Monday, August 31, 2009

merdekakah kita sebenarnya?

Posted by UmmuL SyabinaR at Monday, August 31, 2009 3 comments

assalamualaikum..semua pembaca sihat? ana harapkan semuanya sihat dan kuat dalam menjalani ibadah puasa ini...insyaAllah.. dalam kesibukan kita berpuasa ini..ambillah sedikit waktu untuk kita berfikir dan merenung.."KITA SUDAH MERDEKA.." apa itu erti kemerdekaan yang sebenar? ana bukanlah org yang selayaknya memperkatakan hal ini..tetapi ana mempunyai sedikit pandangan yang ana tidak minta semua orang menerima pandangan ini. ya para sahabat semua..."negara kita memang sudah merdeka dari dijajah" tetapi wahai sahabatku...sebenarnya..kita masih dijajah.... mengapa ana cakap begitu ya? kerana ana telah mengambil sedikit kata2 dari seorang seorang ustaz..kalau kita sudah merdeka.. langkah ini yang patut kita ambil sebagai negara yang merdeka :(ana sengaja menaipnya dengan tulisan besar supaya semua pembaca membaca dengan teliti..huhu)
Slide 40
Slide 41
Slide 41
Slide 42
1) Menampilkan kefahaman yang betul tentang erti kemerdekaan dan kebebasan dalam kerangka pemikiran Islam atau nilai-nilai Asia, sehingga tidak wujud pengertian dan persepsi yang bercanggah dengan tren sosiobudaya serantau. Dengan demikian, tiada mana-mana golongan rakyat yang boleh menjadi alat kuasa besar untuk memungkinkan penjajahan pemikiran, budaya, politik dan ekonomi yang mengancam kemerdekaan serta kebebasan negara

2) Menyatukan umat dalam suatu kerangka perjuangan yang selaras, menjadikan para alim ulama dan pertubuhan mereka sedunia, serantau dan peringkat nasional sebagai rujukan utama yang menyelesaikan pertikaian hukum fiqh atau pemikiran sosio-politik dan sebagainya.

3) Membina pelbagai wahana informasi Islam terkini, baik media cetak, elektronik, TV, Web TV, radio, Web Radio, blog, akhbar online dan sebagainya. Musuh umat dan negara telah membina prasarana informasi yang melangkaui benua dan sejagat untuk menyebarkan dakyah mereka dan memurtadkan umat Islam; maka sudah tiba masanya untuk badan-badan dakwah Islam, Persatuan Ulama Malaysia, SHURA dan pertubuhan lain bersatu membangunkan rangkaian media Islam yang boleh menandingi cabaran media global masa kini

4)Merangka pelbagai agenda bagi membangun dan memperkasa kaum muslimat dan wanita Malaysia amnya dalam berbagai bidang serta dalam kerangka pemikiran Islam, agar mereka tidak dihanyutkan oleh aliran sesat di kalangan pergerakan wanita kini, sama ada yang bersifat tempatan mahupun global.

5) Menghidupkan kecenderungan amr makruf dan nahi munkar dalam diri umat untuk menentang segala gugatan yang berkaitan dengan berleluasanya pemikiran sesat, maksiat, gejala murtad, rasuah, penipuan, penentangan terhadap Sunnah Rasul dan sebagainya.
6) Menggilap dan mengukuhkan keupayaan syariat Islam untuk menyelesaikan kemelut masyarakat; baik sosial, budaya, ekonomi dan politik masa kini. Mempertahankan kewibawaan tafsiran syariat berbanding tafsiran sekular atau universalisme ala Barat yang mempunyai tren yang tersendiri dalam mendefinisikan makna kebebasan, keadilan, pembangunan, terrorisme dan sebagainya.
7) Memastikan urusan syariat diselesaikan oleh para alim ulama yang muktabar atau institusi Islam yang berrtanggungjawab; bukan oleh pihak mahkamah atau hakim bukan Islam atau berfaham sekular atau mana-mana badan perunding antara agama yang bermuslihat.

8) Kumpulan ulama tertentu yang mempunyai merit dan berbakat, di samping pimpinan NGO Islam yang berketrampilan perlu meningkatkan penglibatan mereka dalam politik “kepartaian”, di samping meningkatkan peranan mereka umumnya untuk membenteras pembaziran terhadap wang rakyat oleh pihak berkuasa dengan merencanakan projek-projek ekonomi yang tidak berdaya maju dan tidak atau kurang berfaedah; sebaliknya adalah untuk kepentingan kroni parti pemerintah semata-mata.

9) Memperkukuh kedudukan dan peranan Persatuan Ulama Malaysia, SHURA (Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia) dan seluruh badan dakwah dan NGOs Islam di Malaysia dan di luar Malaysia seperti Persatuan Ulama Islam Sedunia agar berupaya menjadi rujukan umat sejagat dalam menyelesaikan krisis pemikiran perundangan, syariat dan sebagainya.

