I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

STAY TUNE....

STAY TUNE....
ISLAM

Wednesday, February 24, 2010

TERKINI

SAMBUTAN MAULIDURRASUL & PELANCARAN BULAN BIAH SOLEHAH 2009/2010

TARIKH: 4 MAC 2010

(19 RABI’U al AWWAL 1431 H)

HARI: KHAMIS

TEMPAT: MUDARRAJ SYARIAH, UNIVERSITI MU’TAH

MASA: 4.30 PTG

(berkumpul di Masjid Syuhada’)


Wahai sahabat-sahabat sekalian, JOM ramai-ramai kita memeriahkan majlis ini


ATURCARA MENARIK MENANTI ANDA

· Tayangan Slideshow

· Persembahan Pelajar

· Forum Maulidurrasul s.a.w

· Jamuan makan tidak ketinggalan

· Dan banyak lagi…


Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang terbaik (al-Ahzab (21): 21)


“ Mahasiswa perlu mengamalkan dan berperibadi dengan akhlak yang mulia seperti yang ada pada diri Rasulullah s.a.w kerana baginda lah contoh ikutan yang terbaik.”- oleh Datuk Prof Dr. Syed Othman Muhammad Al-Habshi (CEO UNITAR)

ANJURAN: BIRO BIMBINGAN ROHANI, PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA UNIVERSITI MU’TAH (PERMATA) 2009/2010



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




PERTANDINGAN CIPTA SEPANDUK
SEMPENA MALAM SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H/ 2010

BIRO BIMBINGAN & ROHANI 09/10

SYARAT PERTANDINGAN SEPANDUK, SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1431H :


1. Setiap sepanduk hendaklah menggunakan ukuran 1 meter lebar, 2 meter panjang

2. Setiap sepanduk hendaklah menggunakan kain dan tanpa bingkai

3. Warna kain adalah putih dan jenis kain adalah bebas.

4. Ayat Al-Quran atau hadis yang bertulis pada sepanduk hendaklah ditulis dengan tulisan tangan dan bukannya bercetak sementara terjemahannya dalam tulisan rumi.

5. Nama program iaitu “Sambutan Maulidur Rasul SAW 1431H/2010M” hendaklah dimasukkan
didalam sepanduk.

6. Tema sambutan Maulidur Rasul SAW 1431H/2010M iaitu "Kerana Dirimu Begitu Berharga" hendaklah juga dimasukan di dalam sepanduk.

7. Nama bagi setiap kumpulan bebas untuk diletakkan didalam sepanduk.

8. Semua kumpulan tidak dibenarkan membawa sepanduk berlambangkan parti politik.

9. Sepanduk yang tidak memenuhi syarat tidak akan diadili

10. Johan sepanduk untuk semua kategori hendaklah diserahkan dan akan menjadi milik penganjur


Tarikh Tutup Penyertaan:

Sepanduk hendaklah dihantar kepada urusetia pertandingan, selewat-lewatnya pada:

2 Mac 2010 (Selasa )


PENGHAKIMAN SEPANDUK

Penilaian pertandingan sepanduk berdasarkan kepada aspek berikut:

• Khat Arab - 40 markah
• Khat Rumi - 20 markah
• Bentuk/Keseluruhan - 30 markah
• Kesesuaian - 10 markah

Waktu penilaian pertandingan sepanduk akan dilaksanakan bermula 2 Mac hingga 3 Mac. Kumpulan yang lewat menhantar pada masa yang ditetapkan tidak akan diadili.


* KESEMUA SEPANDUK ANDA AKAN DIPAMERKAN SEMASA MALAM SAMBUTAN MAULIDURRASUL DAN 5 YANG TERBAIK AKAN MENDAPAT HADIAH YANG ISTIMEWA.


MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI USTAZ AMIRO SAFWAN BAGI SYABAB, USTAZAH AISHAH HARUN BAGI AKHAWAT


Tuesday, February 9, 2010

TERLEPAS...

Hehehe.. entri kali takde apa-apa pun...

Sekadar ingin memuji Sang Pencipta sekalian alam...

Agak terkejut sebenarnya dengan kejadian baru-baru ni, salji yang turun tanpa dijangka.

Melihat pada status YM sahabat-sahabat, bunyinya seolah-olah sangat indah! :

"Salji turun!"

"Subhanallah! Cantiknya!"

"Subahanallah! Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang melihat keindahan ciptaanMu ini..."

