Wednesday, July 29, 2020

Kelebihan Puasa Hari Arafah

Rabu, 8 Zulhijjah 1441H: Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
 
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
 
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. 
 
[Riwayat Muslim (1977)]
 
 No photo description available.

Tuesday, July 28, 2020

Hukum Berhutang Untuk Menunaikan Ibadah Haji

Selasa, 7 Zulhijjah 1441H: Rasulullah SAW bersabda:
 
مَنْ أَرَادَ الْحَجَّ فَلْيَتَعَجَّلْ فَإِنَّهُ قَدْ يَمْرَضُ الْمَرِيضُ وَتَضِلُّ الضَّالَّةُ وَتَعْرِضُ الْحَاجَةُ
 
Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin menunaikan ibadah haji maka bersegeralah untuk menunaikannya kerana tidak diketahui bila masa sakit itu menyerang seseorang atau kenderaannya hilang ataupun datang keperluannya yang lain.”
 
Riwayat Ibn Majah (2883)
 
 Image may contain: ‎text that says "‎بيانللحاج OmeE untuk menunaikan ibadah haji Hukum melaksanakan ibadah haji melalui atau pinjaman institusi kewangar adalah dibolehkan dan Namun, perlu mematuhi beberapa syaratyang ditetapkan. SYARAT SYARAT: Pinjaman tidak Mempunyai pendapatan Pinjaman riba. dalam tanggungannya melebihi menyegerakan perintah melaksanakan ibadah semata-mata. Kemampuan merupakan bagi ingin menunaikan ibadah yang berkemampuan kefardhuan haji atasnya. Oleh gugurlah Suhibus Sumahah Cara ini hanya dibolehkan bagi mereka yang yakin mampu untuk membayar semula pinjaman yang telah dibuatnya." MutiyahPersekutuan @drzulkifli.albakri PejabatMufti Persekutuan www.muftiwp.gov.my‎"‎

Monday, July 27, 2020

Hukum Melakukan Korban Buat Si Mati

Isnin, 6 Zulhijjah 1441H: Daripada Aisyah, bahawa seorang lelaki berjumpa Nabi SAW dan bertanya:
 
يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسَهَا وَلَمْ تُوصِ، وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ، أَفَلَهَا أَجْرٌ، إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ
 
Maksudnya: "Wahai Rasulullah sesungguhnya ibuku mati secara mendadak tanpa sempat berwasiat, aku kira kalau beliau sempat berbicara (untuk wasiat) nescaya dia akan bersedekah, adakah baginya pahala kalau aku yang bersedekah bagi pihaknya?"
 
Kata Nabi SAW: "Benar."
 
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
 
 Image may contain: ‎one or more people, ‎text that says "‎Hukum melakukan korban buat si mati الفتوى ارشاد 88 Irsyadal-Fatwa INSYAALLAH ABAH. WASIATKAN TOLONG PENDAPAT AL-SYAFI'IEYYAH Al-Imam -Nawawi Rahimahullah: Tidak boleh melakukan korban buat mati, kecuali telah diwasiatkan mati sebelum kematiannya. ABAHBILA AKDANANTI Kesimpulannya: "Mengikut pendapat Syafi' eyyah, perlu adanya wasiat daripada untuk melakukan korban buat dirinya. Namun, tidak dinafikan pendapat sebahagian Syafi' eyyah yang membolehkan korban mati tanpa memerlukan wasiat." www.muftiwp.gov.my ayaPersekutuan pejabatmuftiwp pejabatmuftiwp PejatMuWilyahPersekutuan ©Hkm‎"‎‎

Friday, July 24, 2020

Solat Jumaat Di Halaman Dan Tanah Lapang Masjid

Jumaat, 3 Zulhijjah 1441H: Sabda Rasulullah SAW :
 
مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِيَ فَلَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ اتِّبَاعِهِ عُذْرٌ قَالُوا: وَمَا الْعُذْرُ؟ قَالَ: خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ
 
Maksudnya: “Sesiapa yang mendengar orang yang melaungkan azan maka tidaklah yang keuzuran menghalangnya dari mengikutinya (hadir solat berjamaah)”. 
 
Para sahabat bertanya : “Apa maksud uzur ?”. 
 
Jawab Rasulullah SAW: “Ketakutan atau sakit.”
 
Riwayat Abu Daud (551) dan al-Daraqutni (1/420)
 
 Image may contain: text

Thursday, July 23, 2020

Sepuluh Hari Zulhijjah Perbanyakkan Tahlil, Takbir & Tahmid

Khamis, 2 Zulhijjah 1441H: Daripada Ibnu Umar, dari Nabi SAW baginda bersabda:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
 
Maksudnya: "Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid."

(Musnad Ahmad No: 5879)

No photo description available.

Wednesday, July 22, 2020

Larangan Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Melakukan Ibadat Korban

Rabu, 1 Zulhijjah 1441H: Daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
 
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ
 
Maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban."
 
