Jan 31, 2010

Pinggan Batik - Jepun mari





Salam hari isnin...lama juga rasanya saya tak buka entry baru, hari ni rasa free sikit jadi bolehlah celah masuk apa yang patut...

Hari tu tengok Che Mat & shariff dengan pinggan batik masing2 buatan england punya.... tapi cheq punya ni Jepun mari, memang nampak lain sikit sikit bila dibandingkan dengan buatan Jepun dan england ni...

Alkisahnya pinggan ni dulu2 masa zaman tok dengan tokwan , dia orang sesama adik beradik masa tu kongsi2 beli pinggan ni untuk tujuan digunakan semasa kenduri (kat kampung biasanya dipanggil `pakat' - maksudnya sepakat beli dan gunasama la gitu lebih kurang). Bila nak berkenduri kahwin anak masing2 maka pinggan `pakat' ni lah yang digunakan...zaman 60an kut masa tu. Sekarang ni tak tahulah ada lagi ka pinggan yg banyak2 tu atau pun dah pupus, yang ada sekarang ni pun beberapa keping saja yang diambil emak berbelas tahun dulu.

Jan 14, 2010

Kekwa hitam lagi

Tak habih2 dengan kekwa hitam.....ada seketoi lagi ni tertinggal keretapi masa posting keluarga kekwa hari tu.



Jan 11, 2010

Keluarga Kekwa hitam

Salam pagi selasa....
Hari ni nak cerita pasal kekwa hitam saya yang hampir2 nak lengkap dah... lambat la sikit nak lengkap maklumlah pencarian saya untuk hobi pinggan mangkuk ni pun agak perlahan. Lepas seminggu dapat set awan hari tu ternampaklah la pula teko ni kat rumah Shas....terus meminang la lps tu...sib baik diterima.






Minum petang hujung minggu baru2 ni...dalam set kekwa hitam.

Jan 4, 2010

Tahun baru di Pengkalan Balak

Salam ceria semua, selamat tahun baru 2010....dah pun 4 Januari. Tahun baru kali ni tiada percikan bunga api dan mercun , yang dengar cuma ombak dari Pantai Pengkalan Balak saja...kami sekeluarga kesana untuk beristirehat sebelum anak2 kembali semula ke sesi persekolahan 2010 dan satu lagi tujuan kesana...nak merasa keenakan ikan bakar disana.



Kami bermalam di Ismah Beach Resort....dekat dengan pantai.






Menghampiri ke waktu petang


Pantai Pengkalan Balak


Untuk sesi malamnya.....bestttttt


Resort tersebut dekat sangat dengan pusat pengurusan penyu, singgah la sekejap


hmmmmmm ada la 3 ekor penyu kat sini, sebelah tu pula ada pusat penetasan penyu....

Blog Widget by LinkWithin