27 Mac 2012

5 Cara Mencegah Tumbuhnya Jerawat

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Kali ni, aku nak berkongsi tentang cara-cara untuk mencegah tumbuhnya jerawat. Mesti korang risau kan dengan masalah umum dan biasa ni kan. Takpe, guna tips yang ada ni untuk mengelakkan masalah korang jadi lebih teruk..


Penghargaan kepada MedikTV, iaitu siaran rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Jom, aku jemput korang untuk Like mereka kat Facebook dan Follow mereka kat Twitter. Klik pautan-pautan di bawah ni ya. Semoga anda beroleh kebaikan daripada info yang dikongsi oleh Medik TV.
MedikTV @ Facebook

MedikTV @ Twitter

Sekian dulu perkongsian untuk kali ni, semoga sihat selalu ya, wahai pembaca blog yang setia. :)

Setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati.

19 Mac 2012

USM-KLE : Permohonan Dibuka!

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Aku pasti, ramai pelajar lepasan Matrikulasi / Asasi / IB / A-Level / STPM dan yang sewaktu dengannya menunggu berita ni. Permohonan untuk USM-KLE kini dibuka!


Untuk permohonan dan maklumat lanjut, sila ke laman web berikut:

https://pohon.usm.my/india/

Tarikh tutup : 2 JUN 2013.

Untuk sebarang pertanyaan yang tidak formal, boleh tanya saya di sini. InsyaAllah, akan dibalas dengan secepat mungkin dan sebaik mungkin, mengikut keupayaan dan kapasiti saya sebagai seorang pelajar.

Semoga maju jaya, dan semoga berjaya dalam permohonan anda!

P.S: Untung-untung, boleh jadi junior saya :)

18 Mac 2012

Jom Jadi Geng KAMI BLOGGER MALAYSIA

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Jom jadi geng KAMI BLOGGER MALAYSIA, mudah je caranya... Klik kat gambar tu, lepas tu korang akan dibawa ke blog 'kami blogger Malaysia dan kami bangga'. Ikutlah arahan selanjutnya di sana..


Aku berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Cuma sekarang ni, aku sedang melanjutkan pelajaran di Belgaum, India..

Kat sini, aku nak tag 5 orang rakan blogger aku yang bertuah!






Sekian dahulu untuk kali ni, dan salam perkenalan :)

16 Mac 2012

Aku Sudah Jatuh Cinta

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Sempena entri yang ke-200 ni, aku nak buat satu pengakuan ekslusif! Bahawasanya, aku telah jatuh cinta. Tak sangka pulak yang aku akan memberanikan diri untuk membuat pengakuan di sini, sebab satu dunia boleh baca. Namun, apa salahnya kan, sekadar berkongsi isi hati, dan berkongsi kebahagiaan bersama..



Siapakah yang bertuah itu? Sila skrol ke bawah kalau nak tahu...















































































































YOU HAVE BEEN TROLLED!!!!!!!!

Hehehe... Kan dah kena... Saje je gurau, sempena entri yang ke-200 untuk blog aku yang tersayang ni. Aku sebenarnya jatuh cinta dalam bidang berblogging ni. Pernah satu ketika dulu, aku terfikir untuk berhenti berblogging, dek kerana kesibukan dalam pelajaran. Namun, niat tu aku batalkan, sebab aku ingin terus berkongsi isi hati aku dalam blog ni. Supaya anda boleh kenal aku dengan lebih rapat, dan aku ingin terus memberi khabar kepada keluarga, rakan-rakan serta insan yang mengenali diri ini.

Bila cinta yang sebenar daripada seorang wanita akan datang kepada aku? Atau bilakah aku akan mencari cinta? Belum masanya lagi untuk aku komited kepada perhubungan yang serius, sebab kekangan masa, wang dan komitmen. Namun, jika ada jodoh, aku takkan menolaknya, sama ada cepat atau lambat. Kalau cepat, alhamdulillah.. Kalau lambat, aku sabar menanti.. Namun, secara jujurnya, aku ada seorang kawan yang aku rasa menepati kriteria aku. Entah dia sudi ke tak dengan aku ni kan. Siapalah aku...

