Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Cuma tinggal 3 hari lagi menjelang hari raya... dan esok pagi kami akan berangkat pulang ke kampung halaman kami iaitu di Kg Majidee Baru, Johor Bahru dan akan kembali semula ke KL pada hari raya ke-6. Kepada yg tidak tahu, kami suami isteri berasal dari kampung yg sama, malahan rumah keluarga kami juga amat berdekatan diantara satu sama lain. Hanya selang dua buah rumah aje.. So, memang tak ada istilah "o-som" dan tak payah wrestling utk tentukan giliran balik kampung siapa bila tiba hari raya cam nie.. golek golek pun dah sampai rumah keluarga masing-masing.. hehehe..

Sempena aidilfitri yg mulia ini, kami berdua ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang kami berblogging ada tutur kata kami yg menyentuh hati atau mengguris perasaan.. dan kami harap semoga kita dapat menyambut syawal kali ini dengan penuh keceriaan dan rasa kesyukuran.. Buat sahabat2 blogger kami yg jauh diperantauan, kami turut berharap semoga sambutan hari raya disana tetap meriah dan semoga kamu semua diberkati dan dirahmati Allah sentiasa..

Akhir kata ucapan ikhlas dan penuh muhibbah dari kami sekeluarga, CheMat dan Siti Delima berserta anak-anak.. Lily, Azree, Daniel & Haqim... Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir Dan Batin.

Nukilan: CheMat

Penutupan "CATATAN PELAWAT"

Setelah berfikir panjang, akhirnya aku buat keputusan hari ni utk menutup chatbox "CATATAN PELAWAT" kat blog aku ni. Sebab utamanya adalah kerana dah ada 'shoutmix' dan 'MsjBox' so rasanya cam dah congested plak ruang sembang kat blog nie.. nnt guest pon pening tak tau nk sembang kat box mana hehehe.. Tapi aku ni sentimental sket about retaining semua msg2 yg dipost oleh pengunjung2 blog aku nie.. disebabkan itulah chatbox yg pertama sekali aku install masa aku start berblogging.. so semua msg tu sngat berharga.. dan sebagai kenang-kenangan aku simpan screenshot sebahagian drpd msg2 yg terbaru di "catatan pelawat" tu..... Bon Voyage "Catatan Pelawat" .....

Nukilan: CheMat

Thursday, September 25, 2008

Little Girl and Coins..(way back in 1991)

Pagi tadi masa on the way gi keje, masa dah nak sampai kat stesyen LRT, sorang pempuan yg rasanya dlm lingkungan umor pertengahan 40an kot, tegur aku.. "Dik! ada 2 ringgit tak dik?".... aku pandang muka dia.. dalam aku kalut² ditegur tak semena-mena cam tu, aku jawab balik dgn senyuman "takder lah kak"... (waktu tu memang takde small change dlm wallet aku.. semua 50 - 50 punya note). Tapi aku taklah tanya dia semula knp dia tanya samada aku ada $2 ke tak..

So, aku yg memang tengah rushing sebab dah terlambat nak gi keje terus berjalan meninggalkan akak tu yg berjalan perlahan dibelakang.. sepanjang perjalanan fikiran aku dok berlegar berfikir, kenapa akak tu tanya cam tu ek?.. tetiba aku terfikir maybe dia sebenarnya nak mintak $2 kat aku kot? tapi.. kenapa dia mintak direct cam tu ek? maybe.. muka aku ni nmpk cam muka org baik² kot? sebab tu dia direct jer tanya.. urmm rasa kesian plak bila dipikir² balik.. tapi memang aku takde small change masa tu.

Dalam pada berfikir² tu tetiba fikiran aku terimbau peristiwa 17 tahun lepas (tahun 1991). Masa tu aku baru jer keje sebagai teller kat Bank of Commerce, Jalan Serampang, Taman Pelangi JB. Masa tengah dok wat keje tu, adala sorang budak pompuan dlm lingkungan umo 15 - 16 tahun kot.. rasanya Indon. Aku jaga Remittance counter. Budak tu tanya kat aku.. "Bang, sini ada buat tukaran wang asing?"... aku jawab "Ada.." Lepas tu dia keluarkan dompet duit dia, dan keluarkan isi dompet dia.. duit syiling yang bercampur² tak seberapa jumlahnya rasanya dlm matawang Singapore & Rupiah kot.. Polisi bank memang tak amek coins, cuma notes jer.. so aku cakap kat dia "Maaf dik, kami tak terima syiling, cuma duit kertas jer.." Aku nampak air muka dia yg terasa hampa sangat dan kaut balik syiling tu masuk dompet dia.. "Tak mengapa bang.." balas dia yg nampak pucat keletihan sambil tersenyum pahit dan berlalu pergi..

