I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Wednesday, April 28, 2010

Langkah Tercipta - Unic

Semalam aku kelukaan,
Align Center
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie


Kisah anak paderi memeluk agama Islam

Kisah anak paderi memeluk agama Islam (mesti baca) Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah.
Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,p akaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan.
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).
Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh.
Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu..."
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah -
Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan -kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.
Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.
Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau.... "
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun diIslamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup ke atas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang.
Tinggalkan keluarga saya.
Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur.
Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.
Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya.
Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik.
Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita......
.. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.
Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis... saya pejamkan mata... saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama.....
...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya.
Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.
Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islam pun baru setahun jagung....."
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula kawan-ka wan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT.
Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura- pura nak belajar Islam.... jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.
Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat.
Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah.


Melayari internet dengan rasa kebersamaan Allah

Oleh: Al-Ustaz Dr Fathi Yakan
2Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara
keduannya.

Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud: Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul. (an Nisa' 165)
Dan firman maksudnya: dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali???.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

1. Seseorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.


2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.


3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.
Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh. Amin ya rabba al alamin.


Tuesday, April 27, 2010

MENGAPA BEGINI????

~Sering menjadi mangsa akibat mereka melihat aku dengan mata hati~

Sudah agak lama keadaan sebegini... Bila diimbas-imbas kembali, rupa-rupanya kejadian yang sama telah berlaku berulang-ulang kali... Bermula Semenjak aku di sekolah, hinggalah aku tiba ke sini... Malah, bila direnung-renung kembali, rupanya seolah-olah tiada hari yang aku lalui tanpa sendu dan tangis... Lebih banyak perkara duka berbanding perkara suka... (Moga kegembiraan yang di'simpan' ini akan menjelma di hari akhirat kelak.... amiiiinn)

Aku inginkan kedamaian, aku inginkan kebaikan, aku inginkan persaudaraan...
Mana mungkin seseorang itu menjadi hebat jika tidak diuji sebelum bergelar pendekar...
Mungkin itu yang lebih sesuai untuk aku perkatakan...


***********************


Aku sangat-sangat menghargai sebuah persahabat, kekeluargaan, persaudaraan setelah aku melalui 'zaman jahiliyah', sebelum aku diberi hidayah.


***********************


Segala-galanya telah tercerai semula semenjak peristiwa tersebut...
Alangkah sedihnya aku sebagai salah seorang temannya yang selalu bersama-sama dengannya pada sebelum ini. Namun kini kami seolah-olah 'orang asing'.
[...sedih...]

Tidak pernah aku bergaduh dengannya setelah sekian lama sebelum peristiwa itu.
Tidak pernah juga aku bermasam muka dengannya.
Tidak pernah juga aku meninggi suara terhadapnya.
Tidak pernah pula aku memandang serong padanya. Malah, aku cuba untuk bersangka baik dengan setiap perkara yang terjadi antara aku dengannya.
[...sedih...]

(Imbas kembali)
1- Bila aku mengerling ke kiri atau ke kanan, pasti akan terkeluar:
1) "Ape jeling-jeling??" kata-kata seorang kawan. "Eh! Macam ni pun jeling ke??" aku membalas.
2) "Jangan jeling-jeling, tak baik jeling orang" kata seorang pekerja sekolah. Aku diam.
Aduhai! Tak berniat pun nak jeling-jeling. Dah mata aku dicipta macam ni, nak buat macam mana???

2- Memek muka yang sering disalah erti. (tak tau nak ulas macam mana...)

3- Pernah dulu aku ingin meminta pertolongan dari seorang sahabat.
Daku datang kepadanya dengan hati riang gembira, wajah yang ceria, bermanis muka.
Memulakan bicara dengan... "Fulanah, boleh tak ana nak mintak tolong??"........
Tetapi disambut dengan "Kami ade exam esok!!!!!"
Terkedu dan terkesima aku dibuatnya... [Pulang dengan hati yang hampa tanpa meneruskan bicara]
*** Akibatnya, dia yang membisu seribu bahasa, selama sebulan. Bukan aku yang tidak mahu bertegur-sapa, tetapi dia yang memalingkan wajahnya. [malu mungkin]
Sedang perkara yang sepatutnya, jika diikut secara logiknya, sudah pasti mangsa yang tidak mahu bertegur sapa, namun perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

Aku mengadu kepada seorang senior mengenai hal ini, katanya mungkin fulanah itu malu atas tindakannya. (Senior ini seorang yang 'kudus' hatinya)...
Katanya lagi, "Ramlah la yang mulakan dulu..."
Baiklah, nasihat diterima. Tapi, aku tidak terus buat sebab 'kekok' dengan fulanah.
Alhamdulillah, sesi bermuram durja diakhiri dengan bicara beliau tentang sesuatu ketika kami semua ingin ke suatu tempat untuk mengikuti program. Beliau yang memulakan bicara. - Rasa macam orang asing la pulak!

