Helloween - Forever And One (Neverland)


"Forever and One (Neverland)" sebuah lagu dari kumpulan power metal Jerman, Helloween yang diambil dari album The Time of the Oath. Dicipta oleh Andi Deris, penyanyi utama Helloween.


What can I do? Will I be getting through?
Now that I must try to leave it all behind
Did you see what you have done to me?
So hard to justify Slowly it's passing by

Forever and one I will miss you
However, I kiss you yet again
Way down in Neverland
So hard I was trying
Tomorrow I'll still be crying
How could you hide your lies
Your lies

Here I am Seeing you once again
My mind's so far away
My heart's so close to stay
Too proud to fight
I'm walking back into night
Will I ever find someone to believe?

Forever and one I will miss you
However, I kiss you yet again
Way down in Neverland
So hard I was trying
Tomorrow I'll still be crying
How could you hide your lies
Your lies

Matador wanita terselamat walaupun 2 kali ditanduk lembu jantan

 KARLA melambung selepas ditanduk Gamusino.

Mexico City: Seorang matador wanita terselamat walaupun ditanduk dua kali oleh lembu jantan sama yang cuba dibunuhnya di gelanggang laga lembu di sini, kelmarin.

Lembu jantan seberat 495 kilogram, Gamusino, menanduk Karla de los Angeles hingga dia melambung di Plaza de Toros de Mexico.

Karla dirawat pasukan perubatan sebelum masuk semula ke gelanggang apabila dia sekali lagi ditanduk oleh Gamusino.

 SELEPAS dirawat, Karla masuk semula ke gelanggang dan dirodok kali kedua.

Menurut laporan, matador terbabit mengalami luka sedalam 11.9 sentimeter dan 9.9 sentimeter pada paha dan pinggulnya dalam pertarungan berkenaan.

Dua pembantu Karla dan seorang petani juga dirodok selepas lembu berkenaan melompat keluar dari gelanggang.

Seorang daripada mereka dikatakan cedera teruk.

Kira-kira 5,000 penonton menyaksikan perlawanan itu.

Bercakap kepada wartawan, Karla berkata: “Saya kecewa kerana tidak dapat memotong telinganya dan membunuh lembu kedua.”

Buat kali pertama, acara tahunan laga lembu selama 10 hari itu membenarkan penyertaan tiga matador wanita tempatan. - Agensi

Gambar pesawat AirAsia Z2272 tergelincir di Filipina


Gambar-gambar di mana sebuah pesawat AirAsia Zest dengan nombor pendaftaran Z2272 dilapor tergelincir di lapangan terbang Kalibo, Filipina petang tadi.

Kesemua penumpang dan kru dilaporkan selamat dan telah dikeluarkan dari pesawat.

Menurut laporan, keadaan cuaca yang buruk serta gangguan pada sistem pesawat menjadi punca insiden tersebut.

Menurut Jet Damazo Santos, seorang jurnalis dari Rappler Indonesia, penumpang dikeluarkan dari pesawat tersebut menggunakan papan gelongsor kecemasan.

“Enjin dimatikan dengan segera, kami diberitahu untuk meninggalkan beg dan keluar dari pesawat dengan kadar segera”, katanya melalui akaun Twitter.

Gambar-gambar dikongsi melalui akaun Twitter @jetdsantos dan beliau merupakan salah seorang penumpang pesawat terbabit.









Sumber: ekeleh.com

QZ8501: Lebih 40 Mayat Ditemui - Tentera Laut Indonesia

Keadaan ahli keluarga mangsa nahas QZ8501 selepas menerima berita mengenai mayat ditemui di kawasan mencari pesawat AirAsia yang hilang. Foto AFP

JAKARTA: Sebuah kapal perang Indonesia menemui lebih 40 mayat di kawasan operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang, kata seorang jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir kepada AFP.


"Berdasarkan radio tentera laut, ia dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah menemui 40 mayat dan bilangannya terus meningkat. Mereka sedang sibuk ketika ini," katanya. - AFP - 


mStar Online

Lucu…Apabila Para Lelaki Mangsa Banjir Pakai Baju Kurung


 Lucu ada, sedih pun ada apabila membaca status dan gambar yang dikongsikan oleh Ustaz Rosli menerusi akaun Facebook Khalil Yunus.

Alkisahnya, sewaktu sesi pengagihan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Othman Talib (1) Tendong di Pasir Mas, tiba-tiba datang beberapa individu berbaju kurung.

Mereka berlari pantas untuk mengambil bekalan makanan yang diagihkan.

Namun, apa yang mengejutkan, individu yang berbaju kurung itu rupa-rupanya LELAKI. Haha!


Bak kata orang, kalau sudah terdesak, apa saja pun sanggup disarung ke tubuh.

Itu lebih baik daripada menahan kesejukan akibat pakaian yang sudah basah lencun dek air bah.

Pada masa yang sama, Ustaz Rosli turut memberitahu  masih banyak pusat pemindahan masih kekurangan bekalan makanan kerana kesukaran untuk menghantar bantuan melalui jalan darat. – MYNEWSHUB.CC


 

Oleh: ELZA

Blogger China Ramal Pesawat AirAsia Akan Hilang 13 Hari Sebelum Kejadian

 
TINDAKAN seorang blogger misteri di China meramalkan sebuah pesawat AirAsia akan ghaib - 13 hari sebelum QZ8501 dilaporkan hilang pada Ahad menjadi viral dikalangan netizen.

Dalam ramalan tersebut blogger terbabit dilaporkan memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa sebuah pesawat lagi sedang menjadi sasaran oleh kumpulan bayangan yang digelarnya 'Tangan Hitam' (Black Hand).

Menurut laporan DailyMail Online, blogger terbabit turut mendakwa  'Tangan Hitam' merupakan kumpulan yang bertanggungjawab terhadap dua insiden melibatkan Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 dan MH17 sebelum ini.

Pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia yang membawa 162 penumpang dilaporkan hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad dan kejadian itu merupakan yang ketiga melibatkan syarikat penerbangan dari Malaysia.

