Lukisan wajah Siti Nurhaliza dijual sehingga RM75,000

Siti bersama karya Adrian Torres bernilai RM75,000.

PETALING JAYA: Seramai 17 pelukis tempatan dan luar negara membabitkan diri dalam pameran karya lukisan khas Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikon pop negara di Galeri Artelier KL, Publika di sini.

Lukisan tersebut akan dipamerkan selama sebulan bermula 26 Februari 2014.

Menurut rakan niaga Galeri Artelier KL, Ahmad Khairo Othman, Antara nama-nama pelukis yang terbabit melakar gambar Siti Nurhaliza termasuklah Adrian Torres (Sepanyol), Azizi Latif, Faiz Yunus, E.M. Nightwatcher (Iran), Haffendi Anuar, Zizan Rosman dan Nazmi Ismail.

"Projek ini telah bermula sebulan lalu di mana kesemua pelukis telah menemu bual Siti sebelum memulakan projek lukisan mereka.

"Kemudian, setiap daripada mereka akan menghasilkan karya mengikut kreativiti masing-masing. Pihak kami turut berbesar hati kerana bukan calang-calang orang yang terbabit dengan projek ini," katanya kepada mStar Online.

Tambah Khairo, lukisan termahal yang dipamerkan iaitu bernilai RM75,000 merupakan karya pelukis dari Sepanyol, Adrian Torres dan ia begitu eksklusif kerana membabitkan hasil lukisan menggunakan jari tanpa peralatan lukisan.

Lukisan berbentuk arca dengan memaparkan separuh wajah Siti karya Scott Abbas turut menarik perhatian ramai dengan nilai harga sebanyak RM6,500.

Antara lukisan-lukisan yang menjadi perhatian termasuklah karya Badruddin Shah Abdul Wahab bernilai RM6,000, Firdaus Mahadi (RM5,000) dan Khairul Arshad (RM5,500).

"Ini merupakan satu permulaan daripada pihak Artelier yang memaparkan karya-karya agung berdasarkan ikon negara kita.

"Pihak kami juga mahu selebriti tempatan kita diangkat seperti selebriti Hollywood menerusi karya lukisan. Sehingga kini, Siti merupakan selebriti tempatan pertama selepas Tan Sri P.Ramlee dan Datuk Sudirman Hj Arshad yang menjadi ikon inspirasi pelukis-pelukis tempatan," ujarnya.

Sementara itu, 30 peratus daripada kesemua lukisan yang dijual akan disalurkan ke Yayasan Nurjiwa yang dimiliki oleh Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Sumber: mstar.com.my

Sanggup buka pakaian untuk tatapan teman

 Gambar hiasan

Ampang: Termakan pujukan rayu kenalan wanita menyebabkan seorang lelaki sanggup menanggalkan pakaian dan berbogel untuk tatapan temannya itu yang dikenali melalui laman sosial Skype.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila aksinya itu dirakam kenalannya yang baru dikenali sebelum mengugut ingin menyebarkan video itu jika mangsa berusia 33 tahun enggan membayar wang RM5,000.

Bimbang dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, mangsa pada mulanya mengenali wanita terbabit melalui Facebook (FB) beberapa bulan lalu sebelum wanita itu mula menggodanya, namun ditolak mangsa dengan alasan sudah berkahwin.

“Bagaimanapun, wanita itu licik dan tidak berputus asa serta sentiasa berusaha agar mangsa menjadi kekasihnya.

“Malah, dalam kejadian terbaru kelmarin jam 12 tengah malam, mereka sekali lagi berhubung melalui FB sebelum wanita itu meminta mangsa menggunakan Skype kerana dia ingin melihat wajah mangsa,” katanya.

Sumber berkata, termakan pujuk rayu itu, mangsa akhirnya membuka laman sosial itu sebelum mereka mula berhubung.

“Lebih teruk mangsa yang tergoda mula menanggalkan pakaian dan berbogel tanpa mengetahui gambarnya itu dirakam.

“Selepas beberapa minit, wanita itu memutuskan talian dan membiarkan mangsa terpinga-pinga malah cubaan mangsa menghubungi wanita itu juga gagal,” katanya.

Menurutnya, selang beberapa jam kemudian, mangsa menerima mesej di FB dan meminta dia membayar wang RM5,000 jika tidak mahu video mangsa berbogel disebarkan.

“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa meminta menunjukkan bukti sebelum wanita terbabit menghantar rakaman videonya berbogel dan memberitahu sudah membuat banyak salinan.

“Bimbang dengan ugutan itu, mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya.

Jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber: Harian Metro

Kain terlucut, warga asing lari bogel elak dicekup

 Gambar hiasan. Imej: prevention.com

Alor Setar: Gara-gara panik akibat diserbu pihak berkuasa, seorang buruh warga asing berlari dalam keadaan bogel apabila kain pelekatnya terlucut ketika melarikan diri untuk mengelak ditahan dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Derga, di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan jam 1 pagi itu, seorang lelaki warga Myanmar turut dilihat memanjat bumbung sebuah rumah satu tingkat dengan hanya memakai seluar dalam bagi mengelak ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri yang menjalankan Ops 6P Bersepadu.


Bagaimanapun, kecekapan anggota penguat kuasa berjaya menghalang kumpulan pekerja warga asing seramai enam orang itu daripada melarikan diri.

Tinjauan mendapati kumpulan pekerja asing terbabit menjadikan rumah yang masih dalam pembinaan itu sebagai tempat tidur walaupun terdapat rumah kongsi disediakan di kawasan tapak pembinaan berkenaan.


Dalam operasi selama empat jam bermula jam 12 malam, kelmarin, seramai 23 anggota penguat kuasa termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia membuat serbuan di empat lokasi berasingan di sekitar bandar raya ini dan Jitra.


Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Kedah Aidil Safri Adnan berkata, pihaknya memeriksa seramai 37 warga asing membabitkan warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 27 pendatang asing tanpa izin berusia antara lapan bulan hingga 38 tahun didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen.


“Hasil pemeriksaan mendapati lima lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia, enam lelaki dan seorang wanita warga Myanmar serta seorang lelaki Bangladesh dikesan tiada sebarang dokumen perjalanan sah.

“Selain itu, seramai 10 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia ditahan atas kesalahan menetap lebih masa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama.

Sumber: Harian Metro

Spiderwoman buat hal lagi, kali ini pecah masuk rumah warga emas

Wook dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam, kerana memecah masuk kediaman seorang warga emas.

KUALA TERENGGANU - Sebelum ini, dia pernah digelar ‘Spiderwoman’ selepas tindakan nekadnya memanjat tingkat tiga sebuah asrama sekolah menengah di bandar raya ini semata-mata ingin mencuri kabel besi tembaga.

Susulan perbuatan itu, dia telah dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM1,500, namun ibu beranak satu itu seolah-olah tidak pernah serik apabila memecah masuk pula rumah milik seorang warga emas di Jalan Haji Abdul Rahman Limbong Kuala Ibai, di sini, jam 11 malam, 17 Februari lalu.

