Oct 25, 2009

Cawan Kopitiam

Entri saya untuk hari ni..biasa2 saja dan bukanlah koleksi lama pun. Cawan kopitiam ni saya beli tahun lepas disalah satu kedai nyonya (sebab yang jaga kedai waktu tu nyonya, apek tak de pun) di Semenyih. Walau pun biasa2 saja tapi tetap nak tunjuk jugak.




Jemput minum semua...

Sebab ada hijau2 sikit jadi untuk mencantik dan menyerikan lagi saya gandingkan teko dan creamer jug hijau. Sugar pot ada tapi dah pecah ...huwaaaaaa.

Ok ni lah set asal tersebut, teko, creamer jug yang bersama dengan 6 biji mug tapi saya keluarkan sebiji ja utk sesi bergambar.....yang lelain terselit jauh dalam kabinet. Beli belasan tahun yang lalu, memandangkan nampak bersesuaian sangat dengan set corelle `Crazy Daisy' dibawah ni yang cukup nostalgia bagi saya.
(Nampak pula bayang2 jurugambar dlm teko tu...hehehh).

Amacam ....nampak serasi tak bila saya jodohkan mereka, bolehla tu kan...bunga2 kat pinggan tu pun kehijauan macam teko tu juga kan. Ini lah set pinggan yang pertama kalinya saya beli (lebih kurang 18 tahun yang lalu)....diwaktu umur saya dalam awal 20an dan ini lah juga merupakan set pinggan yang pertama digunakan selepas kahwin, sampai sekarang ni masih lengkap lagi 1 dozen.
Sekian saja untuk hari ini.

Oct 19, 2009

Cuci mata dengan almari antik MIL

Salam semua, harap2 rakan semua dalam keadaan yang memuaskan. Entri kali ni bukan lah dengan barang2 yang ada kat rumah saya, tapi dari almari antik MIL....boleh tahan juga stok2 lama yang dia ada.


Alamari macam ni saja ada 4 biji, 2 biji terletak di laluan nak ke bilik dan 2lagi betul2 kat dapor yang sarat disisi dengan Corelle...(tak payah gambar la kut yang tu). Sebagai peminat pinggan tak kira lama atau baru sempat lagi saya mengira, ada 4 jenis corak pinggan corelle tersebut....yang disetkan dengan Corning macam gambar atas tu laaaa.....


Satu lagi yang diisi dengan pinggan mangkuk lama dan tembaga. Susun atur pun rasanya main letak jer kut ni....macam tak berapa peduli dah pun. Set Meakin pun ada juga tapi diletakkan dalam stor/atas para....aduhai kenapa la Mak tak gunakan atau pun display , kalau rasa2 tak nak nanti bagi kat menantu ya .


Zoom skit kt tingkat bawah almari ni.....


Cawan ni masih lengkap 1 dozen dan masih digunakan hingga sekarang terutama ketika Hari raya, comel jer saiz dia.


Gelas lama pun MIL masih gunakan hingga sekarang...kalau sesiapa datang beraya tu merasalah minum air sirap dalam gelas ni, ada warna merah, hijau dan kuning...dengan rim emas dibahagian atas gelas tersebut...berdozen2 dia ada gelas ni.


Almari dibawah ni pula saya sempat klik gambar masa berkunjung ke rumah Mak Pah (adik MIL), selain pinggan mangkuk lama koleksi Mak Pah yang ni pun menawan juga, adussssssss telan ayaq liuq jer tengok.










Agak2 la korang perasan tak bayang2 jurugambar tak berpengalaman dalam gambar2 diatas tu.....

Oct 13, 2009

Bekas kuih Raya




Bekas kuih ni agak popular masa hujung 70an dan 80an untuk hidangan kuih masa Hari Raya

Posing sekejap dengan sebahagian kuih raya.

Bekas kuih raya yang cukup pemes kat kampung saya dulu....Muat2 la isi dalam 10 biji beskot gitu....Bentuk nya sangat simple sekali, putih jernih dan yang senang nak intai kuih dalam tu. Tengok kat belog beberapa rakan lain fuhhh cantik2 cantik belaka bekas kuih lama ni, yang bersegi ada, bulat berlekuk2 pun ada. Tengok kat belog kak ca pula (Casaoma) pun ada juga yang pesen camni, tapi yang membuatkan saya terpikat adalah warnanya yang nak kecoklatan tu......Kak ca pinjam gambar letak kat sini ya......

Ni kak ca punya.......jarang jumpa kaler macamni..

Oct 8, 2009

Jamu mata dengan Ros Hitam pula


Ada cawan jer pun ......ikut kata otai depa panggil cawan mulut jahat ataupun mulut puaka. Apa2 pun kita cukup suka dengan cawan peset mulut lebar ni.


Bila digandingkan dengan `mak' nya (si teko lah tu). Sila abaikan dinding belakang yang ada conteng2 tu......masih tak boleh melawa lagi, tunggu sikecik tu dah masuk sekolah rendah dulu baru lah boleh cat semula dinding......sekarang ni menten jer dinding yang conteng2 tu.


Hampir lengkap sudah, ada mangkuk besar (mangkuk tambah) dan piring kuih yang saya ambil dari rumah tuk dikampung. Teko pula saya shopping dari kedai `maya' kathy, manakala cawan 3 set tu pula pemberian dari Dila dari Alor Gajah, Melaka yang selalu sangat `hunting' barang2 lama ni.......banyak pula yang dia dapat tu. Terima kasih banyak2 ya Dila....tunggu lah 2-3 hari lagi parcel dari akak akan sampai, harap2 puashati lah dengan isi parcel tu nanti....hehehhe

Sekian saja entry hari ni....

Oct 5, 2009

Piring Bunga Padi

Pelengkap pada set bunga padi, dapat lah beberapa biji piring...saiz nya tak dan la pula nak ukur tapi muat la sekadar nak letak beberapa biji karipap tu...hehhehehe. Dapat 2 bentuk , satu yang leper dan satu lagi mungkum skit (er betui ka dipanggil mungkum...main hentam jer ni).




Menu selepas seminggu raya lps dah balik rumah sendiri....jemu dengan lauk ayam dengan daging, beli tongkol kukus dan cicah dengan sambal belacan.....lagi bertambah selera bila dihidang dalam pinggan bunga padi ittew.

Blog Widget by LinkWithin