Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Wednesday, August 26, 2009

Dah Sampai Dahhh.....




Okey ini sambungan cerita yang kat bawah ni haa.... pemenang peraduan berbalas pantun. Hehehe... baru dapat buku ni pagi tadi sukalah kan. Bila belek2 buku ni ada cara2 untuk buat sugarpaste uhhh... lagilah teruja sehhh. Sebelum ni asik tercari2 jer cara2 nak buat dia, nak deko kat kek ker, atas muffin ker macam2 lah. Dah berangan jer lebih ni, entah pandai ker tak, tu belakang kira hehehe. Ya lah kena berangan dulu barulah akan dapat hasilnya. Bila dah dapat buku ni, alhamdulillah.... sekurang2 nya aku tahulah cara2 nak membuat dan mengunakan sugarpaste ni dgn teknik yg betul. Tapi mintak maaflah ya, aku pun tak tahu bila projek ni akan bermula... ngeeee.... Kalau nak cerita isi kandungan dalam ni, rasanya sampai esok pun tak habis. Jadi kalau you all nak tengok dan mencuba, kenalah cari buku ni ya :-) Daaaa.........


Nukilan:

Monday, August 24, 2009

Alhamdulillah.... Menang Berpantun



Aku nak berkongsi kegembiraan aku bersama kawan2 semua kat sini. Sebenarnya hari tu aku jalan2 kat blog Nina (babybatriesyia). Kat situ ada entri ~Sape nak hadiah?~ dan sapa yang dapat jawab pantun kat entri tu akan dapat buku dari Maisie Parrish... jadi aku pun join gak ler, saje je untuk suka2. Nina kata "Istimewa aku tujukan untuk pengunjung setia blog aku yang dapat menjawab pantun di bawah ni, maka pantun yang terbaik aku akan hadiahkan sebuah buku ni." Sape yang tak nak oii... kalau aku mestilah nakkkk... Terus aku submit pantun aku. Hari ni tergerak nak masuk blog Nina semula dan hurayyy... nama aku tertera kat situ. Syukur alhamdulillah rezeki aku dibulan puasa lah ni. Inilah serangkap pantun yg dijual olehNina dan juga balasannya dari aku.

(Pantun dari Nina)

BAIK BERGALAS BAIK TIDAK
BULI BULI BERTALI BENANG
BAIK BERBALAS BAIK TIDAK
ASAL BUDI SAMA DIKENANG

Sapa yang berjaya mendapatkan buku Maisie Parish tu? Jeng Jeng Jeng... hari ni aku umumkan sapa yang dapat... drum roll please... PEMENANG BERBALAS PANTUN... MESTILAH AKU!! hehehe..

(Pantun dari Ct Delima)

Buli Buli Bertali Benang
Benang Digulung Dengan Rapi
Asal Budi Sama Dikenang
Akan Ku Ingat Sehingga Ke Mati

Okey.... sekarang ni tengah tunggu hadiahnya pulak. Nanti bila dah sampai aku publish kat sini ya hehehe. Bukan hadiah apa, tu haaa... buku kat atas tu, okeylah free lagi tu, sape nak bagikan. Aku pun minat dalam benda2 macam ni kan, so memang berbaloi baloi lah. Terima kasih pada Nina lain kali boleh lah buat lagi ya :-)

Nukilan:

Thursday, August 20, 2009

Gula Oh Gula




Tamatlah sudah pencarian aku selama seminggu ni. Ohh... aku bukan cari harta karun ya, tapi cari gula pasir jer hehehe. Kedai2 kat area rumah aku ni semuanya dah kehabisan gula. Tak tahulah habis atau kena "sorok". Itu ayat yang patut dikatakan pada semua kedai2 runcit ni. Bila nak musim2 raya atau apa2 lah, mesti stok barang keperluan harian ni akan kena "gam". Ini pun memang sesuailah kalau nak dikatakan. Dah naik jemu agaknya tuan kedai tu tengok muka akuuu... jer. Hari2 aku dok gi kedai dia tanya gula ada tak hahaha. Bior dia tahu, bior dia penat dan bior telinga dia tu naik panas asik kena bebel jer ngan aku ni ngeeee. Itu lah kan aku pun naik heran kemana agaknya gula pasir ni dia orang sorokkan erk...??