Sejak pesawat itu hilang, netizen kembali mempersoalkan ramalan berkenaan manakala terdapat kumpulan lain mendakwa ia telah disunting semula bagi dijadikan viral.

Dalam satu komen pada 15 Disember yang telah diterjemahkan dipetik berkata, penulis blog berkenaan telah memberi amaran' "Tangan Hitam telah merampas dan menembak jatuh MH370 dan MH17."


"Ini sudah cukup untuk membunuh syarikat penerbangan keenam terbesar: Penerbangan Malaysia (MAS).

"Kini, Tangan Hitam menyasar untuk merosakkan AirAsia, kerana ia juga milik Malaysia.

"Memandangkan bertapa kuatnya Tangan Hitam itu, saya mencadangkan semua rakyat China supaya mengelak daripada menggunakan AirAsia, supaya anda tidak hilang seperti MH370.


 
Sumber: mstar.com.my

Bomoh Indonesia Dakwa QZ8501 Tersangkut Di Dalam Kawasan Karang


JAKARTA: Hari ini pihak Persatuan Dukun Tempatan Profesional dari Indonesia telah menyatakan mereka akan membantu mencari lokasi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura semalam .

Perkara ini telah dinyatakan oleh Ketua Perdukunan dan Adat Belitung, Mukhti Maarif ekoran lokasi terakhir pesawat jenis Airbus A320 itu hilang terletak di pulau tersebut, mereka bersedia membantu untuk mencari kapal terbang berkenaan.

“Kita siap sedia bersama-sama menolong pihak berkuasa Indonesia yang mengguna teknologi canggih. Insya Allah posisi pesawat memang diketahui masih dalam wilayah Belitung, baik darat, laut mahu pun udara, dipenuhi hal ghaib,” jelas beliau.

Beliau turut menjelakan bahawa para dukun di Pulau Belitung yang seluas 4,800 kilometer persegi itu cuma menunggu permintaan secara rasmi dari pihak pemerintah khasnya Badan Search And Rescue Nasional (Basarnas) di Jakarta yang juga agensi penyelaras kecemasan Indonesia.

Mukhti turut mengatakan bahawa pencarian secara ghaib mungkin belum dianggap sebagai perkara remeh kerana terdapat persepsi masyarakat masih curiga kesahihan kaedah tradisional kecuali untuk berubat akibat ‘buatan’ orang tertentu.

“Hasil pemantauan kami setakat ini mendapati bangkai QZ8501 berada di perairan timur Pulau Nangka, Kabupaten Belitung Timur dan buat saat ini posisi pesawat itu masih di dalam laut dekat kawasan dipenuhi terumbu karang di perairan tersebut,” ujarnya.


Pulau Belitung dihuni masyarakat Melayu dikenali sebagai Billitton sejak 1812 ketika zaman penjajahan Inggeris dan kemudian Belanda, secara kebetulan mendapat namanya sempena sejenis siput laut dalam dialek tempatan yang banyak di sekitar pulau berkenaan.

Kumpulan dukun profesional tempatan itu percaya, pesawat malang tersebut terhempas akibat kerosakan mesin di dalam kapal terbang tetapi punca kejadian belum lagi dipastikan sama ada kerana faktor cuaca buruk atau kelemahan juruterbang sendiri.


 
Sumber: Siakapkeli

Hospital Kuala Krai bergelap, pesakit dalam bahaya

 
KUALA LUMPUR - Seorang pakar bius terpaksa memberi rawatan "intubation" (bius melalui hidung) kepada seorang bayi dalam gelap untuk menyelamatkan nyawanya selepas generator di Hospital Kuala Krai kehabisan minyak hari ini.
 
Ini merupakan pengalaman yang menakutkan seperti dinyatakan melalui mesej WhatsApp oleh Dr Adibah Abdullah, seorang pegawai perubatan di hospital
 
Hospital itu beroperasi dengan menggunakan generator selepas bekalan elektrik terputus kira-kira 5 petang semalam, akibat peras air meningkat dengan cepat dalam apa yang disifatkan sebagai banjir terburuk dalam sejarah Kelantan.
 
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat bila generator telah kehabisan diesel.
 
Dalam rentetan mesej WhatsApp untuk memberi maklumat terkini kepada seorang rakan mengenai keadaan yang semakin teruk di hospital, Dr Adibah menjelaskan bahawa pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan unit penjagaan kritikal (CCU) bernafas menggunakan mesin yang berfungsi melalui kuasa bateri

"Kalau bekalan tak pulih, kami akan bergilir-gilir membuat manual bagging ... tapi sampai bila?" beliau menulis.
 
Beliau berkata bekalan diesel untuk generator dijanjikan dihantar pada 8.30 malam oleh helikopter. Bagaimanapun, masalahnya ialah hospital itu berada dalam kegelapan sepenuhnya.
 
"Kami tidak mempunyai suar tetapi kami memerlukan lampu untuk menunjukkan kepada mereka di mana kami berada.
 
"Kuala Krai telah bertukar menjadi sungai yang besar, dan hospital kami adalah satu daripada beberapa pulau yang tidak bersinar dalam kegelapan," beliau dalam catatannya.
 
Dalam satu lagi detik yang menyayat hati, Dr Adibah berkata, helikopter telah tiba sebelumnya pada sebelah malam tetapi tidak dapat mendarat kerana ketiadaan ruang.
 
"Kipasnya berputar begitu kuat sehingga air terpercik dari kawasan yang digenangi air, serpihan berterbangan, dan mereka berkata bumbung akan runtuh jika helikopter menghampiri lebih dekat. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan pesakit ialah dengan mengangkat mereka ke atas, seperti dalam filem. Dari bot, atau dari kawasan yang berhampiran dengan pinggir air.

"Tetapi kita bercakap mengenai pesakit yang sakit di sini. Yang bernafas dengan mesin, bayi-bayi baru lahir, orang tua patah tulang," beliau menulis.
 
Beliau berkata, helikopter akhirnya terpaksa berlepas tanpa memindahkan mana-mana-mana pesakit.
 
