NUFFNANG ADS

Saturday, March 29, 2014

Sijil nikah palsu: Ummi Nazeera pertahan ibu


'Saya yakin ibu saya berada dipihak yang benar!” tegas aktres Ummi Nazeera yang hadir menemani ibunya pada sebutan kes memalsukan sijil nikah yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 24, tampil memberi penjelasan selepas ibunya, Datuk Maziah Musa didakwa oleh bapanya iaitu usahawan Datuk Zainul Abidin Mat Akhir berhubung kes jenayah tersebut.

“Saya tetap yakin ibu saya teraniaya,” kata aktres berkulit hitam manis ini yang berkali-kali menegaskan bahawa ibunya tidak bersalah dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh.

“Ibu telah merujuk surat nikahnya itu kepada Majlis Narathiwat dan sijil itu diperakui oleh pihak di sana. Lagipun saksi yang tampil hari ini tidak relevan. Sebab itu peguam bela kami tidak bertanyakan apa-apa soalan kepada saksi itu tadi,” katanya.

Akui sangat terkejut mengenai tuduhan terhadap ibunya itu, kes yang berlanjutan itu sikit sebanyak mengganggu pelajarannya sewaktu dia melanjutkan pengajian dalam jurusan perniagaan di di Royal Melbourne Institute Technology (RMIT), Australia.

“Saya terkejut bila mendapati pertuduhan terhadap ibu saya. Sebenarnya perkara ini dari tahun lepas lagi.  Saya akui dengan sebutan kes ibu ni sikit sebanyak mengganggu pelajaran saya.

“Malah, sebelum ini juga ada beberapa laporan media yang kurang tepat mengenai ibu saya, jadi hari ini saya tampil untuk menjelaskannya,” katanya yang turut mengesahkan sudah tamat pengajian di Melbourne sejak Disember tahun lalu.

'Jangan samakan saya dengan Hanez Suraya' - Hanis Zalikha

Dikenali melalui kelantangan dalam penulisan blog, kini namanya semakin dikenali apabila mengambil keputusan untuk terjun dalam bidang hiburan sebagai pengacara dan pelakon.

Hanis Zalikha Zainal Rashid atau lebih mesra disapa Hanis melangkah setapak ke hadapan lagi apabila mula melebarkan sayapnya sebagai duta produk kecantikan.

Biarpun masih hijau dalam industri seni hiburan tanah air, gadis berusia 24 tahun ini manis melontarkan senyuman ketika diminta untuk ditemu ramah para wartawan ketika majlis pelancaran produk baharu Safi Balqis Trilogy di Empire Hotel Subang Jaya, Selangor.

Ketika karier Hanis sedang meningkat naik, Hanis melahirkan rasa kesal apabila sering disamakan dengan pelakon kontroversi Hanez Suraya.

Persamaan nama menyebabkan kontroversi yang melanda Hanez Suraya yang dikatakan menjalinkan hubungan percintaan dengan salah seorang lelaki berstatus suami orang sedikit sebanyak telah menjejaskan nama Hanis Zalikha.

Tohmahan yang dilemparkan kepada Hanis Zalikha di dalam laman sosial telah menyebabkannya tidak selesa dek kekeliruan orang ramai terhadap nama dua orang gadis cantik tersebut.

Jauh di lubuk hati, saya merasa kesal sekali dan terkejut apabila baru-baru ini dalam laman sosial Twitter saya menerima pesanan yang tertulis ‘Shame On You’. Saya betul-betul terkejut dan tidak tahu apa-apa mengenai perkara tersebut. Setelah diselidik ia merupakan pesanan daripada peminat yang keliru dengan nama saya dengan Hanez Suraya. Bagaimanapun, peminat tersebut telah meminta maaf kepada saya.

Apakah tindakan ataupun reaksi anda apabila menerima tohmahan sebegitu?

Pada mulanya saya kesal sekali, namun pada masa yang sama saya juga bersimpati dengan kontroversi yang melanda Hanez Suraya. Saya bersyukur apabila kontroversi tersebut kini mulai reda.

Adakah anda terdetik untuk menukar nama komersial anda daripada Hanis Zalikha kepada Zalikha?

Saya tidak terfikir untuk melakukan sedemikian memandangkan saya sangat sayang akan nama saya. Pada permulaan saya terjun ke dalam bidang ini, orang ramai sudah mula mengenali saya dengan nama Hanis Zalikha, jadi, saya rasa biarlah saya kekal dengan nama panggilan ini.