Begitulah antara yang tertera di status YM mereka...

Memang seperti yang dijangka, tahun ni lebih lebat berbanding tahun lepas.

Tahun ni teman tak berpeluang melihat salju yang memutih di seluruh pekan cowboy ni.

Ada perkara yang perlu diselesaikan.

Sepanjang perjalanan berfikir, betul ke esok turun salji??

Kalau turun macam mana??? Hmm...

Sebabnya tidak ada tanda-tanda jelas...

Ada yang kata salji turun hari Sabtu...

Apa pun, semua itu adalah kehendakNYA...

Tugasan teman ni yang lebih penting berbanding salji tersebut.

Alhamdulillah, tidak terdetik pun rasa kecewa.

***********************

Di hati ini sudah cukup gembira sebenarnya

Walaupun hanya dengan melihat

Gambar-gambar dari teman-teman serta sahabat-sahabat yang lainnya.

***********************

Apa pun, sebagai hamba teringin benar rasanya melihat keajaiban berlaku sekali lagi...

Melihat salah satu tanda keagungan Allah Subhanahu wa Ta'ala

Bila lagi agaknya dapat melihat keajaiban ciptaan Ilahi??

Dapat menjejakkan kaki ke bumi anbiya' ini juga

Salah satu nikmat yang paling berharga dalam hidup teman

Malah, satu-satunya impian antara impian-impian lain yang telah tercapai.

*********************

Teman sekarang sedang menggarap impian

Melakarnya dengan penuh keindahan

Moga-moga jua akan menjadi satu kenyataan

Semoga segala impian yang kulakarkan ini akan menjadi kenyataan

Aminn...

*********************

Psstt! Kamume pun doakan juga untuk teman ye...


Monday, February 8, 2010

SEORANG PEJUANG YANG BERSENDIRIAN

Seorang pejuang yang sendirian
Meniti hari-hari yang berbaki
Mengutip ilmu-ilmu Ilahi
Melalui mehnah-mehnah yang berduri

Seorang pejuang yang sendirian
Dirundung hiba tatkala tak keruan
Mengesat air mata yang mengalir kehangatan
Mengharap bantuan dari-Mu YA TUHAN

Seorang pejuang yang sendirian
Adakala bermonolog di tengah kesepian
Tiada teman bual bicara
Hanya pena serta komputer riba tempat luah bicara

Seorang pejuang yang sendirian
Tertanya-tanya pada diri
Adakah benar memperjuangkan
Apa yang telah diperintah Ilahi

Seorang pejuang yang sendirian
Kulihat dirinya kini kelesuan
Menghitung segala amalan
Yang masih belum kecukupan

Seorang pejuang yang sendirian
Kekadang dirinya keriangan
Menutup segala kekusutan dan kelemahan
Agar jiwanya kembali kekuatan

Seorang pejuang yang sendirian
Kekadang tersenyum yang memaniskan
Mengambus segala kepahitan
Yang sedang diri rasakan

Seorang pejuang yang sendirian
Kekadang menangis keseorangan
Tatkala tiba masa pecahnya empangan
Air mata berlinangan

Seorang pejuang yang sendirian
Apakah yang dirinya fikirkan
Apakah yang dirinya mahukan
Apakah yang dirinya perlukan

Seorang pejuang yang sendirian...

Hanyalah ALLAH yang tahu jawapan....


****************************


KISAH SEORANG SAHABAT...

Suatu hari seorang sahabat (si A) berkata pada dirinya sendiri...

"Ke mana aku suatu hari nanti??? Bagaimanakah aku di sana nanti?"

Dirinya sentiasa memikirkan dan mencari jawapan, namun dirinya agak sedikit untuk beranjak dari kedudukannya yang sekarang. Perlukan perubahan! Berubah ke arah yang lebih baik.


**************************

Di suatu hari, Si A ini meluahkan rasa di hatinya kepada sahabat baiknya Si B.

"B, aku rasa nak menangis je hari ni."

"Kenapa?" soal B.

"Aku tak larat laaa..." jawab A.

"Tak larat?? Tak larat ape ni?? Kau ni kenapa?? Cuba terus-terang dengan aku... Aku rimas la cakap sikit-sikit ni!" soal B yang hampir-hampir gagal mengawal emosi dek kerana tidak selesa dengan kata-kata si A.

