Tuesday, July 31, 2018

Haji Tamattu' Rasulullah saw

Selasa, 18 Zulkaedah 1439H: Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengerjakan haji tamattu' ketika beliau haji wada', iaitu dengan mengerjakan umrah sebelum haji. Kemudian beliau bayar denda dengan haiwan korban yang dibawanya dari Zulhulaifah, tempat beliau memulai ihram untuk umrahnya itu. 

Sesudah itu barulah beliau ihram pula untuk haji, dan orang ramai umrah pula bersama-sama dengan beliau. Di antara orang ramai itu ada yang membawa hadiah, dan ada pula yang tidak membawa hadiah. Setibanya Rasulullah saw. di Mekah. beliau bersabda kepada orang ramai, "Siapa-siapa yang membawa hadiah, dia tidak boleh tahallul (berhenti ihram) hingga selesai haji. Dan siapa yang tidak membawa hadiah, hendaklah tawaf di Bait, kemudian di Safa dan Marwa, sesudah itu dia boleh bercukur dan tahallul. 

Kemudian dia hams ihram kembali untuk haji,dan harus membayar denda dengan menyembelih korban. Siapa yang tidak membawa haiwan kurban, dia harus puasa tiga hari di tempat haji dan tujuh hari apabila dia telah tiba di kampungnya.

Sesampainya di Mekah lebih dahulu beliau jamah hajar aswad, kemudian beliau berlari-lari keci1 tiga kali putaran keliling Kaabah dan berjalan biasa empat kali putaran. Selesai tawaf keliling Kaabah, beliau solat dua rakaat di Maqam Ibrahim. Selesai solat, beliau pergi ke Safa dan Marwah lalu saai antara Safa dan Marwah tujuh kali. Beliau tidak tahallul sampai selesai haji dan menyembelih korbannya di hari Nahar (10 Zulhijjah).

Sesudah itu beliau kembali ke Mekah, lalu tawaf di Bait, kemudian tahallul atau menghalalkan segala sesuatu yang tadinya haram dikerjakan selama ibadah haji. Apa yang diperbuat beliau itu dicontoh pula oleh orang-orang yang membawa haiwan korban.

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1198.

Monday, July 30, 2018

Haji - Jangan Menyeksa Diri

Isnin, 17 Zulkaedah 1439H: Dari Anas r.a., katanya Nabi saw. pernah melihat seorang orang tua berjalan dipimpin oleh dua orang anaknya. Lalu beliau bertanya, "Bagaimana orang tua ini?" 

Jawab mereka, "Beliau bernazar akan melakukan (ibadah haji) dengan berjalan kaki." 

Sabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya Allah swt. Maha Kaya untuk menyuruh seseorang menyeksa diri."

Lalu orang tua itu diperintahkan beliau supaya naik kenderaan.

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1626.

Friday, July 27, 2018

Haji- Anak Kecil


Jumaat, 14 Zulkaedah 1439H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. bertemu dengan serombongan pengendara di Rauha', lalu beliau bertanya: 
 
"Rombongan apakah anda semua?" 
 
Jawab mereka, "Kami rombongan kaum muslimin; dan anda siapa?" 
 
Jawab beliau, "Aku Rasulullah!" 
 
Tiba-tiba seorang perempuan datang ke hadapan beliau sambil mengangkat seorang anak kecil; lalu dia bertanya: "Sudah sahkah haji anak ini?" 
 
Jawab beliau, "Sah, dan engkau mendapat pahala pula." 
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1274.

Thursday, July 26, 2018

Haji - Meninggal Ketika Ihram

Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya, "Seorang lelaki jatuh dari unta ketika dia ihram lalu patah lehernya dan meninggal.

Maka bersabda Rasulullah saw., "Mandikan dia dengan air yang dicampur daun Sidir (bidara), kemudian kafan dengan kedua kain ihramnya, dan jangan ditutup kepalanya; kerana sesungguhnya Allah akan membangkitkannya kelak di hari kiamat dalam keadaan membaca talbiyah (sedang mengerjakan haji)."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1176.

Wednesday, July 25, 2018

Miqat Bagi Haji & Umrah

Rabu, 12 Zulkaedah 1439H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. menetapkan miqat (tempat memulai ihram) bagi penduduk Madinah di Zulhulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Nejed di Qarnalmanazil, dan bagi penduduk Yaman, Yalamlam. 

Tempat-tempat itu berlaku pula bagi orang-orang yang bukan penduduk negeri-negeri tersebut, tetapi dia bermaksud menunaikan ibadah haji dan umrah melalui tempat-tempat itu bagi orang yang lebih dekat ke Mekah dari tempat-tempat tersebut atau bagi penduduk Mekah sendiri, miqatnya ialah di mana mereka berada."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1149.

Tuesday, July 24, 2018

Amal Yang Paling Utama

Selasa, 11 Zulkaedah 1439H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya seseorang bertanya kepada Rasulullah saw.: 
"Amal yang bagaimanakah yang paling utama?"

Jawab Nabi saw., "Iman dengan Allah."

Tanyanya pula, "Kemudian apa?"

Jawab Rasulullah saw., "Jihad fi-Sabilillah."

Tanyanya pula, "Kemudian apa lagi?"

Jawab Rasulullah saw., "Haji yang mabrur."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0064.

Monday, July 23, 2018

Haji - Kembali Seperti Baru Lahir

Isnin, 10 Zulkaedah 1439H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Siapa yang mendatangi rumah ini (menunaikan ibadah haji atau umrah) tanpa merosaknya dengan perbuatan dan perkataan kotor, serta tidak membuat maksiat, maka dia kembali pada keadaannya seperti baru lahir (bersih dari dosa)."

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1288.

Friday, July 20, 2018

Haji Setelah Keluar Yakjuj & Makjuj


Jumaat, 7 Zulkaedah 1439H: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., dari Nabi saw., sabda beliau: 
"Haji dan Umrah ke Kaabatullah akan tetap dilaksanakan orang walaupun setelah keluar Yakjuj dan Makjuj."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0828.

Thursday, July 19, 2018

Haji - Wanita Haid


Khamis, 6 Zulkaedah 1439H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku tiba di Mekah, padahal aku sedang haid. Kerana itu aku tidak tawaf di Kaabah dan tidak pula saai antara Safa dan Marwah. 
 
Maka saya sampaikan hal itu kepada Rasulullah saw. Sabda beliau, "Perbuatlah segala amal yang dilakukan oleh setiap orang Haji, selain tawaf di Kaabah, maka jangan dilakukan sampai engkau suci kembali." 
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0851.

Wednesday, July 18, 2018

Haji- Menyentuh Hajar Aswad

Rabu, 5 Zulkaedah 1439H: Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya: "Ketika haji wada', Rasulullah saw. tawaf di atas unta. Lalu dia menyentuh hajar aswad dengan tongkatnya." 
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1223.

Tuesday, July 17, 2018

Haji - Bagai Bayi Baru Lahir

Selasa, 4 Zulkaedah 1439H: Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“Barangsiapa berhaji ke Baitullah tanpa berkata keji, tanpa bersetubuh dan tanpa berbuat kefasikan (selama ihram), maka dia pulang (tanpa dosa) bagaikan bayi yang baru lahir.” 

[Hadits ini juga diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadits: 1819]. [Mukhtashar Shahih Muslim, hal.399]

Monday, July 16, 2018

Haji Rasulullah SAW


Isnin,3 Zulkaedah 1439H:  Dari Abu Musa r.a., katanya: "Nabi saw. mengutus ku pergi ke satu kaum di negeri Yaman, dan ketika saya kembali, saya dapati beliau di Al Bathha'. Beliau bertanya, "Bagaimana caranya engkau ihram?" 
 
Jawab ku, "Aku ihram sebagaimana ihramnya Nabi saw." 
 
Tanya beliau, "Adakah engkau menyiapkan hadnya?" 
 
Jawab ku, "Tidak!" 
 
Kemudian beliau memerintahkan ku tawaf. Maka aku tawaf keliling Kaabah, lalu saai antara Safa dan Marwa. Kemudian memerintahkan ku supaya halal, maka aku pun halal. Lalu aku pergi kepada keluarga ku, maka disisirkannya rambut ku, atau disucikannya kepala ku. 
 
Sementara itu, Umar pun tiba. Katanya, "Jika kita berpegang dengan Kitab Allah, sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kita supaya menyempurnakan. Firman Allah Taala: Sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah. 
 
Dan kalau kita mengikuti Sunnah Rasul saw., sesungguhnya beliau belum halal sebelum menyembelih had-ya."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0812.

Friday, July 13, 2018

Hari Jumaat

Jumaat, 29 Syawal 1439H: Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;
Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. 

Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat.

Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.”

(Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Thursday, July 12, 2018

Miqat Haji Dan Umrah


Khamis, 28 Syawal 1439H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. menetapkan miqat (tempat memulai ihram) bagi penduduk Madinah di Zulhulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Nejed di Qarnalmanazil, dan bagi penduduk Yaman, Yalamlam. 
 
Tempat-tempat itu berlaku pula bagi orang-orang yang bukan penduduk negeri-negeri tersebut, tetapi dia bermaksud menunaikan ibadah haji dan umrah melalui tempat-tempat itu bagi orang yang lebih dekat ke Mekah dari tempat-tempat tersebut atau bagi penduduk Mekah sendiri, miqatnya ialah di mana mereka berada." 
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1149.

Wednesday, July 11, 2018

Puasa & Haji Untuk Yang Telah Meninggal

Rabu, 27 Syawal 1439H: Dari 'Abdullah bin Buraidah, dari bapanya, katanya: "Ketika aku sedang duduk dekat Rasulullah saw., tiba-tiba datang seorang wanita lalu dia bertanya: 

"Aku pernah memberikan seorang hamba sahaya perempuan kepada ibu ku dan kini ibu ku telah meninggal. Bagaimana itu?" 

Jawab beliau, "Engkau tentu mendapat pahala dari pemberianmu itu, dan sekarang pemberianmu itu kembali kepada mu sebagai pusaka." 

Tanya wanita itu, "Ibuku punya hutang sebulan puasa. Bolehkah aku puasa untuk membayarnya?" 

Jawab beliau, "Ya, boleh! Puasalah untuknya!" 

Tanyanya lagi, "Ibuku belum pernah haji. Bolehkah aku yang menghajikannya? 

Jawab beliau, "Ya, boleh! Hajikanlah dia!"

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1115.

Tuesday, July 10, 2018

Mentahnik Bayi Baru Lahir

Selasa, 26 Syawal 1439H: Dari Asma' (binti Abu Bakar Shiddiq) r.a. katanya: "Ketika dia mengandung anaknya 'Abdullah bia Zubair, dia masih berada di Mekah.

Kemudian dia hijrah ke Madinah, padahal dia sudah hamil tua. Sesampainya di Quba' dia melahirkan. Lalu dia membawa anaknya kepada Rasulullah dan meletakkannya di pangkuan beliau.

Rasulullah meminta kurma sebuah lalu dikunyahnya. Sesudah itu, disuapkannya ke mulut bayi tersebut. Itulah makanan yang pertama-tama masuk ke mulut bayi itu, kurma yang telah bercampur dengan air ludah beliau.

Kemudian Nabi saw. mendoakan berkat baginya. Itulah bayi yang pertama-tama lahir dalam Islam."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2013.

Monday, July 9, 2018

Bersugi Setiap Solat

Isnin, 25 Syawal 1439H: Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw. bersabda: 

"Jikalau tidak memberati bagi umat ku, atau bagi manusia umumnya, nescaya ku suruh mereka mengosok gigi setiap kali akan solat."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0478.

Friday, July 6, 2018

Kelebihan Membaca Surah AlKhafi

Jumaat, 22 Syawal 1439H: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang membaca surat AlKahfi pada hari Jum’at, maka Allah akan meneranginya di antara dua Jum’at.”

(HR. Hakim dalam Mustadrok, dan beliau menilainya shahih)

Thursday, July 5, 2018

Mencintai Kerana Allah

Khamis, 21 Syawal 1439H: Dari Anas bin Malik r.a, katanya: Nabi saw bersabda: 

"Orang belum dapat merasakan kemanisan iman, sampai ia dapat mencintai orang lain yang hanya dicintainya kerana Allah saja; sampai ia lebih suka ditempatkan ke dalam api daripada kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya; dan sampai ia mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lainnya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1708.

Wednesday, July 4, 2018

Ucapan Membalas Perbuatan Kebaikan

Rabu, 20 Syawal 1438H: Dari Usamah bin Zaid r.a bahwasanya Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “Jazaakallahu Khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.”

(HR.At-Tirmidzi (2035), An-Nasaai dalam Al-kubra (6/53), Al-Maqdisi dalam Al-mukhtarah: 4/1321, Ibnu Hibban: 3413, Al-Bazzar dalam musnadnya:7/54.

Monday, July 2, 2018

Undangan

Dari Anas r.a. katanya: "Rasulullah saw. mempunyai tetangga seorang bangsa Persia pandai masak. Pada suatu hari dia memasak hidangan untuk Rasulullah saw. Setelah tersedia maka dia datang mengundang beliau.

Tanya beliau. "Aisyah bagaimana?"

Jawab orang itu. "Dia tidak!"

Kata Rasulullah saw. "Kalau begitu aku juga tidak!"

Orang itu mengulangi undangannya kembali. Kata Rasulullah saw. "Aisyah bagaimana?"

Jawab orang itu. "Dia tidak!"

Kata Rasulullah saw., "Kalau begitu aku juga tidak!"

Kemudian orang itu mengulangi undangannya pula. Tanya Nabi saw., "Aisyah bagaimana?"
Jawab orang itu pada kali ketiga, "Ya, Aisyah juga."

Maka pergilah mereka berdua beriringan ke rumah tetangga yang orang Persia itu."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1956.