"Helikopter berlegar-legar ... dan tidak menghantar apa-apa. Kenderaan amfibia milik bomba datang. Kemudian ia pergi semula. Matron mengumumkan "tak jadi pindah, sila pulang ke wad masing-masing.
 
"Dan kerana lif tidak berfungsi (menggunakan lif dalam keadaan elektrik on-off begini adalah tindakan amat bahaya), kebanyakan pesakit mengheret badan menaiki tangga," katanya.
 
Dr Adibah berkata, pesakit berasa kecewa apabila mereka melihat kenderaan amfibia itu berlepas dan tidak dapat sampai kepada mereka.
 
Beliau berkata, satu-satunya bantuan perubatan yang tiba sejak krisis itu bermula ialah seorang doktor tentera, yang tiba di hospital beberapa jam lalu. - Bernama

JPAM Sibuk Tangkap Ular Pada Musim Banjir

 
KUALA TERENGGANU: Ketika musim banjir ini, kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menjadi tidak menang tangan untuk menangkap ular.

Ini kerana hampir setiap hari Bilik Operasi Daerah JPAM menerima panggilan mengenai ular yang memasuki rumah penduduk.

Pengarahnya Lt Kol (PA) Che Adam A. Rahman berkata pihaknya telah menangkap 383 ekor ular yang memasuki rumah penduduk dari 1 hingga 20 Dis lalu.

Beliau berkata Kuala Terengganu mencatat jumlah kes tangkapan tertinggi iaitu 117 kes, diikuti Dungun (70 kes), Marang (65 kes), Besut (50 kes), Kemaman (46 kes), Hulu Terengganu (19 kes) dan Setiu (16 kes).

Antara spesis yang sering ditangkap terdiri daripada tedung, senduk dan katam tebu yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut, katanya.

"Apabila habitat ular terganggu (seperti banjir), ular akan menyusur masuk ke tempat yang dirasainya selamat seperti dalam rumah untuk berlindung. Ular akan masuk melalui lubang pintu rumah dan lubang tandas. Namun sehingga kini tiada kes mangsa yang dipatuk ketika berada di dalam tandas," katanya.

Che Adam menasihati orang ramai agar tidak bertindak sendiri sebaliknya menghubungi anggota JPAM untuk menangkap ular yang memasuki rumah mereka.


Sumber: mstar.com.my

CCTV rakam seorang wanita disimbah asid oleh dua lelaki

 Foto: NDTV

Sebuah rakaman video menunjukkan dua lelaki menyiramkan cecair asid ke arah seorang wanita di sebuah pasar yang sibuk di New Delhi pada Selasa (23/12/2014), .

Insiden itu berlaku di pasar Rajouri Garden, New Delhi ketika mangsa yang juga seorang doktor berusia 30-an itu menunggang motosikal untuk ke klinik tempat dia bekerja.

Rakaman CCTV itu menayangkan dua lelaki yang juga menunggang motosikal dengan wajah yang ditutup mendekati motosikal mangsa lalu menyiramkan cecair asid.

Setelah terkena cecair asid, doktor wanita itu berteriak minta tolong, namun para pejalan kaki dan sebahagian lagi yang menunggang basikal berlalu begitu saja tanpa memberikan bantuan.

Stesen televisyen NDTV melaporkan cecair asid itu mengenai sebahagian wajah wanita itu. Polis kini tengah menyiasat rakaman CCTV tersebut untuk mengenalpasti suspek.

Kompas.com melaporkan, serangan cecair asid khususnya terhadap perempuan sudah lama berlaku di India. Biasanya ia dilakukan di tempat-tempat awam sebagai bentuk pembalasan berkaitan pembayaran mas kahwin, sengketa tanah atau lamaran yang ditolak.

Namun, serangan kali ini agak berbeza kerana mangsa memberitahu polis dia tidak mengenali para suspek atau mengesyaki seseorang.

NCRB (National Crime Records Bureau) mencatatkan serangan terhadap perempuan di India terus meningkat. Data 2013 menunjukkan berlaku 309,546 kes serangan terhadap perempuan meningkat dari 244,270 serangan pada 2012.

Data NCRB juga mencatat berlaku 225 serangan cecair asid antara rentang waktu 2010 hingga 2012. Mereka yang selamat dari serangan cecair asid ini biasanya perlu menanggung parut seumur hidupnya.

Para Julai tahun lalu Mahkamah Agung India memberikan masa tiga bulan bagi negari-negari di India untuk mengetatkan peraturan jualan cecair asid.

Namun, para aktivis hak-hak wanita mengatakan hingga saat ini masih sangat mudah bagi sesiapa pun di India membeli cecair asid yang dijual dengan harga yang sangat murah.


'Harimau Malaya' Abdullah Mohd Don meninggal dunia

 
JOHOR BAHRU: Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 1940-an, Abdullah Mohd Don, 91, meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi tadi.

Anak kelahiran Johor yang mendapat jolokan 'Harimau Malaya' pada era kegemilangannya itu, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya dekat Larkin di sini, dipercayai akibat sakit tua.-Berita Harian

Banjir di Kelantan semakin buruk

 Keadaan banjir di Kelantan
 
KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah terutama di Gua Musang dan Kuala Krai, hampir lumpuh sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 10 rumah hanyut di Gua Musang, manakala berpuluh lagi kediaman rosak dalam kejadian banjir paling buruk melanda seluruh Hulu Kelantan yang berlarutan sejak pagi kelmarin.

Kampung terjejas teruk ialah Kampung Baru Hulu, Kampung Tiong, Kampung Kolam Mas, Serian dan Limau Kasturi, malah ramai mangsa banjir terperangkap berikutan kenaikan paras air yang mendadak di beberapa sungai utama.

Dalam kejadian banjir besar yang melumpuhkan Bandar Lama Gua Musang itu turut menyaksikan detik cemas bot bantuan mangsa banjir dinaiki lapan orang terdiri daripada pasukan penyelamat dan orang awam terbalik, namun mereka sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, kira-kira 100 mangsa banjir dilaporkan terperangkap dan terputus bekalan makanan di asrama Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Gua Musang berikutan paras air naik mendadak menenggelamkan pusat pemindahan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di Kota Bharu dan beberapa daerah lain dalam keadaan berjaga-jaga apabila air Sungai Kelantan dari hulu dijangka melimpah.

