Wednesday, November 25, 2009

kelebihan hari arafah..

Posted by UmmuL SyabinaR at Wednesday, November 25, 2009 0 comments

Hari Arafah adalah hari yang kesembilan dari bulan Zulhijjah yang mana bagi jemaah haji mereka diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana. Bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadat haji , disunatkan berpuasa. Pada hari ini juga disunatkan untuk mengumandangkan takbir. Di sini akan disebutkan beberapa hadis yang menyatakan kepada kita mengenai kelebihan hari Arafah sebagai suntikan semangat dalam menambahkan amalan sebagai bekal di hari akhirat nanti.Ingatlah dunia ini hanya sementara dan mestilah digunakan untuk mencari sebanyak mungkin bekal sebelum tibanya hari kematian sebagai tiket utama menuju negeri akhirat yang kekal abadi.

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Tiada daripada hari yang lebih ramai daripada membebaskan Allah padanya hamba daripada neraka daripada hari Arafah. Dan sesungguhNya akan mengasihani, kemudian Dia bangga depan malaikat maka Dia bertanya : Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?
- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Nasai’e, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Darqatni, Hakim dan al-Baihaqi –

Daripada Jabir telah berkata : telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Apabila tiba hari Arafah maka sesungguhnya Allah telah memuji dengan mereka para malaikat maka kataNya : lihatlah kepada hamba-hambaKu yang telah datang padaKu dengan berdebu dalam keadaan berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi depan kamu(malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka. Maka kata malaikat : Sesungguhnya ada di kalangan mereka pulan telah baligh dan pulan.Sabda baginda lagi : Allah berfirman: sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka. Sabda Rasulullah S.A.W : maka tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada neraka daripada hari Arafah.
- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi-

Hadis-hadis ini menunjukkan kepada kita mengenai kelebihan hari Arafah samada kepada mereka yang mrenunaikan fardhu haji atau pun tidak. Allah mengampuni dosa hambaNya yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat serta mengabulkan segala doa dan permintaan daripada hamba-hambaNya. Allah begitu bangga dengan hamba-hambaNya yang beramal soleh dan sentiasa bertaubat. Oleh itu, muhasabahkanlah diri kita samada kita termasuk dalam golongan yang sentiasa beramal soleh dan bertaubat atau pun hanya melakukan amalan sambil lewa dan penuh kemalasan. Ingatlah kepada hari mati dan hari pembalasan yang mana setiap amalan samada baik atau pun buruk walau sekecil zarah pun akan ditayangkan oleh Allah di depan khalayak ramai. Jika amalan baik tidaklah perlu dipersoalkan tetapi jika amalan buruk dan maksiat ditayangkan bagaimana perasaan kita ketika itu?. Kita tidak boleh menafikan lagi segala perbuatan maksiat yang dilakukan malah setiap angggota kita akan menjadi saksi kepada segala perbuatan yang dilakukan di dunia ini. Insaflah wahai sahabat-sahabatku!

jom puasa nak...??

hari khamis..esokla..(^_^)

Monday, November 23, 2009

hairan betul...

Posted by UmmuL SyabinaR at Monday, November 23, 2009 6 comments

kenapa jadi macam ni...??ada sapa2 nk tolong explain tak?
heran2..hmmm..

perutusan dari bumi anbiya'

Posted by UmmuL SyabinaR at Monday, November 23, 2009 0 comments

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sejarah pengorbanan teragung itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sejarah sahaja, malah ianya telah dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi ini. Pengorbanan nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam adalah pengorbanan yang amat agung. Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tetapi mereka telah mengorbankan nyawa. tiada pergorbanan yang lebih agung dan utama daripada pergorbanan nyawa dan darah.

Setelah kewafatan nabi Muhammad s.a.w. para sahabat terus menerus mempertahankan Islam dengan nyawa dan darah mereka. Begitulah sepanjang zaman sehingga kini telah ramai yang mati syahid kerana agama Allah, ini tidak kira sama ada di timur atau barat. Sebenarnya pergorbanan mereka ini tidak ternilai harganya di sisi manusia hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu membalasnya.

Allah mendidik para Rasul dan sahabat-sahabatnya melakukan pergorbanan dengan mengorbankan semua yang berharga, ulama menyatakan :

"وَمَنْ أَرَادَ الصَّلاَحَ وَاْلإِصْلاَحَ وَالْمَجْدَ وَالْعِزَّ بِغَيْرِ جِهَادٍ وَتَضْحِيَّةٍ فَهُوَ حَالِمٌ وَاهِمٌ."

Yang bermaksud : " siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong "

Begitulah hakikat yang sebenarnya tentang pergorbanan. Memang tidak dapat digambarkan bagaimana kehebatan manusia sanggup mengorbankan nyawa dan darah mereka demi Allah s.w.t, tatapi inilah hakikat yang berlaku juga di negara kita bagaimana kemerdekaan dan keamanan yang kita nikmati hari ini adalah hasil pergorbanan para pejuang dan pasukan keselamatan kita menentang penjajah dan mempertahankan negara daripada musuh-musuh negara yang kejam seperti pengganas komunis. Sebenarnya dalam apa juga bidang dan lapangan kehidupan pergorbanan adalah satu tuntutan dan kemestian. Dalam Islam bukan sahaja pergorbanan jiwa raga dan darah tatapi juga adalah pergorbanan harta benda dan apa sahaja yang berharga.

Saidina Abu Bakar r.a. mengorbankan semua hartanya untuk Islam dan umatnya sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada beliau :

" مَا تَرَكْتَ لِعِيَالِكَ، تَرَكْتُ لَهُمْ اللهَ وَرَسُوْلَهُ. "

Yang bermaksud : " Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluarga kamu? " jawab Abu Bakar : " aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya " .

Islam mengajar kita supaya menjadikan pergorbanan sesuatu yang berharga sebagai penyaksian dan pembuktian kepada aqidah kita demi untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat.

Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan, sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan seperti pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur, kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah, contohnya pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku. itulah erti pengorbanan yang sebenar-benarnya..

selamat hari raya aidil adha

buat seluruh pembaca blog,rakyat malaysia.pelajar azhar dan kuliyah tib seluruh pelusuk mesir. sahabat2 ana dari indonesia,singapura,turkey,ukraine,jordan,syria,jepun,australia,abu dhabi,dubai dan seluruh anak perantau. semoga kita semua dapat mengambil dan menghayati sejarah pengorbanan para nabi sekaligus diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

dari ana :
mohon ampun kususun sepuluh jari,andai tersalah di mana2. minta halalkan kalam2 yang tak menyenangkan hati kalian.maaf zahir dan batin

Sunday, November 22, 2009

bila manusia hilang malunya..

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, November 22, 2009 0 comments
assalamualaikum..para pembaca semua..sudah lama ana tidak berbual2 dengan kalian..ana harapkan kalian semua dilindungi ALLAH..semoga rahmat TUHAN bersama2 dengan kita untuk tiap saat.. Syukurku hanya yang Maha Esa,dengan izinNya ana masih lagi diberi kesempatan menyedut oksigen dan menghela karbon dioksida yang Allah kurniakan untuk kita di bumi persinggahan ke akhirat ini..

pembaca yang ana kasihi..

ana ingin berkongsi sedikit cerita yang menghiba kan hati ana..kalau disimpan dalam hati ini sudah pasti akan memakan diri ana. lebih baik ana kongsi dan luahkan segalanya pada kalian..TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA. itulah ungkapan yang sentiasa ana rakamkan dalam minda. ada manusia iman nya terkadang di atas terkadang dibawah..itulah prisip "roda". Kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW seharusnya lebih tahu apa yang buruk dan apa yang baik..tetapi apa yang berlaku sekarang ini manusia semakin hari semakin hilang rasa malunya..BERISTIGHFARLAH..astaghfirullahal a'zim.... ana sebenarnya malu untuk menceritakan pada kalian tetapi atas dasar ingin saling memperingati antara satu sama lain walaupun ana sedar ana bukanlah sehebat LuqmanulHakim yang menasihati dan memperingati anak2nya..ana manusia yang cukup banyak kesalahan.."YA ALLAH..berikan kami petunjuk untuk jalan kebenaran..jauhkan kami dari malapetaka dan pintu maksiat.."

para pembaca yang ana hormati..

