan Dr.
Linda Russek percaya bahawa Kuasa jantung mampu menjadi Penyimpanan dan
pemprosesan maklumat .
- Dr Gary telah menjalankan penyelidikan termasuk lebih daripada 300 kes
pemindahan jantung, dan mendapati bahawa mereka mengalami perubahan
psikologi yang drastik selepas pembedahan
- Jantung berdenyut sejak seseorang masih janin dalam rahim ibu dan
selepas 21 hari kehamilan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh.
- Apabila mereka menjadi dewasa jantung mengepam lebih daripada tujuh
puluh ribu liter darah, amaun ini dipam semasa mengembang dan menguncup.
- Ia berdegup setiap hari lebih daripada seratus seribu kali, dan
apabila ia menjadi tujuh puluh tahun umur anda untuk mengepam juta tong
darah dalam tempoh ini.
- Dan sesetengah penyelidik hari ini percaya bahawa jantung adalah salah
satu yang mengarahkan otak di tempat kerja, dan setiap sel jantung
menyimpan memori. Dr Schwartz mengatakan bahawa sejarah kita ditulis dalam
setiap sel dalam badan kita.
- Menurut Dr
J. Andrew Armour dalam setiap sel jantung, terdapat set otak yang sangat
kompleks.
4 Jantung dalam hadith.
Nabi s.a.w bersabda menghuraikan tentang
punca kepada sebahagian penyakit :
وإنَّ في الجَسَدِ
مُضْغَةً،
إذا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ
كُلُّهُ وإذَا فَسَدَتْ ، فسدَ الجَسدُ كُلُّهُ . ألا وهِيَ القَلبُ[12]
Sesungguhnya dalam jasad manusia ada
segumpal darah, tatala ia baik, baiklah keseluruhan
jasad dan tatkala ia rosak
rosaklah keseluruhan jasad, ia adalah jantung.
Nabi SAW secara jelas menyebutkan bahawa segala perkara yang baik
dan merosakkan berpunca dari jantung[13]. Di sinilah letaknya titik yang mengarahkan akal untuk memikirkan,
kaki untuk berjalan, tangan untuk bertindak dan sebagainya.
5
Kesimpulan.
i. Setiap perintah yang datang dari Allah SWT mengandungi
kemaslahatan bagi manusia khususnya solat. Walau pun kita tidak dapat memahami
kelebihan sebahagian besar perkara ibadah tetapi ia tidak menafikan
keutamaannya dalam pembentukan kemaslahatan manusia.
i. Dari pelbagai sumber nas dan pandangan para ulamak solat
merupakan ibadah yang mampu membentuk individu yang sihat imannya.
ii. Pengkaji turut berpandangan, solat itu sendiri adalah ibadah
yang mempunyai kedudukan yang tinggi, tetapi perlu dibezakan antara solat dan
orang yang bersolat ibarat pisau dn cara penggunaan pisau.
iii. Kebanyakkan penyakit masyarakat hari ini adalah berpunca dari
hati yang rosak apath lagi mati.
iv. Justeru langkah yang perlu dilakukan adalah mendorong solat
yang ditunaikan untuk menghidupkan hati (Jantung)
Nota ini sebahagian dari Modul penghayatan solat.
Bagi yang berminat untuk mengadakan kursus Solat Sempurna dan Penghayatannya boleh menghubungi : 019-3231385 atau inbox terus kepada FB : khir johari abas.
[1]
Tidak termasuk perkataan pecahan darinya seperti صلاتك، صلاته، صلاتهم، صلاتي، صلى، تصل، يصلوا، يصلون، صلوا.
[2]
Abd al-Razzaq al-Nawfal, Al-'ijaz al-'Adadi li al-Quran al-Karim, (
beirut : Dar al-Kitab al-'Arabi, 1987), 147-151
[3]
Pemilihan ayat berdasarkan perbahasan terus dan perbahsan ini adalah perbahasan
ringkas. Pengkaji sedia membuat kajian lanjut seandainya memerlukan tuntutan
sedemikian.
[4]
Muhammad ibn Ahmad al-Qurtubi, Al-Jami’ li al-Ahkam al-Quran, ( Kaherah
: Dar al-Hadith, 2002), 7:308-309.
[5]
Ibnu kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azhim, (Kaherah : Dar al-Hadith, 2002), 6:296.
[6]
Abdullah ibn Ahmad ibn Mahmud al-Nasafi, Tafsir al-Nasafi, ( Beirut : Dar Kutub
al-Ilmiah, 1995), 2:292-293.
[7]
Wahbah al-Zuhaily, Al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syariah wa al-Manhaj,
( Damsyik : Dar al-Fikr al-Islami, 1998), 16:131.
[8]
Al-Qutubi, 6: 111-112.
[9]
Ahmad Hisyam bin Azizan, Solat dan nilai-nilai Spritual Dalam Menangani
Gelisah Dalam Kalangan Remaja Islam : Kajian di Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi (SBPI), Selangor, Disertasi Sarjana Usuluddin, Jabatan Akidah dan
Pemikiran Islam, Universiti Malaya, 2009, 361.
[10]
Nor Azira binti Yusof, Hubungkait AntaraPengabaian Solat Dengan Buruk Laku
Individu : Kajian di Sekolah Tunas Bati Sengai Besi, Kuala Lumpur, Disertasi
Sarjana Syariah, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya, 2008.
[11]
Nor Dalilah bte Zakaria, Perlaksanaan Ibadat Solat dan Hubungannya Dengan
Konflik Rumah Tangga : Kajian di Unit Rudingcara Keluarga, Bahagian
Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI, Disertasi Sarjana Syariah, Jabatan
Fiqh dan Usul, Universiti Malaya 2012, 74.
[12] الراوي : النعمان بن بشير المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 52 خلاصة حكم المحدث: صحيح
[13]
Masyarakat melayu sudah sekian lama dan sebati dengan istilah hati, walaupun
maksud asalnya adalah jantung. Pengkaji tidak berhajat menghurai polimik
pengistilahan ini terlalu panjang. Justeru untuk kajian ringkas ini pengkaji
mengembalikan al-qalb kepada maksud bahasanya iaitu jantung.