10) Mendesak kerajaan Malaysia agar memansuhkan ISA dan semua undang-undang atau akta atau cadangan rang undang-undang yang menceroboh serta menghakis kebebasan rakyat dan kemerdekaan umat. Menyeru kerajaan agar mengembalikan kedaulatan umat dengan memurnikan semula amalan dan proses demokrasi di negara ini, tidak menyalahgunakan jentera kerajaan untuk kepentingan parti yang memerintah, mempertahankan tanahair dari terjual dan terjajah oleh kuasa asing, membebaskan SPR dan Jabatan yang berkaitan dari kongkongan parti pemerintah agar proses perubahan kepimpinan yang sihat dan demokratik dalam negara dapat dinikmati oleh rakyat

wahai sahabat2ku yang mempunyai akal untuk berfikir..
jangan biar fikiran serta minda kita terus dijajah..
negara kita sememangnya sudah merdeka..hasil titik peluh nenek moyang kita..
jangan cipta sejarah yang buruk untuk generasi akan datang..

seruan terakhir :
mari kita merdekakan diri kita dari dibelenggu syirik,kufur,kebutaan dengan memahami, menghayati dan mengamalkan islam yang sejati..

selamat mencari kemerdekaan yang sebenar..

sajak erti kemerdekaan..

Hatta,
setelah terjajah selama 40 dekad
setelah maruah dicalit penjajah
setelah hasil bumi dikaut pergi
dan setelah segalanya terasa rugi
baru kalian bangkit bersemangat…

Maka,
kini kau telah merdeka
kini kau telah mengecapi nikmatnya
kini kau telah sedar
dan kini kau tahu siapa kawan
siapa lawan …

Namun, apalah ertinya merdeka
kalau kau tidak tahu mensyukurinya
apalah ertinya merdeka
kalau segalanya masih berkiblatkan penjajah
dan apalah ertinya merdeka
kalau kau masih tidak mahu berubah
tidak pun menjunjung kasih
jauh sekali mengenang budi.

Sesungguhnya,
biarpun masa berlalu pergi
masih ada esok untuk mencuba lagi
masih ada ruang untuk muhasabah diri
dan masih ada tempat untuk berdiri.

Pokoknya, tanyalah diri
apalah ertinya merdeka
kalau hidup asyik bertekak
kalau hidup asyik bertuding jari
dan kalau hidup bagai musafir
yang masih tidak tahu arah berpergian
yang masih dangkal dalam keilmuan

Ingatlah
tanpa ilmu hatta teknologi
mahupun jati diri
dan hanya tahu beretorik …
tidak mustahil kita bakal dijajah lagi.

Dan kalau begitulah jadinya…
Jangan dikesali lagi…
Kerana sudah banyak kali diingati,
dan Belajarlah daripada SEJARAH dan Nikmat Kemerdekaan.

Friday, August 28, 2009

kek ramadhan...

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, August 28, 2009 4 comments
assalamualaikum semua...ana harapkan semuanya berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah..hari ini (jumaat) tergerak dihati ana untuk membuat kek...hehe sebenarnya tak berapa nak jadi pasalnya guna resepi mesir. kalo buat di mesir mesti jadi punya lah...(eleh,dah tak jadi tu ngaku la,salahkan resepi pulak..huhu)

pukul 3ptg suatu tragedi telah menimpa diri ana..huhu tong air telah terjatuh tepat di kepala ana ketika hendak mengalihkan almari di dapur..(dengar mcm kelakar kan?tapi sakit sangat..)alhamdulillah ana masih stabil lagi dan boleh drive membeli semua brg2 nak buat kek yang begitu special ini..

nama kek : "kek lembab coklat ratu chips berkrim lover"-ya memang namanya agak panjang
lokasi : ruang dapur teratak mama
chef : semestinya ana sendiri
cara membuatnya : dirahsiakan..huhu
pemerhati/pembantu chef : raihanah
masa diambil : sejam setengah

SEBELUM DIMASAK

ini adalah ramuan yang begitu istimewa.oleh itu,tiada jual di malaysia..hanya di misr wa sudan sahaja(egypt)

bahan2 yang agak bertaburan ini menunjukkan chef cekap memasak..hehe

coklat chip ini yang melembabkan lagi kek kita..

setelah semua adunan di campur maka terhasil lah cecair coklat yg lazat ini

SELEPAS DI MASAK

inilah rupa kek dari jauh..cantik kan?mestilah pink kan...hehe

taburan "love" menyerikan lagi kek ini

cecair coklat yang mengalir apabila kek ini dipotong

...

dihidangkan pada semua untuk juadah berbuka...

ok jom nak berbuka dah...semoga terhibur..

lirik yang bagus..

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, August 28, 2009 0 comments
...JALAN LURUS...

