Wednesday, April 27, 2011

BiLa KeBosaNaN MeMunCaK...





Bila da borink jadi tak tahu nak buat apa...amik langkah untuk search internet tengok la gambar-gambar ayam. terlintas di hati nak ada koleksi poster ayam-ayam yang ada di RaRe aVeS dan yang diminati oleh afiez.. Cari punya cari tak jumpa gambar yang mempunyai kesemua gambar ayam  yang dikehendaki dalam satu pictures. jadi dah borink x tahu nak buat apa..jadi terhasilkan karya ini..Hehe.. Saja nak share untuk penggemar-penggemar ayam... Karya-Karya RaRe aVeS Apabila Kebosanan...Huhu

Sunday, April 24, 2011

Three Weeks My Golden Sebright Cross Bantam

                                                                         GSB 1
                                                                        GSB 1
                                                                           GSB 2
GSB 2
Nie gambar the latest ayam golden bantam yang afiez beli hari tue.. anak yang sama just umur yang berbeza..saja share cos ade yang nak lihat perkembangan si cross nieh..hehe

Kenangan Mu Pasti Bersama Ku.. R.I.P.


Hari yang mendukacitakan pada afiez hari ini kerna pemergian ayam polish kesayangan afiez.. induk baru 4 biji bertelur dan si jantan pergi meninggalkan RaRe aVeS buat selama-lamanya dan tinggalkan induk sebagai janda. Ikutlah kisah kejadian di bawah...
Kisah bermula sejak kelmarin (23.04.11) , bila ku bangun tido,seperti biasa rutin pagi ingin memberi ayam makan,terlihat si jantan rebah ke bumi. Ku intai, Ku lihat pernafasan masih ada,dan cepat-cepat aku mendapatkannya. Apabila aku memegangnya.. ku lihat lehernyer terlentuk ke bawah..dan ku yakin ini bukan petanda penyakit kerna ayam yang lain berada dlm keadaan sihat dan si jantan tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum ini.
Maka ku andai si jantan yang berjambul panjang sehingga menutupi matanya, mungkin malam atau pagi ada sesuatu yang mengejutkan ia, dan berkemungkinan ia terkejut lalu terlanggar dinding rebanku (reban separa simen dan separa BRC).
Ku asingkan dia di dalam sangkar,ku lihat lehernya masih terlentuk, sesekali ia cuba bangun tetapi tidak terdaya kerna kecederaanya mungkin melibatkan saraf dan urat di sekeliling lehernya. Ku tak sanggup untuk melihat dan membiarkan dan berharap ia pergi secepat yang mungkin dan jika hidup biarkan ia seperti sedia kala.
Namun pada pagi ini, andaian ku meleset, si jantan masih hidup tetapi keadaanya tidak berubah. Hati dan perasaanku berbaur dan bercampur aduk, tidak sanggup aku melihat ia mati dan tidak sanggup aku untuk menyembelih,namun membazir itu amalan syaitan,ayahku menasihati agar ayam itu disembelih. Ku tahu si jantan juga inginkan demikian,daripada mati tanpa memberikan apa-apa jasa di atas jagaan selama ini, biarkan ia mati menjadi hidangan yang enak di atas dapur.
Ku tekad,ku membawanya ke rumah jiranku,ku jumpa pak ngah untuk meminta pertolongannya untuk menyembelihkan si jantan. Sembelih sudah berlalu,ku sendiri yang mencabut bulunya satu persatu,Ku simpan dua helai bulu lawinya sebagai kenangan daku bersama si jantan. Akan ku kenang mu wahai si jantan....

Ps : Bila da cabut bulu,rupanya x lah besar mana,besar ayam katik jer...

Sunday, April 10, 2011

Stock Polish Ada Lagi...!!!!

Stok Polish Ada Lagi.. X Banyak..Ade 5 ekor aje.. Siape cepat dia dapat...Harga sama lagi.. RM 80.00 sekor.. Sepasang RM 150.00.. Pengambilan di Bukit Mertajam dan boleh pos ke johor aje.. tapi pertambahan RM 30.00 untuk post... Contact no nie kalau berminat 0194255338

Friday, April 8, 2011

Berita Baik Untuk Orang Johor...!!!!

