Rabu, 4 September 2013

Renungan sejenak...


بسم الله الرّحمن الرّحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته 




Letih.
Letih memikirkan segala masalah di depan mata. Namun, adakah wajar untuk kita letih? Sebanyak mana usaha kita andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usaha kita berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah kita untuk berasa letih?

Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba kita redah menemui jalan buntu. Namun, adakah layak untuk kita kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah kita untuk kecewa?

Sibuk. 
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi. Namun, layakkah kita untuk mengaku diri ini sibuk? Jika kita sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah kita dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.

Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini. Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan. Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh? Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah:111)

-ILUVISLAM-


Isnin, 12 Ogos 2013

ALLAH Kuasa, Makhluk tak kuasa

بسم الله الرّحمن الرّحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



ALLAH Kuasa, Makhluk tak kuasa

ALLAH Kuasa makhluk tak kuasa
Tiada Tuhan selain ALLAH
ALLAH Gives Allah Takes
ALLAH Makes Allah Great
And ALLAH never make mistake


Ku yakinkan hati ini
Dan kan selalu ku ucapkan
Tiada Tuhan selain ALLAH

Dia Yang Maha Pencipta
Yang akan selalu ku sembah
Raja dari segala Raja
Dialah ALLAH yang menghidupkan
Dialah ALLAH yang mematikan
Hidupku dan matiku hanya untukNya
ALLAH

ALLAH Kuasa makhluk tak kuasa
Tiada Tuhan selain ALLAH
ALLAH Gives ALLAH Takes
ALLAH Makes ALLAH Great
And ALLAH never make mistake

ALLAH Kuasa makhluk tak kuasa
Tiada Tuhan selain ALLAH
ALLAH Gives ALLAH Takes
ALLAH Makes ALLAH Great
And ALLAH never make mistake

Dialah ALLAH yang menghidupkan
Dialah ALLAH yang mematikan
Hidupku dan matiku hanya untukNya
ALLAH

ALLAH Kuasa makhluk tak kuasa
Tiada Tuhan selain ALLAH
ALLAH Gives ALLAH Takes
ALLAH Makes ALLAH Great
And ALLAH never make mistake

ALLAH Kuasa makhluk tak kuasa
Tiada Tuhan selain ALLAH
ALLAH Gives ALLAH Takes
ALLAH Makes ALLAH Great
And ALLAH never make mistake

ALLAH Kuasa makhluk tak kuasa
Tiada Tuhan selain ALLAH
ALLAH Gives ALLAH Takes
ALLAH Makes ALLAH Great
And ALLAH never make mistake
And ALLAH never make mistake

Lirik Matta Band




***



p/s: maaf, lama tak m'update,...
moga masih belum terlambat untuk ucapkan pada semua;
" Salam Eidulfitri, Maaf Zahir & Batin "
Semoga kita terus istiqomah beramal keranaNYA
in sha ALLAH

~ Taqabbalallahu minna waminkum ~

***




Isnin, 15 Oktober 2012

Kisah Siti Muthi'ah

بسم الله الرّحمن الرّحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Buatmu Wanita Idaman: Kisah Siti Muthi'ah


“Fatimah anakku, mahukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi dan isteri yang dicintai suami?” Tanya si ayah Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

“Tentu saja, wahai ayahku,” jawab Fatimah lembut.

“Tidak jauh dari rumah ini terdapat seorang wanita yang baik budi pekertinya bernama Siti Muthi’ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu.”

Gerangan amal apakah yang dilakukan oleh Siti Muthi’ah sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri pun memujinya sebagai perempuan teladan? Maka bergegaslah Fatimah menuju ke rumah Muthi’ah bersama puteranya Hasan yang masih kecil itu.

Begitu gembira sekali Muthi’ah apabila mengetahui tetamunya ialah Puteri Nabi yang disanjunginya itu. “Sungguh bahagia sekali aku menyambut kedatanganmu ini, Fatimah. Namun, maafkanlah aku sahabatku. Suamiku telah beramanat, aku tidak boleh menerima tamu lelaki di rumah ini.”

“Ini Hasan puteraku sendiri. Dia kan masih anak-anak.” kata Fatimah sambil tersenyum.

“Namun, sekali lagi maafkanlah aku, aku tidak ingin mengecewakan suamiku, Fatimah.”

Fatimah mulai merasakan keutamaan Siti Muthi’ah dan menjadi semakin kagum serta berhasrat menyelami lebih dalam lagi akhlak wanita ini. Lalu dihantarlah Hasan pulang dan bergegaslah Fatimah kembali ke rumah Siti Muthi’ah.

“Aku jadi berdebar-debar,” Sambut Siti Muthi’ah. “Gerangan apakah membuatmu begitu ingin kerumahku, wahai puteri Nabi?”

“Memang benarlah Muthi’ah. Ada berita gembira buatmu dan ayahku sendirilah yang menyuruhku kesini. Ayahku mengatakan bahawa engkau adalah wanita berbudi pekerti yang sangat baik. Kerana itulah aku kesini untuk meneladanimu, Wahai Muthi’ah.”

Siti Muthi’ah gembira mendengar kata-kata Fatimah. Namun, Siti Muthi’ah masih ragu. “Engkau bergurau sahabatku? Aku ini hanya wanita biasa yang tidak punya keistimewaan apa pun seperti yang engkau lihat sendiri.”