Walaupun peristiwa tu dah 17 tahun berlalu, tapi sampai kini masih segar dalam ingatan aku. Tahu tak kenapa?? Sebab aku KESAL DAN RALAT SANGAT². Aku kesal dan ralat sebab, kenapalah masa tu aku tak tanya dia kenapa dia nak tukar duit syiling tu?.. Kenapa tak tanya dia adakah dia terdesak dan memerlukan pertolongan yg amat sangat sehingga sanggup menebalkan muka utk tukar duit syiling matawang asing di bank? Kenapalah aku tak hulurkan saja $10 atau $20 duit poket aku sendiri bagi kat dia seikhlas hati dgn niat utk menolong orang yg mungkin ketika tu sedang dalam kesusahan yg amat sangat. Kenapa aku tak terdetik nak buat semua tu.. Aku cuma terdetik dalam hati nak buat semua tu selepas dia melangkah keluar dari bank.. Bila aku bergegas keluar dari kaunter dan menjenguk ke luar bank selepas tu dan cuba mencari kelibat budak tu, dia dah tak kelihatan lagi.. entah apa jadik kat budak tu..


Ya Allah Ya Tuhanku.. Only You know how deep was my regret at that moment.. and yet until today, it's still not over.. If only I can go back to year 1991 and correct the situation (sob)...


Nukilan: CheMat

Wednesday, September 24, 2008

Zakat Fitrah


Lepas berbuka tadi aku dgn siti pegi Carrefour kat Wangsa Maju beli barang2 sket.. masa nak balik tu kami melintasi kaunter zakat fitrah.. so, tak bertangguh lagi terus aku tunaikan kewajipan membayar zakat fitrah bagi tahun ini utk 6 kepala kami sekeluarga..

" Bismillahirrahmanirrahim... Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diri dan tanggunganku sebanyak RM31.20 pada tahun ini kerana Allah Ta'ala..... aminnn "

Nukilan: CheMat

Saturday, September 20, 2008

Permainan Tradisi - Jom Undi !

Bila aku tengok anak2 aku main video game tadi aku teringat benda2 yg aku main masa aku bebudak dulu.. Zaman aku dulu takde menda video2 game nie.. Tak tahulah korang sumer lahir kat era tahun berapa tapi aku rasa terpanggil nak share menda ni dgn korang semua.. kot-kot ada permainan yg aku list down kat sini yg penah korang main gak... dan bole gak anak2 aku tengok apa permainan ayah ngan mama dorang dulu.. Actually banyak lagi.. tapi nie jer yg aku sempat ingat.. Jom tengok.. (^_^)
  • Capteh atau kat tempat aku dulu panggil Sepak Yem.. Permainan dia seakan2 main sepak raga dan biasanya bermain dlm berkumpulan. Timbang bulu ayam sebanyak mana yg bole..


  • Lompat Getah... biasanyer bebudak pompuan jer yg ske main ni. Tapi kekadang tu budak laki pun join sama sebab nak ngorat budak pompuan yg cun yg main menda nih.. (termasuk la aku kehkeh)

  • Batu Seremban... haa.. yg ni memang bebudak pompuan yg selalunya main. Tapi entah kenapa kengkadang aku pon gatal nak main sama.. kehkehkeh


  • CapLong / Meriam Buah Getah... Yg ni memang fevret aku neh.. kalo takde buah getah, kdg2 aku guna buah senduduk.. sumbat kat depan & belakang batang buluh tu.. pastu jolok dgn pencucuh nyer.. "pom !!" kuat gak bunyinyer cam sepetol.. kalo kene kat badan berbirat juga hehe..


  • Teng-teng... Saper yg tak penah main ni? aku rasa korang mesti penah main ni..tul tak. Tapi tak tau la bebudak skrg ada main lagi ke tak...


  • Jalan Tempurung.. Dulu kalo mak aku buat kuih pakai kelapa mesti aku mintak tempurung nak buat permainan nie.. habis satu kampong aku ronda pakai terompah tempurung nih..


  • Ceper.. main guna penutup botol oren.. permainan nie seakan-akan main batu seremban gak.. tapi biasanyer ceper ni dak laki ske main.. batu seremban besenyer dak pompuan yg main..