Gita Gutawa - Jalan Lurus

jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
yang pertama bahwa Allah maha esa
yang kedua Muhammad rasul kita
yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita
yang keempat cinta guru-guru kita
yang kelima cinta tanah air kita

diri kita memancarkan cahya cinta
semoga Allah membimbing kita semua
jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh

yang keenam shalat mari ditegakkan
yang ketujuh Quran baca diartikan
yang delapan sedekah jangan terbawa
yang sembilan puasa penuh keikhlasan
yang sepuluh senyum sopan senantiasa
keramahan perilaku diri kita
semoga Allah membimbing kita semua

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia

Lirik Lagu Indonesia Terbaru

Sunday, August 23, 2009

serikandi ummu sulaim

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, August 23, 2009 1 comments

dia seorang wanita keturunan bangsawan dari kabilah Ansor suku Khazraj memiliki sifat keibuan dan berwajah manis menawan. Selain itu ia juga berotak cerdas penuh kehati-hatian dalam bersikap, dewasa dan berakhlak mulia, sehingga dengan sifat-sifatnya yang istimewa itulah ayah saudaranya yang bernama Malik bin Nadhar memperisterikannya. Rumaisha Ummu Sulaim binti Milhan bin Khalid bin Zaid bin Malik adalah satu dari wanita solehah yang memiliki kedudukan istimewa di mata Rasulullah.

Pada saat Rasululllah menyerukan dakwah menuju tauhid, tanpa keraguan lagi Ummu Sulaim terus memeluk agama Islam, dan tidak peduli akan gangguan dan rintangan yang kelak akan dihadapinya dari masyarakat jahiliah

Namun suaminya, Malik bin Nadhir sangat marah saat mengetahui isterinya telah memeluk Islam. Dengan dada gemuruh kerana marah, ia berkata pada Ummu Sulaim: "Engkau kini telah terperangkap dalam kemurtadan!"

"Saya tidak murtad. Justeru saya kini telah beriman," jawab Ummu Sulaim dengan mantap. Dan kesungguhan Ummu Sulaim memeluk agama Allah tidak hanya sampai di situ. Ia juga tanpa bosan berusaha melatih anaknya, Anas, yang masih kecil untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

Melihat kesungguhan istreinya serta pendiriannya yang tak mungkin menggoyahkan membuat Malik bin Nadhir bosan dan tak mampu mengendalikan amarannya. Hingga ia kemudian bertekad untuk meninggalkan rumah dan tidak akan kembali sampai isterinya mahu kembali kepada agama nenek moyang mereka. dia pun pergi dengan wajah suram. Sayangnya, di tengah jalan ia bertemu dengan musuhnya, kemudian dia dibunuh..

Saat mendengar khabar kematian suaminya dengan ketabahan yang mengagumkan beliau berkata, "Saya akan tetap menyusui Anas sampai dia tak mahu menyusu lagi, dan saya tidak akan sekali-kali ingin menikah lagi sampai Anas menyuruhku."

Setelah Anas agak besar, Ummu Sulaim dengan malu-malu mendatangi Rasulullah dan meminta agar beliau bersedia menerima Anas sebagai pembantunya. Rasulullah solallahu ‘alaihi wa sallam pun menerima Anas dengan rasa gembira. Dan dari semua keputusannya itu, Ummu Sulaim kemudian banyak dibicarakan orang dengan rasa kagum.

Dan seorang bangsawan bernama Abu Thalhah tak luput memperhatikan hal itu. Dengan rasa cinta dan kagum yang tak dapat disembunyikan tanpa banyak pertimbangan ia langsung melangkahkan kakinya ke rumah Ummu Sulaim untuk melamarnya dan menawarkan mahar yang mahal. Namun di luar dugaan, jawapan Ummu Sulaim membuat lidahnya menjadi kelu dan rasa kecewanya begitu menyesakkan dada, meskipun Ummu Sulaim berkata dengan sopan dan rasa hormat,

"Tidak selayaknya saya menikah dengan seorang musyrik, ketahuilah wahai Abu Thalhah bahawa sembahanmu selama ini hanyalah sebuah patung yang dipahat oleh keluarga fulan. Dan apabila engkau mahu menyulutnya api nescaya akan membakar dan menghanguskan patung-patung itu."

Perkataan Ummu Sulaim amat menghentam dadanya. Abu Thalhah tak percaya dengan apa yang dia lihat dan dia dengar. Namun itu semua merupakan realiti yang harus ia terima. Abu Thalhah bukanlah orang yang cepat putus asa.disebabkan cintanya yang tulus dan mendalam terhadap Ummu Sulaim, lain kesempatan yang datang lagi menjumpai ibunda Anas dan membawa mahar yang lebih mewah serta kehidupan kaya.

