28 Jan 2011

Kelate, Here I Come!!

Assalamualaikum, dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia..

Akhirnya sempurna sudah exam mid-sem untuk pelajar PASUM.. Alhamdulillah.. Penat minda kawe dalam situasi 'mental torture' tu.. Tentang exam hari tu, takde la sesenang mana, dan takde la sesusah mana.. Ada paper yang senang, dan ada juga yang susah (sampai nak nangis pun ada jugak...T.T)
Banyak la juga 'peluru' machine gun kawe habis hari tu.. Hehehe...

Lupakan soal exam yang dah habis tu, sekarang ni kawe fully commited nak balik rumah!!! Lama sangat tak ketemu sama family yang sangat dirindui. Tak lupa juga pada kucing-kucing di rumah, motor Yamaha LC 135 kawe, dan persekitaran Kota Bharu dan Kelantan amnya. Mesti ada banyak yang dah berubah. Ya Allah, betapa rindunya hati hambaMu ini kepada tempat tumpah darahnya... 10 minggu tak balik, macam masuk AF.. Hihihi... :)

Bas kawe pukul 9.30 malam ini (28/01/11), bertolak dari Hentian Putra. Kawe akan menaiki bas merah dua tingkat yang bernama Sani Express (no. trip MKL 21) di seat yang bernombor 3. Hehehe.. Sampai nombor seat pun bagi tau ni.. Semangat ni! Sekurang-kurangnya 3 orang budak PASUM dalam bas tu nanti..



Kalau cuaca ok, insyaAllah sampai kat Kota Bharu  pada pukul 5.00 pagi.. Kalau hujan, mungkin dalam pukul 6.00 pagi jugak la.. Tapi, kemungkinan besar hujanla, sebab sehari dua ni hujan sangat lebat di sana, kemungkinan untuk banjir pun ada jugak. Takut tersekat kat tengah jalan pulak.

Harap-harap perjalanan seluruh perantauan ke kampung halaman akan lancar sahaja tanpa apa-apa jua masalah, musibah atau kecelakaan. Doakan keselamatan diri kawe dan rakan-rakan serta seluruh rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung.

Jika ada sebarang komen, sila klik pada ruangan di bawah tajuk itu, takut korang cari, tak jumpa-jumpa lak kat bawah ni.. :D

Cetusan hati dan dedikasi,
Rashdan Roslan

23 Jan 2011

Mid-Sem - Satu Fenomena!

Assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia...


Pejam celik, pejam celik, macam baru semalam je masuk semester 2, alih-alih, dah nak ada mid-sem exam la pulak.... Fenomena Mid-Sem kini menular di PASUM!






Berikut adalah jadual exam (yang ambo akan duduki) dari Isnin sampai Jumaat :


Isnin
9.00 pagi (1 Jam) : FMAX0113 - Fizik Asas 3
2.30 ptg (1 Jam) : FJAX0113 - Algebra & Kalkulus


Selasa

9.00 pagi (1 Jam) : FKAX0113 - Kimia Asas 3
2.30 ptg (1 Jam) : FJAX0114 - Statistik & Kebarangkalian

Rabu
9.00 pagi (1 Jam) : FQAH0113 - Fisiologi Organisma
2.30 ptg (1 Jam) : FB0112 - Preparatory English Course 2

Khamis
9.00 pagi (1 Jam) : FMAX0114 - Fizik Asas 4
2.30 ptg (1 Jam) : FKAX0114 - Kimia Asas 4

Jumaat
9.00 pagi (1 Jam) : FQAH0114 - Genetik & Teknologi DNA

Exam kali ni adalah misi kalah mati. Kalau teruk jugak result kali ini, maka impian untuk mengejar cita-cita akan hancur!!!! Memandangkan pointer sudah jauh tersasar, kena backup result kali ni. Kena!!

Semoga kejayaan akan menjelma buat seluruh pelajar PASUM untuk mid-sem kali ini.. Kepada pembaca sekalian, doakan kejayaan kami! Semoga doa kalian dimakbulkan... InsyaAllah...

Rashdan Roslan

19 Jan 2011

SBP - Sekolah Budak Pandai????

Assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia...


Entri kali ini adalah tentang SBP, atau Sekolah Berasrama Penuh. Alhamdulillah, ambo dikhabarkan dengan berita yang manis buat diri calon PMR tahun 2009, kerana ramai yang dapat tawaran ke SBP di serata tempat di seluruh Malaysia. Pastinya impian menjadi kenyataan buat kalian semua. Tahniah atas kejayaan anda!






Ambo juga merasai pengalaman seperti kalian, iaitu mendapat tawaran ke SBP, iaitu ke SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur (ASiS), semasa ambo di Tingkatan 4. Alhamdulillah, akhinya hasrat ambo untuk menjadi warga SBP menjadi realiti. Tawaran itu tidak mampu untuk ambo tolak, kerana nama dan imej sekolah yang kuat, serta pencapaian sekolah yang menakjubkan. Walaupun ambo sangat menyayangi SMK Ismail Petra (SMIP), namun ambo terpaksa tinggalkan kehidupan yang selesa di SMIP untuk peluang yang mungkin lebih cerah. Semoga pengorbanan ini terbalas akhirnya. Ambo melangkah ke SBP bukan semata-mata untuk kepentingan diri ambo, tapi juga rakan-rakan ambo yang ambo terpaksa tinggalkan di SMIP.. Ambo ke ASiS untuk mencari sebanyak mungkin input yang berguna untuk dikongsi bersama mereka. Bak kata orang zaman sekarang, "Makan jangan sorang-sorang beb!"


