Thursday, April 30, 2020

Doa Yang Tidak DiTolak

Khamis, 7 Ramadhan 1441H: Doa orang yang berpuasa merupakan antara doa yang sangat mustajab. Sabda Baginda Nabi s.a.w:

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya: "Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: Orang yang berpuasa hinggalah dia berbuka, doa, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi."

Hadith Riwayat Tirmizi (3598)

Wednesday, April 29, 2020

Tersalah Waktu Bersahur Atau Berbuka

Rabu, 6 Ramadhan 1441H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَن نسِي وَهُوَ صَائِمٌ فأكَلَ أَوْ شَرِبَ، فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ؛ فَإِنّمَا أَطْعَمَهُ اللهُ وَسَقَاهُ

Maksudnya: "Barangsiapa yang terlupa bahawa dia sedang berpuasa kemudian dia makan dan minum, maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan makan dan minum kepadanya."

Hadith riwayat al-Bukhari (1831) dan Muslim (1155)

Tuesday, April 28, 2020

Doa Berbuka Puasa

Selasa, 5 Ramadhan 1441H:  Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):

ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Maksudnya: "Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkam pahala insyaAllah".

[Riwayat Abu Daud (2357)][Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan]

Monday, April 27, 2020

Fadhilat Memberi Makan Orang Berbuka

Isnin, 4 Ramadhan 1441H: Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Friday, April 24, 2020

Fadhilat Sahur

Diriwayatkan oleh "Amr bin al-'As RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksudnya: "Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur."

Riwayat Muslim (1096)

Thursday, April 23, 2020

SELAMAT MENYAMBUT 1 RAMADHAN 1441H & SELAMAT BERPUASA

Khamis, 29 Syaaban 1441H: Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis".

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith :
Ramadhan merupakan bulan yang paling banyak mempunyai kelebihannya bagi orang yang berpuasa, antaranya ialah :

1.Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia dihentikan azab mereka buat sementara.Pintu-pintu neraka pula ditutup, oleh itu orang yang mati dibulan puasa terlepas daripada azab kubur.

2.Pada bulan puasa juga dirantai serta dibelenggu syaitan dan iblis daripada mengganggu dan menggoda orang yang berpuasa.

3.Digalakkan oran yang berpuasa agar berlumba-lumba membuat kebajikan dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda.

Wednesday, April 22, 2020

Waktu Solat 5 Waktu

Rabu,28 Syaaban 1441H: Diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi saw bersabda: “Jibril AS pernah mengimamiku di rumah dua kali. Pertama kali, beliau solat Zohor bersamaku ketika matahari tergelincir ke barat dan ketika itu panjang bayangan sama dengan panjang tali sandal. 

Lalu beliau solat ‘Asar bersamaku ketika panjang bayangan sama dengan panjang benda. 

Kemudian beliau melaksanakan solat Maghrib bersamaku ketika orang ramai berbuka puasa. 

Lalu beliau melaksanakan solat ‘Isya’ bersamaku ketika cahaya merah saat matahari tenggelam hilang. 

Kemudian beliau solat Fajar (solat Subuh) bersamaku ketika telah haram makan dan minum bagi orang yang berpuasa. 

Kemudian esok harinya, ia solat Zohor bersamaku ketika panjang bayangan sama dengan panjang benda. 

Lalu ia solat ‘Asar bersamaku ketika panjang bayangan sama dengan dua kali panjang benda.

Kemudian beliau solat Maghrib ketika orang ramai berbuka puasa. 

Lalu beliau solat ‘Isya’ hingga sepertiga malam. 

Kemudian ia solat Subuh bersamaku setelah itu waktu terang."

Kemudian ia berpaling padaku dan berkata, “Wahai Muhammad, inilah waktu solat sebagaimana waktu solat para nabi sebelum engkau. Batasan waktunya adalah antara dua waktu tadi.”

Riwayat Abu Daud (393) dan Ahmad (1/333)

Tuesday, April 21, 2020

Solat Sunat Wuduk

Selasa, 27 Syaaban 1441H: Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bertanya kepada Bilal bin Rabah :

يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَىَّ فِي الْجَنَّةِ

Maksudnya : "'Wahai Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang paling terbaik yang kamu lakukan di dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kakimu di hadapanku di dalam syurga."

