Sekumpulan lelaki misteri berjubah hitam muncul di stadium gemparkan dunia bola sepak


 Baru- baru ini , kehadiran sejumlah lelaki misteri di stadium bola sepak menjadi perhatian. Sebabnya 11 lelaki berjubah dan bertudung serta berkacamata hitam lengkap dengan riasan menyeramkan itu hadir di beberapa pertandingan .


 Fenomena itu bermula apabila pertandingan Bayern Munchen vs Hertha Berlin di Allianz Arena, Sabtu (26 /10). Para lelaki misteri itu juga menyaksikan pertandingan Chelsea lawan  Manchester City di Stamford Bridge dan juga kala Juventus menghadapi Genoa (Ahad, 27 Oktober ) .


 " Orang di sebelahku memberi tahu tentang kewujudan mereka. Wajahnya pucat dan aku tidak boleh menyalahkannya . Kemunculan itu benar -benar aneh ," kata seorang suporter Juventus , Franco Losito . "Aku tidak tahu siapa mereka , tetapi tidak pernah menyaksikan hal seperti ini, baik di stadium bola sepak mahupun dalam keseharian . "


Semakin timbul pertanyaan apabila para lelaki berpakaian serba hitam itu membentangkan kain bertuliskan # WINNERTAKESEARTH . Fenomena aneh juga berlaku di Rio de Janeiro, Brazil, tuan rumah Piala Dunia 2014.


Terlihat simbol yang serupa dengan logo di bahagian dada para lelaki misteri itu . Simbol tersebut sempat muncul pula di papan iklan digital, Times Square, New York, beberapa waktu lalu. Keanehan lainnya ialah bola raksasa berdiameter tiga meter yang menimbulkan lubang raksasa di Hackney Marshes berhampiran London .

Setakat ini, belum ada penjelasan tentang itu selain dokumentasi soal para lelaki misteri di laman mysteriouscircles.com . Namun pada 1 November pukul 11:11 AM ( GMT ) mendatang diduga akan ada jawapan yang berkaitan kehadiran para lelaki misteri dengan petunjuk # WINNERTAKESEARTH ini .

wowkeren

Timbalan ketua menteri cadang potong kemaluan elak rogol


Mumbai: Timbalan Ketua Menteri Maharashtra Ajit Pawar sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila membuat kenyataan hanya memotong kemaluan perogol dapat menghentikan jenayah rogol.

Beliau berkata perogol tidak boleh dimaafkan dan wajar dikenakan hukuman berat.


Sebuah akhbar menmetik dia sebagai berkata: “Kita perlu melaksanakan penyelesaian tegas untuk menghentikan jenayah rogol. “Kita perlu memotong kemaluan perogol. Jika tindakan ini dlaksanakan secara serius ia secara automatik menakutkan orang lain yang berniat melakukan perbuatan berkenaan,” katanya.

Pawar sebelum ini dikritik apabila memperlekeh seorang petani di kawasan kering kontang di Solapur yang menyertai mogok lapar di Mumbai.

MyMetro

Pisau terpacak di kepala, seorang lelaki masih mampu berjalan ke hospital

Foto: Cen

Jilin , China - Seorang lelaki berjalan dengan pisau terpacak di kepala tentu merupakan pemandangan yang mengerikan. Tapi apabila lelaki yang terpacak pisau itu masih boleh berjalan santai ke hospital untuk mencari pertolongan , anda pasti akan bertanya -tanya apakah itu peristiwa sebenar atau hanya jenaka.

Adalah Ho Lung yang masih boleh bersikap tenang walaupun ada pisau sepanjang 25 cm yang menikam kepalanya. Sesampainya di hospital, Ho Lung masih dengan santai meminta pertolongan doktor . "Tolong , saya ingin jumpa doktor ," katanya seperti dipetik dari Mirror, Rabu ( 30/10/2013 ) .

Melihat Ho Lung yang begitu tenang , mulanya petugas di salah satu hospital di Jilin , China , tidak yakin lelaki itu benar -benar ditimpa musibah. Hingga akhirnya petugas memeriksa dan mengamati luka dan pisau yang masih terpacak di kepala Ho Lung , dan memastikan bahawa luka tersebut boleh mengacam nyawa Ho Lung .

Pemeriksaan sinar - X menunjukkan pisau telah menembusi tengkorak dan otak Ho Lung , namun tidak mengenai pembuluh darah utama. Doktor pun melakukan operasi selama tiga jam untuk mengeluarkan pisau itu sepenuhnya tanpa menyebabkan kerosakan anggota tubuh yang ketara. Selesai mendapat rawatan , lelaki itu lantas bertanya apakah dirinya sudah dibenarkan pulang.

Saat ditanya doktor apa yang telah menyebabkan pisau bersarang di tengkoraknya , lelaki itu menolak memberikan butiran. "Jadi seperti ini, saya sedang bermain dengan kawan saya, dan terjadi kemalangan hingga pisau tertikam di kepala. Ini cuma kesilapan bodoh yang boleh berlaku pada sesiapa ," katanya.

Pada akhirnya doktor bersetuju untuk membenarkan orang itu meninggalkan hospital  bersama dengan pisau, selepas lukanya selesai dibalut. Kepada pegawai perubatan Ho Lung berjanji akan datang kembali untuk check -up.

health.detik.com

Ramai wanita dirogol jin tanpa sedar


SIAPAKAH WANITA YANG DIROGOL JIN?

- Perempuan samada sudah berkahwin/tidak.

Siapa TERINGIN NAK DINODAI JIN, selalulah:

- MANDI TELANJANG.
- SUKA MANDI LEWAT PETANG.
- TIDUR SELEPAS ASAR.
- TIDUR DENGAN KAIN YANG TERDEDAH.

Jika terasa diri kita terlalu kerap melakukan semua perkara ni, cepat-cepatlah sedar dan berubah.

SEKALI JIN SUDAH JATUH CINTA PADA WANITA, ADALAH LEBIH BAHAYA DARIPADA 'SIHIR'.

Cukup dalam masa 40 hari, PERIKSA PADA BAHAGIAN CELAH/KELILING PEHA, LIHAT JIKA ADA KESAN LEBAM dan jika kurang pasti lagi periksa secara terperinci kesan lebam itu ada 5 lubang halus. Itu menandakan JIN sudah 'menodai' anda.

Andai kata jika wanita itu sudah berkahwin, maka JIN yang 'jatuh cinta' pada anda itu akan 'menceraikan' anda & suami, tanpa anda sedari.

Dan jika anda belum berkahwin, jika sampai masanya anda & bakal suami anda mahu berkahwin, JIN yang sama akan cuba 'pisahkan' mereka dari berlangsungnya majlis kahwin itu.

