Friday, February 28, 2020

Sikap Melampau Dalam Agama

Jumaat, 4 Rejab 1441H: Daripada Aisyah RA berkata:

مَا خُيِّرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ أَمْرَيْنِ، أَحَدُهُمَا أَيْسَرُ مِنَ الْآخَرِ، إِلَّا اخْتَارَ أَيْسَرَهُمَا، مَا لَمْ يَكُنْ إِثْمًا، فَإِنْ كَانَ إِثْمًا، كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ

Maksudnya: “Apabila Rasulullah SAW disuruh memilih di antara dua perkara, nescaya Baginda SAW akan memilih yang lebih mudah di antara keduanya selama mana ia tidak berdosa. 

Adapun jika ia adalah berdosa, maka Baginda SAW adalah orang yang paling utama meninggalkannya”. 

[Riwayat Muslim (2327)]

Thursday, February 27, 2020

Nafkah Batin

Khamis, 3 Rejab 1441H: Daripada Abdullah bin Amr RA, sabda Nabi SAW:

الدُّنْيَا مَتَاعٌ، وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Dunia merupakan keseronokan sementara dan keseronokan yang paling baik ialah wanita yang solehah.

Riwayat Muslim (1467)

Wednesday, February 26, 2020

Darah Istihadhah

Rabu, 2 Rejab 1441H: Diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha katanya, Fatimah binti Abu Hubaish menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Aku perempuan yang didatangi darah istihadah dan masih belum bersuci, adakah aku perlu meninggalkan solat?

Jawab Baginda SAW: “Tidak perlu kerana darah itu ialah darah penyakit, bukannya darah haid. Ketika kedatangan haid tinggalkanlah solat dan apabila tempohnya habis hendaklah kamu mandi membersihkan diri daripada darah dan dirikanlah solat.” 

Riwayat al-Bukhari (236) dan Muslim (333)

Tuesday, February 25, 2020

Istighfar Rejab?

Selasa, 1 Rejab 1441H: Daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzani RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوْبُوْا إلَى اللَّهِ وَاسْتَغْفِرُوْهُ فَإِنِّي أَتُوْبُ فِي اليَوْمِ مِأَتَ مَرَّةٍ

Maksudnya: “Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah dan mintalah ampunan kepada-Nya, karena sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak seratus kali. 

[Riwayat Muslim (1452)]

Friday, February 21, 2020

Mandi Wajib

Jumaat, 27 Jamadilakhir 1441H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, beliau RA berkata:

أُقِيْمَتِ الصَّلاَةُ وَ عُدِّلَتِ الصُّفُوْفُ قِيَامًا فَخَرَجَ إِلَيْنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم فَلَمَّا قَامَ فىِ مُصَلاَّهُ ذَكَرَ أَنَّهُ جُنُبٌ فَقَالَ لَنَا: مَكَانَكُمْ ثُمَّ رَجَعَ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَيْنَا وَ رَأْسُهُ يَقْطُرُ فَكَبَّرَ فَصَلَّيْنَا مَعَهُ

Maksudnya: Apabila telah diiqamatkan solat dan saf telah diluruskan, lalu keluarlah Rasulullah SAW kepada kami. Pada ketika Baginda SAW berdiri di tempat solat, Baginda SAW teringat bahawa Baginda SAW berada dalam keadaan berjunub. 

Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada kami, “Tetaplah di tempat kalian.” 

Kemudian Baginda SAW kembali dan mandi, selepas itu Baginda SAW keluar kepada kami dengan kepala Baginda SAW yang mulia masih menitis air. Lalu Baginda SAW mengangkat takbir dan kami pun bersolat bersamanya.

Hadith riwayat al-Bukhari (275) dan al-Muslim (605)

Thursday, February 20, 2020

Memisahkan Anak-Anak Dari Tempat Tidur

Khamis, 26 Jamadilakhir 1441H: Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ وَلاَ يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ وَلاَ تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ

Maksudnya: "Tidak boleh untuk seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki yang lain, dan tidak boleh bagi seorang perempuan untuk melihat aurat perempuan yang lain. 

Serta tidak boleh untuk seorang lelaki berbaring dengan lelaki yang lain di dalam selimut yang sama demikian juga tidak boleh untuk seorang perempuan berbaring dengan perempuan yang lain di bawah selimut yang sama."'