ceritanya begini..petang tadi suatu kejadian yang cukup mengejutkan ana berlaku sekelip mata. satu id yahoo messager yang ana tidak kenali telah menegur dan invite untuk view webcame nya. ana agak terkejut dengan sikap yang luar biasa ini dan ini adalah kali pertama untuk ana. Dia yang menamakan dirinya sebagai "mat" ini ternyata telah melakukan perbuatan keji dan terkutuk yang ana rasa mungkin telah ramai pengguna ym diperdayakan olehnya. tidak perlulah ana menceritakan dengan lebih panjang lebar dan ana rasa kalian sudah faham perbuatan terkutuk apakah yang dilakukan oleh manusia yang tidak tahu malu ini. Semoga Allah membalas atas perbuatan pemilik id yang prono itu. Dan ana juga berharap dia bertaubat dengan sikapnya yang ana boleh titlekan sebagai "gila seksual" . Subhanallah.... ana cepat2 sign out ym ana supaya tidak lagi diganggu olehnya lagi. Renunglah wahai sahabat2ku sekalian..bila manusia hilang rasa malunya,mereka sanggup melakukan perbuatan yang melibatkan maruah ini tanpa segan silu. Semoga Allah menjauhkan kita semua dari perkara2 terkutuk.

para pembacaku..

begitulah aturan Tuhan..jikalau kita melakukan kesalahan..cepat2 lah bertaubat. kita bukan manusia yang sempurna dan tidak lari dari melakukan kesalahan."Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". kepada pemilik id tersebut,tidak kiralah siapapun anda, disini ana memohon supaya anda tidak melakukan perbuatan ini lagi. walaupun anda berkata "i'm so sorry and i'm still young" ingatlah tidak kira anda tua ataupun muda,sedikit kesalahan yang anda lakukan pasti akan ditanya oleh Allah. sekadar ini yang mampu ana katakan pada anda. cukuplah sampai disini sahaja.

terima kasih kerana sudi membaca luahan hati ini. doakan supaya ana tabah dalam segala macam mehnah dan tribulasi yang berlaku di perlembahan Nil ini..doa kalian amat bermakna bagiku..doakan,doakan dan doakan. jaga diri,jaga iman,jaga akhlak,jaga kesihatan dan jaga maruah kita..jadilah muslim dan muslimah yang mendapat redho Allah. assalamualaikum.

Thursday, November 19, 2009

salahkah aku?

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, November 19, 2009 0 comments

aku wanita..aku punya kuasa..

aku punya hak..mengapa hak aku itu dinoda?

mengapa hak itu disampah-sampah?

tanpa rasa bersalah mereka memaksa,menghina,memandang sebelah mata,

salahkah aku?

aku wanita..punya perasaan dihati,

mengapa mesti perasaan itu dicalari?

tanpa rasa bersalah mereka menikam hati dan sanubari,

akukah yang bersalah?

aku wanita punya maruah dan harga diri,

mengapa perlu di jual beli?

seolah-olah tiada nilai disisi..

seolah-olah hilang dibawa pergi..

aku jugakah yang bersalah?

bukankah kamu mengerti wahai sang kumbang..

aku adalah bunga..

bunga yang perlu dijaga..

dijaga dalam taman larangan..

kamu sebagai pencinta bunga..

harus berjaga-jaga..

supaya tiada perosak cuba untuk memakan kelopak ku..

supaya tiada makhluk yang cuba menghancurkan ku..

susahkah untuk mengerti?

sekarang..

kamu telah menghalalkan perosak itu masuk ke taman,

mencarik sedikit demi sedikit kelopakku,

tidakkah kamu rasa bersalah?

mempermainkan tubuh badanku bagai tiada harga,

kamu telah kianati kepercayaanku..

wahai sang kumbang..

aku adalah wanita..

orang yang melahirkanmu..

orang yang melahirkan anak-anakmu..

orang yang darahmu mengalir dalam badanku..

mahukah pewaris zuriatmu hancur?

hancur disebabkan perbuatanmu..

kamu memaksa orang lain,

kamu ceroboh hak wanita-wanita lain,

tanpa menghiraukan perasaan orang lain,

baguskah begitu?

aku adalah wanita..

aku punya hak..

hak aku adalah berniqob..

aku akan buang bila aku mahu..

aku akan pakai ketika timbul fitnah..

aku akan pakai kerana aku lebih selamat..

aku akan pakai sekiranya kesihatan ku terjaga..

aku akan pakai kerana aku lebih selesa..

aku akan memakainya kerana...

AKU INGIN MELAKUKAN AMAL SOLEH..

salahkah aku?

wahai sang kumbang..

disuatu masa nanti..

apabila kamu pergi menghadap Illahi..

kamu akan ditanya apakah pekerjaanmu ketika di dunia?

adakah kamu ingin menjawab :

"aku telah melarang wanita melakukan amal soleh"

mahukah seperti ini?

renungkanlah.....

"Wanita ibarat bunga. Cantik dan indahnya pada pandangan mata hanya sementara.Yang kekal menjadi pujaan manusia , hanyalah wanita yang mulia akhlaknya, kerana akhlak itu umpama bunga diri.Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu."

"Wanita ibarat bunga bila dipandang tetapi, baunya busuk. Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan. Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar, tetapi bila dilihat dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya."

"Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa, kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak ditangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka , walaupun berat mata dipandangan mata si jahil dan engkar tetapi ia adalah kemanisan yang dicicip wanita solehah.."

sedikit luahan peribadi..sekiranya pembaca kurang faham sila maafkan ana..semoga anda terhibur. terima kasih kerana membaca.(^_^)

nasihat Sheikh Ali Thantawi (last part)

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, November 19, 2009 2 comments
APAKAH PERGAULAN BEBAS DAPAT MEMBENDUNG GELOJAK NAFSU SYAHWAT?

Mereka menjawab: "Boleh! Pergaulan bebas boleh mengurangkan atau memadam api nafsu yang membara, boleh mendidik untuk berlaku sopan dan berbudi pekerti "mulia" dan boleh mengurangkan gelojak dorongan nafsu.
Jawapan itu aku kembalikan kepada mereka yang telah mempraktikkannya.Kita tanyalah kepada pelajar sekolah yang bercampur dan sekolah yang berasingan di antara kedua-dua jantina ini.
Rusia,negara yang tidak mengenali agama dan tidak pernah mendengar nasihat-nasihat ulama, paderi atau pendeta kini mengubah haluan setelah melihat kesan negatif dari pergaulan bebas.
Amerika, negara yang dijadikan kiblat kemajuan, telah dipeningkan oleh ramainya siswi-siswi hamil yang jumlahnya terus meningkat. Lalu, di manakah buktinya yang nyata jika pergaulan bebas akan memberikan jawapan seperti di atas? Dan siapa yang selesa melihat kesulitan seperti di Amerika itu terjadi di negara kita?
Apa yang aku tulis ini bukanlah ditujukan kepada pemuda.Para pemuda pasti menolak dan mengambil mudah pendapatku ini. Kerana aku mengharamkan apa yang menurut mereka enak dan lazat.Aku hanya berbicara kepada engkau wahai puteri-puteriku yang suci, mulia dan terhormat.Kerana engkaulah yang bakal menerima akibat,engkau yang bakal menjadi korban kepada pengikut-pengikut iblis.Janganlah engkau mudah menerima pandangan orang-orang yang berdalih dengan "Persamaan dan Kebebasan", "Kemajuan dan Modenisasi", "Kebudayaan dan Kesenian", "Kehidupan Kampus", "Alam Pelajar dan Mahasiswa". Orang-orang seperti itu kebanyakannya tidak mempunyai isteri atau anak.Mereka hanya akan menjilat dan mengemam kelazatanmu untuk seketika,kemudian berlalu pergi meninggalkan engkau.
Aku, adalah ayah kepada beberapa orang puteri. Aku menulis pesanan ini adalah untuk membela kepentinganmu, ini bererti aku juga membela kepentingan puteriku sendiri. Aku menghendaki yang baik kepada kamu, sebagaimana aku menghendaki yang baik pula kepada anak-anakku.Mereka,para pemuda pengikut iblis, tidak akan berfikir sedikitpun akan nasibmu yang hilang kehormatan dan harga diri.Mereka tidak akan menyesali akan perbuatannya yang telah membawa engkau kepada kehinaan dan nama baikmu yang telah ternoda.Apabila itu terjadi pada dirimu, apakah terbukti segala ungkapan manis itu?Pasti tidak seorangpun akan datang membantumu.Mereka akan datang,jika engkau masih boleh dinikmati.Tapi sekiranya engkau sakit atau kecantikanmu menjadi pudar,mereka akan pergi seperti perginya kerumunan anjing yang kehabisan daging bangkai.
Wahai Puteriku,
Itulah nasihatku yang hak dan benar,
mudah-mudahan engkau mahu mendengar.Jangan engkau dengar ungkapan yang lain,
yang mengajak kepada kelalaian.
Hanya di tanganmu wahai puteriku,bukan di tangan kami kaum lelaki.Hanya di tanganmu sahaja kunci pintu kebaikan.Sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu,maka pasti seluruh umat akan menjadi baik.

Saturday, November 14, 2009

nasihat Sheikh Ali Thantawi (part 1)

Posted by UmmuL SyabinaR at Saturday, November 14, 2009 0 comments

Wahai puteriku
.......
aku seorang bapa yang sedang
berjalan memasuki usia lima puluh tahun.
Usia muda telah aku lewati, aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan Haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku
banyak aku menulis, sering aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan sehingga pena yang aku gunakan menjadi
tumpul dan lidahku menjadi kelu. Namun, tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.
Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu pun negara
Islam yang mampu mengelak.
Sebagai contoh Negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang Masya-Allah!!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?
Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya.

Wahai puteriku,
pintu pemulihan ada dihadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau menyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.
Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri: "Silakan masuk"....... dan setelah engkau kecurian barulah tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak "Tolong tolong .......aku kecurian".
Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kikir terhadap pencuri.

PUTERA PUTERIKU
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.
Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu....... iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
Wahai puteriku Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Aku bersumpah lagi:"Demi Allah,jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab".Bohong……..bohong .......Bohong……demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu.Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu wahai puteriku?
Renungkanlah!
Kamu berdua, bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau.Dan engkau….akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya.Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu,mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya.Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru,engkau perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal di perutmu.
Engkau sedih dan muram.
Engkau bingung dan gelisah.
Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim,bahkan…..diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan:"Dia yang dahulu sesat, tetapi
sekarang sudah bertaubat".
Tapi engkau?
Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan mengampuni dosamu.
Seandainya ketika dia mula mera`yumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas….. Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya Seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata-kata yang jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat engkau tanggalkan kasut dari kakimu dan pukullah kepalanya.Kalau engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar tempat itu akan serentak menolongmu.
Sesudah itu….Dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.
Wahai puteriku .......
Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan,menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu.
Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: "Mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitu bersuami, menjadi isteri yang solehah, terhormat dan ibu rumahtangga yang baik".
Cita-cita seperti itu pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira sama ada dia seorang ratu, keluarga raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa.
Aku mengenali dua orang sasterawati dari Mesir dan Syria. Kedua-duanya bergelar tokoh. Ilmunya dikagumi, kekayaanya melimpah ruah, tinggi kedudukan dan kehormatannya. Kedua-duanya telah kehilangan suami, namun tiba-tiba hilang keseimbangan akalnya ....... dan menjadi gila. Tak perlu aku sebutkan namanya, pasti semua orang Mesir dan Syria sudah mengenalinya.
Perkahwinan adalah cita-cita yang paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota parlimen, menteri atau
bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan.
Lelaki,pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau rosak akhlaknya.Seandainya seorang lelaki bertunang dengan wanita yang baik tetapi wanita itu tiba-tiba berubah akhlaknya, menyeleweng dan masuk ke dalam perangkap nista,pasti dengan segera lelaki itu pergi meninggalkannya.Dia akan tegap melangkah keluar.
Lelaki yang baik,pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.Seorang pemuda jalang yang rosak dan menjijikkan,apabila tidak mendapati mangsa gadis yang mahu mengorbankan kehormatan dirinya di bawah tapak kakinya dan menjadi alat permainannya dan apabila dia juga tidak memperolehi wanita pelacur atau gadis lalai yang rela dikahwini dengan agama syaitan dan iblis serta mengikut syariat binatang, pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang isteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam.

Puteriku,….
suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan, penyebabnya adalah kerana kesalahanmu sendiri. Jatuhnya pasaran dan nilai perkahwinan dan semakin pesat bursa pelacuran juga adalah kerana perbuatanmu!
Lantas,kenapa kamu yang berakhlak mulia tidak mencegahnya?
Kenapa para wanita yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu?
Kamu, para wanita tentu lebih berkebolehan dan berkemampuan bertindak daripada kaum lelaki.
Kamu sebagai wanita terhormat,mulia, memiliki harga diri dan memegang teguh agama, pada akhirnya akan menjadi mangsa dan korbannya.

bersambung...

(ana sekadar copy sahaja.mudah-mudahan dapat memberikan ilmu untuk sahabat2)

Saturday, November 7, 2009

akibat tak solat

Posted by UmmuL SyabinaR at Saturday, November 07, 2009 0 comments

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

cinta is L.O.V.E

Jika Aku Jatuh CINTA

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun
dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah
ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

(As-Syahid Syed Qutb)

>>DhUhA<<

sekadar hiasan(masjid zahir,alor star.kedah)

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Thursday, November 5, 2009

welcome back cairo..

