Tuesday, March 31, 2020

Sambunglah Silaturrahim

Selasa, 6 Syaaban 1441H: Nabi SAW ketika Baginda sampai ke kota Madinah dengan bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشوا السَّلامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وصلوا الأرحام وَصَلُّوا باللَّيْل وَالنَّاسُ نِيامٌ، تَدخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلامٍ

Maksudnya: “Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur, nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.”

Riwayat Ibnu Majah (3251)


Monday, March 30, 2020

Lanjutan PKP sehingga 14hb April 2020



Rabu 30 Rejab 1441H bersamaan 25hb Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan arahan lanjutan "Perintah Kawalan Bergerak (PKP)" kepada seluruh rakyat Malaysia sehingga 14hb April 2020.

Adab Ketika Bersin

Isnin, 5 Syaaban 1441H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ بِثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ

Maksudnya: "Bahawasanya apabila Nabi SAW bersin, baginda menutup wajah dengan tangan atau kainnya sambil merendahkan suaranya."

Riwayat al-Tirmizi (2745)

Friday, March 27, 2020

Solat Hajat

Jumaat; 2 Syaaban 1441H: Daripada Abdullah Ibn Abi Awfa Al-Aslami R.anh beliau berkata: Rasulullah S.A.W pada suatu hari telah keluar menuju ke arah kami lalu bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي

Maksudnya: Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosapun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau pemudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.

Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan.

Riwayat Ibn Majah (1384

Thursday, March 26, 2020

Bertasbih Semasa Rukuk Dan Sujud

Khamis, 1 Syaaban 1441H:  Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد ، فأكثروا الدعاء

Maksudnya: "Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud)."

Riwayat Muslim dan al-Nasaie.


Wednesday, March 25, 2020

Perintah Kawalan Bergerak (18 Mac - 31 Mac 2020)





Rabu 21 Rejab 1441H bersamaan 16hb Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan arahan "Perintah Kawalan Bergerak" kepada seluruh rakyat Malaysia bermula Rabu,18hb Mac 2020 sehingga Selasa,31hb Mac 2020. Perintah dikeluarkan untuk mengelakkan penularan WABAK COVID-19. Hanya perkhidmatan 'essential' yang dibenarkan dengan mematuhi S&P yang telah diberikan.

Apabila Diganggu Jin Dan Syaitan

Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah RA:

فَإِذَا تَغَوَّلَتْ لَكُمُ الْغِيلَانُ فَنَادُوا بِالْأَذَانِ

Maksudnya: "Sekiranya al-ghilaan (jin dan syaitan) mengganggu (dengan bertukar rupa bentuk) maka laungkanlah azan."

Riwayat Al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (10725)

Friday, March 20, 2020

Qunut Nazilah

Jumaat, 25 Rejab 1441H: Diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata :

أَنَّ رِعْلاً، وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَدُوٍّ، فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الأَنْصَارِ، كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ، كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ، حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ، وَغَدَرُوا بِهِمْ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ‏

Maksudnya : Sesungguhnya Ri’l, Zakwan, Usaiyyah dan Bani Lahyan meminta bantuan daripada Nabi S.A.W untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka. 

Maka baginda S.A.W menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai Al-Qurra’ (penghafaz al-Quran).
Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu api pada siang, dan bermunajat kepada Allah pada waktu malam. Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’unah mereka dibunuh dan dikhianati. 

Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda membaca qunut (nazilah) selama sebulan dalam solat subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas sebahagian arab, Ri’il, Zakwan, Usaiyyah dan puak Lahyan.

Riwayat Al-Bukhari (4090)

Thursday, March 19, 2020

Lafaz Azan"Solatlah Kamu Di Rumah Kamu"

Khamis, 24 Rejab 1441H: Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa beliau telah azan pada satu malam yang sejuk dan berangin dengan berkata:

أَلاَ صَلُّوا فِي الرِّحَالِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُ المُؤَذِّنَ إِذَا كَانَتْ لَيْلَةٌ ذَاتُ بَرْدٍ وَمَطَرٍ، يَقُولُ: أَلاَ صَلُّوا فِي الرِّحَالِ

Maksudnya: “Solatlah kamu di rumah kamu.” Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan muazzin sedemikian sekiranya malam tersebut teramat sejuk dan hujan teramat lebat dengan berkata: “Solatlah kamu di rumah kamu.” 

[Riwayat al-Bukhari (666) dan Muslim (697)]

Friday, March 13, 2020

Aqiqah Dengan Berhutang

Jumaat, 18 Rejab 1441H: Diriwayatkan oleh Salman bin Amir al-Dhabbi R.A, katanya aku mendengar Nabi SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi, ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya.”

Riwayat Abu Daud (2839)
[Syeikh Syu’aib al-Arnaout menghukumkan sanad hadith ini adalah sahih]

Thursday, March 12, 2020

Sujud Syukur

Khamis, 17 Rejab 1441H: Diriwayatkan oleh Al-Mughirah:
 
قَامَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم حَتَّى تَوَرَّمَتْ قَدَمَاهُ فَقِيلَ لَهُ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ ‏أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا

Maksudnya: Nabi S.A.W mengerjakan qiyamullail sehingga bengkak kedua tapak kaki baginda. Lalu ditanyakan kepada baginda: ‘’Allah telah mengampunkan dosa-dosamu yang terdahulu dan yang akan datang’’. 

Maka baginda S.A.W menjawab: ‘’Apakah tidak patut aku ini menjadi seorang hamba yang bersyukur ?’’.