Riwayat Muslim (338)

Wednesday, February 19, 2020

Solat Di Dalam Kenderaan

Rabu, 25 Jamadilakhir 1441H: Daripada Ibn Umar R.Anhuma dengan katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي فِي السَّفَرِ عَلَى رَاحِلَتِهِ، حَيْثُ تَوَجَّهَتْ بِهِ، يُومِئُ إِيمَاءً، صَلاَةَ اللَّيْلِ إِلاَّ الْفَرَائِضَ، وَيُوتِرُ عَلَى رَاحِلَتِهِ‏

Maksudnya: "Adalah Nabi S.A.W solat di dalam permusafiran di atas haiwan tunggangannya. Dari sudut apabila haiwan itu menghadap ke arahnya, baginda mengikut ke arahnya dengan isyarat. Solat malam melainkan solat-solat fardhu, dan baginda juga melakukan solat sunat witir di atas haiwan tunggangannya."

Riwayat al-Bukhari (1000)

Tuesday, February 18, 2020

HARAM Menyambut Hari Kekasih

Selasa, 24 Jamadilakhir 1441H: Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.”

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Thursday, February 13, 2020

Membaca Basmalah Sebelum Makan

Khamis, 19 Jamadilakhir 1441H: Diceritakan oleh seorang sahabat Nabi bahawa :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم جالسا، ورجلٌ يأكلُ، فلم يُسمّ حتى لم يبقَ من طعامه إلا لقمة، فلما رفعها إلى فِيه، قال: بسم الله أوّله وآخرُه؛ فضحكَ النبيّ صلى الله عليه وسلم، ثم قال: "ما زَالَ الشَّيْطانُ يأكُلُ مَعَهُ، فَلَمَّا ذَكَرَ اسْمَ اللَّهِ اسْتَقَاءَ ما في بَطْنِهِ"

Maksudnya : “Rasulullah SAW pernah duduk, dan ada seorang lelaki sedang makan tetapi tidak membaca nama Allah sehinggalah tidak tinggal daripada makanannya melainkan satu suapan sahaja.

Kemudian, tatkala dia mengangkat suapan terakhir tersebut ke dalam mulutnya, dia membaca, ‘Bismillahi Awwaluhu wa Akhiruhu’ (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya). 

Nabi SAW ketawa dan kemudiannya bersabda : “Syaitan terus makan bersamanya, kemudian apabila dia menyebut nama Allah, syaitan itu memuntahkan semula apa yang ada di dalam perutnya (yang dimakan).” 

[HR Abu Daud (3768)]


Wednesday, February 12, 2020

Free Rider

Rabu, 18 Jamadilakhir 1441H: Sabda Rasulullah S.A.W :

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى البِرِّ، وَإِنَّ البِرَّ يَهْدِي إِلَى الجَنَّةِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا. وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الفُجُورِ، وَإِنَّ الفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Maksudnya: "'Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga, sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur maka ia akan dicatat sebagai orang yang jujur. 

Dan sesungguhnya kedustaan itu akan membawa kepada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan mengiringi ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta maka akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta".

Hadis Riwayat Al Bukhari (6094)

Friday, February 7, 2020

Doa Tolak Bala

Jumaat, 13 Jamadilakhir 1441H: Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh.

Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”

[Riwayat Abu Daud (5088)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh hadith ini adalah hasan]

Thursday, February 6, 2020

Doa Menolak Bala

Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

"(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh.

Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam)."

[Riwayat Abu Daud (5088)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh hadith ini adalah hasan]

Wednesday, February 5, 2020

Sembelihan Wanita

Rabu, 11 Jamadilakhir 1441H: Daripada Sa’ad bin Mu’adz, dia berkata;

أَنَّ جَارِيَةَ لِكَعْبِ بْنِ مَالِك كاَنَتْ تَرْعَى غَنَمًا بِسَلْعِ فَأُصِيْبَتْ شَاٌة مِنْهَا فَأَدْرَكَتْهَا فَذَبَحَتْهَا بِحَجَرٍ فَسُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ كُلُوْهَا

“Sesungguhnya budak wanita Ka’ab bin Malik menggembalakan kambingnya di daerah Sal’u. Tiba-tiba dia melihat ada kambingnya yang akan mati, kemudian dia sembelih dengan menggunakan batu. Nabi saw. ditanya tentang masalah tersebut. Nabi saw. menjawab, ‘Makanlah kambing tersebut.”

Hadis Riwayat Bukhari

Tuesday, February 4, 2020

Tempoh Masa Waktu Isyak

Selasa, 10 Jamadilakhir 1441H: Hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu secara marfu’:

لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ أَنْ يُؤَخِّرُوا الْعِشَاءَ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ أَوْ نِصْفِهِ

“Seandainya tidak membebankan umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka untuk mengakhirkan Solat Isyak hingga sepertiga atau pertengahan malam.” 

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi no. 167, dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi)

Monday, February 3, 2020

Menjaga Kebersihan Masjid

Isnin, 9 Jamadilakhir 1441H: Daripada Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Orang yang mengeluarkan gangguan ataupun kotoran dari masjid, Allah membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”

Hadis Riwayat Ibnu Majah