Wook@ Murniyati A Rahman, 34, dari Perumahan Kos Rendah Kampung Bukit Tunggal, di sini, mengaku salah melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah semasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Berikutan pengakuan salah itu, dia dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Majistret Abdul Hayyi Salim.

Wook mengaku salah melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik seorang warga emas, Arisah Abdullah, 62, sebelum mencuri pelbagai jenis barangan seperti sebuah televisyen Samsung 42 inci, gelombang mikro jenama Vidigo, pengisar roti, pakaian dan beg pakaian, enam keping permaidani, set pinggan mangkuk, cadar dan langsir, kerusi lipat plastik, kain samping benang emas, mesin senaman jenama Osim dan pembesar suara.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda manakala Wook tidak diwakili peguam.

Terdahulu dalam rayuannya, Wook merayu mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana mendakwa dia terpaksa melakukan jenayah itu kerana memerlukan wang untuk menyara anak dan ibu yang sudah uzur.

Berdasarkan fakta kes, mangsa meninggalkan rumahnya dalam keadaan baik jam 11 pagi pada 1 Disember tahun lalu untuk ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pada 17 Februari lalu, mangsa menerima panggilan daripada jirannya yang memaklumkan rumahnya dipecah masuk dan mangsa yang tiba di rumahnya pada keesokan harinya mendapati pelbagai jenis barangan hilang sebelum membuat laporan polis.

Sumber: Sinar Harian

Abang setan paksa adik hidu gam sebelum noda

 Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun layak digelar ‘setan’ apabila bukan saja memaksa adiknya berusia 12 tahun menghidu gam sebaliknya turut merogol kanak-kanak itu.

Ketika kejadian di rumah mereka di Ampang kira-kira jam 11 pagi kelmarin, hanya dua beradik berkenaan berada di rumah kerana ibu bapa mereka berusia lewat 40-an keluar bekerja. Menurut sumber, mangsa yang sedang bersendirian di ruang tamu menonton televisyen mendakwa didatangi abangnya itu.


“Abang mangsa kemudian menunjukkan kemaluannya menyebabkan adiknya itu ketakutan dan cuba melarikan diri namun berjaya dihalang abangnya itu.

“Mangsa dipaksa menghidu gam sebelum dirogol,” katanya.


Sumber itu berkata, selesai dirogol, mangsa diarah mandi sebelum bersiap untuk ke sekolah.


“Abang mangsa dilapor meninggalkan rumah sejurus kejadian manakala kesempatan itu digunakan mangsa untuk menghubungi ibunya mengadu mengenai kejadian yang menimpanya,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa ditemani ibunya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.


Mangsa turut dirujuk di hospital berhampiran sebelum pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan luka pada kemaluan mangsa.

Katanya, abang mangsa yang menyedari keluarganya membuat laporan polis dikatakan sudah menghilangkan diri dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan pihak berkuasa.

Sumber: Harian Metro

Seorang ahli politik asyik baca majalah porno semasa sidang parlimen

 Miguel Angel Revilla. Foto: Daily Mail

MADRID - Seorang ahli politik Sepanyol dirakam kamera sedang membaca sebuah majalah dewasa mengandungi deretan gambar perempuan telanjang ketika sesi sidang Parlimen , awal minggu ini .

Aktiviti Miguel Angel Revilla ( 71 ) , bekas presiden daerah autonomi Calabria , dirakam  jurugambar Andres Fernandez yang bekerja di sebuah akhbar harian tempatan El Diario Montanes . Demi mengelabui rakan - rakannya di ruang sidang , Miguel menutupi sampul majalah dewasa Interviu yang dibacanya .

Foto yang diambil Andres itu kemudian dimuat naik ke rangkaian sosial Twitter dan terus merebak dengan cepat di dunia maya . Sebahagian pengguna Twitter di Sepanyol mengecam perilaku Miguel yang dianggap membuang wang rakyat .

Akibatnya , Miguel Angel Revilla terpaksa membalas kecaman terhadap dirinya dengan memberi komen juga di Twitter . Pemimpin Parti Regional Cantabria itu mendakwa dia hanya melihat sekilas laman - laman majalah itu untuk mencari artikel tentang bekas pemimpin bank Caja Madrid , Miguel Blesa .

" Interviu mempunyai artikel menarik tentang Blesa . Saya yakin mereka mengambil foto saya sedang membaca artikel itu , " ujar Miguel cuba mengelak melalui akaun Twitternya.

Sumber: tribunnews

Rakyat Malaysia kini 30 juta orang


Tahukah anda berapa jumlah populasi rakyat Malaysia?

Ketahuilah bermula hari ini (Khamis), kita adalah salah seorang daripada 30 juta rakyat negara ini.

Mengikut laporan The Star, sekitar jam 6.43 semalam penduduk Malaysia adalah 29,999,530 rakyat.

Namun berdasarkan jangkaan kadar kelahiran di Malaysia iaitu seorang setiap minit, angka 30 juta rakyat dicecah selepas jam 2 pagi tadi.

Dijangkakan, jumlah rakyat Malaysia akan meningkat kepada 38.5 juta menjelang 2040 meliputi 19.6 juta lelaki dan 19 juta perempuan.

Setakat 2010, Bumiputera mencatat peratusan 67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat diikuti Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7). – REM RAMZI

Sumber: THE STAR

mynewshub.my

Tertimbus cairan simen 40 minit, wanita ini selamat

Foto: Orange

FUZHOU - Seorang wanita asal China terselamat walaupun tertimbus cecair simen selama 40 minit.

Seperti diberitakan Orange, Rabu (26/2/2014), kemalangan itu berlaku selepas Lok Wan, dan kekasihnya Yin Min Tai, memutuskan untuk memusing arah keretanya kerana terjebak kesesakan di jalan Fuzhou, China.

Tiba-tiba sebuah lori pengangkut simen yang tepat berada di belakang kereta mereka tidak boleh mengawal kenderaannya, sehingga melanggar kereta Lok Wan dan Yin Min Tai.

Selepas melanggar, seluruh muatan lori simen keluar dan menghancurkan kereta sepasang kekasih ini. Lok Wan berjaya menyelamatkan diri, tetapi kekasihnya Yin Min Tai terjebak di dalam timbunan simen.

Selepas 40 minit, pasukan penyelamat mula membersihkan kenderaan tersebut dari simen yang menyelimuti seluruh bahagian kereta, terdengar suara erangan dari Min Tai dan ternyata wanita malang ini masih hidup. Hebatnya, Min Tai hanya mengalami beberapa luka dan lebam akibat kemalangan itu.

Sumber: okezone.com

NASA temukan empat planet baru layak di huni


Kewujudan planet - planet di luar sistem suria satu per satu mulai terungkap . Agensi Angkasa Amerika Syarikat ( NASA ) baru - baru ini mendedahkan penemuan baru berupa ratusan planet yang berjaya dirakam oleh pesawat luar angkasanya , Kepler .

Sebuah makalah yang diterbitkan oleh NASA pada Rabu ( 26 / 02 ) , menyebutkan bahawa mereka telah menemukan 715 planet baru yang mengorbit di luar sistem solar . Penemuan ini semakin menambah jumlah deretan planet di luar angkasa menjadi 1700 . Planet baru tersebut mengorbit di sekitar 305 bintang yang berbeza dan membentuk sistem multi planet dengan konstruksi yang sama dengan bumi .