Aku dah dapat gula, lantak ler apa diorang nak buat lepas ni. Harap gula yang disorok2 tu kena kerumun dek semut padan muka hahaha. Tak baik aku ni erk... tak per yang penting stok gula kat rumah aku dah pun mencukupi okey. Lepas ni bole buat biskut raya horayyyy...! Dan bole buat mandi air gula lagi, sebab stok gula pasir bole tahan sampai bulan depan hahaha. Ni nak ucap terima kasih banyak2 lah pada Kak Ina KL yang bersusah payah belikan aku gula pasir dan hantar kedepan pintu rumah lagi. Baik sungguh hati Kak Ina ni ya. Aku pun tak tahu yang Kak Ina nak beli kan gula pasir ni untuk aku. Kak Ina... jangan marahlah ya, CT memang tak dengar ada orang dok panggil2 tadi. Terima kasih banyak2 ya, lain kali bole lah tolong CT lagi hehehe.

Oh ya, sebelum terlupa, aku nak ucap terimakasih pada semua yg beri aku e-kad. Aku dah gantung kat lemari Galeri Pameran kat bawah tu yer.. muahs!


Nukilan:

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Datang Ya-Ramadhan Al-Mubarak




Assalamulaikum..... salam untuk semua kawan2 baik yang dekat mahu pun jauh beribu batu. Yang duk jauh dari M'sia tu kenang2 lah CT dalam doa kamu ya. Tak lama lagi bulan Ramadhan akan tiba, hanya tinggal beberapa hari saja. Tak sabar untuk menanti bulan yang mulia ini. Di kesempatan ini CT memohon maaf pada semua jika CT ada terkasar bahasa atau terlajak kata dlm berbicara. Dan CT juga mungkin terpaksa mengurangkan aktiviti berblogging dalam bulan puasa ni. Bukan nak berhenti.... cuma rehat untuk seketika saja. Buat pengunjung di Dapur CT pula, jika ada kesempatan akan CT kongsi resepi di Dapur CT tu nanti yer. Dalam bulan puasa ni banyak kerja yang CT harus selesaikan. Lebih2 lagi di waktu malam, memang tak sempat lah nak duduk mengadap tenet. InsyaAllah jika ada kelapangan CT akan singgah di blog kawan2 semua samada di TSA atau DDCT. Doa dari CT semoga di bulan Ramadhan nanti kita semua akan sihat sejahtera dan dapat mengerjakan ibadat puasa dengan baik dan dapat menunaikan solat tarawih juga. Sesungguhnya solat tarawih ni terlalu banyak kelebihannya. Dan kesempatan tu hanya datang setahun sekali, jadi semoga kita tidak mensia-siakan peluang utk menyempurnakannya bersama2. Di sini CT sertakan sekali e-Kad untuk kawan2 semua. HARAP kawan2 sudilah mengambilnya, ikhlas dari CT. Sayang untuk kamu semua muahhhh !!


Nukilan:

Sunday, August 9, 2009

Floria Fest di Putrajaya



Ini kisah kami sekeluarga pergi ke Pesta Bunga di Putrajaya petang semalam. Sebenarnya kami kesana di atas permintaan anak saya Daniel disebabkan dia tak dapat ikut serta rombongan rakan sekelas dia ke sana pada minggu lepas. Tapi disebabkan semalam hari terlalu panas, kami pergi agak lewat sedikit. Hampir pukul 6 petang baru kami keluar dari rumah jadi kami sampai disana menghampiri pukul 6.30 petang. Tujuan utamanya memang nak tengok pesta bunga, tapi bila dah sampai di sana, ke lain pulak saya melencong. Oleh kerana jarang2 sampai di sana, saya ambil kesempatan 'menembak' langit senja sebelum pergi ke lokasi pesta bunga-bunga tu. Tapi saya tak perasan yg rupanya isteri saya curi2 merakamkan aksi saya 'menembak' dari belakang.. lorat jugak rupanya aksi photographer mengambil gambar hehe..