Ia ditambah dengan hampir semua lokasi catatan paras air di Dabong, Tualang, Tangga Krai, Tambatan Diraja, Rantau Panjang dan Pasir Puteh melepasi paras bahaya.

Mengikut e-portal banjir Kelantan, sehingga jam 6 petang semalam, seramai 6,673 keluarga melibatkan 21,600 mangsa banjir ditempatkan di 96 pusat pemindahan seluruh negeri ini.

Daerah Pasir Mas masih lagi mengekalkan angka tertinggi mangsa pemindahan dengan 8,753 orang melibatkan 31 pusat pemindahan, diikuti jajahan Gua musang seramai 4,459 mangsa.

Ia diikuti daerah Kuala Krai dengan 3,663 mangsa, diikuti Tumpat, (3,820), Tanah Merah (307),  Kota Bharu (86), Machang (68).

Jalan Kuala Krai-Kota Bharu-Kuala Krai di Sungai Durian antara 20 jalan yang masih ditutup kepada kenderaan. Begitu juga Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Jalan Banggul Kulim tidak boleh dilalui semua kenderaan.


Sumber: Sinar Harian

2,000 coli, pakaian dalam tersimpan sedekad atas siling

 
Nanning, Guangxi: Sejak sedekad lalu penghuni beberapa apartmen di sekitar bandar Yulin musykil kerana mereka menghadapi masalah sama - kehilangan coli serta pakaian dalam wanita

Selama sedekad itu juga mereka tidak menyangka pakaian dalam itu sebenarnya disembunyikan tidak jauh dari kediaman masing-masing.

Longgokan itu disimpan di atas siling bilik tidur jiran mereka - seorang lelaki dikenali sebagai Tan.

Rahsia Tan terbongkar baru-baru ini apabila siling berkenaan roboh, sekali gus menyebabkan lebih 2,000 pasang dalam wanita itu bertaburan di bilik berkenaan.

Media semalam melaporkan, Tan menyelinap ke banyak apartmen di sekitar kediamannya untuk mencuri coli dan seluar dalam wanita.

Sumber polis berkata, Tan, 30-an, menggunakan kunci pendua untuk menjalankan kegiatan berkenaan ketika penghuni sesuatu unit keluar bekerja.

Namun polis tidak menyatakan bagaimana Tan mendapat kunci pedua itu.

“Ketika disiasat, Tan mengaku salah dan mendakwa dia mengalami masalah psikologi.

“Namun Tan tidak pasti sejak bila dia mula kemaruk menyimpan pakaian dalam wanita,” katanya.



Sumber: SiakapKeli

Bayi selamat dari dimakan nenek kebayan

 Gambar hiasan

Masvingo (Zimbabwe) - Seorang wanita berusia 90 tahun yang mengaku dirinya seorang ahli sihir ditangkap tidak lama selepas dia dan rakannya gagal melapah seorang bayi.

Nenek dikenali sebagai Shoko itu ditangkap ketika memulangkan bayi berkenaan dan bercadang mencari bayi lain.

Bayi pertama tidak dimakan kerana Shoko dan rakannya mendapati dia sudah mempunyai gigi.

Bagaimanapun, dia ditangkap pada jam 3 pagi selepas bayi itu tidak henti menangis.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Sharai Hundi, yang kebetulan terjaga dari tidur berlari keluar kerana mendapati bayinya sedang terbaring di sebelah seorang wanita tua.

“Saya tidak akan melupakan kejadian ini dan bersyukur Tuhan menyelamatkan bayi saya.

“Saya terjaga sekitar jam 3 pagi kerana anak mahu minum. Kebetulan saya memeriksa tempat tidur bayi saya namun dia sudah hilang.

“Seolah dalam mimpi saya mendengarnya menjerit menangis di luar rumah dan alangkah terkejut apabila melihatnya terbaring di sebelah unggun api dengan seorang wanita tua bersamanya,” katanya.

Menurut Sharai, dia terus mencapai bayinya dan membawa masuk ke rumah, tetapi kanak-kanak itu masih tidak henti menangis.

Dia kemudian menghubungi keluarganya yang tinggal berhampiran, manakala Shoko yang malu menutup muka menggunakan bajunya menyebabkan badannya terdedah.

“Dia terpaksa mengakui perbuatannya kerana penduduk kampung hampir mahu membelasahnya. Semua orang terkejut apabila dia mengaku sebenarnya nenek kebayan yang buta pada waktu siang, namun dapat melihat jelas ketika malam.

“Katanya, dia mengambil anak saya kerana tiba gilirannya mendapatkan daging manusia untuk diratah bersama rakan-rakannya,” katanya.

Bayi itu bernasib baik kerana mereka mewajibkan semua anak yang ingin dimakan mestilah belum tumbuh gigi.

Sharai berkata, suaminya Mujena yang pulang dari kerja mengarahkan Shoko pergi dari situ namun wanita berkenaan mengelilingi rumah mereka selama empat jam sehingga anak-anaknya membawa kereta sorong dan membawanya pergi.

“Kami ditawarkan lima lembu sebagai pampasan oleh keluarganya namun tidak menerimanya kerana bimbang dia datang untuk menghirup darah anak kami.

“Anak saya masih belum pulih kerana luka di badan dan matanya belum sembuh,” kataya.

Sementara itu, ketua kampung mengambil tindakan menghalau Shoko dari kampung itu. - Agensi

Lelaki habiskan RM544,000 untuk ubah wajah menyerupai Kim Kardashian

Perbandingan gambar James Parke dan Kardashian

SEORANG peminat ikon popular telah menghabiskan lebih RM544,000 untuk menyerupai Kim Kardashian.

Pembedahan plastik tersebut, termasuk botox, pembedahan laser dan tatu kening.

Lelaki tersebut, Jordan James Parke merupakan seorang jurusolek artis.

"Saya suka semua tentang Kim," lelaki berumur 23 tahun tersebut memberitahu The Sun.

Menurut NYPost, James telah menjalani lebih 50 pembedahan plastik.