Sekali lagi, Ummu Sulaim muslimah yag cerdik dan pintar ini tetap teguh dengan keimanannya. Sedikit pun ia tidak tergoda oleh kenikmatan dunia yag dijanjikan oleh Abu Thalhah. Baginya kenikmatan Islam akan lebih daripada seluruh kenikmatan dunia. Masih dengan penolakkannya yang halus ia menjawab, "Sesungguhnya saya tidak terdaya menolak orang yang seperti engkau, wahai Abu Thalhah. Hanya sayang engkau seorang kafir dan saya seorang muslimah. Maka tak rela bagiku menikah denganmu. Cuba Anda teka apakah keinginan saya?"

"Engkau menginginkan dinar dan kenikmatan," kata Abu Thalhah. "Sedikitpun saya tidak menginginkan dinar dan kenikmatan. Yang saya inginkan hanya engkau segera memeluk agama Islam," kata Ummu Sulaim spontan.

"Tetapi saya tidak mengerti siapa yang akan menjadi pembimbingku?" Tanya Abu Thalhah. "tentu saja pembimbingmu adalah Rasululah sendiri," tegas Ummu Sulaim.

Maka Abu Thalhah pun bergegas pergi menjumpai Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam yang mana saat itu tengah duduk bersama para sahabatnya. Melihat kedatangan Abu Thalhah, Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam berseru, "Abu Thalhah telah datang kepada kalian, dan cahaya Islam tampak pada kedua bola matanya."

Ketulusan hati Ummu Sulaim benar-benar terasa mengharukan relung-relung hati Abu Thalhah. Ummu Sulaim hanya akan mau dinikahi dengan keislamannya tanpa sedikitpun tegiur oleh kenikmatan yang dia janjikan. Wanita mana lagi yang lebih pantas menjadi istri dan ibu asuh anak-anaknya selain Ummu Sulaim? Hinnga tanpa terasa di hadapan Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam lisan Abu Thalhah basah mengulang-ulang kalimat, "Saya mengikuti ajaran Anda, wahai Rasulullah. Saya bersaksi, bahawa tidak ada ilah yang berhak diibadahi kecuali Allah dan saya bersaksi bahwa Muhammad adalah utusanNya."

Ummu Sulaim tersenyum haru dan berpaling kepada anaknya Anas, "Bangunlah wahai Anas."

Menikahlah Ummu Sulaim dengan Abu Thalhah, sedangkan maharnya adalah keislaman suaminya. Hingga Tsabit –seorang perawi hadits- meriwayatkan dari Anas, "Sama sekali aku belum pernah mendengar seorang wanita yang maharnya lebih mulia dari Ummu Sulaim, yaitu keislaman suaminya." Selanjutnya mereka menjalani kehidupan rumah tangga yang damai dan sejahtera dalam naungan cahaya Islam.

Abu Thalhah sendiri adalah seorang koperat ternama dari kabilah Anshar. Dan harta yang paling dia cintai iaitu tanah perkebunan "Bairuha". Tanah perkebunan itu letaknya persis menghadap masjid. Dan Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam sendiri pernah minum air segar yang ada di lokasi itu, sampai kemudian turun ayat yang berbunyi:

"Sekali-kali belum sampai pada kebaktian yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai." (Ali Imran:92)

Mendengar ayat ini, Abu Thalhah menghadap Rasulullah. Setelah membacakan ayat tadi Abu Thalhah melanjutkan, "Dan sesungguhnya harta yang paling saya cintai adalah tanah perkebunan Bairuha. Saat ini tanah itu saya sedekahkan untuk Allah dengan harapan akan mendapatkan ganjaran kebaikan dari Allah kelak. Maka pergunakanlah sekehendak Anda, wahai Rasulullah."

Dan bersabdalah Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, "Bakh, bakh itu adalah harta yang menguntungkan dan saya telah mendengar perkataanmu tentang harta itu dan saya sekarang berpendapat sebaiknya engkau bagi-bagikan tanah itu untuk keluarga kalian."

Abu Thalhah pun menuruti perintah Rasululah dan membagi-bagikan tanah itu kepada sanak suadaranya dan anak keturunan bapa saudaranya. Tidak berapa lama Alah memuliakan seorang anak laki-laki kepada pasangan berbahagia itu dan diberi nama Abu Umair. Suatu hari, burung kesayangan Abu Umair mati sehingga Abu Umair menangis dengan sedih. Saat itu telah lalulah Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam di hadapannya. Melihat kesedihan Abu Umair, Rasulullah segera menghibur dan bertanya, "Wahai Abu Umair apa gerangan yang diperbuat oleh burung kecil?"

Namun takdir Allah memang tak mampu diduga. Allah subhanahu wa ta’ala kembali ingin menguji kesabaran pasangan sabar ini. Tiba-tiba saja, cahayamata mereka Abu Umair jatuh sakit sehingga ayah dan ibunya begitu cemas dan susah hati. Padahal ia adalah putera kesayangan Abu Thalhah. Jika ia pulang dari pasar, yang pertama kali ditanyakan adalah kesihatan dan keadaan puteranya dan dia belum merasa tenang apabila belum melihatnya. Tepat pada waktu solat, Abu Thalhah pergi ke masjid. Tak lama setelah kepergiannya, puteranya Abu Umair menghembuskan nafas terakhir.