Selain menerima tohmahan dalam alam maya, adakah anda menerima ugutan luar ataupun secara fizikal daripada peminat berikutan daripada kontroversi tersebut?

Buat masa sekarang, Alhamdulillah saya tidak menerima sebarang ugutan secara fizikal daripada peminat selain dalam laman sosial. Jika hal itu berlaku, saya akan segera membuat tindakan bagi mempertahankan diri saya.

Wednesday, March 26, 2014

Yasmin Hani berkorban demi Noah


SELEPAS empat bulan menerima kehadiran orang baharu, pengacara dan pelakon Yasmin Hani Ismail Richardson, 35, mengakui rumah tangganya lebih bahagia.

Jika dulu dia banyak menghabiskan masa berdua di samping suami tercinta, Sha’arin Mohammed Razali Wong, kini dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada si kecilnya yang diberi nama Noah Ismail.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan kehadirannya. Dia adalah anak yang ceria. Memang saya dan suami tak menang tangan.

“Saya mahu memberikan yang terbaik buatnya,” katanya yang akan terus melakukan penyusuan ibu untuk anaknya sehingga tempoh yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Yasmin, memberitahu sepanjang tempoh penyusuan itu, dia mengalami keguguran rambut yang agak ketara.

“Sekarang ni rambut banyak gugur, tapi saya tak runsing sangat, sebab memang rata-rata semua ibu yang melahirkan dan menyusukan anak mengalami masalah yang sama.

“Cuma sekarang ini saya lebihkan minum susu untuk kesihatan diri dan mengambil makanan yang disyorkan oleh doktor,” katanya.

Tidak mahu berehat lama dari dunia pengacaraan dan lakonan, Yasmin mengakui selepas ini, dia akan terima tawaran tersebut selepas benar-benar bersedia.

“Memandangkan anak saya masih kecil, saya hanya mahu sedikit masa lagi untuk lihat dia membesar di depan mata saya.

“Jika ada tawaran yang tidak melibatkan masa yang panjang, saya tidak teragak-agak menerimanya," katanya yang mendapat sokongan daripada suami tersayang.

Tuesday, March 25, 2014

Black kini mengalami persengketaan dengan isteri??


Penyanyi bersuara lantang Black, 27, memuat naik sekeping gambar bertulis di akaun Instagramnya. Menerusi gambar tersebut, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanifah meluahkan perasaan kecewanya terhadap seseorang.

Antara luahan Black yang mendapat perhatian: “Kami bukan nak harta, kami bukan nak duit. Cuma mahu kejujuran, cuma mahu keadilan.”

Selain itu, dia turut menyelitkan tentang ibu dan bapanya di dalam gambar tersebut berkenaan wang dan keadilan.

Setelah beberapa jam gambar tersebut dimuat naik, para peminat sudah mula membuat spekulasi mengatakan Black kini sedang mengalami persengketaan dengan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khair, 29.

Ketika dihubungi, penyanyi yang pernah menjuarai pertandingan nyanyian Mentor itu menafikan bahawa dia kini sedang mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.

Ujar Black, kehidupan rumah tangganya berjalan tanpa sebarang masalah.

Sebaliknya, luahan rasa itu ditujukan kepada beberapa orang ahli keluarga yang sedang mengalami krisis dalaman dengan ibu dan bapanya.

Andaian yang dibuat oleh mereka tidak benar sama sekali. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan isteri saya. Namun, gambar bertulis itu dimuat naik kerana rasa kecewa dengan tindakan beberapa orang ahli keluarga terhadap kedua ibu bapa saya.

Jadi, mengapakah anda bertindak sedemikian?

Sejujurnya, laman sosial bukanlah tempat terbaik untuk melontarkan pandangan mahupun bertelagah. Ia juga bukanlah platform yang sesuai untuk melepaskan ketidakpuasan hati kepada orang lain.

Namun, ini sahaja saluran yang saya ada untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam jiwa saya.

Apa yang sedang berlaku antara ibu dan bapa anda dengan individu-individu yang anda maksudkan?

Masalah antara mereka dan ibu bapa saya telah lama berlaku dan ternyata ia masih berlanjutan hingga ke hari ini. Saya berasa sedih dengan apa yang telah berlaku kepada mereka.