Hadis riwayat Imam Muslim (1977)

Image may contain: 1 person

Tuesday, July 21, 2020

Kelebihan Ibadat Qurban

Selasa, 29 Zulkaedah 1441H: Dari Abi Hurairah Rasulullah SAW bersabda:
 
عَنْ َأبِي هُرَيْرَة: َأنَّ رَسُوْل اللهِ صلى الله عليه وسلم قال : مَنْ كَانَ لهُ سَعَة وَلمْ يَضَحْ فَلا يَقْربَنَّ مُصَلَّانَا (رواه احمد وابن ماجه)
 
Maksudnya"Sesungguhnya barang siapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berkurban, maka janganlah ia menghampiri tempat shalat kami” .
 
(HR. Ahmad dan Ibn Majah)
 
 Image may contain: 1 person, text

Monday, July 20, 2020

Ketawa Dalam Sembahyang

Isnin, 28 Zulkaedah 1441H: Diriwayatkan oleh Imam Muslim menerangkan:
 
إِنَّ هَذِهِ الصَّلاَةَ لاَ يَصْلُحُ فِيهَا شَىْءٌ مِنْ كَلاَمِ النَّاسِ إِنَّمَا هُوَ التَّسْبِيحُ وَالتَّكْبِيرُ وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ
 
Maksudnya: “Sesungguhnya solat ini tidak patut di dalamnya terdapat percakapan manusia. Kerana dalam solat hanya terdapat bacaan tasbih, takbir dan ayat Al-Qur’an” 
 
(HR. Muslim)
 
 Image may contain: text

Friday, July 17, 2020

Hukum Aqiqah Bagi Diri Sendiri

Jumaat : 26 Zulkaedah 1441H: Daripada Samurah RA:
 
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
 
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.
 
Riwayat Abu Daud (1522)
 
 Image may contain: 1 person, text

Thursday, July 16, 2020

Berzikir Sebelum Azan Dengan Pembesar Suara Masjid

Khamis, 25 Zulkaedah 1441H: Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Nabi s.a.w. beriktikaf di masjid, lalu beliau mendengar orang-orang mengeraskan suara dalam bacaan Al-Quran, maka beliau membuka tabir dan bersabda “Ingatlah bahawa kamu semua sedang bermunajat dengan Tuhannya, maka janganlah sebahagian kamu MENGGANGGU sebahagian yang lain, dan janganlah pula sebahagian kamu MENGERASKAN SUARA mengatasi yang lain dalam bacaan Al-Quran.”
 
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, An-Nasa-i, Al-Baihaqi serta Al-Hakim yang menyatakan bahawa hadis ini adalah sah menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim.
 
 Image may contain: 1 person, text

Wednesday, July 15, 2020

Sembahyang Bercekak Pinggang

Rabu, 24 Zulkaedah 1441H: Dari Abu Hurairah r.a. ,katanya:
 
Rasulullah s.a.w. menegah seseorang mengerjakan solat dengan menumpangkan rusuknya(bercekak pinggang)”
 
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
 
 Image may contain: 1 person, text

Tuesday, July 14, 2020

Qadha Solat Yang Tertinggal Sewaktu Musafir

Selasa, 22 Zulkaedah 1441H: Rasulullah SAW bersabda: 
مَنْ نَسِيَ صَلَاةً فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا
 
Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa menunaikan solat, maka hendaklah ia mengerjakannya apabila mengingatinya.”
 
Riwayat Abu Daud (442), al-Tirmizi (178) al-Nasaie (613), Ibn Majah (576) dan Ibn Hibban (1555)
 
 Image may contain: 1 person, text

Monday, July 13, 2020

Doa Selepas Azan

Isnin, 21 Zulkaedah 1441H: Jabir bin ‘Abdillah r.a telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
 
مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
 
Maksudnya: "Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat."
 
(Hadis Sahih Bukhari: 614)
 
 No photo description available.

Friday, July 10, 2020

Mendengar Khutbah Jumaat Di Rumah

Jumaat, 19 Zulkaedah 1441H; Aus bin Aus R.A pula meriwayatkan, bahawa Baginda SAW bersabda:
 
مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَغَسَّلَ وَبَكَّرَ وَابْتَكَرَ وَدَنَا وَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ كَانَ لَهُ بِكُلِّ خَطْوَةٍ يَخْطُوهَا أَجْرُ سَنَةٍ صِيَامُهَا وَقِيَامُهَا
 
Maksudnya: "Barangsiapa yang mandi dengan sempurna pada hari Jumaat, pergi awal ke masjid dan tiba awal, dan berjalan kaki serta tidak menunggang ke masjid, duduk berhampiran dengan Imam, mendengar khutbah dan tidak berkata-kata yang sia-sia; maka setiap langkahnya ke masjid akan diberi ganjaran pahala setahun berpuasa dan solat malam."
 