Kita layan aje2 gambar kat bawah ni yer..





















Inilah aksi saya yg dicuri rakam oleh isteri saya ketika saya menembak dua gambar kat bawah tu. Siap berbaring macam superman untuk mendapatkan komposisi dan angle yg baik hehe..





Klik sini utk melihat gambar-gambar lain yg saya rakamkan..

Nukilan:

Saturday, August 8, 2009

Sambungan Kisah Balik Kampung


Oleh kerana aku tak berapa sihat dan CM pulak bz sikit dengan keja. Jadi cerita jalan2 ni tertunggaklah sekejap hehehe. Ini sambungan part 2 dari jalan2 cari makan masa aku kat JB. Macam biasa.... sebelum makan tu mestilah berposing dulu. Nama tempat makan ni Restoran Todak cam tu kot, lupa arr... hehehe. Tambah lagi permandangan kat situ mengadap laut, memang menarik dan angin pun sepoi2 bahasa gitu. Walau pun ada sedikit bahang dari laut tapi memang best. Kalau pegi waktu malam lagi best agaknya kan... kan...


Hubby Lin lah yang bawak kami makan2, katanya kat sinilah yang dia orang makan siput 'gonggong' . Aku ada amik gambo siput tu tapi, tak tau mana hilang nya. First time aku tengok dan first time gaklah aku makan siput tu hehehe. Mula2 tu cam jakun gak nak makan, tapi oleh kerana Lin dan En sabar kata sedap. Aku dan CM pun cuba2 jer lah. Aku merasalah juga dalam 3 ekor siput gongong tu. Sebab masih tak biasa lagi cukuplah setakat tu jer merasa ngeh...ngehhhh. Kata orang tak merasa tak kan tahu, tapi bila dah rasa... no komen hehehe. Cuba you all tengok anak Lin si Yana tu, dok teropong siput gonggong kot hahaha. Kasawari (abg transformers) lak dah telan air liur dan tak sabar nak makan. Lauk2 yang dihidangkan tu semuanya sedap2 dan berselera sekali nyum..nyumm. Jangan mareee ehh kasawari gurau2 jer.


Macam biasa anak2 nya program selepas dan sebelum makan, mesti layan PSP. Ya lah apa lagi yang budak2 ni bole buat kat situ selain melayan game kat PSP tu jer. Lepas makan geng KAMIE terus melepak di Danga Bay pulak. Jalan2 sambil cuci mata dan ada gak yang aku terkenan, tapi kena tahan nafsu berbelanja wooo... hehehe. Ikutkan aku ada jer yang nak dibeli, tapi hati kata sabarrrrr. Sempat singgah di Butik ME (mawi & ikin) okeylah reganya pun berpatutan.



Cuba you all tengok gambo batu giling ni.... Yang anak panjang tu guna untuk giling lada kering. Zaman dulu2 memang tak der blender, jadi dia orang gunakan lah batu giling tu. Berat sehhh... aku pernah gak merasa. Kalau nak golek anak giling tu satu badan bole bergoyang sama hehehe. Tu senaman orang dulu2 tau, bole tambah muscle kat lengan hahaha. Kat kampung aku masih simpan dan bole guna lagi. Yang lagi satu ni... kalau tak silap aku ler, orang dulu2 dia guna utk kisar beras pulut guna benda alah tu untuk buat apam beras. Sebab pernah nampak dia orang buat. sekarang dah moden semuanya dah siap tersedia di kedai2 kan. Zaman dah semakin maju, makpak pun semakin maju jer perut kedepan hahahaha. Dah penat cuci mata kat dalam Street Mall, kami membasahkan tekak sebentar di Rumah Batu Pahat. Kita orang minum ais kacang jer perghhh... sedap jer masuk tekak. Dan puas borak2 dan ketawa... tiba saat perpisahan. Ya lah aku nak balik semula ke KL. Semoga kita akan berjumpa lagi....



