Showing posts with label berita kopi. Show all posts
Showing posts with label berita kopi. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Melaka: Sudden Vacation Lagi Best.

Melaka bandar besejarah!
So tetibe time hari Malaysia tu rase nak gi jalan-jalan. So ape lagi pujuk member yg boleh bawak jalan maka berangkatlah ke Melaka, time tu 18 Sept, jam 12.15 mlm... Maka bermulalah perjalan ke sana bersama kereta baru memberku: MYVi LAGI BEST! hehe

LAGI BEST wooow oh!
so kul 3 pagi sampai kat Dataran Pahlawan n jln jumpa bende nih.. fuyohh!




pastu lepak kat Pantai Puteri, isi masa lapang ngan member2 buat LIGHT PAINTING,

hasil karya Anuar

hasil karya Anuar

lepas subuh kat surau berdekatan, jam 645 pg ke Tanjung Bidara




lepas mandi pagi air laut, 10.00am last destination, KUALA SUNGAI BARU... rumah nenek member ku. TADA:
ni rumahnye.. kate member aku nilah TEMPAT VT AWAN NANO tuh.. memang betul depan pantai pastu ada kubur tepi pantai.. eee seramnye..

lepas berehat n baring2 pastu diberi makan oleh nenek beliau, bila kenyang ape lagi p mandi la, tapi before aku p menyelam aku sempat la pi jalan2 SORANG2 sekitar kawasan tuh, nak kene tunggu air surut baru dpt gambo macam ni, klu tak memang basah ler camera aku, so lebih kurang kul 3ptg kot aku mulakan expedisi aku mencari keindahhan ciptaan Allah... syukur!






bila air surut ada r tempat ni, huhu

hidupan utama : UMANG-UMANG

ni bukan batu tapi 1st TIME DALAM HIDUPKU DAPAT TENGOK BELASAN EKOR UMANG2 BERGERAK KE KAWASAN REDUP... MACAM BATU BERGERAK  ALA-ALA PIRATE OF THE CARIBBEAN TIME JACK SPARROW KAT DAVY JONES LOCKER.. HEHEHE SUBHANALLAH.


BINATANG YG PALING SUSAH NAK AMIK GAMBO IKAN BELACAK!  mentang2 la camera aku murah, nak fokus pun kene dekat dekat baru cun, asal nak fokus je dorang lari.. huhu,


KALAU ADA PELUANG N DUIT LEBIH, AKAN KU PERGI SUDDEN VACATION SEBAB, destinasi yg dipilih secara tetiba, tapi HASIL YG CUN dan LAGI BEST! hehe

(p/s : total vacation just lebih kurang RM30 sebab kami 5 org, so minyak dah RM10 sorang (pergi balik kot) makan free ditanggung oleh NENEK memberku (TOCHEY NENEK!) sarapan pagi just RM5 since makan kat warong tepi pantai ala2 nelayan, Toll RM 6.70 sorang, pastu baki tuh ada la sikit buat beli air mineral time kat highway... THIS IS LOW BUDGET VACATION! SUKOI!... tempat tidur: dalam kereta, tepi pantai, atau atas wakaf hehehe.. dan bilik paksu memberku huhu)

Saturday, September 10, 2011

Cukai Topup, Cukai Zaman Moden : Wajarkah 6% itu?

Kecoh satu Malaysia bila pihak telekomunkasi telefon mudah alih memberitahu bahawa cas 6% dikenakan bagi setiap topup yg akan digunakan.

Dalam petikan dari Bernama, kata Rais:"Ini bukan masa yang sesuai untuk melakukan ini sebagai pengumuman begitu tiba-tiba," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu di "bicara Rakyat" program siaran hidup lebih TV1 dari Angkasapuri, di sini, Jumaat.

Rais berkata syarikat-syarikat telekomunikasi perlu mengambil kira hak-hak pengguna sebagai sebahagian daripada mereka telah meraih keuntungan sebanyak RM800 juta kepada RM1.2 bilion setahun.http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=612559

Adakah Rais akan berjaya dalam sidang kabinet nanti untuk 6% ini? Sedangkan isu kenaikan harga ASTRO pun belum selesai, ape ce?

Handphone aku yg berjasa sampai skang, dah 2 tahun tuh

Jika dulu ketika Bajet 2011 dibentangkan, kebanyakkan rakyat (yg maybe gila handphone/ suka menunjuk2/ konon uptodate) kata "HOORAY" kerana TIADA SEBARANG CUKAI DIKENAKAN BAGI SETIAP JUALAN TELEFON BIMBIT, belum habis lagi 2011 keluar pulak 6% for every topup will be deducted! WTF.


Ada yg kate ala berape sen je potong, boleh guna application lain la macam BBM, FB, Twitter dan ape bende ajaib lain la. Tapi setiap applikasi itu menggunakan telefon bimbit yg benilai ratusan ringgit atau mungkin cecah ribuan ringgit. MAMPUKAH SETIAP RAKYAT MEMBELI TELEFON BIMBIT SEBEGITU. Hanya golongan tertentu sahaja yang mampu, dan mungkin kebanyakkan golongan tertentu itu MENGGUNAKAN LINE, so tak perlu topup. Dan harga line PALING MURAH PUN mungkin RM50 sebulan.

Saya sebagai rakyat Malaysia yg hanya mempunyai telefon bimbit yg jenis biasa (bak kate org klu jatuh tangga pun telefon tu boleh tahan lagi, siap klu baling kat anjing pun boleh mati loR), dan saya seorang pelajar dan saya hanya topup RM10 for a month n kadang2 boleh tahan sampai 3 bulan, sebab sy jenis penjimat (haha). Wajarkah SAYA MEMBAYAR 60SEN iaitu sama dengan 60 sms (since pelan pelajar) diberi FREE kepada TELCO yg telah untung berbillion ringgit.?