Hampir semua planet tersebut mempunyai massa lebih kecil dari Neptun yang mempunyai saiz hampir empat kali Bumi . Hanya empat planet yang mempunyai saiz kurang dari 2.5 kali dari Bumi . Keempat planet tersebut dikhabarkan mengorbit di zon boleh didiami yang boleh dilalui matahari dan diduga mempunyai sumber mata air berupa cecair .

" Itu merupakan planet - planet baru dengan sistem tata suria yang serupa dengan milik kita , " ujar John Grunsfeld selaku pimpinan pentadbiran NASA . " Ini menandakan masa depan untuk dunia baru . "

Penemuan baru ini diharapkan dapat membantu kajian NASA untuk meneliti planet - planet lain yang didiami bagai manusia . Dengan begitu mereka boleh mewujudkan misi membina kehidupan lain di planet baru selain bumi . Saat ini NASA sedang mempersiapkan Marikh sebagai kediaman baru untuk manusia selain Bumi .

Sumber: wowkeren.com

Lelaki Afrika Selatan tawar duit untuk dara wanita

 Gambar hiasan

JOHANNESBURG - Seorang lelaki di Afrika Selatan menawarkan sejumlah ganjaran bernilai AS$9,300 (RM 30,528) dan pingat kepada wanita dalam kalangan usia sehingga 35 tahun, yang masih memelihara dara mereka.

Tawaran itu dilakukan lelaki tersebut sebagai usaha untuk memerangi jangkitan virus kekurangan imuniti manusia (HIV) dan gejala kehamilan di kalangan remaja.

Seorang pekerja komuniti, Rabelani Ramali yang berasal dari daerah Limpopo memberitahu akhbar The Times bahawa dia akan menghadiahkan calon yang berjaya dengan wang tunai sehingga 100,000 rand (RM 30,444) dan beberapa pingat daripada emas, perak dan gangsa, berdasarkan umur mereka.

Bagaimanapun, inisiatif itu telah menerima pelbagai reaksi. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia

Anu lelaki tak berfungsi, wanita selamat dari dirogol di Kajang

 Gambar hiasan.

Kuala Lumpur: Seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan berusia 24 tahun terselamat daripada dirogol pemandunya sendiri apabila alat sulit lelaki itu tiba-tiba tidak berfungsi, di sebuah klinik kesihatan di sini.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.45 pagi di sebuah sebuah klinik kesihatan di Kajang, Ahad lalu, lelaki berusia 34 tahun yang berang selepas empat kali cubaannya itu gagal memperkosa mangsa kemudian bertindak mencabul mangsa.

Menurut sumber, lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu dikatakan menanggalkan pakaian mangsa walaupun wanita itu melawan hingga berlaku pergelutan.

“Selepas gagal merogol mangsa kerana alat sulitnya tidak berfungsi, lelaki terbabit kemudian mencabul wanita terbabit lebih 10 minit sebelum meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.


Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan kurang 24 jam kemudian pemandu terbabit ditahan di rumahnya di kawasan berhampiran.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Enggan berdiri dalam kereta api, lelaki ini bawa kerusi sendiri

Foto: The Daily Mail

LONDON -Berdiri di sepanjang perjalanan kereta api tidak akan terjadi jika kita mengikuti cara yang dilakukan seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya ini. Dia membawa kerusi miliknya ke dalam kereta api di London,

Seperti dilapor Daily Mail, Rabu (26/2/2014), seorang lelaki berambut perang ini dengan santainya duduk sambil membaca majalah di kerusi kulit berwarna hitam yang dia bawa sendiri ke dalam kereta api bawah tanah laluan Piccadilly, Inggeris.

Aksi lelaki ini telah membuat beberapa pengunjung lain mengabadikan kejadian itu. Foto lucu ini telah diposkan ke internet dua hari lalu dan telah menimbulkan perdebatan di dunia maya.

"Apa dia bodoh, kerusi itu telah mengambil banyak ruang di dalam kereta api," tulis salah satu pengguna internet.

Meski tidak semua orang suka, tindakan lelaki tersebut jelas telah menarik perhatian.


Sumber: okezone.com


15 atlet wanita paling seksi di Asia

Kuasa. Menarik. Kuat. Berbakat. Sukar bagi kita untuk menterjemahkan keempat-empat perkataan itu tetapi ada perkataan lain yang turut boleh digunakan untuk memberi gambaran sebenar terhadap atlet bertaraf profesional Asia yang disenaraikan di bawah ini: ‘Seksi’.

Selain menunjukkan serta membuktikan kehebatan mereka menerusi bakat yang ada, mereka juga berhak mendapat pengiktirafan berdasarkan bentuk fizikal serta kecantikan yang ada pada diri serta wajah mereka.

Berikut adalah senarai yang dikeluarkan CNN berdasarkan undian:

 1. Kim Yu-Na (Luncur Ais / Korea)

Turut dikenali sebagai ‘Ratu Ais’, Kim menjadi tumpuan ramai apabila memenangi emas Olimpik Musim Sejuk. Dengan mengenakan pakaian biru, dia pantas memikat perhatian juri menerusi lenggok serta gerakan yang mengagumkan sekali gus membolehkan dirinya mencatat rekod dunia. Bukan mudah untuk mencari sebab mengapa dia sangat disukai media - selain berbakat besar, senyumannya dianggap boleh meleburkan keegoan mana-mana lelaki sekalipun!

 2. Tania Sachdev (Catur / India)

Digelar ‘Grandmaster Wanita India’ kelapan, Tania Sachdev berjaya menampilkan dirinya sebagai seorang individu yang memiliki akal dan kecantikan. Terbabit dalam sukan yang menuntut penumpuan tinggi, atlet memiliki bibir seksi dengan rambut hitam lebat itu tidak dinafikan memiliki daya tarikan cukup tinggi.

 3. Xue Chen (Bola tampar pantai / China)

Bola tampar pantai sering dikaitkan dengan atlet bertubuh seksi tetapi Xue Chen enggan terbawa-bawa dengan fakta itu. Di sebalik warna kulitnya yang kuning kepucatan, dia mempunyai sisi lain yang boleh dibanggakan - perut berotot kekar - sekali gus membuatkan banyak majalah mahu menjadikannya sebagai penghias muka depan. Dengan ketinggian lebih enam kaki, atlet yang digelar ‘Ratu Pasir China’ berusia 21 tahun itu sering menjadi idola atlet muda di negaranya.

 4. Mari Motohashi (Curling / Jepun)

Curling kembali dipertandingkan di Olimpik dan sukan itu menampilkan Mari Motohashi yang dilihat cukup menawan. Penonton mungkin tidak terlalu tertarik dengan acara itu tetapi setiap kali melihatnya wajah manis Mari yang bermata bundar membuatkan mereka tidak mahu berganjak daripada tempat duduk masing-masing.