"Dia wanita paling menarik. Kulitnya sempurna. Segala tentang Kim adalah sempurna," katanya.


Sumber: Sinar Harian

'Tetak dengan parang pun tak lut'

Salmah ketika menceritakan mengenai ular sawa yang ‘singgah’ di rumahnya di Kampung Pasir Puteh ketika ditemui pusat pemindahan banjirdi SK Pasir Puteh, Merchang

MARANG - Seorang suri rumah terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik sebesar paha sepanjang kira-kira empat meter dengan berat lebih 30 kilogram ketika mahu mengemas barang-barang untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir, di sini.

Salmah Hamzah, 52, yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di SK Pasir Puteh, Merchang, berkata, dia terdengar bunyi bising dari arah luar rumah sebelum ternampak ular sawa itu mahu menyambar seekor ayam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Salmah kemudiannya masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil parang dengan niat mahu membunuh ular tersebut, namun usahanya gagal walaupun selepas beberapa kali ditetak.

Menurutnya, kulit ular itu seolah-olah ‘kebal’ dengan senjata tajam dan dia yang panik mengambil pula sebatang besi untuk memukul ular tersebut, namun tetap juga gagal menghalau reptilia itu.

“Mak cik buntu memikirkan bagaimana cara nak halau ular itu selepas ditetak pun tak lut, mungkin parang tumpul. Ketika itu juga mak cik teringatkan mesin rumput (bermata besi) ada disimpan di bahagian dapur rumah lalu mengambilnya.

“Makcik galas mesin rumput itu dan hidupkannya...  makcik halakan mata mesin rumput itu ke arah kepala ular itu sehingga ia cedera dan mati walaupun ketika itu makcik sebenarnya takut dan cemas,” katanya.

Salmah berkata, dia kemudian mendapatkan bantuan suami, Ariffin Said, 62, untuk mengalihkan ular berkenaan sebelum membuangnya ke dalam air yang mulai naik di pekarangan rumah mereka berikutan hujan lebat.

Menurutnya, pengalaman itu pertama kali dilalui sepanjang musim tengkujuh melanda dan berharap ia tidak berulang.


Sumber: Sinar Harian

Bekas penari bogel dituduh pengganas selepas peluk Islam

Claire Birkill merupakan seorang penari bogel. Saban hari, saban malam, perempuan berusia 37 tahun itu, tak pernah luput dari kelab malam tempat dia berpesta, mabuk dan menari telanjang demi wang.

Tapi, setelah dia bertemu cintanya, seorang lelaki muslim, Sarif Jallow, 28, kehidupan Claire berubah. Perlahan-lahan, dia mempelajari Islam, hingga akhirnya menganut agama bawaan Nabi Muhammad SAW itu.

Claire tidak lagi menayangkan tubuhnya di kelab malam bahkan dia juga berhenti merokok. Solatnya cukup lima waktu sehari. Kini, dia berhijab, menutup seluruh aurat yang dulu kerap dipamerkannya.

"Saya dulu penari seksi, sekarang saya sangat malu bila mengingat hal itu. Saya tak berani lagi melihat foto-foto lama saya," kata Claire, yang juga menukar namanya menjadi Jameela, seperti dipetik dari Mirror.

 Claire bercerita soal perjumpaannya dengan Sarif. "Tahun 2013, perkahwinan saya selama lapan tahun hancur. Saya stres, dan akhirnya memutuskan untuk belajar di kolej swasta. Kemudian saya pergi ke Gambia untuk belajar. Di sanalah saya bertemu Sarif," ujarnya.

"Sarif lelaki yang ramah, dan lembut. Dia sangat bijak dan baik. Saya melihatnya dan saya jatuh cinta dalam pandangan pertama. Dan apabila pengajian saya berakhir, Sarif beritahu dia mencintai saya," ujar Claire.

"Meninggalkan Gambia dan Sarif sangat berat bagi saya. Selama perjalanan pulang saya hanya menangis. Dan akhirnya, apabila saya sampai di rumah, saya langsung kembali menghubungi Sarif. Komunikasi akhirnya membawa saya mengenal Islam, apalagi Sarif juga kerap bercerita soal Islam," tuturnya.

Setelah mendengar Sarif bercakap, pada suatu hari, Claire yang semakin ingin tahu tentang Islam, akhirnya memutuskan untuk membuka internet bagi mendalami Islam. "Saya mendapat kedamaian, empati, kasih sayang dan kebaikan. Semua hal yang saya percaya ada dalam Islam. Dan saya sedar, saya memerlukan Islam," kata Claire.

Dan akhirnya, pada Jun 2014, Claire pun memutuskan untuk memeluk Islam dan menyatakan kesungguhannya terhadap Allah dan Nabi Muhammad.

Claire mendedahkan bahawa transformasi dirinya menjadi seorang Islam sangat berat untuk dilalui pada awalnya. "Sangat berat untuk tidak menyentuh alkohol, dan makanan halal. Saya terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan makanan halal," katanya.

"Saya juga perlu menolak panggilan pekerjaan untuk menari, hingga saya diejek bahkan dilabel pengganas," katanya.

Walaupun kehilangan teman-teman lama, dan pekerjaan, Claire tetap kukuh dengan  Islam. Kini dia juga mempunyai rakan-rakan baru di dalam masyarakat Islam.

"Mereka amat mengalu-alukan saya. Saya bahagia kerana diterima oleh komuniti ini," tutupnya seperti dilapor Tribunnews.com.

Doktor dihukum kerana selfie di dewan bedah

Sekumpulan doktor bergambar selepas pembedahan di sebuah hospital di China.

SHAANXI - CHINA. Beberapa doktor di daerah Shaanxi dihukum selepas mengambil gambar selfie berkumpulan di samping seorang pesakit di dewan bedah.

Tiga doktor didalam gambar tersebut dihukum manakala beberapa doktor lain diberikan amaran, menurut Jabatan Kesihatan di Xi'an.

Gambar berkenaan, yang tersebar menerusi aplikasi popular WeChat, mengundang kemarahan orang ramai.