Bagi mereka yg kurang bernasib baik, 60sen itu berharga, dengan telefon yg ala kadar shj, dan mempunyai keluarga yg jauh dan susah nak balik kampung. Fikirla sikit wei. TOPUP BOLEH DIKATAKAN SETIAP MINGGU BAGI SESETENGAH ORG, TAPI BELI HANDPHONE JUST KLU ROSAK, SO LEBIH BAIK CUKAI JUALAN HANDPHONE DARIPADA CUKAI TOPUP!

DALAM ERTI KATA LAIN, BAGI YG SELALU TOPUP, UMPAMA MAKAN KAT MCD, KFC, OR FAST FOOD LAIN SETIAP HARI. SEBAB KENE SERVICE CHARGE 6% LOL....

(p/s:adakah Malaysia bakal menjadi seperti Israel yg baru2 ini rakyat Israel membuat tunjuk perasaan kerana taraf hidup yg tinggi dan cukai yg terlalu banyak. PERLUKAH REVOLUSI DILAKUKAN BAGI MENEGAKKAN HAK RAKYAT?)

Saturday, August 6, 2011

CRUSH! Pause, Hopefully no STOP!

Assalamualaikum dan salam sejahtera... SELAMAT BERPUASA..

sudah lama aku tidak berblog, sehinggakan viewer nak cecah 10 pun susah.. tapi apakan daya skang kene kerja lebih sikit, OT kene kuat, jadi pak guard tengok kerusi wayang pun sanggup.... tapi kini susah plak nak OT, since anak buah yg tak berapa sihat, dan dah lama tak bersama keluarga... so to my FAMILY, ok hemy dah tak buat OT lagi since cita2 DSLR dah tercapai, and just kerja macam bese for the incoming rent, maintenance and food... huhu..

ok just cerita pendek pasal jadi pak guard tengok kerusi.. FYI buat sape2 yg akan menonton wayang di GSC Alamanda... skang bakal muncul kerusi baru yg lebih selesa dan empuk, buat mase skang, just 3 front row, and only few hall yg penuh ngan kerusi baru, maybe lepas RAYA, KERUSI WAYANG PUN AKAN RAYA.. hehe...(p/s mase jadi guard aritue, ada gak la mulut2 tempayan cite pasal scary thing, tapi syukur la bila aku jaga takde perkara yg diingini berlaku, just sejuk tuh adala, sebab AIRCOND je.. huhu bukan riak tapi kenyataan.. syukur)

Back to the story, actually, post ni aku tulis tepat JAM 410 pagi 6 ogos 2011... tetibe, mata tak boleh lelap dek kerana DIA nih.... rase risau pun ada, tetibe, jangung bergerak pantas.... terdetik hati kecilku berkata adakah AKU CRUSH ngan DIE???? ayo... 1st Crush mase kat Kuantan, then takde crush la sampai skang, (yg betul2 buat jantung aku jadi macam nih) tetibe, i just meet a new girl, just barely know about her, then TUUUUP CRUSH! (ai takkan baru lepak bersama dalam 9 jam aku dah angau???) yes memang suddenly aku angau kat DIE... (pergh gilo ape cite kat sini private life)... 

memang private, tapi just nak tanye pendapat, buat pakar2 cinta di sana, (since aku totally loser dalam bab macam nih, tapi klu bercakap memang POM je.. huhu) bila aku tengok die, then suddenly DIE cite pasal life DIE kat aku, yg hanya baru kenal tak sampai 3jam buat aku terkejut, even DIE PAUSE and fikir balik perlu cerita ke tak, but aku still suruh DIE cerita, aku pun tak tau kenapa aku eager sgt nak tau pasal DIE. bile DIE cerita je, aku tengok mata die yg warna brown tuh, macam penuh keikhlasan dan kesedihan yg melampau, buat aku rase rendah sangat... SHE's NEW IN TOWN, but aku rase macam aku nak kenal die lebih lagi... knape sampai macam tuh??? siap terbawak2, nak tido pun susah... CONFORM ANGAU.. aduyai...

even mase 1st crush aku, aku jadi batu, dan malu nak bersua si gadis tuh, tapi skang nih lain pulak, aku rase macam nak kenal die with HOPEFULLY no STOP... adakah disebabkan HORMON dewasa? atau sebab selalu FAILED dalam bab macam ni? or sebab aku dah MATURE enough and ready tok bertangungjawab??? alamak, klu family n friend yg kenal aku baca post ni mau gelak kaw2 dorang kasi.... tapi Kenapa aku senang bila dengan DIE, ada pink pink sikit, sehinggakan apa yg keluar dari MULUT DIE macam buat aku sentiasa berfikir... "kenapa ada insan (die) yg agak sempurna tapi mempunyai kehidupan yg mengecewakan, tapi DIE tetap kukuh pengangan dan kepercayaan kepada-NYA".. kadang2 aku sendiri yg agak mewah dan keluarga yg seronok, tapi aku lalai tunduk syukur kepada-NYA..

andai kate DIE dah berpunya, sungguh BAHAGIALAH bakal husband die... tapi andai belum,,,,,,,,,,,,,,, WHAT SHOULD I DO (bukan ayat desperate, padahal desperado huhu).. adakah ni CRUSH yg sebenar dalam hidup aku? andai kate ini bukan jodoh, yg diharapkan hanya PAUSE kenangan best bersama DIE? but Hopefully there is no STOP between me n her from the laughing, learning and sharing.. I really want to know her more.