Ummu Sulaim memang seorang ibu mukminah yang sabar. Ia menerima peristiwa itu dengan sabar dan tenang. Ummu Sulaim lantas menidurkan puteranya di atas katil dan melafazkan berulang-ulang kali, "Innaa lillahi wa inna ilaihi rrji’un." Dengan suara berbisik ia berkata kepada sanak keluarganya, "Jangan sekali-kali kalian memberitahukan perihal puteranya pada Abu Thalhah sampai aku sendiri yang memberitahunya."

Sekembalinya Abu Thalhah, alhamdulillah, air mata kesayangan Ummu Sulaim telah kering. dia menyambut kedatangan suaminya dan siap menjawab pertanyaannya.

"Bagaimana keadaan puteraku sekarang?"

"Dia lebih tenang dari biasanya." Jawab Ummu Sulaim dengan wajar.

Abu Thalhah merasa begitu letih hingga tak ada keinginan menengok puteranya. Namun hatinya turut berbunga-bunga mengira puteranya dalam keadaan sihat wal afiat. Ummu Sulaim pun menjamu suaminya dengan hidangan yang istimewa dan berdandan serta berhias dengan wangi-wangian, membuat Abu Thalhah tertarik dan mengajaknya tidur bersama.

Setelah suaminya terlelap, Ummu Sulaim memuji kepada Allah karena berhasil menenteramkan suaminya perihal puteranya, karana dia menyedari Abu Thalhah telah mengalami keletihan seharian, sehingga ia membiarkan suaminya tertidur.

Menjelang subuh, barulah Ummu Sulaim berbicara pada suaminya, seraya bertanya, "Wahai Abu Thalhah apa pendapatmu bila ada sekelompok orang meminjamkan barang kepada tetangganya lantas ia meminta kembali haknya. Pantaskan jika si peminjam enggan mengembalikannya?"

"Tidak," jawab Abu Thalhah.

"Bagaimana jika si peminjam enggan mengembalikannya setelah menggunakannya?" "Wah, mereka benar-benar tidak waras," Abu Thalhah menukas.

"Demikian pula puteramu. Allah meminjamkannya pada kita dan pemiliknya telah mengambilnya kembali. Relakanlah ia," kata Ummu Sulaim dengan tenang. Pada mulanya Abu Thalhah marah dan membentak, "Kenapa baru sekarang kau memberitahuku?"

Dengan rasa tabah Ummu Sulaim tak henti-henti mengingatkan suaminya hingga ia kembali istirjak dan memuji Allah dengan hati yang tenang.

Pagi-pagi buta sebelum cahaya matahari kelihatan penuh, Abu Thalhah menjumpai Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam dan menceritakan kejadian itu. Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda, "Semoga Allah subhanahu wa ta’ala memberikan barakah pada malam pengantin kalian berdua."

Benar saja Ummu Sulaim lantas mengandung lagi dan melahirkan seorang anak yang diberi nama Abdullah bin Thalhah oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam. Dan subhanallah barakahnya ternyata tak hanya sampai di situ. Abdullah kelak di kemudian hari memiliki tujuh orang putera yang semuanya hafizhul Qur’an. Keutamaan Ummu Sulaim tidak hanya itu, Allah subhanahu wa ta’ala juga pernah menurunkan ayat untuk pasangan suami isteri itu disebabkan suatu peristiwa. hinggakan Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam menggembirakannya dengan janji syurga dalam sabdanya

"Aku memasuki syurga dan aku mendengar jalannya seseorang. Lantas aku bertanya "Siapakah ini?" Penghuni syurga spontan menjawab "Ini adalah Rumaisha binti Milhan, ibu Anas bin Malik."

Selamat untukmu Ibunda Anas!

anak sedara lagi..

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, August 23, 2009 2 comments

selamat datang buat anak sedara makteh yang ke4

mohammad alif rayyan bin jamlus affandi

Thursday, August 20, 2009

..ramadhan karim...

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, August 20, 2009 3 comments
ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu…merayu…kepadanya-NYA TUHAN yang Satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan….
sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…
bersatu memperhambakan dirimenghadap Rabbul Jalil…
menangisi kecurangan janji“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”( Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku…
kuserahkan hanya kepada ALLAH tuhan seru sekelian alam)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluangalunan AL-Quran bakal kau dendang…
bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih…
berqiamullai…
bertahajud…
mengadu…
merintih…
meminta belas kasih“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi… aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…
kita cari…
kita kejar..
suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiapkan diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
dikiri dan kanan…
lorong-lorang redha Ar-Rahman

Duhai Iiahi…
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikan ia Ramadhan paling berarti…
paling berseri…
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu
Ya IIahi..
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami disana nanti
Namun teman
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha…
bersedia…
meminta belas-NYA

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku..
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARRAK..