Kebanyakan orang ramai mempersoalkan sikap dan etika doktor-doktor berkenaan.

Gambar tersebut yang menunjukkan doktor-doktor berkenaan beraksi di samping seorang pesakit yang tidak sedarkan diri di dewan bedah selepas pembedahan yang berjaya dijalankan.

Menurut Xinhua, gambar tersebut yang bertarikh 15 Ogos diambil sebagai kenang-kenangan selepas pembedahan di sebuah dewan bedah lama.


Sumber: Sinar Harian

'Malam' itu ibarat Tsunami kata mangsa banjir

 Gambar hiasan

PASIR MAS - "Makcik ghaso male tu dah supo Tsunami (makcik rasa malam itu sudah serupa Tsunami)," kata seorang daripada mangsa banjir di Rantau Panjang.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Atiya, 47, menceritakan detik-detik cemas apabila rumahnya dilanda bencana banjir Khamis lepas.

Kata Atiya, walaupun dirinya bersama-sama suami dan empat anak mereka sempat menyelamatkan diri, namun harta benda terutamanya peralatan elektrik, perabot, dan katil hampir semuanya rosak akibat banjir berarus deras itu.

Menyifatkan bencana kali ini terburuk semenjak 1969, Atiya berkata mereka bernasib baik kerana suaminya Wan Daud Wan Salleh, telah pun berjaga-jaga di hadapan rumah sebaik sahaja hujan mula melanda.

"Sebaik sahaja suami mengejutkan makcik daripada tidur, makcik terus bergegas membawa anak-anak dahulu meredah air deras dan hujan lebat ke kereta kami yang telah pun diletakkan di kawasan tebing jalan sebagai langkah berjaga-jaga.

"Limpahan air berlaku dengan pantas sehinggakan belum sempat kami keluar rumah, paras air dah cecah bawah lutut," katanya ketika ditemui Bernama di hadapan rumahnya di sini, hari ini.

Apa yang menjadi keresahan makcik Atiya yang mengusahakan kedai membuat gigi palsu di Pekan Rantau Panjang ialah segala peralatan untuk membuat gigi palsu kesemuanya rosak, sehingga menjejaskan sumber pendapatan.

Apatah lagi dengan keadaan rumah yang mereka diami itu sebelum ini diubah suai menjadi kedai untuk perniagaan mereka.

"Rasa sayu sebab kami dah lama menjalankan perniagaan ini... hampir 15 tahun. Sehingga ramai orang termasuk dari luar kawasan Rantau Panjang turut menjadi pelanggan tetap kami," katanya.

Setakat pagi ini, mangsa banjir di Pasir Mas meningkat kepada 11,930 orang berbanding 11,408 orang malam tadi dan mereka ditempatkan di 32 buah pusat  pemindahan. - Bernama

Gambar mahasiswi cantik membuatkan laman web universiti down

Kecantikan seorang gadis China yang bernama Kang Kang ini telah membuatkan laman web kampusnya 'down' kerana ramai orang ingin melihat gambar-gambarnya yang dimuat naik ke laman web universitinya di Renmin University School of Arts.

Laman web yang sebelum ini membosankan kerana hanya memaparkan gambar bangunan dan juga pensyarah. Apabila pihak universiti memuat naik gambar Kang Kang, ia mendapat pujian dari ramai mahasiswa.  






Puting beliung di Sabak Bernam

IMEJ puting beliung yang sempat dirakam.

Sabak Bernam: Kejadian puting beliung di beberapa kawasan sawah di daerah ini, petang semalam menjadi bualan penduduk setempat yang ternyata terkejut dengan fenomena yang jarang berlaku itu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang dalam tempoh 20 minit sebelum kembali reda.

Komander Operasi Kanan Bomba Selangor Mohd Hissam Sidik berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai kerosakan di di daerah ini selepas kejadian itu.

Menurutnya, antara kawasan yang dilanda puting beliung ialah Kampung Parit 1 Barat, Kampung Parit 8 Gambut, Kampung Parit 2 dan Parit 4 Sungai Haji Dorani, Kampung Panchang Bedena, Kampung Parit 6 dan Kampung Sungai Nipah Baroh.

Beliau berkata, setakat ini kejadian dipercayai hanya berlaku di kawasan lapang dan tidak membabitkan rumah penduduk kampung.

“Pihak kami juga akan memantau sekiranya kejadian ini kembali berulang dan berlakunya kerosakan pada rumah penduduk,” katanya.


Sumber: myMetro

100 wanita menari striptease di tengah jalan promosi bar baru yang akan dibuka


Pada hari Ahad 15 Disember 2014, seramai 100 wanita cantik turun ke jalan untuk menari striptease di bandar Zhejiang China bagi mempromosi sebuah bar.

Dilapor shanghaiist.com, disebabkan bar baru yang akan dibuka tersebut masih diubahsuai, menari bogel di jalan menjadi strategi promosi yang dipilih pengusaha bar. Hal ini dilakukan untuk menarik pelanggan di China sehingga saat tempat hiburan malam itu dibuka.


Foto: shanghaiist.com

Aksi 15 nenek posing bogel untuk tujuan amal


Dilapor dailymail.co.uk, 15 wanita tua dengan usia antara 70 hingga 85 tahun, dari Vale of Clwyd, Wales, memberanikan diri bergambar bogel untuk sebuah foto kalender 2015. Hasil dari penjualan kalender tersebut akan disumbangkan kepada mereka yang mengidap penyakit kanser.

Semua nenek ini berani melakukan sesi penggambaran tersebut demi mendapatkan sasaran dana yang ingin mereka kumpulkan. Kalender yang bertajuk "The 2015 Wrinklies Charity Calendar" ini dijual dengan harga £10.

Mereka berharap dapat mengumpulkan dana £10,000. Setakat ini mereka telah mengumpul £6,700. Selanjutnya, wang yang berjaya dikumpulkan bakal disumbangkan untuk Macmillan Cancer Support, Glan Clwyd Cancer Centre, dan Jo’s Cervical Cancer Trust.