Apa-apapun, terima kasih atas 2 tahun 2 bulan yang hebat ini, telah lebih 32,000 pengunjung blog ni, alhamdulillah.. InsyaAllah, aku janji akan update blog ni sedaya-upaya, bila ada waktu terluang. Pelajaran jangan la lupa :)

Doakan aku berjaya juga mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor yang berjaya nanti. Mudah-mudahan, berkat doa anda semua, aku dipermudahkan jalan untuk menuju puncak.. Sekian dulu untuk kali ni, mudah-mudahan anda semua ceria selalu. Terima kasih kerana sudi membaca.

Terima kasih daun keladi, lain kali lawatlah lagi.

14 Mac 2012

Ombak Rindu Hafiz Zainal

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Tujuan entri aku kali ni adalah untuk promote kawan sekelas aku dulu ni, iaitu saudara Hafiz Zainal. Dah bergelar penyanyi YouTube dah sekarang. Dah lama pun sebenarnya, baru nak promote. Hehe.. Sori Apis... :)

Cari sendiri la yer aku kat mana, Hafiz Zainal kat mane. :)
Terbaru, dia ada buat cover terbaru, lagu yang tengah meletop di Malaysia sekarang ni (meskipun dia tengah belajar kat Egypt sekarang ni), iaitu lagu Ombak Rindu, nyanyian asal Hafiz & Adira. Power tak beliau? Lagu dua orang pun dia mampu nyanyi sorang.



Kalau nak tengok kat YouTube, tengok la kat SINI. Sila tengok video lain jugak yer, beliau ada bakat yang tersendiri. Dah lama kagum dengan dia ni, obses sangat menyanyi. Tapi yang penting, pelajaran tak dilupakan.. Kat sekolah dulu, dia dapat 10A jugak masa SPM.. Cerdik pandai, boleh jadi macam Dr. Fazley nanti.

Satu lagi info menarik (yang tak boleh blah), dulu aku kalah pertandingan nyanyian kat sekolah, belakang dia! Dia nombor 1, aku nombor 2. Hehehe.. Nak buat macam mana, dia yang paling terer menyanyi kat sekolah. Itu semua kenangan yang sukar untuk dilupakan. Aku pun mana aktif menyanyi nih, cuma menyanyi apabila diperlukan je :)

Akhir kata, harap terhibur dengan persembahan kawan aku nih. Kalau bosan-bosan, dengarlah lagu ni, dan lagu-lagu lain jugak yang dinyanyikan oleh Hafiz Zainal, jadikannya halwa telinga. Sekian dulu untuk kali ni.

Wordless Wednesday #6


Wordless Wednesday #5


11 Mac 2012

Pusing Bangalore : Hari Kedua

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Jom, aku sambung cerita lagi pasal percutian aku lepas Selanjar 2 hari tu. Keesokan harinya, pagi tu, kami dibawa ke Jayaprakash Napayan Park, atau nama pendeknya, J.P. Park. Tak jauh pun dari rumah bebudak MSU..

J.P. Park
Apa yang kami buat? Bukannya bersenam tau, jalan-jalan cuci mata.. Kalau ada tempat yang best, ambiklah gambar kat situ. Nama pun taman rekreasi kan, mesti la ada pemandangan yang cantik, macam kat bawah ni:

Ni la kot Encik Jayaprakash Napayana...
Boleh pulak ada orang tengah bercucuk tanam dalam taman ni? Takde la, itu semua adalah patung semata-mata. Aku pun  tertipu jugak mula-mula. Ceh!
Lembu tu pun patung jugak! Tertipu untuk kali kedua...
Apa yang bebudak ni buat kat sini?? Sekali lagi, mereka adalah patung! Tertipu lagi..
Harimau bintang..
Patung lagi, macam real je...
Setelah berjalan beberapa ketika, kami terjumpa tempat yang baek punyerr untuk ambik gambar. Sesuai la untuk jejaka-jejaka tampan macam kami. Hehehe.. [statement poyo]