4- Selama aku kenali dua beradik ini, mereka terkenal dengan sikap ramah-mesra yang tidak mengenal siapa. Baik yang baru kenal mahupun lama, baik senior mahupun junior.
Suatu hari, aku dapat mengesan ada sesuatu yang tak kena dengan mereka. Mereka seolah-olah menjauhkan diri dari aku. Bermasam muka setiap kali bertembung dengan aku.
Terbit satu persoalan, "Kenapa dengan diorang ni?? Tiba-tiba je macam ni..."

Bila diteliti, dalam masa yang singkat, Allah beri petunjuk... "Ohh! Mereka berkawan dengan Minah rupanya! Mesti ada sesuatu yang Minah cakap sampai diorang jadi macam ni dengan aku..."
Siapa yang tak kenal dengan Minah ni. Memang batu api. (bukan memburukkan beliau, tapi dah ramai yang tahu pasal beliau...)

Aku tersenyum girang apabila dapat mengesan sebab. Menunggu masa untuk berbaik semula, sambil terus berbaik sangka.
Alhamdulillah sekejap sahaja berlaku. Tiada apa yang menghalang kami untuk terus bersahabat.

5- Aku menegur 'seseorang' ketika sedang bermesyuarat. Menegur sikap beliau yang ditunjukkan ketika mesyuarat tersebut, beserta rasa tidak puas hati yang ditunjukkan melalui memek muka beliau.

- Entah macam mana, suatu hari rakan baik beliau, yang baik juga dengan aku tiba-tiba bermasam muka dengan aku. Dengan tidak semena-mena, bertembung, terus menunjukkan muka yang tidak manis, malah mencebikkan bibir pula. Begitu juga ketika beliau bertandang ke bilik aku. Perkara yang sama. Hati aku terguris bukan kepalang. Dalam benak fikiran sudah dapat mengagak apa yang berlaku. -pastinya 'seseorang' ini bercerita mengenai apa yang aku buat ketika mesyuarat tersebut.

- Ok...(bermonolog). Mungkin cara aku salah, tapi ini dah melampau! Orang lain yang kena, orang lain yang membalas. Dia pulak yang lebih-lebih.
- Dipendekkan... Tak tau la macam mana boleh berbaik semula...

6- Suatu hari, seorang teman sedang 'berperang' dengan seseorang. Perkenalan yang masih baru. Puncanya hanya sedikit. Namun, masing-masing keras kepala dan ego. Masing-masing saling 'menggunakan laser'.
Maka tercetuslah pergaduhan ketika hari sudah pun hampir maghrib. Nampak macam nak parah. Aku pun bingkas bangun meluru ke arah mereka. Kedua-duanya masih bertegang. Aku cuba menjadi pendamai. Tetapi disalah erti dan dituduh lebih percayakan orang lain berbanding kawan sendiri. (bila masa pulakk!!?? Kau tu yang sombong dan ego! -cakap dalam hati je ni...)
Aku pun berkeras kepala dengan Fulanah A yang sorang ni. Ingat aku takut!?
Agak teruk, hinggakan kedua-duanya tidak bertegur-sapa hinggalah Fulanah B ni habis belajar. Dua-dua tidak bermaafan. Mangsa keadaan adalah aku dan Fulanah C. Aku ni yang tolong jadi pendamai dituduh, dan dipulaukan oleh Fulanah A!! (kenapa dia macam tu?)
Seperti yang aku selalu buat, biarkan sahaja. Tunggu masa supaya pemangsa reda amarahnya.
Alhamdulillah, berkat sabar dan doa... Kami berkawan seperti biasa...