"Aku rasa serabut sangat. Macam-macam aku kena buat. Aku rasa aku tak mampu nak buat semua ni. Aku tak mampu nak pegang semua jawatan dan tanggungjawab yang dibagi. Kau boleh tolong aku tak?? Aku rasa lemah sangat, letih sangat ni... Aku rasa dah tak sanggup lagi nak teruskan semua ni... Aku nak letak jawatan..."

"Ya Allah! Ini ke masalahnya??? A, kau dengar aku cakap ni baik-baik. Sekarang ni, satu pahala kau dah hilang. Pahala sabar. Kau tau kenapa? Sebab kau merungut atau kata lainnya mengeluh..."

"Mana ada aku merungut!! Mana ada aku mengeluh!! Mana ada!! Tak ada!!" pintas A dengan segera, meradang.

"Sape kata takde??? Cuba kau fikir baik-baik, kenapa kau diberi semua ni? Cuba kau ingat balik, apa tanggungjawab kau sebagai seorang muslim terhadap masyarakat???? Dan seperkara lagi yang kau kena ingat, Allah sebenarnya sayang kau... Bukan senang kita nak hidup kat dunia ni"

Menitik-nitik air mata Si A keharuan tatkala mendengar peringatan daripada sahabatnya Si B. Tatkala keharuan mengingati kasih sayang TUHAN kepada hamba-hambaNYA yang terpilih. A berkata dalam hati, Ya! Aku tahu semua itu... Tapi.......

"Kita nilah orang-orang yang terpilih untuk diuji... Kita jugaklah yang sedang memikul tanggungjawab yang orang lain tak dapat. Kita jugaklah yang sering kehilangan masa untuk fokus lebih terhadap pelajaran... Kita jugak yang perlu ke sana ke mari untuk melaksanakan tugas sebagai pelajar, pimpinan, dan sebagai penerus perjuangan... Memang tak mudah untuk kita semua lalui semua tu..." terang B dengan panjang lebar. Si A merenung B yang hampir-hampir tersedu-sedu. Mungkin kerana dia juga mengalami perkara yang sama.

Masing-masing diam...

"A,...." Si B menyambung kembali,

"Aku tak nak tengok kau sedih-sedih macam ni lagi... Aku tak nak tengok sahabat aku dalam keadaan murung macam ni. Kalau kau rasa sedih, kau mengadulah kepada ALLAH. Itulah jalan yang terbaik, dan itu jugalah jalan untuk kau supaya tidak menunjukkan wajah sedih kau pada aku lagi..."

A merenung wajah B, namun tak dapat dilihat kerana dia berpaling ke belakang. Namun, A tahu, pastinya B juga mengalami keperitan sepertinya... Masakan dia berpaling ke belakang. Pastinya dia tidak mahu menunjukkan wajah sedihnya kepada orang lain.

"Tidak pernah aku melihat wajahnya bersedih" getus hati kecil A.

Sunyi seketika. Terlintas kembali segala permasalahan yang tadi. Hati hiba tiba-tiba. Rasanya seperti mahu menangis...

"Aku tidak mahu jawatan-jawatan ni, aku tak mampu! Aku tak mahu jadi naqibah! Aku tak reti, tak pandai!.... Aku takut dakwah aku tak sampai... Aku takut tak sampai apa yang sepatutnya disampaikan... Tapi, orang lantik aku, orang pilih aku. Orang yang............. hmmm.... Macam mana ni???????? Aaaaaaaaaaaa (menangis)" bentak A di dalam hati.

"B, boleh tak kau tinggalkan aku kejap? Aku nak sorang-sorang sekarang ni"

"Okay"jawab B.

Sementelah berlalu sahaja Si B, Si A menangis teresak-esak. Tidak tertahan air matanya untuk keluar mengalir. Menangis memikirkan kemampuannya untuk memikul segala amanah yang diberi. Mampukah dia???

***********************

Sahabat-sahabat serta para pembaca yang budiman sekalian, Si A ini adalah sahabat kita...
Apakah kita mahu membiarkan dia keseorangan? Bantulah dia. Dia sangat memerlukan kata-kata semangat, kata-kata nasihat... Nasihatilah Si A... Sekiranya anda (Si B) mengakui Si A adalah sahabat anda, bantulah ia...

Serta, seandainya anda berada di tempat A, apakah yang akan anda lakukan???
Adakah perkara yang sama sepertinya??

Fikir-fikirkanlah...

Sedikit santapan untuk tatapan kalian




***********************


RUKUN IMAN YANG KEENAM

Pastinya sahabat semua maklum mengenai rukun iman ke enam yang wajib untuk kita beriman dan beramal dengannya iaitu percaya kepada qada’ dan qadar yakni kepada ketentuan dan sukatan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Soal mati, jodoh, rezeki semuanya telah ditetapkan di Lauh Mahfuzh sepertimana hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi:

‘Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi shallallaahu’alaihi wa sallam lalu beliau bersabda :‘Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (artinya): Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu, dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah telah taqdirkan atasmu, pena-pena telah terangkat, dan lembar tulisan pun telah kering.’

Tidak saya berniat untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai qada’ dan qadar, tetapi sahabat boleh klik di sini untuk penjelasan lanjut mengenai rukun iman ke enam ini. Perkara yang ingin saya bincangkan di sini adalah bagaimana kita beramal dengan rukun iman ini.

Iman dan Amal

Acapkali apabila kita di uji kita disuruh untuk bersabar, selain bersabar Allah swt juga menganjurkan untuk kita bersolat (Al-Baqarah:45). Apabila kita bersabar, ia dikatakan sebagai sebahagian daripada iman,pernahkah sahabat persoalkan apakah kaitannya dengan iman?

Sabar dan Iman

Melalui jalan sabar ia membuka pintu untuk kita menerima dan redha pada ketentuan Allah swt yakni rukun iman yang ke enam.Tanpa sabar pastinya setiap diri yang di uji akan melatah dan tunduk pada pujukan dan hasutan syaitan yang durjana. Ketika diri di ujilah,segala bisikan syaitan akan cuba meracuni minda, pelbagai andaian yang timbul, kalaulah begini, kalaulah bagitu sedangkan Rasulullah saw telah bersabda:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Hati juga mula merasa gelisah, solat tidak dirasakan khusyuk lagi dan kehidupan seluruhnya menjadi tidak menentu hanya kerana ujian yang menimpa. Maka Allah swt tekankan bahawa ‘sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;’ (Al-Baqarah:45) di dalam ayat yang sama.

Ini kerana apabila merasa beban ujian dari Allah swt semakin sukar dirasakan untuk menghadirkan hati dan memperoleh khusyuk ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang semakin rakus cuba untuk melemahkan lagi iman di hati.

Oleh itu, seharusnya kita sentiasa perlu menyedari keperluan untuk beramal dengan rukun iman ke enam ini dan bukan sekadar cukup untuk menghafalnya sahaja dari kecil sehingga dewasa tanpa ada sebarang tambahan nilai kepadanya. Moga dengan itu, apabila kita diduga oleh Allah swt kita sedar dan tidak terjerumus ke lembah yang hina.

Tiada siapa yang dapat lari dari ujian,bezanya adalah bagaimana seseorang hamba itu berdepan dan menghadapi ujian tersebut sepertimana Allah swt telah berfirman yang bermaksud:

‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).’ (Al-Baqarah:214)


Berpegang teguh kepada tali Allah swt

Hanya Allah swt yang mampu memberikan kekuatan kepada hati yang sememangnya dimilikiNya. Maka,apabila kita diuji oleh Allah swt seharusnya kita kembali merintih kepada Maha Pengasih dan bermuhasabah keadaan diri. Jangan pernah berputus asa kerana qada’ dan qadar yang ditetapkan pasti ada hikmahnya kerana Allah swt tidak akan menzalimi hamba-hambaNya sepertimana janjiNya dalam al-quran(Al-Imran:108).

Walaupun hakikat cubaan amat pahit untuk ditelan namun demi kebahagiaan yang lebih hakiki kita perlu untuk terus berpegang teguh kepada tali Allah swt, telusurilah perjalanan Rasulullah saw dan para sahabat yang hanya bertemankan jalan berduri dan bandingkanlah keadaan diri sendiri. Jangan pernah menipu dan mengaku bahawa ‘akulah orang yang paling malang di dunia’ kerana tiada yang lebih malang dari mereka yang jauh dari rahmat Allah swt yang dijanjikan azab yang kekal dan tidak terperi hebatnya.(Al-Imran:177)

Yakinlah ada pelangi di hujung jalan itu

Oleh itu marilah wahai sahabat semua, kita sematkan dan tambahkan keyakinan kita kepada rukun iman ke enam ini. Ketahuilah bahawa syurga yang penuh nikmat kebahagiaan dan kekal selama-lamanya itu hanya dijanjikan kepada meraka yang benar-benar layak sahaja.Dan jalan untuk melayakkan diri ke sana adalah melalui dugaan-dugaan yang diberikan di sepanjang kehidupan ini.