Kemudian Bilal R.A menjawab :

مَا عَمِلْتُ عَمَلاً أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طُهُورًا فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ‏

Maksudnya : "Tidaklah aku melakukan amalan yang paling baik di sisiku, aku ini tidak berwuduk pada waktu malam atau siang melainkan aku akan mendirikan solat dengan wuduk tersebut dengan kadar yang ditetapkan untuk aku solat."

Riwayat Al-Bukhari (1149)

Monday, April 20, 2020

Sifat Cemburu

Isnin, 26 Syaaban 1441H: Daripada Aisyah R.Anha:

قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنِّي لأَعْلَمُ إِذَا كُنْتِ عَنِّي رَاضِيَةً وَإِذَا كُنْتِ عَلَىَّ غَضْبَى ‏"‏ ‏.‏ قَالَتْ فَقُلْتُ وَمِنْ أَيْنَ تَعْرِفُ ذَلِكَ قَالَ ‏"‏ أَمَّا إِذَا كُنْتِ عَنِّي رَاضِيَةً فَإِنَّكِ تَقُولِينَ لاَ وَرَبِّ مُحَمَّدٍ وَإِذَا كُنْتِ غَضْبَى قُلْتِ لاَ وَرَبِّ إِبْرَاهِيمَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَتْ قُلْتُ أَجَلْ وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَهْجُرُ إِلاَّ اسْمَكَ

Maksudnya: Rasulullah SAW berkata kepadaku: “Aku tahu apabila kamu gembira denganku, dan apabila kamu marah padaku”. 

Aku bertanya: “Bagaimana kamu mengetahuinya?” 

Baginda SAW menjawab: “Apabila kamu gembira, kamu akan berkata ‘Tidak, demi Tuhan Muhammad’, dan apabila kamu marah, kamu akan berkata ‘Tidak, demi Tuhan Ibrahim’. 

Lalu aku berkata: “Benar, wahai Rasulullah, aku tidak menyebut namamu sewaktu aku marah padamu”.

Sahih Muslim (2439)

Friday, April 17, 2020

Membayar Hutang

Diriwayatkan oleh Salmah bin al-Akwa’:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أُتِيَ بِجَنَازَةٍ، لِيُصَلِّيَ عَلَيْهَا، فَقَالَ ‏"‏ هَلْ عَلَيْهِ مِنْ دَيْنٍ ‏"‏‏.‏ قَالُوا لاَ‏.‏ فَصَلَّى عَلَيْهِ، ثُمَّ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ أُخْرَى، فَقَالَ ‏"‏ هَلْ عَلَيْهِ مَنْ دَيْنٍ ‏"‏‏.‏ قَالُوا نَعَمْ‏.‏ قَالَ ‏"‏ صَلُّوا عَلَى صَاحِبِكُمْ ‏"‏‏.‏ قَالَ أَبُو قَتَادَةَ عَلَىَّ دَيْنُهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ‏.‏ فَصَلَّى عَلَيْهِ‏.‏

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW dibawa kepadanya jenazah untuk baginda mengimamkan solat jenazah tersebut, maka Baginda SAW bersabda: "Adakah dia ini menanggung hutang?"

Mereka menjawab: "'Tidak."' Lalu baginda pun solat ke atas jenazah tersebut.

Kemudian di datangkan jenazah yang lain, Baginda bersabda: "Adakah dia ini menanggung hutang?."

Mereka menjawab: "Ya." Nabi SAW, (menolak untuk mengimamkan jenazah tersebut) solatlah kamu ke atas sahabat kamu”

Riwayat al-Bukhari (2295)

Thursday, April 16, 2020

Lanjutan Fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan Sehingga 28 April 2020

Pada 10 April 2020, Perdana Menteri Malayisa, Tan Sri Dato'Haji Muhyhiddin Bin Haji Mohd Yassin mengumumkan perlanjutan PKP Fasa 3 iaiut  Perintah Kawalan Pergerakan dari 15 April sehingga 28 April 2020.

Hukum Tidur Secara Meniarap

Khamis, 22 Syaaban 1441H: Daripada Ya`ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari RA bahawa pada suatu hari ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkanku (membangunkanku) dengan mengunakan kaki lalu berkata:

إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ. قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah. Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW."

Riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad (1187)

Dalam hadis dengan lafaz yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:

قُمْ وَاقْعُدْ فَإِنَّهَا نَوْمَةٌ جَهَنَّمِيَّةٌ

Maksudnya: "Bangun dan duduk, sesungguhnya ini adalah cara tidurnya penghuni neraka."'

Riwayat Ibn Majah (3725)

Wednesday, April 15, 2020

Berwuduk Sebelum Tidur

Rabu, 21 Syaaban 1441H: Daripada Muaz bin Jabal R.A, daripada Nabi SAW, sabda Baginda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَبِيتُ عَلَى ذِكْرٍ طَاهِرًا، فَيَتَعَارُّ مِنَ اللَّيْلِ فَيَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا مِنَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

Maksudnya: "Tiada seorang Islam yang tidur dengan berzikir dan dalam keadaan taharah, kemudian dia terjaga pada waktu malam, lalu dia memohon kepada Allah kebaikan di dunia dan akhirat, kecuali Allah SWT perkenankan hajatnya."

Riwayat Abu Daud (5042) dan Ibn Majah (3881)

Tuesday, April 14, 2020

Percikan Air Kencing

Selasa, 20 Syaaban 1441H: Diriwayatakan daripada Abu Hurairah. Beliau berkata :

أَنَّ خَوْلَةَ بِنْتَ يَسَارٍ أَتَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي إِلاَّ ثَوْبٌ وَاحِدٌ وَأَنَا أَحِيضُ فِيهِ فَكَيْفَ أَصْنَعُ ؟ قَالَ : إِذَا طَهُرْتِ فَاغْسِلِيهِ ، ثُمَّ صَلِّي فِيهِ . فَقَالَتْ : فَإِنْ لَمْ يَخْرُجِ الدَّمُ ؟ قَالَ : يَكْفِيكِ غَسْلُ الدَّمِ وَلاَ يَضُرُّكِ أَثَرُه
 
Maksudnya : “Khaulah Binti Yasar datang bertemu dengan Nabi SAW. Beliau berkata: "Wahai Rasulullah aku tiada pakaian melainkan satu helai sahaja dan ada kesan haid pada pakaian tersebut. Bagaimana perlu aku lakukan?,"

Baginda SAW menjawab : "Jika engkau telah suci, bersihkanlah pakaian tersebut kemudian solatlah menggunakan pakaian itu."

Khaulah berkata lagi : "Jika tiada darah yang keluar?."

Nabi SAW menjawab: "Cukuplah sekadar basuh darah haid dan kesannya tidak memudaratkan engkau (boleh digunakan untuk solat dan sebagainya).”

Riwayat Abu Daud (365)

Monday, April 13, 2020

Sendawa Ketika Solat

Isnin. 19 Syaaban 1441H: Diriwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata:

‎تَجَشَّأَ رَجُلٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ ‏‏ كُفَّ عَنَّا جُشَاءَكَ فَإِنَّ أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: "Seorang lelaki sendawa di sisi Rasulullah S.A.W, lalu baginda bersabda: Jauhilah sendawa kamu dari kami kerana sesungguhnya mereka yang paling banyak kenyangnya di dunia adalah mereka yang paling lapar pada hari kiamat."

Riwayat Al-Tirmizi (2478


Friday, April 10, 2020

Memakai kasut Ketika Solat

Jumaat, 16 Syaaban 1441H: Daripada Syaddad bin Aus R.A, Nabi SAW bersabda:

خَالِفُوا الْيَهُودَ فَإِنَّهُمْ لاَ يُصَلُّونَ فِي نِعَالِهِمْ ، وَلاَ خِفَافِهِمْ

Maksudnya: “Berbezalah dengan orang Yahudi. Sesungguhnya mereka tidak bersolat sambil memakai kasut atau khuf.”

Riwayat Abu Daud (652)

Thursday, April 9, 2020

Menahan Diri Daripada Membuang Hadas Ketika Solat

Khamis, 15 Syaaban 1441H: Daripada Aisyah R.anha, Rasulullah SAW bersabda:

لَا صَلَاةَ بِحَضْرَةِ طَعَامٍ وَلَا وَهُوَ يُدَافِعُهُ الْأَخْبَثَانِ

Maksudnya: "Tidak ada solat ketika hadirnya makanan, dan tidak ada solat juga dalam keadaan seseorang itu menahan diri daripada membuang air kecil dan besar."

