Posts

Showing posts from January, 2011

Pemakanan & Tumbesaran Ayam

Hari ni afiez saje nak share knowledge dengan sesiapa saje yang sudi lihat blog afiez nie.. Nak share sikit pasal pemakanan ayam nie.. Selalu kalau orang biasa yang tidak mempunyai pengalaman atau ilmu dalam penternakan ayam nie..bagi dirinya,kalau pelihara ayam,bagi aje makan ape pon x pe.. janji hidup dan besar. Bukan nak kata salah tindakan itu,cuma ia merugikan.Kenapa afiez cakap gitu..?? Pernah afiez ditanyakan soalan oleh penternak ni..dia orang kampung biase aje.. dia ada bela ayam daging..diajukan soalan kenapa penternak komersial boleh jual ayam dengan berat 1.5 kg atau lebih dengan hanya pelihara selama 35 - 40 hari, tetapi penternak ini telah pelihara hampir dua bulan tetapi masih tidak mencapai berat seperti berat komersial..?? Di sini afiez nak terangkan beberapa faktor yang mempengaruhi pemakanan dan tumbesaran ayam. i. Ransum Pemakanan Syarikat pengeluar makanan ternakan komersial telah mengeluarkan dedak mengikut kegunaan penternakan kita. Perbezaan yang nyata da...

Ayam Polish Ku... Comiey Nye...

Image
Hye.... Skunk nie baru banyak masa free, jadi baru leh post bebanyak kat sini. Nie saja nak share gambar ayam polish kesayanganku..Pada mulanya , niat beli ayam polish nie nak trader aje,tp bila dah lama bela, nampak cantik terus terpikat. Then buat masa ini ramai yang tak bela ayam polish, berbanding ayam silkie. Jadi, afiez amik langkah untuk membiakkannya.. Pada mulanya ambil masa dua ekor, dijadikan suratan memang terkena sepasang.. Alhamdulillah.. Sekarang ada anak lagi tiga ekor, sekor dah confirm betina, dua lagi masih was-was. Hehehehe... Anak ni dah ramai minta..sape yang bida tertinggi dan kena pada harga dan masa,mungkin terjual kowt.. Apepon nanti afiez kongsikan detail mengenai ayam polish ini. Ayam polish nie tergolong dalam golongan bantam. Besar sikit pada ayam katik dan kecil pada ayam kampung.  My First Pair Polish 

Perbezaan Ayam SELASIH Dan Ayam SUTERA (Silkie)

Image
Atas : Ayam Selasih Bawah : Ayam Sutera (Silkie) Perbezaan nyata boleh dilihat bagi membandingkan di antara ayam selasih dan ayam sutera (silkie). Walaupun kedua-duanya mempunyai isi berwarna hitam,namun pada bahagian bulu ayam selasih adalah berbulu pelepah manakala ayam sutera(silkie) berbulu halus seperti bulu anak (sutera). Pada asalnya hanya ayam sutera (silkie) sahaja yang berwarna hitam isinya. Namun di atas permintaan yang tinggi terutamanya dalam perubatan tradisional cina, ayam sutera (silkie) dikacukan dengan ayam pedaging komersial bagi mendapatkan baka ayam yang isinya berwarna hitam namun pertumbuhan sehebat dengan ayam pedaging komersial. Maka terjadilah ayam selasih di mana isinya berwarna hitam dan yang penting ayam selasih mempunyai bulu PELEPAH. Kerana itu bila ditanya kepada pengguna-pengguna di kalangan orang berbangsa cina, ayam sutera (silkie) lebih dikenali sebagai ayam selasih original atau ayam kampung original ( hokkien : oo bak ke).

My Lovely Silkie..

Image
Nak share dengan blogger-blogger yang sudi singgah di blog afiez nie.. a few picture of my lovely silkie.. ade patridge ngan black silkie... yang patridge nie dah mula bertelur awal januari dahulu... dan sekarang afiez ngah cuba eramkan telur dia dalam incubator. hope menjadi coz bagi afiez yang patridge nie among the best yang afiez bela dan sama standard ciri-cirinya dengan pure silkie yang afiez tengok di luar negara. Selain itu gak, afiez selitkan sekali black silkie .. afiez bela gak..kalau nak tahu.. yang jantan black silkie nie merupakan silkie pertama afiez bela.....