Yang dapat tawaran, akan muncullah tanda tanya, sama ada ingin meneruskan pengajian di sekolah lama atau melangkah masuk ke SBP. Secara jujurnya, pada pendapat ambo, sebenarnya ambo ingin menasihatkan bahawa melangkah masuklah ke SBP, kerana ada banyak kebaikannya, misalnya:


1. Dapat menjadi seorang yang lebih berdikari.
Banyak benda yang kita kena buat sendiri kat asrama, macam basuh baju, iron pakaian, dan pengurusan diri. Berita baik kepada mereka yang dah biasa buat semua benda sendiri kat rumah. Rugi kalau tak cuba. Hakikatnya, anda dah cukup besar untuk terus berkepit di bawah ketiak ibu bapa sahaja sepanjang masa. Sampai bilalah anda ingin berada dalam zon selesa..?


2. Dapat menimba ilmu yang mungkin tidak diperolehi di sekolah lama.
Sebenarnya banyak ilmu yang boleh dikutip dari SBP, macam cara untuk berdikari, cara untuk makan secara beradab (yang ni ambo suka), cara untuk berjalan dengan bergaya, dan cara untuk mengikat samping (ramai orang kat luar tak tahu macam mana nak ikat samping dengan betul). Nak dijadikan cerita, dulu, setiap hari Jumaat, wajib pakai baju melayu putih dengan samping. Macam-macam jenis ikatan yang keluar. Akhirnya, mutu ikatan samping beransur-ansur meningkat, setelah ditegur oleh guru di perhimpunan, tanpa jemu. ASiS mementingkan kesegakan penampilan pelajarnya, misalnya, gaya berjalan dengan segaknya. Setahun sekali pula diadakan majlis 'high table' untuk melatih pelajar supaya makan secara beradab, menggunakan sudu dan garpu. Makanan sangat sedap, seperti chicken chop.


3. Kehidupan anda akan menjadi lebih berorganisasi.
Jadual waktu dah tetap. Jadi, ikutlah sedaya yang mungkin. Memanglah, kekok pada awalnya, tapi bila kita dah terbiasa dengan sesuatu benda, nanti takde apa-apa pun. Tak sah la kalau masa mula-mula kalau takde masalah. Jangan bimbang.. Anda akan lali dengan rutin harian anda secara beransur-ansur..


4. Dapat mengenali rakan-rakan dari seluruh pelusuk negara, dan pelbagai latar belakang keluarga.
Dulu, batch ambo, ada hampir 300 orang pelajar, tapi makin lama, makin kurang, akhirnya tinggal 263 orang sahaja, yang terdiri daripada seluruh pelusuk negeri di Malaysia (kecuali Perlis dan Sabah). Rebutlah peluang ini untuk berkenalan, selain dapat menambah bilangan kenalan, kita dapat tahu banyak tempat yang kita sendiri tak pernah dengar sebelum ini. Inilah magik SBP. Yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan.


5. Dapat mengembangkan potensi diri.
Kita tak pernah tahu tentang potensi diri kitta, kalau kita tidak menyelongkar dari diri kita sendiri. Contohnya, ambo dulu, di SMIP, tak tahu yang ambo ni boleh menyanyi, tapi selepas ambo masuk ke ASiS, barulah ambo sedar, ambo ada bakat yang terpendam itu. Sungguh tidak ku sangka. Ingatkan sebelum ni, suara tak sedap, sumbangsih.. :)
Tapi boleh juga diterima oleh mereka di ASiS, sehinggakan ambo dijemput sebanyak 4 kali untuk membuat persembahan pada majlis di sekolah. Bagi mereka yang berkebolehan dalam bidang kepemimpinan, bolehlah mencuba untuk menjadi pengawas (yang mana ambo dah cuba, tapi tak dapat..).


6. Melatih supaya menjadi lebih berani.
Bila kita dah boleh berdikari, kita akan lebih percaya pada diri sendiri, dan seterusnya dapat meningkatkan keberanian dalam diri itu. Namun begitu, janganlah pula disalurkan keberanian itu ke jalan yang salah. Macam ambo, ambo telah berani untuk berjalan di bandar raya Kuala Lumpur dengan yakinnya, kerana ambo percaya pada diri sendiri. Kebanyakan tempat telah ambo terokai di Kuala Lumpur. Hasil daripada keberanian itu, ambo menggunakan keberanian itu untuk menerokai lokasi-lokasi baru, yang tidak pernah ambo sangka yang ambo akan sampai ke sana dengan bersendirian, seperti di Shah Alam, Subang Jaya, Ipoh, Batu Gajah, Nilai, Tanjung Malim, dan Serdang. Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman di SBP dan KL amnya, pengembaraan berjalan lancar.