Nampak macam purba je..
Tu dia, jejaka-jejaka ganteng..
Ini bukan mangkuk tandas yer.
Tu dia... Jejaka paling kacak dalam batch ke-2 USM-KLE.. Hehe :D
Terjumpa pulak 'Bamboo Park' dalam kawasan taman tu. Pepohon buluh yang menarik ada kat sana, warna kuning. Memang sesuai untuk dibuat penggambaran kat situ. Hehe.. Jadi, kami, apa lagi...

Gaya sempoi dari Fakih dan Safwan..
Aku pun nak jugak!
Kat sini jugak, terjumpa la tempe-tempe ni. Ada ke patut dia tanya kami, "Boleh cakap Tamil tak?" Hehe.. Sudah tentu, jawapannya tidak. Tengok kulit la der. Haha.. 

Dua orang tempe yang dimaksudkan. Yang tengah tu bukan tempe yer.
Eh... Main intai-intai pulak dia...
Ada tasik jugak dalam taman ni... Saujana mata memandang.
Maka, tamatlah sesi meronda J.P. Park tu, balik semula ke rumah senior MSU... Sekali lagi, breakfast ditaja oleh saudara Zul.. Ada bonus pulak tu, ada cekodok pulak bila sampai kat rumah diorang. Rezeki berganda di waktu pagi.. Alhamdulillah..

Lepas tu, tibalah masa untuk meronda Bangalore. Perjalanan jauh jugak la, ambik masa dekat sejam jugak dari Gokula. Tambang auto 120 rupee sahaja. Kalau kat Belgaum ni, tak tau la berapa ratus kena ni kan...

Sedikit pemandangan di M.G. Road..
Butik-butik pakaian di Brigade Road...
Kedai Levi's besar giler!!
Lapar la pulak, jadi makan tengah hari kat KFC. Kat Brigade Road jugak. Lagipun dah lama tak makan KFC. Kat Belgaum takde KFC! Agak kempunan + kebulur sikit ni. Hehe..

Lokasi kejadian.
Eh.. Tetiba ada abang Aidil "DiskoDansaBergumbira" kat sini. Hehe.. Dia nak balik Malaysia masa ni. Senior kitorang baru cuti masa ni.
Ape je yang kami buat? Nak cari t-shirt yang ada tulis perkataan "Bangalore" atau "India" dan yang sewaktu dengannya, cuma susah jugak nak jumpa. Syukurlah ada jumpa dengan seorang pak cik drebar auto ni, dia sanggup bawak kami jauh-jauh, dengan harga tambang yang sangat rendah. Antara tempat yang dia bawak kami pergi adalah macam kat Indian Silk Centre. Lupa pulak nak ambik gambar kat situ, cuma apa yang aku boleh kata, kain sari yang dijual kat sana, lebih menarik daripada yang terdapat kat Belgaum. Harga pun, mestilah lebih 'menarik' kan. Hehe..

Last-last, pak cik tu bawak kami ke sebuah kedai kat Public Utility Building (P.U. Building), kat M.G. Road jugak. Kat situ, memang banyak la t-shirt yang aku nak cari. Cuma aku sempat beli 3 helai je, sebab duit yang tak berapa mengizinkan. Lupa nak cucuk duit daaaa. Lagipun budak-budak ni banyak jugak beli baju ni, sampai berbelas-belas helai pun ada. Takpe la, aku beli 3 je dulu, untuk diberikan kepada kawan-kawan baik. :)

Petangnya, aku sempat jugak melawat member aku kat PASUM dulu, nama dia Anuar Azizi. Secara jujurnya, aku tak pernah pun bercakap dengan dia, cuma sebab dia satu kuliah dengan aku dulu (Hayat 1), aku pernah la nampak dia. Lagipun dia sekelas dengan member aku, dalam tutorial N3. Dia pun first year jugak kat IMS-MSU. Takpe la, berkenalan kat sini la kan. Masih belum terlambat..