Video lelaki jatuh dari treadmill lalu pura-pura buat push-up


Gara-gara gadis cantik, seorang lelaki terjatuh dari treadmill. Ketika lelaki tersebut tengah asyik berlari-lari di atas treadmill sambil memegang sebuah botol air mineral, ada seorang gadis cantik berjalan di belakangnya di sebuah gym.

Terpesona dengan si gadis, dia pun menoleh dan menyebabkan dia gagal mengendalikan mesin tersebut lalu terjatuh. Malangnya, si gadis melihatnya setelah terdengar bunyi dentuman kuat  namun lelaki yang tidak diketahu identitinya itu segera melakukan gaya push up untuk cover malu.

Kejadian tersebut dirakam CCTV.



Lihat video....


Makhluk aneh ditemui di California

Makhluk aneh ditemukan terdampar di Santa Barbara, California, AS - mirror / news channel 3/ abc

Seekor makhluk misteri terdampar di kawasan pantai California, Amerika Syarikat, baru-baru ini. Haiwan berkulit coklat yang mempunyai gigi dan kuku tajam ini ditemui di Santa Barbara selepas berakirnya sebuah ribut.

Hingga saat ini, seperti dikutip Mirror.co.uk, belum ada pihak yang mampu mengenalpasti makhluk tersebut. Sebahagian orang menyebutnya sebagai anjing laut, sebahagian lain makhluk prasejarah yang telah ada sejak 65 juta tahun lalu.

"Seperti gabungan anjing dan anjing laut," ucap seorang penduduk tempatan. "Bagi saya, seperti dinosaur," tambah seorang penduduk lain.

Pihak berkuasa California belum mengesahkan penemuan makhluk ini yang telah menghebohkan pelancong domestik dan asing.

Penemuan sama berlaku di Rusia beberapa tahun lalu. Satu makhluk aneh ditemui seorang askar di pesisir pantai, yang baru-baru ini diumumkan saintis sebagai ikan paus beluga.



Sumber dari metrotvnews.com

Bapa guna kereta perisai hantar anak ke sekolah

MEAD (depan) memandu sebuah kereta perisai ketika menghantar dua anaknya ke sekolah di bandar Northamptonshire di Britain.

NORTHAMPTONSHIRE, Britain – Seorang bapa menghantar anak-anaknya ke sekolah dengan menaiki sebuah kereta perisai bagi memastikan mereka tidak lewat dan berasa seronok setiap kali mahu ke sekolah.

Bapa tersebut, Nick Mead, 53, berkata, dia memandu sebuah kereta perisai seberat 17 tan untuk menghantar dua anaknya, Danny, 16, dan Ashley, 13, ke sekolah hampir setiap hari.

“Anak-anak saya sangat teruja setiap kali menaiki kereta perisai model FV432 ini dan mereka berasa seronok untuk ke sekolah.

“Setiap kali tiba di sekolah kereta perisai ini akan menjadi perhatian pelajar-pelajar lain dan saya berasa seronok melihat mereka bergambar serta menyentuh kenderaan ini,” katanya.

Ujarnya, dia mempunyai sejumlah 130 kenderaan tentera yang menjadi koleksi peribadinya dan sebahagian kenderaan berkenaan telah mendapat kebenaran untuk digunakan di jalan raya.

Menurutnya, semua kenderaan tentera berkenaan turut dilengkapi dengan senjata tetapi ia sudah dinyahaktifkan supaya boleh digunakan di jalan raya. – Agensi

Kerana Tangisan Bayi, Tiga Wanita Bertumbuk Dalam Pesawat

 
HONG KONG: Bersilih ganti insiden berlaku dalam pesawat kebelakangan ini dan terkini tercetus pergaduhan apabila seorang ibu gagal mengawal emosinya apabila dua wanita menuduh tangisan anaknya terlalu bising.

Kejadian itu berlaku dalam penerbangan dari bandar Chongqing di barat daya China ke Hong Kong.

Ibu berkenaan, Chan Juan Sung, 27, diserang dua wanita yang berang kerana tangisan anaknya mengganggu tidur mereka yang duduk di belakang.

Kedua-dua wanita berkenaan menyuruh Juan Sung ‘mendiamkan’ anaknya, tetapi teguran itu tidak diendahkan.

Menurut penumpang yang duduk di sebelah dua wanita berkenaan, Xiong Wan, selepas ditegur, ibu bayi itu menjerit ke arah mereka sambil berdiri dan menumbuk seorang wanita berkenaan.

“Mereka kemudian membalas serangan itu dan menumbuk ibu berkenaan hingga keadaan menjadi tidak terkawal.
“Bayi itu mula menangis sekuat hati sementara penumpang lain menjerit. Ia seperti dalam filem.”

Ketiga-tiga wanita itu akhirnya diasingkan oleh kru Air China dan ditahan untuk disoal siasat sebaik tiba di Hong Kong.

Kejadian itu berlaku beberapa hari selepas seorang penumpang yang menaiki pesawat buat kali pertama membuka pintu kecemasan ketika kapal terbang masih bergerak di lapangan terbang di Sanya, kerana tidak sabar hendak turun.

Pergaduhan dalam pesawat membabitkan pelancong China dan perbuatan aneh mereka dalam penerbangan menyebabkan pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan ketat bagi memastikan rakyat negara itu berkelakuan baik di luar negara.

Malah, Presiden Xi Jinping turut mengingatkan penduduk negara itu supaya membaiki kelakuan mereka ketika melancong.


Sumber: mstar.com.my

Pak cik pakai coli merah dapat simpati


Zhengzhou: Satu video menunjukkan seorang lelaki berpakaian wanita yang didakwa milik mendiang isterinya dalam sebuah bas di sini menjadi viral di Internet di China, semalam.

Menurut laporan, lelaki itu dilihat memakai coli merah dengan dua epal di dalamnya, kasut tumit tinggi dan long-john wanita.

Penduduk di bandar di wilayah Henan ini berkata, lelaki itu sering dilihat berpakaian begitu di tempat awam.

Rakannya memberitahu wartawan, pakaian itu milik isterinya yang meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Dia memakai sedemikian untuk melepaskan rindu dan berasa dekat dengan mendiang.