7. Lebih banyak pendedahan mengenai tips dan strategi menjawab soalan SPM.
Salah satu perkara yang menjadi kelebihan kepada pelajar SBP adalah dari segi pendedahan dalam strategi menjawab soalan, kerana ada-ada sahaja ceramah dan seminar yang dianjurkan oleh pihak sekolah, tanpa mengira masa dan waktu, kerana pelajar tinggal di asrama. Oleh sebab itu, lebih banyak masa dapat diperuntukkan demi memberi input yang berguna kepada pelajar. Pengalaman di ASiS dahulu, pendedahan kepada perkara sebegini dimulakan bermula sejak Tingkatan 4 lagi, yang mana ASiS mengadakan sebuah program yang bernama 'Perkampungan Ilmu' selama 5 hari. Untuk pelajar Tingkatan 5, program ini diadakan di universiti (semasa batch ambo, UiTM Shah Alam) untuk memberi pendedahan tentang suasana universiti, manakala untuk tingkatan 4 pula, program diadakan di sekolah. Kebiasaanya penceramah yang dijemput adalah yang berkualiti dan berpengalaman, contohnya penggubal soalan dan pemeriksa kertas jawapan. Kebanyakkan guru SBP yang juga guru pakar, pemeriksa kertas jawapan dan penggubal soalan adalah satu bonus buat pelajar SBP, kerana pelajar dapat bertanya secara terus kepada mereka.


8. Dapat menyertai pelbagai pertandingan di pelbagai peringkat, terutamanya peringkat SBP dan antarabangsa.
Kokurikulum sangat penting pada peringkat SPM, kerana 10% markah kemasukan ke IPTA adalah daripada markah aktiviti kokurikulum. Oleh sebab itu, amatlah penting untuk anda mengutip seberapa banyak markah yang mungkin demi menjamin tempat anda di IPTA kelak. Di SBP, peluang anda untuk menyertai aktiviti bertaraf antarabangsa dan kebangsaan lebih cerah. Penyertaan dalam aktiviti sedemikian telah meyumbang banyak markah, itu belum dicampur dengan pencapaian anda pada aktiviti tersebut. Misalnya, di ASiS, saban tahun, ada sahaja program pengantarabangsaan yang dilakukan. Antara bumi yang pernah dipijak oleh pelajar-pelajar dan guru-guru ASiS adalah di Perth, London, Yogyakarta, Bangkok, Satun, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan Myanmar. Amat malang sekali, ambo tidak berkesempatan untuk mengikuti program berkenaan.


9. Dapat merasai suka duka tinggal di asrama.
Walaupun kehidupan di asrama kadangkala dilabel sebagai membosankan, namun itulah salah satu rencah kehidupan di asrama. Pelbagai perasaan akan dialami oleh anda apabila tinggal di asrama. Gembira, sedih, penat, tekanan, sakit kepala, rasa malas - itu semua perkara normal. Bohonglah kalau selalu sahaja rasa gembira atau sedih sahaja sepanjang tinggal di asrama. Perasaan tinggal di asrama tidak sama seperti perasaan tinggal di rumah. Walaupun tinggal di rumah adalah jauh lebih baik kerana kita di bawah jagaan ibu bapa, dan perasaan berjauhan dengan rumah itu mendatangkan rasa tidak enak kepada diri anda, namun dengan hadirnya rakan-rakan baru dan juga guru-guru, perasaan anda akan dapat ditenteramkan sedikit demi sedikit. Beri peluang kepada diri anda. Pernah suatu ketika dulu, ambo ingin saja pulang ke SMIP kerana sudah tidak tahan dengan suasana asrama, namun ambo gagahkan jua hati ini untuk terus kekal di sana. Akhirnya, takde apa-apa pun. :)
Alhamdulillah, ambo tidak mengikut sangat kata hati. Ikut hati, mati la jawabnya.. Kehidupan di asrama sangat seronok, kerana kita saling bergantung pada satu sama lain, berkongsi bilik/dorm atau kemudahan lain yang sama, dan mengharungi suka dan duka bersama rakan-rakan. Perkara-perkara sebeginilah yang membuatkan ikatan persahabatan antara pelajar di asrama lebih kukuh.


10. Kemudahan di SBP lebih baik dan lebih lengkap.
Di SBP, kemudahan yang dibekalkan mencukupi dan lengkap, terutamanya kemudahan di makmal dan kemudahan sukan. Walaupun kadangkala tidak sempurna dan mengalami kerosakan, namun itulah lumrah kehidupan. Prasarana yang jarang terdapat di sekolah harian juga disediakan, seperti gimnasium dan bilik jamming. Walaupun ada sesetengah SBP yang bangunannya sudah menjangkau puluhan tahun (malahan ada yang telah lebih 100 tahun), namun kemudahan yang disediakan sudah mencukupi. Jangan risau.


11. Dapat mengembara di tempat orang.
Yang ni sangat best. Sambil menyelam, minum air - peribahasa yang menggambarkan kehidupan di asrama. Sambil kita belajar di sana, masa outing, bolehlah kita bersiar-siar di kawasan luar sekolah. Yang penting, jangan lupa peraturan asas outing - waktu outing dari puluk 11.00 pagi hingga 6.00 petang, pakai pakaian uniform, dan dilarang membawa beg. Maka musnahlah harapan untuk bergaya. :)
Ambo sangat bertuah kerana dapat sekolah kat KL, dapatlah berjalan-jalan di KL.. Kalau tak, sepanjang hidup ambo, baru 2 kali sampai KL, itu pun masa budak-budak dulu. Alhamdulillah, pelbagai pengetahuan telah ditimba sepanjang pembelajaran di ASiS, dengan yang paling penting, cara untuk hidup di kota raya itu. Seperti ada hikmah di sebaliknya, ambo dapat tawaran ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), juga di KL.. Segala ilmu yang diperoleh di ASiS dulu dapat dipraktikkan kini.