Walau apa jua dugaan yang kalian hadapi, ketahuilah Allah kan pasti sentiasa di sisimu, tersenyum melihat hambaNya yang sering bersyukur dan redha pada qada dan qadar Nya. Maka, tenanglah wahai jiwa-jiwa yang diuji.

Wallahu’alam





KEJAYAAN ITU MILIK KITA SEBENARNYA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Baharu saja berlalu musim peperiksaan. Keputusan pun dah dapat. Tapi, hasil yang sangat tidak memuaskan. Mengapa ye?

Semuanya terletak pada diri masing-masing... Sejauh mana kita berusaha, sebanyak itu jugalah yang kita dapat.

Ramai yang kata bidang bahasa arab ni susah. Kena study betul-betul. Memanglah!
Pelajaran apa pun kena study betul-betul! Kalau bidang syariah sekalipun, tak fokus, tak belajar betul-betul, agak-agak apa yang kita dapat masa peperiksaan nanti? Agak mustahil kalau kita kata soalan susah, sedangkan orang lain dapat menjawab dengan mudah.

Pertingkatkan usaha.

Bagi ana, apa sahaja bidang semua sama. Perlukan mujahadah untuk memperolehinya (ilmu).
Tidak ada yang mustahil. Sebelum-sebelum ni, ada berchit-chat dengan saudara di Mafraq.
Bila ditanya:

"Kenapa tak dapat 19 ke, 20 ke?"

Ana menjawab:

"Hmm, jangan haraplah!"

Dia kata lagi:

"Kenapa pulak??? Boleh je kan? Kita je yang tak bersungguh sebenarnya. "

(Bukk!! Masa tu rasa cam kena penumbuk je... hahaha. Malu sangat rasanya. Walaupun tak bersemuka.)

Ana berkata-kata dalam hati: "Memang pun. Aku yang tak bersungguh sebenarnya. Tak mustahil kalau aku bersungguh-sungguh"

**************************************

Baru-baru ini, keputusan sesetengah madah agak kurang memuaskan. Semua disebabkan aku kurang persediaan dan belajar sambil lewa.

Sepatutnya aku dah mengambil kira setiap tanggungjawab yang aku perlu lakukan. Tapi, apa yang aku buat??

Minggu lepas, berkesempatan berjalan-jalan. Menginap sementara di rumah seorang sahabat. Seorang yang bakal bergelar doktor. Dari mula sampai hinggalah aku pulang, kagum dengan beliau. Di tengah kesibukannya, masih lagi mampu untuk membuat banyak perkara. Boleh siap pada masa yang dikehendaki. Berkejar-kejar untuk membuat itu ini, berkejar-kejar ke kelas pula, kemudian kembali ke rumah untuk menyiapkan tugasan lain.

Hidupnya sangat padat dengan kelas, tugasan-tugasan harian, tugasan-tugasan sebagai seorang muslimah, malah banyak perkara yang aku tak buat dia buat. Meskipun bakal bergelar doktor, diruang rak bukunya tidak terlepas kitab-kitab agama yang aku sendiri tidak ada. Menghafal hadis, bertadabbur. Amalan-amalan sunat juga aku kira hampir-hampir complete bagi aku sebagai hamba Allah, pada pandangan mataku sendiri.
Rasa malu dengannya.

Apapun, setiap perkara yang aku lalui di rumahnya, aku nilai dan aku ambil akan pengajarannya. Tidak patut aku melepaskan peluang hidup di dunia ini. Sangat bersyukur kepada Allah kerana masih sayang kepadaku dan masih memberi peluang kepadaku untuk beribadah kepadanya, dan terima kasih YA ALLAH kerana membuka mata zahir dan mata hatiku untuk menilai amalan-amalan yang masih belum dilakukan sebagai hambaMU.


.::: Bicara Rasa Bicara Hati :::.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang mari di hujung bahu,
Jangan serang membabi buta,
Jerat maut sedia menunggu.

Seni cindai pusaka purba,
Disandang oleh panglima Melayu,
Kalau engkau sudah sedia,
Aku telah sedia menunggu.

Ahlul Bayt Fuqaihah

PENGUNJUNG

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More