Nauzubillah

Oleh: Ustaz Mohd Kazim Elias 

Neelofa harap buah tangan istimewa Red Warriors

KUALA LUMPUR - Sekalipun kurang meminati bola sepak, pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Noor Neelofa Mohd. Noor (gambar) tetap mengharapkan buah tangan istimewa dibawa pulang Red Warriors apabila menentang Pahang dalam final Piala Malaysia, Ahad ini.

Malah, artis jelita itu mengharapkan Kelantan akan menang besar 3-0, sekali gus menjulang Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut.

“Kalau hendak minta saya mengulas mengenai pasukan Kelantan atau perlawanan, saya bukan orang yang sesuai.

“Tetapi jika ditanya tentang harapan saya, sudah tentu sebagai anak jati Kelantan, saya mahu kemenangan berpihak kepada Red Warriors.

“Malah, saya harap Kelantan berkemampuan tumpaskan Pahang 3-0 di Stadium Shah Alam nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, di sebalik keghairahan peminat tegar bola sepak menanti perlawanan akhir hujung minggu ini, anak jati Pasir Mas, Kelantan itu amat mengharapkan pertemuan membabitkan dua pasukan dari pantai timur itu dapat berlangsung dalam suasana aman.

Jelas pelakon berusia 24 tahun itu lagi, sikap terlalu menurut perasaan hanya akan merosakkan semangat kesukanan yang seharusnya ada dalam diri setiap pemain dan juga penyokong.

“Saya harap penyokong kedua-dua pasukan, terutama penyokong Kelantan dapat menjaga perlakuan masing-masing agar tidak tercetus perkara yang tidak diingini.

“Sebagai anak Kelantan saya juga tak mahu lagi dengar penyokong Red Warriors dianggap samseng dan sebagainya hanya semata-mata kerana insiden yang pernah berlaku sebelum ini," ujarnya.

Neelofa turut berharap penyokong kedua-dua pasukan tidak saling melakukan provokasi kerana perbuatan tersebut hanya akan mencetuskan pergaduhan jika gagal dibendung.

Utusan Malaysia

Lelaki pecah masuk bank hanya untuk curi karpet bukannya wang

Gambar hiasan. Image: Google

Jika pada umumnya target kecurian di bank adalah wang, berbeza dengan yang terjadi di New York baru- baru ini. Seorang pencuri tidak mengambil wang di bank yang dia pecah masuk , tapi pencuri ini hanya membawa pulang karpet.

Pencuri yang bernama bernama William footman ini ditangkap selepas 37 kes rompakan di bank yang dia lakukan. Namun tidak seperti aksi rompakan bank kebanyakan, William sama sekali tidak menyentuh peti besi simpanan wang . Dia hanya mengambil karpet yang ada di lobi setiap bank.

Aksi aneh ini ia lakukan sejak Mac lepas. William menyelinap masuk ke dalam bank di seluruh wilayah Manhattan setiap malamnya. Karpet yang berjaya dicuri di jual kembali ke sebuah kedai bernama Bodegas seharga US $ 30 atau lebih.

Kegiatan lelaki berusia 55 tahun ini akhirnya berjaya dihentikan pada 25 Mei 2013. Saat itu William dicekup ketika baru saja mengambil karpet di wilayah Wall Street . Pada hari tersebut bekas banduan ini diketahui baru mencuri 6 buah karpet.

Ketika disoal siasat , lelaki tersebut tidak mengaku telah melakukan aksi aneh tersebut . Dia berhelah bahawa karpet - karpet tersebut didapatkannya dari syarikat karpet tempat dia bekerja . William menjelaskan bahawa telah bekerja di Imperial Carpet sejak 1970 -an dan dari situ dia menyara 15 anak perempuannya yang telah berkeluarga.

Namun keterangan William dipatahkan ketika pihak Imperial Carpet mengaku tidak mengenal William . Selain itu, dia juga tidak boleh menyebut nama ke-15 anak perempuannya .
 
wowkeren

Pelajar tingkatan dua ditangkap laku seks dalam tandas sekolah


Tenom: Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.


Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.

“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.


“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.


Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.

“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.


Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.

MyMetro

Lelaki bakar apartment kerana bertemu setan gay


Seorang lelaki dari Oklahoma, Amerika Syarikat mengatakan pada polis dia bertemu setan penyuka sesama jenis. Dia juga bilang iblis itulah menyebabkan kekacauan dan kebakaran di apartmentnya.

The Huffington Post melaporkan, Selasa (29/10), Jeremy Jarnell Anderson ditahan sebab laporan dirinya menjadi tidak terkawal. Saksi mengatakan Anderson melemparkan perabotnya melalui pintu apartment dan memecahkan jendela.

Tubuhnya berdarah namun dia menuang garam serta sabun ke seluruh badannya. Suspek juga merobek-robek kulitnya namun dia bilang tidak terasa.

Bukannya takut saat polis mengacukan pistol, dia malah menyuruh polis menjatuhkan pistol mereka agar Anderson boleh memukul dan melawan sesuatu. Tak berapa lama aparat melihat asap berkepul di apartmen lelaki 22 tahun itu. Anderson mengatakan dia telah membakar bible sebab disuruh oleh setan.

Saat semua berakhir dan petugas membawa Anderson ke hospita , dia mengatakan telah kerasukan setan homoseksual. Dia bilang hendak diperkosa oleh setan itu. Si Iblis juga menginginkan dadah yang tengah digunakan Anderson.

Anderson menjelaskan dia bukan gay dan sangat sedih membiarkan setan homo itu merasuki dirinya. Petugas mengatakan dia harus menjalani pemeriksaan mental.

Anderson ditangkap dan didakwa dengan perbuatan pembakaran tingkat pertama.

merdeka.com


Lady Gaga berbogel atas pentas

Daily Mail

 London : Lady Gaga tak pernah gagal membuat penonton syok dengan penampilannya. Menjelang Halloween , Lady Gaga memberikan penampilan tak dapat dilupakan di depan para penggemarnya saat mengisi acara G-A-Y di London pada jumaat (25-10-13). Bagaimana mereka boleh lupa Gaga melucutkan bajunya sendiri di atas pentas.


Pelantun Do What You Want tersebut memakai petticoat - skirt yang dipakai untuk merangkap gaun- gaun pesta berwarna putih - . Rambutnya berwana putih dan panjang mengurai sampai menutupi punggungnya . Kali ini, Gaga mengambil tema hantu dengan make -up wajah pucat , mirip orang kerasukan.


Masih seperti beberapa waktu lalu, Gaga dengan gaya menengadahkan tangannya ke atas sambil menyapa Little Monsters - sebutan peminat Lady Gaga - . Namun kali ini, dia membuat sedikit aksi panggung yang tidak biasa. Ketika menadah tangannya ke atas, dia sekaligus melucutkan bajunya. Tentu saja , tubuhnya terdedah lantaran Gaga tak mengenakan pakaian dalam apapun.