7- Suatu hari aku menegur seseorang kerana pulang lewat... Soalan aku kepada mereka:
"Dah pukul berapa sekarang??" (bersoal jawab sekejap...)
Hanya dengan persoalan ini sahaja aku dituduh memerli mereka... Sedangkan aku bertanya. Pertanyaan yang disertakan dengan peringatan... Tetapi disalah erti lagi... Takpelah, mungkin kerana mereka masih baru... Budak SPM... Baru masuk, tak matang lagi... Aku biar...
Tapi, sangat menyedihkan... Seorang dari dua orang tersebut tidak bertegur dengan aku hingga ke hari ini... Seolah-olah aku telah melakukan kesalahan besar kepadanya... Seolah-olah tidak mahu memaafkan aku...
Takpelah... Biarlah... Biarlah mereka dengan dunia mereka... Sekiranya suatu hari nanti mereka ingin menyapa aku yang serba kekurangan ini, aku sedia menerima mereka dengan hati yang terbuka... Sedia...
Malah, sedia memaafkan mereka dan melayan mereka seperti biasa... Walau hati ini yang terseksa...
(Kesalahan aku, mungkin nada yang kurang sesuai digunakan...)

8- Suatu hari, setelah sihat dari gering... Seorang sahabat tiba-tiba mengubah pelakuan.
Wajahnya kelihatan rasa benci yang membusuk dalam hati! Ke mana-mana sahaja ada aku, pasti dia akan berpaling dari melihat wajah buruk ini...
[...sedih...]
Aku tidak tahu punca. Terus bertahan dan berbaik sangka. Namun, hari demi hari, rasa benci cik fulanah ini semakin ketara dan membara. Aku semakin dibencinya, malah apabila terlihat sahaja wajah ini, dipalingkan dengan rasa benci dan jelingan dari matanya... Hati ini semakin terguris dan sangat-sangat terguris...
Mengapa begini??? Aku sedih, malah menangis kerana tidak tahu punca sebenarnya. Masakan tidak, selama ini tidak pernah aku membuat kesalahan, tiba-tiba dibenci dengan penuh perasaan...
Bila diteliti dan disiasat, rupa-rupanya wajah buruk ini yang menjadi punca beliau bersikap begitu... Menuduh melulu. Mengikut kata hati. Tidak berbaik sangka. Hanya melihat dengan mata hati. Malah, tidak cuba untuk memahami. [Hanya itu yang dapat aku simpulkan]
Betapa sempitnya pemikiran seorang yang bergelar mahasiswi. Tidak mahu bertanya, terus meneka-neka dan bersalah sangka. Akhirnya, aku yang menjadi mangsa...
Hanya kerana muka aku yang memang dijadikan berwajah muram ketika tiada apa-apa perasaan atau peristiwa yang menghinggap. (maksudnya, gembira tidak, sedih pun tidak...biasa saja... natural...)
Aku membiarkan sahaja... Walaupun sangat sedih, sangat terluka dan sangat perit untuk menerima apa yang berlaku... Apa pun, masa yang menentukannya... Hanya pasrah dan berserah. Kini setelah 'berpisah', kami kembali bertemu semula... Bergurau senda, bergelak ketawa... Tapi, tidak seperti dulu... Juga ada rasa kekok...

9- Kali ini agak teruk... (fulanah A juga) Tiba-tiba tidak bertegur-sapa dengan aku... Aku rasa sedih. Bukan saja Fulanah A tu, tapi kawan baik dia yang baru tu pun turut tak bertegur dengan aku. Kenapa ye??? Adakah aku melakukan kesalahan dengan beliau? Adakah aku berburuk sangka dengan beliau? Adakah aku pernah memandang seorang kepada beliau? Atau pada kali ini, aku tidak bersungguh-sungguh seperti yang sebelum-sebelum ini??

Tidak bersungguh mungkin kerana aku menyangka tiada apa-apa pada awalnya. Kerana aku tidak terlibat dengan apa yang berlaku padanya. Malah, aku tidak bercerita pun kepada sesiapa. Aku juga tidak mengaibkan dia dengan peristiwa itu. Tapi, akibatnya... Aku juga yang menjadi mangsa!