 5. Kaoru Sagayama (Bola tampar pantai / Jepun)

Pemain bola tampar pantai Jepun yang paling seksi. Dia memiliki pakej lengkap - cantik serta tangkas menyerang dan bertahan. Kehadiran Kaoru pantas menarik perhatian penonton terutamanya lelaki. Digelar ‘Pari-pari Putih’ dan ‘Puteri Kaoru’, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan sukan berkenaan pada 2008 tetapi kembali beraksi setahun kemudian sekali gus mengubat kerinduan peminat terhadapnya.

 6. Sania Mirza (Tenis / India)

Jika Amerika Syarikat mempunyai Ana Kournikova, India pula boleh berbangga dengan Sania Mirza. Sania menjadi pemain tenis wanita terbaik di negaranya ditambah pula dengan muka seiras bintang Bollywood, membuatkan namanya sentiasa harum.

 7. Xie Xingfang (Badminton / China)

Digelar ‘Beyonce dunia badminton China’. Hubungan mesranya dengan Lin Dan tidak menambah kepada popularitinya kerana Xie Xingfang tidak perlu cerita di luar gelanggang untuk memastikan namanya tetap meniti di bibir peminat.

 8. Miwa Asao (Bola tampar pantai / Jepun)

Dikenali sebagai ‘dewi bola tampar pantai’, Miwa Asao sangat disayangi media negaranya dan dianggap sebagai antara atlet yang mempopularkan sukan itu di Jepun. Jika terserempak dengannya di mana-mana pantai Jepun dengan hanya mengenakan bikini, tidak ramai yang sedar dia sebenarnya adalah atlet.

 9. Zheng Jie (Tenis / China)

Agak melampau tetapi tidak keterlaluan jika dikatakan bukan mudah untuk melihat atlet tenis China yang boleh dianggap cantik. Zheng Jie adalah satu-satunya yang termasuk dalam kategori itu. Turut dikenali sebagai ‘Zhingy’ atau ‘Little Jie’, Zheng Jie menarik perhatian ramai menerusi wajah comelnya.

 10. Nicol David (Skuasy / Malaysia)

Nicol adalah ‘harta’ tidak ternilai buat Malaysia. Memiliki darah campuran China dan India, atlet kelahiran Pulau Pinang itu adalah individu pertama yang menduduki ranking selaku pemain nombor satu dunia. Bentuk fizikalnya yang mantap membuatkan ramai yang tergilakannya.

 11. Lai Ying Tzu (Gimnastik / Taiwan)

Lai Ying-Tzu mungkin masih belum memenangi pingat di Kejohanan Dunia tetapi kehadirannya di dalam sukan berkenaan seolah-olah satu kemestian. Rasa takjub pasti singgah setiap kali menyaksikan Ying-Tzu beraksi. Selain berwajah manis, gerakan tubuhnya memang sangat luar biasa.

 12. Guo JingJing (Terjun / China)

Atlet terjun paling gemilang China. Guo JingJing mendapat perhatian dunia sejak beberapa tahun lalu. Dengan kecantikan asli yang dimilikinya selain personaliti sebagai seorang bintang, persaraannya daripada arena sukan terjun membuatkan ramai terkilan. Tetapi pada usia lebih 30 tahun, apa lagi yang mahu dilakukannya selain bersara!

 13. Mao Asada (Luncur Ais / Jepun)

Mao Asada mungkin sekadar naib juara di Olimpik tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan dirinya sentiasa diperhatikan. Wajah keanak-anakan yang dimilikinya menjadi pujaan peminat dan media.

 14. Dipika Pallikal (Skuasy / India)

Dipika Pallikal mungkin hanya berusia 18 tahun tetapi aksinya yang lincah diselangi wajah menarik membuatkan peminat ternanti-nanti kehadirannya di mana-mana pertandingan.

15. Hee Kyung Seo (Golf / Korea)

‘Supermodel Fairway’ - Itu gelaran yang diberikan kepada Hee. Begitupun, dia bukan sekadar memiliki skil hebat tetapi penampilannya pantas menggegar jiwa peminat lelaki. Justeru, tidak hairanlah namanya begitu pantas mendaki puncak sukan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Heboh! Ustaz miliki `kuasa sakti' gandakan wang di Jawa Timur?

 Foto: You Tube

JAKARTA - Kehebatan seorang ustaz yang tidak dikenali dan dipercayai mempunyai kuasa sakti untuk menggandakan wang di Jawa Timur, mula tersebar di laman web perkongsian video, YouTube beberapa hari lalu.

Rakaman itu kini mula heboh diperkatakan dan lawan web, Merdeka.com, melaporkan bahawa wang dalam nilai seratus ribu dan lima puluh ribu rupiah dilihat membukit dihadapan ustaz itu sambil tangannya terus menerus mengeluarkan wang daripada belakang pinggangnya.

Wang yang dilihat dalam rakaman itu dipercayai dihasilkan oleh ustaz tersebut melalui cara yang luar biasa dengan menggunakan kuasa saktinya.

Dalam laman perkongsian video itu, lelaki tersebut yang memakai jubah putih dan berserban hitam duduk di atas sebuah kerusi.

Untuk mendapatkan wang, dia hanya perlu meletakkan tangannya ke belakang badan dan dengan sekelip mata sejumlah wang akan berada di tangannya dan kemudian dicampakkan ke lantai bersama sejumlah wang lain.

Rakaman video itu bertajuk, 'HEBOH!!! Ki Kanjeng Kyai dari Probolinggo Bisa Menggandakan Uang Asli'.



Wanita tuntut tunggakan gaji dinoda bekas majikan

 Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita berusia 32 tahun menuntut tunggakan gaji RM250 daripada bekas majikannya mengundang padah apabila mangsa bukan saja dirogol sebaliknya turut diliwat dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan, Ampang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa dilapor dipaksa memakan pil dipercayai dadah sebelum diperkosa suspek berusia lewat 30-an itu. Difahamkan, suspek mengugut untuk tidak membayar tunggakan gaji sekiranya mangsa tidak memakan pil berkenaan.


Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa bersendirian pergi ke restoran bekas majikannya di Tasik Tambahan, Ampang untuk menuntut tunggakan gaji.

“Suspek bagaimanapun, mengarahkan mangsa pergi ke rumahnya berhampiran kawasan berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu,” katanya.


Menurutnya, suspek kemudian memaksa mangsa menelan sebiji pil dipercayai dadah.


“Mangsa yang enggan berbuat demikian diugut tidak akan dibayar tunggakan gaji sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa akur dan mula khayal selepas mengambil pil berkenaan.

“Kesempatan itu diambil untuk merogol mangsa. Tidak cukup dengan itu, mangsa turut diliwat,” katanya.


Katanya, selepas selesai melempiaskan nafsunya, suspek mengarahkan mangsa pulang ke rumah selain tidak menjelaskan tunggakan gaji berkenaan.

“Mangsa yang dibantu seorang pemandu teksi kemudian membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.


Susulan laporan itu, sepasukan polis bergegas ke rumah suspek dan berjaya menahannya yang bersendirian di rumah berkenaan.


Katanya, suspek akan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan manakala mangsa juga sudah dirujuk ke hospital berhampiran.


Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih dirawat di sebuah hospital di kawasan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Catuan air di 71 kawasan, Jadual Pengagihan Air


KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 kawasan membabitkan 60,185 akaun di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami catuan air berjadual hanya bermula Khamis ini hingga 31 Mac depan.

Pengarah Eksekutif, Pembangunan Teknikal SYABAS, V Subramanian berkata pengagihan air berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi.

Beliau berkata demikian pada sidang media Notis Pengagihan Air Berjadual di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang di sini, hari ini.

Kawasan terbabit dibahagikan kepada dua zon yang akan bergilir-gilir menerima pengagihan air selang dua hari mengkikut jadual.



 Jadual Pengagihan Air. Sumber SYABAS

Giliran mendapat air selama dua hari akan bermula dengan kawasan di Zon 1 Kuala Langat dan Sepang serta Zon 2 Hulu Langat pada 27 Februari ini.


Selepas itu, kawasan di Zon 1 Hulu Langat serta Zon 2 Kuala Langat dan Sepang akan mendapat air untuk dua hari bermula pada 1 Mac nanti.

Pada hari dijadualkan mendapat air, bekalan air disediakan pada jam 4 petang sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi dua hari selepas itu.

Bagi zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9 pagi pada hari dijadualkan tiada air sehingga jam 4 petang dua hari selepas itu.

Subramanian berkata, pengumuman SYABAS itu sekali gus menafikan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa catuan air akan dimulakan hari ini.

Beliau berkata, ini kerana sebarang keputusan membabitkan rancangan pengagihan air berjadual perlu mendapat kelulusan Surahanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Pelan berkenaan mendapat kelulusan SPAN semalam, jadi memerlukan notis sekurang-kurangnya dua hari, justeru kenyataan Khalid bahawa catuan air bermula hari ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat khususnya pengguna terbabit," katanya.

WILAYAH HULU LANGAT
Zon 1


    Taman Juara Jaya
    Taman Bukit Belimbing
    Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
    Taman Harmoni Indah
    Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
    Taman Putra Budiman
    Taman Balakong Jaya
    Taman Seri Timah
    Taman Tanming Jaya
    Kawasan perindustrian Balakong
    Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
    Taman Industri Balakong
    Taman Tanming Permai
    Taman Industri Lifong
    Taman Tanming Ria
    Taman Sungai Besi Indah Zon 1
    Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan


Zon 2


    Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
    Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
    Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
    Kampung Baru Balakong
    Taman Kasturi Cheras
    Taman Sri Indah Cheras
    Taman Bukit Emas
    Taman Cheras Jaya
    Taman Impian Indah
    Taman Taming Indah
    Taman Sejati
    Taman Seri Sungai Long
    Taman Bukit Sungai Long
    Rumah Kenangan Cheras
    Taman Dutamas
    Taman Setia Kasturi Cheras
    AEON Cheras Selatan
    Taman Industri Balakong Jaya
    Taman Setia Balakong
    Taman Sinaran
    Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
    Dataran C180 Balakong


WILAYAH KUALA LANGAT & SEPANG
Zon 1


    Kampung Olak Lempit
    Kampung Bukit Changgang
    Kampung Labohan Dagang
    Selangor Dredging
    Taman Changgang Jaya
    Kompleks Perabut Olak Lempit
    RTB Bukit Changgang
    Bandar Sri Ehsan
    Bandar Mahkota
    Bandar Sungai Emas
    Taman Arked
    Taman Ambar
    Taman Sri Dagang
    Taman Langat Murni
    Taman Langat Utama
    Taman Murnimas
    Taman Seri Telok Datok
    Taman Sri Cheding
    Sekolah Tamil Sungai Sedu


Zon 2


    Kota Warisan
    Warisan Bestari
    Taman Bunga Raya
    Taman KLIA Indah
    Tiara Heights
    Taman Ixora
    Taman Dahlia
    Taman Seroja
    Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
    Taman Kenanga
    Taman Desa Vista
    Taman Desa Bestari
    Salak Permai

Sumber: Harian Metro

Kecoh! Harimau bintang sesat masuk bandar

Foto: bbc.co.uk

Bandar Meerut, India, dilanda panik . Gara - garanya , seekor harimau bintang berkeliaran di pusat bandar . Sekolah - sekolah dan universiti ditutup , peringatan disebar ke seluruh penduduk di bandar yang relatif dekat dengan ibu negara India New Delhi , 60 kilometer - hanya 2 jam memandu .

Seekor harimau bintang dilaporkan kali pertama dilihat memasuki bangsal kosong di hospital tentera pada Ahad lalu , di mana ia menyerang dan mencederakan seorang lelaki yang kebetulan masuk .

Haiwan buas itu sempat dikurung dalam sebuah bilik sebelum akhirnya lari melalui tingkap . Pasukan polis dalam jumlah besar dikerahkan , pakar binatang liar bertanggungjawab memberi bantuan untuk menangkap haiwan itu .

Namun , usaha menangkap haiwan liar itu diganggu orang ramai orang yang takut tapi mahu  melihat harimau bintang itu secara langsung .

" Kami telah menutup sekolah dan universiti di seluruh bandar , kerana kami belum dapat mencari harimau dan tidak ingin mengambil risiko . Ini langkah pencegahan , " kata hakim daerah Pankaj Yadav , seperti dimuat BBC , Isnin 24 Februari 2014 .

" Kami mendapat laporan dari pelbagai kawasan , namun belum boleh mengesan lokasi pasti si harimau , " kata pegawai perhutanan , Sushant Kumar .

Sementara , pegawai lain , SK Dubey berkata , harimau itu sempat menyelinap di sebuah pawagam , sebelum masuk ke blok pangsapuri . " Setelah itu kami kehilangan jejaknya , " katanya.

Pihak berkuasa juga diperintahkan menutup pasar-pasar di kota berpenduduk 3,5 juta orang itu, hingga harimau bintang yang sudah membuat 6 orang cedera itu ditangkap.


Harimau bintang tersebut  berasal dari hutan berdekatan dan entah bagaimana tersesat ke Meerut .

Harimau dan kucing besar lain beberapa kali tersesat ke daerah - daerah berpenduduk . Para pecinta alam sekitar telah memberi amaran bahawa konfrontasi dengan manusia boleh meningkat .

Bukan sepenuhnya salah mereka . Faktor penyebab adalah kerana manusia mengganggu habitat para haiwan . Salah satunya dengan merosakkan dan menggondol hutan.

Tiada di Bangkok, di mana PM cantik ini berada sekarang?


Bangkok: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra yang menjadi sasaran tunjuk perasaan antikerajaan dipercayai tidak berada di Bangkok.

Beliau sebaliknya dikatakan berada 150 kilometer ke utara bandar raya berkenaan. Pejabat Yingluck berkata demikian semalam tanpa mendedahkan lokasi sebenar perdana menteri itu.


Kali terakhir Yingluck dilihat di Bangkok ialah minggu lalu dan dijangka berada di bandar berkenaan untuk sebutan kes rasuahnya Khamis ini.

Menteri Luar, Surapong Tovichakchaikul memberitahu wartawan, mesyuarat Kabinet berkemungkinan diadakan di luar Bangkok hari ini.