Setelah melepas pakaiannya itu , Gaga juga sempat turun dari pentas sambil terus menadahkan tangannya ke atas. Ketika dia berjalan melewati dua orang lelaki yang menjaga sound system meraka mengeleng -gelengkan kepala melihat artis kontroversi ini .

liputan6

Foto pra perkahwinan yang ekstrem

 Sepasang bakal pengantin Fang Jing dan Zhao berpose saat melakukan foto pra perkahwinan sambil memanjat tebing di Liuzhou, Guangxi Zhuang Autonomous Region, China (26/10)




merdeka.com

Wanita dibunuh kekasih dan mayatnya diberi makan kepada burung

Daily Mail

MADRID - Seorang lelaki Sepanyol ditahan polis kerana dituduh membunuh kekasihnya yang tengah hamil dan memutilasi tubuhnya, kemudian memberikannya kepada burung pemakan bangkai.

Polis Sepanyol menduga Jose Miguel Tamayo (32) membunuh kekasihnya, Carolina Bernal Gomez (30 ), setelah mengetahui perempuan itu tengah mengandung.

Hubungan keduanya dikhabarkan bermasalah sejak Carolina yang berasal dari Amerika Selatan merasa dirinya tengah mengandung.

Polis menduga, Jose Miguel menyerang kekasihnya setelah mendengar khabar kehamilannya . Setelah mengetahui Carolina sudah mati , Jose Miguel kemudian memutilasi tubuh perempuan malang itu.

Jose Miguel kemudian membawa tubuh kekasihnya yang sudah dicincang itu ke daerah di sebelah utara Madrid yang merupakan habitat burung pemakan bangkai. Di sana Jose Miguel diyakini mengumpankan tubuh kekasihnya itu sebagai makanan burung demi menghilangkan jejak .

Namun , sejak awal, polis curiga Jose Miguel adalah pembunuh Carolina kerana dia menunggu beberapa minggu sebelum melaporkan kehilangan Carolina ke polis .

Selepas itu, dalam siasatan , Jose Miguel memberi kenyataan yang berubah- ubah kepada pegawai polis.

Kini Jose Miguel meringkuk dalam tahanan untuk mempertanggungjawabkan perbuatan kejamnya itu .

kompas.com


Ini alasan Nikita Mirzani suka pamer payudara


Nikita Mirzani kerap menonjolkan payudaranya dalam setiap kesempatan. Ia tak pernah ragu untuk memperlihatkan keseksian buah dadanya melalui gaun dan pakaian yang dikenakannya. Alhasil, predikat artis yang kerap pamer payudara pun diberikan pada sosok artis kontroversial berusia 27 tahun ini.


Bintang film Pokun Roxy ini sama sekali tak keberatan dengan cibiran tersebut. Ia juga tak pernah memikirkan tanggapan orang lain yang melihat payudaranya menyembul melalui pakaian yang ia gunakan.

“Jadi kalau misalkan bagian dadanya kebuka berarti bawahnya harus ditutup. Tapi kalau bagian dadanya tertutup, bawah harus terbuka. Biar balance saja,” ujar Nikita saat ditemui di kawasan Mampang Prapatan, Jakarta Selatan.

Memperlihatkan payudara bagi Nikita sama dengan menunjukkan keseksian tubuh yang ia miliki. Istri Sajad Ukra ini mengaku bangga memiliki tubuh indah yang nyaris membuat mata para pria melirik jika melihatnya tampil di manapun.

Karena ingin terus dianggap seksi, Nikita juga tak akan menghentikan kebiasaannya mengumbar payudara lewat pakaian. “Ya kalau image seksi memang sudah tidak bisa ditinggalin ya. Tidak bisa dihilangkan dari diriku. Emm, gimana ya, mumpung badan masih seksi, mumpung belum hamil lagi, jadi nggak ada salahnya jadi diri sendiri. Aku comfort kok pakai baju-baju seperti ini (belahan dada terbuka),” ungkap Nikita.

(liputan6)

Budak sekolah menari di kubur cina dipanggil polis

 Sebahagian rakaman pelajar di tanah perkuburan yang tersebar di Youtube.

PORT DICKSON - Sembilan pelajar sekolah dipanggil polis bagi direkodkan keterangan berhubung sebuah video pendek memaparkan tingkah laku mereka di kawasan tanah perkuburan Cina di sini.

Video berdurasi 1 minit 32 saat itu, tersebar dalam Youtube memaparkan pelajar terbabit termasuk ada antaranya beruniform sekolah, menari dengan iringan muzik rancak serta bermain bola sepak di kawasan perkuburan itu sehingga menimbul rasa kurang senang masyarakat.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, tujuh daripada mereka merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini, sementara dua lagi telah dibuang sekolah sebelum kejadian, atas faktor disiplin.

Menurutnya, kesemua mereka berusia antara 12 dan 14 tahun.

“Siasatan polis mendapati, kumpulan pelajar ini berbuat demikian tanpa niat untuk menghina ataupun cuba menggugat sentimen perkauman dan agama. Kelakuan yang dilakukan sekadar untuk bersukaria, bagaimanapun mereka berada di lokasi salah tanpa mengetahui kesan dan akibat daripada perbuatan tersebut.

Menurutnya, perbuatan kumpulan pelajar itu dilakukan Khamis lalu, sekitar 11 pagi hingga 12 tengah hari.

“Rakaman video itu dirakam menggunakan telefon bimbit salah seorang daripada pelajar terbabit. Polis juga percaya antara mereka juga yang telah memuat naik rakaman tersebut ke internet," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, semalam.

Abd Wahab berkata, berikutan penyebaran video tersebut, satu laporan polis telah dibuat ahli jawatankuasa tanah perkuburan tersebut, Jumaat lalu.

"Dalam masa terdekat polis akan memanggil pelajar, ibu bapa mereka dan juga ahli jawatankuasa tanah perkuburan itu untuk menjernihkan kembali keadaan.

“Kejadian yang berlaku ini merupakan kes terpencil dan jangan jadikan ia sebagai punca untuk kita saling berbalah sesama kaum,” katanya percaya kes ini akan diselesaikan dengan baik.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 298 A (1) Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

“Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun,” katanya.

Abd Wahab menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman video tersebut melalui apa juga medium komunikasi dan mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sinar Harian


Polis dipecat gara-gara seekor tupai

Image: Google

MOUNTAIN CITY - Seorang polis di Mountain City, Tennessee, AS telah dipecat hanya gara- gara seekor tupai. Masalahnya , tupai nakal itu masuk ke sebuah kedai dan polis, Jody Putnam, menembak di dalam kedai untuk mengusir si tupai.

Stesen televisyen WJHL -TV di Johnson County memberitakan , insiden ini berlaku saat Putnam bergegas menuju kedai runcit Dollar General setelah mendengar pengaduan pemilik kedai bahawa ada seekor tupai masuk ke kedai itu . Entah untuk menakut -nakutkan atau membunuh tupai itu , Putnam mengeluarkan senjatanya dan mula menembak.