Sakitnya hati ini apabila melihat gelagat fulanah A bercakap dengan classmate. Sedangkan aku hanya di sebelah orang itu...seolah-olah aku tidak wujud!
Aku tidak bersalah dengan beliau... Mengapa aku turut dipulau?? Aku tidak pernah menuding jari, tapi mengapa aku dijauhi?? Aku tidak terlibat dengan peristiwa itu, tapi mengapa aku yang dibenci kamu??

[Ya Allah... Hamba-Mu ini berdoa dan berserah... Kembalikan semula hubungan kami seperti sediakala... Biarpun kekadang hati ini terguris dengan kelakuannya...]

AKU TIDAK MAHU SYAITAN BERKEMENANGAN...
AKU TIDAK MAHU SYAITAN BERSORAK KERIANGAN...
KERANA MELIHATKAN ANAK-ANAK ADAM BERBALAHAN SERTA MEMUTUSKAN PERSAUDARAAN...


SAHABAT-SAHABAT... BERDOALAH SUPAYA KITA BERSATU HATI...
UMMAT ISLAM TIDAK AKAN MENANG SELAGI KITA MENYOMBONG DIRI...
UMMAT ISLAM TIDAK AKAN TEGUH SELAGI EGO MENGUASAI DIRI...
UMMAT ISLAM TIDAK AKAN MANTAP SELAGI PERINTAH ALLAH DIJAUHI...


Saturday, April 24, 2010

Dalam kita berjaga...

Bismillah...

Dimulakan dengan memuji ALLAH SWT... Sang Pencipta sekalian alam dan sekalian makhluk...

DIA yang menjadikan dan menciptakan... DIA yang menentukan dan mengaturkan...

MAHA SUCI ALLAH dari sebarang kesilapan dan kekurangan...

Rasa bersyukur hati ini dikurniakan adik-beradik dan sahabat-sahabat yang sangat-sangat memahami...
Sudi menerima kekurangan dan memberi peluang untuk memperbaiki kesilapan...
Sangat berlapang dada apabila daku menunjukkan sesuatu kekurangan...


******************************


Hati ibarat kaca. Jika tidak dijaga, akan mudah rapuh dan berderai. Begitulah hati manusia... Selembut manapun ia, tetapkan tercalar juga walau sekali...

Hakikatnya, sebagai seorang manusia, seringkali diri ini melakukan kesilapan.
Malah, terkadang walau cuba untuk menghindari, tetap akan terjadi...
Kesilapan-kesilapan yang menguji...

Terlalu sedih apabila memikirkan tentang kesilapan-kesilapan kecil yang sepatutnya aku hindari. Sedang aku ingin melakukan amal kebaikan, namun perasaan mad'u aku abaikan... Di manakah akan terletaknya keredhaan TUHAN???

Namun,hati ini sangat bersyukur kepadaMU, YA ALLAH...
Kerana masih memelihara diri ini dari tersungkur ke lembah kehinaan. Memelihara diri ini dari melakukan kesilapan.

Sangat bersyukur kerana ENGKAU menyedarkan 'kami' dari lena dan keseronokan dunia yang membuatkan kami alpa...kerana kami tidak akan menjadi seorang manusia yang lebih baik tanpa kekurangan dan kelemahan itu diperbaiki dan diperbetulkan.

Semoga muhasabah hari ini menjadi pengajaran dan peringatan sehingga akhir hayat kami...


*************************

Dengan namaMU, YA ALLAH.
Kami memohon agar diberi kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan langkah-langkah di bumi syuhada' ini...
Satukan hati-hati kami dalam menegakkan kalimahMU, YA ALLAh...
Selamatkanlah ukhuwwah kami
Permudahkan segala urusan kami
Tunjukkanlah jalan yang terbaik buat kami
Kami tidak mahu menjadi bahan mainan syaitan laknatullah.
Kami tidak mahu para syaitan bersorak-sorai melihat kehancuran umat Islam
Kami tidak mahu syaitan-syaitan ini berpesta melihat keretakan ukhuwwah umat Muhammad
Peliharalah kami, YA ALLAH...


*************************


Dalam kita berjaga, ada yang terluka...
Dalam kita berjuang, ada yang terbuang...
Dalam kita berhati-hati, ada yang terguris hati...