(nilah belaku, bila angau, rasa penat badan pun hilang, siap boleh taip lagi... yg penting sok pagi g JUMPA DIE, tengok mate coklat die dan buat die ketawa, maybe ni boleh membantu aku terus CRUSH.... feel like butterfly in my tummy.... huhu)

Saturday, May 28, 2011

Free Header Masih Terbuka, Just Lambat Sikit (banyak) je..






hehehe, dah tengok? berminat? takyah bayar (bagi yg personal blog sahaja sebab klu for business the answer also business la.. hehehe).. so just follow the instruction given, click kat icon FREE HEADER kat atas or sini, (instruction die bukan suh follow Kopi atau ape2 just, just requirement tok edit/permintaan anda, tu je.. so jgn riso ye? klu nak tengok contoh lain, just click label FREE HEADER k, pastu Kopi tak power sgt, so klu anda mintak 3D, maybe lambat siap sebab nak convert from XARA 3D to ADOBE PHOTOSHOP, huhu, so sorry klu kurang ape2 ye... tata titi tutu..

(pisst, bloglist Kopi dah berubah kat bawah, sebab Kopi nak pastikan melawat mereka ni, (even tak ramai) pastu yg pasal nombor2 tu bukan ikut ranking, just saje je, hope anda yg tersenarai jgn mare ye... tata lagi, aduyai...)

Saturday, May 21, 2011

Jangan Jadi Macam Aku, Nyesal Wooo..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pert/Kopi ko gile ke nak update kul 2 pagi nih... hehe... tapi still nak update gak...

Al-kisah... ptg tadi sedara aku call kate yg anak die dapat buat Diploma kat ipta (aku tak bleh specific kat mane, takut anda (lelaki) cuba mengorat anak sedara aku tuh. hehehe)... Syukur anak die dapat sambung blaja... so esok merupakan hari pertama bagi yang buat Diploma di IPTA tersebut....

So buat yg berjaya menyambung pelajaran, tahniah la diucapkan.. SO PLEASE BLAJA BETUL2 sebab kenape? nanti jadi macam aku, nyesal woooo.. 

kisah aku begini.. mase aku skool rendah, bagi aku tak pernah mengalami kegagalan sehinggakan family aku membuat expectation yg sangat tinggi... so bile dah tinggi pada mulanya bangga tapi lame kelamaan gelisah gulana dibuatnya... maka dek keputusan yg OK aku dapat sambung kat skool berasrama penuh... bila PMR kat skool tuh klu ada 1B je.... anda akan jadi ALIEN dan tidak rasa gumbira.. maka lahirlah perkataan, ko ni blaja macam mane, la die dpt macam tuh je.. dan berbagai lagi... so bila tak dapat skool Bitara maka skool asrama aku pun ditukarkan ke kawasan yg tak ramai yg bijak dan bukan budak pandai aka common asrama skool... so SPM aku pun tungang langgang dan aku antara exasrama skool yg berjaya menempah tempat sebagai pelajar pemulihan akhlak  matmetik tambahan.. huhu hahaha hehe....

so mase nak isi UPU, dek kerana result percubaan yang tak good enough, cikgu pun cakap, jangan sedih masih ada peluang tok dapat sambung blaja kat overlaut.. wah mase tuh semua member aku berkobar-kobar lah.. semangat nak p overlaut maka upu di isi bukan nak masuk universiti tetapi MATRIKULASI.... maka aku berjaya dapat matrik tok pogram satu tahun n sains hayat... ceh nak jadi doctor konon... maka di matrik aku hanya minat satu subjek (biologi) tetapi ada lagi satu subjek yang aku tak pernah lulus dalam test mahupun masa final iaitu MATEMATIK TAMBAHAN, bukan salah cikgu yg mengajar.. tapi salah aku yg malas gile nak p class tu sehingga di panggil cikgu math dan aku (bukan nak bangga) adalah satu-satunya orang yg tersenarai sebagai pelajar kaki ponteng dalam pink list dalam fakulti sains hayat..(stahu aku time aku ponteng tuh aku dah kasi mc sebab sakit mate.. memang la cuti lame) maka akibat pink slip itu, aku pulang tok berhari raya, aku rase risau nak balik sebab kak aku call kate yg mak menangis... aduh besar sungguh dosa aku... sampai rumah memang sah mak aku nangis n taknak cakap ngan aku... perit sungguh hati aku mase tuh, yg abg aku pulak sound, ko ni dah ponteng p la cari mc (dalam hati aku, ingat senang ke nak kluar matrik sesuka hati, dah kate matrik = sekolah berasrama..... aduyai)

maka aku hanya berjaya menetap di matrik selama 6 bulan pertama... dengan gah nya announcement dibuat, buat sape2 yg bawah 1.50 sila berkumpul di bilik sekian... maka aku pun p la, guest what! dorang sediakan mee rebus plus surat memberhentikan pelajat... aku p just gelak sebab aku memang tak minat masuk matrik.. (puncanya aku nak masuk uia amik architecture tapi mase zaman aku once dah dapat matrik all application to university is not available.. so klu apply matrik kene masuk matrik.. sedih tapi just follow the rule.. tp ada yang buat rayuan but no one told me about it... so aku menghadapi kegagalan ke 3... maka aku keje ofis kat KPT (kementrian pengajian tinggi) selama 6 bulan, then aku apply upu dan dapat asasi di uitm kuantan....