" Menembak di dalam bilik seharusnya tidak boleh , seharusnya tidak dilakukan ," kata Carl Duffield , pemilik kedai . Duffield meneruskan , kerana tembakan pistolnya gagal mengusir si tupai, Putnam mengeluarkan semburan lada dan mula menyemburkannya ke segala arah walaupun masih ada pengunjung di dalam kedai .

" Banyak orang berlari keluar , dan seperti saya, mereka terbatuk - batuk kerana semburan itu . Banyak orang akan menganggap ini lucu, tetapi para pengunjung kedai pasti tidak merasa hal ini lucu, "ujar Duffield , yang lalu melaporkan insiden ini kepada polis .

Kerajaan tempatan kemudian menjatuhkan hukuman kerana Putnam menolak untuk membuat laporan yang diwajibkan setiap kali polis menembak senjatanya semasa bertugas . " Kerana pelanggaran dasar jabatan kepolisian, Jody Putnam diberhentikan dari tugasnya sebagai polis oleh Dewan Bandar ," ujar Datuk bamdar Mountain City Lawrence Keeble .

Pemecatan itu mengakhiri 19 tahun pengabdian Putnam sebagai penguatkuasa undang-undang di Johnson County dan Mountain City .

kompas


Lady Gaga pakai baju tembus pandang, tak pakai baju dalam di khalayak ramai

Penampilan Lady Gaga selalu menarik perhatian. Salah satunya, ketika dia melawat runtuhan tembok Berlin baru-baru ini.

Dalam kunjungannya ke Berlin, pelantun "Poker Face" itu sengaja memakai pakaian putih tembus pandang.

Wanita sensasi itu juga tidak mengenakan alas kaki agar bebas berjalan ke sana kemari.



Daily Mail

Lelaki 90 tahun dipaksa kahwin

Fatees al Thaqaf. (Pic credit: Sabq)

Riyadh: Seorang lelaki berusia 90 tahun terpaksa melangsungkan perkahwinan sekali lagi selepas didesak oleh anaknya supaya dia memenuhi wasiat ibu mereka.

Isteri barunya yang berusia 53 tahun dipilih oleh lima anak perempuan Fatees Al Thaqafi yang menghabiskan masa tiga bulan mencari wanita paling sesuai untuk menjadi pasangan bapa mereka, lapor akhbar Sabq, semalam.

Kelima-lima anaknya tidak mahu mencari wanita lebih muda, sebaliknya memilih wanita separu umur dan matang bagi menjaga bapa mereka.

Mereka akhirnya menemui balu tanpa anak yang menerima lamaran untuk berkahwin dengan bapa mereka.


Lelaki berkenaan membayar wang hantaran sebanyak SR25,000 (RM21,000) sebelum mereka diijab kabulkan.


Fatees mulanya enggan berkahwin selepas isterinya meninggal dunia awal tahun ini berikutan sakit yang berpanjangan.

Pasangan berkenaan mempunyai tujuh anak lelaki dan lima perempuan.

Ketika sakit, isterinya mendesak Fatees supaya berkawhin sekali lagi tetapi dia menolak, sebaliknya memilih untuk menjaganya.

Ramai anggota keluarga dan sahabat handai menghadiri majlis perkahwinan berkenaan di Taif, kelmarin.

“Majlis berkenaan berjalan lancar dan suasana amat meriah sekali.

“Perasaan gembira bercampur dengan pilu. Gembira kerana bapa kami akhirnya ada teman, pilu kerana mengenangkan arwah ibu,” kata Abdullah, anak sulung Fatees.- Agensi

MyMetro


Kesha mengaku lakukan hubungan intim dengan hantu



Beberapa ketika dahulu, Kesha telah mengaku bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan hantu. Sekarang, popstar aneh ini mendedahkan butiran cinta untuk kali pertama!

Seperti dilaporkan oleh The Sun, pelantun lagu Die Young itu mendedahkan bahawa hantu itu memang tinggal di rumah Kesha. Malangnya, dia tak tahu siapa nama hantu itu.

Kesha @ thesun.co.uk

Sebelum melakukan hubungan intim, hantu itu sempat membelai Kesha dengan mesra. Dalam sekejap, penyanyi 25 tahun itu langsung terhanyut terbawa suasana.

"Kau mau aku bicara secara terperinci? Aku tak tahu namanya, tapi dia ada di rumahku. Dia mula membelaiku. Ini adalah saat-saat yang seksi, yang tak seperti hubungan seks," ungkapnya ketika diwawancara oleh Conan O'Brien.

Pengakuan pernah berhubungan intim dengan hantu disampaikan Kesha pada bulan September. Selain Kesha, mendiang Anna Nicole Smith juga sempat membuat kenyataan serupa.

kapanlagi.com

Pak menteri ini kata tak makan gula hidup lebih lama

KUALA LUMPUR - Walaupun bunyinya agak klise dan mungkin mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak, tetapi itulah hakikatnya.

Kurangnya pengambilan gula dalam makanan dan minuman mampu memanjangkan jangka hayat seseorang kerana dapat menghindari penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

"Itu yang lebih baik kepada semua, tidak perlu ambil gula, kamu akan hidup lebih lama," katanya pada sidang media selepas selesai ucapan perasmian Seminar Pemeriksaan Perubatan dan X-Ray Fomena untuk pekerja asing di Hotel The Royale Chulan, hari ini.

Subramaniam diminta mengulas berhubung penafiannya terhadap kenyataan perdana menteri sebelum ini bahawa peningkatan jumlah pesakit diabetes yang berada di tahap membimbangkan menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan subsidi gula.

Menurut Najib, jumlah pesakit itu yang seramai 2.6 juta orang amat dikhuatiri.

"(Pengambilan gula berlebihan) adalah tidak baik. Saya sendiri sudah belajar minum teh tanpa gula. Inilah, kita perlu ajar rakyat dengan perkara-perkara yang baik sebab kita kerajaan yang bertanggungjawab," katanya semalam, sehari selepas mengumumkan pemansuhan subsidi bahan itu.

Subramaniam yang kemudiannya diburu wartawan untuk menjelaskan kenyataan Najib itu bagaimanapun menafikan bahawa gula menjadi punca utama peningkatan pesakit diabetes mahupun obesiti di kalangan rakyat di negara ini.

Dalam hujahnya Subramaniam berkata, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.

Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula katanya adalah satu perkara wajar di mana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.

"Harapan kita ialah dengan kenaikan harga ini yang dulu beli gula 1 kilogram sekarang beli setengah kilogram, yang dulu pakai satu sudu sekarang pakai setengah sudu atau langsung tak ada macam saya," ujarnya.

Malah ujar menteri ini lagi, manusia boleh hidup tanpa gula.

