hello3x
cik puan ika nk share ngan korg semua...sikit info,semoga bagi manfaat kat kita semua.....
PERKARA PERLU ELAK TIME PREGNANT
1. Manicure n pedicure - cik puan semua kena elakkan, terutama pada 3 bulan pertama kehamilan sbb kandungan bahan kimia pd produk kecantikan boleh effect kat janin.
2. Facial treatment - pastikan produk pembersih yg digunakan x mengandungi bahan merbahaya/bebas kimia
3. Mewarna rambut - elakan pada trimester pertama kehamilan kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap dlm kulit n bahayakan kandungan
4. High heels - SANGAT BAHAYA graviti menyebabkan ibu hamil hilang keseimbangan daqn mudah jatuh. (ni semua tau dah kot)
5.Ubat nyamuk - elak xkira semburan, bakar mahupun sapuan (bahan kimia merbahaya)
6. Derma darah - xsesuai ye.. sbb mudah menyebabkan anemia
7. Durian - kpd antu2 durian, please elak pada trimester pertama,durian boleh meransang kontraksi yg sbbkn keguguran.
8. Lipstick - kalau anda jenis org yg suke pakai lipstick, (rasa xlengkap hidup kalo xpakai lipstik..) elakkan tabiat menjilat bibir. dikhuatiri pengawet dan pewarna dlm lipstick boleh membahayakan janin.
9. Aircraft - ibu hamil dinasihatkan x naik aircraft pada trimester akhir kehamilan. tekanan udara boleh tambah risiko terhadap kehamilan.
10.Whitening cream - Lupakan penggunaan whitening cream ketika ini,boleh jejaskan kesihatan ibu dan janin.
11. Ubat Jerawat - adalah normal anda menghadapi masalah jerawat ketika hamil disebabkan oleh perubahan hormon. Cuci muka secara biasa untuk kurangkan penghasilan minyak, x perlu pakai ubat jerawat kerana ia bagi kesan terhadap pertumbuhan janin. Lepas bersalin baru kita atasi masalah jerawat ni. ('',)
image : google
MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN KETIKA HAMIL
~makanan mentah dan separuh masak spt sushi, telur separuh masak dan steak
~kafien (bye2..my fav drink coffee n nescafe..huhu)
~makanan ringan
~alkohol dan nikotin (mari kite jauh2 dr perokok2 disekeliling kita..hubby pn merokok mcm mana ni..huhu)
~gula: boleh sbbkn komplikasi kencing manis masa mengandung dan baby besar.
petikan sumber : metro ahad (info sihat)
kesimpulannya, elakkan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan harian ibu2 mengandung terutama pada trimester pertama kehamilan..sbb inilah masa yg sgt penting untuk baby...
the moment janin terbentuk...