12. Paling penting, sebagai persediaan dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi hari-hari yang mencabar di universiti kelak.
Kalau kita tidak cuba untuk hidup jauh dari rumah, bila kita nak rasa pengalaman tu, sebelum masuk ke universiti? Tinggal di asrama adalah penyelesaiannya. Barulah dapat rasa bagaimana hidup berdikari. Takde la nanti kejutan budaya sangat bila dah berjauhan dengan keluarga. Sedarlah pada hakikat, yang satu hari nanti, anda pasti akan berjauhan dengan keluarga. Mengikut pandangan dan pemerhatian ambo, mereka yang pernah berenggang darpiada keluarga lebih mudah menyesuaikan diri di universiti, mungkin kerana telah terbiasa dengan situasi berkenaan. Ambo terkadang berasa kasihan kepada mereka yang mengalami kegagalan untuk menyesuaikan diri dengan baik.


Tak dilupakan juga, ada banyak la juga sebab yang stereotype tentang kenapa orang takut nak belajar kat SBP, antaranya:


1. Kena buli dengan senior!
Sebab ini la yang paling disebut-sebut oleh semua orang. Ranking no.1 tu.. Hehe.. Tak dinafikan, memang wujud budaya membuli di SBP, tapi tidaklah semua SBP yang ada kes buli ini. Ada pun kes buli, adalah sangat sedikit dan terpencil. Tapi jangan bimbang lah, anda masuk SBP masa tingkatan 4, insyaAllah terselamat daripada dibuli. Kalau kena buli, lapor kepada cikgu, jangan takut!


2. Homesick, lagi-lagi kalau sekolah yang jauh dari rumah.
Penyakit ni sangat popular, bukan sahaja dalam kalangan pelajar yang tinggal di sekolah berasrama, malahan pelajar universiti juga.. Sape tak rindu rumah kan... Tapi semoga anda dibekalkan dengan semangat, azam dan tekad yang tinggi  untuk terus bertahan di asrama. Janganlah pula dihentikan langkah anda di SBP, nanti membazir masa dan wang. Peluang berharga di SBP jangan disia-siakan begitu sahaja, hanya kerana melayan kata hati semata-mata.


3. Sukar untuk beradaptasi kepada suasana asrama.
Ambo akui, memang sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana asrama, tapi kena cubalah dulu. Seperti ambo, kerap juga berasa tidak sihat dan jatuh sakit pada awal kehadiran ambo di ASiS, sehingga hampir membuat keputusan yang mungkin memakan diri sendiri. Namun, setelah dikukuhkan tekad dalam diri ini, ambo memberi peluang kepada diri ambo, dan alhamdulillah, ambo akhirnya berjaya menyesuaikan diri di sana. Lepas tu, takde apa-apa yang terjadi pun.


4. Cepat penat, sebab ada prep, kena turun riadah, kena ikut jadual waktu.
Menjadi pelajar SBP bukannya mudah, setiap hari ada sahaja cabaran dan dugaan. Jadual waktu yang padat dan peraturan yang ketat - membuatkan hari-hari di SBP amat memenatkan. Lama-kelamaan, anda akan berasa jelak terhadap rutin harian yang sama saja setiap hari. Namun begitu, ikhlaskanlah hati anda dalam menuntut ilmu, agar anda menjadi seronok sepanjang pengajian di SBP. Lupa nak cakap, prep wajib turun! Prep sangat penting, sebab kat SBP, tiada tuisyen. Gunakanlah masa prep sebaik mungkin.. Kalau nak berehat tu boleh je, tapi rugilah, masa dah terbuang. Tak perlu pun masuk tuisyen, kerana masa prep dijamin cukup untuk mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, jadi jangan risau.


5. Boring, sebab tak bebas bergerak keluar dan masuk pagar sekolah (rasa terkurung).
Sebenarnya ini bukan masalah besar sangat pun. Anda haya perlu ingat satu perkara - kita datang ke SBP untuk belajar. Itu sahaja. Tahanlah diri serta bersabarlah, kerana anda ada tanggungjawab yang perlu digalas, dan bukannya datang ke asrama semata-mata untuk bercuti atau berseronok. Pendek kata, jangan lupa objektif sebenar. Bila outing, keluarlah untuk melepaskan rasa boring anda. Lakukanlah apa sahaja perkara yang boleh menghiburkan hati anda di asrama, namun janganlah sekali-kali keluar atau panjat pagar asrama secara haram, ataupun nama glamornya, 'Fly'.. Hukuman berat seperti digantung sekolah akan dikenakan sekiranya terkantoi..


6. Fobia terhadap warden.
Kepada mereka yang pernah tinggal di asrama sebelum ini yang pernah mengalami pengalaman buruk tentang warden, pastinya akan berasa bertambah gerun. Tak lupa juga kepada mereka yang baru hendak kenal warden ini. Tak perlu fobia kepada warden, kerana warden baik-baik semuuanya. Mereka semua adalah guru kita dan merekalah yang diamanahkan untuk menjaga anda di asrama, mengambil tempat ibu bapa dan penjaga anda. Satu sahaja peraturan dengan warden adalah, 'jika anda tidak bermasalah, maka warden tidak akan bermasalah terhadap anda'. Seperti ambo, tidak pernah 'disentuh' oleh warden walaupun sekali, kerana ambo amat mengambil berat perihal disiplin.


