Tuesday, 5 December 2017

35 tahun

Sudah lama aku ingin khabarkan
setiap satu yang telah aku lalui
dalam beberapa lama berhidup di bumi.

ya, kehidupan semakin melangit
Hampir saja aku tidak terlaluinya
manis, pahit dan kecewanya hari-hari
adalah umpama bunga yang sentiasa akan ada mekar dan layunya
akan ada hidup dan matinya
akan ada baik dan buruknya.

35 tahun di 25 november tahun dua ribu tujuh belas,

orang baik.
orang jahat.

sungguh! memang wujud.

allahu.

Hati, kau berkuatlah.
semoga kau sentiasa mahu dekat dengan syurga.

amin.

eh, selamat kembali sayang!

Monday, 3 November 2014

lekasnya kau datang

November.
selekas ini, kau datang

dengan harap aku boleh senyum sepanjang kau ada.

bila kau ada, kau akan bawa petanda-

kau bagi aku tahu yang umur aku bertambah

kau akan tunjukkan aku yang tinggal sebulan lagi untuk aku capai semua misi aku tahun ini

lekasnya kau datang.

dan, selepas ini, aku berkira-kira
congak semua apa yang aku ada
sebelum disember datang.

suntuk.

Moga rezeki ini tiada hentinya