Pages

Wednesday, May 26, 2010

Bersama memimpin perubahan – Bahagian 1

الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك ولعظيم سلطانك، سبحانك اللهم لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله وصفيه وخليله، خَيرُ نبيٍ أرسله، أرسله الله إلى العالم كلِّهِ بشيراً ونذيراً، اللهم صل على سيدنا محمد و على آل سيدنا محمد صلاةً وسلاماً دائمين متلازمين إلى يوم الدين أَمَّا بَعْدُ ، وأوصيكم أيها المسلمون ونفسي المذنبة بتقوى الله
.
Memetik laporan akhbar Berita Harian hari ini 16 April 2010, di bawah tajuk : Kerjasama perbetul Imej Islam . Datuk Seri Najib Razak mencadangkan dua institusi kajian strategik terkemuka Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia bergabung menjalankan kajian untuk membetulkan persepsi mengenai Islam, khasnya di Asia Tenggara.

Perdana Menteri berkata, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) AS dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, perlu melakukan sesuatu untuk membetulkan salah tanggapan itu, di samping mencari jalan mewujudkan kemakmuran, keamanan dan kestabilan masyarakat antarabangsa.
.
Najib menyatakan perkara itu dalam ucaptama bertajuk Hubungan AS-Malaysia: Melihat Ke Depan Sebagai Tonggak Utama Kerjasama, di CSIS semalam. “Kurang sedikit daripada suku penduduk dunia adalah umat Islam yang 60 peratus daripadanya menetap di Asia, namun masih berlaku salah faham terhadap mereka. Malaysia aktif menjadi peranan sebagai jambatan menghubungkan antara umat Islam dan masyarakat Barat,” katanya. Kita melihat usaha ini sebagai suatu perkembangan yang sangat bermakna.

Saudara-saudara sekalian,
.
Islam adalah agama yang sempurna dan lengkap. Tidak berhajat kepada sebarang penambahan dan pengurangan. Bahkan Islam meliputi seluruh aspek hidup manusia. Bermula dari saat dilahirkan sehinggalah ke akhir kehidupan. Islam juga membahaskan perihal seekor lalat yang masuk ke dalam gelas minuman sehinggalah kepada bagaimana memerintah dunia. Bermula dari perihal hamba sehingga yang berdarjat Raja. Islam turut membincangkan fenomena supernova, big bang mahupun pembentukan planet, matahari dan bintang-bintang. Liputan Islam tidak sahaja terhad di Negara-negara Arab, bahkan Islam turut mewarnai bandaraya-bandaya besar dunia sama ada Washington DC, Paris, Copenhagen, Tokyo dan serata ceruk rantau dunia. Tiada apa pun yang terkecuali dari liputan dan leluasa Islam. Bahkan liputan Islamlah yang terluas di dunia ini.
.
Imam Hasan Al-Bana pernah menitipkan :

الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا
فهو دولة ووطن أو حكومة وأمة
وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة
وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء
وهو مادة أو كسب وغنى وهو جهاد ودعوة
أو جيش وفكرة كما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء بسواء
.
Islam itu adalah Peraturan yang meliputi seluruh kehidupan manusia . Termasuk perbahasan Negara, Negeri, pembentukan kerajaan dan pembinaan Masyarakat , nilai Akhlak, kekuatan, kasih-sayang dan keadilan, Kebudayaan, perundangan, Intelektual dan penghakiman. Islam juga meliputi Material, pendapatan dan kekayaan .Islam juga jihad, dakwah, tentera dan pencambahan idea. Seperti mana ia juga adalah aqidah yang betul dan Ibadah yang benar .

Allah s.w.t berfirman :

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً
.
Hari ini, telah aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan aku telah lengkapkan ke atasmu segala nikmatku serta Aku meredhai bagimu Islam sebagai agama.

Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah…

Saya datangkan dengan analogi yang mudah untuk kita sama-sama fahami. Tatkala kita melihat pemenadu-pemandu yang biadap dan membahayakan pemandu lain di jalanraya, adakah kita wajar menunding jari kepada Jabatan Pengangkutan Jalan kerana mengeluarkan lesen untuk mereka. Apabila Islam nampak hina dan lekeh adakah kita perlu menyalahkan Islam kerana keadaan ini. Kita perlukan bezakan di antara pemandu dan lesen serta undang-undang yang ada. Kita perlu bezakan di antara islam dan Umat Islam. Hari ini yang jauh terhina dan ketinggalan bukanlah Islam tetapi Umat Islam. Islam akan sentiasa unggul. Kerana fitrah Islam sentiasa berada di atas. Tiada yang mampu memudaratkan cahaya dan sinarnya. Islam bergerak laksana air sungai yang mengalir. Semakin dihalang dan diancam tekanannya semakin kuat menerjah apa sahaja yang ada di hadapan. Air sungai yang mengalir penuh irama kesyahduan mampu berubah menjadi air bah yang menghancurkan bukan sekadar sebuah pondok usang bahkan sebuah ketamadunan manusia. Kita sentiasa menantikan gelombang islam untuk meruntuhkan segala tembok2 dan dinding2 blok secular yang merajai manusia kini.