so mase asasi, memang muka agak tebal.. yela budak2 kat situ semua tahun 89 aku je tue... so tebal dah satu hal, pastu takde background langsung dengan subject yg diambil maka aku failed 1 paper, but still dpt teruskan pembelajaran... so setakat ni sampai degree ALHAMDULILLAH aku dapat maintain LULUS, aim aku tak macam org lain, nak pointer gempak, cemerlang dan gemilang, tapi aku asal LULUS dan tak buat mak aku menangis macam dulu tu dah cukup...

so please jgn jadi macam aku, sebab dah gagal baru nak usaha, so please blaja bersungguh-sungguh, tak suke pun just buat je, ok! tapi sekali gagal bukan gagal selamanya, mungkin Allaah nak uji... please jangan riak, bangga dengan kepandaian atau membelakangi rakan2 yg lemah.. sebab dunia macam roda... Allaah boleh tarik kenikmatan yang ada tu bila-bila masa je... so SHARE YOUR ILMU dan jgn la nak memperlekehkan org andai pemikiran atau jawapan yang di beri tidak betul.... klu pandai ajar la.. OK!

Tuesday, May 17, 2011

Kisah Benar Gay Malaya: "Ala Aku Couple Just Nak Cover Je..."

gambar hiasan

Malam minggu lalu, malam dimana muda mudi bersuka ria, kesana-kemari.... pusing2 bandar, lepak sambil gelak ketawa. Aku yg muda pun apa lagi join bersuka ria, exam dah habis, cuti sem plak tuh, pastu ada lagi saki baki wang pinjaman yg perlu di habiskan, so gi enjoy dan kemudian bermulalah suatu kisah... (buat yg terasa, sory wei, aku just nak share and for nasihat. Plus aku dah nasihat ko, harap ko memahaminye.)

Yes! bila cakap pasal gay, ada setengah org mengutuk, maki hamun dan berbagai lagi, dan di pihak lain pulak akan, cakap ITS OUR RIGHT! yes, memang benar, dalam Perlembagaan Malaysia ada cakap semua org same je (Art 8) plus undang2 Malaysia LANGSUNG TIDAK MENGHARAMKAN AKTIVITI INI, baik lesbo / mat gay. But for me, setelah nasihat dan teguran diberi aku hanya memohon agar dilepaskan segala dosa. Mungkin yg sebelah sini kata, "PULAUKAN MEREKA". Aik? Kenape benci sangat kat dorang nih? ada wat salah besar ke? Cuba anda fikir, jika mereka DIPULAU kan, adakah ini akan selesai? Lebih baik anda duduk sekali ngan dorang dan kemudian menasihati, kerana ini cara terbaik. Kemudian yang sebelah sana pula cakapa "APA SALAH KAMI? KAMI TERPERANGKAP DALAM DIRI LELAKI?" wow ini ayat memang tak boleh belah... cuba la bawak mengucap, dah awak tu jantan, jantan la, jgn la nak argue plak. Sejujurnya menjadi lelaki lembut TAK SALAH, asalkan ISLAM pengangan hidup. SAYA JAMIN ANDAI ISLAM DIAMALKAN CONFIRM KORANG STRAIGHT!

Ok, habis mukadimah, so ape yang kisah benarnye? Aku lepak ngan semua jenis manusia, aku tak pilih, as long as bolah lepak dan bersembang, IM ON!. so malam minggu aritue aku lepak ngan kawan lame aku. So yg buat aku terkejut, aku teserempak ngan kawan aku yg aku kenal die seorang GAY, (macam mane aku kenal, sebab die pernah kantoi ngan aku dulu, mase tengah toot ngan somebody. Mase tuh aku kira macam JAIS r.. hehe) so berbual lah kami sehingga la sampai satu part, aku bersuara:
A: Wei hang dah keja skang so, marka (awek) apa cita? (saje je aku point nih, sebab aku suke dengar cite cinte)
G: Ada, dah 6 bulan kami kenai start kat u dulu.
A: Wow, hebat hang na, aku ni pun mencari lagi. Boleh la hang hensem, betina mesti cair ngan hang! (maaf bahasa "BETINA" agak kasar. harap kaum wanita dapat maafkan saya... ini perbualan antara dua lelaki, dan ia adalah benar)
G: hang ni ada-ada ja.
A: Baguih la, hang dah tak macam dulu. Kan baguih macam ni.
(tetibe die gelak....)
G: Pert, hang ingat senang ka aku nak berubah. Aku couple pun ada sebab la.
A: Sebab apa? Hang tak insaf lagi!
G: Ala, aku nak cover je. Lagipun hang kena tau, klu aku tak couple kat U tu, confirm depa kata aku gay. So aku couple, lagipun minah tu "PAYUNG" hidup aku kat sana dulu... haha.
A: wei hang ni gila la. Hang tau tak dosa!
G: aku tau la. Nanti aku insaf r.
(aku terdiam sebentar.. lalu die muka agak sinis. yes aku tau la aku tak alim sangat. pastu aku tukar topik untuk membuang perasaan marah.)

G menjadi GAY sebab kecewa ngan makhluk bernama WANITA ketika di matrik, at first aku baik ngan  die sebab aku slalu dengar kisah cinta die. tapi dek kerana WANITA tue, kawan aku jadi macam ni. (aku just blame wanita tue, bukan wanita lain ok!) G ada kate kat aku, "klu hang baik ngan dorang (kaum seangkatannya) hang seronok ja, nafsu hang dapat, hidup mewah pun hang dapat.... takda pun hang nak rasa sakit hati...". 
G andai hang terbaca post ni, aku mintak maaf, aku bukan naik aibkan hang tapi aku nak hang kembali kepada jalan, pintu taubat masih terbukak luas. Mungkin betui apa yang hang bagitau kat aku dulu, tapi tu kat dunia. kat akhirat macam mana? pastu hang kata hang nak insaf di kemudian hari, tapi andai Allaah nak tunjuk, bila2 ja hang boleh p, dan ingat, kubur pun tak mau terima hang...... wallaahualam.