7. Malas nak ikut peraturan yang kononnya leceh tu.
Hidup dengan peraturan memang bosan. Namun, dengan peraturanlah, sikap manusia dapat dibentuk. Rules are made to be broken? Betul juga pertanyaan itu, namun sebagai seorang pelajar yang pintar dan dikurniakan akal fikiran, bezakanlah antara yang hak dan batil. Anda semakin dewasa, dan sudah boleh berfikir dengan waras, tapi biasalah, ada juga yang keras hatinya untuk mengikut peraturan yang digariskan, kerana khabarnya mereka ingin memberontak dan menunjukkan kekuasaan mereka serta memaparkan betapa tingginya ego mereka. Apabila wujudnya golongan seperti ini, mereka yang sering mengikut peraturan dilabelkan sebagai 'skema'. Ambo juga dicap sebagai salah seorang yang 'skema', namun itu tidak penting. Yang penting, ambo tidak pernah terkena tindakan daripada guru-guru. Alhamdulillah.


8. Takut didiskriminasi kerana asal-usul yang berlainan.
Hali ni bukannya perkara besar pun. Entah dari mana puncanya, amalan ini muncul ekoran semangat kenegerian yang menebal dalam diri mereka. Almaklumlah, pelajar SBP datang dari pelbagai negeri di Malaysia. Lebih buruk lagi, mereka mewujudkan puak mereka mengikut negeri. Contohnya, yang Kelantan kawan dengan Kelantan, yang Johor kawan dengan Johor, yang Utara kawan dengan Utara, yang Lembah Klang kawan dengan Lembah Klang. Secara tidak sedar, wujudnya perpecahan dalam kalangan pelajar. Alhamdulillah di ASiS dulu, kami dapat bergaul dengan semua tanpa wujudnya isu kenegerian. SBPlah medan untuk anda mengenali antara satu sama lain, dan mempelajari budaya negeri lain serta meningkatkan pengetahuan anda tentang sesebuah negeri. Paling menyeronokkan adalah ambo dapat belajar banyak dialek di ASiS, seperti dialek Utara, Perak, Terengganu, Johor dan Sarawak. Kepelbagaian latar belakang ibarat satu rahmat buat ambo, kerana dapat meluaskan pengetahuan ambo. Kesimpulannya, bergaullah dengan semua, barulah anda tidak rasa didiskriminasi. Rebutlah peluang keemasan ini untuk bersama rakan-rakan. Janganlah pula membuat koloni sendiri. Anda faham maksud saya?


9. Bimbang seandainya rakan-rakan di sekolah lama akan melupakan dirinya.
Perkara ini tidak akan terjadi seandainya anda pandai dalam mengambil hati rakan anda. Paling kurang pun, seminggu sekali, telefonlah rakan-rakan anda atau hubungilah mereka di laman sosial seperti Facebook dan Twitter, supaya persahabatan akan terus terasa dekat di hati. Apabila pulang bercuti, ziarahilah rakan anda agar hilang rasa rindu itu. Alhamdulillah, rakan-rakanku masih mengingatiku sehingga kini, walaupun pernah jauh di mata buat seketika. Namun begitu, apabila berada di SBP, janganlah pula melupakan rakan-rakan anda, agar tidak kedengaran kata-kata yang kurang enak nanti.


10. Makanan kat dewan makan tak sedap!
Anda tak bolehlah mengharap bahawa makan minum anda di asrama anda sesedap di rumah, kerana makanan di asrama dimasak secara pukal, iaitu di dalam kawah atau di dalam kuali yang besar, kerana perlu menyediakan makanan yang cukup untuk semua orang. Namun begitu, bersyukurlah terhadap nikmat itu, kerana anda sebenarnya menikmati subsidi kerajaan setiap hari. Terima kasih kerajaan kerana menaja sebahagian perbelanjaan makan di asrama. Kepada mereka yang merasakan bahawa makanan di dewan makan itu tidak sedap, anda ada pilihan lain iaitu di kantin sekolah, tapi ingat, membazirlah wang ibu bapa dan juga wang kerajaan kalau anda tidak makan di dewan makan. Ambo akui, jarang-jarang sekali, ambo tidak makan di dewan makan, namun ambo memberikan bahagian makanan ambo kepada rakan ambo yang lain. Jangan buat selalu ya!




Jadi, setelah membaca entri kali ini, buatlah penilaian, sama ada mahu ke SBP atau tidak. Ambo tidak berhasrat untuk mempengaruhi anda dalam membuat keputusan, namun sebagai seorang yang lebih senior, ambo terpanggil untuk berkongsi pengalaman berharga di SBP selama 2 tahun itu.


Pesanan ambo, bila masuk SBP tu, jangan lupa kawan-kawan kat luar ya. Janganlah sambung belajar kat SBP semata-mata untuk mendapat glamour sahaja. Kalau nanti keputusan anda jauh lagi rendah daripada rakan anda di sekolah biasa, kat mana nak letak muka? Ingatlah bahawa jangan main-main semasa Tingkatan 4. Form 4 is not a honeymoon year, okay? Bahaya nih, kena belajar elok-elok, especially subjek Sains dan Maths. Kalau boleh, jangan dapat F nanti akhir tahun, nanti tahun depan kena masuk kelas tambahan, bertubi-tubi, kaw-kaw punyer!