Saudara-saudara sekalian.

Pada khutbah jumaat minggu yang lalu, khatib turut mengingatkan, sesebuah bangsa hanya akan jadi hebat tatkala mendokong Islam. Melayu yang tidak akan hilang di dunia menurut Hang Tuah itu.. adalah Melayu yang sentiasa mendokong agamanya.. Bangsa itu akan diangkat oleh agamanya. Tetapi perlu diingat seandainya bangsa bertuah ini mula menolak agama, anti kepada ceramah-ceramah agama, program-program keagamaan dan segala program untuk mengajak manusia mengenal tuhannya, dikurangkan bahkan semakin parah ia disekat, maka Islam akan beralih kepada generasi lain..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
.
Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa yang lari dari agama Allah, maka Allah akan mendatangkan generasi manusia yang baru, Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah. Berlemah lembut dengan orang-orang beriman dan berkeras dengan orang-orang kafir. Mereka berjihad di jalan Allah dan sedikitpun mereka tidak gentar celaan si pencela. Itulah anugerah Allah yang hanya diberikan kepada mereka yang dikehendakinya. Sesengguhnya Allah maha mengetahui.

Saudara-saudaraku sekalian.

Sirah Nabi S.A.W memaparkan baginda S.A.W berdakwah kepada penduduk Mekah selama 10 tahun. Nyata cabaran dan hambatan dari penduduk Mekah semakin hebat. Nabi S.A.W mengambil keputusan untuk keluar ke Thaif, menawarkan anugerah Islam kepada penduduk Thaif. Mudah-mudahan penduduk Thaif yang terkenal dengan lemah lembut dan budi bahasanya menghargai anugerah Islam. Justeru akan melonjakan martabat mereka. Malangnya perancangan Nabi untuk menganugerahkan Islam kepada penduduk Thaif berbeza dengan perancangan serta ketentuan Allah. Mereka menolak Islam . Baginda disambut dengan lontaran batu dan kata-kata keji.

Perancangan Allah itu mendatangkan pengajaran bagi kita. Tatkala penduduk Mekah menolak Islam, Nabi membawa Islam ke Thaif, tatkala Pemimpin-pemimpin dan kerajaan pemerintah Mekah dan Thaif ketika itu menolak Islam, Allah menganugerahkan Islam ke pada seorang hamba yang bernama Adas, tatkala bertemu dengan Nabi di dalam perjalanannya pulang dari Thaif ke Mekkah. Sejarah itu terpaku utuh di dalam lipatan sirah perjalanan dakwah baginda S.A.W . Itulah roda perjalanan Islam. Ia akan terus berjalan. Sama ada kita menerima atau menolak Islam. Islam akan tetap unggul. Bezanya seandainya kita menerima Islam kita akan maju. Membelakangkan Islam dan mengenepikan Islam bererti kita bersedia menerima untuk mundur.
.
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى {124} قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنتُ بَصِيراً
.
Barangsiapa yang berpaling dari Al-Quran maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, mereka akan dibangkitkan di dalam keadaan buta. Maka mereka berkata : Kenapa kami dibangkitkan di dalam keadaan buta, sedangkan di dunia dahulu kami mampu melihat .
.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Monday, May 24, 2010

Agungnya para Syuhadak !