Sebagai seorang anak, saya rasa terpanggil untuk melindungi ibu dan bapa saya.

" Ya, saya harap mereka membaca dan mengerti tentang perasaan kecewa saya. Cuma, ini adalah kali terakhir saya menggunakan media sosial untuk menyampaikan rasa kecewa saya kepada mereka", tegas Black.

Wednesday, March 19, 2014

Peluang Menangi Pas Percuma Ke Showcase Maya Karin

Selepas menangguhkan pelancaran album terbarunya bagi menghormati tragedi MH370, pelakon dan penyanyi Maya Karin telah memilih tarikh 1 April bagi melaksanakan projek terbarunya itu.

Lebih menarik, Maya juga akan mengadakan 'showcase' istimewa untuk peminatnya pada hari tersebut. Maya dijangka akan menyanyikan enam lagu yang dipetik daripada albumnya dengan diiringi oleh 'live band'.

Sejajar dengan 'showcase' istimewa ini, satu peraduan turut diadakan bagi memberi peluang kepada peminat Maya memenangi pas percuma untuk menyaksikan showcase tersebut. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah yang disertakan dalam poster promosi. 

Selain itu, album ‘Teka-Teki’ ini juga mengandungi peraduan ‘cover album’ di mana anda perlu berkongsi idea menarik dengan menghantar ‘cover album’ versi anda sendiri. Kepada peminat Maya Karin, jangan lupa dapatkan album ini di pasaran dan serta peraduan untuk memenangi pelbagai hadiah hebat!

Monday, March 17, 2014

Hero Ariana Rose tak lupa isteri

Nama Hisham Hamid masih belum dikenali secara lebih meluas menerusi industri hiburan tanah air.

Namun, apabila melihat rupanya mungkin sudah cukup mengingatkan peminat drama popular, Ariana Rose untuk mengenali aktor kacak ini.

Untuk pengetahuan umum, pelakon kelahiran Singapura ini sebenarnya sudah pun berumah tangga bersama Rosmawati Hanafi, 33 yang juga merupakan pengurus peribadinya sejak lapan tahun dan memiliki dua cahaya mata hasil daripada perkahwinan itu.

Lebih terbuka mengenai statusnya itu, Hisham bakal berkongsi kisah romantisnya bersama isteri tercinta menerusi program terbaharu Terima Kasih Sayang di TV3.

“Dalam program ini, saya sebagai suami perlu melakukan cabaran untuk mengambil alih tugas isteri.

“Secara jujurnya sebelum ini memang saya rasa faham apa tanggungjawab isteri, tapi lepas terlibat dengan program ini, saya bukan sekadar faham tapi merasai apa yang dia buat,” katanya ketika di temui pada majlis pelancaran ‘Terima Kasih Sayang’ di Talent Launge, Mutiara Damansara.

Berkongsi pengalaman menjalani cabaran yang disediakan dalam program itu, Hisham akui hampir berputus asa untuk meneruskan tugas yang perlu diselesaikan.

“Tugasan yang paling mencabar adalah membuat kerja-kerja di rumah dan pada masa yang sama menguruskan jadual karier saya sendiri.

“Sejak buat cabaran itu, saya sangat kagum dengan isteri saya kerana walaupun tugas harian yang dia lakukan ini bukanlah perkara yang mudah namun tidak sekali pun dia mengadu.

“Pengalaman ini buat saya sedar pengorbanannya sebagai seorang isteri. Dia adalah insan paling istimewa dalam diri saya,” ujanya.

Program lapan episod yang bersiaran setiap Jumaat pada jam 6 petang bermula 28 Mac ini, turut menampilkan barisan artis seperti Hisham Hamid bersama isteri, Fizo Omar dan Mawar selain Sharifah Aleya dan Sharifah Amani.

Fasha Sandha hamil anak kedua

PELAKON, Fasha Sandha dikhabarkan sedang hamil anak kedua berdasarkan beberapa keping gambar terbarunya ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya, baru-baru ini.

Melalui gambar itu, kelihatan perut Fasha sudah mula kelihatan membesar.

Namun, sehingga kini tiada pengesahan ataupun maklumat lanjut dari empunya badan.

Meskipun begitu, akaun laman sosialnya sudah mula menerima banyak ucapan tahniah terutama daripada para peminat.