"Penyakit kencing manis disebabkan gula, tetapi kita sebagai seorang manusia tak perlu makan gula, kalau tak makan gula, kita mungkin akan hidup lebih lama, jadi oleh itu, daripada asalnya subsidi yang diberikan adalah secara berbudaya iaitu di dalam kaum Melayu ke Cina ke India, kuih kek sudah jadi budaya," katanya.

"... saya tahu gula sahaja bukan punca diabetes, diabetes ada dalam keturunan, cara hidup, perkara ini menyumbang kepada perkara itu, tetapi kalau seseorang itu telah mendapat penyakit kencing manis atau dari segi kesihatan keseluruhannya, mana-mana doktor pun akan bagi nasihat  kurangkan makan gula.

"Itu nasihat yang diterima sebagai 'basic medical advise'," jelasnya.

Sinar Harian

Wanita-wanita paling cantik ada di 8 kota ini

Foto: Thinkstock

Dari laman Travelers Today yang dikutip detikTravel, Khamis (8/11/2012), ada 8 kota yang punya penduduk wanita paling cantik di dunia. Berteman dengan mereka, tentu saja boleh!


1. Kiev, Ukraine

Wanita-wanita Ukraine punya ciri-ciri fizikal dan perilaku yang boleh bikin iri para traveler wanita. Mereka tinggi, langsing, berkulit putih, berambut perang, dan bermata biru. Tak hanya cantik, para wanita di Kiev juga pintar. Mereka sangat ramah kepada pelancong.

Saat musim panas, para wanita ini biasa berjemur di pesisir Laut Hitam. Mereka mengenakan bikini dan berjemur di pinggir pantainya. Bergabung dengan mereka, boleh juga!


2. Stockholm, Sweden

Sebagai ibu negara Sweden , Kota Stockholm dibanjiri wanita cantik ala Scandinavia. Mereka tinggi , cenderung kurus , berkulit putih dan sangat ramah. Para wanita Sweden juga terkenal pintar . Pokoknya saat berkunjung ke Stockholm , wanita- wanita ini akan mencuri perhatian anda. Mereka juga senantiasa membantu saat pelancong kebingungan arahan.


3. New York, AS

New York adalah ' melting pot ' . Suku bangsa dari berbagai belahan dunia berada di Bandar Liberty ini . Tak hairan populasinya juga sangat banyak. Tapi ada satu ciri khas yang melekat pada Kota New York : wanita -wanita cantiknya .

Selain cantik , wanita- wanita di New York juga stylish. Ke manapun mereka pergi, gayanya hampir selalu bak model . Anda boleh menemui mereka di Brooklyn atau Meatpacking District.


4. Buenos Aires , Argentina

Laman Travelers Today mendeskripsikan Buenos Aires sebagai bandar dengan wanita tercantik di Amerika Selatan. Bayangkan saja, para wanita Buenos Aires mengalahkan wanita -wanita asal Brazil, Venezuela, dan Colombia .

Tubuh mereka tinggi , berkulit gelap, dan punya selera fesyen yang tinggi. Datanglah ke Buenos Aires dan temukanlah wanita cantik untuk mengajar anda berdansa Tango !


5. Moscow , Rusia

Wanita -wanita di Moscow hampir serupa dengan wanita di Kiev. Mereka berkulit putih bersih, tinggi , langsing , dan punya rahang kotak yang membuat wajah mereka tampak ' ningrat ' . Rambut mereka perang dan coklat, mata mereka biru!

Perbandingan antara wanita dan lelaki di Moscow adalah 4:1 . Bayangkan anda berjalan - jalan di bandar , dikelilingi para ' dewi ' yang seperti baru turun dari kayangan ! Tapi hati -hati, para wanita Moscow boleh sangat intimidatif . Namun bagi traveler wanita, mereka boleh mesra dan boleh jadi teman yang baik.


6. Tel Aviv , Israel

Tel Aviv adalah bandar yang dibanjiri lelaki kacak dan wanita cantik. Para wanitanya berkulit coklat, dengan mata indah yang jenaka. Boleh dibilang , Tel Aviv adalah kotanya anak muda. Kehidupan malam di sini berlangsung hingar bingar . Anak-anak muda menari di pinggir pantai, serta memenuhi kelab -kelab malam .

Mereka yang usianya di atas 18 tahun biasanya masuk tentera . Wanita Israel adalah wanita yang kuat dan pintar!


7. Amsterdam , Belanda

Orang Belanda terkenal dengan pemikiran yang terbuka dan selera humor yang tinggi. Sama seperti Tel Aviv, bandar ini juga punya banyak 'stok' lelaki kacak dan wanita cantik! Cubalah susuri terusan di Amsterdam untuk mencari para wanita cantik ini. Ssst, mereka biasanya lebih tinggi 12-17 cm dari para lelaki lho!


8. Montreal, Kanada

Montreal di Kanada terkenal sebagai kota berbilang budaya. Bandar ini punya banyak universiti dengan mahasiswa asal berbagai negara. Tak hanya itu, mereka juga sering mengadakan pelbagai persembahan di pusat budaya setempat.

Dari muzik sampai teater, pelbagai persembahan ini diadakan sepanjang tahun. Jelajahilah kotanya, jangan lupa sempatkan menonton pentas budaya dan muzik karya warga Montreal. Temukan wanita-wanita cantik untuk mengajar anda bicara bahasa Perancis dengan loghat seksi mereka!

travel.detik.com

Berpuluh pelajar, ulama lawan bomoh sihir


Gara-gara laporan dukun 'serang' agensi antirasuah

JAKARTA: Berpuluh-puluh penuntut sekolah agama dan ulama seluruh wilayah Banten mengunjungi ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia selepas KPK dilaporkan kena sihir.

Salah seorang pelajar yang hadir, Dudung Abdurrahman, berkata kumpulan berkenaan membaca al-Quran untuk melindungi KPK daripada sebarang usaha mistik untuk menghalang siasatan ke atas dinasti politik Banten yang dicemari rasuah.

“Ini adalah inisiatif kami sendiri menunjukkan sokongan moral kepada KPK. Ia juga bertujuan supaya KPK tidak takut dengan sebarang ilmu hitam,” katanya.

Penyokong Gabenor Banten, Ratu Atut Chosiyah dan keluarganya dituduh menggunakan pakar ilmu hitam untuk mengugut KPK.

Khabar angin mula kedengaran mengenai keluarga Ratu Atut sejak penangkapan saudaranya, Tubagus Chaeri Wardhana, yang dituduh menipu dalam pilihan raya Daerah Lebak.

Ratu Atut dikatakan dilindungi sekumpulan jawara - pemimpin berpengaruh yang mahir dalam seni mempertahankan diri Indonesia dan diberi ‘kuasa’ oleh dukun.

Seorang dukun yang mendakwa mengenali keluarga Ratu Atut, Ki Gendeng Pamungkas, berkata siasatan KPK ke atas keluarga wanita itu akan kembali menghantui mereka.