~Maafkan aku~


*************************

TERIMA KASIH SEMUA KERANA SUDI MELAPANGKAN DADA DAN TERIMA KASIH JUGA ATAS TEGURAN KALIAN

Satu tamparan yang cukup hebat buat diri ini...
Tamparan yang tidak mungkin kulupakan sehingga akhir hayat...
Moga menjadi panduan dan pedoman di masa-masa akan datang...


Saturday, April 17, 2010

hmm...

Satu persatu, hari demi hari, makin menjadi-jadi...
Kalau ade di antara kalian yang makin menyampah dengan bangsa 'ini',
aku sejak dulu lagi (1st sem, masa 1st year) memang dah menyampah dan menyumpah-nyumpah (bukan maki-hamun).
Kerana apa? Kerana sikap dan perangai angkuh, bodoh sombong & berlagak pandai mereka...
Bukan tidak ada di kalangan mereka ni yang bagus dan baik, cumanya agak minima dari yang 'ini' itu...
Mana-mana blog sahabat seMu'tah kini, semuanya menyatakan ketidakpuasan hati... Menunjukkan sikap semakin prihatin kalian terhadap isu ini...

Tak mahu bercerita panjang... Rata-rata dah menjelaskannya... cukuplah sekadar membacanya di
http://awe-donde.blogspot.com/
http://einsyie.blogspot.com/
http://uwaisqarny.blogspot.com/
http://nasrietartus.blogspot.com/

http://sinarhati.wordpress.com/

DOAKU: semoga Afifi cepat sembuh, semoga kita semua selamat dari sebarang musibah, semoga pihak MSD & kedutaan mengambil tindakan segera dan sentiasa prihatin...


MENGAPA YAHUDI BIJAK???

Mengapa Yahudi Bijak?


Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:
- makan buah sebelum makan nasi
- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa
- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan
- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung
- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)

Baca artikel di bawah… Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannya
sedang umat Islam sendiri mengabaikannya.

Wassalam

Baca… Renung… Fikir… Bertindak!
Based on true story...

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya…, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau
melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma beberapa sen US! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah ratusan juta orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

[COPY FROM: http://drbadrulamin.blogspot.com/]


Thursday, April 8, 2010

~NIKMAT KESIBUKAN~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bismillahirrahmanirrahim............

~Di saat ini aku sedang 'berehat'. Mengambil masa untuk pulih kembali... :( (Patutkah????)~

Kehidupan sebagai seorang pelajar memang sangat mencabar. Adakalanya menyeronokkan, adakalanya menyedihkan, adakalanya membosankan, dan adakalanya memeningkan. Iman turun naik. Begitulah setiap kali berlakunya perubahan pada hati dan perasaan. Seakan-akan jemu untuk menghadapi hidup ini lagi. Namun, sebagai seorang muslim yang dikurniakan iman, aku cuba untuk menghadapi kenyataan. Kehidupan ini yang telah aku pilih - 'turun' ke dunia yang fana.

Aku, salah seorang dari berjuta-juta hambaNYA yang 'memilih' untuk melihat dunia ini. Di sinilah aku membaja akar iman aku sedari kecil. Mahu atau tidak, aku perlu meneruskan kehidupan sebagai hambaNYA, kerana aku TERPILIH.

Suatu hari aku mengeluh kerana terlalu banyak perkara dan kerja-kerja yang perlu aku lakukan, hinggakan tiada masa untuk aku membuka buku walau sehalaman, walau sejam, walau seminit. Kadang-kadang hingga sangat memenatkan, yang membuatkan aku terlena saban malam tanpa berpeluang untuk aku menghadap Tuhan di sepertiga malam.

Di tambah dengan pelbagai masalah yang sebelumnya sememangnya sangat berat untuk aku menghadapinya. Almaklumlah, hidup di perantauan, memerlukan kita saling bekerjasama untuk membantu menghadapi sesekian masalah. Begitulah juga dengan aku yang tak terlepas dari semua ini.

Di satu saat dan ketika, aku sudah tidak mampu untuk menanggung semua ini. Lantaran hati tak keruan, empangan akal dan hati yang menakung air mata dari mengalir kini pecah sudah. Hinggakan tak terkata dek kerana terlalu sedih dan 'sengsara' (ampuni hambaMU, YA ALLAH). Begitulah hakikat seorang manusia yang bergelar hamba. Ada masanya iman itu akan menjadi terlalu dan teramat-amat rendah kadarnya tatkala bergelut dengan kesukaran dan kesempitan hidup. Namun, segalanya sudah tertakdir. Aku masih gagah dan mampu untuk menghadapi dunia ini walau berkali-kali aku cuba untuk 'melepaskan' tanggungjawab yang aku pikul.