  • Pukul Canang atau kat tempat lain panggil Konda-kondi. Cara nak main, korek lubang kat tanah pastu lintangkan kayu sebatang dan sungkitkan pakai kayu sebatang yg lain dan pasangan pemain kena sambut.. aku pun dah tak ingat sangat cara permainannya selepas tu.. hehehe


  • Baling Tin / Selipar.. susun tin wat cam bentuk piramid. kalau guna selipar susun berdiri cam dalam gambar tu. main dlm kumpulan. lempar tin atau selipar tu bagi jatuh. selalu lempar guna selipar jugak. pastu pemain2 akan cuba susun tin/selipar yg jatuh kene lempar tu dan dalam usaha nak susun tu pemain lawan akan lempar badan pemain lawannya dgn selipar dlm usaha menghalang tin tu utk disusun semula. sakit wooo kalo kene lempar kat kepala kehkeh..


  • Belon Acah / Galah Panjang.. yg ni wife aku memang suka main masa bebudak dulu.. sebab dalam usaha nak menjaga garisan supaya aku tak dapat masuk kotak tu, dia akan pura-pura terpeluk aku.. kehkehkeh.. jgn marah ye ayang..


  • Sembunyi Ibu... bulan2 pose cam nie, permainan ni paling best. yg 'jadi' tu kita suh dia kira sampai 100 sementara kita nak sembunyi.. main lak waktu lepas berbuka.. cakap kat mak nak gi terawih padahal nak main ni dgn kengkawan.. masing2 bawak lampu picit sorang satu.. habis sembunyi bawah kolong rumah orang. Pemain yg jadi ibu tu (yg kene mencari) jenuh nak mencari satu kampung tak jumpa2 gak.. hehe..


  • Guli.. hehe.. dak jantan mana yg tak penah main ni.. yang paling terer besenye koleksi guli dia penuh dalam poket seluar.. kengkadang sampai bocor sebab banyak dan berat sangat guli yg dia menang..

OK.. Jom Undi !! (^_^)



Nukilan: CheMat

Baby Baru !

Hehehe.. mesti korang wonder.. CheMat ngan CT dpt baby baru?? Bila masa lak yg CT peknen tu.. tak nampak pun perutnye seblom nie.. kehkeh..memang la pun.. sebab baby baru yg aku maksudkan tu adalah laptop baru aku ler.. baru berusia 3 hari nie.. hehe..

Sebelom nie aku guna laptop Toshiba 15.4" tu.. memang best sbb widescreen tapi dek kerana beratnya yg 2.9kg tu aku rasa cam nak rebeh bahu aku membawanya kehulu kehilir.. so, aku pun decided beli yg baru.. Toshiba tu aku bagi kat CT.. dan utk sesuaikan dgn CT aku lekatkan skin gambo tu..

Skrg senang la sket aku nak mobile computing dan hayak kehulu kehilir baby aku yg baru ni sebab saiznya yg cuma 10.1" dan beratnya yg cuma 1.4kg jer.. hehe....


Nukilan: CheMat

Thursday, September 18, 2008

Yahooooo!! Dapat Kad Raya !!!

Yang nie.. Kad aku sendiri laaa (^_^)

Kad Raya Dari : Cikin(Arfini)


Kad Raya Dari : Siti Khuzaimah - Perth


Duit Raya Dari : Hana - Japan

Kad Raya Dari : Amy - Germany


Kad Raya Dari : Kak Min - Perth


Kad Raya Dari : skru put3


Kad Raya Dari : ela Qatar


Kad Raya Dari : azlieJONET



Kad Raya Dari : Deza


Kad Raya Dari : Along^Arman


Kad Raya Dari : Shayz


Kad & Duit Raya Dari : Yanmie

Kad Raya Dari : Fadzlikhan

Kad Raya Dari : Dirfara

~RespoN~ TAG dari YanMie & DirFara !!


Dapat tag dari yanmie dan dirfara so nak x nak korner lah bagitau korang gak..isk..isk..diorng ni mendera je yek. Kene Jawab dengan jujur??. Ni yang aku malas bab nak korek rasia sendiri nie (bkn korek idung tau, batal posa kuikuikui..!!)... nak jawab loh ni..saborrr !!


1: 1st time naik kapal terbang ??
=> Aku rasa aku lom penah naik lagi ar... kalo dlm mimpi ada lar kot, pegang tayor dia pun x penah lagi kehkeh.. CheMat jer yg dah penah naik. Aku ni gayat tempat tinggi2 kalau nak tau. Kalau tengok mak mertua aku naik ada ler time gi umrah ngan haji dulu. Time aku lak..nak gi umrah nnt baru dpt naik belon ngan CheMat insyallah tengah kompol duit ni. uhuk..uhuk!