“Ahli sihir di Banten, Sukabumi dan Cianjur Selatan akan serang pemimpin KPK. Mereka akan lakukannya tanpa arahan Atut atau pihak lain.

“Ahli sihir akan serang mereka kerana bapa Atut yang mati, Chasan, ada hubungan rohani dengan ahli sihir di wilayah itu,” katanya yang dipetik Tribunnews.com.

Pamungkas berkata, ahli sihir sudah pun menjampi beberapa pemimpin KPK dan sebahagian anggota suruhanjaya itu sudah diserang.

“Namun sudah pasti mereka tidak akan mengaku,” katanya selepas keluarga Ratu Atut menafikan dakwaan itu.

“Atut orang moden, jadi tiada ilmu hitam terbabit,” kata jurucakap Ratu Atut, Fitron Nur Ikhsan.

Bagaimanapun, KPK tidak takut mengenai kemungkinan diganggu ilmu hitam dan memperluas siasatan rasuah yang kini membabitkan agensi kesihatan Banten.

“Biarlah Atut dilindungi jawara kerana KPK dilindungi Tuhan,” kata ketua KPK, Abraham Samad, kepada Detik.com awal bulan ini. - AGENSI

BH


Nikita Mirzani seksi pamer dada di acara ulang tahun !nsert

Bukan Nikita Mirzani jika tidak tampil dengan busana terbuka. Tak hanya sekali, ia kerap kali memamerkan payudaranya lewat busana yang dikenakannya. Seperti penampilannya di acara HUT !nsert yang ke-10

Nikita dalam balutan dress dengan belahan dada yang sangat rendah.




detik.com

Kepala lelaki ini tersepit di mesin kapas

Seorang pekerja kilang tekstil tersepit kepalanya di dalam mesin di China. Dailymail.co.uk

Wenzhou - Seorang pekerja kilang kapas jatuh pengsan sambil berdiri setelah kepalanya tersepit di sebuah mesin. Insiden ini memeranjatkan rakan kerjanya dan membuat aktiviti kilang dihentikan sejenak.

Dilaporkan laman Daily Mail, Selasa, 22 Oktober 2013, kejadian ini menimpa seorang pekerja yang tidak disebutkan namanya di sebuah kilang di Wenzhou, Wilayah Zhejiang , China bahagian timur. Tidak ada yang mengetahui bagaimana kepala lelaki separuh umur ini boleh tersangkut di dalam mesin.

Kerana tidak boleh mengeluarkan sendiri , rakan-rakan kerja lelaki itu kemudian menelefon pasukan bomba untuk menyelamatkannya. Ketika pasukan penyelamat datang , mereka mendapati lelaki itu sudah tidak sedarkan diri. Namun , badannya tetap berdiri tegak lantaran tertahan mesin.

Dengan alat pengembangan, pekerja ini akhirnya boleh dibebaskan. Dia langsung dibawa ke hospital. Belum ada maklumat jelas mengenai keadaannya. Namun, lelaki itu sudah sedar dan mengatakan dia tidak ingat sama sekali bagaimana ia boleh terjebak di mesin itu.

tempo


Kesha dilarang buat konsert di Malaysia


Kuala Lumpur: Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) pada 1 Oktober lalu, membuat keputusan menolak permohonan Konsert Kesha Warrior Tour yang dijadual berlangsung di Stadium Negara, malam ini.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang dikeluarkan semalam, keputusan penolakan terbabit sudah dimaklumkan kepada penganjur konsert berkenaan, Livescape Asia, pada 2 Oktober lalu.

Penolakan permohonan dibuat selepas PUSPAL mendapati persembahan penyanyi lagu Tik Tok yang popular sekitar 2009, menyentuh sensitiviti agama dan nilai budaya masyarakat Malaysia.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Livescape Asia, Jason Kong yang dihubungi berkata pihaknya memohon maaf kerana konsert berkenaan terpaksa dibatalkan pada saat akhir selepas ditolak PUSPAL.

MyMetro


Perempuan simpanan tauke dadah ditahan sembunyi dadah dalam coli

Ibu tunggal 23 tahun yang ditahan kerana disyaki memiliki pil kuda dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut.

DUNGUN - Bukan sahaja disisihkan masyarakat kerana terlibat najis dadah, malah lebih malang lagi apabila terpaksa menjadi perempuan simpanan tauke dadah bagi membolehkan dia mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan.

Pengalaman hitam itu dikongsi janda muda tiga anak, Ina (bukan nama sebenar), 23, yang ditahan polis di rumahnya dekat Paka, pagi kelmarin, kerana disyaki memiliki dadah.

Ina berkata, bagi membesarkan tiga anak berusia antara 3 hingga 8 tahun, dia terpaksa bekerja sebagai pelayan kedai makan dengan pendapatan kira-kira RM30 sehari.

Katanya yang sudah dua kali gagal dalam rumah tangga, dengan pendapatan tidak seberapa itu, dia terpaksa membelanjakan sebahagiannya untuk keperluan anak-anak, manakala selebihnya disimpan untuk membeli bekalan dadah.

"Saya sedar ambil dadah salah di sisi undang-undang, namun mana-mana individu yang terjebak sama ada lelaki atau wanita, pasti sukar untuk meninggalkannya. Apatah lagi kami sering dihampiri pembekal.

"Saya sudah beberapa kali keluar masuk penjara, tapi keadaan tetap sama. Malah kadangkala bertambah buruk lagi apabila keluar penjara.

"Saya memang mahu keluar dari tempat ini agar tidak bertemu mereka lagi, tapi bagaimana nasib anak saya? Siapa nak menjaganya?” katanya.

Ina yang sudah beberapa kali menjalani rawatan di pusat pemulihan dan dipenjarakan kerana kesalahan dadah berkata, dia memang ada niat untuk meninggalkan amalan terkutuk itu, namun sebagai insan dangkal pengetahuan agama dan disisihkan keluarga, dia terpaksa melupakan hasrat murni itu kerana tiada sokongan.

Buat masa ini katanya, dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi untuk keluar daripada lembah hina itu walaupun sedar dalam keadaannya kini, tiada lelaki ingin memperisterikannya dengan cara baik, sebaliknya menghampirinya hanya untuk melepaskan nafsu.

“Dalam keadaan begini, ramai mencemuh saya, bukannya benar-benar ikhlas untuk membantu. Memang sudah nasib saya begini, saya reda. Tapi sampai bila saya harus begini? Ia takkan berakhir sampai bila-bila.

"Jika ada lelaki yang ikhlas, saya sanggup berkongsi kasih dengan menjadi isteri kedua atau ketiga. Asalkan saya dapat keluar daripada jalan terkutuk ini,” katanya.

Ina ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis methampethamine dalam straw yang difahamkan disembunyikan dalam coli dipakainya dan kini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.


