Assalamualaikum sahabat semua. Apa khabar kalian? bagaimana iman dan amalmu hari ini? sebelum meneruskan bacaan marilah sama-sama kita hadiahkan selawat dan salam kepada junjungan besar kekasih Allah juga kekasih hati kita Habibi Ya Mustofa Sayyidina Muhammad Solallahu Alaihi Wasalam..Sollu ala nabiy.. Saya ada suatu kisah dan pengalaman hidup untuk dikongsi bersama. Mengenai Raudhah. Tahukah sahabat semua tentang Raudhah? Raudhah yang saya maksudkan ini bukanlah nama manusia tetapi ia adalah suatu tempat yang paling indah pernah saya kunjungi sepanjang hidup saya. "Taman Syurga" di Masjid Nabawi. ^_^
Salah satu bahagian Masjid Nabawi terkenal dengan sebutan Raudlah (= taman surga). Doa-doa yang dipanjatkan dari Raudlah ini diyakini akan dikabulkan oleh Allah swt. Raudlah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah saw. Diterima dari Abu Hurairah, bahwa Nabi saw. bersabda (yang artinya):
- "Tempat yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku merupakan suatu taman di antara taman-taman surga, sedang mimbarku itu terletak di atas kolamku." (Riwayat Bukhari)
- Untuk solat di dalam kawasan Raudhah mestilah menunggu giliran mengikut negara masing-masing. Berdasarkan sumber, terdapat beberapa muslimah asia dari malaysia dan indonesia meninggal dunia akibat dipijak oleh ratusan manusia yang tubuh badan mereka agak besar. Demi meningkatkan kadar keselamatan nyawa, pihak pengurusan masjid telah menjadualkan giliran solat sunat mengikut negara masing-masing. ~~
- fuh..skema kan? okay lah senang cerita, saya geng/kumpulan makcik-makcik dari indonesia dan beberapa makcik warganegara malaysia itu sendiri. Apa yang best sekali kami menunggu giliran kami hampir 3 jam? best kan? hihi...sementara nak tunggu tu semua sempatlah nak prepair diri sucikan hati kali pertama berhadapan secara langsung dengan Baginda Rasulullah di hadapan makam Baginda. Maha Suci Allah! saya terasa berdebar yang tidak terhingga megalahkan orang datang meminang debarannya.
- Kami sama-sama berselawat dan berqasidah. alunan burdah yang tidak mengganggu mana-mana pihak ini diteruskan sehinga masing-masing terasa agak letih kerana tidak sempat menjamah apa-apa makanan sejak pagi tadi.
Alhamdulillah.. Masa yang ditunggu telah pun tiba! saya dan kawan- kawan berlumba mengambil tempat di sejadah yang berwarna hijau lalu solat beberapa rakaan disana. Kemudian kami sampaikan salam kepada Baginda Muhammad. Air mata mengalir begitu deras tanpa disuruh dan dipaksa. Jatuh membasahi pipi, hati tiba-tiba terasa sayu dan syahdu. Hanya Allah Taala sahaja yang memahami akan perasaan yang timbul entah datangnya dari mana. Namun begitu, perasaan gembira terpancar indah. Kemudian hati tiba-tiba bertukar menjadi sedih lalu pelbagai persoalan bertalu-talu mengetuk jiwa. sedih gembira datang berselang seli. itulah perasaan yang sempat dirakam minda saya.
"Adakah aku ini ummat yang terbaik?"
"Adakah Rasulullah sudi menyambut salam sejahtera dariku?"
" Adakah Baginda sayang dan cintakanku sepertimana Cintaku pada Baginda?"
Adakah demi adakah........
Semasa kaki ini dipaksa dan ditolak keluar oleh akak-akak pengawas kat masjid tu, mata saya tidak terlepas dari memandang makam Baginda. Air mata saya pula usah dihitung banyak mana turunnya..
"YA Allah..sampaikan aku kesini lagi.."- ituah detik hati saya semasa meninggalkan Raudhah.
salam rindu buatmu Rasulullah. saya Sayang padamu selalu ^_^