Asim bin Thabit r.a meruapakan seorang sahabat yang gagah dan mempunyai keazaman yang tinggi.Sebelum meletusnya peperangan Uhud Nabi s.a.w telah bertanya kepada perajurit muslimin, bagaimanakah kamu akan berperang kelak ? Thabit telah tampil seraya berkata : “Apabila musuh telah hampir seratus kaki maka panahlah yang paling sesuai digunakan.Apabila mereka lebih hampir dengan kita tentulah lembing akan berperanan menghancurkan mereka.Jika jarak telah menjadi lebih dekat selepas itu hanya pedang yang akan menyelesaikan mereka”.Mendengar kata-katanya yang bersemangat itu Nabi saw telah bersabda, maksudnya : “Sesiapa yang ingin berjuang, maka hendaklah dia mencontohi Asim bin Thabit !.
.
Apabila meletus peperangan Uhud seperti yang dijanjikan kepada Rasulullah saw, Asim telah keluar umpama singa garang yang kelaparan.Beliau telah berhasil membunuh anak-anak lelaki kepada Sulafah binti Sa’ad yang bernama Musafik, Kilab dan al-Julas.Pembunuhan yang dilakukan terhadap tiga beradik ini telah membangkitkan rasa marah diikuti dengan dendam untuk menuntut bela terhadap mereka.Ibu ini telah berikrar memberikan ganjaran yang hebat kepada sesiapa yang berjaya membunuh balas pembunuh putera-puteranya itu.
.
Peperangan Uhud yang berakhir dengan seribu kenangan dan pengajaran buat umat Islam telah berakhir lalu Nabi mengutuskan tentera seramai 6 orang diketuai oleh Asim bin Thabit r.a.Ketika rombongan tentera ini berada di pertengahan jalan tidak jauh dari Mekah, kaum Huzail yang tinggal di kawasan itu yang masih lagi belum memasuki Islam telah mengepung mereka.
.
Asim bersama tentera-tentera Islam yang lain tidak ada pilihan melainkan berjuang mempertahankan diri.Kini golongan musyrikin Huzail menjanjikan keselamatan terhadap mereka jika mereka bersetuju menyerahkan diri.Walaubagaimanapun Asim bertegas untuk mempertahankan dri dengan katanya : “ Adapun pada pandanganku, aku tidak akan menyerahkan diriku kepada seseorang musyrik” . Tawaran Sulafah tempoh hari masih terngiang-ngiang dalam fikirannya.
.
Kata-kata beliau yang terakhir sebelum berlakunya pertembungan itu adalah : “ Ya Allah, sesungguhnya aku ini mempertahankan agamaMu dan memperjuangkannya ! Maka peliharalah tubuhku dan tulangku , dan jangan Engkau izinkan keduanya dari di kuasai oleh mereka!” . Kedahsyatan penganiyaan yang dilakukan oleh musush-musuh Islam terhadap jasad syuhada’ Islam yang gugur di medan Uhud masih lagi segar dalam ingatannya.Penganiayaan kepada jasad Hamzah yang sudah kaku oleh Hindun, isteri kepada jenderal tentera kuffar yang menyerang Madinah.Asim merasa yakin akan bantuan Allah dan perlindunganNya dari musuh-musuh Islam.
.
Asim memulakan serangan disertai dengan dua orang sahabatnya.Manakala yang lain menyerahkan diri mereka.Setelah berjuang habis-habisan bagaikan singa yang kelaparan, kesemua tiga orang sahabat , termauk Asim akhirnya terkorban sebagai syahid.Musuh-musuh Islam telah memperlakukan tiga orang yang menyerah diri dengan seburuk-buruk layanan.Sangkaan mereka, akan mendapat layanan seperti tawanan meleset sama sekali, apabila musuh bertindak dengan lebih ganas iaitu membunuh mereka.
.
Musuh-musuh tidak menyedari bahawa salah seorang yang dibunuh itu merupakan Asim yang diharap-harapkan oleh ramai musuh untuk membunuhnya.Tawaran oleh Sulafah amatlah menggiurkan dan kebanyakan mereka telah terpikat dengannya.
.
Sebaik sahaja berita kematian Asim tersebar ke kawasan berdekatan, datanglah utusan Quraisy dari Mekah yang terletak berdekatan dengan tempat pembunuhannya, meminta agar diserahkan kepala Asim kepada Sulafa bagi memenuhi hajat dan dendam kesumat yang bersarang di lubuk hatinya, terhadap pembunuh ke tiga anak lelakinya.
.
Berebut-rebutlah kaum Arab dari suku Huzail untuk mendapat anugerah yang dijanjikan itu.Sampai berdekatan dengan jasad Asim, mereka yang ingin memenggal kepalanya itu terkejut melihat ribuan lebah dan tebuan padang pasir menyelaputi jasadnya, seolah-olah padanya ada sarangnya yang dipertahankan dari penceroboh. Segelintir yang cuba mara kea rah mayat disengat di kepala dan mata. Tebuan padang pasir amat ditakuti oleh manusia.Sengatannya mampu menyebabkan kelumpuhan pada system pertahanan badan malah membewa pada kematian.
.
Setelah berusaha berbagai cara menghalau lebah dan penyengat itu tanpa membuahkan sebarang hasil, akhirnya mereka berehat menanti hari malam dengan anggapan serangga itu akan meninggalkan jasadnya menjelang kegelapan.Belumpun kegelapan menyelubungi siang, tiba-tiba dengan tidak semena-mena langit bertukar corak.Hari yang disangka terang bertukar menjadi gelap.Kilat sambar menyambar lalu turunlah hujan yang sangat lebat sehingga kawasan yang gersang menjadi lurah dan sungai yang deras.Kawasan pertempuran menjadi seolah-olah tasik dengan paras air yang naik dengan menggila, di luar kawalan.Hujan yang turun lebat tidak berhenti hingga tiba waktu Subuh keesokan hari baru ia reda.
.
Huzail masih lagi meletakkan dalam impian untuk menyerahkan kepala Asim yang dipenggal kepada Quraisy agar tenang ruh tiga orang pemuda mereka seperti yang disangkakan oleh puak jahiliyyah.Namun impian hanya tinggal angan-angan kosong.Jasad Asim dipelihara Allah dari tangan-tangan jahat musuh-musuhNya.Tubuhnya hilang entah ke mana dalam kederasan air hujan di gurun sahara yang panas, tapi ruhnya sudah diambil Allah terbang ke syurga yang tinggi.Semuga Allah meredhainya..Dia ikhlas dalam perjuangannya..Dan Allah tidak sekali-kali menghampakan amalan hamba-hambaNya yang ikhlas..FirmanNya dalam surah Ali Imran ayat ke 169-170 : Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang mati syahid pada jalan Allah itu mati, Bahkan sebaliknya mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita…

