Pages

Sunday, January 24, 2010

aku dia & puisi....

Pesanan buat teman

Ku biarkan jemari ku menulis
Bicara yang tersirat d’hearty
Agar terubat segala keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Jauh langkah kaki ini
Mencari yang abadi belum ku temui

Rona-rona kehidupan silih berganti
Memalitkan seribu satu erti
Di balik perkenalan itu masih ku ingati
Kau teman yang jauh di sana
Ku titipkan doa agar kau bahagia
Sayup dalam hati ini aku merindu
Bait kata-kata mu

Walau tidak bersua lagi
Percayalah pada janjiku
Akan ku hulurkan bantuan
Jika kau memerlukan
Tanda kasih kita teman
Kau sahabat dunia&akhirat

Itu Aku....

Kerna limpah kasihNYA aku masih bernafas hingga ke detik ini..sepanjang 19tahun aku berpijak di bumi allah dan berbumbungkan langitNYA yang luas hanya kesyukuran dapat aku panjatkan.

17februari1990…(7.45pagi)
Aku lahir di bumiMU yang indah ini dengan kudrat ibuku yang amat aku sayangi, jahillah siapa yang tak mengasihi ibu sendiri. Pengembaraanku bermula sebagai khalifah di muka bumi. Terima kasih emak memberikan adik peluang melihat alam ini. Walaupun kelahiranku tidak di duga kerna usia ibu mencecah 50tahun namun aku dibesarkan bagai sang putri (^_^). Abah pula gigih mencari rezeki buat anak2 di rumah.

21jun2000…(3.15pagi)

Abah kembali ke rahmatullah, bukan senang untuk menerima kepergian insan yang menemani perjalanan hidupku, walaupun usiaku hanya 10tahun waktu itu namun aku dapat mengingati tiap detik peristiwa yang berlaku. Apa yang aku kesali aku tak sempat memberikan kucupan terakhir untuk abah. Itulah yang dikatakan takdir, abah pergi sewaktu aku baru saja belajar mengenal kehidupan. Sejak detik itu aku sendiri, mengemudi hati & nurani dalam mencari yang hakiki.
Pesan abah: biar orang buat kat adik tapi adik jangan sekali2 buat dekat orang.
Hanya iringan doa seorang anak aku kirimkan dalam solatku. Buat abah semoga rohmu sentiasa dirahmati.

8januari2003...(8.30pagi)

Buat pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi SAKTI, hujan renyai2 mengiringi kedatanganku. Aku masih ingat waktu itu, hari pendaftaran pelajar2 tingkatan satu di sekolah berasrama penuh yang menjadi impian abah & emak suatu ketika dulu. Langkah pertamaku ke alam impian ( 1 step forward) bukan nama sekolah yang aku kejarkan bukan status pelajar bestari aku idamkan tapi sebuah impian kearah kejayaan. 5 tahun menggendang cita2 masam & manis aku telan bersama, kesemuanya ada dalam palitan kenangan. Jatuh bangun aku dikongsi bersama teman-teman seperjuangan, biarpun aku tak dapat menjadi star fish(bukan patrick) seperti teman2 lain namun aku percaya AllAH itu maha Adil. Segala ajaran & panduan guru2 aku genggam untuk kembara aku yang masih panjang ini.

7julai2009...(10pagi)

Aku terlewat untuk pendaftaran gara2 sibuk memenuhkan bonnet kereta citra kak long. ”Andai itu takdirnya aku terima dengan hati yang redha.” hatiku mengomel sendiri. Pagi itu aku melaporkan diri di RCMP singkatan untuk Royal College Of Medicine Perak. Kalau ada parameter untuk ukur perasaan mesti aku fail sebab hati aku cacamarba(ustz hisyam). Apa tidaknya aku mendaftar sebagai pelajar perubatan [ macam emas satu guni jatuh atas riba]. Selepas aku kalah di medan SPM aku fikir peluang untuk ke bidang maut ni dah habis rupa-rupanya Allah lebih mengetahui. Bukan harta yang aku kejar atau title DOKTOR tapi harapan ayahanda yang tak pernah luput dari memori. Salah seorang kawan aku pernah bertanya tentang abah, waktu itu bulan ramadhan 2009. Pertanyaan dia berkisar tentang kewujudan abah...samaada aku masih punya abah atau tidak sebab dia kata aku selalu sebut tentang arwah abah. Hasil dari pertanyaan itu aku menangis sendirian...abah tak penah hilang dari hidup adik abah sentiasa dalam hati adik. Semangat dan impian abah aku sematkan dalam qalbuku.

Tuesday, January 12, 2010


sebelum snorkeling...



sunset...


buaian tempat berangan...heheh

pangkor & segala memorinya....

dalam mencari yang Esa, aku temui pelbagai bisa...akhirnya aku humbankan diri ke pulau pangkor demi sebuah ketenangan...percutian bersama anak2 (sedara) memang seronok... snorkeling yang x dilupakan...walau jauh mana aku berlari rahmatnya pasti di rasai...indahnya ciptaan MU