"RAMADHON KAREEM....."

PROJEK BAKTI SISWA AL-AZHAR..

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, August 20, 2009 0 comments
assalamualaikum..sihat semuanya?ana ingin mohon maaf di atas kelewatan untuk post kan laporan prgram fasi di baling tempoh hari. ini kerana pada malam hari trakhir program itu(khamis) ana trgsa2 brangkat ke terengganu semula..dan kini ana sedang berada di kuala lumpur. kemungkinan ana menetap disini agak lama insyaallah.. berikut adalah kenangan indah yang tidak dapat dilupakan semasa ana dan kawan2 sama2 turun untuk mencurahkan sedikit bakti yg ada dalam PBSA. (projek bakti siswa al-azhar) prjek ini dilakukan untuk mahasiswa/wi yg pulang bercuti. kalo ada program2 yg macam ni semua diminta turun hulurkan tangan,ringankan beban timba pengalaman.

kami(akhawat) bertolak dari alor star ke baling dgn dua kereta(kak yana dan ana) hujan sangat lebat apabila kami tiba di sungai petani untuk menjemput beberapa org fasi lagi disana. ini menyebabkan ana berasa agak risau untuk memandu dlm keadaan hujan lebat..dan alhamdulillah hujan stop dgn serta merta apabila kami berhenti untuk membeli sedikit barang di pasaraya(adakah ana terlalu skema ketika ini?hihi)

kami tiba di baling hujan jugak sikit2..risau takut demam..insyaallah..jalan dakwah ni memerlukan pengrbanan. Allah pasti lindung kita semua(itulah yg terdetik di hati ana)
JAUHNYA BALING...............!!huhu

TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERAI,BALING
TARIKH : 13-15 OGOS 2009
BIL PESERTA : 80 ORG KEATAS
BIL FASI : 20 ORG KEATAS-ana pun xbrapa tau pun...hihi
AKTIVITI MENARIK : smua menarik je...huhu
PERASAAN ANA : seronok dapat kenal adik2 ni(perlukah dinyatakan?ya perlu.)
HARAPAN ANA : mudah-udahan program ini dapat mmberikan hasil yang positif buat peserta.
BIL PESERTA YG BALIK : 3 org sebab demam..bahaya tu..ada gak yg xnak balik..buat2 sihat..terharu tol..(sila jgn begitu lain kali. utamakan ksihatan anda)

fasi dan peserta perempuan

fasi dan peserta lelaki

ketua fasi merangkap wakil menerima cenderahati untuk fasi
barisan siswa dan siswi yg menyumbang tenaga

adik2 peserta yg lawa2..betul ke org baling nih?hihi

"tunduk sikit ye.."

"jejaka impian??"

senaman pagi

sgt bersungguh2..

ber program sambil berjaga2
Alhamdulillah..program berjalan dgn lancarnya..untuk adik2 yang sedang membaca blog kak syabinar ni...jaga diri,jaga iman,jaga solat,jaga maruah,jaga akhlak ye...ingat segala pesanan kak syabinar dan kakak2 yg lain..kakak2 suka sgt bersama2 dgn adik2 semua.. kalo ada umur yg panjang...insyaallah kita jumpa lagi...SMKJ dalam ingatan.......

Thursday, August 13, 2009

sujud syukur..

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, August 13, 2009 3 comments
assalamualaikum..

ana baru sahaja pulang dari terengganu ketika ini...terengganu dan kedah seolah2 perjalanan yang dekat bagi ana..mengapa berada di terengganu? ada tugas yang perlu dilaksanakan..hihi

semalam dapat satu miscall dari(ateh filzah) seperti yang tercatat di skrin hp ana..ana ingatkan ada maklumat terkini tentang program fasi kami yang akan berlangsung di baling hari ini. ana call ateh semula. kemudian dia cakap...

"assalamualaikum yOng...enti tau dak cerita terbaru?"

dalam hati ana pelik..program tu xjadi ke??

"cerita apa?"

"natijah(result) dah kuar la..."

"hah.....???"

tetiba ja lutut jadi lembut semacam je..xleh nak berdiri...huhu

"ana dapat apa?" spontan je kuar dari mulut ana menanyakan soklan.

"ana xtaula result yOng.."

aik...macam mana leh xtau pulak...ni mesti ada apa2..

"nanti ana suruh depa bgtau enti ye..."

adoyai korang ni...nasib baik ana xdak sakit jantung..kalo tak rebah lama dah

ni..main2 lak ye....

ana tanpa membuang masa terus menelifon mangsa kedua dan juga suspek yang amat dikehendaki iaitu (angah fazliana)

"assalamualaikum angah ana dapat apa?"

nak tau dak......dia boleh gelak...pastu belakon pulak..