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, November 05, 2009 0 comments
assalamualaikum..alhamdulillah ana dan rakan2 yang lain telah selamat sampai di bumi kaherah pada hari yang ditetapkan. sedikit pengalaman ana ingin kongsi bersama anda, semasa flight GF0017 hendak me"lending"kan dirinya di airport cairo,sedikit gangguan minda telah tercetus. ya,minda ana. walaupun agak pening2 tgk keadaan dibawah ana tetap nak tgk jgk sebab kalau ana pejam mata sambil tak tgk kat luar(seperti yang dilakukan sebelum ini) tak bolehla ana nak cerita kat semua pembaca..ye tak?(ye kan je..)

masa tu MasyaAllah..hanya tuhan ja yang tahu..dengan ketinggian 40000kaki ternampak biru ja kat bawah. macam tengah tengok peta replika.yang kapal pula sekejap ke bawah sekejap ke atas..mahu tak peningnya.. dalam setengah jam kapal macam tu,ada sedikit bunyi di telinga ana dihiraukan buat seketika.

tiba2 ana terdengar seorang kanak2 menangis dengan kuatnya tanpa henti. maklumat mengatakan bahawa kanak2 perempuan itu ditimpa sakit telinga. cuba anda bayangkan seorang pemudi yang berusia 21 tahun ini terasa amat sakit ditelinga(walaupun memang dah sakit pada bahagian itu) inikan pula kanak2 berusia kurang dari 5tahun itu..jadi pengajaran disini anda hendaklah menyediakan sesuatu untuk dikunyah supaya dapat mengurangkan kesakitan yang berlaku dalam telinga anda.(seperti yang org2 dok kata. ana tak pernah buat pun..huhu)

Alhamdulillah..setelah menjadi penumpang yang terakhir keluar dari kapal itu,ana terus menuju ke depan dengan cepatnya..tiba2 ada "roadblock". oh ya..maklumat kesihatan selsema babi. dengan bangganya ana tidak meng "tik" kan mana2 kotak sakit disitu lalu menjadi orang pertama dikalangan rakan2 yang lain menyerahkan kad kecil itu kepada doktor di kawasan penjaga..doktor perempuan itu memerhatikan kad ana kemudian mengangguk lalu menunjukkan tanda isyarat menyuruh ana jalan.(sebenarnya tidak perlu ana menceritakan hal ini)
beg semua dah ambil. kemudian kami menunggu hampir 2jam. kenapa takde orang ambil...??huhu

mereka baru bertolak dari rumah. ana sudah faham ini mesti ada masalah dengan "ammu"...dengan rasa redho dihati kami tetap menunggu dengan sabar walaupun letih tidak terkira banyaknya. kemudian kami melakukan aktiviti menarik sambil menunggu mereka datang. contohnya seperti senyum dekat orang yang lalu di hadapan kami,berposing ambil gambar,melihat sekeliling mator dan sebagainya. setelah tidak tahu nak buat apa lagi ana pun duduk dikawasan teduh sambil menunggu.

masih menunggu....(troli siapakah itu melebih2 ke jalan?) agak lama selepas itu, barulah nampak orang pertama sambut kami(kak chaq dan rubi) kemudian diikuti kawan2 yang lain...Alhamdulillah..terima kasih kerana sudi menjemput kami yang ramai ini. letih sudah hilang melihat wajah mereka yang bersusah payah menguruskan sewa tremco(van) untuk kami 8org. arigato....!!

inilah teratak hamba. yang atas sekali.(awanan) semasa naik lif tiba2 terkenangkan rumah dulu(tingkat 5) sekarang rumah itu telah bertukar jantina. dengan rasa sayu dihati tak pernah2 kaki ini melangkah masuk ke tingkat 10 itu,kini sudah menjadi rumah ana. sekali lagi dengan rasa redho dihati ini ana masuk dengan sedikit sebak di dada...(T_T) dah tak ada "bait satu hati"..huhu

pada keesokan pagi ana telah melanggar undang2 kesihatan keluar pergi bank.(sila jangan ikut jejak langkah ini>anda dikehendaki kuarantin selama 3hari dirumah.dilarang keluar dari rumah) dengan menaiki teksi berbayar sebanyak LE4, pakcik itu menanyakan jalan lalu ana menjawab "ana musy arifah ya ammu"-saya taktahula pakcik..(baru tinggal 4bulan dah lupa jalan nak pi bank)sesampai kat sana bank telah berubah wajah jadi bas. kat malysia xda ni....huhu

boleh tak sapa2 tolong cakap kat driver bas ni, letak bas ni kat haiyyu sabiek? tak pun letak kat syariq mahkamah. atau lagi senang depan rumah kedah ke...jimat 10genih takpayah bayar tambang teksi..(^_^)

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal