Friday, November 30, 2012
Trofi Faizal Tahir RM80,000
Faizal Trofi Faizal Tahir mengambil keputusan melelong semua trofinya dan wang lelongan itu semuanya disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad yang merupakan kerjasama dengan Mercy Malaysia.
“Saya akui agak terkejut apabila Telekom Malaysia (TM) Sdn Bhd membida trofi saya dengan harga RM50,000. Selepas mendapat panggilan telefon daripada pihak TM, saya memang tidak tidur malam.
“Alhamdulillah, usaha saya mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan kini jumlah jualan sudah meningkat kepada RM80,000.
“Tentunya ia melepasi jangkaan saya kerana pada mulanya saya jangka akan memperoleh RM50,000 ke RM60,000 sahaja.
“Walaupun pada hakikatnya saya amat menyayangi kesemua trofi saya, ini adalah salah satu cara saya memberi kesedaran kepada pihak di luar sana untuk sama-sama membantu masyarakat Palestin,” katanya yang ditemui pada mini konsert amal, Untukmu Palestin, malam kelmarin.
Faizal berkata, trofi yang diserahkan kepada pihak TM adalah trofi yang paling berharga buatnya, yang dimenangi pada Anugerah Industri Muzik ke-15 iaitu Album Terbaik 2008, bagi album Aku Muzik Kamu.
“Trofi tersebut paling bermakna kerana ia menjadi penanda aras buat saya dalam industri. Trofi kedua yang diserahkan kepada Maybank dengan harga bidaan sebanyak RM20,00 adalah trofi Artis Lelaki Paling Popular di Anugerah Planet Muzik.
“Ia adalah trofi pertama yang saya terima selepas tiga bulan saya di'gam' akibat insiden membuka baju. Manakala trofi ketiga adalah trofi Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu (2003) yang telah dijual kepada Celcom Axiata dengan bidaan sebanyak RM10,000,” ujarnya.
Wednesday, November 28, 2012
Abby Abadi tidak pernah undi
Selebriti Abby Abadi mengakui tidak pernah mengundi sebelum ini kerana golongan artis tidak pernah diberi kesedaran mengenainya walaupun sering kali terlibat dengan program anjuran Umno dan Barisan Nasional.
Abby berkata, penglibatan artis dalam program parti hanya untuk memeriahkan majlis dan menarik ramai hadirin.
Ketika itu katanya, beliau tidak berasa bersalah tidak mengundi kerana tidak memahami kepentingan politik.
Untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti katanya, beliau akan rasa bersalah sekiranya tidak mengundi kerana sudah sedar kuasa politik amat penting apatah lagi kepada perjuangan Islam.
“Pada saya, Pas merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di negara ini dan saya tidak mempunyai pilihan lain selain memberikan sokongan penuh kepada Pas dan Pakatan Rakyat.
“Kuasa politik penting kerana melaluinya dasar atau hukum Islam dapat ditegakkan dan saya kini memahami bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan,” katanya pada program Bicara Hijrah Selebriti Bersama Abby Abadi di Cherang Ruku, Pasir Puteh, semalam.
Abby Abadi berkata, kerajaan mesti menjadikan hiburan sebagai medium membentuk keperibadian masyarakat, bukannya menggalakkan maksiat.
“Seingat saya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) pernah mengeluarkan garis panduan untuk industri hiburan tapi kerajaan tak mahu pakai kerana alasan mereka kaum bukan Islam juga ramai menjadi artis," katanya.
Tuesday, November 27, 2012
Gosip dan kontroversi tidak jejas karier Marsha
Bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) 3 ini bukanlah nama kecil dalam industri seni tempatan.
Bahkan penglibatannya sepanjang lapan tahun bergelar anak seni sering kali menjadi perhatian umum.
Terlibat dengan pelbagai kontroversi bagaikan sudah menjadi asam garam bagi wanita kelahiran Michigan, Amerika Syarikat.
Bukan sahaja terbabit dengan isu menelan 30 biji pil, malah dia juga terpaksa berhadapan pelbagai tohmahan apabila dikatakan gemar berpakaian tidak cukup kain.
Tidak cukup dengan itu, dirinya pernah dikaitkan menjalin cinta dengan beberapa selebriti seperti Hans Isaac, Andy Estranged dan Yusry KRU.
Dalam pada itu, kisah cintanya dengan beberapa lelaki tempatan juga turut menjadi tumpuan media di negara ini.
Ditemui di pelancaran filem Kahwin 5 baru-baru ini, Marsha Milan Londoh berkata, sebagai selebriti dia perlu tabah dan tidak mudah melatah dengan apa juga perkara yang dibangkitkan kepadanya.
Baginya, dia tidak perlu mengelak apa jua dugaan yang mendatang.
"Saya akui ada sahaja perkara yang dilakukan menjadi buah mulut dan perhatian umum. Pun begitu ini semua adalah lumrah bagi semua artis itu.
"Yang penting, kita perlu bijak bertindak dan menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam hidup," katanya yang selesa bergelar 'single' kini.
Sunday, November 25, 2012
Pelawak Nabil Terkejut Isteri Bersalin
NAZIRAH memangku bayinya yang baru lahir di Shah Alam semalam.
Pelawak, pengacara dan pelakon popular, Ahmad Nabil Ahmad yang lebih dikenali sebagai Nabil kini bergelar bapa selepas isterinya, Nazirah Ayub, 24, selamat melahirkan anak sulung mereka semalam.
Bayi perempuan yang masih belum diberi nama itu dilahirkan dengan berat 2.67 kilogram pada pukul 8.40 pagi di Klinik Umra, Shah Alam, Selangor.
Menurut Nabil, 29, isterinya yang dikejarkan ke klinik tersebut pada pukul 3 pagi melahirkan anak sulung mereka tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor.
“Saya sangat terkejut sebab bayi saya lahir awal tiga minggu. Apa pun saya tidak siapkan lagi kerana sepatutnya saya mula bercuti awal Disember.
“Macam mana pun, sekarang saya sangat gembira dengan kelahiran anak sulung saya. Isteri dan anak saya sihat dan mereka dibenarkan pulang ke rumah pada petang esok (hari ini),” ujar Nabil yang dihubungi wartawan.
Nabil yang juga pengacara program Meletop terbitan Astro berkata, beliau masih mencari nama yang sesuai untuk anaknya.
“Nama anak belum ada lagi, saya baru sahaja beli buku tentang nama indah dalam Islam belum habis baca lagi.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan serta peminat yang mendoakan kesihatan isteri dan anak saya,” katanya yang turut berkongsi berita gembira itu di akaun Twitter miliknya.
Nabil dan isterinya melangsungkan perkahwinan pada 30 September 2011 di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.
Saturday, November 24, 2012
Pelakon Maimon Mutalib ngidap barah payudara
KUALA LUMPUR - penderitaan akibat penyakit barah payudara yang sedang dialami pelakon senior, Maimon Mutalib, 54, mula hinggap di telinga ramai. Di sebalik keceriaan, senyuman serta lakonan yang membangkitkan emosi benci atau marah yang tersiar di kaca televisyen, Maimon yang lebih mudah dibahasakan Kak Mon itu rupa-rupanya sudah lebih setahun berjuang untuk melawan penyakit yang sangat digeruni kaum Hawa.
"Saya memang takut jarum, sebut perkataan hospital pun saya sudah seriau. Selama ini saya tidak pernah masuk hospital kecuali sewaktu hendak bersalin dahulu.
"Sudah setahun setengah saya tahu menghidap barah payudara, itu benda yang paling ditakuti. Saya sembunyikan daripada pengetahuan umum sebab gerun dan fikir macam-macam.
"Selama ini saya cuma elak ke hospital tapi berbagai-bagai usaha sudah dilakukan, daripada berubat kampung sehinggalah bertemu pengamal perubatan homeopati, apa yang orang kata bagus, semua saya buat," katanya saat dihubungi Sensasi Bintang untuk bertanyakan khabar yang sedang diperkatakan.
Dalam nada sedikit lemah, Maimon bercerita bahawa dia dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu berpunca daripada kekejangan yang dialami pada paha kiri. Pelik dengan situasi yang tidak pernah dialaminya itu sementelah badannya mulai lemah dan tidak mampu bergerak sendiri, dia dinasihatkan anak-anak dan ahli keluarga yang lain untuk membuat pemeriksaan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
"Sebenarnya saya terjatuh dari tangga, selepas itu terus rasa kejang. Bila datang hospital, terus saya ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Bengkak di bahagian kiri payudara saya semakin menyakitkan apabila doktor buat macam-macam ujian. Rasa sebak pun ada, sampai mengalir air mata bila badan kita diuji-uji begitu, tapi nak buat macam mana.
"Sekarang ini ibaratnya 'serah diri' sahaja, saya dah tak boleh buat apa-apa. Saya juga tak tahu sampai bila lagi saya akan duduk dalam wad hospital ini. Selepas ujian imbasan CT nanti kena tunggu keputusan untuk prosedur kemoterapi pula," katanya.
Ditanya tentang tahap kritikal barah yang dihidapi, cerita Maimon: "Ikut kata doktor, barah saya sekarang sudah masuk tahap ketiga. Doktor juga periksa kepala sebab syak barah sudah merebak ke anggota badan yang lain, tapi semuanya okey. Saya cuma berdoa kepada Allah, minta dipermudahkan urusan dan segera sembuh. Kalau diizinkan Allah, saya masih perlu bekerja untuk anak-anak yang masih bersekolah," luah Maimon yang berstatus janda sejak kematian suami, 15 tahun lalu.
Friday, November 23, 2012
Farid tergamam Diana cepat hamil
FARID dan Diana selamat bergelar suami isteri pada 3 November lalu.
SELEPAS 16 hari menjalani akad nikah, pasangan pelakon terkenal tanah air, Farid Kamil dan Diana Danielle telah mengejutkan peminatnya apabila Diana mengumumkan dalam laman sosial Twitter dan Instagram Isnin lalu bahawa dia sudah hamil.
Namun, tiada pengesahan lanjut mengenai kehamilan pasangan ini dan mereka lebih selesa berdiam diri selain menerima banyak ucapan tahniah peminat mereka berdua di laman sosial berkenaan.
Farid ketika ditemui di majlis tayangan media filem terbaharunya, Lagenda Budak Setan 2 - Katerina di GSC Pavillion, Kuala Lumpur semalam, mengatakan bukan niat dirinya untuk tidak memberi sebarang kenyataan berhubung hal berkenaan.
Sebaliknya dia dan Diana mengambil pendekatan untuk tidak terlalu gembira disebabkan usia kandungan Diana masih baharu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Farid yang berlakon sebagai Kasyah bergandingan dengan aktres terkenal, Maya Karin sebagai Katerina dalam filem yang bakal ditayangkan 29 November itu nanti menjawab segala pertanyaan media mengenai usia kandungan Diana itu
" Saya sebenarnya tidak mengambil pendekatan mendiamkan diri ketika itu (ketika Diana mengumumkan dirinya hamil di instagram). Sebaliknya saya lebih kepada tergamam sebab kehamilan boleh diuji dengan sepantas itu.
Sambung Farid lagi, "Ketika Diana beritahu saya tentang hal itu, saya berasa pelik dan bangga macam mana boleh tahu (kehamilan) secepat itu. Dia terangkan kepada saya satu persatu dan kata Diana, dia telah menggunakan alat pengesan kehamilan yang canggih dan mahal untuk mendapat keputusan ujian (pengesahan kehamilan) secepat itu.
Thursday, November 22, 2012
Aliff Aziz kecewa Anne akan berkahwin
Aliff bersama Anne suatu ketika dahulu
Umum mengetahui bahawa hubungan antara dramatis, Anne Ngasri dan penyanyi remaja, Aliff Aziz sudah pun berakhir.
Malah, Anne, 28, kini telah bertunang dengan ahli politik, Mohd Sumali Reduan, 40, dan bakal melangsungkan perkahwinan pada 22 Disember ini.
Bagaimanapun, Aliff, 22, mengejutkan ramai pihak apabila tampil memberi kenyataan bahawa dia terluka apabila mengetahui Anne akan mendirikan rumah tangga dengan Mohd Sumali
Anne yang dihubungi bagaimanapun enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan hubungannya dengan Aliff sudah menemui noktahnya.
“Saya rasa tidak perlu cakap apa-apa lagi kerana benda ini sudah berakhir.
“Kalau boleh, saya mahu fokus kepada anak-anak dan masa depan bersama bakal suami. Itu yang lebih penting,” kata ibu tiga anak ini.
Biarpun tunangnya mengetahui hal itu, Anne berkata, mereka lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak bercakap mengenainya.
Namun, Anne mengakui dia khuatir sekiranya kenyataan Aliff membuatkan masyarakat salah faham terhadap tunangnya.
“Rasanya semua orang tahu hubungan saya dan Aliff berakhir secara baik.
“Jadi saya tidak mahu orang lain menganggap tunang sayalah punca hubungan kami berakhir,” katanya.
Enggan mengenang kisah lama, Anne bagaimanapun menafikan dia menyimpan rasa marah terhadap Aliff kerana mengeluarkan kenyataan sebegitu.
“Saya tidak berdendam dengan Aliff atau sesiapa pun, malah saya tidak boleh halang mereka untuk bercakap mengenai saya.
“Cuma bagi saya, perkara yang sudah berlalu tak perlulah dikenang lagi,” katanya yang menghargai jika masyarakat dapat mendoakan kebahagiaannya dengan bakal suami.
Wednesday, November 21, 2012
Anuar Zain: Wajah Nora Danish seperti seorang bidadari
“NORA DANISH memiliki ciri-ciri seorang wanita yang saya idamkan.” Kata-kata yang terlontar daripada mulut Anuar Zain membuatkan seluruh ruang di White Box, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur terdiam seketika.
Harus diakui bahawa pengumuman yang berbaur soal jodoh dan pilihan hati si jejaka kacak yang tidak dimamah usia itu merupakan penantian yang membuahkan hasil yang selama ini dinanti-nantikan banyak pihak.
Bicara Anuar, 42, semasa sidang akhbar bersempena tayangan khas klip video dua single terbaharunya, Ajari Aku dan Sempurnakan Aku itu pantas mengaitkan dirinya dengan aktres comel, Nora Danish.
“Selain memiliki skil lakonan yang bagus, Nora juga berjaya memberikan perasaan luar biasa sehingga menusuk jauh ke dalam lubuk jiwanya,” luah pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain ini.
Tambahnya: “Nora amat tepat untuk dipilih sebagai seorang isteri. Saya suka melihat dia sejak daripada siri Puteri lagi dan dia nampak manja serta mempunyai raut wajah yang murni.
“Jika wajahnya sudah kelihatan seperti seorang bidadari, pastinya dia memiliki sekeping hati yang suci.”
Tidak menolak sekiranya takdirnya bertemu seorang wanita yang pernah menjadi suri di hati orang lain sebelumnya, kata Anuar lagi status seseorang bukan penghalang untuk lebih mengenali.
“Saya mahu mencari seorang wanita yang lebih kurang seperti Nora Danish. Saya terima jika jodoh saya dengan wanita yang berstatus sepertinya. Tapi, buat masa sekarang saya belum terfikir akan soal hati.
“Kami bersama atas dasar kerja saja, peribadi atau personal belum terlintas. Saya juga tidak rasa ada cetusan perasaan sama antara kami berdua,” hurainya lanjut.
Tuesday, November 20, 2012
Betty Banafe tetap tarikh pernikahan 12 disember
BETTY masih aktif berlakon dan menyanyi. Drama terbaharu lakonannya bakal disiarkan di TV3 pada Sabtu, 24 November ini.
Keadaan menjadi heboh apabila pelakon dan penyanyi kacukan Melayu-Jawa-Arab, Betty Banafe, 33, pada Ahad lepas tiba-tiba mengakui dia keliru dan hampir pasti untuk membatalkan majlis perkahwinan dengan pemuda yang telah mengikat tali pertunangan dengan dirinya pada 14 Jun lalu itu.
Bagaimanapun semalam, Betty mengakui bahawa dia nekad mahu meneruskan pernikahannya tersebut seperti yang telah dijadualkan.
Pernikahan itu tetap akan berlangsung pada 12 Disember menjelang pukul 7.45 malam di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru.
Pelakon filem Haru-Biru dan drama Spa Q itu mengakui berlaku perselisihan pendapat antara dia dan tunangnya itu dan masalah tersebut lebih menjurus kepada masalah perbezaan budaya serta tidak melibatkan orang ketiga atau masalah lain.
Monday, November 19, 2012
Diana Danielle anggap kehamilan hadiah hari jadi
Selepas 16 hari mendirikan rumah tangga, kehidupan Diana Danielle dan Farid Kamil akan bertambah serinya, selepas Diana kini disahkan hamil.
Berita gembira tersebut disampaikan sendiri oleh Diana dan Farid menerusi laman sosial Twitter masing-masing, tengah hari semalam.
Kehamilan tersebut tentunya menjadi hadiah paling bermakna buat Diana, yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21, 22 November ini.
Secara tidak langsung, Diana dan Farid tidak akan bersanding berdua, sebaliknya 'bertiga' pada dua majlis resepsi iaitu 30 November dan 12 Disember ini.
Farid dan Diana, sah bergelar suami isteri pada 3 November lalu dalam majlis romantis yang dijalankan di Hotel Flamingo, Ampang.
Sunday, November 18, 2012
Syamsul menangis di konsert Hafiz Hamidun
SYAMSUL yang mengaku seorang peminat Hafiz mendendangkan lagu ciptaannya sendiri, Ya Rabbi
“BIAR orang tidak kenal siapa Hafiz Hamidun asalkan mereka suka zikir yang dibawa olehnya”. Itu kata-kata yang lahir dari mulut bekas penyanyi kumpulan nasyid UNIC, Hafiz Hamidun atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 28, yang kini muncul dengan sebuah album solo baharu iaitu Zikir Terapi Diri.
Menghasilkan tiga buah album solo termasuk album Zikir Terapi Diri, album baharunya itu telah memberi satu momentum terhadap kerjayanya, malah Zikir Terapi Diri pernah menjadi suatu trend di Twitter.
Bukan sekadar menjadi suatu trend, album Hafiz itu juga berjaya menerima anugerah platinum berkembar empat di atas jualannya yang mencecah 80,000 unit dalam masa 10 bulan.
Album yang menampilkan 10 zikir-zikir utama itu juga pernah menjadi juara carta jualan album di iTunes dan kini masih menduduki tempat teratas carta sekali gus menjadi penanda aras bagi industri muzik tempatan.
Rentetan daripada sambutan hangat terhadap album Zikir Terapi Diri, buat julung-julung kalinya Hafiz tampil dengan konsert sulungnya iaitu Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang berlangsung pada malam tahun baharu Hijrah iaitu 14 November lalu di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
Membawa penonton ke suatu pengalaman yang berbeza daripada konsert-konsert hiburan biasa, Hafiz menyuntik elemen spiritual yang jelas daripada alunan zikir serta iringan muzik terapi sebagai tunjang utama konsert pada malam itu.
Senarai pemenang Anugerah Industri Muzik 2012
Shila Amzah menyampaikan ucapan kemenangan selepas muncul pemenang
Anugerah Lagu Terbaik AIM19 menerusi lagu Patah Seribu, malam tadi
Shila Amzah mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 September lalu muncul pemenang Anugerah Lagu Terbaik menerusi lagu Patah Seribu.
Penyanyi berusia 22 tahun ini juga menguasai kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu yang sama.
Berikut ialah senarai pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19 mengikut kategori. Majlis penyampaian berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam malam ini.
Artis Baru Terbaik: Mojo (Andai Kau Bercinta Lagi)
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki): Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita): Jaclyn Victor (Counting Days)
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu: Forteen (Seperti Dulu)
Kulit Album Terbaik: Mizz Nina/ Even Odds Sdn Bhd (Take Over)
Rakaman Album Terbaik: Nora/Rahman Ayob (Hikmah)
Video Muzik Terbaik: Yuna/Quek Shio Chuan (Sparkle)
Lagu Nasyid Terbaik: Doa (Nora)
Lagu Pop Etnik Terbaik: Kuasa Cinta (Noraniza Idris)
Lagu Rock Terbaik: Idola (Azlan & The Typewriter)
Lagu Pop Terbaik: Patah Seribu (Shila Amzah)
Lagu Hip Hop Terbaik: Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique/ Malique/ Tripdizs)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Counting Days (Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito/ Lin Li Zhen)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara: Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu: Counting Days (Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito)
Album Terbaik: SalamMusik (Salam - Salam Musik)
Anugerah Kembara: Mizz Nina
Anugerah Sri Wirama: Alleycats
Anugerah Lagu Terbaik: Patah Seribu (Shila Amzah)
.
Saturday, November 17, 2012
Anne pilih lelaki berusia kerana kecewa?
Anne Ngasri
Selepas hubungan cinta dengan penyanyi, Aliff Aziz putus September lepas, Anne Ngasri dikatakan sudah berkahwin dengan ahli politik berstatus suami orang.
Namun, rupanya khabar angin itu hanya salah faham, apabila Anne akhirnya mengikat tali pertunangan dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, pada jam 11 pagi, 11 November lalu.