2: 1st time beranak ??
=> Mesti lah time aku beranakkan anak aku yg sulung tu..9 jam sakit oii!! aduh! duh..sakitt! cam nyawa ni kat ujung2 je time nak push tu..eee seram sejok je rope org nak beranak ni.

3: 1st time gi overseas ??

=> Tak sampai lagi negara org, tapi negeri sendiri ponah lah. time gi pulau tioman tahun 1999 haa..overseas gak lah tu naik feri. sampai mabuk laut lama sangat sampai.uhuk..wek..wekk!! Owhh lupaaaa!!. adalaar.!!. Gi Singapore!! tu pun oversea gak kan? hehe.. kalo Singapore tu banyak kali arr.. hehe..

4: 1st time duduk jauh dari family ??

=> Bab ni yang buek aku sodeh ni..sob..sobb!! time pindah ke KL ikut hubby kena tukar ke sini. Arwah mak aku pun sodeh gak time ni. uhuk..uhuk! yolah x pernah berpisah 37 tahun tu.waarrggghhh!!

5: 1st time kerja??

=> Time tu umur aku 20 tahun. saje nak test power camana rasa org cari duit sendiri. Aku keja kat satu kilang nama SETRON SALES AND SERVIS SDN BHD perhh! penuh nama dia. Kat Taman Gembira jalan tampoi. lama gak kat situ 4 tahun. Berhenti pas kawin ngan CheMat. Dapat ank sorg nak keja balik, jadi account clerk 3 tahun je pastu terus berhenti. Skrg ni jadi lah PENGURUS rumah dan tangga je kat umah sampai lor ni. hehehe..

6: 1st time rasa diri gemok ??

=> Gemok..? Grrr.. x pernah lor..montel sikit tu biasa ler. hikhikhik! gemok2 kang CheMat lari ooooo..!!

7: 1st time bercinta ??

=> Ehem..eheamm.!! bab ni yang best tau. Aku kecik2 lagi dah ada cintan ngan Che Mat hi!hi!hi! time sama2 main belon acah time bebudak ler (istilah kat tempat aku.. kat tempat korang tak tau panggil apa.. ada yg panggil galah panjang) ..masa darjah 6 lagi. Bila dapat jadi team dia je pasti suka.kah kah kah..!! suka sesangattt!! gatal gitu kan. pastu form 3 dapat first love letter dari org tersayang siap letak bedak wangi lagi dalam surat tu. bestnyaaaa!! yang jadi posmen nya kakak aku ler, jgn bimbang sume org x tau baca surat cinta tu kecuali aku ngan CheMat je, coz tulisan tu guna kod tersendiri. aku dengan CheMat je yg tau. :%: %:^4:^g2 haa.. cam tu ler kod dia. sape tau aku bagi duit raya. hihihi!!

8:- 1st time diri cantik ??

=> Masa baru start keja lah..dapat gaji yang pertama RM400.00 time tu banyak tau. terus je beli macam2 pastu bergaya sakan gi keja. nak tarik perhatian bebudak jantan kat kilang tu specialy kat hubby aku tu ler..tu yang sampai skarang melekat cam kena gam gajah. kah kah kah!!

9:- 1st time masuk cinema ??

=> Zaman ni memang jiwang karat abis ler. 1st time kuar ngan CheMat, tapi kena kuar rumah selang 10 minit ler coz takut mak aku nampak, rumah kami selang 2 buah je.. takot kantoii!!. Aku pakai baju kuning terang, bukan apa bior CheMat leh kenal mana satu aku time tu. CheMat pkai T-shirt KICKERS, grafik kat baju tu buatan sendiri lagi gituz. Masa ni tengok citer omputeh.. perhhh!! tah apa tah tajuk dia.. aku dah lupo.. hehehe.. kat panggung Lido kat JB, skrang x de lagi dah. Best tol lah time tu.. Jangan jealous eh mana2 yang lom kawin tu. kekeke!!

10:- 1st time admitted in hospital ??

=> Syukur alhamdulillah..x pernah lagi aku sakit terok2 lor sejak jadi manusia ni.hikhikhik!! harap2 Allah beri kan aku kesihatan yang baik2 selalu.

11: Pilihan hati ??

=> Bior ler orang tu rupe orang kan. kang rupe lain susah pulak..kome pikir le sendiri. aku ni x pernah lagi nak susah kan orang, jadi ari ni nak cuba lah susah kan orang2 yang jap lagi aku nak tag kan. so bersedia lah dengan nama2 yang aku dah pikir nak tag kat sini. Ini lah dia si pujaan hati yang ku rasa memang patut di TAG. pandai2 ler forward pada yang lain.