Beliau bagaimanapun berkata, tidak tahu di mana Yingluck ketika ini. - Reuters

Sumber: Harian Metro

Pramugari disamun, dibogel dan dirakam gambar

 Gambar hiasan

Nilai: Dua pramugari sebuah syarikat penerbangan tempatan bukan saja disamun, malah seorang daripada mereka mengalami detik hitam apabila dilarikan hampir 10 kilometer sebelum dibogelkan dan gambarnya dirakam.

Mangsa berusia awal 20-an itu dikatakan disamun di Bandar Baru Nilai jam 7 pagi kelmarin.


Sumber polis berkata, sebelum kejadian itu, kedua-dua mangsa menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab malam ibu negara dengan mangsa mahu menghantar rakannya pulang ke rumah sewa di bandar berkenaan.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, sebuah kereta dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita dikatakan mengekori kereta mangsa dan menghimpit kereta mangsa sebaik tiba di laluan sunyi.


“Ketika itu, kereta dinaiki keempat-empat suspek membunyikan hon sebelum melanggar kereta mangsa menyebabkan mangsa yang ketakutan bertindak memecut laju.


“Suspek kemudian mengejar kenderaan mangsa sebelum sekali lagi melanggar keretanya hingga terbabas ke tepi longkang,” katanya.

Katanya, tiga lelaki keluar dari kereta berkenaan lalu memecahkan cermin kereta mangsa sebelum mengarahkan kedua-dua pramugari berkenaan menyerahkan barang berharga.


“Seorang daripada suspek mengambil telefon bimbit rakan mangsa sebelum meraba mangsa menyebabkan wanita itu melawan manakala dua lagi suspek mengarahkan mangsa yang duduk di depan dengan menarik tangannya masuk ke dalam kereta,” katanya.

Menurutnya, rakan mangsa mendapatkan bantuan orang awam untuk membawanya ke balai polis berhampiran bagi membuat aduan.


“Mangsa yang dilarikan suspek itu bukan saja dibogelkan, malah gambarnya turut dirakam ketika berada dalam kereta berkenaan,” katanya.


Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Harian Metro

Ngeri! Buruh mati tersimbah 13 tan cecair logam panas

Gambar hiasan. Imej: huffingtonpost.com

Tokyo: Seorang buruh terbunuh selepas 13 tan cecair logam yang dilebur terjirus ke seluruh tubuhnya.

Kazuki Tada, 23, sedang bekerja pada Sabtu lalu di bawah bekas besar mengandungi logam aloi yang sudah dipanaskan pada suhu 1,300 darjah Celsius di tapak pembinaan Nippon Denko di barat daya Jepun.

Polis berkata, bekas yang tergantung di udara itu menjadi tidak seimbang lalu menyebabkan cecair itu jatuh ke atas tubuh Tada.

Siasatan terhadap kejadian itu masih dijalankan, kata jurucakap polis. - AFP

Sumber: Harian Metro

Perogol mayat ditangkap setelah tertidur didalam kubur

Gambar hiasan. Imej: Shutterstock

Phnom Pehn - Seorang lelaki yang cuba berhubungan badan dengan mayat , ditangkap polis semasa tengah tidur  di atas sebuah keranda di sebuah kubur yang digalinya .

Polis Kemboja , isnin ( 24/2/2014 ) , mengatakan lelaki bernama Chin Chean itu ditangkap selepas penduduk kampung melihat kakinya menjulur dari dalam liang lahad seorang remaja perempuan .

Penduduk lalu memberitahu keluarga mendiang remaja itu . Mendapatkan khabar itu , keluarga mendiang melaporkan masalah ini kepada polis setempat yang langsung menangkap Chin .

Di balai polis , Chin berkata dia menggali kubur remaja perempuan itu pada pukul 10.00 malam, sehari selepas remaja berusia 17 tahun itu dikebumikan .

Harian Cambodia Daily melaporkan , selepas menggali semalaman , Chin akhirnya boleh mencapai keranda dan membukanya .

Kepada polis Chin mengaku , cuba melakukan hubungan seks dengan jasad remaja itu namun kerana keranda itu terlalu sempit maka dia tak boleh melakukannya . Chin akhirnya tertidur di atas jasad perempuan itu kerana keletihan .

" Kami belum tahu apakah suspek mengenali mangsa semasa hidupnya , " kata ketua polis Prey Poun , Keo Vutha .

Vutha menambah , Chin dikenali sebagai pengguna ubat - ubatan terlarang dan kerap melakukan hal - hal aneh , seperti berlari telanjang mengelilingi sebuah pagoda tempatan .

" Kami akan menghantar Chin ke kepolisian daerah untuk pemeriksaan lebih lanjut sebelum menghantar failnya ke mahkamah , " ujar Vutha .

Sumber: tribunnews.com

Wanita cantik ini alahan dengan air

Foto: Daily Mail

Alergi biasanya ditimbulkan oleh makanan, bau - bauan yang menyengat atau bulu binatang . Namun lain halnya dengan wanita ini , dia mengalami alergi terhadap sesuatu yang sangat kritikal dalam hidup , iaitu air .

Seorang wanita Inggeris Rachel Prince benar - benar mengalami hidup yang sukar akibat alergi terhadap air . Alahan yang dinamakan Aquagenic pruritis ini membuat kulit Rachel gatal - gatal dan memerah seperti melecur jika terkena dengan air . Bahkan dia akan mengalami kesakitan yang luar biasa apabila meminum air dan mandi .

" Saya merasa sukar untuk meminum sesuatu yang terlalu sejuk kerana itu benar - benar membuat tekak saya menjadi sakit dan tidak selesa , " ungkap Rachel . " Untuk beberapa alasan jus dan teh lebih mudah untuk diminum , tapi tetap saja ia mengandung air . "

Wanita berusia 26 tahun ini mengaku mula merasa alergi ini sejak umur 12 tahun . Keadaan ini membuat dia kesulitan untuk pergi kemana - mana kerana takut hujan akan menimpa  tubuhnya . Dia bahkan harus memeriksa cuaca setiap kali ingin keluar rumah .

" Setitis air hujan dapat memberikan reaksi alergi yang sangat menyakitkan dalam beberapa jam , " tambahnya . " Saya selalu pergi keluar dengan mantel yang mempunyai tudung besar di atasnya serta payung untuk mengelakkan hujan yang datang dengan tiba - tiba . "

Rachel juga mendedahkan bahawa dia alergi dengan peluh dan air matanya . Bahkan dia mengalami masa sukar ketika bercium dengan teman lelakinya kerana air liur ternyata juga boleh membuat tubuhnya menjadi gatal - gatal luar biasa .

Alahan Aquagenic pruritis ini diyakini hanya dialami oleh 35 orang di seluruh dunia . Bahkan beberapa doktor yang Rachel temui banyak yang tidak percaya dengan alahan yang dia alami .

" Kerana keadaan saya yang sangat jarang berlaku , banyak doktor yang tidak percaya padaku , " tegasnya .

Sumber: wowkeren.com

Rajab Al Toum, manusia tertua di dunia berusia 125 tahun

 
Gaza: Seorang lelaki Palestin, Rajab Al Toum, meminta Guinness Book of World Records memasukkan namanya sebagai manusia tertua dunia pada usia 125 tahun kerana dilahirkan pada 1889 dan pernah berperang di dalam Perang Dunia Pertama mempertahankan Empayar Uthmaniah yang memerintah wilayah itu selama ratusan tahun.

Al Toum berkata, kesihatannya masih baik dan mendedahkan rahsia umur panjangnya adalah tabiat pemakanan yang elok dan tidak mempercayai daging merah dan selalu mengambil minyak zaitun, susu dan daging arnab.

Beliau yang tinggal di Semenanjung Gaza, hidup pada lima zaman berbeza termasuk Uthmaniah, penjajahan Britain, pemerintah Mesir, pencerobohan Israel dan kini di bawah pentadbiran Hamas.


Dikerah tentang tentera bersekutu

Dipetik agensi berita Anatolia, Al Toum, berkata beliau dikerah berkhidmat untuk empayar berkenaan ketika berusia 30 tahun.

Beliau berjuang mempertahankan empayar itu ketika Perang Dunia Pertama menentang tentera bersekutu di Lubnan sebelum dikalahkan dan terpaksa keluar dari Asia Barat pada 1918.

Beliau kembali ke Gaza dan berkahwin tetapi tidak mendapat anak. Beliau berkahwin lagi dan memperoleh sembilan anak dan keluarganya kini mengandungi 370 anggota.

Al Toum berkata, beliau kemudian pergi di pelabuhan Haifa untuk bekerja sebelum berpindah ke bandar Beersheeba di Negev untuk kerja lain. Kemudian beliau kembali ke Gaza dan bekerja sebagai peladang.

Al Toum masih ingat ketika tentera Israel menewaskan askar Arab pada 1948 dan menghalau beratus ribu penduduk Palestin daripada rumah mereka.

Katanya, ramai daripada penduduk meninggalkan kediaman masing-masing tetapi terus menyimpan kunci kerana menyangka akan pulang semula dalam masa beberapa hari.

Katanya, beliau banyak menghabiskan masa membaca al-Quran dan menonton berita, menambah amat kecewa dengan berita pembunuhan di kebanyakan negara Arab.

AGENSI

Amah dakwa disuruh bersetubuh sesama sendiri

Imej: commons.wikimedia.org

Jakarta: Isteri seorang pesara pegawai kanan polis Indonesia akan disoal siasat hari ini atas tuduhan menyeksa dan mendera 16 pembantu rumahnya.

Ketua Polis Jawa Barat Inspektor Jeneral Muhamad Iriawan berkata, pihaknya sudah mengumpul kenyataan saksi untuk membolehkan soal siasat dijalankan selepas membawa semua 16 pembantu rumah itu ke ibu pejabat polis Bogor.


Siasatan bermula selepas seorang pembantu rumah Brigadier Jeneral (B) Mangisi Situmorang, Yuliana Leiwer melarikan diri dari kediaman majikannya dan membuat laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan isteri Mangisi, Mutiara.Monang ialah bekas Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan polis Indonesia.

Pembantu rumah itu berkata, selain penderaan fizikal dan tidak dibayar gaji, mereka juga pernah disuruh bersetubuh sesama sendiri dan diancam tidak diberi makan selama tiga hari jika enggan melakukannya. Seorang pembantu rumah terbabit, Hesti, 26, berkata, dia dipukul, dicakar dan disimbah minyak panas sepanjang bekerja di rumah Mangisi sejak 8 bulan lalu.


Lebih buruk lagi katanya, dia pernah dipaksa bersetubuh dengan pembantu rumah lelaki. - Agensi

Sumber: Harian Metro

Lembaga hitam ditangkap penduduk Taman Sempadan Parit Buntar

Suspek dicekup penduduk sewaktu cuba melepaskan diri ketika dikesan memasuki sebuah rumah penduduk.

PARIT BUNTAR - Tindak tanduk mencurigakan 'lembaga hitam' yang tergesa-gesa keluar dari pekarangan sebuah rumah di Taman Sempadan, dekat sini, kelmarin membongkar beberapa kes kecurian pakain berjenama dan aksesori kenderaan sebelum ini.

Semuanya terbongkar setelah tertangkapnya lembaga hitam yang juga seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang dikesan sedang memanjat pagar untuk masuk ke dalam rumah mangsa lebih kurang jam 5 pagi.

Ahli Pasukan Keselamatan Daerah Kerian, Lee Sin Chew berkata, pada hari kejadian, pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk taman itu lebih kurang jam 5.15 pagi yang melaporkan telah menyaksikan perbuatan seorang lelaki tidak dikenali sedang memanjat pagar rumah jirannya.

Menurutnya, susulan laporan itu, pihaknya segera menghubungi polis, manakala beberapa anggota lain bergegas ke rumah mangsa untuk mengesan suspek.

“Setibanya kami di sana, suspek didapati sedang mengutip beberapa pakaian berjenama milik keluarga mangsa yang disidai di ampaian setelah mengumpil keluar beberapa aksesori dalaman kereta.

“Suspek cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran kami, bagaimanapun gagal melepaskan diri berikutan jumlah kami dan penduduk setempat yang turut sama begitu ramai,” katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.

Sin Chew berkata, mangsa cuba bertindak agresif sewaktu dicekup orang ramai, bagaimanapun berjaya ditenangkan setelah polis hadir ke tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian penangkapan suspek dijangka membantu menyelesaikan sebilangan besar kes kecurian pakaian berjenama dan aksesori dalaman kenderaan yang sering berlaku melibatkan kawasan sempadan Parit Buntar dan Nibong Tebal, Pulau Pinang.

“Kes kecurian melibatkan taman perumahan di daerah ini dan daerah bersempadan semakin kerap berlaku sejak awal tahun 2014.

“Kegagalan mewujudkan kawasan rukun tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dilihat antara punca kes sebegini semakin meningkat berikutan penduduk tidak boleh terlalu bergantung harap kepada polis semata-mata.

“Saya menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan memantau rumah sendiri terutama pada waktu awal pagi,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Inilah dua pencuri paling bodoh di Britain

 MATTHEW dan Jonathan bergaya dengan motosikal curi.

London: Dua penjenayah yang memuat naik gambar mereka bersama-sama barang yang mereka curi di Facebook boleh disifatkan sebagai pencuri paling bodoh di Britain.

Kerana tindakan mereka itu menyebabkan mereka tertangkap dan dijatuhkan hukuman penjara, kelmarin.

Jonathan Dougan, 26, dan Matthew Murphy, 23, melarikan motosikal, kereta berprestasi tinggi dan sebotol champagne dari rumah mangsa sepanjang enam bulan.

Jonathan dan Matthew yang kedua-duanya masih dalam parol kemudiannya bergaya dengan barangan yang mereka curi serta memuat naik hampir 50 gambar ke akaun Facebook mereka.

 MATTHEW bersama Lamborghini yang dicurinya.

Polis berjaya menangkap kedua-duanya hasil laporan seorang mangsa yang melihat keretanya di dalam akaun Facebook seorang daripada lelaki itu.