Riwayat Al-Bukhari (360)

Wednesday, March 11, 2020

Sujud Sahwi Mengikut Imam

Rabu, 16 Rejab 1441H: Perbuatan sujud sahwi ini adalah bersumberkan kepada sebuah kisah yang masyhur sebagai kisah Zul Yadain, yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:

صَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم الظُّهْرَ أَو الْعَصْرَ ، فَسَلَّم ، فَقَالَ لَهُ ذُو الْيَدَينِ : الصَّلَاةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَنقصت ؟ فَقَال النبيُّ صلى الله عليه وسلم : أَحَقٌّ مَا يَقُول ؟ قالوا نعمْ ، فصلَّى ركْعَتَينِ أُخْرَيَتين ، ثمَّ سَجَدَ سَجْدَتَين

Maksudnya: Nabi S.A.W mengimamkan solat zohor atau asar bersama kami. Kemudian baginda memberi salam. Maka berkata Zul Yadain kepada Nabi : "Solat wahai Rasulullah, adakah kau telah mengurangkannya ?"

Maka Nabi S.A.W bersabda : "Benarkah apa yang dia katakan ?"

Maka para sahabat pun berkata : "Ya". Lalu baginda melakukan dua solat yang berbaki, kemudian sujud sebanyak dua kali.

Riwayat al-Bukhari (1169).

Tuesday, March 10, 2020

Berbuat Baik Kepada IbuBapa

Selasa, 15 Rejab 1441H: Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ‏‏مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ ‏‏

Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” 

Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” 

Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” 

[Riwayat Muslim (2551)]

Monday, March 9, 2020

Wanita Memakai Seluar Jeans

Isnin, 14 Rejab 1441H: Nabi SAW telah bersabda:

المرأةُ عورةٌ وإنَّها إذا خرَجتْ استشرَفها الشَّيطانُ

Maksudnya: “Wanita itu adalah aurat, jika ia keluar rumah, maka syaitan akan menghiasinya”

Riwayat ibn Hibban (5598), Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan perawi-perawi hadith ini thiqah (dipercayai).




Friday, March 6, 2020

Hukum Mengiring Jenazah Bukan Islam

Jumaat, 10 Rejab 1441H: Kisah kematian Abu Talib, bapa saudara Nabi ﷺ yang meninggal dunia dan Baginda ﷺ bersabda kepada Ali RA:
 
اذْهَبْ فَوَارِ أَبَاكَ ثُمَّ لاَ تُحْدِثَنَّ شَيْئًا حَتَّى تَأْتِيَنِي

Maksudnya: "Pergilah dan tanamlah ayahmu kemudian jangan kamu lakukan sesuatu sehingga kamu datang menemuiku."

Riwayat Abu Daud (3214) & al-Nasa’ie (2006)

*Rasulullah ﷺ hanya mengarahkan Ali RA untuk mengebumikan ayahnya (Abu Talib) bahkan Rasulullah ﷺ tidak pula hadir untuk mengiringi jenazah bapa saudaranya itu dan tidak pula hadir pada hari pengebumiannya.

Thursday, March 5, 2020

Mulut Punca Ke Neraka

Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Ketika Sa'ad bin 'Ubadah jatuh sakit, Rasulullah saw. datang mengunjunginya bersama-sama dengan 'Abdurrahman bin 'Auf, Sa'ad bin Abi Waqqash dan 'Abdullah bin Mas'ud: Ketika Nabi masuk ke rumahnya, didapatinya Sa'ad sedang pengsan. 

Nabi saw. bertanya, "Apakah sudah meninggal?" 

Jawab mereka, "Belum, ya Rasulullah!" Rasulullah saw. menangis. Melihat beliau menangis, maka orang banyak pun menangis pula. 

Kemudian beliau bersabda, "Tahukah kamu, sesungguhnya Allah tidak menyeksa seseorang kerana menangis, dan tidak pula kerana bersedih hati. Tetapi Allah menyeksa kerana ini, sambil beliau menunjuk lidahnya - atau memberi rahmat kerananya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0871.

Wednesday, March 4, 2020

Makan & Minum Dengan Tangan Kiri

Rabu, 9 Rejab 1441H: Daripada ‘Aisyah R.Anha:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ فِي شَأْنِهِ كُلِّهِ

Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW membiasakan diri mendahulukan yang kanan dalam memakai selipar, menyikat rambut, bersuci dan dalam setiap urusan kehidupan sehariannya."

Sahih Bukhari (168)

Tuesday, March 3, 2020

Penyakit Áin

Selasa, 8 Rajab 1441H: Daripada Buraidah bin Al-Husyaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة

Maksudnya: “Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa..”

Riwayat al-Bukhari (5705) dan Muslim (220)

Monday, March 2, 2020

Setiap Bid'ah Adalah Sesat

Isnin, 7 Rejab 1441H: Bersabda Rasulullah SAW:

أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ، تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Maksudnya: “Saya wasiatkan kepada kalian agar bertaqwa kepada Allah SWT, taat dan tunduk kepada-Nya, walaupun yang menyampaikannya hanyalah seorang hamba habsyi. 

Dan sesungguhnya, barang siapa di antara kalian yang akan hidup sepeninggalku akan mendapati perselisihan yang banyak, maka berpeganglah dengan sunnah-ku dan sunnah para Khulafa' Rasyidin yang telah mendapat petunjuk, berpegang eratlah dengannya. 

Dan berwaspadalah kalian daripada setiap perkara yang diada-adakan,kesemuanya itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat”. 

(Hadis ini diriwayatkan oleh al-Darimi, Abu Daud, Ibn Majah, al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Hakim. Al-Tirmizi mengatakan hadis ini hasan sahih)