Jumaat, 9 Rabiulakhir 1436H: Dari
Abu Hurairah r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw.
lalu dia berkata, "Aku dalam kesulitan susah hidup dan lapar."
Maka
beliau bawa pulang itu ke rumah isteri beliau satu persatu menanyakan
kalau-kalau mereka ada sedia makanan.
Para
isteri beliau menjawab. "Demi Allah yang mengutus Anda dengan yang hak,
aku tidak sedia apa-apa selain air." Begitulah jawapan mereka masing-masing.
Lalu
bersabda beliau kepada para sahabat. "Siapa bersedia menerima tetamu malam
ini nescaya di beri rahmat oleh Allah Ta'ala."
Maka
berdirilah seorang lelaki Ansar seraya berkata, "Aku, ya
Rasulullah!"
Maka
dibawanya lah orang itu ke rumahnya. Dia bertanya kepada isterinya, "Adakah
engkau sedia makanan?"
Jawab
isterinya, "Tidak ada, kecuali makanan anak-anak."
Katanya,
"Pujuklah anak kita dengan apa saja. Bila tetamu kita dah masuk
tunjukkan kepadanya bahawa kita makan bersamanya. Bila dia telah mulai makan,
berdirilah ke dekat lampu lalu padamkan”.
Maka
duduklah mereka dan sang tetamu pun makanlah.
Setelah
Subuh, sahabat tersebut bertemu dengan Nabi saw. lalu kata beliau, "Allah
kagum dengan cara kamu berdua melayani tetamu kalian malam tadi."
Hadis
Sahih Muslim