Sunday, May 23, 2010

Ketika berusia 13 tahun sudah memikirkan tentang Negara !.

Beliau adalah Abdullah bin Umar bin Al-Khattab Al-Alawi Al-Qurasyi. Islam sebelum baligh bersama-sama bapanya dan berhijrah sebelum bapanya berhijrah ke Madinah. Diriwayatkan daripadanya : “ Aku menawarkan diri kepada Rasulullah S.A.W untuk menyertai perperangan Uhud, ketika itu umurku 13 tahun tetapi baginda S.A.W menolak tawaranku. Kemudian aku menawarkan diri untuk menyertai perperangan Khandak, ketika itu umurku 15 tahun lantas baginda S.A.W menerima tawaranku dan aku menyertai semua perperangan selepas dari perperangan Khandak”.
.
Bayangkan remaja seawal usia 13 tahun menawarkan dirinya untuk berjihad. Isunya bukanlah keberanian semata-mata, tetapi bagaimana remaja semuda itu telah memikirkan tentang maruah agama dan negara. Pemuada seusia itu sudah memikirkan keselmatan agama dan maruah negara. Nak dibandingkan dengan remaja hari ini umur 13 tahun ni belum fikir apa-apa pun lagi. Jauh lagi nak memikirkan tentang mempertahankan negara. Ditambah pila dengan hari ini televisyen yang mencorak remaja. Bilalah masa mereka nak fikir tentang negara ?. Melainkan berhibur..berhibur dan berhibur..
.
Abdullah bin Umar merupakan sahabat yang paling beriltizam melaksanakan sunnah Rasulullah S.A.W. Beliau akan melakukan setiap tidak tanduk baginda, akan solat di tempat baginda bersolat, menambat untanya di tempat Rasulullah menambat untanya,

Beliau juga dianugerahkan Allah dengan kekuatan jasmani untuk berjihad, beribadah, sentiasa zuhud di dalam kehidupan dunia. . Seorang yang mendahulukan akhirat dari dunia. Termasuk di dalam enam orang sahabat yang paling banyak menghafal hadith Nabi S.A.W. Diriwayatkan daripadanya sebanyak 1630 hadith. Turut diiktiraf sebagai seorang Faqih, cukup teliti di dalam mengeluarkan hukum. Menurut Imam Asy-Sya’bi : “ Beliau terkemuka di dalam bidang hadith tetapi kurang terkenal di dalam bidang fiqh. Hal ini kerana sikap beliau dipengaruhi perasaan wara’ dan takut kepada Allah. Tidak banyak fatwa-fatwa yang keluar dari mulutnya walaupun memeganga status Mufti
[1] selama 60 tahu. tidak meletakan diri di dalam fitnah kerana mengeluarkan fatwa. Sifat wara’nya juga tertonjol apabila mengelakan diri dari termasuk di dalam kontroversi dan fitnah yang melanda sepanjang hayatnya. Di waktu berlakunya konflik di dalam memilih khilafah, beliau mengambil pendirian tidak memihak ke mana-mana, walaupun jiwa dan cintanya kepada mereka yang duduk di Syam. Daripada beliau wujudnya pandnagan-pandangan yang disandarkan kepadanya dan lahirlah Mazhab Imam Malik dan pengikut-pengikutnya.
.
.
[1] Bukanlah jawatan yang rasmi tetapi merujuk kepada keupayaan dan kemampuannya mengeluarkan Fatwa.