Anak pertama Fasha dan suaminya, Rizal Ashram iaitu Putra Rayfal Ramli lahir pada 15 April tahun lalu.

Pasangan ini bernikah pada 27 April 2012.


Saturday, March 15, 2014

Zarema Terima RM17 Ribu Daripada Aidil

Aidil Zafuan yang kini sah bergelar suami kepada kekasihnya Zarema menyerahkan RM17 ribu sebagai wang hantaran di majlis pernikahan mereka yang berlangsung tepat jam 10.50 pagi kelmarin.

Majlis pernikahan telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Pandamaran, Klang. 

Rombongan pengantin lelaki memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin RM7000 dan dibalas 11 oleh pihak perempuan.

Turut hadir di majlis pernikahan kedua pasangan ini ialah pasangan kekasih Nora Danish dan Nedim, Safee Sali dan Sharul Shiro.

Thursday, March 13, 2014

Pernikahan Raisuddin Hamzah dengan isteri keduanya Siti Fatimah Suberi Sah

Raisuddin Hamzah dengan isteri keduanya Siti Fatimah Suberi

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini menolak permohonan untuk memfaraqkan perkahwinan penyanyi tahun 1980-an, Raisuddin Hamzah dengan isteri keduanya Siti Fatimah Suberi.

Permohonan tersebut difailkan oleh bapa mertuanya, Suberi Abdullah empat tahun lalu.

Mahkamah juga membuat pengesahan pernikahan pasangan tersebut di Songkhla, Thailand pada 2007 adalah sah dan mengikut syarak.

Hakim Syarie, Salehan Yatim membuat keputusan tersebut selepas mendengar dan meneliti hujahan peguam syarie Norazmi Mohd. Arif yang mewakili Raisuddin.

Salehan berkata, hujah berkenaan perbezaan umur sebanyak 31 tahun antara Raisuddin, 58, dan Siti Fatimah, 27, tidak memenuhi kriteria bagi membolehkanpermohonan pembubaran perkahwinan dilakukan seperti gila atau perbezaan agama.

Tuesday, March 11, 2014

Hafiz akui Izzah kekasih

Penyanyi kelahiran Sarawak, Hafiz Suip lebih selesa untuk mengunci mulut daripada bercerita mengenai teman wanitanya.

Sehinggalah baru-baru ini sebuah portal hiburan menyiarkan foto Hafiz bersama seorang gadis yang dikenali dengan nama Izzah Zie yang juga berasal dari Sarawak.

Mengulas mengenai perkara itu kata Hafiz, dia mengakui sedang berkawan rapat dengan gadis yang dimaksudkan. Namun begitu, dia masih merahsiakan identiti individu tersebut memandangkan statusnya sebagai seorang penuntut universiti.

“Saya tidak menyembunyikan hubungan kami. Kalau ada yang ternampak kami bersama di luar rasanya tiada masalah, cuma saya tidak mahu realisasikan perkara yang tidak benar.

“Bagi saya, kami melalui kehidupan biasa seperti orang lain dan saya ada perancangan sendiri.

“Kata orang, sebelum tamatkan zaman bujang, saya perlu tempuhi pelbagai pancaroba yang ada di depan mata untuk persediaan hari akan datang,” ujarnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar minggu setiausaha A Golden Moment With Hafiz di Restoran Serai, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagaimanapun, Hafiz tidak mendedahkan perancangan untuk peringkat selanjutnya dalam perhubungan mereka kerana enggan mengganggu konsentrasi gadis itu.

Sementara itu, Hafiz dijadual akan mengadakan persembahan sempena minggu setiausaha A Golden Moment With Hafiz yang bakal berlangsung pada 22 April depan bermula pukul 12 tengah hari di Dewan Megah Matrade Hall, Matrade Exhibition & Convention, Kuala Lumpur.

Penyanyi Adira akan turut berganding dengan Hafiz untuk menyeri- kan acara anjuran COOP Matrade dengan kerjasama AMI Global Sdn. Bhd. (Ami Global) itu.

“Saya akan menyanyikan 10 buah lagu hit saya antaranya Awan Nano, Bahagiamu Deritaku, Ku Akui dan sebuah single terbaharu berjudul Kesimpulan.