Asrama, tempat mereka tinggal.
Keunikan pelajar Malaysia adalah walaupun sebelum ni tak pernah kenal, tapi bila berjumpa, rasa macam dah lama kenal. Mereka tak terasa janggal pun nak layan kami ibarat dah jumpa hari-hari. Macam Anuar, dia siap belanja aku kat Baskin Robbins lagi. Yang kat rumah senior tu apatah lagi kan, siap masak lagi untuk kami semua. Malam tu makan nasi lemak + nasi beriani ramai-ramai, dalam talam. Siap buat sambutan birthday untuk Hasif (budak IMS-MSU) dan jugak Amir. Buat sendiri cheese cake.. (bila masa diorang tahu birthday Amir???)

Sementara menunggu makanan, sembang dulu....
Lepas makan, terus balik ke Belgaum, meninggalkan 1001 memori di Bangalore. Syukurlah ada orang yang sudi layan kami, ibarat adik-beradik. Aku pun tak pasti kalau mereka datang, aku mampu ke tidak balas layan macam diorang layan kami. Sedikit terharu.

Drama sebabak sebelum selamat pulang, Amir dan Fakih salah tempat tunggu bas. Alhamdulillah, sempat jumpa bas 5 minit sebelum waktu berlepas. Fuhhhh.. Sikit lagi.. Kalau tak, kena extend lagi sehari kat Bangalore. Apa-apa hal pun, syukurlah semuanya selamat belaka.

Akhir kalam, semoga percutian kali ni memberi manfaat kepada aku, dalam mempelajari benda-benda baru, terutamanya di India ni. Salah satu pengalaman yang tak dapat dibeli di mana-mana. Sekian dahulu coretan daripada aku kali ni.

Belajarlah daripada kesilapan, sesungguhnya pengalaman mematangkan kita.

8 Mac 2012

Pusing Bangalore : Hari Pertama

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Dalam cuti lepas Selanjar 2 baru ni, aku jalan-jalan pergi Bangalore, iaitu ibu negeri Karnataka. Takkan la nak terperap kat Belgaum je kan. Kejap je pergi sana, Rabu malam bertolak, Jumaat malam balik.. Pergi berlima sahaja..

Sebenarnya ni kali kedua aku ke Bangalore, setelah kali pertama pada hujung bulan Oktober lepas. Yang tu sebab ada urusan sikit la, tak sempat nak jalan banyak sangat.

Perjalanan ke Bangalore agak lama jugak, dalam 9 - 10 jam lebih kurang. Bertolak pukul 9.30 malam, sampai kat Bangalore dalam pukul 7.00 pagi. Perjalanan sejauh 500 km. Fuhhh.. Lagi jauh jarak dan masanya berbanding Kuala Lumpur - Kota Bharu.

Jauh tak jauhnya Belgaum dari Bangalore
Dalam pukul 7.00 pagi gitu, alhamdulillah, selamat sampai di Bangalore. Kami berlima turun dekat Yeshwantpur Railway Station, lepas tu ambik auto untuk ke Gokula Towers, tempat yang kami bakal menginap.

Mula-mula nak kena tipu ngan salah sorang drebar auto ni, katanya nak charge 400 rupee untuk ke sana. Alhamdulillah ada Hafiz, sebab dia dah pernah pergi sana. Sepatutnya murah lagi. 400 rupee tu sangat mahal sebenarnya. Last sekali, kena charge 180 rupee je. Sebenarnya 120 rupee je. Penipu punye tempe. Fakih bagi 200 rupee, pastu tak nak kasi balik baki 20 rupee. Katanya nak minum air teh. Eh, mahalnya air teh kau? Nasib baik Fakih ugut sikit, dia bagi balik 20 rupee. Syukur la nak..