Wednesday, May 19, 2010

Jom Refresh Cinta Rasul..

Keimanan kepada rasul-rasul yang telah diutuskan Allah berdasarkan firman Allah S.W.T :

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Maksudnya : Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali"[1].

Tidak sempurna iman seseorang yang hanya mengakui kerasulan sebahagian rasul-rasul ini dan dalam masa yang sama menafikan sebahagian yang lain. Beriman dengan Allah semata-mata dengan menafikan keimanan kepada Rasul, adalah iman yang cacat dan pincang. Bagaimana seseorang itu beriman kepada Allah tetapi menafikan tali penghubung kepada Allah. Mustahil seseorang manusia mengenali Allah tanpa perantara rasul-rasul yang diutuskan.

Firman Allah S.W.T :

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَن يُفَرِّقُواْ بَيْنَ اللّهِ وَرُسُلِهِ وَيقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَن يَتَّخِذُواْ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلاً

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) berkata: "Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya Yang lain", serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu[2].

Beriman kepada rasul-rasul adalah keimanan yang menyeluruh, penuh keyakinan dan mengakui pengutusan mereka kepada umat-umat yang tertentu seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Berbeza dengan keimanan kepada Nabi Muhammad S.A.W. baginda diutuskan kepada seluruh makhluk, jin dan manusia sehingga akhir zaman .

Menurut suatu pandangan daripada Ibu Abbas dan Wahab ibnu Munabbih [3] : Mereka keseluruhannya 120 000 Nabi, 100 00 daripada mereka diutuskan kepada Bani Israel melainkan 20 000. Manakala bilangan rasul 313 kesemuanya daripada keturunan nabi Yaakub melainkan 20 orang. Disebutkan di dalam Al-Quran seramai 25 orang sahaja. Nama-nama Nabi yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Dalam riwayat yang lain daripada Ibnu Abbas, beliau mengatakan nabi-Nabi keseluruhannya daripada Bani Israel melainkan 10 orang iaitu : Nuh, Hud, Syuaib, Soleh, Luth, Ibrahim, Ishak, Ya’akub, Ismail dan Muhammad. Manakala munurut pandangan Ka’ab[4] jumlah Nabi-nabi yang diutuskan 124 000 dan jumlah para Rasul adalah 313 orang. Disebutkan di dalam Al-Quran seramai 28 orang. Disebutkan oleh al-Imam al-Bahaqi dua orang Nabi sahaja yang mempunyai dua nama iaitu Israel dan Isa. Israel juga dikenali dengan Ya’akub manakala Isa juga dikenali dengan al-Maasih. Di dalam sebuah hadith baginda S.A.W bersabda :

عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : أَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، فَجَلَسْتُ إِلَيْهِ فِي الْمَسْجِدِ ، فَقَالَ : يَا أَبَا ذَرٍّ ، اسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ شَيَاطِينِ الإِنْسِ وَالْجِنِّ ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ وَلِلإِنْسِ شَيَاطِينُ ؟ قَالَ : نَعَمْ قَالَ : يَا أَبَا ذَرِّ ، أَلا أَدُلُّكَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ ؟ قَالَ : قُلْتُ : بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ ، قَالَ : لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ مَا الصِّيَامُ ؟ قَالَ : فَرْضٌ مُجْزٍى ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ مَا الصَّلاةُ ؟ قَالَ : خَيْرٌ مَوْضُوعٌ ، فَمَنْ شَاءَ أَقَلَّ ، وَمَنْ شَاءَ أَكْثَرَ ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ، مَا الصَّدَقَةُ ؟ قَالَ : أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً وَعِنْدَ اللهِ مَزِيدٌ ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ، أَيُّهُمَا أَفْضَلُ ؟ قَالَ : جَهْدٌ مُقِلٌّ أَوْ سِرٌّ إِلَى فَقِيرٍ قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ أَيُّمَا أُنْزِلَ عَلَيْكَ أَعْظَمُ ؟ قَالَ : اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ حَتَّى خَتَمَ الآيَةَ ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ، أَيُّ الأَنْبِيَاءِ كَانَ أَوَّلا ؟ قَالَ : آدَمُ ، قُلْتُ : وَنَبِيٌّ هُوَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، نَبِيُّ مُكَلِّمٌ قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ، كَمِ الأَنْبِيَاءُ ؟ قَالَ : ثَلاثُ مِائَةٍ وَخَمْسَةَ عَشَرَ جُمُّ غَفِيرٌ.[5]