Monday, March 10, 2014

Che Ta disahkan mengandung

Pelakon jelita, Rozita Che Wan semalam melalui laman Instagram miliknya mengumumkan berita tentang kehamilannya selepas empat bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin, 30.

Rozita, 41, ketika dihubungi berkata, dia begitu terkejut kerana dikurniakan cahaya mata dalam tempoh yang cepat namun bersyukur dengan rezeki yang diterima.

"Berita kehamilan ini merupakan hadiah ulang tahun kelahiran saya semalam (kelmarin).

"Suami saya, merupakan individu yang paling teruja. Bagaimanapun, saya tak nafikan yang saya agak gementar kerana kali terakhir melahirkan anak ialah kira-kira 16 tahun lalu," katanya di sini semalam.



Sunday, March 9, 2014

Gadaffi Ismail dengan filem animasi Super Squad

BEKAS pelajar Akademi Fantasia, Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali dengan Dafi melangkah setapak lagi dengan menyumbangkan suaranya untuk filem animasi Super Squad.

Filem animasi dalam bentuk 3D terbitan Netcarbon Sdn Bhd dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf dan Islamic Relief Malaysia itu bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Akui sangat teruja dan berbangga kerana dapat merasai pengalaman baharu menerusi dunia animasi, Dafi bagaimanapun memberitahu dia sebenarnya rasa agak malu mendengar suaranya sendiri.

“Entahlah. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi yang pasti, saya memang malu dengar suara sendiri. Lebih-lebih lagi animasi ini, yang memerlukan saya banyak kali untuk merakam dan mendengarnya sendiri.

"Selain suara saya, suara-suara artis terkenal seperti Aaron Aziz, Diana Daniel dan Amran Ismail turut disumbangkan melalui filem ini dan ia juga salah satu aktiviti amal yang turut sama kami jayakan," katanya yang ditemui ketika pelancaran tayangan amal khas dan mini karnival filem animasi Super Squad, baru-baru ini.

Bertujuan meraikan anak-anak yatim dan OKU di Kampus Unitar International Universiti, Kelana Jaya, pada 22 dan 23 Mac ini, Dafi berkata, dia juga berharap animasi ini mendapat sambutan peminat cilik di pawagam.

“Saya harap watak saya sebagai kapten dalam animasi ini dapat menjadi idola kepada kanak-kanak, sekali gus memberikan  keceriaan dan kesan yang baik kepada mereka.

"Saya pasti dengan kualiti yang digarap dan sentuhan terbaik dari produksi ini pasti akan memberikan kejayaan luar biasa nanti," katanya.

Animasi Super Squad yang bakal ditayangkan di pawagam bermula Mei depan, juga merupakan sebahagian program amal membantu anak yatim dan golongan OKU. 

Saturday, March 8, 2014

Syamsul tetap nikah walaupun masih di hospital

Walaupun keadaan kesihatan pengarah filem popular, Syamsul Yusof, 30, masih belum pulih, namun pernikahannya dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tetap diteruskan.

Syamsul yang terkenal dengan filem KL Gangster dinikahkan dengan Sarah, 29, oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Alfadhil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa tepat jam 10.30 pagi di masjid Al-Mukarramah, Damansara, hari ini.

Dengan hanya sekali lafaz, Syamsul sah menjadi suami kepada Sarah yang berwakil walikan ayahnya, Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin.

Sarah, yang juga seorang pelakon menerima mas kahwin RM1,111 dan wang hantaran RM21,000 berserta barangan hantaran termasuk komputer riba, telekung dan senaskhah Al-Quran.

Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Majlis mulai jam 10.15 pagi itu turut dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga terdekat pasangan pengantin.

Thursday, March 6, 2014

Kontroversi Pelakon: Puluhan ribu sokong Liyana Manan

Fan page Facebook, "Kami Sokong Liyana Manan"

NurLiyana Abd Manan atau dikenali sebagai Liyana dalam berdepan kontroversi membabitkan suaminya, Romie Razin Adilha dengan pelakon jelita, Hanez Suraya nampaknya tidak dilalui secara sendirian apabila puluhan ribu penyokongnya mula "berkumpul" di Facebook.

Atas dasar menunjukkan sokongan, sebuah fan page Facebook, "Kami Sokong Liyana Manan" telah diwujudkan oleh pengguna Facebook bagi mempertahankan tindakan Liyana dan menyelar perbuatan Hanez yang dianggap sebagai perampas.