"yOng..dengar kata ramai xlulus..kita byk sabaq na...kena tabah..."

hati ana memang xtenang dah ni...aduh...ya ALLAH apakah ujian yang bakal Engkau sediakan untukku..

"angah enti ckp betoi2....!"

"hahaha..awat acik bgtau apa?"

ACIK??? ooo...dia pun berkomplot jugak ye..ni mesti nak kenakana ana nih...

"angah cakap betoi2...ana kalo xok nk mintak sini ja.."

cuba untuk memancing..hihi

"hai...! enti ni...entii jayyid la...!!"

Ya Allah..aku najah...syukur padaMU..

ana terus call ateh semula...
"oooo...tipu ana ye..."
"mabruk yOng"

tiba2 dapat panggilan yang nama dia withheld(ini maknanya panggilan ni datangnya dari mesir..)

"assalamualaikumm...!! sukanya yOng..alhamdulillah..."

alang,ude dan aiman sedih...hihi

"la...yOng tau dah ka..sapa habaq...baru nak suprise..."

jangan macam tu wahai adik2...yong ni dah sekerat nk pengsan kalo hampa buat macam ni kat yong....huhu

apa2 pun syukran buat MUSFIROH sbb amik natijah kami..syukran jugak buat ahli bait "satu hati" yang byk berikan ana kata2 semangat,pendorong dan kongsi segala suka dan duka..syukran juga buat musyrif yang pernah sudi teman ke hospital tgh2 malam sebelum exam.. tanpa kalian ana xkan berdiri ke tahap ini..syukran warga mesir..

mabruk bagi yang berjaya...
mabruk juga bagi yang tidak berjaya kerana ALLAH telah memilih kalian untuk diuji lagi..kerana ALLAH sayangkan kalian sbb tu ALLAH uji kalian..kuat semangat..sangka baik pada ALLAH..

teruskan usaha kita..maju kehadapan.. bantu kawan..pegang perjuangan..untuk islam..

sujud syukurku hanya untukMU ILLAHI...syukran..alhamdulillah...

ok..jom nak siap2 dah pergi baling..tunggu laporan yang akan datang ye..terima kasih para pembaca sudi berkongsi kisah ana. terima kasih jugak untuk yang mendoakan ana..

"ya allah berikan rahmat dan kasih sayangMU buat semua yang membaca blog ini..amin"

Sunday, August 2, 2009

pengalaman bersama HPA

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, August 02, 2009 0 comments
PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG(PBC)

assalamualaikum..salam kasih sayang buat semua pembaca. terutama sekali pembaca setia blog istana. ana amat menghargai kesetiaan anda yang sentiasa mengikuti blog yang tidak seberapa ini. terima kasih kerana sudi membaca luahan hati peribadi serta diari kehidupan diri ana. terima kasih juga kerana sudi mengetahui cerita2 mengarut dari ana..terima kasih tak terhingga.ana berada dan menetap di terengganu buat seketika waktu harap maklum sahabat2 suma..

ana ingin membuat sedikit pengakuan ikhlas. sejak akhir2 ini,ana memang tidak sempat untuk mengUpdate blog. bukan kerna terlalu sibuk tetapi tidak sempat untuk jari ini menari terlalu lama atas pentasnya.(dlm erti kata lain,MALAS..hehe) ok baiklah tanpa membuang masa anda untuk terus membaca lagi..disini ana ada sedikit pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama HPA..buat julung kalinya ana cuba mendekati dan cuba memahami HPA..herba perubatan al-wahida.(mesti semua pun xtau kan HPA tu singkatan dari apa kan?jgn tipu.......ana pun baru tau ja..huhu)

ana telah menghadirkan diri ke kursus perkongsian bijak cemerlang atau senang dan dikenali sebagai PBC anjuran syarikat yang ana kira cukup membanggakan ummat islam malaysia HPA. ana juga yakin sahabat2 juga sangat mengenalinya kan?(ye kan jee....) HPA yang terkenal dgn kopi radix "mai secawan" ini telah berjaya melangkah dgn sangat jauh ketika ini atas usaha dari pimpinan muslim anak bangsa bumiputera yang bertungkus-lumus mempertahankan perjuangan suci dalam jihad mengembalikan ekonomi islam di persada dunia. ana dengan ini menyokong seratus ditambah seratus peratus atas perjuangan ekonomi yang dibawa oleh HPA.

sebelum ana menceritakan dengan lebih lanjut,suka untuk ana mempekenalkan pengasas HPA.

beliau ialah TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD

antara kejayaan HPA sekarang :