Aku sangat-sangat bersyukur kerana masih dipelihara olehNYA sehingga kini. Hati ini sentiasa futur. Rasa futur yang tak pernah putus-putus, hati yang sentiasa mengucapkan mahu berlaku perkara itu, mahu berlaku... (Astaghfirullah... Na'uzubillah min zalik...)
Wa hamdan lillah kerana masih memelihara iman di hati.

Mac - bulan yang sangat-sangat menguji kesabaran aku sebagai seorang pelajar, ketua, pemimpin, hambaNYA dan sebagai ahli persatuan. Bermacam-macam masalah, berbagai-bagai kerenah... Baik Arabiyyun mahupun Maliziyyun, tak terlepas diri sendiri... Namun itulah yang mengajar aku erti kehidupan. Bagaimana mahu menyusun waktu agar pelajaran tidak terganggu. Bagaimana mahu memimpin dan menjadikan diri sebagai qudwah. Bagaimana mahu mengawal emosi. Bagaimana mahu membahagikan waktu untuk Tuhan yang mencipta. Bagaimana mahu memberi komitmen sebagai ahli persatuan.... dan bermacam-macam lagi.

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Aku 'ditarbiyyah' oleh Allah semenjak dari kecil untuk menjadi seorang pemimpin. Sehingga hari ini masih ditarbiyyah dan masih belajar selok-belok untuk menjadi seorang pemimpin dan seorang muslimah mukminah solihah yang terbaik.

Berbalik kepada tajuk entri kali ini...
Kesibukan itu sebenarnya satu nikmat bagi yang merasai. Kerana apa????
Kerana di sebalik kesibukan itulah yang membuatkan kita tidak mensia-siakan masa yang ada dengan begitu sahaja. Ada yang sibuk berkhidmat untuk masyarakat, kawan-kawan, sahabat handai, adik-beradik, keluarga dan sebagainya.

Satu hari iman dan kesabaran aku jatuh merudum. Tak bernilai lagi harganya (ketika itu) - barangkali. Apakan daya, kerana aku adalah seorang hambaNYA, hambaNYA yang biasa. Adakala iman turun naik. Agak sukar untuk mengekalkannya. Di saat-saat ini jugalah aku merasakan ingin berhenti dari semuanya. Malah pernah terfikir, "Untuk apa aku hidup???" (Astaghfirullah... ampunilah hambaMU ini YA ALLAH...) Begitulah kata hati yang tidak dipandu arah oleh akal. Semahu-mahunya berkata-kata sekehendaknya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dan di saat itu juga aku terfikir ingin meminta 'dilepaskan'. Dilepaskan dari segala masalah, dan tanggungjawab. Tak keruan... Dua minggu berada dalam fatrah yang sangat menekan jiwa. Hingga tidak bersemangat untuk menghadapi hidup, imtihan dan segala-galanya.

Namun, cuba aku gagahkan diri ini dari semua itu yang membelenggu jiwa ini. Memetik kata-kata seorang teman dalam status YMnya... "Bagaimana dapatku terbang ke angkasa, andai kaki dibelenggu rantai dunia (bumi)"...

Di saat ini aku sedang 'berehat' sebenarnya... Mengambil masa untuk pulih kembali... Sudah seminggu lebih aku tidak sibuk dengan perkara-perkara berpersatuan, dan yang seangkatan dengannya. Mungkin hanya busy dengan kelas-kelas tafaqquh, kelas al-quran, dan latihan silat.
Namun, disebalik kerehatanku ini, kini kukembali merasakan kekosongan dalam hidup ini.

"Sunyinya..." getus hati kecil ini.

Sunyi yang mungkin bermaksud agak lama berehat, rindu untuk kembali sibuk. (^_^)
Terasa rugi tidak 'mengeluarkan peluh' untuk berkhidmat. Malah masa rehat dan kekosongon ini dirasakan seolah-olah sia-sia kini. Mungkin sudah sampai masanya untuk aku kembali ke medan perjuangan.

Muhasabah kembali, Firman ALLAH (2:216) : "...... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Cukuplah sudah masa untuk aku 'berehat'.
Aku perlu kembali ke medan jihad.
Melawan segala nafsu dan perlu kuat.
Di hadapan ku berjuta ummat.
Memerlukan kekuatan dan khidmat.
Aku perlu tabah dan kuat tekad.
Agar mereka tidak terjatuh di medan jihad.
ALLAHU AHAD!!!!
Aku akan kembali dengan harapan dan semangat...

p/s: Ambil yang jernih, buang yang keruh.
Bukan menceritakan suka-duka kehidupan untuk mencari publisiti murahan.
Sekadar berkongsi idea dan pengalaman.
Yang baik-baik itu harap dijadikan teladan dan pengajaran.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Pintaku: Moga Allah memberi semangat dan keberkatan dalam kehidupanku di hari-hari yang mendatang... Doaku untuk kalian juga... Serta keluarga di Malaysia...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tuesday, April 6, 2010

KENALI MEREKA































(Mula dari kiri bahagian atas. **Sebarang pembetulan silakan...)

1- al-Albani
2- Abdul Aziz bin Baz
3- Mustafa Masyhur
4- Syeikh Abdul Fattah... See More
5- Shaikh Saleh al-Fewzan
6- Said Hawwa
7- Abdul Qadir Audah
8- Almarhum Syeikh Ahmad Deedat
9- Abdullah Khatib
10- Shalih al-Uthaimin
11- Nadawi
12- Arnaut
13- Almarhum Muhamad Mutawalli al-Sya'rawi
14- Almarhum Syeikh Badiuzzaman Said an-Nursi
15- as-Syaheed Syed Qutb
16- Syed Ramadhan al-Buty
17- Sayyid Abul A'la al-Maududi
18- Almarhum Syeikh al-Azhar Abdul Halim Mahmud
19- Ustaz Fathi Yakan
20- Syeikh al-Ustaz Wahbah al-Zuhaily
21- Umar Tilmisani
22- Syeikh Yusuf al-Qardhawi
23- as-Syaheed Imam Hassan al-Banna
24- Syeikh Muhammad Faraghi
25- al-'Allamah Maulana Saiyid Abul Hassan 'Ali al-Hasani an-Nadwi
26- Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah (HAMKA)
27- Sheikh Abdullah 'Azzam
28- Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni
29- Almarhum Syeikh Syed Sabiq
30- Dr. Aziz Rantisi
31- as-Syaheed Syeikh Ahmes Yassin
32- TG Nik Abdul Aziz Nik Mat
33- TG Haji Abdul Hadi Awang
34- al-Marhum Ustaz Fadhil Noor
35- Hassan Din
36- DS Ir. Mohamad Nizar bin Jamaluddin
37- Zainab al-Ghazali

38-Ruqaiyah


Monday, April 5, 2010

HARAPAN PADAMU SUBUR KEMBALI

MUNSYID: SAUJANA

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutAlign Centerkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

* Muhasabah buat diri ini... Moga menjadi hamba yang lebih baik...


Saturday, April 3, 2010

TIDAK LAYAK UNTUK AKU MENGATAKAN CINTA KEPADANYA

Kalau diamat-amati, kalau dicari-cari, kalau diperhati, betapa agung dan mulianya seorang kekasih Allah yang bernama MUHAMMAD. Akhlak dan peribadi mulia yang sangat tinggi. Senyum dan santun mengalahkan seorang puteri. Manis dan indah tiada terperi. Tidak dapat digambarkan bagaimana indahnya wajah baginda.

Betapa beruntungnya mereka yang dapat melihat baginda. Tatkala hati ini kesepian, dirundung kesedihan, aku membelek-belek bahan bacaan yang mungkin dapat menaikkan semangat aku untuk terus hidup. Tercapai cursor ke blog ini.

Meneruskan perjalanan buat bekalan rohani dan minda. Terkedu membacanya. Sinopsisnya, buat diriku. Biarpun bukan aku yang berada di tempat itu, namun terasa sangat beruntung sekali menjadi ummat di Muhammad di akhir zaman ini. Baginda terlalu rindukan ikhwannya, dan ikhwan itu adalah ummatnya, dan ummatnya itu adalah KITA! Kita yang berada di akhir zaman ini.