Rata-rata pengguna Facebook yang menyatakan sokongan kepada Liyana memuatnaik kata-kata semangat kepadanya untuk berdepan dengan situasi tersebut.

Malah menurut mereka, rakyat Malaysia sentiasa bersama Liyana dan akan sentiasa menyokong beliau dalam menghadapi kontroversi tersebut.

Berdasarkan tinjauan, laman Facebook yang diwujudkan semalam itu telah mencecah 69, 046 like hingga jam 11.30 pagi ini.

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Situasi bertambah tegang apabila Liyana membuat kenyataan dalam rancangan Melodi dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.

Bagaimanapun Hanez yang mengadakan sidang media menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan dan meminta agar Liyana memohon maaf setelah melemparkan fitnah ke atasnya.

Wednesday, March 5, 2014

Majlis pernikahan Syamsul ditunda

Kurang dua hari lagi majlis pernikahan antara pasangan sensasi Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bakal berlangsung.

Namun status majlis ini menjadi tanda tanya apabila Syamsul dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles dan disahkan menghidap demam denggi.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Datuk Yusof Haslam memberitahu Syamsul kini berada dalam keadaan yang tidak konsisten.

“Buat masa ini keadaannya masih lemah dan doktor menjangkakan mungkin akan ambil masa empat hingga lima hari untuk pulih.

“Memandangkan keadaannya tidak konsisten, jadi kami sendiri tidak tahu sama ada dia boleh sembuh sepenuhnya sebelum majlis pernikahan berlangsung atau tidak,” ujarnya kepada media.

Melihatkan keadaan anak lelakinya itu, Yusof memberitahu akan bertemu dengan keluarga pihak perempuan sebagai persediaan.

“Malam ini (semalam) saya akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan untuk berbincang mencari alternatif lain untuk majlis pernikahan dan persandingan di pihak perempuan hujung minggu ini.

“Kalau keadaan kesihatan Syamsul masih tidak mengizinkan, mungkin kita akan tunda tarikh, atau hanya adakan majlis pernikahan sahaja, tapi itu semua terpulang pada keadaannya.

“Kami sekeluarga hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan kesihatan Syamsul akan pulih supaya semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Yusof turut menafikan majlis pernikahan tersebut akan dijalankan di hospital seperti yang dinyatakan Syamsul sebagai gurauan.

“Majlis ini tidak akan dijalankan di hospital kerana saya rasa memang tidak sesuai dan hanya akan mengganggu pesakit lain, lagi pun saya rasa ia kurang manis.

“Saya juga tidak yakin kalau pihak hospital juga akan memberikan kebenaran,” katanya.

Fizo sentiasa didampingi isteri

Fizo bersama isteri waktu berbulan madu

BIARPUN telah sah bergelar suami isteri, tindakan aktor, Fizo Omar yang sering dilihat berkepit membawa isterinya, Mawar ke mana sahaja dia pergi telah mengundang pelbagai persepsi.

Ada juga segelintir pihak yang menyifatkan Fizo seakan menayang isterinya di khalayak ramai.

“Mestilah saya bawa ke mana sahaja sebab dia isteri saya. Saya akui memang selalu bersamanya.

“Saya tidak pasti kenapa perkara ini menjadi satu perkara yang besar,” katanya ketika di temui baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Fizo memberitahu sejak berkahwin, dia dan Mawar sering meluangkan masa bersama memandangkan mereka bercinta selepas berkahwin.

“Sebelum berkahwin, kami tidak sempat bercinta. Sekarang ini adalah fasa untuk kami bercinta.

“Lagi pun saya dan Mawar saling membantu dalam menjalankan perniagaan masing-masing iaitu Hot Burger dan tudung jenama Fareeda sebab itulah kami sering dilihat bersama,” katanya yang akui masih berusaha untuk menimang cahaya mata.

Tuesday, March 4, 2014

Hanez Suraya diboikot: Jangan kaitkan AuraWhite


"DALAM kemelut yang berlaku ini saya minta semua pihak tidak mengait dan melibatkan AuraWhite dengan hal peribadi saya kerana saya hanya duta produk tersebut," ujar Hanez Suraya mengenai kontroversi yang sedang hangat berlaku melibatkan dirinya.