Riwayat Muslim (560


Wednesday, April 8, 2020

Malam Nisfu Syaaban

Rabu, 14 Syaaban 1441H: Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.

[Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]

Tuesday, April 7, 2020

Cara Keluar Daripada Saf Solat

Selasa, 13 Syaaban 1441H: Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

وَلاَ تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ

Maksudnya: "Janganlah kamu biarkan kekosongan (saf) itu untuk syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf Allah akan menyambungkannya. Sesiapa yang memutuskan saf, Allah akan memutuskan dirinya."

Riwayat Abu Daud (666)

Monday, April 6, 2020

Menagis Ketika Membaca Al Quran

Isnin, 12 Syaaban 1441H: Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, berkata:

قَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "اقْرَأْ عَلَيَّ"، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، آقْرَأُ عَلَيْكَ، وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ، قَالَ: «نَعَمْ» فَقَرَأْتُ سُورَةَ النِّسَاءِ حَتَّى أَتَيْتُ إِلَى هَذِهِ الآيَةِ: {فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ، وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا} [النساء: 41]، قَالَ: "حَسْبُكَ الآنَ" فَالْتَفَتُّ إِلَيْهِ، فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ


Maksudnya: “Telah berkata kepadaku Rasulullah SAW: “Bacalah (al-Quran) kepadaku”. 

Aku berkata: "Aku baca kepadamu sedangkan al-Quran itu diturunkan kepada engkau?."

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya aku suka untuk mendengarnya daripada orang lain”. 

Maka aku pun membaca surah al-Nisa’ sehingga aku sampai pada ayat “Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri untuk menjadi saksi terhadap perbuatan mereka) dan Kami juga datangkan kamu (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?”. 

Rasulullah SAW bersabda: “cukup” dan aku berpaling kepada Rasulullah SAW lalu aku melihat mata Rasulullah sedang berair (menangis).

[Riwayat al-Bukhari (5050)]

Friday, April 3, 2020

Kelebihan Membaca Ayat Al-Kursi

Jumaat, 9 Syaaban 1441H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Maksudnya: “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. 

[Riwayat Muslim (780)]

Thursday, April 2, 2020

Qadha Solat Sunat

Khamis, 8 Syaaban 1441H: Diriwayatkan daripada Qays bin Amir:

رَأَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يُصَلِّي بَعْدَ صَلاةِ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ . فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَصَلاةَ الصُّبْحِ مَرَّتَيْنِ ؟ فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ : إِنِّي لَمْ أَكُنْ صَلَّيْتُ الرَّكْعَتَيْنِ اللَّتَيْنِ قَبْلَهُمَا ، فَصَلَّيْتُهُمَا . قَالَ : فَسَكَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: Nabi SAW melihat seorang lelaki yang solat dua rakaat selepas solat Subuh. 

Maka Baginda SAW bertanya kepadanya: “Adakah engkau solat Subuh sebanyak dua kali?”

Lelaki itu menjawab: “Aku tidak sempat solat sunat sebelum solat Subuh, maka aku menggantikannya.”

Maka Nabi SAW pun diam.

Sunan Abi Dawud (1267) dan Sunan Ibn Majah (1209)

Wednesday, April 1, 2020

Doa Selepas Solat Jenazah

Rabu, 7 Syaaban 1441H: Anak Abdullah bin Abbas di Qudaid atau di Usfan meninggal dunia. Ibnu Abbas lantas berkata, “Wahai Kuraib (bekas budak Ibnu Abbas), lihat berapa ramai manusia yang menyembahyangi jenazahnya.

Kuraib berkata, “Aku keluar, ternyata orang-orang sudah berkumpul dan aku mengkhabarkan pada mereka pertanyaan Ibnu Abbas tadi.

Lantas mereka menjawab, “Ada 40 orang”.

Kuraib berkata, “Baik kalau begitu.” 

Ibnu Abbas lantas berkata, “Keluarkan jenazah tersebut. Kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia lantas disolatkan (solat jenazah) oleh 40 orang yang tidak berbuat syirik kepada Allah sedikit pun melainkan Allah akan memperkenankan syafaat (do’a) mereka untuknya.”

(HR Muslim No: 1577)
3