1- KunCOP
2- iEn (Teratak Muncet)

3- Nita (Almari Resepi)

4- Arfini & Cikin

5- Meira (Rentak kehidupan Meera)



Nukilan: Siti Delima

Friday, September 12, 2008

Wajah Tiga Zaman

Dah baper hari aku tak upload bahan baru. So tetiba rasa gian plak nak memblogging ari nie. Ekceli, nothing much to write cuma ari ni aku nak upload gambo aku dengan wife yg diabadikan di tiga waktu yg berbeza. Sesuai dgn tajuk post aku hari ni, inilah wajah kami di dekad yg berbeza.. 80'an (ketika sedang hangat bercinta).. 90'an (setelah disatukan sebagai pasangan suami isteri)... dan kini era tahun 2000 (setelah mempunyai 4 anak). Mulanye segan juge nak tunjuk gambo lama2 tu.. tapi demi kengkawan semua.. urmmm takpelah.. hikhik..

Segala ranjau dan suka duka yg kami harungi bersama semenjak dari zaman percintaan sehinggalah kami disatukan sebagai pasangan suami-isteri sehingga kini tidak sedikit pun menghakis perasaan kasih sayang diantara kami berdua malahan semakin erat dan padu untuk terus menyinari perjalanan hidup kami meniti usia... dan 26 Oktober ini, genaplah usia perkahwinan kami mencecah 17 tahun.



YEAR 1985
Nota: Masa ni aku kat tingkatan 5.. tapi dah gatal nak bercinta.. kehkeh


YEAR 1991
Nota: Hepi jer dapat pakai baju pengantin.. hikhik..


YEAR 2008

Nota: Kini.. alamak perut cam dah nampak sket lar.. cane nih.. hikhik..


P/S - will appreciate any comments...

Nukilan: CheMat

Tuesday, September 9, 2008

Anak-anak Sakit Lagi

Anak2 sakit ni buat hati ku rungsing tak menentu. Mak mana tak sayang anak2 ni, pada aku biarlah aku yang sakit jangan anak2. Susah dibuatnya tak senang nak buat apa2. Lebih2 lagi anak aku yang kecik, Haqim.. alahai..dah lah kecik makin keciklah lagi. Nak paksa makan pun bukannya nak, lebih2 lagi waktu nak makan ubat. Yelah tekak pahit dah tu kena batuk lagi. Kesiannya kat Haqim. Aku tak tau nak wat camana lagi. Dah puas dipujuk tapi tetap tak nak makan. Aku harap bila aku buatkan bubur nasi nanti Haqim makanlah hendaknya. Cuaca yang tak menentu ni ramai jugak yang kena batuk dan demam selsema. Tambah2 lagi bila dah beli air yang dijual kat bazar Ramadhan. Kadang2 air tu pun kita tak tau masak ke tidak. Tu lah yang macam2 penyakit yang datang. Aku doa kan anak aku Haqim cepat sembuh dan boleh pegi sekolah dan main cam selalu. Cepat baik ya Haqim dan makan ubat ya sayang...

Nukilan: Siti Delima

Sunday, September 7, 2008

Cari Keperluan Hari Raya

Awal pagi lagi kami dah bertolak ke Pasar Tani Mega di Shah Alam. Bagi yg tak tau, pasar tani ni terletak bersebelahan dgn Stadium Malawati Shah Alam (seperti gambar disebelah). Seperti tahun2 yg sudah, disini adalah salah satu tempat tumpuan utama umat islam terutama yg tinggal dikawasan berdekatan dgn Shah Alam utk membeli barang keperluan hari raya kerana kepelbagaian barangan dan jumlah gerai yg banyak. Masa kami sampai, tempat parking masih setengah kosong mungkin kerana masih awal. Cuaca pun masih belum terlalu hangat walaupun sinar matahari dah mula kelihatan sikit2. Mungkin sebab kedinginan pagi masih lagi terasa. Kami pergi berempat jer (bersama Lily & Haqim). Azree dan Daniel tak ikut sama sebab takut penat sebab berpuasa. Memang letih membeli belah waktu berpuasa ni. Dengan kesesakan org ramai dan bahang mentari yg semakin menggigit bila waktu semakin tinggi benar2 menduga ketabahan puasa aku..hehe. Koyak juga poket tapi kami puas hati sebab banyak keperluan yg dapat dicapai. Selain baju raya, siap beli tikar buluh serawak lagi kat situ. Aku dok pikul bawak ke kete dah macam pakistan jual kapet plak. hehe... dugaan..

Nukilan: CheMat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More