Saturday, May 14, 2011

TOLONG! Saye Nak Kerja...... Ape2 pun boleh...

Assalamualaikum dan salam hormat....

kepada blogger2 dan reader seluruh Malaysia terutama yg berada di area Shah Alam atau Putrajaya.

tuan,
berkenaan perkara diatas, saya MOHAMAD RAHIMI ARAFPIN, memohon kerjasama dari pihak tuan yg kaya raya lagi budiman atau yg ada company atau partner kepada syarikat yg mane-mane di Malaysia agar memilih saya sebagai orang suruhan, atau kuli atau sewaktu dengannye selagi tidak melampaui batas ISLAM.

tujuan saya menulis post ini adalah untuk mencari kerja di pihak tuan. antara kebolehan saya ialah membuat design, bunting, greetings card atau sewaktu dengannya, saya juga berkebolehan dalam menyanyi (hanya untuk backup singer), saya juga mempunyai kemahiran dalam kerja pejabat, selain itu saya juga mempunyai pengalaman sebagai pembantu dapur di restaurant.

kemahiran computer: ADOBE PHOTOSHOP & ILLUSTRATOR, SEMUA MICROSOFT OFFICE,
kemahiran berbahasa: ENGLISH, MALAY and ARABIC,
pengalaman:
6 bulan di Kementerian Pengajian Tinggi Bahagian Penguatkuasaan dan Inspectorat,
1 bulan di Jabatan Peguam Negara,
1 bulan di Bahagian Dapur The Chicken Rice Shop,

Biodata Peribadi:
Lelaki, 23 tahun, berat 123kg lebih, 174 cm tinggi, kulit hitam manis (hehehe), berpekerti mulia.

sebab berhenti kerja:
untuk sambung belajar.

Kelulusan:
SPM, dan pre degree.

diharap pihak tuan dapat memberi kerjasama. saya dahului ucapan terima kasih.

sekian, terima kasih.

(p/s: i killing for the job!)

Poop_sicle! FLUSH la Wei! (Buuuewwwek!)

my property!
Perhatian, bagi yg ada sakit jantung/ibu mengandung/dalam keadaan kenyang: sila jangan baca post ni. saya tidak bertanggungjawab atas segala yang akan berlaku, sekian.

al-kisah, ketika zaman dahulu, tandas masih lagi berkayu, gelap dan dihuni makhlus halus yg suke hisap darah (nyamuk) maka apabila perut memulas terpaksalah harungi segala dugaan dan cabaran dengan hanya berbekalkan lampu pelita/ lampu suluh untuk membuat pelaburan.... dulo, poop memang senang dijumpai di tepi jln, di kawasan jalan short-cut tok ke rumah tok penghulu dan saiznye lebih besar dan kelat maka perang berbanding yg lain, (tu konferm dah lame mengeras dalam usus!) kemudian si kecil (berdasarkan pengalamanku sendiri) waktu perut memulas adalah waktu yg menakutkan, maka si kecil memberitahu ayahnya maka ayahnya akan buat announcement kepada anak2 sedara yang lain "buat kalian rakyat jelata yg ingin membuang, mari ikut beta, kerna lepas ini beta tidak akan hiraukan kalian lagi" maka berpusu-pusu lah si anak dan anak sedara beramai-ramai meraikan malam pelaburan itu, maka si ayah memerhati kawasan lain agar tidak dicerobohi ancaman bersama cangkul di sebelah sisi bersertakan lampu pelita di tangan kiri membiarkan si anak-anak itu membuat pelaburan... maka sambil membuat pelaboran, si anak-anak itu boleh bergurau senda, akan bunyi sape yang paling kuat dan sape punya pelaboran yang paling besar... sungguh brengset anak2 itu. wahaha, kemudian selepas pelaburan, anak dibawa ke telaga, maka bersucilah si anak-anak itu dan si ayah pula sibuk mencangkul lubang untuk mensemadikan pelaburan itu.... namun pada zaman itu ada juga hamba manusia yg sengal lagi plastik meninggalkan "booby trap" tanpa menyemadikan pelaburan itu, seperti binatang... aduh cemar sungguh makhluk itu...

selepas 15 tahun kemudian, negara sudah maju, dan si anak sudah mula mengubah cara pelaburannya... dulu bumbung tidak beratap, tapi kini siap konkrit lagi, pastu dulu perlu tanamkan pelaburan, tapi kini cume tarik, tekan atau sewaktu dengannya (flush) maka hilanglah pelaburan itu dari mata ciptaan Tuhan. namun, masih lagi bangsat yang wujud dimuka bumi ini yang tak reti2 nak flush away poop_sicle die, ade ke patut bio je terapung2 diawangan poop tu, siap ada kacang yang tak dihadam (bukan aku selidik taik tu, tapi memang betui tu kacang goreng, rasa nak terMUN aku), lepas tu ada juga makhluk yg dah tau jamban tu duduk, boleh pulak bercangkung atas tu! awatla kesengalan makhluk tersebut? nak kate BO, kang marah pulak, kot ye geli pun (alasan seseorang makhluk) alas la ngan tisu ke ape ke, ni tidok die naik jugak atas tuh... susah-susah... bila zaman dah maju makin menjadi-jadi perangai manusia, macam-macam cara pelaburan dibuat, yang bercangkung atas jamban duduk tu kire ok lagi la... YG TAK FLUSH TU MEMANG BANGSAT! asal tandas awam je, bukan main byk poopsicle berawang-awangan , dengan kelat segala, bau, jangan nak cakap r... WOI SEDOR LER, KLU DAH BERAK FREE FLUSH LA BANGANG! adios amigos berambus.....