Tidak menganggap keputusan untuk mendirikan rumah tangga dilakukan secara terburu-buru, Anne menjelaskan segala yang berlaku adalah takdir dari Allah SWT.
“Sejak awal lagi, saya tidak pernah letakkan sebarang kriteria atau ciri-ciri siapa yang akan menjadi suami saya dan bila saya akan berkahwin.
“Saya tidak menganggap pertunangan dan pernikahan kami kelak sebagai keputusan yang terburu-terburu kerana kami sudah saling mengenali sejak setahun yang lalu.
“Bagaimanapun, saya akui terkejut dan terharu apabila dia bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya dan datang bertemu keluarga. Bagi saya kehadirannya dalam hidup saya dan anak-anak, tepat pada waktunya,” kaya Anne.
Ditanya mengapa beralih pada lelaki berusia, selepas kecundang dengan cinta lelaki sebaya dan muda, Anne berkata : “Saya serahkan kepada Allah SWT atas jodoh yang diberikan. Walaupun ada yang cemuh kerana pertunangan ini, saya faham, mereka sayangkan saya dan nak yang terbaik buat saya.
“Tapi ini adalah jodoh dan kuasa Allah. Saya harap mereka akan doa yang terbaik buat saya. Namun, di mana istimewanya tunang pada mata saya, akan saya beritahu selepas semuanya selamat kelak,” ujarnya.
Friday, November 16, 2012
Lydiawati nafi suntik, bedah hidung
LYDIAWATI mengakui hidungnya sering menarik fokus ramai.
PELAKON Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, cukup popular sekitar tahun 1990-an. Kini, pada usia 46 tahun, figura yang pernah membintangi filem Suami, Isteri dan ... itu masih kekal cantik meskipun memiliki jadual kerja yang padat.
Mungkin kerana kecantikan aslinya, ibu tunggal kepada dua orang anak itu telah dilantik menjadi duta produk Zmasha selama setahun.
Kata Lydiawati yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini, meskipun sudah berusia, kecantikan amat penting baginya.
Tambahan, kerjayanya sebagai pelakon menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Bagaimanapun, tegas Lydiawati dia rimas apabila ada pihak mendakwa dia melakukan pembedahan hidung dan melakukan suntikan untuk kekal cantik.
:" Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil multivitamin untuk mengekalkan tahap kesihatan. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula daripada dalam sebab itu saya suka mengambil ulam-ulaman dan jamu.
" Mungkin orang tidak percaya, tetapi saya tidak pernah langsung suntik wajah saya dengan botox atau sebarang vitamin kecantikan. Kalau suntik botox, kesannya memang cepat secara luaran tetapi tidak elok untuk kesihatan dalaman. Rasanya suntik botox bukannya lagi cantik" Jelasnya.
Filem Thupakki hina Islam
Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membantah penayangan filem tamil berjudul Thupakki di negara ini kerana didakwa menghina Islam.
Presiden Ikatan Relawan Insan Muslim Malaysia, Amir Amsa Alla Pitchay berkata, filem secara keseluruhannya menunjukkan penganut agama Islam sebagai pengganas.
Menurutnya pihaknya telah meneliti tayangan filem berdurasi selama dua jam itu dan terbukti ia sememangnya merupakan sebuah filem yang direka untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap agama Islam.
“Kita bantah penayangan filem ini di Malaysia secara keseluruhannya dan saya juga meminta Kerajaan Malaysia mengambil tindakan drastik menghentikan tayangan filem ini,” katanya kepada pemberita semalam.
Presiden Pertubuhan Ansarul Islam Malaysia Saed Muhammad S.Maimuni berkata pihaknya kecewa dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (Finas) kerana membenarkan filem itu untuk tayangan.
“Apa yang dipaparkan dalam filem ini adalah sesuatu yang serius sepatutnya Finas peka tentang perkara ini agar ianya tidak ditayangkan kepada umum,” katanya
Tambahnya, setakat ini penerbit dan pengarah filem itu di India telah pun memohon maaf di atas penghasilan filem sedemikian yang memburukkan Islam dan tayangan itu telah pun dihentikan serta-merta.
Setiausaha Agung Majlis Madrasah India Muslim Malaysia, Kamal Batcha N.M.R Mohidenn berkata, filem yang mula ditayangkan sejak Deepavali itu jelas mempunyai niat jahat.
“Kalau diteruskan tayangannya kita khuatir ianya akan membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini jadi kami mahu ia dihentikan,” katanya.
Susulan daripada penayangan filem itu juga, tiga laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi semalam.
Thursday, November 15, 2012
Erti Maal Hijrah buat Haryati Hamzah
Yatt Hamzah bersama anaknya.
Walaupun Maal Hijrah boleh diterjemahkan dalam pelbagai konteks, namun setiap individu mempunyai pengertian tersendiri.
Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk sama-sama meraikan sambutan Maal Hijrah 1434H, lembaran tahun ini membawa seribu satu pengertian buat selebriti cantik, Yatt Hamzah.
Bagi Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 32, tahun ini membawa seribu satu rahmat buat Yatt sekeluarga setelah berjaya melakukan penghijrahan terbesar dalam hidupnya.
Mula berhijrah dari segi penampilan sejak pertengahan tahun ini, Yatt kini mengakui kehidupannya semakin tenang dan cuba untuk memperbaiki kelemahan diri.
"Alhamdulillah, dengan rahmat dari-Nya, kita masih diberi peluang untuk menyambut lembaran tahun baru Islam ini. Jika sebelum ini, saya hanya mengetahui pengertian Hijrah sebagai perpindahan dari baik kepada yang lebih baik.
"Namun, kini saya memahami konteks Hijrah bukan hanya itu, malah ia membawa pengertian yang lebih luas setelah saya nekad berubah.
"Walaupun saya bermula dengan hijrah luaran, namun saya tetap berusaha untuk memperbaiki dalaman agar ianya seiring dengan apa yang saya lakukan," kata ibu kepada, Suci Hanania Malika, 2, ini.
Wednesday, November 14, 2012
Sheeda nafi berkenan pucuk muda
Sheeda bersama keluarga bahagia.
Tidak pernah terlintas di hati untuk memilih 'pucuk muda' semata-mata sebagai pendamping hidup, Sheeda atau nama sebenarnya, Rashidah Hamid, menganggap itu adalah ketentuan dari-Nya.
Malah menurut isteri kepada guru, Sukri Hashim, 33, tidak pernah ada istilah mendabik dada atau bangga bersuamikan lelaki muda.
"Saya langsung tak sangka akan berkahwin dengan lelaki muda. Malah, kedua-dua bekas suami dulu juga lebih muda dari saya.
"Ia berlaku atas dasar cinta yang berputik secara kebetulan. Saya berkawan dengan kawan Sukri dan kami bertemu secara kebetulan. Namun, hubungan itu diteruskan sebagai kawan sehinggalah Sukri melamar saya.
"Pun begitu, saya tidak terus menerima lamaran itu. Hampir setahun saya membiarkan Sukri menunggu, barulah saya terima setelah melihat kesungguhan dan kesabarannya," katanya yang memiliki anak lelaki bersama Sukri, Muhammad Aiman, 4 tahun.
Hasil perkahwinan terdahulu, Sheeda dikurniakan tiga anak, Mohd Hafizul Razli, 28, Norazlinda Razali (Bienda), 27, dan Norfazlinda Ahmad Fazli, 13.
Tuesday, November 13, 2012
Fida akui rapat dengan Zalif Sidek
Selepas hubungannya bersama pelawak Mamat, bekas anggota kumpulan Sepah menemui kegagalan, nampaknya pelakon kelahiran rancangan realiti Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 ini tidak serik untuk menjalin hubungan dengan selebriti tempatan lagi.
Mengakui sedang berkawan rapat dengan bintang filem Papa I Love U, Zalif Sidek, 27, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini dilihat lebih gemar memilih dan berdampingan dengan lelaki berperwatakan lucu.
Menariknya, pasangan ini turut muncul di khalayak ramai apabila datang ke Anugerah Skrin 2012 baru-baru ini secara beriringan dan memakai pakaian sedondon.
Tidak mahu menyorokkan hubungan mereka, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Fida ini berkata, mereka mula rapat sejak tiga bulan lalu.
"Apabila dia menyuarakan hasrat untuk mengenali saya dengan lebih dekat, saya menerimanya dengan hati terbuka.
"Kami masih dalam proses saling mengenali dan berkawan. Memang masih belum ke tahap bercinta, bagaimana pun, saya selesa dengan dia.
"Lagi pun masing-masing masih 'single' dan tidak salah rasanya saya memberi ruang kepadanya untuk mengenal hati budi masing-masing," ujar pelakon yang sedang popular menerusi drama Runtun Qalbu yang disiarkan di slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam di TV3.
Monday, November 12, 2012
Stacy - Asmidar siap ke peringkat akhir AJL
JUARA Akademi Fantasia Musim Keenam, Stacy berjaya memperolehi antara markah tertinggi untuk dua lagunya dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik bahagian pertama malam semalam berharap kedua-dua lagunya itu berjaya terpilih Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) Januari depan.
Lagunya Pelangi Senja hasil ciptaan Taja dan lirik oleh Tun Teja serta lagu Kasanova ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim berjaya meraih perhatian juri sekali gus memberikan peluang kepada anak jati Kota Kinabalu, Sabah ini mara ke peringkat akhir.
Mengakui bahawa kedua-dua lagu itu mempunyai kekuatan tersendiri, Stacy tetap berharap kedua-dua lagu itu terpilih.
“Mudah-mudahan kedua-duanya dapat ke peringkat akhir.
“Walaupun lagu Pelangi Senja itu berkonsep berbeza daripada lagu Kasanova, saya tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu-lagu itu.
“Kalau kedua-dua lagu rancak, mungkin saya akan menghadapi sedikit masalah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambahnya,, dia memang menyukai lagu rancak kerana ramai peminatnya suka melihat dia menari.
Sementara itu, pendatang baru, Asmidar yang merupakan pemenang Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama pula mengakui tidak berani meletakkan harapan terlalu tinggi untuk melangkah ke final memandangkan peserta-peserta lain yang bertanding juga cukup kuat.
“Siapa tidak mahu ke final, tetapi dapat terpilih ke separuh akhir semalam pun saya sudah cukup bersyukur.
“Bakat dan kekuatan yang dimiliki penyanyi berpengalaman seperi Hafiz dan Shila Amzah juga saya lihat mampu memberikan saingan sengit dalam pertandingan ini,” jelasnya.
Bagaimanapun katanya, jika lagunya Biar Mimpi Sampai ke Bintang hasil ciptaan Ajai dan lirik oleh Transformers Melayu berjaya terpilih ke peringkat akhir, Asmidar sendiri sudah memikirkan idea untuk persembahan.
Ujarnya, bagaimanapun semua itu terpulang kepada hasil perbincangan dengan Ajai kelak.
Sunday, November 11, 2012
Anne Ngasri bertunang
ANNE Ngasri bersama tunangnya Mohd. Sumali di Kuala Lumpur semalam.
Pelakon Anne Ngasri akhirnya sah menjadi tunang kepada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Sumali Reduan dalam satu majlis pertunangan di rumah keluarganya di sini semalam.
Menurut Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 24, Sumali berstatus duda berusia 40 tahun dan mempunyai seorang anak.
Beliau berkata, mengikut perancangan, mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan.
“Saya akan menjemput semua pihak termasuk rakan-rakan media,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis kesyukuran yang dianjurkan keluarganya di Taman Batu Permai di sini semalam.
Anne Ngasri bertunang dengan Mohd. Sumali.
Pelakon Anne Ngasri akhirnya sah menjadi tunang kepada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Sumali Reduan dalam satu majlis pertunangan di rumah keluarganya di sini semalam.
Menurut Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 24, Sumali berstatus duda berusia 40 tahun dan mempunyai seorang anak.
Beliau berkata, mengikut perancangan, mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan.
“Saya akan menjemput semua pihak termasuk rakan-rakan media,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis kesyukuran yang dianjurkan keluarganya di Taman Batu Permai di sini semalam.
Saturday, November 10, 2012
Adi bergelar bapa
MESKIPUN belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata sendiri, ternyata naluri kebapaan Adi Putra sangat kuat.
Pelakon drama Tentang Dhiya ini teruja memperkenalkan anak angkatnya, Zara Adelia Haadi kepada pengikut di laman Twitter.
Kehadiran Zara yang berusia tidak sampai sebulan itu memberi kegembiraan dalam hidup Adi dan isteri.
Dalam kenyataannya kepada sebuah portal, Adi berkata, tanggungjawabnya sudah bertambah sejak bergelar bapa.
Walaupun ini pengalaman pertamanya, Adi tidak kekok membantu isterinya menjaga Zara, termasuklah menukar lampin dan berjaga lewat malam.
Anugerah Skrin 2012: Senarai pemenang
Maya Karin dan Shaheizy Sam dinobatkan sebagai Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2012, malam tadi.
Lakon Layar Terbaik Filem: Dain Iskandar Said Filem Bunohan
Lakon TV Terbaik: Lum Pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)
Videografi Terbaik: Aku Mahu Terbang Neon Entertainment Sdn Bhd
Laporan Khas/Berita Terbaik: Bom Jangka TV9, Amin Hayat
Drama Komedi Terbaik: Elly dan Epit, Red Communications Sdn Bhd
Rancangan Realiti Terbaik: Jemputan Umrah
Anugerah Artis Harapan Pantene: Putri Balqis (Pelarian)
Rancangan Bual Bicara Terbaik: Bella: Labour Day Special
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Namron (Parit Jawa)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Sherie Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Lisa Surihani (Ombak Rindu)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Syafie Naswip (Songlap)
Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik: Dunia Tersembunyi (Rambu Solok)
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26
Pelakon Wanita Terbaik Drama: Ruminah Sidek (Sepatu Merah)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Maya Karin (Ombak Rindu)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaheizy Sam (Songlap)
Pengarah Terbaik Filem: Fariza Azlina dan Effendee Mazlan (Songlap)
Pengarah Terbaik Drama: Kabir Bhatia (Di Bawah Telapak Kaki Bonda)
Anugerah Yasmin Ahmad: Pierre Andre
Drama Rantaian Terbaik: Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Filem Terbaik: Bunohan (Apparat Sdn Bhd)
Drama Terbaik: Di Telapak Kaki Bonda (Filmscape Sdn Bhd)
Friday, November 9, 2012
Serina minta semua pihak henti tohmah Riz-Ana
Serina Redzuan
Ikatan perkahwinan chef selebriti, Chef Riz dan aktres, Ana Dahlia, hanya mampu bertahan selama 11 bulan.