Maksudnya :

Daripada Abu Dzar R.A : Aku mendatangai nabi S.A.W dan duduk berhampiran dengan baginda di dalam masjid. Baginda bersabda : Wahai Abu Dzar, berlindunglah dengan Allah dari syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia. Maka aku bertanya : Adakah di kalangan manusia ada syaitan ya Rasulullah ?. Baginda menngatakan : Ya.kemudian baginda bersabda : Wahai Abu Dzar mahukah kamu aku khabarkan kepadamu tentanng khazanah daripada khazanah syurga. Aku berkata : Bahkan Ya rasulullah. Baginda mengatakannya lagi : لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ adalah daripada khazanah syurga. Aku bertanya lagi : Apakah dia puasa ya Rasulullah ?. Baginda menjawab : Kefardhuan yang diberikan pahala. Aku bertanya lagi : Ya Rasulullah bagaimana pula dengan solat ?. Katanya : Sebaik-baik tempat. Barang siapa mahukan maka kurangkan dan barang siapa berkehendakan maka perbanyakan. Aku bertanya lagi : Bagaimana dengan sdekah ?. Jawab baginda : Pahala yang berganda-ganda dan di sisi Allah ditambahi lagi. Aku bertanya lagi : Apakah yang paling agunng yang diturunkan kepadamu Ya Rasulullah ?. Baginda menjawab : اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ sehingga habis. Aku bertanya lagi : Siapakah Nabi yang terawal ?. Katanya : Adam. Aku berkata lagi : Adakah dia Nabi ya Rasulullah ?. Nabi menjawab : Ya , Nabi yang dianugerahkan berkata-keta dengan Allah. Aku bertanya lagi : Ya Rasulullah berapakah jumlah Nabi-nabi ?. Baginda menjawab : Tiga ratus lima belas orang yang diberi keampunan.

Setiap Nabi dan Rasul dianugerahkan Allah dengan pelbagai mukjizat. Sebagai contohnya Nabi Musa A.S dianugerahkan dengan 9[6] mukjizat . Firman Allah S.W.T :

وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى تِسْعَ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ فَاسْأَلْ بَنِي إِسْرَائِيلَ إِذْ جَاءهُمْ فَقَالَ لَهُ فِرْعَونُ إِنِّي لَأَظُنُّكَ يَا مُوسَى مَسْحُوراً [7]
Dan Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Nabi Musa sembilan mukjizat Yang jelas nyata (membuktikan kebenarannya); maka Bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada Bani Israil (tentang itu): ketika Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya (serta menunjukkan mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya: "Sesungguhnya Aku fikir, Engkau ini Wahai Musa, seorang Yang terkena sihir"


Para mufassiran berselisih pendapat di dalam menafsirkan 9 mukjizat berkenaan. Menurut Ibnu Abbas[8] 9 Mukjizat berkenaan adalah : Tangannya, tongkatnya, lidahnya, lautan, Taufan, belalang, kutu, katak dan darah . Firman Allah S.W.T di dalam ayat yang lain[9] :

وَلَقَدْ أَخَذْنَا آلَ فِرْعَونَ بِالسِّنِينَ وَنَقْصٍ مِّن الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ { } فَإِذَا جَاءتْهُمُ الْحَسَنَةُ قَالُواْ لَنَا هَـذِهِ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَطَّيَّرُواْ بِمُوسَى وَمَن مَّعَهُ أَلا إِنَّمَا طَائِرُهُمْ عِندَ اللّهُ وَلَـكِنَّأَكْثَرَهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ { } وَقَالُواْ مَهْمَا تَأْتِنَا بِهِ مِن آيَةٍ لِّتَسْحَرَنَا بِهَا فَمَا نَحْنُ لَكَ بِمُؤْمِنِينَ { } فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُّفَصَّلاَتٍ فَاسْتَكْبَرُواْ وَكَانُواْ قَوْماً مُّجْرِمِينَ { }

130. Dan Sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya Dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.

131. Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: "Ini ialah hasil usaha kami", dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): ketahuilah, Sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

132. Dan mereka berkata: "Walau apa sahaja (jenis-jenis) keterangan (mukjizat) Yang Engkau bawa kepada kami; (Wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu kepada kami, maka Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu".