Sunan Tirmizi (496), Sunan Abi Daud (345) dan Sunan Ibn Majah (1140)
 
 Image may contain: 1 person, text

Thursday, July 9, 2020

Solat Wanita Berstoking Terlalu Nipis


Khamis, 18 Zulkaedah 1441H: Daripada Aisyah R.Anha:
لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ حَائِضٍ إِلَّا بِخِمَارٍ
Maksudnya: "Allah tidak menerima solat orang perempuan yang mengalami haid melainkan dengan memakai khimar (tudung)."
Hadis riwayat Abu Daud (641), Ibn Majah (655), dan Al-Tirmidzi (377).


Al-Tirmidzi berkata, “Hadis Aisyah ialah hadis hasan dan diamalkan (sebagai hujah) di sisi ahli ilmu.” Al-Nawawi berkata, “yang dimaksudkan sebagai “ha’id” itu ialah wanita yang sudah baligh”.
 Image may contain: 1 person, text

Wednesday, July 8, 2020

Kadar Panjang Bacaan Imam Dalam Solat Fardhu

Rabu, 17 Zulkaedah 1441H: Diriwayatkan oleh Sulaiman Bin Yasar daripada Abu Hurairah. Kata Abu Hurairah :
 
مَا صَلَّيْتُ وَرَاءَ أَحَدٍ بَعْدَ رَسُولِ اللهِ صَلى الله عَليه وسَلم أَشْبَهَ صَلاَةً بِرَسُولِ اللهِ صَلى الله عَليه وسَلم مِنْ فُلاَنٍ قَالَ سُلَيْمَانُ كَانَ يُطِيلُ الرَّكْعَتَيْنِ الأُولَيَيْنِ مِنَ الظُّهْرِ وَيُخَفِّفُ الأُخْرَيَيْنِ وَيُخَفِّفُ الْعَصْرَ وَيَقْرَأُ فِي الْمَغْرِبِ بِقِصَارِ الْمُفَصَّلِ وَيَقْرَأُ فِي الْعِشَاءِ بِوَسَطِ الْمُفَصَّلِ وَيَقْرَأُ فِي الصُّبْحِ بِطِوَالِ الْمُفَصَّلِ
 
Maksudnya :”Aku tidak solat di belakang seorang selepas (kewafatan) Rasulullah SAW melainkan ada lelaki yang solatnya sama seperti solat Rasulullah SAW. 
 
Kata Sulaiman Bin Yasar : Rasulullah pernah memanjangkan dua rakaat yang awal pada solat Zohor dan memendekkan dua rakaat yang terakhir. Baginda meringkaskan solat Asar. Baginda juga membaca surah yang pendek daripada Al-Mufassal di dalam solat Maghrib.Di dalam solat Isyak Baginda membaca Al-Mufassal yang pertengahan dan membaca Al-Mufassal yang panjang di dalam solat Subuh.”
 
Riwayat Al-Nasaie (1054) di dalam Al-Sunan Al-Kubra
 
*SURAH AL-MUFASSAL adalah surah-surah pendek. Surah pendek adalah surah yang jumlah ayatnya sangat sedikit. Contohnya adalah Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Ashr, An-Nas dan masih banyak lagi lainnya.
 
 No photo description available.

Tuesday, July 7, 2020

Gosok Gigi Sebelum Mandi Wajib

Selasa,15 Zulkaedah 1441h- Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A beliau berkata :
 
اسْتَفْتَى عُمَرُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَيَنَامُ أَحَدُنَا وَهوَ جُنُبٌ قَالَ نَعَمْ إِذَا تَوَضَّأَ
 
Maksudnya : Umar pernah bertanya kepada Nabi S.A.W : ‘’Adakah boleh seseorang dari kami tidur dalam keadaan dia berjunub ?’’. 
 
Lalu jawab Rasulullah S.A.W : ‘’Ya boleh, apabila dia telah berwuduk’’.
 
Riwayat Al-Bukhari (289)
 
 Image may contain: text

Monday, July 6, 2020

Adakah Hidung Termasuk Dlm Anggota Sujud

Isnin, 15 Zulkaedah 1441H: Daripada Abu Humaid RA, beliau berkata:
 
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا سَجَدَ أَمْكَنَ أَنْفَهُ وَجَبْهَتَهُ مِنَ الأَرْضِ، وَنَحَّى يَدَيْهِ عَنْ جَنْبَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ.
 
Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi SAW bila bersujud, baginda akan sentuhkan hidungnya dan dahinya dengan tanah dan baginda menjauhkan kedua-dua belah tangan daripada dua rusuknya dan meletakkan kedua-dua belah tapak tangan selari dengan dua bahunya.”
 
Riwayat al-Tirmidzi (270)
 
 Image may contain: text

Thursday, July 2, 2020

Solat Sunat Ba'diyah

Khamis, 11 Zulkaedah 1441H: Daripada Ummu Habibah R.’Anha, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 
مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ.
 
Maksudnya: "Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. 
 
Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh."
 
Sunan Tirmidzi (380) dan Sunan Ibn Majah (1196)
 
 Image may contain: 1 person, text