(post ini di tulis berdasarkan pengalaman penulis ketika kanak2 dan selepas pulang dari shopping mall SOGO.. p/s bagi kaum Adam, baik korang ngaku yg tak FLUSH kat jamban no 3 kat aras G, kat SOGO, bodo punya manusia!. PLEASE FLUSH YOUR POOPSICLE, ITS AIN'T COOL!)

Cari Kerja, Makan Gaji! FUCK U LA!

Assalamualaikum... dan salam hormat...

pergh gila gak bile blogger xbleh update selame 1 hari... naik bengang gak.. tapi tak pe since, perkhidmatan ni percuma... syukur dah boleh menggunakannye semula....

so nak cite la, ari rabu ari tue tak dapat tgk cite Thor since tiket kat Alamanda just for 3D, so bile 3D bykla pakai wang... akhirnya hari jumaat iaitu semalam, lepas je solat jumaat, dek kerana sangap nak tgk wayang.. p la tgk cite FAST 5... memang berbaloi-baloi, more GANAS, more CRASH, more SEXY LADY (tapi time nih aku pejam mate,, hehehe).... 

hakikat sebenar tengok wayang ni berpunca dari niat asal aku ngan member aku (BLUR) nak p cari keje... so start la ngan TGI Friday (mintak2 la dapat) lepas tu, pusing sane sini, jumpe la tmpt2 lain tapi ktorg tak apply sebab lain macam tak brape best since dah p TGI yg superb happening, so maybe backup bile tak dpt call Isnin ni, so another backup ktorg apply kat GSC, pastu terus ler bli tiket FAST 5.. hehehe

yang lawaknye, (bg aku lawak r, klu korg sukeati la....) si BLUR ni die beria-ria sgt nak keje kat Secret Recipes padahal yg nak pakai org kat Manhattan Fish Market, so aku tak la apply sebab pakai kemeja (oh sungguh skema) tapi member aku ni pun ngan blurnye p aplly, dan manager tu kasi la borang kat die n suruh isi.... so lepas isi, apa lagi interview... then aku tnye la BLUR ko dpt ke? die diam dan terpaku, last die cite gak, "wei manager tu kenal aku dowh, aku tak sangke die ingat lagi aku," aku tanye balik "so?" die jawab, "manager tu cakap aku pernah interview dengan die, and mase aku dapat keje kat situ dulu, aku p keje sehari je pastu aku blah aka ponteng"... so amik kau sedebak atas muke, tu la dulu mase dapat keje ko main2 skang ko terhegeh2, so pengajarannye klu dapat kerje tu hargailah ia kawan-kawan, jgn memilih, atau ponteng sebaliknya tunaikan tanggungjawab itu sepenuhnya....

(p/s: kenape org GOVERNMENT yg kerja kuat tak dapat KHIDMAT CEMERLANG, pastu org yg kaki bodek, slalu di punchkn kad kehadiran oleh org lain dapat KHIDMAT CEMERLANG? no wonder betape byk kecermalangan yg die dapat dengan bukan cara yg betul (kerja yg bagus) die tak kemane, even duit yg dpt pun takkan cukup pada die... aku marah ngan ORANG GOVERNMENT YG MAKAN GAJI DAN KAKI BODEK TERUTAMA YG DPT KHIDMAT CEMERLANG!, ikhlas dari hati.) 

Monday, May 9, 2011

Im Back! Free Exam, Free Ticket from Nuffnang!

Assalamualaikum dan selamat malam....

hoooorayyyyyyy exam sudah tamat, walaupun jawapan macam bukan jawapan siap ada lirik lagu for jurist, takde hal asalkan aku dah jawab... (dalam hati aku hanya memohon diberi LULUS dalam semua subject).. amin....

later, mase tepat je kul 12PM tadi, aku terus masuk dalam kete, pasang lagu kuat2 kasi hilang stress mase lepas jwb exam... pastu p bayar bil letrik tapi tak jadi sebab RAMAI GILER DAK2 YG NAK KLUAR ASB!.. aduh... pastu p makan tengahhari... pastu dengar khabar kurang senang diatas pemergian nenek rakan ku kepadaNYA... al-Fatihah......




later, terserempak ngan member kat depan kedai perabot, malang menimpa rakanku apabila kereta beliau dilanggar, nasib baik yang langgar tu tokey.. so adala bayaran baiki diperolehi... then balik rumah.... lepak.... lepak..... lepak..... lepak....

malam menjelma, aku pun pi la hantar SYED ke station bus, nak balik kampung la katakan... so aku teruskan perjalanku ke PUTRAJAYA... samapi rumah, salam ibubapa, makan, lepak... now, aku ONLINE n tengok EMAIl... wahhh tidak percaya AKU DAPAT TIKET FREE DARI NUFFNANG... cite PRIEST... 3D woooh.. thanks nuffnang, even aku bukan calon pemenang, tapi calon backup... sedey skit... asal dapat tengok wayang free... weeeeeeeeeee...

(P/S ; aku dah mula free... maka penyakit click2 n blogwalking bermula plus buat header for requester.. mai request sini!)

Friday, May 6, 2011

Email 4 Pagi Waktu Tempatan Part 2

Aritu aku post pasal email 4 pagi yang aku terima, n today dah lame tak update so aku pun bukak email n guest what, the LAILA reply my email, mase 1st email die cakap ni:

Salam,my name is laila mohd faisal,i am presently in Uk, My father is from (sabah) Malaysia and my mum from UK,i will be coming to Malaysia for my Vacation soon.i want us to be close before i come to Malaysia so that you can show me around Malaysia when i visit.please feel free to write me ,so we can get to know our self more. hope to hear from you,, my email is lailafaisal@hotmail.co.uk

aku reply:  
wow! nice to meet you! Malaysia? Which Part? Sabah or peninsular Malaysia?

Die reply balik:
Am so happy to hear back from you. I want to get to know you better and also for you to get to know me better...My full name  are laila modh faisal,  I am mixed  Malaysian ,my father is Malaysia and my mother is from england...I speak very very little Malay...lol i was born here and lived in London all my life...loll...i am so looking  forward to visit Malaysia very soon ..omg.. I have never been there...i feel  so happy am coming  to my father's land...haaaa...i want to know me  better....am single...28 years old....I live in regent street. I am a professional system analyst...that I studied in college....but you see....my parents are so rich...they are company shareholders here...living in old Trafford....they bought so many bank shares for me that pays me now so much

plus picture, tadaaa:



aku dah cuak skit, LAILA ni betul ke tak betul?
so aku reply:
wow, i never thought that you are so dam rich.. lol, again nice to meet you

3 minit kemudian Die balas:

hello baby ..actually i live and work in the UK and  my father is from Sabah a state in Malaysia but since i was born i have never been there that  is why i have chosen to come over and see how Malaysia looks like, and i don’t no anybody in Malaysia because i have never been there, and i went through your profile and chose a man of your kind that i will be with when’ ever am there ,because i don’t no anybody in Malaysia you are the only one that i no ,and you have to show me around when am there because i will be coming by next month i will stay for 2months i hope you will have a enough time for me .i will give  you a call so that you will come and pick me at the airport ok...i will be waiting to read from you thanks hummmkissssssssssssss here is my mobile number +447031899562 you can call me anytime 

plus Gambor lagi... tadaaaa..


  so dalam keadaan rase nak gelak campur ketakutan aku reply:
did i mention to you before this? which Malaysia side will you visit? Penisular or the other side?

(tapi die tak balas k, sebab maybe die pun cuak, sebab die maybe nak try tipu aku, mane taknye aku reply tak sampai 3 minit die balas siap bagi gambo... ni mesti ala-ala cirite melayu... kenal, pastu LAILA dalam kesusahan, bleh u transfer cash kat i... tadaaa. end of the story... buat sape2 yang penah/kenal aweks seperti di dalam gambo nih, n bukan die yang buat email tuh, better korang suh die buat report polis since her picture had been used without authority, hehehe, scam n sham!)

(p/s nasihat korang before this berbaloi gak sebab aku dapat idea nak letak kat post, huhuhu, tapi conclusion aku akan layan email LAILA ni nak tengok sampai mane ending die, sebab before this aku pernah dapat email from American Soldier yang die nak transfer cash kat aku, so ape lagi speaking macam nak gile until that particular guy send his miliraty car to me, so aku pun teliti card askar die, guess what! tadaaa.. totally die tak pandai guna Adobe sampai kesilapan besar kat tandatangan.. lawak betul... nanti ada mase n aku jumpe email American Military tuh aku post plak.. hehehe)

(jujurnya aku just layan mereka nih di email bukan tujuan nak ngorat atau nak duit tapi just to see macam mane dorang nih (si Email) cuba memperdayakan pengguna agar bagi account number or call or make the online relationship, totally memang best klu orang yg cube nak tipu kite, tapi kite berjaya mengetahui tipu muslihat depa,, berbelit aku nak kabo, paham2 sendiri la... best woooooo)
 

Tuesday, May 3, 2011

Email 4 Pagi Waktu Tempatan.

Salam,my name is laila mohd faisal,i am presently in Uk, My father is from (sabah) Malaysia and my mum from UK,i will be coming to Malaysia for my Vacation soon.i want us to be close before i come to Malaysia so that you can show me around Malaysia when i visit.please feel free to write me ,so we can get to know our self more. hope to hear from you,, my email is lailafaisal@hotmail.co.uk

(ada sape dapat email nih? let me know, if korang jumpe laila ni let me know klu CUN ye.. hehehe.. another spam i guess!)

Monday, May 2, 2011

Header Requester, SILA TENGOK EMAIL ANDA! + Header Baru KOPI.

this is my new banner! hehehe (the aborigine)




PLUS! the Header for the Requester..... Tadaaaaaaaaaaaaa:





SORRY FOR THE DELAY, HOPE ANDA BERPUAS HATI WITH THE HEADER!
BUAT SAPE-SAPE YANG BERMINAT SILA RUJUK SINI! ITS FREE!

(p/s: im free after 9 may ye...)

My New Shout Box ! Taaaadaaaaaaaaa...


Assalamualaikum and salam sejahtera,

tak tau la anda perasan atau tak yang shoutbox KOPI telah berubah, skang shoutbox ni tak lagi menonjol dan anda perlu click BUKA if nak shout! or nak tinggalkan jejak.. so selamat berSHOUT! di KOPI House.. bobye!

tu je............

Friday, April 29, 2011

Kisah Benar : Post Yang Paling Lama Dibuat Dalam Hidupku....




                                                           8              88                                                            
                                                         8888        888888                                                      
                                                        88888       8888888                                                    
                                 8888              888   88     888     888                                                 
                     8888888  88              888  8888    88888 88                                                 
                   88888888     8              8888888      88  88888                                               
                 88888   8888                   8888888      8888888                                                
                8888  88888           88888  88888         88   88                                                  
               8888    888           88888888 88888       88         8  8888                                    
               8888      88          88  888888   88888   888888        888      8888                      
                8888                  88       8888888888    88888      888     88     888                   
                 88888        88   88         888        88    88 88     88 8     88         8888               
                  888888    8888 888        8           88 88     888             88      888888              
                    888 88888   8   888888888888               8888           88   88                         
                      8888 88 88888888888888888    888888888888     8888                            
                         88888888888                                    8888888888 888                             
                             88  888888888888888888888888           8888888888888                   
                                    8888888888888888888888888888888888888 8888                    
                                   88                         888888888888888     8888                                
                                 888                                                        8888888888888                  
                               888                                                      88888   88    88888                 
                            8888                                                   88888             888888                 
                         8888                                                  88888          8888888   88               
                       888                                                 88888        888888888    888              
                     888                                                8888       88888888888     888                
                   888                                              8888    8888888    888        8888                
                   888                                         88888888888888     88       888888                 
                    888                                    88888888888 88888  88     888888                     
                     88888                         88888888888      888888 88  888888                        
                        88888888888888888888888            8888888 8888888                            
                          888888888888888888        88888888       88888888                              
                                 88888888888888888888888888888  88888888                              
                                        888888888888888888      888888888888888                          
                                                 88888888                                8888888                           

Subject yang ditiru; LOGO COFFEE FOR ALL sendiri
Masa yang diambil; Hampir 2 jam...
Cuma Angka 8 digunakan...
sekian!
                                                                                                                                     

Thursday, April 28, 2011

Bloggers Yang SUPERB ! Wajib Lawat!


Assalamualaikum... dan salam sejahtera...

Tadi mase habis b4 exam, orang kecoh2 pasal poligami la, custody la, cerai la, talaq la,
habis exam orang kecoh2 plak pasal association carry mark yang hampeh... aduyai..
pastu balik rumah sewa member bukak berita kat TV3, kecoh pasal sumpah lakhnat.. ape nih? aduyai.
pastu bile aku bukak blog, aku tak tau org kecoh pasal ape.. tapi yang penting...

DENGAN INI KOPI MEMPERSEMBAHKAN BLOGGERS YANG SUPERB!... 
(thanks sebab korang join so inilah mereka yang akan dilawati oleh KOPI sambil click if KOPI online ye.. hehehe bukan perjanjian tapi habit yang kedua selepas merokok.. aduyai pengakuan sebenar..)
so mereka ialah:


(secara jujur, memang tak ramai.. huhu, tapi KOPI tak kenekan syarat ape2 pun just tinggal link kat coment, klu nak join sila lihat sini, sekian trimas kepada yang menyertai)

AMARAN! Selepas post ni dikeluarkan, KOPI ankan terjah ke blog anda dengan ayat yang same setiap kali terjah, antaranya; bw here / click churp + Nuff kat sini, balas kujungan and click kat blog sy klu berminat ye. tQ / lari ngan pantas sini.. balas kunjungan / follow mollow milo, follow me back tq........ tungguuuuuuuu. wahahahaha!

Sunday, April 24, 2011

Bloglist Kopi; Nak Join Ke? Aduyai...

Assalamualaikum wbt dan selamat tengahhari... Entry pantas....
since aku tak popular, so just saje2 la... ada sape2 nak jadi bloglist KOPI aduyai... hehehe so sebelum ni kopi slalu melawat mereka yang exchange banner ngan KOPI dan geng2 kopi dan plus misslulaby yg baru KOPI jadikan bloglist Kopi, so klu anda berminat....

jawab soalan nih kat comment:
anda nak join?
klu nak... tinggal comment dan link contohnye rahimiarafpin.blogspot.com...
bloglist ni dibuka dari waktu sekarang until 28 April nih.. hehehe... 

(p/s: klu nak follow, memang cantik... KOPI suke follow tapi jarang lawat sebab terlalu ramai yang di follow, pastu KOPI mengaku suke click iklan hehehe, tolong menolong... stakat ni KOPI slalu usha blog mereka yang tinggal jejak kat shout, bloglist n exchange banner.. huhu sorry buat mereka yang tak dilawat sebab..... tenet KOPI slow so klu nak bukak tu macam zaman berbatu..)
sekian

Wednesday, April 20, 2011

Malaysia: Paling Ramai Pengguna FACEBOOK?

tak tau betul ke tak... tapi base on resource ni anda boleh menilai sendiri pastu anda boleh buktikan yang memang betul Malaysia Paling Ramai pengguna FACEBOOK.
Aku malas nak copy berita nih takut kene tuduh infringement, so see your self and be part of it!

Sunday, April 17, 2011

Utusan Mohon Ampun dan Maaf

my property

assalamualaikum dan salam sejahtera...

Di pagi Ahad yang sejuk ni, saya memohon sepuluh jari bagi sesiape yg ada wat request pasal banner atau header atau wallpaper atau ape je lah.. sebab segala macam request tu tak dapat nak siap kan...

ini disebabkan oleh kelemahan saya sendiri dalam menguruskan jadual hidup saye (aduh malu aku) yelah assignment menimbun pastu lalai ngan PSP make tertangguh maka menimbun maka delay maka jadi sibuk... kemudian dengan kehadiran MR FINAL EXAM di selekoh membuatkan hati saya tak tenteram dan kelibut maka sebarut maka tension maka no mood for doing the request (gile tak professional padahal salah diri sendiri sebab study last minute)...

MOHON MAAF DARI SAYA, MOHON SEPULUH JARI KONTOT KEHADAPAN PEMOHON, HARAP BERSAMA, KLU TAK SABAR, SABAR JE LAH.. HUHU.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...