1)RADIX FRIED CHIKEN
2)JAWI HERB SHOP
3)KILANG KOLA RADIX
4)HPA COLLECTION
5)THOHAROH DOBI
6)JAWI HOME STAY HPA
7)STAFF HPA MELEBIHI 1080 ORANG(banyak tu....cuba bayang 3sekolah berhimpun wat perhimpunan)
8)LADANG TERNAKAN AYAM ORGANIK HPA
9)GUDANG HPA SETIAP ZON
10)MESIN PROSES KOPI RADIX
11)PULUHAN KONTENA RADIX DAN VAN ANGKUT BARANG
12)LAMAN WEB HPA
13)ANUGERAH PIALA PERDANA
14)LADANG PEGAGA
15)PENTERNAKAN SPIRULINA
16)PROGRAM HPA DI INDONESIA DAN THAILAND
dan banyak lagi..nak tulis tak cukup nih...huhu

sahabat2 nak tahu tak apa yang kita dapat bersama HPA?antaranya ialah...

1. anda telah tunaikan satu tanggungjawab agama(mengembalikan produk halal dan bersih ke pangkuan ummat islam)
2.anda tidak lagi diancam dgn produk yang merbahaya(bahan kimia) produk yang haram dan syubhat dan juga produk yahudi dan zionis(KFC dll)
3.pernigaan bersama HPA adalah satu ibadat
4.menjamin keluarga yang bahagia..xde gaduh2 antara adik-beradik..
5.pendapatan tanpa had
6.kesihatan yang baik...(ubat HPA memang power..)
7.beroleh pengetahuan dan maklumat terbaru mengenai kesihatan
8. membantu insan yang memerlukan sumbangan dari anda..
dan banyak lagi...

antara produk keluaran HPA adalah seperti berikut :
1-set lengkap
2-set lelaki hebat
3-set cerdas minda
4-set warga emas
5-set kurus badan
6-set rawatan penyakit
7-syampoo
8-sabun pembersih dan mandian
9-kosmetik
10-minuman kesihatan
11-ubat gigi herba
12-bedak
13-minyak dan krim rambut
14-pencuci pinggan dan mangkuk
dan banyak lagi....

nampak tak usaha ana yang gigih ini cuba untuk sampaikan produk2 islam yang bersih pada semua..sekarang ini HPA cuba untuk keluarkan hampir seluruh barang2 kegunaan harian untuk kita..lagi banyak kita menggunakan barangan keluaran islam lebih banyak peluang untuk anda dapat duit tau....!! bukan itu sahaja anda juga secara tidak langsung bersama menaikkan maruah ummat islam..hebat tu...

siapa lagi nak tolong islam kalau bukan kita kan...???

PERJALANAN PROGRAM

memandangkan ana begitu lambat menghadirkan diri ke tempat kejadian,(jitra) bila sampai je program dah stat pun..time tu tgh bahagikan kumpulan dan tempat penginapan..(macam nak buat program bina syaksiah je zaman sekolah dulu...huhu) dan anda nak tahu ana kumpulan apa?? KUMPULAN MINYAK BUT-BUT..hehe nampak macam lawak je kan.....jangan memain,kumpulan ni johan tau kumpulan terbaik tu kalah kumpulan muslimin..muslimat BOLEH..!!

ok,berikut adalah perjalanan program PBC(perkongsian bijak cemerlang bersama HPA)

ini adalah hadiah untuk pemenang dgn slogan kami.."minyak but-but best....."

belajar cara mendiagnos tapak tangan dan merawat oleh..makcik nor(ibu kepada pelakon catriona ross..kenal ke?)

segmen membuat kajian atas produk2 hpa berbanding produk lain yang merbahaya.

air+garam+sabun HPA=hasil

air+garam+sabun selain HPA(lux.may,zaiton dll)=hasil

peserta yang begitu semangat bernasyid..tempat duduk yang mengasingkan lelaki dan perempuan

antara lagu2 tema

membaca mathurat beramai2

kuliah subuh..

Qiamulail secara berjemaah..

kertas kerja pembentangan kumpulan kami..minyak but-but(johan tu..huhu) tgk la sapa yang tulis dan bentang..hihi

antara fasi2 yang turut menyumbang tenaga..

jualan..

banner..

sekadar hiasan..sila abaikan.

secara jujur ana katakan disini..inilah program dan kursus yang patut dianjurkan selaku ummat islam..tiada ikhtilat..tiada pergaduhan..penuh keberkatan..yang penting diredhoi oleh allah....

"YA ALLAH BANTULAH PRODUK INI AGAR LEBIH MAJU DI HADAPAN DAN KEMBALI MEMBANGUNKAN UMMAT ISLAM SELURUHNYA..HAPUSKAN PRODUK2 YANG LAHIR DARI TANGAN KUFFAR...AMIN..."

buat abangku yang tersayang...selamat hari lahir..semoga ALLAH panjangkan umurmu dan melimpahkan rezeki yang halal secara melimpah ruah..sya sayang abang..!!

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal