NUFFNANG ADS

Saturday, March 31, 2012

Abby Abadi Bertudung Kerana Allah



Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang muslimah.

"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.

"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah.

SIARAN RADIOKITA HARI INI


SIARAN Radiokita kembali keudara hari ini 1-4-2012 mulai jam 2 petang/14.00 waktu Malaysia.

SENARAI LAGU ON AIR 1-4-2012:

POPULER:

Hazama AF9 - cinta teragung
Khakifah - Cikgu Ayu
Awan Nano - Hafiz (juara AJL 29)
Stacy - Aku Stacy
Hafiz & adira   Ombak Rindu
khalifah - aku anak kampung
Aizat - Lagu Kita
Slayank -  DJ Cinta Ku

SABAHAN:

Piton -Cakap Mak Bapak Kira Belakang
Abu Bakar Ella  - Penganuan

INDONESIAN:

Rakena - HERY TANJUNG feat RENIMA (minang)
Julia Perez - Belah Duren
Lepai jo Bundo - Mayang Saruni (minang)

* SIARAN LIVE BERSAMA PUTERA IDRIS @O.P

# boleh didengar di blog ini..

Anuar Zain rai Hari Ibu



Penyanyi popular, Anuar Zain, akan menghiburkan ibu-ibu sempena, 'Mother’s Day Gala Night Dinner with Anuar Zain', pada 12 Mei depan, jam 8.30 malam di One World Hotel, Petaling Jaya.

Dianjurkan Dream Music Sdn Bhd, majlis makan malam ini pastinya menjadi saat-saat indah meraikan ibu tercinta bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama ini.

Menurut Pengarah Urusan Dream Music, Datuk Mohd Fauzi Zakaria, penganjuran majlis itu memberi peluang kepada anak-anak dan bapa-bapa meraikan ibu atau isteri serta keluarga mereka.

“Pada majlis makan malam tersebut, kehadiran para penonton akan lebih bermakna bukan sahaja dapat berhibur bersama penyanyi sensasi Anuar Zain malahan mereka dapat beramal. Ini kerana kami akan menyalurkan sedikit sumbangan daripada hasil pendapatan majlis makan malam tersebut kepada Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal Islam Malaysia (PAKIT)”, ujar beliau.

Mengenai persembahan Anuar Zain pada malam tersebut, sudah pastinya beliau menjanjikan persembahan terbaik di samping repertoire lagu yang menjadi kegemaran para peminatnya seperti Cinta Harus Memiliki, Lelaki Ini dan Keabadian Cinta. Pemuzik iringan di bawah pimpinan Faizal Uzir akan didatangkan khas bagi mengiringi beliau sepanjang majlis makan malam berprestij ini.

Majlis ini turut diserikan dengan acara cabutan bertuah. Penonton bertuah akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang bernilai sehingga RM10,000. Sesi bertemu peminat turut disediakan bagi melihat secara dekat penyanyi tampan itu.

Tiket-tiket mula dijual pada harga RM1,000, RM600 dan RM500. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dreammusic.com.my

Friday, March 30, 2012

Lagu Bawaku Pergi digantung siaran


 Pencipta dan penulis lirik lagu Bawaku Pergi, Malique mengesahkan bahawa lagu berkenaan sudah digantung siarannya ekoran liriknya yang kontroversi.

Dalam satu kenyataan kepada media semalam, beliau yang mewakili syarikat penerbitan lagu tersebut iaitu Qarma Musiq memaklumkan, penyanyi lagu berkenaan iaitu pelawak Zizan Raja Lawak telah menerima sepucuk surat mengenai perkara itu daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pagi semalam.

"Kami mahu menuntut keadilan dan pertimbangan yang jelas terhadap tindakan untuk menghentikan seketika penyiaran lagu tersebut," katanya.

Rozita Che Wan dikaitkan dengan Datuk K ?


“Saya bukan bakal isteri baru Datuk K,” kata selebriti terkenal, Rozita Che Wan yang menepis dakwaan akan berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K seperti didakwa laman blog dan portal hiburan.
Rozita berkata, dakwaan terbabit sama sekali tidak masuk akal kerana dia tidak menjalin hubungan dengan mana-mana individu termasuk Datuk K seperti yang dimaksudkan.

“Sejak saya putus hubungan dengan seorang jejaka Singapura yang dikenali dengan nama ‘S’ dua tahun lalu, saya masih belum bertemu dengan jejaka pilihan hati.

“Saya dan anak sangat meminati Datuk Siti (Nurhaliza). Saya tidak mahu dakwaan berkenaan boleh menyebabkan hubungan baik saya sebelum ini dengan Datuk Siti terus dingin, lagi-lagi kami sama-sama artis,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.


Rozita, 39, berkata, dia kecewa dan kesal dengan gosip terbaru yang dilemparkan laman blog dan portal hiburan itu kerana ia adalah penyebaran fitnah ke atas dirinya.

Thursday, March 29, 2012

Liyana Jasmay kini tunangan orang

Liyana bersama, Fathudin selepas majlis pertunangan mereka, semalam. 


Penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay, 24, selamat mengikat tali pertunangan dengan jirannya yang juga ahli perniagaan Fathudin Mazlan, 28, dalam majlis ringkas yang berlangsung di kediaman keluarganya jam 8.30 malam di Tropika Kemensah, di sini, malam tadi.
Liyana, anak bongsu daripada empat beradik tampil menawan dengan gaun labuh warna krim rekaan, Rizman Ruzaini.

Pihak lelaki memilih tema warna kelabu menyerahkan sebentuk cincin pertunangan dan lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak perempuan iaitu kain songket, butang baju Melayu, set haruman, senaskhah al-Quran, kek dan manisan.

Keluarga perempuan pula memilih tema warna merah jambu pada majlis meriah yang dihadiri lebih 200 anggota keluarga terdekat kedua belah pihak itu.

Tidak ketinggalan, majlis pertunangan itu juga disemarakkan dengan barisan artis terkenal yang juga rakan baik Liyana iaitu Lisa Surihani, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Tam Suhaimi dan ramai lagi.

Wednesday, March 28, 2012

Mahkamah rayuan kekalkan pembebasan Farid Amirul


Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas,  Farid Amirul Hisham Wu Abdullah kini bebas selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan yang membebaskannya daripada dakwaan mencuri dua buku dari kedai buku MPH Bookstore, tiga tahun lalu.

Tiga anggota panel hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk K.N.Segara dan Datuk Aziah Ali sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepaskan dan membebaskannya.

Hakim Abdul Malik berkata tidak terdapat bukti bahawa aktor berumur 46 tahun itu dilihat mengambil dua buku dari rak buku di stor itu.