Sinar Harian

Model ini menyusui seorang lelaki setelah dibayar 100,000 yuan


Model cantik di China bernama Mo Lulu menjadi perbualan awam di China setelah dia melakukan hal yang seharunya tidak dilakukan oleh seorang model.

Ketika acara makan malam persendirian di sebuah hotel, model cantik ini menerima tawaran peniaga kaya yang ingin menyusu dirinya. Peniaga ini rela membayar wang sebanyak 100,000 yuan untuk mendapatkan apa yang dinginkanya. Aksi peniaga yang menyusui  itu disaksikan orang ramai dan dirakam dengan menggunakan kamera.

Model Cantik Mo Lulu merupakan model yang selalu bikin kontroversi. Pada September lalu , Lulu menjadi perhatian ketika dia membiarkan para lelaki memakan kuih bulan yang diletakkan di tubuh telanjangnya . Aksi Lulu ini dirakam kamera dan fotonya menyebar luas.

Selain menyusui orang kaya, baru baru ini dalam pameran kereta di Jiujiang , di tampil menggoda di sebelah kereta mewah, Lulu berbaring di atas pentas dan membiarkan orang -orang meletakkan potongan buah- buahan di tubuhnya.

palingseru.com


Gempar jumpa ikan mulut buaya

Abdul Zabar menunjukkan ikan jenis Alligator Gar yang terperangkap di dalam bubunya

GUNUNG SEMANGGOL - Penduduk sekitar Bukit Merah di sini gempar dengan penemuan seekor ikan pelik bermulut buaya oleh seorang nelayan sungai setelah terperangkap di dalam bubu dawai miliknya.

Dalam kejadian jam 9.00 pagi  di Batu 39, Jalan Keretapi Bukit Merah, nelayan itu, Abu Zabar Husin,75, berkata, dia terkejut dengan penemuan ikan itu kerana spesies ikan itu sangat pelik dan mengakui baru pertama kali melihatnya. 

Menurutnya, malam sebelum kejadian berlaku, dia telah memasang bubu di sebuah parit berhampiran rumahnya dan pergi semua ke lokasi itu pada sebelah pagi untuk melihat hasil tangkapan ikan.

“Ketika hendak mengangkat bubu, saya melihat keadaannya bergoncang kuat seolah-olah telah menahan banyak ikan.

“Saya mula membayangkan hasil tangkapan lumayan, bagaimanapun saya terkejut mendapati seekor ikan bermulut buaya terperangkap di dalamnya,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Abu Zabar berkata, bubu ikan yang ditangkapnya hampir terlepas dari dakapan setelah dia menyangka haiwan yang terperangkap di dalamnya adalah anak buaya.

“Bagaimanapun, ikan itu mati tidak lama selepas itu setelah keadaannya terlalu lemah.

“Berita penemuan ikan itu mula tersebar dalam kalangan penduduk kampung dan rumah saya seakan-akan pesta apabila dikunjungi orang ramai tidak henti-henti sehingga kini,” katanya.

Abu Zabar berkata, seorang pegawai dari Jabatan Perikanan yang mengunjungi rumahnya mengesahkan bahawa ikan yang ditemui adalah dari spesies ‘Alligator Gar’ iaitu spesies ikan dilindungi dan amat jarang ditemui di perairan Malaysia.

“Saya percaya ikan seberat hampir dua kilogram dan sepanjang hampir satu meter itu berkemungkinan sesat berikutan banjir yang berlaku di beberapa buah negeri,” katanya.

Sinar Harian

Gambar ciptaan unik manusia di era 30an

 Tempat tidur piano dirancang untuk orang-orang yang menggemari musik, dan memainkannya di tempat tidur. Tempat tidur ini dibuat di Britain pada tahun 1935.Picture: Hotspot Media

 Pakaian dan kereta bayi yang dibuat khusus untuk mengatasai era perang gas di Eropah, alat ini ditemukan di Britain 1938. telegraph.co.uk/Hotspot Media

 Wanita Kanada mengenakan pelindung wajah yang digunakan hanya saat terjadi ribut salji, 1939 (kiri). Seorang lelaki pada tahun 1931, mengenakan radio portabel di atas topinya, agar selesa saat membaca surat khabar, sambil mendengarkan siaran radio (kanan). telegraph.co.uk

 Kereta sepuluh roda direka supaya dapat bergerka dikawasan sulit seperti lereng bukit. Pertama kali diperkenalkan di Britain tahun 1936. telegraph.co.uk/Hotspot Media

 The Cyclomer, sebuah basikal amfibia yang mampu digunakan saat berada di daratan dan air, diperkenalkan di Paris 1932. telegraph.co.uk/Hotspot Media

Motosikal satu roda ini diperkenalkan sebagai penemuan terbaru pada tahun 1931, di Itali. telegraph.co.uk/Hotspot Media

tempo

Isteri beromen dengan lelaki lain, suami nekad langgar rumah dengan kereta

Perselisihan antara pasangan suami-isteri biasanya berakhir dengan aksi kekerasan dan kemusnahan.

Seperti yang dialami seorang suami ini. Dia marah selepas mendapati isterinya tengah bermesraan dengan lelaki lain di rumahnya.

Dilapor Carscoop, Khamis 24 Oktober 2013, tidak dijelaskan secara terperinci tempat insiden tersebut. Namun, pertengkaran heboh itu berjaya dirakam salah seorang jiran, yang kemudian dimuat naik ke laman Youtube.

Dalam sebuah video berdurasi 40 saat itu, sang suami rupanya sudah hilang sabar setelah melihat kenyataan pahit, isterinya sedang memadu asmara dengan lelaki lain.

Tanpa fikir panjang, dia kemudian keluar rumah dan memandu Jeep Grand Cherokee. Dengan kereta SUV itu dia tidak lantas pergi, tapi secara brutal sengaja melanggar kereta selingkuhan istrinya yang terparkir di garaj.

Belum puas, dia juga memacu kereta hingga akhirnya menghentam tembok rumah.

Berikut videonya:



forum.detik.com

Remaja 15 tahun kebas bas persiaran untuk bersiar-siar

Gambar hiasan. Foto: Google

Pasir Puteh: “Suspek beri alasan mahu bersiar-siar dan mengejutkan apabila dia mengakui tidak pernah membawa atau memandu mana-mana kenderaan termasuk kereta sebelum ini dan itulah kali pertama dia memandu bas,” kata Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal.

Beliau mengulas mengenai kejadian remaja berusia 15 tahun bertindak nekad melarikan sebuah bas persiaran berharga RM400,000 atas alasan mahu bersiar-siar.


Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi remaja itu apabila bas berkenaan terbabit dalam kemalangan selepas dipandu sejauh 50 kilometer dari pusat mencuci kenderaan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hingga ke bulatan Wakaf Tuan Fahrer, Jalan Nara di sini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam semalam, pelanggan di sebuah kedai makan berhampiran bulatan Wakaf Tuan Fahrer, Jalan Nara, di sini, terkejut apabila mendapati pemandu sebuah bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan di bulatan itu adalah remaja lelaki berusia 15 tahun.