Haa..telah lama mencari akhirnya baru dapat contact.. Bagi yang orang di johor nak beli ayam dari RaRe aVeS,penghantaran boleh dilakukan melalui bas ekspress. Pengambilan di skudai ataupun plaza larkin bergantung kepada trip bas tersebut. Pertambahan caj sebanyak RM30.00 untuk tujuan penghantaran. (upah driver bas). Hehehe... Okeay..kalau orang johor nak buat tempahan..silalah hubungi saya 019-4255338 =p

Makanan Untuk Family RaRe aVeS..!!!!

                                                           Dedak Anak Tetas ( Broiler Starter Crumble )
                                                    Broiler Starter Mash (Close-up)
                                 Dedak Membesar ( Broiler Grower Crumble ) - Gold Coin 201C
                                                   Broiler Grower Crumble (Close-up)
                                                             Dedak Baka (Breeder Mash)
                                                            Breeder Mash (Close-up)
Gold Coin 110M Breeder Mash

Salam semua..hari ini afiez nak kongsi cara yang diamalkan untuk pemakanan ayam-ayam dalam koleksi RaRe aVeS.
Bagi anak yang berumur sehari hinggalah seminggu, afiez berikan 100% dedak anak baru tetas atau dalam bahasa spesifiknya Broiler Starter Mash,jenama yang afiez gunakan adalah keluaran dari Gold Coin secara ad-libitum.
Bila anak dah mencecah umur 3 minggu sehingga umur 3 1/2 bulan, afiez akan bagi makan dedak pembesar warna hitam..ape beza dengan warna kuning ade dinyatakan dalam post yang lepas pasal pemakanan ternakan. Dedak hitam atau Broiler Grower Crumble diberikan 100% dan diberi secara ad-libitum (tanpa henti). Ada dua keluaran yang afiez selalu guna iaitu Gold Coin ataupun Cargill.
Buat masa ini,semua ayam yang diternak adalah tujuan pembakaan.jadi makanan berkualiti dititik beratkan untuk diberikan kepada ayam-ayam. Ingat bagi penternak-penternak yang mengeluarkan baka untuk jualan.. Anak yang baik bukan datang daripada ketulenan genetik baka tersebut sahaja,tetapi meliputi pengurusan dan yang terpenting adalah makanan. makanan yang berkualiti menjamin kesihatan dan kelangsungan induk tersebut. Induk yang sihat akan menghasilkan telur yang baik seterusnya anak yang ditetaskan adalah berkualiti.
makanan yang diberi untuk induk dan baka adalah 100 % dedak Breeder Mash keluaran Gold Coin. Pemberian bagi seekor ayam dianggarkan 100 gram sehari. Bagi penjagaan induk dan baka,makanan tidak boleh diberi secara ad-libitum kerana ia akan menyebabkan ayam tersebut gemuk dan ini akan mempengaruhi produktiviti ayam tersebut.
bagi minuman, bagi anak berumur sehari sehingga sebulan air yang diberi akan dicampurkan dengan anti-stress dan mineral (Nopstress Merah) bagi menampung keperluan untuk pembesaran. Ayam yang berumur sebulan ke atas akan diberikan anti-stress seminggu sekali. Penggunaan Mikrob berfaedah diaplikasi di RaRe aVeS bagi memastikan persekitaran ternakan sentiasa kurang berisiko daripada bakteria-bakteria berbahaya yang dapat memudaratkan kesihatan ternakan. Bagi hari hujan di mana risiko untuk ternakan dijangkiti penyakit atau di kawasan persekitaran berhampiran mempunyai jangkitan-jangkitan pada ayam, Nopstress bersama antibiotik akan diberikan (Nopstress hijau).
Sanitasi reban akan dilakukan sebulan sekali dengan menggunakan Omnicide (sucihama).
That's all rahsia pemakanan dan sedikit pengurusan yang diamalkan di RaRe aVeS. Selamat mencuba dan diharap ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan untuk semua.

Wednesday, April 6, 2011

Keluarga Baru RaRe aVeS......





Haa nie keluarga baru yang afiez dapat.... Golden Sebright.. Tapi yang nie x pure..da cross.. Bapak dia Golden Sebright , Mak dier pula katik... Tapi bila sekali pandang..si anak nie macam dipengaruhi oleh genetik si bapak sebab ade iras2 golden sebright... Apapun selamat datang ke RaRe aVeS .. Hehe... =P