Dalam laporan sebuah akhbar semalam, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 30, mengesahkan sudah bercerai dengan Ana, 29.
Tiada persefahaman merupakan punca pasangan tersebut memilih untuk bercerai.
Adik kepada Chef Riz iaitu Serina yang juga seorang aktres bagaimanapun mengakui tidak pernah melihat pasangan itu bergaduh sepanjang perkahwinan mereka.
“Selama ini, saya dan papa (Chef Wan) tidak pernah masuk campur hal rumah tangga mereka.
“Namun, dari apa yang saya lihat, mereka tiada masalah. Apa pun, hanya mereka yang lebih mengetahui,” katanya.
Chef Riz dan Ana bernikah 11 Disember tahun lalu setelah beberapa bulan berkenalan.
Hubungan mereka berputik apabila Serina sendiri memperkenalkan Ana kepada Chef Riz.
Dalam pada itu, Serina turut meluahkan kekesalannya dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada abangnya dan Ana sejak spekulasi keretakan rumah tangga mereka mula tersebar.
“Saya rasa tidak adil untuk orang luar menilai perkahwinan mereka.
“Memang kita tidak boleh menutup mulut orang lain, tetapi saya harap mereka yang melemparkan tohmahan itu berfikir sebelum berkata-kata,” katanya.
Serina juga mendoakan yang terbaik untuk abangnya dan Ana, serta menjelaskan hubungannya dengan bekas kakak iparnya itu tetap baik seperti dulu.
“Apa yang terjadi kepada mereka sudah ditakdirkan dan mungkin ini (penceraian) adalah jalan terbaik.
“Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka, itu saja,” katanya.
Thursday, November 8, 2012
Sah: Hubungan Anne Ngasri - Aliff Aziz. putus
Anne Ngasri bersama anak-anaknya.
Sikap positif yang ditunjukkan pelakon bertubuh kecil molek, Anne Ngasri harus dicontohi.
Di saat mengharapkan kehadiran kekasih hati supaya dapat memperbaiki kelemahan dalam hubungan bersama bekas suami sebelum ini, namun Anne akur apabila kecundang sekali lagi.
Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah gambaran tepat untuk menerangkan hubungan Anne atau nama sebenarnya, Ngasriah Ngasri, 28, bersama bekas kekasihnya, Aliff Aziz.
Enggan memandang ke belakang untuk mencari punca kegagalan tersebut, Anne menganggap semua berlaku adalah ketentuan dari-Nya dan yang pasti, setiap berlaku pasti ada hikmahnya.
Walaupun baru sahaja dua bulan berpisah, akui Anne, dia betah menguruskan kehidupannya sendiri tanpa kelibat pelantun lagu, Jangan Ganggu Pacarku itu.
"Siapa yang nak kegagalan dalam hubungan? Namun, saya akur dengan takdir ini. Bagi saya, ia bukanlah pengakhiran kerana kehidupan kita harus diteruskan. Lagipun, saya masih mempunyai 'askar' yang memerlukan saya.
"Saya terima dengan hati yang terbuka, mungkin dia bukan jodoh saya. Saya tidak harus menyesalinya dan memikirkan pandangan orang mengenai hubungan yang tidak kesampaian ini.
"Namun, apa yang berlaku selepas ini, saya terima siapa jua jodoh saya. Namun, ia bukanlah menjadi keutamaan buat masa terdekat ini," kata ibu kepada Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4, dan Naszharah Afrozah, 2.
Setelah mengalami kegagalan hubungan bersama penyanyi kelahiran Singapura itu, nama Anne terus dikaitkan dengan kisah 'panas' yang mendakwa dirinya telah menjadi milik seorang ahli politik.
Berita perkahwinan Anne bersama ahli politik itu benar-benar mengejutkan empunya diri, lantas menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.
"Saat saya masih ditanya dengan soalan bertalu-talu mengenai kegagalan lalu, timbul pula kisah lain yang nyata tidak benar sama sekali.
"Saya sendiri tidak tahu bagaimana perkara ini boleh timbul. Saya meminta pada individu yang berkenaan agar mengemukakan bukti yang saya telah berkahwin dengan ahli politik itu.
"Saya masih belum bersedia untuk berbincang mengenai cinta dan hubungan. Sangat nyata perkara itu tidak betul. Selepas ini, saya harus berhati-hati dengan pihak yang cuba mengaitkan nama saya dengan mana-mana lelaki," katanya yang turut aktif di belakang tabir dalam membantu produksi kakaknya, Darling Ngasri.
Wednesday, November 7, 2012
Twitter Najwa Latif digodam
Akaun laman sosial Twitter penyanyi muda popular, Najwa Latif, 17, yang sedang sibuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diceroboh sejak pagi semalam.
Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu difahamkan tidak tahu mengenai hal berkenaan dan kakaknya, Syafika, 23, terlebih dulu mengesan insiden itu selepas ada rakan memaklumkan.
“Saya mendapat tahu perkara itu sebaik dihubungi seorang rakan yang memaklumkan ‘tweet’ yang muncul menerusi akaun menggunakan nama @NjwaLatif itu ganjil,” kata Syafika.
Katanya, dia cuba berkomunikasi dan meminta penceroboh berkenaan memulangkan semula kata laluan dan menghentikan aktivitinya, namun ditolak.
Menurutnya, penceroboh itu sangat meminati Najwa dan ingin berkenalan secara rapat. Syafika berkata, memang setakat ini dia belum membuat apa-apa yang membahayakan dan tujuannya hanya untuk berkenalan. “Daripada gaya dia berbalas mesej, saya dapat merasakan dia seorang lelaki,” katanya sewaktu dihubungi semalam.
Akaun rasmi penyanyi berkenaan dikendalikan sementara Syafika sejak Jun lalu.
Menurutnya, Najwa juga sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan sebaik pulang dari sekolah semalam dan sudah memaafkan penceroboh berkenaan.
Tuesday, November 6, 2012
'Saya sudah serik' kata Sharnaaz
SERIK! Demikian reaksi pelakon utama drama Bukan Bidadari, Sharnaaz Ahmad ketika menjawab kontroversi terbaru yang melanda dirinya.
Sehubungan itu, menurut pelakon berusia 27 ini, dia tidak akan bekerjasama dengan syarikat produksi filem Darah Panas, White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. pada masa akan datang.
"Saya serik dengan produksi itu tetapi tidak serik dengan industri," katanya kepada wartawan.
Mengikut laporan media, Sharnaaz meninggalkan set penggambaran filem Darah Panas terbitan White Merpati Entertainment pada 5 Oktober lalu semata-mata kerana ingin bertemu penyanyi meningkat naik, Shila Amzah.
Sharnaaz didakwa mencengkam leher penolong pengarah Darah Panas dan meninggalkan lokasi penggambaran filem.