Beliau juga berkata identiti buku di mana Farid Amirul dituduh mencurinya juga diragui kerana pegawai penyiasat tidak menyimpan buku dalam sampul surat di stor di pejabat polis sebaliknya mengembalikannya kepada penyelia kedai buku itu.

Hakim itu berkata juga tidak terdapat tanda pada buku-buku oleh pegawai penyiasat yang sebelum itu menerima buku-buku itu dari pengawal dalaman yang menahan Farid Amirul.
  
"Berdasarkan alasan-alasan itu, mahkamah sebulat suara menolak rayuan pendakwaan. Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan. Kamu, Farid Hisham Wu Abdullah dilepaskan dan dibebaskan," kata Hakim Abdul Malik kepada Farid Amirul yang ketika itu kelihatan menangis.

Pada 17 Dis, 2009, Farid Amirul dihukum penjara dua tahun, denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayarnya oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang mendapati beliau bersalah mencuri dua buah bertajuk "Sistine Secrets" berharga RM89.90 dan "Decoding The Heavens" berharga RM105 dari MPH Bookstore, Mid Valley Megamall, pada 7.15 malam, 27 Mac 2009.

Beliau berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah melepaskan dan membebaskannya pada 24 Sept, 2010.

Di luar mahkamah, Farid Amirul berkata pendapatan dan kredibilitinya terjejas berikutan kes ini menyebabkannya terpaksa bekerja sebagai atendan pam di sebuah stesen minyak di Melaka selama setahun kerana tidak mendapat sebarang tawaran kerja.

Dengan keputusan mahkamah hari ini, beliau berharap orang ramai akan kembali yakin kepadanya.

"Paling penting, ibu bapa saya boleh tidur lena," katanya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai penolong pengarah bagi program televisyen 26 siri "Titisan Darah Pahlawan" yang dijangka disiarkan pada Hari Kebangsaan.-

Cinta Liyana Jasmay dan Shah Iskandar



Nama Liyana Jasmay, barangkali tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakat gadis berusia 24 tahun ini mula diperkatakan setelah dia membintangi filem Castello di samping Rosyam Nor, enam tahun lalu.

Bagi aktor Shah Iskandar Mahfuz, atau mesra disapa Shah, biarpun mula berkecimpung dalam industri Malaysia sejak 2007, hanya sejak akhir-akhir ini penggiat filem dan peminat membuka mata akan kehadirannya di sini.

Berasal dari Singapura, ia tidak sedikit pun memberi batasan buat Shah berdampingan dengan pelakon-pelakon terkenal di Malaysia seperti Liyana.

Menerusi 3 Janji yang mula disiarkan 20 Mac lalu, setiap Selasa, jam 9 malam di TV3, Shah membawakan watak utama di samping Liyana dan Shahrizal Jaszle.

"Alhamdulillah, senang bekerjasama dengan Liyana. Dia sememangnya pelakon serba boleh. Menerusi 3 Janji, saya membawa watak sebagai Yassin yang jatuh cinta kepada Dalia lakonan Liyana.

Permulaan hubungan saya dan Dalia agak rumit kerana dia tidak menyukai saya.

"Namun akhirnya, saya berjaya memenuhi kriteria lelaki idamannya, iaitu dapat mengotakan tiga janji yang pernah diucapkan bekas teman lelakinya dahulu," katanya.

Bagi Liyana pula, pengalaman pertama kali bekerjasama dengan Shah dan Shahrizal tidak mendatangkan sebarang masalah buatnya.

Malah, Liyana berkata, kedua-dua aktor berkenaan memberi komitmen dan lakonan yang memberangsangkan.

"Cerita 3 Janji pada mulanya sebuah naskhah berat, namun Heykal Hanafiah sebagai pengarah mengubah jalan cerita untuk disesuaikan sasaran penonton.

"Watak Dalia agak berat kerana dia mempunyai karakter yang kadangkala sedikit psiko kerana kesedihan dialami.

"Bekerjasama dan 'bercinta' dengan dua jejaka pada saya tidak sukar kerana mereka memberikan komitmen 100 peratus dengan karakter mereka dan secara tidak langsung memudahkan saya untuk menjayakan watak Dalia," katanya.

Tuesday, March 27, 2012

Konsert mega Zaiton Sameon


ZAITON bersama Freddie (tiga dari kanan) dan Azmi (kanan) pada sidang akhbar Konsert Amal Tabung Kebajikan Zaiton Sameon baru-baru ini.



SELEPAS terlibat dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa anak tunggal kesayangannya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 19 tahun, pada 21 Februari 1990 di Batang Kali, Selangor, penyanyi popular lagu Menaruh Harapan Zaiton Sameon mula hilang punca pendapatan.

Vokal penyanyi yang kini berusia 55 tahun itu dikatakan tidak lagi hebat selepas terlibat dalam kemalangan.
Malah, ada pihak dikatakan telah menutup pintu rezeki penyanyi itu dengan mengatakan Zaiton atau lebih mesra dipanggil Kak Eton tidak lagi waras untuk menyanyi.

Kesan daripada itu, dia tidak lagi dipanggil untuk menyanyi di mana-mana persembahan nyanyian. Jika adapun Zaiton sekadar menyanyi untuk majlis-majlis perkahwinan sehingga kini.

“Saya terpaksa buang rasa malu menyanyi di majlis-majlis orang kahwin demi menampung kehidupan saya. Itupun jarang-jarang dipanggil dan saya cuma dibayar sekitar RM100 ke RM200 sahaja.
“Memang sejak terlibat dengan kemalangan saya tidak lagi mendapat kepercayaan pihak penganjur untuk menyanyi,” ujarnya dalam kesedihan kepada pihak media ketika ditemui pada sidang akhbar Konsert Amal Tabung Kebajikan Zaiton Sameon di Hotel Adamson, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Peluang yang diberikan oleh pihak Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk Zaiton mengadakan konsert pertamanya selepas 22 tahun terlibat dalam kemalangan yang bakal berlangsung pada 7 April ini di Dataran Sungai Kerang, Pantai Remis, Perak. Ia akan menjadi bukti Zaiton kepada peminat-peminatnya dan masyarakat bahawa vokalnya masih hebat dan dia masih waras untuk menyanyi.

“Saya sangat teruja untuk menyanyi semula. Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak buat persatuan Karyawan yang memberi peluang kepada saya untuk mengadakan konsert amal tabung kebajikan Zaiton Sameon,” tuturnya yang akan membawakan 10 buah lagu termasuk Menaruh Harapan, Kabut Serangkai Mawar, Black Magic Women, My Way, Perigi Biru dan Siti Payung.

Sementara itu, menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, Karyawan terpanggil untuk membela nasib Zaiton bukan kerana untuk mengaut publisiti sebaliknya sekadar membantunya memperoleh pendapatan daripada sumbangan orang ramai.

“Konsert Amal Tabung Kebajikan Zaiton Sameon itu diadakan secara percuma kepada orang ramai dan mereka boleh memberi sumbangan atau derma kepada Zaiton menerusi tabung yang disediakan.
“Bukan tujuan Karyawan untuk mengadakan konsert amal ini untuk mengaut publisiti tetapi ia adalah tugas dan tanggungjawab sebuah persatuan untuk membela nasib golongan artis di Malaysia,” ujarnya.

Jelas Freddie lagi, idea asal untuk mengadakan konsert ini adalah daripada ahli aktif Karyawan sendiri iaitu Azmi Zahari yang merupakan satu ikhtiar alternatif bagi membantu para ahli Karyawan yang kurang bernasib baik seperti Zaiton.

Kehadiran orang ramai pada konsert yang bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam itu nanti sangat digalakkan kerana inilah masanya mereka dapat melihat Zaiton kembali menyanyi secara langsung selepas terlibat dalam kemalangan.

Air kencing Saiful Apek, 3 rakan positif kanabis



Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis.

Juruteknologi makmal perubatan, Israfel Ismon berkata, beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28.

Beliau berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Israfel, 54, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut memaklumkan bahawa proses ujian itu mengambil masa tiga hari.

Monday, March 26, 2012

Mawi dirompak leasp RM10,000


Mawi menunjukan tempat perompak itu masuk ke rumahnya.


“Jangan bising.. duit, emas”. Hanya itu yang diungkapkan empat perompak yang memecah masuk kediaman penyanyi terkenal negara Asmawi Ani, 30, atau lebih dikenali Mawi, di Bangi Golf Resort dekat sini kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Mawi ketika kejadian baru sahaja menghabiskan lawatan kerja bersama media di Johor Bahru kira-kira jam 2 pagi sebelum menghabiskan masa melayan anaknya, Cahaya Malaika sebelum masing-masing tidur sekitar jam 3 pagi.

Menurutnya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk kuat dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat membuka pintu kerana menyangkakan ada kecemasan ekoran neneknya Salmah Sahan, 77, tidur di bilik sebelah.

“Ekin buka pintu dan tidak menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku sebelum terkejut diacukan parang ke leher oleh salah seorang daripada tiga penjenayah yang berdiri di pintu bilik utama.

“Seorang daripada mereka sedang menggeledah bilik sebelah sementara tiga lagi membawa nenek ke bilik kami dan mengikat kaki dan tangan saya, isteri, nenek mertua dan ibu mertua, Fatimah Saad, 55 yang berada di dalam bilik utama ketika itu,” katanya.

Mawi berkata, perompak tersebut merampas rantai emas yang dipakai neneknya dan juga wang tunai serta empat telefon bimbit dianggarkan kerugian yang dialami sekitar RM10,000.

Beliau berkata perompak kemudian melarikan diri menerusi tingkap di bahagian dapur.
Mawi, yang masih trauma dengan kejadian itu, berkata beliau dapat menyelamatkan dirinya dan anggota keluarganya dengan membuka ikatan menggunakan giginya.

"Selepas itu saya terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk membuat laporan," katanya.
Mawi berkata beliau beliau tidur lewat selepas pulang daripada promosi Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Johor Baharu kira-kira 2 pagi.

Sunday, March 25, 2012

Irma Hasmie bertemu jodoh di Mekah


Namun dia langsung tidak menyangka jodohnya akan tiba di depan Kaabah, Mekah ketika dia menunaikan umrah buat kali ketiga seorang diri baru-baru ini.

Akui pemilik nama penuh Irma Hasmie Ibrahim ini, dia sememangnya mendoakan yang terbaik buat dirinya ketika di depan Kaabah.

Ini kerana dia menganggap jodoh yang ditemui kota suci Mekah itu adalah yang terbaik.

Sebab itu dia bersetuju untuk mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan dalam bidang pengiklanan bernama Rezza Syah Azmeer Datuk Radzuan, 31, pada 24 Mac lalu selepas hanya sebulan lalu pertama kali bertegur sapa ketika di Mekah iaitu pada 14 Februari lepas.

Sebelum itu, Irma,30, terlebih dahulu dirisik oleh keluarga Rezza pada 12 Mac lalu.
Disapa bakal ibu mertua.

Bercakap mengenai hubungannya dengan Rezza yang masih baru itu, Irma yang ditemui pada majlis pertunangannya di kediaman keluarganya di Desa Confields, Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu lepas berkata, sejujurnya dia tidak pernah merancang untuk bertemu jodoh dalam waktu terdekat.

“Namun, saya akui ada berdoa di depan Kaabah agar diberikan segala yang terbaik untuk diri ini.

“Saya bersyukur sangat-sangat kerana bertemu jodoh di depan Kaabah ketika menunaikan umrah. Bagi saya, jodoh ini satu anugerah terbesar buat diri saya daripada Allah. Memang pertemuan kami dan hubungan kami berlangsung dalam waktu yang cukup singkat,” ungkapnya.

Tambah Irma: “Namun, apa yang membuatkan saya tertarik dan bersetuju untuk mengikat hubungan kami ke peringkat yang lebih jauh disebabkan jodoh ini ditemui di depan Kaabah.

“Kedua, saya sendiri cukup senang apabila bersama dirinya dan ketiga, hubungan kami direstui oleh kedua-dua pihak keluarga. Saya dapat merasakan restu itu, inilah sebabnya saya bersetuju untuk bertunang dan seterusnya melangkah ke gerbang perkahwinan,” ujarnya yang cukup anggun menggayakan busana rekaan pereka fesyen popular, Hatta Dolmat.

Saturday, March 24, 2012

Daud Kilau berjuang demi seni



Raja gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau. Sebut sahaja nama itu, pasti ramai yang dapat bayangkan gelekan dan tarian pemilik nama sebenar, Muhammad Daud Kilau, ini.

Yang pasti, sehingga kini, tiada siapa yang mampu menandingi dan menggantikan posisinya. Walaupun usianya sudah hampir mencecah 74 tahun, namun tawaran persembahan masih mencurah-curah. Tidak menyangka rezekinya masih ada, beliau melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi.

Jelasnya, tiada apa yang menggembirakannya selain terus berada di sisi peminat untuk menggalas tugas sebagai penghibur masyarakat.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki ini. Walaupun usia saya sudah melebihi separuh abad, saya masih diberikan kesihatan yang baik. Jadual saya juga sentiasa padat dengan undangan.

“Dari segi kesihatan, saya memang tidak pernah mengamalkan petua dan pantang larang. Saya ada penyakit, kencing manis tapi saya tidak pernah berpantang. Saya hanya makan ubat mengikut arahan doktor,” katanya yang baru sahaja mengadakan persembahan di Singapura.

Menurut M Daud, beliau sangat teruja mengadakan persembahan di serata tempat kerana setiap persembahannya sentiasa diserikan dengan tepukan dan sorakan peminat yang hadir.

“Ia adalah momen yang paling indah dalam hidup saya kerana bagi penghibur, tiada apa yang membahagiakan selain sokongan peminat mereka,” katanya yang tidak pernah berniat untuk meninggalkan dunia seni ini.

Dilahirkan dalam keluarga besar, anak bongsu daripada 10 beradik ini, mula menanam angan-angan untuk bergelar penghibur sejak kecil lagi. Katanya, kesempitan hidup ketika itu membuatkan dirinya tidak lagi memandang ke belakang untuk mencapai cita-cita sebagai orang seni. Ditambah pula dengan kebolehan menyanyi menguatkan lagi impiannya.

“Kebetulan, bapa saudara saya mempunyai peti nyanyi (piring hitam). Jadi, saya selalu dengar lagu dari situ. Ketika di sekolah, apabila tamat waktu belajar, guru akan memberi peluang kepada murid untuk mengasah bakat dalam nyanyian.

“Satu hari, saya dengar iklan menerusi radio untuk mencari Bintang Radio. Saya pergi uji bakat beberapa kali, tetapi tidak berjaya. Sehinggalah pada 1968, saya dipilih sebagai juara Bintang Radio menerusi lagu, Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis,” katanya yang mula diberi peluang menampilkan album pertama berjudul, Anak Derhaka, pada 1969.

Menurutnya, Datuk S M Salim insan yang banyak beri sokongan dan galakan kepadanya.

“Masa uji bakat Bintang Radio, beliau jugalah yang bawa saya ke sana. Saya mula kenal beliau sejak berhijrah ke ibu kota dan menyewa rumah berhampiran dengannya.

Friday, March 23, 2012

Youtube, MACP meterai perjanjian lesen



YouTube telah memeterai perjanjian pelesenan dengan Perlindungan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP) yang akan membolehkan pemuzik dan komposer Malaysia mendapat pendapatan di YouTube.

Pengarah pengurusan produk YouTube Asia-Pasifik, Adam Smith berkata pendapatan akan dikumpulkan apabila iklan dipaparkan di video rakan YouTube.

"Untuk kali pertamanya di bawah perjanjian ini, pencipta Malaysia akan menerima bayaran dari persatuan mereka apabila pemegang hak mengagihkannya," kata beliau dalam taklimat media di sini hari ini.

Bersempena dengan pelancaran ini, YouTube telah menjalinkan kerjasama perjanjian dengan syarikat-syarikat media terkemuka Malaysia termasuk Astro Malaysia dan KRU Studios.-

Thursday, March 22, 2012

Ikon baru dunia chef selebriti


SELEPAS dua bulan diangkat sebagai juara sulung MasterChef Malaysia, Dr. Ezani Farhana Md. Monoto mengakui kehidupannya sudah banyak berubah.

Katanya, sebelum dia menyertai program realiti masakan popular dunia itu, dia begitu mudah untuk bergerak ke mana sahaja tanpa ada yang mengenali.

Namun, kini segala-galanya berubah sekelip mata. Dr. Ezani sendiri memberitahu dia perlu mengambil masa untuk mengadaptasi kepada kehidupan barunya sebagai seorang selebriti.

“Sekarang ke mana sahaja saya pergi orang akan menyapa dan mahu mengambil gambar. Ada kala saya merasakan diri ini seperti bermimpi pula kerana tidak menyangka akan melalui perjalanan sebagai seorang selebriti.
“Apa yang lebih membuatkan saya berasa rendah diri apabila ada pihak yang mengangkat diri saya sebagai seorang ikon. Sesungguhnya ia membuatkan saya benar-benar rasa terharu.

Wednesday, March 21, 2012

Sari Yanti selesa bertudung



Pelakon genit, Sari Yanti masih lagi dihujani pelbagai tawaran lakonan dan tidak hairanlah jika wajahnya sentiasa menghiasi kaca televisyen.

Terbaru, Sari Yanti bersama pelakon lain seperti Diana Amir, Raja Farah dan Bienda bakal beraksi sitkom terbaru, Annisa setiap Ahad jam 8.30 malam di TV9.

Menurutnya, sitkom 13 episod ini dia pegang watak Nita, berusia 23 tahun dan telah berumah tangga.

“Ini pengalaman pertama saya berlakon dalam siri sitkom. Saya selesa watak dalam sitkom ini lebih-lebih lagi pelakon terlibat teman rapat saya.

“Saya terima tawaran lakonan ini kerana sitkom ini menampilkan jalan cerita ringan dan santai dan mengekalkan ciri keislaman. Saya juga tidak rasa terbeban dengan skrip yang diberi. Oleh itu saya senang menerima tawaran ini,” ujarnya.

Menyentuh watak bertudung dalam sitkom itu, pelakon berusia 28 tahun ini menyatakan dia selesa dengan penampilan watak itu.

“Pada awal kemunculan saya dalam drama bersiri Qaisara, saya sudah bawa watak bertudung. Jadi, tidak menjadi masalah buat saya.

Pelakon yang membintangi drama bersiri BFF ini juga berhasrat bertudung apabila tiba masanya nanti.

Tuesday, March 20, 2012

Mamat Akui Masih Sayangkan Fida



Percintaan yang terjalin antara pelakon komedi Mohd. Noor Murad atau lebih dikenali sebagai Mamat dengan pelakon Fida Ibrahim musnah sedangkan usia percintaan mereka baru mencecah enam bulan.
Semuanya gara-gara tindakan Mamat yang telah memuat naik gambar Fida tidak memakai tudung yang diambil ketika mereka sama-sama bercuti di laman sosial Facebook sehingga mengundang kemarahan pelakon tersebut.

Bagaimanapun, Mamat yang sebelum ini pernah popular dengan kumpulan Sepah sebelum kumpulan yang menjuarai program Maharaja Lawak itu berpecah berkata, kini dia dan Fida tetap menjalinkan hubungan sebagai teman biasa.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran filem animasi Bola Kampung di GSC Signature The Gardens, Kuala Lumpur baru-baru ini, Mamat juga mengakui dia masih lagi menyayangi bekas kekasihnya itu.

" Sebenarnya saya dan Fida masih menjalinkan hubungan, tetapi hanya sebagai kawan biasa. Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, kami berdua akan keluar bersama-sama kalau ada kelapangan dan hubungan kami tetap baik.

"Tidak dinafikan ada beberapa orang rakan saya yang agak pelik apabila kami berkawan, namun apa salahnya kalau kami berkawan. Saya sendiri langsung tidak menyimpan perasaan dendam terhadapnya, meskipun dia yang membuat keputusan untuk mengakhiri percintaan kami.

Lanjutnya, " Saya akui perasaan sayang dan cinta terhadap Fida masih ada, tetapi kami tidak pernah terfikir untuk kembali semula menjalinkan hubungan cinta dan kami tidak pernah membincangkan perkara tersebut.

Amani tak 'pilih bulu'


Bukan sahaja dapat menjiwai watak dengan penuh mendalam, malah pelakon filem Muallaf, Sharifah Amani, juga tidak pernah ‘memilih bulu’.

Tidak kira apa jua watak yang diberikan, komitmen Amani, ternyata harus dipuji. Terbaru, watak yang dipegangnya menerusi cerekarama di TV3 berjudul Pelarian, amat berkesan.

Drama arahan Azma Aizal Yusoof ini menyingkap sisi golongan gelandangan melalui kisah tiga beradik yang hidup di jalanan dalam usaha mencari ibu mereka di Kuala Lumpur.

Menurut Amani yang mesra disapa Nani, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk memilih watak. Malah, setiap watak yang diberikan dianggap sebagai pengalaman berbeza yang harus ditimba.

“Menerusi drama Pelarian, watak tersebut ialah Miza bukan Sharifah Amani. Jadi, saya perlu jadi Miza dan menyelami kehidupan sebagai gelandangan.

“Walaupun harus berpakaian comot dan hidup di jalanan, saya sanggup lakukan. Lagipun, pelakon tidak boleh jadi selebriti dan hanya berlakon dengan sentiasa bersolek tebal.

“Pelakon dan nak cuba berlakon, dua perkara berbeza. Ramai yang salah anggap perkara ini dan tidak sanggup untuk bawa watak buruk. Selagi saya digelar pelakon, selagi itulah saya akan terus bawa watak yang diarahkan,” katanya.

Monday, March 19, 2012

Pengarah Ahmad Idham buka akademi filem


SUASANA ceria pada majlis pemberian bonus untuk kru dan pelakon filem Niyang Rapik dan Hantu Bonceng baru-baru ini.





Syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd. yang diterajui penerbit, pengarah dan pelakon Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah meraih kejayaan yang cukup membanggakan.

Sudah menerbitkan sebanyak sembilan buah filem serta 22 buah drama, ternyata produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton.
Sebagai contohnya, filem Hantu Bonceng lakonan Zizan Razak dan Juliana Evans yang telah ditayangkan pada tahun lalu telah meraih kutipan sebanyak RM8.53 juta yang juga merupakan satu rekod kutipan tertinggi pernah dicapai syarikat tersebut.

Ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama media dan pemberian bonus kepada pelakon dan kru filem Niyang Rapik dan Hantu Bonceng di Kelab Cinta, Jalan Conlay, Kuala Lumpur baru-baru ini, Ahmad Idham memberitahu dia merancang untuk menubuhkan sebuah akademi perfileman.

" Saya bersyukur kerana Excellent Pictures sekarang boleh dikatakan sebagai syarikat yang semakin aktif dalam industri hiburan. Selain filem dan drama, syarikat saya juga akan mula menerbitkan teater.

"Lagipun bukan mudah untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi memandangkan saya bermula dari bawah sebagai seorang pelakon biasa. Namun, dalam tempoh 11 tahun saya telah berusaha keras sehinggalah syarikat ini mampu memberikan persaingan sihat dengan syarikat produksi sedia ada.

Memandangkan syarikat anda kini semakin berkembang, adakah anda masih menerima tawaran penerbit lain untuk menjadi pengarah?

"Tidak dinafikan tawaran itu masih ada seperti daripada David Teo memandangkan sebelum ini saya memang banyak mengarah filem di bawah syarikatnya. Namun, ada tawaran beliau yang terpaksa saya tolak kerana mahu memberikan tumpuan kepada syarikat saya.

Jelasnya lagi, "Sebenarnya saya sudah ada perancangan untuk menubuhkan sebuah akademi filem pada masa akan datang. Saya akui kebanyakan institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia sudah banyak menawarkan kursus perfileman kepada pelajar, tetapi kursus pengajian yang ditawarkan oleh akademi saya agak berbeza..

Rozita lega anak ditemui



Berita kehilangan Aniq Ezra Azuar Effendy, 14, anak lelaki kepada aktres jelita, Rozita Che Wan beberapa hari lalu masih lagi mendapat perhatian peminat.

Cubaan Zass mendapatkan Rozita berhasil apabila dia memberitahu Aniq Ezra telah pun selamat pulang ke pangkuannya.

Menurut Rozita, anak lelakinya itu lari ke rumah rakannya yang terletak di USJ, Subang Jaya kerana merajuk dengan aktres tersebut.

Mengaku cemas apabila anaknya tidak pulang ke rumah pada Jumaat lalu, Rozita berpesan kepada sesiapa yang ternampak anaknya itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.

“Alhamdulillah, Aniq tak apa-apa. Dia berada di rumah salah seorang rakannya. Dia lari sebab merajuk dengan saya.

"Mujurlah rakan-rakan Aniq dan rakan-rakan Ammar (anak sulung Rozita) membantu saya mencari Aniq,” katanya yang turut meminta bantuan polis untuk mencari anaknya itu.

Menurut Rozita, anaknya itu memberitahu pihak polis punca dia melarikan diri adalah kerana aktres itu sering melebihkan abangnya, Ammar Effendi.

Pada Sabtu lalu, kecoh di laman Twitter mengatakan Aniq Ezra hilang sehingga namanya menjadi 'trending topic' di kalangan pengguna laman tersebut.

Malah, berita kehilangan itu telah menjadikan satu hashtag #prayforAniqEzra menjadi popular.

Anak lelaki akters ini dilaporkan kali terakhir dilihat berada di USJ 11/12 pada jam 4 petang Jumaat lalu.

Sunday, March 18, 2012


KARYAWAN filem muda ini memiliki sikap positif yang tidak mahu mensia-siakan peluang yang diraihnya begitu sahaja.



Nama Nurul Ain Nordin, ramai yang masih belum mengenali kelibat pendatang muda yang baru membina nama dalam industri seni tanah air ini.

Namun pada tahun lepas, gadis ini pernah mengisi ruang kontroversi dunia hiburan tempatan rentetan gambar separuh bogelnya tersebar di Internet.

Ia sebenarnya adalah foto versi asal sebelum digunakan untuk menghiasi poster filem kedua lakonannya, Suatu Malam Kubur Berasap.

Setelah beberapa ketika, kini Nurul Ain atau lebih mesra disapa sebagai Ain mengejutkan ramai kerana tampil dengan filem sulung arahan dan terbitan syarikatnya sendiri yang diberi nama Star Scope Production Sdn. Bhd.
Apa yang menarik perhatian para wartawan yang hadir, walaupun mempunyai pengalaman yang masih sedikit dalam industri seni, namun, Ain yang masih muda ini sudah berani melangkah ke fasa baharu iaitu menjadi pengarah filem pula.