Remaja dari Kampung Cherang, Panji, Kota Bharu, itu dikatakan melarikan bas berkenaan yang sudah dicuci di pusat mencuci kenderaan di Pengkalan Chepa sebelum memandunya sejauh kira-kira 50 kilometer ke bandar ini.


Bagaimanapun, bas dipandunya terbabas di bulatan berkenaan selepas dipercayai gagal dikawal.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Razali, 45, berkata dia bersama beberapa rakan serta penduduk kampung sedang minum di kedai makan itu apabila dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.


Katanya, mereka bergegas ke tempat kejadian bagi menghulurkan bantuan selepas melihat sebuah bas persiaran merempuh bulatan itu.

“Pada awalnya, kami sangkakan pemandu terbabit mengantuk menyebabkan dia hilang kawalan sebelum merempuh pagar bulatan itu, namun terkejut sebaik mendapati pemandunya adalah seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.


“Hanya remaja lelaki itu saja berada dalam bas persiaran itu tanpa ditemani oleh sesiapa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Menurutnya, penduduk cuba bertanya kepada remaja itu, tetapi dia gagal menjawab dengan sempurna dan kelihatan separuh sedar selain mukanya pucat lesi.


“Saiz tubuh remaja itu agak kecil dan jika dibandingkan dengan kenderaan besar yang dipandu sejauh 50 kilometer itu, memang tidak logik kerana hanya pemandu mahir saja yang boleh memandunya.


“Namun, dia bernasib baik kerana tidak terbabit dalam sebarang kemalangan teruk sepanjang perjalanannya itu.


“Remaja itu kemudian diserahkan kepada anggota polis sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


MyMetro


Gempar! Saintis Australia temui daun pokok hasilkan emas


Pasukan saintis di Perth , Australia Barat , telah menemui zarah emas pada daun, ranting dan kulit pokok eucalyptus yang mereka dakwa bakal memberi kesan besar terhadap perlombongan emas.

Pasukan penyelidik CSIRO (Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation) menduga, pokok-pokok itu tumbuh diatas tanah yang mengandungi emas jauh dibawah tanah , menyerap emas ketika mencari kelembapan semasa musim kering.

Dr Melvyn Lintern , geochemist dari pasukan penyelidikan CSIRO dan penulis utama kajian itu , berkata , pokok-pokok itu seolah memberitahu kepada pasukan saintis apa yang ada dibawah permukaan bumi.

" Pokok-pokok ini nampaknya menghisap emas dari kedalaman 30 meter , yang bermaksud sama dengan bangunan 10 tingkat . "

Zarah emas itu kira - kira satu perlima daripada diameter rambut manusia dan 500 pokok hanya mampu menghasilkan emas untuk sebentuk cincin kahwin


Pasukan penyelidik berkata, mereka juga mendapati emas di daun pohon -pohon yang lain, seperti akasia dan mulga .

Penemuan tersebut, yakni yang pertama di dunia dan pertama kalinya zarah emas dijumpai di benda hidup, jelas memancing minat besar di kalangan perlombongan emas dan sektor eksplorasi.

Bekas geochemist dari Newmont Mining, Nigel Radford , berkata , implikasinya terhadap eksplorasi emas sangat besar.

Menurutnya , eksplorasi emas kemungkinan akan menjadi jauh lebih cepat dan lebih murah.


tribunnews.com


4 ditikam dalam tempoh 40 minit di sekitar Taman Melati

 Anggota polis mengangkat mayat pelajar lelaki yang terbunuh setelah ditikam sebanyak tiga kali oleh suspek di Jalan Tumbuhan, Wangsa Maju.

KUALA LUMPUR - Dalam tempoh 40 minit,  seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental, bertindak menikam empat mangsa di tiga lokasi berasingan sekitar Taman Melati, Gombak, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi itu menyebabkan dua mangsa termasuk seorang pelajar kolej swasta, meninggal dua di tempat kejadian sementara dua lagi termasuk seorang warga emas cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal.

Ia bermula apabila suspek, bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat rokok, membuat penghantaran  ke sebuah kedai di Stesen LRT Gombak.

Sebaik menghantar rokok, suspek dengan tidak semena-mena mengeluarkan pisau rambo dan menikam pemilik kedai, wanita berusia 60-an dan pembantu kedai, wanita warga Indonesia, berumur 40-an.

Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki van menuju ke arah Stesen LRT Melati dan kemudiannya bertindak melanggar sebuah van penghantar barang (air mineral) dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun di Jalan Persiaran Pertahanan, terletak kira-kira tiga kilometer dari stesen lokasi kejadian pertama.

Ketika mangsa turun dari van untuk melihat keadaan, suspek yang bagaikan dirasuk, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga tusukan menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sejurus selepas itu, suspek memandu semula van ke arah Wangsa Maju dan melakukan modus operandi sama apabila bertindak melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hybrid dipandu remaja berusia 25 tahun.

Dalam kejadian di Jalan Tumbuhan itu, mangsa yang merupakan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, cuba melarikan diri, namun dikejar suspek sebelum ditikam sehingga meninggal dunia.

Saksi kejadian, seorang peniaga dikenali sebagai Farid, 30, berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak membelasah suspek namun suspek hanya melaungkan takbir sambil mengucap berulang-ulang kali.

"Ketika itu dia dalam keadaan bergari dan berlumuran darah setelah dibelasah orang ramai,"katanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian hanya berakhir kira-kira jam 12 tengah hari setelah suspek berjaya ditahan oleh anggota polis peronda Dang Wangi.

Katanya, terdapat tiga kesan tikaman di bahagian badan dan tangan pada mangsa terakhir sementara suspek cedera di bahagian kepala.

"Kita dapati suspek yang berasal dari Segamat Johor ini, berada dalam keadaan tidak normal dan mengalami masalah 'kejiwaan' berkemungkinan  berkaitan dengan ajaran yang dituntut.

"Siasatan awal mendapati, suspek bebas daripada rekod jenayah, bagaimanapun ujian akan dilakukan sekiranya suspek berada di bawah pengaruh dadah.

"Kita juga akan libatkan jabatan agama, dan kaunseling bagi menentukan tahap kesedaran suspek ketika kejadian, sama ada normal atau tidak,"katanya.

Beliau menambah, motif kejadian masih dalam siasatan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

"Kejadian ini tiada kena mengena dengan isu perkauman, tetapi lebih kepada masalah individu yang mengalami masalah jiwa dan bertindak di uar kawalan,"katanya.

Mangsa yang cedera dan suspek dibawa ke HKL untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan 302 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian






Kredit Foto: Facebook King Jason