Setelah drama sebabak pada pagi tuh, kami pun selamat tiba di rumah pelajar Malaysia yang belajar dekat MSU Bangalore, kat International Medical School. Tuan rumahnya adalah saudara Zulhilmi, Hasbi dan Fatah. Walaupun tak pernah kenal dengan diorang, tapi cara layanan diorang memang terbaek la! Alhamdulillah.. Salah satu layanan terbaeknya adalah, saudara Zul belanja kami berlima sarapan pagi tu. Sedap betul makan maggi telur, rasa macam kat Malaysia.. Esok harinya pun dia belanja jugak!

Lepas breakfast, kami terus ke salah sebuah taman tema yang terkenal di Bangalore, iaitu Wonder La! Motifnya adalah untuk suka-suki setelah tamat peperiksaan Selanjar 2. Wonder La ni lebih kurang macam The Lost World of Tambun la.. Perjalanan mengambil masa dalam sejam setengah jugak lah. Kami sewa kenderaan yang bernama TT (macam kereta untuk bawa pelancong la..). Naik bersama budak-budak 1st year MSU untuk ke sana..

Tempat kejadian.
Harga untuk masuk pulak adalah 540 rupee bagi pelawat biasa, dan 450 rupee untuk pelajar. Penat-penat kami bawak kad pelajar, dia tak nak terima!! Kurang asam boi punye tempe. Dah la demand nak duit baru-baru. Orang bagi duit terkoyak sikit pun tak nak. Padahal diorang jugak yang bagi duit koyak tu. Dasar tempe.

Maka, tanpa berlengah lagi, kami mulakan permainan dalam Wonder La itu. Hehe.. Antaranya:

Kerusi berpusing-pusing... Yang ni yang kami naik mula-mula..
Yang ini pun dahsyat jugak...
Yang ni pulak, kerusi berpusing sambil melompat ke atas dan ke bawah.. Dah pusing arah jah, tukar ke arah lawan jam pulak!
Mini roller-coaster... Tak seram pun. Haha..
Jejaka-jejaka kacak bergaya di pintu masuk "The Dungeon Ride"
Aksi langgar-melanggar di sini nampaknya..
Naik ke atas bukit dan ke dalam terowong daaaaaaannn...
Splash!! Habis basah lencun lepas tuh. Hehehe..
Habis basah semuanya..
Yang ni ala-ala Space Shot kat Genting, tapi kecik je ni, tak berapa saspen, tapi saspen jugak la!
Yang ni pulak, macam merry go round untuk tengok seluruh Wonder La secara keseluruhan. Seminit je untuk satu pusingan.
Equinox, game yang paaaaling pening. Amir hampir muntah.. Aku pun pening giler.
Hafiz, Fakih, Amir dalam merry go round..
Sebahagian daripada Wonder La..
Wonder La..
Nak jugak.. Hehe..
Dengan hati yang senang lenang + penat, kami pun pulang ke rumah senior MSU tadi.. Lepas tu, pergi makan dekat restoran Elements. Makanan memang terbaek la!

Pintu masuk restoran..
Berbual-bual sebelum makan..
Dunia ni kecik je rupanya. Rupa-rupanya, setelah sembang-sembang dengan Hasbi, baru dapat tahu yang dia sepupu kepada kawan aku kat ASiS dulu, Tuan Lukman. Aku ingat nama penuh Hasbi sebab Tuan Lukman pakai buku dia masa kat ASiS dulu. Dah jumpa dah tuan punya badan. Hehe.. Cemerlang macam sepupunya juga...

Mata bersinar. Hahaha..
Makanan ni nama dia Elementary Steak. Sangat sedap!
Gambar tisu pun aku ambik. Hehe :D
Yang seronok dan terharunya, bila diorang ramai-ramai bawak kitorang pergi makan kat sana, naik motor! Kalau dekat tu takpe jugak, ni boleh tahan jauh jugak la. Diorang sangat baik lah. Ok la, dengan ini, tamatlah kisah hari pertama di Bangalore, selepas pada malam tu kami tengok cerita 'The Terminal' sebelum tidur. Nantikan entri aku yang seterusnya! Sekian...

Kembaralah di bumi yang fana demi melihat kebesaranNya.