Rebutlah peluang semaksimum mungkin di SBP dalam pelbagai acara dan jawatan, kerana itu semua demi kebaikan anda juga, untuk mendapat pengalaman yang mungkin berguna sepanjang kehidupan anda. Kalau tak dapat, jangan kecewa, hanya teruskan dengan kehidupan anda dalam matlamat anda yang satu, iaitu SPM!


Nikmatilah masa yang berguna di SBP, kerana anda akan merinduinya setelah tamat zaman persekolahan. Bagi ambo, kalau boleh diputarkan masa, ingin sahaja ambo kembali ke ASiS untuk menikmati zaman persekolahan itu, tapi apakan dayaku. Fantasi bukanlah satu realiti.


Buatlah keputusan yang bijak, dan jangan pula anda sesali keputusan anda. Semoga anda dibulatkan tekad untuk terus berpegang kukuh pada prinsip perjuangan anda. Sekali anda melangkah, jangan undur balik! Fikrikan hati dan perasaan ibu bapa anda..


Belajarlah di mana sahaja, yang penting, apabila dapat keputusan SPM kelak, keputusan yang cemerlang berada dalam genggaman, dan pastikan langkah anda ke SBP adalah berbaloi! Buatlah ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan berbangga dengan anda!


Jikalau ada pertanyaan atau kemusykilan, sila tinggalkan komen di bawah atau hubungi ambo di Facebook : Rashdan Roslan.


Rashdan Roslan

14 Jan 2011

Ambo Faham...

Assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia..


Ambo ada terbaca blog salah seorang rakan seperjuangan ambo di ASiS dulu, yang bertajuk, 'Pentingkah Aku?'


Saudara M (bukan nama sebenar) menyatakan bahawa beliau berasa seperti tiada orang yang mengendahkan dirinya, dan M berasa kesunyian walhal ramai rakan yang berada disampingnya..  M juga membuat pengakuan bahawa beliau adalah seorang yang slow talk, dan rasa betul-betul dipinggirkan. Memang ada kebenaran di sebalik kenyataan itu. Namun begitu, dia dianggap sebagai moody dan seolah-olah tiada semangat, hanya semata-mata kerana beliau memang semula jadinya bersifat sedemikian.


M berkata bahawa dia tak dapat untuk bersama rakan-rakannya kerana kewujudannya seolah-olah diabaikan. Kebahagiaan daripada Allah yang sepatutnya dikecapi oleh beliau gagal diperoleh kerana tidak mendapat perhatian yang lebih daripada rakan-rakannya.


Dengan rasa kecewa, M telah melabelkan dirinya sebagai 'MEMBOSANKAN'. Kemudian, ramai yang meninggalkan dia, buat dia nampak moody dan sedih... M sangat mencemburui rakannya yang hidupnya lebih sempurna daripada beliau. Impiannya untuk hidup sepeti orang lain - sentiasa gembira, bergelak ketawa, memperoleh apa sahaja yang dimahukan... Sedangkan beliau??? Beliau tak pernah merungut, apatah lagi meminta pada kedua ibu bapanya..


Nak dijadikan cerita, baru-baru ni, M ada menghadiri majlis perpisahan guru-gurunya.. Di situ, M dapat lihat betapa girangnya rakan-rakannya, namun M tak berasa yang M adalah sebahagian daripada mereka. M berasa terpinggir.


Entri beliau diakhiri dengan kata-kata berikut:


"maafkan aku andai aku pernah menyakiti kalian...
maafkan aku andai aku sombong dimata kalian....
maafkan aku andai aku membuat kalian menyampah....
kerna itulah diri aku yg sentiasa kesunyian...."











Baiklah M, secara jujurnya, setelah ambo selami isi hati demo daripada entri tersebut, ambo tersentuh. Secara tidak langsung, entri demo kali ni mengimbau kembali perasaan yang pernah ambo rasa suatu ketika dahulu - rasa terpinggir, rasa terbuang, rasa tak diperlukan, rasa tak dipedulikan.


M, ketahuilah bahawa demo tidak melukut di tepi gantang. Ketiadaanmu pasti akan dirasai oleh orang lain. Pasti. Walaupun ambo tak berapa mengenali peribadimu wahai M, namun ketahuilah bahawa ambo ingin berkawan lebih rapat denganmu, namun dibataskan dengan jarak kelas dan dorm yang agak jauh serta aliran yang tidak sama. Sungguhpun demikian, ambo kenal sedikit sebanyak tentang dirimu. Ambo banyak menaruh rasa simpati kepadamu, wahai kawan, walaupun selama ini rasa simpati ini diluar pengetahuan dirimu.


Janganlah anggap dirimu sebagai 'tiang'. Kalau demo berfikiran sebegini, sampai bila pun demo takkan maju, dan akan terus menjadi 'tiang' sampai bila-bila. Fikiran harus lebih positif. Saat kita berasa diri kita ditinggalkan, kita mestilah kejar balik kawan-kawan tu. KEJAR BALIK! Walaupun bunyinya macam perigi mencari timba, namun pedulikan kata-kata mereka. Demo kena lakukan semua ini untuk kebaikan diri demo jugak. Baru meningkat emotional quotient (EQ) demo.


