
Ana rasa macam sesuai je kan letak gambar budak perempuan yang pakai baju pink yang cantik kat atas ni. Muka nya macam confius sbb ana pun tengah confius tak tahu nak taip apa kat blog yang hampir 2week tidak update ini. Lamanya tak menulis kat sini..di kesempatan ini ana ingin menukilkan sesuatu yang bersemangat. Ana terfikir2..kenapa ana datang ke Mesir? kenapa ana susah2 nak habiskan wang ringgit datang jauh berpisah dengan famili yang tersayang? adakah sebab ana saja2 seronok? isi masa masa lapang? suatu malam sebelum mata ini tertutup ana dapat rasa sesuatu hadir dalam hidup ana..satu slogan yang berbunyi...
"SAYA DILAHIRKAN UNTUK BERJAYA"
*********************
sesi ceramah motivasi edisi IMTIHAN percuma..sila dapatkan disini.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan pelajar Mesir yang ditimpa masalah tekanan perasaan yang teramat sangat. Perasaan itu datang apabila esok exam syafawi(oral test).
manakala tak lama lagi exam tahriri (bertulis)pula. Perasaan ini akan datang mengetuk ruang fikiran dan mengganggu ketenteraman awam di kawasan otak kanan dan menyebabkan hafalan sukar nak masuk. Ana sangat arif dan berpengalaman dalam masalah ini. Jangan risau kawan-kawan.. semua orang pernah mengalaminya.. Adakah anda akan merasakan simptom2 seperti dibawah?
(1) Rasa seperti ingin menonton cerita dalam laptop beramai2
(2) Rasa seperti ingin mencipta masakan terbaru
(3) Rasa seperti ingin dinner di paris-perabih duit
(4) Rasa seperti bermain lumba lari di taman
(5) Rasa ingin menjadi sleeping beuty sepanjang hari
(6) Rasa seperti malas,serabut,tidak bermaya, tidak bersemangat dan letih membaca.
jangan risau..simptom diatas adalah perasaan yang tidak kekal..ianya akan pergi sekiranya anda kuat semangat dan tidak melayaninya. JANGAN BIARKAN SIMPTOM DI ATAS MENGUASAI FIKIRAN DAN EMOSI ANDA!! anda pasti boleh..:)
di adaptasikan dari lagu : "Standing In The Eyes Of The World"
Pahit getir hidup... dan pengorbanan
kalau nak berjaya..belajar dekat bumi Mesir ni kena banyak berkorban, Korban tenaga, korban duit. korban perasaan contohnya tiba-tiba pergi nak exam, exam takde kat kuliah.. TIBA2 kena ambik subjek BI yang takpernah belajar dan masuk kuliah pun..kenal lecturer yang mengajar pun tak.. Pergi syafawi taktahu tempat kat mana..kena tawaf 5tingkat cari tempat exam..Jadual exam selang sehari je..nak hafal punyala banyak..rasa macam tak sempat je..sebab tu la..nak berjaya kena sabar..ok?
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
kalau nak berjaya kena hadapi semua tu..naik teksi kena tipu dengan pakcik arab ke.. kena tengking dengan ablah dan ammu2 yang jaga kat kuliah ke.. Tiba2 kena tukar lecturer masa time syafawi ke.. Duktur/ah tu syadid dan kita tak tahu dia tanya apa. Duktur/ah tu tanya cepat sangat takboleh nak faham pastu kita pun taktahu nak jawab ape. Masuk muhadoroh duktur/ah cakap semua muqarar ke.. soalan exam tulis guna tulisan tangan je..susah nak baca.. duduk kerusi tak selesa..berdebu..panas terik sampai 45darjah celsius..macam tu la belajar kat Mesir ni..semua tu kita kena hadapi..sabar banyak2..
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
kalau disini kita jadikan bumi Anbiya' ni sebagai medan untuk kita didik diri kita tarbiyah betul2 dengan sifat sabar, redho dan terima dugaan yang Allah uji dengan baik..INsyaAllah di masa akan datang nanti apabila datang ujian dan kepayahan kita akan rasa ujian dan dugaan itu sebagai medan untuk mematangkan kita dan bukanlah sebagai satu masalah besar yang menbuatkan kita putus asa..
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
kalau kita tak cuba langkah tak berani mencuba kita pun tak tahu tahap dimana kita berada..BERANI CUBA! jika anda fikirkan anda boleh..anda pasti boleh melakukan..!
Di mana kau berada, Pencapaian tak tiba dengan mudah
duduklah dimana pun..berdirilah dimana pun..kejayaan itu datang bukan dengan cara yang mudah..kita yang kena usaha..kita yang perlu berjaga malam.. pergi kelas kesana kesini. Pergi sana sini cari ilmu. semua itu untuk apa? untuk kejayaan..jangan hanya duduk goyang kaki sambil tunggu kejayaan datang tu macam tunggu bas..MUSTAHIL la...Do something..
Kini "Standing In The Eyes Of The World" Hanyalah selangkah dari nyata
Kini "Standing In The Eyes Of The World" Hanyalah selangkah dari nyata
kamu dah nampak impian kamu..sekarang apa yang perlu kamu lakukan adalah pergi ke impian itu dan kecapinya..dengan kebahagiaan..jangan patah semangat..jangan main2.. selangkah yang perlu kamu lakukan itu adalah selangkah yang sungguh bermakna..kamu pasti boleh....
Keazaman membara dijiwa Menanti saat bebas merdeka
tanamkan azam dihati..tabahkan jiwa..apabila kamu dan sampai dan capai apa yang kamu inginkan kamu bebas dari segalanya.. apabila kamu sudah menjadi orang yang berilmu kamu boleh sampaikan ilmu itu kepada orang lain..sumbangkannya untuk islam..untuk bangsa dan negara.
Tiba masa kau melangkah gagah Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
apabila pulang ke tanah air nanti..bukan sekadar segulung ijazah yang dipersembahkan,,tetapi engkau akan melangkah gagah seperti wira yang akan mempertahankan maruah agama.. yang kini kian tercalar.. yang kini kian dilupakan.. yang kini tidak di amalkan.. ada saudara2mu disana.. hilang arah kehidupan..hilang pedoman..siapa yang akan mengembalikan semua itu? kita wahai sahabat2.. itulah matlamat kita semua... hidup bersama islam.
Engkau terunggul Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
memang wajar kita berada disini..bumi kinanah..Bumi para Nabi..
Harapan yang pernah terkulai layu Kembali segar mekar bawah bayanganmu
kalau dulu kita pernah gagal..kalau dulu kita mengulang madah..kalau dulu kita belajar main2.. Tapi kini jangan biarkan semua itu berlaku buat kali kedua..usaha sehabis mungkin..Allah pasti Maha Melihat usaha HambaNya yang ikhlas.. kembalikan semangat yang hilang itu...
Setiap manusia ingin berjaya Namun tak semua miliki tuah
Bersyukur..Allah telah menjadikan kita sebagai golongan terpilih untuk terus menuntut di Universiti tertua dunia..Alhamdulillah..
Engkau menghampirinya Kesempatan telah pun tiba...
Gunakan kesempatan ini wahai sahabat seperjuanganku.. Ramai yang telah datang kesini tapi mereka tidak mampu untuk habiskan perjuangan disini.. mereka memilih untuk pulang bersama kenangan..tetapi bukankah lebih manis sekiranya kita pulang bersama kenangan dan kejayaan?
datang dengan harapan..pulang dengan kejayaan..
"YA ALLAH..permudahkan urusan kami.."
p/s : semoga hatiku lebih tenang..:)