Apa kesalahan yang dilakukan 2 orang ni erk.... sampai kebalai polis peginya hahaha. Sebenarnya masa ni aku, CM dan kasawari tengah buat repot polis pasal rumah aku kat Bandar Putra Kulai tu. Lama gak kami dalam tu, tapi sekarang dah cekap, tak macam dulu dah. Itu lah kediaman aku dan CM di Bandar Putra Kulai, sedihkan bila tengok rumah ni tak dijaga dengan baik. Ini lah gara2 orang yang menyewa rumah aku tu wat hal. Dah lah tak bayar duit sewa, main cabut gitu jer dan tak serahkan balik kunci rumah. Aku dan CM terpaksa balik mengejut ker JB haritu. Nak dijadikan cerita, kami upah orang untuk bukak kunci. Tapi tukang kunci kata, kalau nak pecah masuk kami kena wat repot polis dulu. Macam serik pulak nak kasi sewa rumah tu kat orang lagi, tengok macamana lah nanti. Itu lah rumah kediaman kami di Bandar Putra, sedih bila tengok rumah ni tak dijaga dengan baik.

Nukilan:

Tuesday, August 4, 2009

Layan Yang Ini Dulu Ya



Siapa kah 3 mak dara pingitan ni erk hehehehe. Gambo ni kita org amik masa dok lepak kat Danga Bay tunggu hubby Lin pi urut tapak kaki. Kalau dah keletihan tu memang sedap lah kena urut2 ni kan. Tapi aku masih tak berani lagi bab2 nak urut tapak kaki ni. Ada gak kang aku dok terkucil kat tempat tu hehehe. Aku suka sangat tengok gambar yg satu ni, tak tau kenapa. Hanya aku saja yang tahu. Kalau you all nak tahu gak... cuba cari sendiri sebabnya ehh ngeh..ngehhh.



Yang ni pulak geng KAMIE tengah duk tunggu Kasawari n family. Masa ni muka semuanya masih lagi fresh tau maklum ler lagi pagi kan. Cuma perut jer yang dok kelaparan sebab lom sarapan lagi pagi tu huhuhu. Yang senyum2 tu cuma nak cover perut yang dok berdangdut jer hahaha. Pas tu geng KAMIE pun pergi ketempat yang hendak dituju. Cerita dan gambar2 tu nanti kemudian aku tepek okey.




Pasangan yang bahagia dan keluarga yang ceria. Masa ni dah nak bertolak balik ker rumah mak mertua aku kat Majidi. Macam biasa lah sebelum berpisah kenalah abadikan diri dalam gambar kan. Kat rumah Kasawari kami sempat lah lepak2 sekejap dan makan nasi ayam, bersolat serta menjamu pisang goreng cecah lada kicap. Perghhhh..... tersangat lah rindu pisang goreng kat JB ni. Bila turun JB lagi nanti aku nak cari air katira dan juga nasi ambeng pulak hehehe. Apa lagi yang dapat aku katakan, terima kasih atas layanan mesra Kasawari dan isteri terchenta ya hehehe. Lain kali boleh lah kami singgah lagi ya (ayat baik punyaaa).



Cuba you all teka apa yang di bincang kan oleh kedua MAN IN BLACK tu erk hehehe. Tapi kan aku saje jer curi gambar ni untuk buat kenangan. Gambar ni kat depan rumah aku di Bandar Putra Kulai. Terkenang kembali masa aku dok kat situ petang2 sambil layan anak2 main basikal dulu-dulu. Ohhh... banyak kenangan kat rumah aku tu. Okey kita layan dulu gambar2 yang ini jer ehh. Nak tengok yang lain kena tunggu part 2 lak hehehe. Jumpa lagiiiii...


Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More