Kalau demo anggap diri demo boring, memang demo akan jadi boring sampai bila-bila. So, buanglah pemikiran karut tu, sebab kita mampu untuk berubah. Keyakinan sahaja yang penting, dan keyakinan jugaklah kunci kepada segala-galanya. Kalau demo tak yakin, sukarlah untuk demo mendekati dan mengenali rakan-rakan demo. Keberanian juga satu kunci untuk mengejar perkara yang dihajati - dalam hal ni, untuk berkawan dengan mereka. M, keluarlah daripada kepompong. Masanya sudah tiba!


Tak perlu untuk cemburu terhadap kehidupan orang lain, sebab Allah dah jadikan segala-galanya dengan sempurna. Kita hanya perlu menanamkan keyakinan kepada ketentuanNya, sebagai seorang hamba yang beriman kepadaNya. Ketahuilah bahawa setiap kejadian itu ada hikmah yang tersendiri, sama ada tersurat ataupun tersirat. Walaupun wujud pelbagai jurang, misalnya jurang kekayaan dan jurang kepintaran, namun ingatlah baik-baik, itu semua hanya di dunia. Di akhirat, semua itu tiada gunanya lagi. Untuk kehidupan di dunia ini, sentiasalah bersyukur dengan apa jua kurniaan daripada Allah, sama ada banyak atau sedikit. Tanamkan syak wasangka yang baik.


M, tidak semestinya dengan bergelak ketawa semata-mata, kita gembira. Banyak lagi caranya, macam melakukan perkara yang kita suka, pasti hati akan lebih gembira dan ceria. Salah satu cara lagi adalah dengan menonton rancangan berbentuk jenaka, pasti anda gelak punya. Pendek kata, beri peluang kepada diri sendiri untuk menentukan apa yang kita mahu, tanpa dipengaruhi oleh faktor lain. Demo bertanggungjawab sepenuhnya atas kehidupan demo.


Rasa terpinggir? La tahzan (Jangan bersedih). Pergilah mendapatkan rakan-rakan yang sanggup bersamamu dalam suka dan duka, untuk dijadikan sebagai sahabat sejati. Mungkin dengan cara inilah, baru anda dapat mengecapi nikmat bahagia sebuah persahabatan. Kepada mereka yang 'jual mahal' untuk berkawan denganmu, eloklah untuk dirimu untuk menjauhkan diri daripada mereka, kerana mungkin hatimu akan terus terluka seandainya terus menaruh harapan untuk bersama mereka yang sebenarnya tidak ikhlas berkawan denganmu.


Perlukah kita mendiskriminasi mereka yang berperibadi pendiam? Tidak adil buat mereka, kerana mereka juga berhak untuk mendapat perhatian daripada kita. Ingatlah, mereka sebenarnya mendambakan perhatian dan sokongan daripada kita. Hanya kita yang tidak menyedari hakikat ini, dan tidak kurang juga ada dalam kalangan kita yang cuba menafikan realiti ini.


Ambo pernah berasa terpinggir, namun setelah menyedari hakikat demikian, ambo mencari teman sejati untuk merawat kedukaan di hati. Contohnya, di PASUM ini, ambo berjaya menambah ramai rakan, dan beberapa orang sahabat. Alhamdulillah, walaupun sebelum ini ambo diduga dengan pelbagai cubaan, termasuklah kehilangan kawan yang sangat ambo percayai (kehilangan di sini bukan bermakna kembali ke rahmatullah). Namun, Allah itu Maha Adil, kerana telah mengurniakan sahabat-sahabat yang baik kepada ambo di PASUM. Alhamdulillah. Kita kena usaha, M. Usaha!


Ambo telah bangkit daripada kesepian dahulu, dan apa yang ada pada hari ini adalah Rashdan yang lebih gembira dan jauh lebih baik daripada ambo setahun yang lalu, kerana memiliki lebih ramai sahabat sejati. Alhamdulillah. Kawan - amat penting untuk golongan remaja seperti kita, kerana kawanlah tempat kita berkongsi suka dan duka, dan dengan kawanlah, kita meluangkan lebih banyak masa dalam sehari. Kawan adalah sumber kekuatan kita. Lagi ramai kawan, lagi kuat kita. Nak jadi kuat? Carilah kawan banyak-banyak! Pengaruh rakan sebaya amat kuat. Justeru, pandai-pandailah memilih intan, takut terkena kaca dan batu. M, kawan beribu mudah didapat, sahabat setia payah dicari. Renungkan kata-kata ini. Carilah kawan yang membantu, bukannya yang membantut.






Akhir kalam, ambo tak pernah sekali-kali letakkan tanggapan negatif ataupun memandang slack pada diri demo. Ubah persepsi diri sekarang. Dalam minda ambo, demo masih seorang yang baik, dan tak memberi masalah pun. Jangan fikir yang bukan-bukanlah pada diri sendiri. Nanti demo rasa down. Kalau demo perlukan bantuan, ambo sedia untuk membantu. :)


Rashdan Roslan

13 Jan 2011

BAND.... Lagi!

Assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia...

Entri kali ni adalah sambungan daripada entri bertajuk "BAND . . . . " tempoh hari...

Semalam (Rabu, 12/01/11), ambo telah mendapat keputusan sebenar bagi MUET.. sebelum ni tahu band berapa je....

Jeng jeng jeng! ! ! ! ! !