“Aku tidak berbohong wahai Muthi’ah, ceritalah padaku agar aku bisa meneladaninya.”

Siti Muthi’ah terdiam, hening seketika.

Lalu tanpa sengaja Fatimah melihat sehelai kain kecil, kipas dan sebilah rotan di ruangan kecil itu. “Buat apa ke tiga benda itu Muthi’ah?” Tanya Fatimah.

Siti Muthi’ah tersenyum malu. Namun setelah didesak, beliau pun bercerita. “Engkau tahu Fatimah, suamiku seorang pekerja yang memeras keringat dari hari ke hari. Aku sangat sayang dan hormat kepadanya. Ketika dia pulang, cepat-cepat aku sambut kepulangannya. Ku buka bajunya, ku lapkan tubuhnya dengan kain kecil ini sehingga kering keringatnya. Lalu dia pun berbaring di tempat tidur melepaskan lelah. lalu aku kipasi beliau sehingga lelahnya itu hilang dan tertidur lena.”

“Sungguh luar biasa pekertimu, Muthi’ah. Lalu untuk apa pula rotan ini?” soal Fatimah lagi.

Jawab Siti Muthi’ah. “Kemudian, aku berpakaian semenarik mungkin untuknya. Setelah dia bangun dan mandi, ku siapkan pula makan dan minum untuknya. Setelah semua selesai, aku bertanya kepadanya, Oh kekanda, jika layananku sebagai isteri dan masakanku tidak berkenan dihatimu, aku ikhlas menerima hukuman. Pukullah badanku dengan rotan ini dan sebutlah kesalahanku agar tidak ku ulangi.”

“Seringlah engkau dipukul olehnya, wahai Muthi’ah?” tanya Fatimah berdebar-debar.

“Tidak pernah, Fatimah, bukan rotan yang diambilnya, tetapi akulah yang ditarik dan dipeluknya dengan penuh kemesraan. Itulah kebahagiaan kami sehari-hari,” jawabya lembut.

“Jika demikian, sungguh luar biasa, wahai Muthi’ah. Sungguh luar biasa! Benarlah kata ayahku, engkau perempuan berbudi baik,” kata Fatimah yang amat kagum dengan budi pekerti yang dimiliki oleh wanita berwajah tenang itu.

terdapat beberapa hadis yang yang menyatakan Kelebihan Wanita Solehah. Mudah mudahan dengan membaca dan menghayati Hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Moga Allah memberi keberkatan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Maksudnya: Empat perkara siapa dikurniakannya maka sesungguhnya dikurniakan kebaikan dunia akhirat, lidah yang sentiasa berzikir, hati yang sentiasa bersyukur, sabar atas segala ujian yang diberikan Allah dan isteri yang tidak mengkianati suaminya sama ada pada maruah diri dan harta.”

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tabrani dan al-Baihaqi.

Mutiara Kata

“Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan iaitu buku yang bermanfaat, anak yang soleh, isteri yang disayangi dan teman bergaul yang Soleh. Allah memiliki ganti untuk semua itu”.

-Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakhbar! perkongsian dari seorang sahabat, alhamdulillah, syukran, barakallahu fik  :)

Rabu, 5 September 2012

:: Pertanyaan Anak Soleh ::

بسم الله الرّحمن الرّحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Subhanallah, sebuah dialog, pertanyaan anak soleh...:)

Muhammad: Walid, kanak² meninggal dunia tak?

Walid (Abu Muhammad): Ya, tetapi kenapa Muhammad tanya?

Muhammad: Emm, ke mana mereka akan pergi selepas mati?

Walid: Oh, sudah tentu ke syurga? ツ.

Muhammad: Adakah orang dewasa juga akan pergi bersama kanak² itu ke syurga?

Walid: Datang dekat Walid, Walid terangkan pada Muhammad ok. Kanak² memang akan ke syurga. Tapi orang dewasa terbahagi kepada 2; jika taat pada Allah, maka dia akan ke syurga & jika dia menderhaka, dia akan dibawa ke neraka.

Muhammad terdiam. Tiba² airmatanya mengalir ke pipi & terus memeluknya walidnya dengan erat.

Walid: Kenapa Muhammad ni?

Muhammad: Walid, Muhammad harap Walid taat pada Allah.

Walid: Supaya Walid dapat masuk syurga & tidak ke neraka?

Muhammad: Ya, supaya Walid dapat masuk syurga dengan Muhammad. Muhammad tidak mahu berada di syurga sebagai yatim tanpa bapa.

* Tangisan Muhammad sangat jujur menyebabkan Abu Muhammad turut menitiskan airmata bapanya. Di sebalik pintu, Ummu Muhammad juga menangis gembira tatkala mendengar bicara anak kesayangannya itu sejak tadi.

>> Inspirasi dari dialog berbahasa arab.
Syarifah Fatimah Nur'asyiqin Al-Yahya

Moga dapat ambil ibrahnya, insyaAllah
wallahua'alam
Dikuasakan oleh Blogger.
جـَــزَاكـُــمُ اللهُ خـَــيـْــرًا كـَــثـِــيـْــرًا

  © rakanseusaha Rahmat dan Hidayah ALLAH tetap berterusan by Blogger.com 2010

Back to TOP