133. (Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan Bukti Yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum Yang menderhaka.


[1] Al-Baqarah : 285
[2] An-Nisa’ : 150
[3] Tafsir Bahr Al-Muhith, Juzuk 2, m/s 34 Bab 132
[4] Tafsir Al-Baidhowi , Juzuk 1 m/s 246 , bab 213.
[5] Musnad Al-Bazzar , Bab Musnad Abi Dzar Al-Ghiffari, Juzuk 5, m/s 374 .
[6] Para Mufassirin memberikan tafsiran yang berbeza tentang 9 mukjizat berkenaan.
[7] Al-Israa’ : 101
[8] Tafsir At-Tobari , Juzuk 17 m/s 564
[9] Al-A’raf : 130 - 133
.
.
Petikan dari Buku : " Jom Refresh Iman " karangan penulis ( dalam proses menyiapkannya ). Perbahasan berkaitan buku ini secara live, setiap sabtu minggu ke-3, selepas Subuh di Masjid Ceras Utama, Bandar Tun Husin Onn.

Wednesday, May 12, 2010

Si kurus yang berjiwa besar

Beliau adalah Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud bin Ghafil Al-Huzali. Beliau termasuk di antara orang-orang yang pertama masuk Islam, bahkan termasuk dalam deretan keenam dari orang-orang yang memeluk agama Islam. Waktu itu usianya belum mencapai 15 tahun. Ia menyaksikan salah satu mukjizat Nabi SAW dan masuk Islam tanpa ragu. Sepanjang hayatnya beliau setia terhadap Rasul hingga akhir hayat beliau.
.
Abdullah Ibn Mas’ud merupakan orang yang kuat menghafal Al-Quran. Ia mendengar ayat-ayat Al-Quran dari Nabi sendiri lalu menghafalnya sesuai dengan yang ia dengar. Nabi SAW pernah berkata: “Barangsiapa ingin membaca Al-Quran seperti keadaan/bacaan ketika diturunkannya, hendaklah ia membaca sebagaimana bacaan Ibn Ummi Abd (Abdullah Ibn Mas’ud.”. Beliau termasuk orang pertama yang mengumandangkan Al-Quran di hadapan kaum Quraisy tanpa rasa takut akan kemarahan dan balas dendam mereka kepadanya.
.
Dia adalah seorang pemuda berbadan kurus, tidak memiliki suatu kesenangan duniawi. Ia merasa cukup kuat dengan kurnia Tuhan-Nya, sehingga menjadikannya pemberani dalam menghadapi peristiwa yang berbahaya. Waktu itu para sahabat Nabi berharap agar kaum Qurais mendengarkan Al-Quran, akan tetapi siapa yang berani mengumandangkan bacaannya di hadapan mereka?. Hal ini merupakan peristiwa yang memerlukan keberanian dan pengorbanan teristimewa sekali kerana kaum Quraisy bersikap memusuhi terhadap agama baru (Islam).
.
Tentu saja siapa pun yang berani mengumandangkan Al-Quran, yang merupakan seruan untuk memeluk agama itu, akan menemukan gangguan kaum Quraisy. Yahya Ibn Umayyah meriwayatkan peristiwa tersebut dengan ucapannya: “Abdullah Ibn Mas’ud merupakan orang yang pertama mengumandangkan Al-Quran setelah Rasulullah SAW.
.
Suatu ketika para sahabat Nabi berkumpul, lalu mereka berkata: “Demi Allah, kaum kafir Quraisy tidak mendengar Al-Quran ini dikumandangkan sama sekali. Siapakah gerangan orang yang berani membuat mereka mendengarkannya?” Spontan Abdullah Ibn Mas’ud berkata: “Saya!” . Para sahabat Nabi berkata: “Kami mengkhuatirkan keadaanmu. Kami menghendaki adanya seorang lelaki yang memiliki kabilah tersendiri yang boleh mencegah mereka darinya, jika mereka mahu.” Jawab Abdullah Ibn Mas’ud: “Setelah itu, sesungguhnya Allah akan membelaku.” . Kemudian berangkatlah Ibn Mas’ud hingga sampai pada tempat yang tinggi sedangkan kaum Quraisy ada di bawahnya. Ia berdiri lalu membaca:

الرَّحْمَنُ {1} عَلَّمَ الْقُرْآنَ
1. (Tuhan) yang Maha pemurah,
2. Yang Telah mengajarkan Al Quran.
.
Timbullah dua ucapan dari mereka: “Apa yang diucapkan oleh Ibn Ummi Abd? Ia membaca sebahagian dari yang dibaca/dibawa oleh Muhammad. Lantas mereka berdiri menuju kepadanya. Terjadilah apa yang dikehendaki oleh Allah. Setelah itu ia pulang menuju para sahabatnya dengan penuh derita di wajah dan badannya. Para sahabat berkata: “Inilah yang aku takutkan terjadi padamu.” Maka jawabnya: “Musuh-musuh Allah itu hanya perkara kecil bagiku sekarang. Andaikata engkau inginkan lagi, tentu aku akan berangkat seperti ini lagi besok.” Jawab mereka: “Cukup bagimu.” Mereka telah mendengarkan apa yang mereka benci.”
.
Peristiwa hebat ini menjelaskan sejauh mana Abdullah Ibn Mas’ud mengalami pengorbanan demi memperoleh keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Pemuda miskin ini berani menghadapi mereka tanpa dukungan kabilah yang ia miliki, menghadap (kaum) Quraisy yang memiliki harta yang berupa kekuasaan. Ia memikul beban gangguan dengan redha asal mereka dapat mendengarkan apa yang mereka benci. Ketika Nabi mengizinkan sebahagian sahabatnya berhijrah, Abdullah Ibn Mas’ud berhijrah dua kali. Saat itu ia mencapai usia dewasa lalu kembali ke Makkah setelah jumlah kaum muslimin bertambah, dan Islam bertambah kekuatan, kemuliaan dan pertahanan.
.
Ketika Rasulullah mengizinkan hijrah ke Madinah, Abdulah Ibn Mas’ud ikut hijrah dan menjumpai Mu’adz Ibn Jabal. Di situlah Nabi mempersaudarakan antara umat Islam. Beliau mempersaudarakan antara Abdullah Ibn Mas’ud dengan Zubair Ibn al-Awwam dari kalangan Muhajirin, dan antara Abdullah Ibn Mas’ud dengan Mu’adz Ibn Jabal dari kalangan al-Ansar. Ia memperoleh keuntungan yang banyak kerana dekatnya dengan Nabi. Ia mendirikan rumahnya berdekatan dengan masjid Rasul.
.
Nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada Abdullah Ibn Mas’ud ini menjadikan para sahabat berharap seandainya mereka juga boleh memperoleh seperti itu. Mereka berkata: “Sesungguhnya ia boleh masuk saat kita terhalang, dan dapat menyaksikan saat kita hadir.” Mereka menganggap hal tersebut sebagai kurnia yang melimpah kerana dekatnya dengan tempat Rasul.
.
Sebahagian dari perkara yang menunjukkan amat cintanya Nabi SAW kepada Ibn Mas’ud adalah beliau memintanya membaca beberapa ayat Al-Quran al-Karim. Suatu ketika Rasulullah bersabda kepadanya: “Bacalah untukku, hai Abdullah.” Jawab Ibn Mas’ud: “Aku membaca untukmu? Padahal wahyu diturunkan kepadamu?” Jawab Nabi, “Sebenarnya aku ingin mendengarkan Al-Quran dari selain diriku.” .
.
Beliau meriwayatkan 848 hadith daripada baginda S.A.W. Beliau adalah yang paling hebat di dalam ilmu Al-Quran dan di dalam masalah Fiqh beliau mengikut pandangan Saidina Umar, sehinggakan boleh dikatakan beliau langsung tidak pernah menyangggahi saidina Umar. Dikatakan 3 orang yang saling melengkapi adalah Saidina Umar, Zaid bin Thabit dan Ibnu Mas’ud. Tatkala sidina Umar menghantarnya ke Kufah, beliau turut menitipkan surat kepada penduduk-penduduk kuffah : “ Sesungguhnya aku mengutuskan Ammar bin Yasir sebagai pemimpin kamu, Abdullah bin Mas’ud sebagai guru dan menteri. Mereka berdua adalah di antara mereka yang terpilih dikalangan sahabat Nabi. Daripada Ahli Badar. Ikutlah mereka berdua, taatlah pada mereka aku mendahului bagimu Abdullah lebih dari diriku”. Beliau mengajar di Kuffah Hadith dan Fiqh dan mengasaskan pandangannya di dalam Ijtihad. Kemudian pendapatnya diriwayatkan oleh Alqamah bin Qais An-Nakha’I kemudian diikuti Ibrahim An-Nakha’I kemudian diikuti Hammad bin Abi Sulaiman kemudian diikuti Imam Abu Hanifah. Beliau wafat pada tahun 32 Hijrah pada Umur 66 tahun.