Hanez berkata, dia kesal apabila mengetahui ada pihak cuba menghasut pengguna AuraWhite untuk memboikot produk tersebut hanya kerana dia menjadi duta produk itu.

"Jangan campurkan hal personal dan karier saya. Itu sangat tidak adil untuk pihak AuraWhite sendiri. Saya juga amat berharap perniagaan AuraWhite tidak terjejas bila ada pihak mahu memboikot produk tersebut," ujarnya.

Hanez berkata, di sebalik segala kontroversi yang berlaku, dia bersyukur kerana karier seninya tidak terjejas dan masih mendapat tawaran daripada beberapa produksi.

"Alhamdulillah setakat ini saya rasa karier saya tidak terjejas. Masih ada beberapa tawaran yang datang tapi kerana masalah ini saya terpaksa tolak.

"Saya tidak mahu bekerja dalam keadaan tertekan, biarlah saya selesaikan perkara ini terlebih dahulu sebelum kembali bekerja," jelasnya.

Menerusi sebuah akhbar mingguan kelmarin, isteri Mr R, Nurliyana Abd Manan mendakwa Hanez menjadi punca keruntuhan rumah tangganya dan Hanez juga didakwa merampas suaminya.

Dek pendedahan yang dilakukan Nurliyana, Hanez dihujani pelbagai komen negatif dan hinaan di laman sosial seperti Instagram dan Twitter.

"Tidak adil jika mereka hanya dengar penjelasan sebelah pihak. Mereka harus dengar penjelasan saya dan juga pihak yang sepatutnya bersuara (Mr. R). Selepas itu nilailah sendiri dan jika benar mereka rasa saya bersalah, saya tidak kisah andai mereka menghukum saya.

"Saya tenang menerima semua ini, namun saya sedih dengan orang yang mendengar dan menghukum saya menerusi cerita sebelah pihak sahaja. Saya juga manusia biasa yang tidak sempurna.

"Tapi tidak adil mereka menghukum saya tanpa bukti yang sahih, bagi peluang saya menjelaskan perkara sebenar dan saya juga amat berharap peminat saya dapat beri masa untuk saya," katanya.

Menurut Hanez, satu sidang media akan diadakan secepat mungkin bagi menjelaskan kedudukan sebenar. Namun lokasi sidang media tersebut masih belum ditetapkan.

Monday, March 3, 2014

Raja Azmi teringat mencuri gelang emas arwah nenek

Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, baru sahaja pulang ke tanah air pada 23 Februari lalu selepas 12 hari menunaikan ibadah umrah di Mekah bersama seorang teman baiknya.

Bertemu dengannya pada majlis pelancaran single pelakon, Arja Lee di Istana Budaya baru-baru ini, Raja Azmi sempat berkongsi pengalamannya menunaikan ibadah umrah buat kali pertama.

Pertama kali melihat Kaabah di depan mata dan memegang Hajar Aswad, kata Raja Azmi, ia satu pengalaman yang sukar untuk diucap dengan kata-kata.

“Jujur, saya tidak tahu mahu cakap bagaimana perasaan saya ketika di Mekah. Ia mengatasi kata-kata dan merupakan pengalaman terbaik yang pernah saya lalui,” ujarnya.

Antara pengalaman yang menarik dan cukup menyedarkan dirinya ialah ketika sedang berdoa dan memohon keampunan atas dosa silamnya di depan Kaabah. Ini kerana Raja Azmi diingatkan oleh Allah, perbuatannya yang telah mencuri gelang emas arwah neneknya pada zaman remajanya dahulu.

“Saya ada tulis senarai kesalahan yang saya lakukan untuk saya minta ampun dengan Allah. Ketika saya sedang berdoa, tiba-tiba saya diingatkan dosa lama yang saya sendiri sudah lupa.

“Ketika itu saya berusia 19 tahun dan bercita-cita untuk menjadi pramugari. Saya tidak ada duit untuk membeli pakaian. Kebetulan, arwah nenek memang mempunyai barang kemas berpeti-peti.

“Anggapan saya, arwah nenek tidak akan perasaan jika saya ambil satu gelang emasnya. Saya jual gelang emas itu, duitnya saya belanja. Selepas itu, saya langsung lupa sehingga sampai di hadapan Kaabah. Mencuri tetap mencuri dan saya bersyukur diingatkan. Arwah nenek sudah tiada untuk saya minta maaf, jadi saya sedekahkan doa buatnya,” kata Raja Azmi serius.

Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi pengalaman yang cukup ajaib dialaminya. Sebelum tiba waktu solat, Masjidil Haram begitu padat dengan orang ramai, namun apabila tiba waktu solat secara tiba-tiba kawasan yang sempit kelihatan sungguh lapang.

“Orang sangat ramai di Masjidil Haram, bayangkan kalau hendak sujud pun saya rasa seperti tidak muat. Ajaibnya, selepas azan, kawasan sempit tiba-tiba jadi lapang. Perkara yang sama berlaku setiap kali waktu solat.

“Satu lagi pengalaman yang tidak boleh saya lupa, jika saya tidak sempat ke Masjidil Haram untuk solat, saya akan solat di tepi kaki lima.

“Waktu itu kaki lima itu rasa sungguh luas, bersih dan saya sungguh khusyuk dalam solat. Selepas itu, apabila saya melalui jalan yang sama, saya terkejut kerana tempat itu agak sempit dan kotor tetapi ketika solat saya tidak rasa semua itu,” ucapnya.

Saturday, March 1, 2014

Dituduh perampas: Hanez Suraya tertekan


BARU  sahaja mengumumkan fasa bahagianya bersama seorang ahli perniagaan yang digelar 'R', pelakon Autumn Dihatiku ini berdepan pula dengan tuduhan merampas suami orang serta menjadi punca keretakan rumah tangga lelaki tersebut.

Meskipun sudah menafikan perkara itu, Hanez atau nama sebenar Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, tetap menerima kritikan hebat.

Hanez sebelum ini mengakui bakal mengahwini ahli perniagaan yang berusia 34 tahun itu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak penghujung tahun lalu.

"Saya pening dengan tuduhan liar yang dilemparkan tanpa ada bukti kukuh.

"Perkara ini telah menjejaskan periuk nasi saya sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan," katanya kepada Zass, kelmarin.

Tegas Hanez, dia tidak mahu nama dan imejnya tercalar disebabkan fitnah tersebut.

“Saya bukan punca keretakan rumah tangga orang! Saya mahu bersihkan nama saya, atas fitnah yang dilemparkan,” kata Hanez.

Hafiz mengaku belum bersedia dedahkan identiti teman istimewa



IBU bapa pendorong kejayaan Hafiz.
.
Bukan berahsia, sebaliknya penyanyi popular Hafiz Suip mengakui belum bersedia untuk mendedahkan identiti teman istimewa yang dikenalinya, sejak empat tahun lalu.

Bagi pemilik nama sebenar, Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, dia terpaksa berbuat demikian kerana menghormati permintaan teman wanitanya itu serta keluarga.

“Masih terlalu awal untuk bercakap soal kahwin, tetapi hubungan kami berjalan lancar dan direstui keluarga kedua belah pihak setakat ini.

“Dia masih belajar di sebuah universiti tempatan dan saya tidak mahu mengganggu fokusnya pada pe­ngajian,” katanya.

Hafiz ditemui pada majlis kesyukuran sempena kejayaannya sepanjang 2013 yang berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lebih bermakna, majlis kesyukuran itu turut dihadiri kedua ibu bapanya, Mohd Suip Mohd Suut dan Halizawati Mohammad Salleh.

Hadir sama, Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin dan Pegawai Kewangan Astro, Rozaini Mohd Sani.

Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata demikian ketika mengulas gosip yang mendakwa dia hadir bersama teman istimewanya itu sempena pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013, baru-baru ini.

Apapun, penya­nyi yang menempa nama menerusi lagu Ku Akui dan Bahagiamu Deritaku ini berharap hubungan dengan teman istimewa­nya itu tidak terlalu diperbesarkan pihak media dan peminat.

“Biarlah dia fokus pada pengajiannya dulu. Pada masa sama, saya juga ingin mengukuhkan lagi nama dalam bidang seni,” kata­nya.

Ditanya perancangan untuk berkahwin pula, kata Hafiz, dia mensasarkan sebelum mencecah usia 30 tahun untuk berumah tangga.

“Insya-Allah, kalau ada jodoh kami akan berkahwin dan saya juga ingin kumpul duit dulu. Saya juga tidak akan merahsiakan berita baik itu dari peminat bila sampai masanya nanti,” kata­nya.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2