Keputusan bagi setiap kertas :


Listening : 25/45
Speaking : 28/45
Reading : 85/120
Writing : 54/90

Aggregated Score : 192/300
Band Achieved : 4

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya tak perlu nak repeat MUET lagi (kot)... Band 4 ok ke? Tak sure la..

Ok la ni, dapat band 4, lebih 12 markah je daripada band 3, dan tak bangga pun.. Tapi kan, susah nak sampai band 5, markah tu kena dapat 220/300... Band 6 pulak, 260/300.. Adoii.. Masih tak jumpa lagi kawan ambo yang dapat band 6.. Band 5 tu ada la...

Agak hancur di bahagian listening.. Itu bermakna I'm not a good listener kot... Nasib baik ada reading, yang menyelamatkanku... Hehehe...

Alhamdulillah, barulah ambo tahu di mana kekuatan ambo dan kelemahan ambo dalam bahasa Inggeris..

Akhir kalam, kalau ada apa-apa nak cakap, tinggalkan komen kat bawah. Terima kasih....   :)

Rashdan Roslan

5 Jan 2011

BAND . . . .

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..


Alhamdulillah, hari ni ambo dapat satu kurniaan yang baik untuk diri ambo. Sudah terang lagi bersuluh dipaparkan pada tajuk entri kali ni.


Kurniaan itu ialah keputusan Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET). Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, ambo berada di atas sedikit berbanding keputusan average, iaitu Band 3..



MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
2010 End Year Result
  

 

Index Number
 : MW063/4**7
Identification Card (IC)
 : 921214-03-6**3
Name
 : MUHAMMAD RASHDAN BIN ROSLAN
BAND ACHIEVED
 : 4




Alhamdulillah, keputusan MUET ni sampai target ambo. Tapi setelah melihat dan menjawab soalan MUET tempoh hari, ambo dengan rendah dirinya berasa bahawa ambo tidak layak mendapat Band 4, kerana tahap kecekapan Bahasa Inggeris ambo tidaklah hebat mana pun. Sekadar cukup untuk menempuh kehidupan harian ini, yang nampaknya memerlukan kemahiran berbahasa Inggeris. Keyakinan diri semakin terhakis apabila mendapati bahawa soalan yang perlu dijawab itu agak sukar.


Tapi alhamdulillah, Allah Maha Pemurah, kerana tetap membantu hambaNya yang lemah ini untuk mencapai target yang disasarkan, iaitu Band 4. Untuk pengetahuan semua, keputusan MUET mempunyai 6 tahap, iaitu Band 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Semakin tinggi nilai Band anda, semakin bagus kebolehan bahasa Inggeris anda.


Lega rasanya hati ini bila akhirnya mengetahui  keputusan MUET. Tiada lagi gundah-gulana di hati. Terus maju ke hadapan wahai Rashdan! Misi seterusnya : 4.00 flatkan result anda pada final semester 2! Gomo Rashdan Gomo!

Rashdan Roslan

Apa Kabo MUET?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

4 Januari 2011, ambo digegarkan (hahaha. . . ) dengan satu berita yang mengempakkan menggemparkan. Result MUET ambo akan keluar hari Khamis, 6 Januari 2011! Apo daa MPM, tak kasi tau awal-awal... Nak prepare secara meentally. Tengok, sekarang, I'm not mentally-prepared... Adoiii...



Ni bukti  pembelian dari Berita Harian Online :

Keputusan MUET Khamis ini


2011/01/04

KUALA LUMPUR: Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2010 akan dikeluarkan pada Khamis ini, kata Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). 

Pegawai Perhubungan Awam MPM, Khawari Idris, berkata calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada hari berkenaan.

"Calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos, katanya dalam kenyataan akhbar di sini," hari ini.
Beliau berkata, calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan menghantarnya ke 15888 atau 36363, mulai 12.01 tengah malam Khamis. 

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM di http://ww.mpm.edu.my mulai 9 pagi pada tarikh tersebut. 

Seramai 94,117 orang calon telah menduduki ujian itu di 991 buah pusat ujian seluruh negara. 

Calon yang ingin mengambil semula MUET bagi memperbaiki keputusan MUET Akhir Tahun 2010 boleh membuat pendaftaran untuk MUET Pertengahan Tahun 2011 secara dalam talian melalui www.mesp.gov.my/online mulai Isnin ini. 
Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 27 Januari ini, katanya. - BERNAMA 

Tolongla doakan result ambo ini cukup untuk menampung kelayakan ambo untuk masuk ke course yang ambo nak, iaitu MEDIC! Band 4 je yang ambo target. Kalau dapat lebih tu, kira bonus la. Tolong makbulkan doa hambaMu ini, Ya Allah...

Rashdan Roslan

First Post!

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia...


Maaf, sebab masih belum dapat ilham yang terbaek untuk menulis entri di blog ini dalam jangka masa sehari dua ni. Almaklumlah, sibuk dengan urusan lain.. Student PASUM sangat sibuk . . . .


Apa-apa pun, suka tak dengan perubahan blog ni...? Tak suka pun takpe... Hihi... Walaupun nampak lebih kurang, tapi ambo rasa kali ni lebih kemas dan komprehensif kot... Tapi belum puas hati. Ada apa-apa cadangan? Apa yang patut ada, dan apa yang tak patut ada..?


Tinggalkan komen kat bawah... Segala pendapat, komen dan cadangan yang rasional akan dipertimbangkan.. :)


Rashdan Roslan