Barisan pelakon yang membarisi filem lakonannya juga tidak kurang hebat dan berpengalaman dalam industri seperti Wan Maimunah, Syamsul Yusof, Didie Alias, Abon dan Sepahtu.

Irma Hasmie bakal bertunang



PELAKON jelita, Irma Hasmie sebelum ini pernah menyatakan dia memohon ditemukan jodoh sewaktu berdoa di Makkah ketika mengerjakan umrah.

Nampaknya, doa Irma mungkin sudah dimakbulkan apabila dia dikatakan akan bertunang dalam masa terdekat.

Dalam kenyataannya di sebuah portal, Irma mengesahkan berita itu namun tidak mahu mengulas lanjut sehingga majlis dilangsungkan.

Apapun, tahniah diucapkan buat Irma dan jejaka pilihan yang berjaya menambat hatinya itu.

Gara-gara video lucah, periuk nasi Melia terjejas


 Melia tidak menyangka, keputusannya untuk menyertai industri seni, membawa pengalaman yang cukup pahit untuk ditelan. Dikatakan hamil anak luar nikah, menggugurkan kandungan dan yang terbaru, video bogel yang dikatakan untuk tatapan kekasih tersebar di blog hiburan.

Biarpun pada mulanya tidak mahu mengambil pusing mengenai cerita-cerita negatif yang keluar dan menganggap semua itu sebagai lumrah sebagai anak seni, namun akhirnya keparahan itu membawa duka kepada dirinya sendiri.

Mendapat kecaman bukan sahaja daripada masyarakat sekeliling bahkan daripada individu yang mempunyai pertalian darahnya dengannya sendiri, keharmonian keluarga bagaikan hilang dan Melia juga harus menelan pahit apabila ada sesetengah produksi menarik balik tawaran berlakon kerana khuatir dirinya akan digam stesen televisyen.

Tidak mahu terus berdiam diri, Melia akhirnya membuat keputusan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan.

Sementara itu sumber polis berkata, mana-mana individu tidak kiralah penulis bloq ataupun orang awam boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 922 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem iaitu menyimpan dan memiliki bahan lucah.

Friday, March 16, 2012

Reza penyambung warisan



Bagi anak kelahiran Sibu, Sarawak ini, tiada perkara yang lebih bermakna daripada dapat sama-sama meneruskan warisan seni Melayu.

Sanggup meninggalkan kerjaya sebagai penyampai di stesen radio swasta Era FM sebelum ini semata-mata ingin meneruskan perjuangan seni tarian, usaha Reza sepatutnya tidak dipandang rendah.

Apa yang jelas, bibit cinta Syaifulreza Mohamed atau lebih mesra disapa Reza terhadap bidang tarian sudah berputik sejak di bangku sekolah lagi sehingga membawa kepada tertubuhnya Patung Studio.
“Jujurnya, saya memang minat sangat dengan bidang tarian ini. Lagi pun, ia merupakan aktiviti yang berfaedah dan dalam masa yang sama, membentuk ketahanan stamina badan.

“Ketika saya berusia 16 tahun, saya sangat aktif dengan aktiviti ini, malah sering menyertai mana-mana.

Thursday, March 15, 2012

Aaron Naik Angin namanya dijual



 “Memang saya marah dengan perbuatan lelaki ini dan tidak akan teragak-agak membuat laporan polis,” kata pelakon, Aaron Aziz, selepas mendapati ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan menjual iPad menerusi akaun facebook yang menggunakan namanya.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 36, berkata, dia juga merancang menfailkan saman terhadap lelaki terbabit yang turut membuka akaun facebook palsu atas namanya dan menggunakan laman itu untuk memperdaya peminat serta menggelapkan wang mereka.


Menurutnya, dia mengesan perbuatan individu terbabit yang mendakwanya menjual 50 unit iPad pada harga murah khas untuk peminat dan mereka yang berminat dengan tawaran itu perlu meninggalkan nama dan nombor telefon dalam peti masuk pesanan selepas diberitahu isterinya, Diyana Halik, 27, kelmarin.

“Isteri saya memaklumkan ada seorang wanita menghubunginya pagi semalam (kelmarin) dan memberitahu menjadi mangsa penipuan lelaki yang menyamar sebagai pembantu peribadi saya dan menjual iPad di laman facebook,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Aaron berkata, dia terkejut kerana tidak sangka ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan kononnya menjual iPad bagi pihak dirinya.

Wednesday, March 14, 2012

Ogy batal niat saman Johan Raja Lawak



Pelakon dan pengacara versatil, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Kak Ogy, 50, nekad menyaman malu Johan Raja Lawak, 28,.

Ia ekoran Ogy berasa kecil hati dan terhina disebabkan mulut celupar pelawak itu yang mempersendakan Allahyarham dan Allahyarhamah ibu dan bapanya iaitu Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah.

Kejadian itu berlaku ketika mereka berdua digandingkan bersama mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) yang berlangsung pada 19 November 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Begitupun, Ogy yang ditemui pada majlis memperkenalkan protege program Mentor musim keenam yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur,  meluahkan hasrat untuk membatalkan sahaja niat menyaman Johan selepas berasa sejuk hati pula.


"  Saya memang marah dan terkilan dengan sikap dia ketika itu. Tetapi, sebagai profesional, saya meneruskan juga mengendalikan anugerah secara langsung itu kerana saya berpegang pada prinsip untuk tidak mencacatkan majlis orang yang sudah meletakkan harapan yang tinggi untuk kita mengendalikan majlis tersebut dengan baik.

Selain menghina kedua arwah ibu bapa saya dia juga menghina nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Saya boleh bersabar lagi dan menegurnya selepas majlis itu tamat sebagai seorang kakak dan artis senior tetapi dia boleh gelakkan saya dengan teguran tersebut. Disebabkan itu saya sangat marah dan terus mengambil tindakan untuk menyamannya.

Tuesday, March 13, 2012

Elly Mazlein tidak sabar menanti hari bahagia



Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein nampaknya semakin berkembang. Setelah menjadi tunangan orang pada 29 Mei lalu, Elly mengakui tidak sabar menanti hari bahagia yang dijadualkan berlangsung Disember ini.

Jelas Elly, tiada kata yang dapat menggambarkan rasa terujanya untuk menanti saat bergelar isteri dengan pengarah drama dan filem, Azmi Mohd Hata yang berstatus duda anak dua.

“Setakat ini persiapan sudah 50 peratus dilakukan. Buat masa ini tarikh belum diputuskan. Kalau hendak diikutkan, majlis hari jadi saya jatuh pada 17 Disember, tapi ia hari bekerja.

“Kami akan pilih tarikh hari cuti dan semua sanak saudara juga boleh datang untuk sama-sama meraikan hari bahagia kami itu. Kalau boleh, kami ingin majlis dipermudahkan dengan satu hari saja di mana majlis akad nikah, waktu pagi dan persandingan pula sebelah petang.

“Alhamdulillah, melalui kehidupan sebagai tunangan orang tidaklah sukar. Setakat merajuk sikit-sikit adalah kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran drama Amukan Pocong di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Elly berkata, biarpun berstatus selebriti, namun dia tidak mengimpikan majlis perkahwinan besar-besaran. Sebaliknya diadakan dalam suasana meriah dan romantis.

“Saya memang merancang sesuatu yang istimewa pada hari bahagia kerana ia akan dikenang seumur hidup, tapi bukan bermaksud perlu diadakan secara besar-besaran. Buat masa ini ada tajaan yang kami dapat, namun ada yang saya pilih tanggung separuh kos tajaan.

“Saya mengimpikan majlis perkahwinan moden dalam taman yang penuh dengan bunga-bungaan dan warna lembut kerana terasa romantis. Mungkin lokasi nikah akan diadakan di masjid dan persandingan pula di Bukit Kiara.

“Barangan hantaran juga masih dalam proses. Memandangkan saya menggemari angka satu, bermungkinan hantaran saya berjumlah RM11,111.11,” katanya yang akan menggunakan khidmat Eila Faiz Shah dan Datin Lynda Rahim untuk busana akad nikah dan resepsi.

Monday, March 12, 2012

Malek Noor akhiri zaman bujang



Hanya dengan sekali lafaz, bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor kini sah bergelar suami kepada seorang doktor pakar kanak-kanak, Dr Wan Asma Wan Ismail, pagi ini.

Majlis akad nikah yang berwalikan bapa Dr Wan Asma, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, itu diadakan di Penthouse Kelantan Trade Centre (KTC) milik doktor pakar berusia 52 tahun itu.
Malek, 56, melahirkan rasa syukur di atas ikatan yang terbina dan berharap ia adalah perkahwinan pertama dan terakhir baginya.

“Ketika menunaikan umrah 12 Mac tahu lalu saya memohon kepada Allah agar mempertemukan jodoh dengan wanita yang solehah, dan alhamdulillah dimakbulkan.
“Hari ini dipilih bersempena dengan tarikh tersebut,” katanya selepas majlis akad nikah berkenaan yang diadakan kira-kira jam 11 pagi.

Menurut Dr Wan Asma yang juga ibu kepada tujuh anak berusia antara 11 hingga 30 tahun, dia tidak menyangka perkenalan selama tiga bulan akhirnya menyatukan mereka.

Mengimbau kembali detik pertemuannya, Dr Wan Asma berkata dia mula berhubung dengan Malek selepas tidak dapat menghadiri majlis penerangan produk kesihatan di Kota Bharu pada November lalu.
“Saya kemudian menghubunginya untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk tersebut kerana Abang

(panggilan mesra untuk Malek) bertindak sebagai duta produk berkenaan,” katanya.

Dr Wan Asma berkata, walaupun jarang berjumpa, telefon menjadi penghubung utama sehingga Malek datang berjumpa ayahnya untuk merisik pada Februari lalu.
Menurut Wan Asma, dia dan Malek masing-masing mempunyai komitmen di Kota Bharu dan Kuala Lumpur.

“Abang akan meneruskan perniagaannya di Kuala Lumpur dan saya akan terus dengan kerjaya di Hospital Pakar Perdana di sini,” katanya.
Dr Wan Asma yang kini mempunyai empat cucu bercerai pada Jun 2009 berharap perkahwinan kali ini kekal dan gembira kerana mendapat restu semua anaknya.

Fasha Sandha kahwin April ini




Perkahwinan aktres Fasha Sandha bukan lagi rahsia buat peminat dan industri seni. Sebelum ini, pelbagai spekulasi mengenai tarikh perkahwinan Fasha hangat diperkatakan dan terbaru, Fasha dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya 29 April ini bersama jejaka pilihannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Tidak menafikan khabar angin itu, Fasha yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Wajah Inspirasiku TV3, tidak lagi berteka-teki mengenai perancangannya untuk bergelar isteri tidak lama lagi.

Enggan mendedahkan tarikh sebenar perkahwinannya, Fasha mengakui bakal melangsungkan perkahwinan April ini dalam suasana sederhana.

“Ya, kami akan bernikah April ini, tetapi atas permintaan bakal suami saya, saya tidak boleh dedahkan tarikh sebenar.

Bila dah dekat dengan tarikhnya, kami akan edarkan kad tanpa mengadakan sebarang sidang media untuk mengumumkan tarikh itu.

“Lagipun, majlis yang diadakan hanya sederhana. Saya tidak pernah mengimpikan majlis besar-besaran dengan gelaran Wedding Of The Year, cukuplah sekadar majlis itu sederhana tetapi sentiasa diingati.

“Bagi kami, majlis sederhana lebih indah kerana kita dapat beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Jika terlalu ramai, kita tak sempat nak melayan mereka,” katanya yang bakal melangsungkan pernikahan di rumah yang dibeli bakal suaminya di Ampang.

Sunday, March 11, 2012

Sengsara Jadi Juara Raja Lawak



Tidak tahu di mana silapnya, Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kassim, seakan tidak bergemerlapan berbanding rakan lain. Walaupun berjaya bergelar juara, namun ia bukanlah tiket untuk Man melangkah mudah.
Mengakui bukan mudah menongkah arus sebagai anak seni, tidak pernah terlintas di hatinya untuk berundur daripada industri ini.

“Sebelum ini, pernah terlintas di fikiran saya, jika saya menjuarai Raja Lawak, tawaran lakonan akan sentiasa ada. Namun, tanpa disangka, saya harus berusaha sendiri untuk ke arah itu. Kadang kala, saya terpaksa tebalkan muka untuk mendapatkan peluang lakonan.

Jika hanya mengharapkan rezeki datang bergolek, saya tidak akan mampu untuk terus bertahan. Bagi saya, tidak perlulah terlalu demand sangat kerana ia akan merosakkan karier sendiri. Tambahan pula, lambakan pelawak yang ada, kita harus bersaing untuk dapatkan tawaran,” katanya yang kini muncul menerusi drama bersiri, Sopi Sekuriti yang ditayangkan di saluran Astro Warna, bermula 28 Februari lalu, jam 10.30 malam.

Drama komedi 13 episod tersebut turut dibintangi, Sazzay Falak, A Galak, Roy Azman, Afiq Izzudi dan Mohd Nur Hadri.

Mengulas mengenai drama komedi terbitan Skop Production itu, Man berkata, dia diberi peluang sebagai teraju utama. Teruja dengan tawaran dan kepercayaan yang diberi, Man turut berpuas hati dengan komitmen yang diberikan.