Betapa sayangnya baginda kepada kita. Menangis baginda! Kerana kita adalah ummatnya.

Menangiskah kita apabila mendengar nama baginda? Rindukah kita apabila kita berselawat kepadanya? Sayangkah kita kepada baginda dengan hanya berselawat ke atasnya? Sayangkah kita kepada baginda dengan hanya mengingati sirah perjuangannya?

Kukatakan kepada diri: "Sabarkah kamu sepertimana Rasulullah bersabar?"
"Ikhlaskah kamu sepertimana baginda ikhlas?"
"Sayangkah kamu kepada masyarakat sepertimana sayangnya baginda kepada ummat?"

Malu aku kepada Rasulullah! Sakit yang sedikit ini tidak mampu untuk aku bertahan! Malah, mengeluh, menangis, seolah-olah akulah orang yang paling menderita!!!

YA RASULALLAH!!! SEANDAINYA ENGKAU BERADA DI SINI, SUDAH TENTU ENGKAU MENANGIS MELIHAT UMMATMU INI!!... - sakit yang sikit tidak tertahan, luka yang kecil ditangiskan... Sedang engkau lebih-lebih lagi sakitnya menghadapi segala dugaan. Di saat kau menerima wahyu, menggigil seluruh tubuhmu. Di saat kau bertemu Yang Maha Agung di peristiwa Israk Mi'raj, berpuluh-puluh kali bertemu dengan Tuhanmu, demi ummatmu yang tercinta. Di saat kau berada di bumi Thaif, berdarah dirimu dilukai batu-batu dari penduduknya.
Aku?????????

Patutkah lagi untuk aku terus menangis ??? Patutkah lagi aku mengeluh dan meraung???

~Rasulullah sedang memerhatikan kita. Baginda sentiasa mengingati ummatnya.~

***************

Wahai ummat MUHAMMAD! Bangkitlah kalian menuju ke medan jihad.
Lupakan segala sengketa, duka dan lara.
Kerana kita punya tanggungjawab yang lebih besar.

Sedarlah! Segala kesakitan dan kesedihan kita akan berbalas di akhirat kelak dengan keSABARan yang kita pertahankan.


~MOTIVASI DIRI~
12.20, Fuqaihah

TERIMA KASIH YA ALLAH! ENGKAU TELAH MENYEDARKAN AKU YANG LEKA DENGAN KESEDIHAN DAN KESENGSARAAN YANG TERAMAT-AMAT SEDIKIT DAN KECIL INI...


TYDP PAS KUALA KANGSAR MENINGGAL


Timbalan YDP PAS Kuala Kangsar, Ahmad Mokhtar bin Abdul Mutalib telah kembali ke Ramatullah kira-kira jam 2.53 pagi tadi (2 April 2010) di Hospital Taiping. Jenazahnya dijangka akan disolatkan di Surau Taman Seri Merchu, Kuala Kangsar kira-kira jam 11.00 pagi, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Baru, K.Kangsar. Al Marhum meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Al Marhum telah terlantar di hospital Taiping sejak beberapa minggu yang lalu akibat penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Datuk Tuan Guru Presiden PAS sewaktu berkunjung ke Perak bulan Mac yang lalu sempat menziarahi beliau di kediamannya.

Al Marhum aktif dalam PAS Kawasan sejak sekian lama, menjadi Timbalan YDP Kuala Kangsar sejak beberapa penggal yang lalu sehinggalah sekarang. Sumbangan kepada PAS Kuala Kangsar sukar dicari ganti, mudah mesra dan senang bergaul dengan orang ramai walaupun berbeza fahaman politik. Al Marhum sangat tegas dalam menyatakan pendirian dan polisi perjuangan. Di atas pengorbanan dalam perjuangan, al Marhum sangat disegani oleh semua orang terutama di Kuala Kangsar.
Semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt, dan PAS Perak merakamkan takziah kepada ahli keluarga dan PAS Kawasan Kuala Kangsar di atas pemergiannya serta bersabarlah menghadapi musibah ini.

sumber: misabah.blogspot.com

kepada Aimi Mardhiah & Ahmad Munzir serta keluarga... TAKZIAH DIUCAPKAN... semoga tabah menempuhi hidup...


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More