Tindakannya itu dikatakan berpunca daripada menunggu penolong pengarah filem itu, yang pergi mendapatkan pakaian penggambaran, terlalu lama.
Akibat daripada perbuatan itu, penerbit Darah Panas, S. Baldev dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Sharnaaz dan meminta pelakon berasal dari Georgetown, Pulau Pinang itu, memohon maaf secara terbuka dalam media.
Ketika dihubungi, Sharnaaz enggan memberi komen lanjut berhubung perkara itu.
"Terima kasih pada yang ambil tahu tetapi saya tak nak komen lebih.
"Kalau saya jawab, orang tetap manipulasi juga," katanya.
Dia juga meminta agar Shila, kekasihnya, tidak dikaitkan dengan kontroversi ini.
"Cukuplah hentam saya seorang. Cuba fikir kalau jadi pada ahli keluarga sendiri," katanya dengan nada kesal.
Sebelum ini, nama Shila dikaitkan dengan tindakan luar kawalan Sharnaaz itu.
Ketika ditanya soal sikap panas barannya, Sharnaaz berkata, "saya memang panas baran dan saya tidak pernah menidakkan kenyataan itu."
"Dalam semua hal, saya marah bertempat, takkan saya nak marah sesuka hati," katanya.
Sharnaaz, yang dikatakan merancang untuk berkahwin dengan Shila, juga berkata, akan lebih berhati-hati dalam memilih produksi penerbitan pada masa akan datang.
Monday, November 5, 2012
Pelakon Ana Dahlia nafi bersikap curang
“Saya mengaku rumah tangga kami memang berdepan dengan masalah ketika ini.
“Saya berada di pihak yang benar. Sebagai isteri, firasat saya sangat kuat. Saya bukan sebaik manapun, tapi saya tidak perlu takut kerana saya tahu apa yang betul dan apa yang salah.
"Sebagai isteri, sudah pasti saya kecewa dengan apa yang berlaku, tapi setiap yang terjadi ada hikmahnya.
“Saya akui kami kenal dalam tempoh yang cukup singkat iaitu tiga bulan dan terus ambil keputusan untuk berkahwin.
"Justeru, saya belajar daripada apa yang berlaku iaitu jangan buat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Apapun, saya berdoa semoga semuanya berakhir cara baik,” kata pelakon Ana Dahlia atau nama sebenarnya, Diyana Mastura Jaafar, 29.
Ana berkata demikian ketika diminta mengulas gosip rumah tangganya yang baru berusia 11 bulan dengan bekas juri MasterChef Malaysia yang juga Chef Selebriti, Mohd Nadzri Redzuawan serta lebih mesra disapa Chef Riz, 30, yang dikatakan bergolak ketika ini. Malah, ada laporan dalam blog hiburan yang mendakwa Chef Riz dan Ana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang untuk mengambil borang permohonan cerai.
Keadaan menjadi semakin panas apabila Chef Riz dikatakan sudah membuat pengakuan di sebuah akhbar mengesahkan pergolakan dalam rumah tangga mereka, baru-baru ini.
Ketika ditanya punca keretakan dalam rumah tangganya mungkin berpunca ada orang ketiga, Ana menafikan dia ada menjalin hubungan dengan lelaki lain atau kembali berhubung dengan bekas teman lelakinya dulu.
“Terus-terang, memang tiada lelaki lain dalam hidup saya. Tapi saya tidak boleh komen sama ada Riz ada orang lain atau tidak hingga menjadi punca masalah rumah tangga kami kerana saya tidak mahu mengaibkan sesiapapun termasuk Riz ataupun keluarga mentua kerana hubungan kami sangat rapat sampai sekarang.
“Bapa mentua, Chef Wan juga sudah tahu apa yang berlaku dan sentiasa memberi sokongan pada saya. Saya juga tidak dapat menjawab persoalan sama ada kami masih duduk sebumbung atau saya masih memegang status isteri atau tidak,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama bersiri 24 episod, Cinta Itu Milikku yang berlangsung di Sri Pentas, TV3, semalam. Ana yang berstatus janda berkahwin dengan Chef Riz, anak tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) di kediaman pengantin perempuan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak pada 1 Disember 2011.
Sunday, November 4, 2012
Fazura tolak lakunan babak berpelukan....
AKTRESS jelita, Fazura yang sinonim dengan filem serta drama terbitan Red Films seperti Gol dan Gincu dan Pisau Cukur terpaksa menolak untuk melakonkan watak Dian dalam filem terbaru syarikat itu, Istanbul Aku Datang, disebabkan ada beberapa babak yang bertentangan dengan prinsipnya.
Watak itu bertukar tangan kepada Lisa Surihani.
Umum juga sudah mengetahui bahawa Fazura tidak akan berlakon sekiranya terdapat adegan di ranjang atau babak berpelukan dengan pelakon lelaki.
“Mungkin bukan rezeki saya dan tertulis untuk Lisa (untuk watak Dian).
“Saya terpaksa menolak kerana terdapat beberapa babak yang melanggar prinsip saya,” katanya ringkas ketika ditemui baru-baru ini.
Filem arahan Bernard Chauly yang menjalani 100 peratus pengambaran di ibu negara Turki itu mempamerkan beberapa aksi romantis di antara pelakon utamanya iaitu Beto Kusyairy, Lisa dan Tomok.
Ketika ditanya mengenai desas-desus pembukaan butiknya yang kedua, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 29, menjelaskan, “(pembukaan butik) dalam planning dan masih memikirkan mengenainya."
Kelibat Fazura kini jarang dilihat di mana-mana majlis hiburan berikutan dia semakin sibuk dan ligat dalam menguruskan perniagaan fesyen miliknya sendiri yang diberi nama House of Doll yang beroperasi di Jalan Telawi 3, Bangsar sejak Mei lalu.
Pelakon yang berasal dari Pekan, Pahang yang pernah merangkul Anugerah Aktres Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17.
Nabila Huda berang gambar parti hari jadi disalah erti
Nabila dan Keisa Laila
BULAN Oktober mungkin meninggalkan kenangan pahit buat Nabila Huda. Sudahlah dirinya terpalit kontroversi baju digayakan pada malam Anugerah Blockbuster 6 Oktober lalu.
Beberapa hari kemudian, bertebaran pula gosip hubungan cintanya dengan aktor Johan As'ari sudah berakhir kerana tidak mendapat restu keluarga. Namun yang melucukan, mereka tidak pernah bercinta, sebaliknya hanya berkawan rapat.
Namun, semua kontroversi dan spekulasi itu, dijawab Nabila dengan tenang. Bagaimanapun, baru sahaja reda seketika, Nabila sekali lagi menjadi perhatian apabila beberapa keping gambarnya yang dikatakan menyambut hari 'Halloween' bertebaran di Internet.
Ternyata, kesabaran anak kepada penyanyi rock Malaysia, Amy Search ini bagai diuji.
Nabila menerusi laman sosial Twitter miliknya berkata, gambar berkenaan bukanlah gambar sambutan Halloween kerana seperti sedia maklum tradisi perayaan Halloween disambut pada malam 31 Oktober.
Bagaimanapun, parti dihadirinya itu adalah parti hari jadi yang bertemakan 'costume party' dan tidak ada kena mengena langsung dengan Halloween.
"Halloween disambut pada 31 Oktober dan parti kawan saya pada malam 28 Oktober," katanya.
Nabila turut mengakui bengang dengan tindakan sesetengah pihak yang mengambil gambar dari laman sosialnya tanpa keizinan dan seterusnya memanipulasi gambar tersebut dengan kenyataan yang salah.
"Mereka sepatutnya bertanya kepada saya terlebih dahulu dan bukan mengambil gambar itu dan buat andaian sendiri," ujarnya.
Saturday, November 3, 2012
RADIOKITA KEUDARA JAM 14:00 HARI INI
Selamat pagi semua.
Siaran Radiokita akan keudara jam 14:00/2:00 petang ini dengan lagu-lagu baru dan panassss..
Kami mengalu-alukan komen dari anda demi untuk memperbaiki lagi penyiaran Radiokita.
selamat mendengar...
admin's
Siaran Radiokita akan keudara jam 14:00/2:00 petang ini dengan lagu-lagu baru dan panassss..
Kami mengalu-alukan komen dari anda demi untuk memperbaiki lagi penyiaran Radiokita.
selamat mendengar...
admin's
Friday, November 2, 2012
A Aida sedia dedah punca cerai
Penerbit dan Pelakon, A Aida bersedia mendedahkan punca sebenar mengapa dia menuntut cerai daripada suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman, 44, pada prosiding perbicaraan kes yang dijadual bermula 26 November depan.
Penerbit drama Halimah Jongang itu menyatakan kesediaannya itu kepada media selepas memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat di Jabatan Logistik Bukit Aman di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.
Permohonan itu dikemukakannya mengikut Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1984 selepas permohonan bercerai secara baik yang difailkan sebelum ini gagal menemui kata sepakat kerana tidak setuju dengan beberapa syarat yang dibuat suaminya. Aida berkata, dia tidak mahu membuka pekung di dada, namun suaminya memaksa dia berbuat begitu.
“Pada prosiding berikutnya saya bersedia mendedahkan sebab-sebab mengapa saya mahu bercerai,” katanya.
Aida hadir ke Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di sini ditemani seorang rakan memfailkan permohonan fasakh tersebut pada pukul 11.45 pagi semalam.
Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, sebelum ini memfailkan permohonan secara baik di bawah Seksyen 47 akta sama pada 27 September lalu, namun menarik balik permohonan tersebut pada 18 Oktober selepas tidak bersetuju dengan syarat syarat yang dikemukakan Suffian.
Hasil perkahwinan selama lima tahun, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rahul yang kini berusia empat tahun.
Menurutnya, dia juga membuat permohonan Sulh mengenai hak penjagaan anak dan suaminya juga telah bersetuju.
“Saya kini menunggu draf-draf daripada mahkamah untuk menyelesaikan isu penjagaan ini pada 22 November nanti,” katanya.
Thursday, November 1, 2012
Lisa Surihani 'Duta' pelbagai produk
REZEKI pelakon jelita, Lisa Surihani, masih mencurah-curah walaupun sudah bergelar isteri.
Pernah membuat keputusan untuk lebih selektif dalam lakonan, Lisa bagaimanapun masih menjadi pilihan utama bagi jenama terkenal.
Selain bergelar duta Garnier, Lisa juga diberi kepercayaan memperkenalkan produk peneraju global bagi penjagaan mata, Alcon.
Dilantik sebagai duta kanta lekap jenama, FreshLook, Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Surihani Mohamed, 26, mengakui sangat berbesar hati di atas pelantikan tersebut.
Kata isteri kepada Yusry Abdul Halim ini, FreshLook bukan sahaja untuk kecantikan luaran, malah mementingkan keselamatan dan penjagaan mata.
"Saya tertarik dengan FreshLook kerana ia berbeza dengan jenama lain yang pernah saya pakai. Saya mula menggunakan kanta lekap sejak usia sembilan tahun lagi, tapi tidak pernah mencuba kanta berwarna.
"FreshLook sangat selesa dipakai kerana warnanya semula jadi (natural). Ia seolah-olah seperti warna mata kita sendiri. Lagipun, kanta ini selamat dipakai kerana disahkan oleh Food and Drug Administration (FDA).
"Kebelakangan ini, saya lihat ramai yang memakai kanta lekap sebagai aksesori, namun mengabaikan soal keselamatan mata. Kanta lekap yang tidak diperakui selamat boleh merosakkan mata kita," katanya.
Menerusi kerjasama itu, Lisa akan mempromosi manfaat Freshlook bagi meningkatkan kesedaran pengguna mengenai cara-cara memilih kanta lekap berwarna yang berkualiti dan sesuai.
Selain Lisa, Alcon juga melantik selebriti antarabangsa sebagai duta termasuk penyanyi Taiwan, Rainie Yang dan YoonA dari Girls’ Generation.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Setia Bersama Radiokita
- ++MeNuJu SaTu DesTiNaSi++
- :: Dari Bintang ::
- ANGAN - ANGAN LALA
- Bahulu Com Blog's
- CINTAMANISZ Lite
- Coretan Anuar
- Duniaku
- Embun ♥ Kaseh ♥ Tercinta
- Hadiah daripada hati - idasm
- hadiah daripada hati-idasm
- HoLd Me TIGHT AnD NEVER LeT Me Go
- IKLAN PERCUMA
- Izah Uffin Lover
- KL BOYZ CHANNEL
- KUS PID PARIT
- L.O.V.E Him & Her
- LAMAN AGRO
- Little Parlour
- MIZANA'S BLOG
- NATHASCA88 BLOG'S
- Official KalabuMalami
- On Live Blog's
- RAGAM SEANTERO DUNIA
- Resepi & Petua
- Saujana Syarasin
- Secawan Teh dari Deeba
- Something to Share with...
- Syafiqah Nabilah Azali
- SYIERAH PUNYER BLOG
- Te-are Mond Blog
- udikdee.blog
- Welcome To Zie's Blog
- Yuslia Suhana.blog
- ~'~'~'~TENGOKJEALAH~'~'~'~
Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)
Popular Posts
-
PROFIL NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak...
-
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988 TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...
-
Raisuddin Hamzah bersama Siti Fatimah Suberi tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan pengesahan pernikahan mereka, semala...
-
Marsha memang terkenal dengan seksinya tue. Tak hairanlah kalau dia berpakaian seksi semana pun. Baru-baru ni ada seorang jurufoto telah ber...
-
Ibu kepada seorang cahaya mata Dira Abu Zahar dilaporkan telah bertindak liar apabila bergaduh dengan salah seorang pengunjung pada puku...
-
KUALA LUMPUR:--- - Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas...
-
EPISOD video lucah yang didakwa membabitkan aktor sedang meningkat naik, Syafiq Kyle, memasuki episod baharu. Ini berikutan beberapa sc...
-
Fazura bersama Neelofa 'Perang dingin' antara pelakon jelita, Fazura dan bekas Dewi Remaja, Neelofa semakin mendapat perhatian pemin...
-
PELAKON dan pengarah filem, M Jamil dikhabarkan mengalami strok separuh badan. Beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Shah ...