Mereka yang berasal dari Salford itu dipenjara sembilan tahun empat bulan setiap orang

“Kedua-dua mereka kibni mempunyai banyak masa untuk mengenang kembali kebodohan mereka.

“Selama berbulan-bulan mereka menjalankan jenayah pecah rumah secara sistematik dan dapat melarikan motosikal serta kereta mewah.

“Namun akhirnya, mereka tersilap langkah dan kami berharap mereka sedar dan berubah selepas keluar dari penjara nanti,” kata sumber polis. - Agensi

Sumber: Harian Metro

TRW terima tajaan RM1 juta dari Kementerian Pelancongan

 Kredit gambar: Info Bola Sepak Kelantan

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) sebanyak RM1 juta sepanjang tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, melalui penajaan itu, TRW akan membawa jenama 'Visit Malaysia' pada jersi pasukan dalam setiap perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC Cup) yang dihadapi musim ini.

Menurut beliau, langkah itu menjadikan TRW sebagai salah satu ejen mempromosi Malaysia di luar negara sepannjang Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014). - UTUSAN ONLINE

Kereta api berbentuk hotdog muncul di Jepun

Foto: Metro

TOKYO - Sebuah syarikat minuman ringan berkarbonat, Pepsi di Jepun, melakukan promosi yang unik dengan membuat koc kereta api bawah tanah berbentuk hotdog.

Seperti yang dilaporkan oleh Metro, Sabtu (22/2/2014), koc berbentuk hotdog ini dibuat untuk mempromosikan minuman tersebut dangan menapilkan bentuk yang luar biasa. hal ini diyakini boleh mewakili orang-orang yang sedang lapar sambil menunggu kereta api dan selepas itu boleh membeli minuman.

Kereta api dengan koc berbentuk makanan segera ini melintasi stesen kereta api bawah tanah di Jepun.

Meski kelihatan unik, kereta api hotdog ini masih dikhuatiri sangat berbahaya jika dijalankan dengan kelajuan yang tinggi.

Sumber: okezone.com

Penari separuh bogel ditahan di Medan Selera Serdang

 REMAJA 15 tahun yang menari separuh bogel yang ditahan polis dalam Ops Noda.

Seri Kembangan: Usianya baru 15 tahun, tapi sudah mahu menunjukkan bakat menggantikan ibunya sebagai penyanyi dan penari separuh bogel di Medan Selera Serdang di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini.

Bagaimanapun, tindakan remaja berasal dari Bandar Tun Razak yang berhenti sekolah tahun lalu itu memakan diri apabila ditahan polis dalam Ops Noda di situ, malam kelmarin.

Gadis itu mendakwa kali pertama membuat persembahan sebab menggantikan ibunya yang sakit dan tak boleh menyanyi.

Ibunya berusia 53 tahun turut ditahan ketika serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bermula jam 11 malam.


Operasi diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik IPD Serdang Deputi Superintendan Ramsay Anak Embol.


Ramsay berkata, ketika serbuan, 15 wanita berada di atas pentas menari dan dikalungkan bunga.

“Serbuan dilakukan 23 anggota, termasuk empat pegawai, selepas mendapat aduan dan maklumat awam berhubung persembahan mengghairahkan di medan selera itu.

“Semua 15 wanita itu berusia antara 15 hingga 50-an. Tujuh tempatan, tujuh warga China dan satu dari Thailand ditahan untuk siasatan lanjut.

“Dua lelaki tempatan yang disyaki penjaga premis turut ditahan,” katanya.

Menurutnya, semua tangkapan dibawa balik ke Balai Polis Seri Kembangan di atas pelbagai kesalahan, antaranya beroperasi tanpa permit hiburan, menggajikan pekerja tanpa permit, salah guna pas pelawat dan pas pelajar serta pasport tamat tempoh atau tinggal lebih masa.

Difahamkan, pengunjung yang berpuas hati dengan persembahan akan mengalungkan bunga di samping tips RM10 sehingga RM100 kepada penghibur.

Sumber: Harian Metro

Remaja perempuan diperkosa 30 lelaki selama 6 jam

 Gambar hiasan. Imej: Google

London: Seorang remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam.

Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu.

Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa.

Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang.


Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera.


“Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncul secara berkumpulan,” katanya.

Laporan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan seksual, selain beberapa penjenayah seks daripada masyarakat Islam di seluruh Britain.

Shaista turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil tinggi di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki Asia yang menyerang remaja kulit putih.

“Ramai orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale dan Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain,” katanya.

Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa seks kanak-kanak dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan.

Hakim John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki Kurdis dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun.

Empat daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia. Dua daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi berbangsa Inggeris.

Tahun lalu, tujuh lelaki dari Oxford - kebanyakannya keturunan Pakistan - dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian seks kanak-kanak.

Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan latar kebudayaan yang sama.

Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan risiko menanggung malu di kalangan masyarakat.

Apabila kes penderaan seksual didedahkan, sesetengah keluarga menghantar mangsa ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu berkenaan berpanjangan.- Agensi

Sumber: Harian Metro

Centralia, `Kota Hantu` yang menyeramkan

 Bandar Centralia terletak di Pennsylvania, Amerika Syarikat ini merupakan kawasan perlombongan arang batu.  Ia ditinggalkan penduduknya kerana lombong arang batu terbakar sejak tahun 1962 hingga kini, dan mengeluarkan karbon dioksida. aviasovet.ru

 Musibah ini bermula pada Mei 1962 apabila pekerja membersihkan tempat pembuangan sampah bandar yang terletak di lombong lama. Mereka membakar sampah dan selepas itu memadamkannya, namun api di bahagian terbawah sampah masih menyala dan masuk ke lubang lombong. americanghosttowns.ru

 Runtuhan bangunan di Centralia. Pada awal tahun 1960-an bandar ini dihuni oleh kira-kira 5000 penduduk, setelah terbakar selama lebih dari 50 tahun bandar ini ini hanya dihuni oleh 4 orang. Centralia sering disebut sebagai Bandar Hantu dan termasuk bandar yang paling menyeramkan di dunia. placepic.ru

 Gereja di Centralia. Penduduk mula meninggalkan bandar ini setelah mengetahui bahawa tanah di bawah bandar mulai panas. Tahun 1979, seorang pemilik stesen minyak merasakan tingginya suhu petrol dalam tangki bawah tanah, dia kemudian mengukur dengan termometer, dan mendapati bahawa suhu mencapai 77.8 darjah Celsius. en.fbii.org

 Jalan-jalan di Centralia yang retak dan mengeluarkan asap. Pada tahun 1981, seorang kanak-kanak nyaris masuk ke dalam tanah yang merekah menjadi lubang selebar satu meter dan dalam 45 meter, namun saudaranya masih sempat memegang tangannya sebelum dia jatuh ke dalam lubang. americanghosttowns.ru

Kereta api lombong di Centralia. Dewan bandar memindahkan penduduk pada tahun 1984. Hingga kini api masih menyala di bawah tanah Centralia, dan deposit arang batu cukup untuk menyalakan api hingga 250 tahun. en.fbii.org

Sumber: tempo.co