Pages

Friday, November 29, 2024

Hujan Dan Banjir

Hujan lebat dari petang semalam membawa hingga ke malam. Sekali dengan petir dan guruh. Berhenti hujan sekejap sangat lepastu gerimis hingga ke tengahari ini.

Pagi tadi nak ke ofis laluan banyak merah.

Kenderaan penduduk taman sekitar ditempatkan di bahu jalan. Jadi sempitlah untuk kenderaan yang nak ke tempat kerja.

Terpaksa menempuh 3 laluan yang dinaiki air.
Seram huhuhu...
Tanya kawan ofis yang keluar ke masjid tadi. katanya air belum surut.
Adeh.... ni masih hujan lagi.

Ini gambar semalam petang balik kerja, air yang melalui longkang depan jalan masuk. Deras betul airnya.

Malam tadi 3 Pusat Pemindahan Sementara telah dibuka. Ada beberapa jalan telah dinaiki air. Rumah kami di kawasan tinggi, Alhamdulillah setakat ni tiada masalah.

Untuk ke tempat kerja lah sedikit mencabar bila Meru dilanda banjir. 
Ramai kakitangan syarikat yang terjejas rumah mereka. Ada yang rumah tidak dinaiki air tapi still tak boleh keluar kerana jalan keluar masuk telah ditutup.
Mudah-mudahan petang ni hujan berhenti terus.

Hari ni Abang Imi dapat memo yang kelas akan diadakan secara online selepas cuti semester. Dah beli tiket bas balik 2/12/2024 jadi terpaksalah cancel. Bami kata ada beberapa kawan yang tinggal di Kelantan dan Terengganu rumah mereka juga dinaiki air.

Semoga baik-baik buat mereka yang menghadapi bencana banjir 😪

10 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan semua 🤲🏻
    Gombak pun hujan sepanjang hari, wpun tak lebat tapi tak nmpk matahari langsung sejak pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam petang husband nak balik dari Gombak merah je semua laluan. Lepas Isyak baru balik. Dah nak sampai rumah kena cari laluan lain yang boleh dimasuki. Struggle betul.

      Delete
  2. saya ada nampak yg update meru banjir sabun..moga dipermudahkan semua urusan kak&mangsa2 banjir di kelantan terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banjir kat Meru ni dah jadi acara tahunan Afzan. Bila hujan lebat beberapa jam dah boleh naik air padahal kampung ni jauh dari sungai. Perasan kerap banjir bila Setia Taipan dibangunkan.

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan urusan buat semua Yang terlibat dalam bencana banjir... colleague SA pun terdekat Di Kelantan, X Lepas balik masa site visit baru ni

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan buat semua Yang terlibat dalam bencana banjir... colleague SA pun terdekat Di Kelantan, X Lepas balik masa site visit baru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhhh... harap ok colleague tu. Stranded di tempat yang tak biasa kesian lah dia.

      Delete
  5. Semoga dipermudahkan. Kat Lipis ni hujan on off. Air sungai pun naik surut. Harapnya takdela banjir besar.

    ReplyDelete
  6. Lain macam musim tengkujuh tahun ini.
    Semoga dipermudahkan urusan dan jauh dari musibah yang tidak dijangka.

    ReplyDelete