“Kami berharap ada pakar jiwa yang boleh membantunya,” kata seorang pemandu bas.

Video itu mencatatkan 2.4 juta tontonan dalam masa 15 jam.

Pengunjung laman web yang menggelarnya ‘Pak cik coli’ dan ‘Pakcik epal,’ menyuarakan rasa simpati padanya.

“Mungkin cinta dia pada isterinya terlalu mendalam sehingga dia tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya sudah tiada. Jika benar, dia berhak untuk disimpati,” kata seorang penggunjung laman web popular di China. - Agensi


myMetro

No Soo Ram Tampil Seksi Untuk Raih Perhatian


NAMA pendatang baharu Korea No Soo Ram mulai menjadi perhatian dan carian di laman sosial apabila tindakan beraninya tampil dengan gaun seksi di sebuah acara anugerah Blue Dragon Film Awards Rabu lalu.

Bintang drama Mr Baek itu mengayakan gaun hitam panjang dengan bahagian sisi kiri dan kanan dibuat dengan bahan lutsinar hingga menampakkan tubuh artis tersebut.


"Saya rasa ini adalah salah satu cara untuk menarik perhatian khalayak dan masyarakat mula mengenali saya dalam industri ini," ujarnya.

Kehadirannya pada majlis tersebut mengundang kontroversi apabila dikatakan tidak diundang, namun perkara itu dinafikan pihak pengurusannya.


Sumber: mstar.com.my

7 berita hoax di Facebook yang gemparkan dunia sepanjang tahun 2014

Berikut berita hoax yang dilaporkan oleh Huffington Post, Selasa (16/12/2014) yang tersebar di Facebook sepanjang tahun 2014.
 
 1. Macaulay Culkin Mati

Menurut laman Snopes, berita palsu kematian bekas bintang cilik Macaulay Culkin dengan cepat tersebar di Facebook.

Berita hoax ini bermula dari mod gambar yang seperti sebuah screenshoot dari berita TV bertuliskan: "Breaking: Macaulay Culkin Found Dead At Age 34." Gambaran grafik yang sangat meyakinkan itu kemudian disebar hingga lebih dari 700 ribu kali di Facebook.

 2. Betty White Meninggal Dunia

Pada 2 September 2014, beberapa orang di laman Empire News membicarakan tentang kematian Betty White. Artikel bertajuk "Actor Betty White Dyes Peacefully In Her Los Angeles Home," itu disebar lebih daripada 2 juta kali di Facebook.

Padahal saat berita hoax itu beredar di media sosial, pelakon berusia 92 tahun itu masih dalam keadaan sihat. Betty White adalah seorang pelakon, pelawak, penyanyi, dan penulis yang telah menceburi lebih dari tujuh dekad. Selama kerjayanya, White telah memenangi tujuh Emmy Awards dan telah menerima 20 pencalonan Emmy Awards.

 3. iPhone Boleh Dicas di Microwave

Pengguna laman forum 4chan mengeluarkan berita palsu berkaitan sistem operasi iOS 8. penipuan yang beredar di media sosial itu menyebutkan bahawa para pengguna iPhone yang sudah melakukan update sistem operasi ke iOS 8 akan mendapat sebuah ciri eksklusif bernama 'Apple Wave'.

Apple Wave membolehkan iPhone dicas menggunakan gelombang mikro. Pengguna hanya perlu meletakkan iPhone mereka ke dalam microwave dan dipanaskan selama beberapa saat. Hasilnya bateri akan terus terisi penuh.

Ramai orang yang percaya dengan berita palsu itu. Seorang lelaki men-tweet hasil dari tindakannya mengecas iPhone dalam microwave. Hasilnya, iPhone tersebut terbakar.

 4. Pluto jadi Planet Lagi

Berita hoax yang juga menghebohkan para netizen adalah khabar yang menyatakan Pluto menjadi planet atau meraih status sebagai planet lagi. Banyak artikel yang tersebar ke Facebook dengan tajuk "Wait, what? Pluto a planet again?" Dan "The People Have Spoken: Pluto is a planet!"

Tiga ahli fizik berdebat tentang status Pluto sebagai planet dan para peserta di even Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics diminta mengundi untuk menentukan sama ada Pluto itu sebuah planet. Hasilnya, ramai peserta memilih Pluto sebagai planet mini.

 5. Facebook Akan Mengenakan Bayaran

Berita hoax ini muncul kembali dari sebuah laman berita sindiran. Laman itu menulis artikel yang menyatakan bahawa Facebook akan mengenakan bayaran sebanyak US $ 3 setiap bulan kepada para penggunanya untuk meringankan kos operasi.

Khabar yang beredar pada September 2014 itu kemudian merebak ke Facebook lebih dari 2.3 juta kali. Facebook menegaskan bahawa mereka tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada penggunanya kerana ia telah memperolehi wang dari iklan

 6. Kulit Lemon Dapat Memusnahkan Sel Kanser

Ini adalah salah satu maklumat bodoh yang dibuat oleh laman Natural News. Dan secara mengejutkan, berita hoax ini menarik perhatian para pengguna Facebook - sekurang-kurangnya telah disebar ratusan ribu kali di Facebook.

Natural News sendiri kerap menerbitkan teori konspirasi tentang kesihatan dan menerbitkan artikel tentang ubat-ubatan alternatif. Faktanya, banyak artikel yang ada di laman web itu tak mempunyai asas dan sumber yang kuat.

7. Tragedi 9/11 Tidak Pernah Berlaku

Sebuah artikel tentang Tragedi 9/11 yang mendakwa ia sebenarnya tidak pernah terjadi tersebar di internet. Artikel tersebut mendakwa bahawa ada sebuah video yang menunjukkan bahawa peristiwa yang berlaku pada 11 September 2011 di World Trade Center (WTC), Amerika Syarikat itu tidak benar-benar berlaku.

Artikel ini menuai banyak komen pedas dan tercatat telah disebar lebih 380 ribu kali di Facebook. Tak lama kemudian, beberapa portal berita membuktikan bahawa video itu palsu.



Sumber: liputan6.com