Katanya, walaupun hanya drama komedi, ia memberi impak besar kepadanya kerana ini kali pertama diberi peluang memegang watak utama.

“Bukan senang untuk dapat tawaran sebegini. Jadi, peluang yang ada, saya gunakan sebaik mungkin untuk membuktikan kebolehan saya. Dalam drama itu, saya bukan hanya perlu melawak, malah banyak aksi harus saya lakukan. Saya mencabar diri melakukan pelbagai aksi. Saya berharap drama ini menjadi platform kepada saya untuk menonjolkan kebolehan yang ada. Walaupun saya dilahirkan dari bintang realiti lawak, namun saya boleh jayakan watak lain juga,” akhirinya.

Man Raja Lawak 5 Biodata:

Nama Sebenar: Abd Rahman Bin Kasim.
Nama Tipu: Man.
Umur: 33.
Asal: Kuala Lumpur. Status: Berkahwin.

Saturday, March 10, 2012

Faradhiya jadi isteri kedua?



Penyanyi dan pelakon, Faradhiya dikatakan sedang hangat bercinta dengan pemilik rangkaian sebuah hotel terkenal.
Malah, Faradhiya dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Namun kurang manisnya, lelaki berjaya bertakhta di hatinya itu bukan bujang, sebaliknya suami orang. Justeru, ada pihak membuat spekulasi, Faradhiya bakal menjadi isteri kedua.

Tidak lari atau cuba menyembunyikan diri, Faradhiya semasa dihubungi wartawan tidak keberatan memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Faradhiya atau mesra disapa Fara mengakui sedikit berang dengan fitnah disebarkan oleh pihak terbabit.

"Saya rasa, tidak perlu takut atau lari bila ada orang berkata mengenai saya. Saya sudah lali dengan gosip mengarut seperti ini. Cuma sudah beberapa tahun saya menjaga reputasi karier dari terlibat dengan cerita negatif. 

"Sepatutnya mereka bertanya kebenarannya sebelum mengeluarkan cerita mengarut seperti itu. Saya tidak kisah jika hati saya tercalar, tapi saya masih ada keluarga," katanya.

Faradhiya berkata, dia mengaku baru mengenali individu dimaksudkan oleh laman web hiburan tersebut, namun kenyataan mengatakan dia bakal berkahwin adalah mengarut.

"Saya akui baru mengenali lelaki dimaksudkan oleh blog hiburan tersebut. Bagi saya, bukan menjadi satu kesalahan untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Namun kenyataan mengatakan saya akan berkahwin dan sekali gus menjadi isteri nombor dua, 200 peratus tidak benar sama sekali.

"Bukan mahu bercakap besar tetapi dari dulu lagi, saya memang minta dielakkan bercinta dengan suami orang. Apatah mahu menjadi isteri kedua dan sebagainya. Apa yang ingin saya tegaskan, saya akan buktikan pada semua pihak bahawa apa yang katakan itu tidak benar dan saya bukan wanita yang suka berkongsi," tegasnya.

Zainal Abidin lahirkan 'Kamu'




Penyanyi Zainal Abidin tampil dengan single terbarunya berjudul, Kamu ciptaan lagu dan lirik oleh Ajai.

Mengaku begitu selektif dalam memilih lagu terbaik, penyanyi berusia 53 tahun ini, mengambil masa lama memikirkan lagu yang tepat bagi menjadi single pengenalan buatnya selepas muncul dengan album Puteri pada 2004.

Menyifatkan lagu Kamu sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang kekal menemaninya sepanjang 30 tahun berada dalam industri muzik, bekas penyanyi Headwind ini merasakan lagu itu sebagai satu penulisan dan perubahan terbaik yang pernah dinyanyikan.

“Lagu Kamu dihasilkan khas untuk peminat saya yang sekian lama ternanti-nanti kemunculan album baru saya. Malah apabila saya pergi ke mana-mana, peminat pasti bertanyakan album baru.

“Jadi, sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang membesar bersama muzik saya dan setia menemani saya selama ini, lagu Kamu didedikasikan khas untuk mereka,” katanya yang cukup berpuas hati dengan hasil kerja Ajai dalam menghasilkan lagu tersebut.

Ketika ditemui di majlis memperkenalkan single terbarunya di Hard Rock Café, Kuala Lumpur, Zainal yang tampil segak dengan kemeja putih memberitahu, dia sendiri meminta Ajai menghasilkan lagu bagi dimuatkan dalam album terbarunya, memandangkan komposer itu mengetahui kekuatan vokal dan kecenderungannya pada muzik. Tambahan pula, Ajai juga merupakan peminat Zainal sejak penyanyi itu bersama kumpulan Headwind lagi.

“Memandangkan dia (Ajai) tahu minat saya dalam muzik dan mengikuti perkembangan saya sejak bersama Headwind lagi, jadi kami tiada sebarang masalah dari segi mencipta keserasian kerana masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan.

“Lebih-lebih lagi, kami berdua adalah orang yang teliti dalam melakukan sesuatu kerja. Justeru itu, kami begitu mengambil berat soal susunan lagu dan lirik,” katanya yang mengambil masa dua bulan duduk berbincang dengan Ajai.

Menurut Zainal, pada peringkat awal sebelum bekerjasama dengan komposer itu, berlaku sedikit kesukaran untuk Ajai kerana dia ada berpesan supaya tidak memasukkan unsur cinta di dalam album barunya.

Friday, March 9, 2012

Wardina ceburi bidang penceramah agama dan motivasi ?



Wardina Safiyyah Fadlullah yang kelibatnya sering kita lihat di kaca televisyen mahupun akhbar dan majalah.

Bukanlah populariti yang hendak dikejar, namun keberadaannya dalam bidang seni secara tidak langsung mengalungkannya dengan status public figure.

Sebagai selebriti, setiap langkah wanita berusia 33 tahun ini menjadi perhatian masyarakat termasuk kehadirannya dalam majlis-majlis ilmu dan motivasi.

Ramai yang tersalah sangka, Wardina kini menceburi bidang baru sebagai penceramah agama dan motivasi, namun ibu kepada tiga anak ini sekeras-kerasnya menafikan tanggapan itu.

“Saya bukan penceramah agama atau motivasi kerana saya tiada tauliah dan kelayakan dalam bidang berkenaan.

“Saya hanyalah seorang student of knowledge yang belajar daripada sesiapa dan dari mana-mana sahaja. Daripada makcik jual kuih tepi jalan pun banyak yang boleh saya pelajari,” jelas Wardina melalui kiriman e-mel kepada Zass.

Malah, kata Wardina, dia juga tidak mahu masyarakat terus menggelarnya sebagai penceramah mahupun motivator.

“Saya seorang wanita, ibu, aktivis, Muslim, isteri dan rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dan kebaikan untuk saya, anak-anak dan negara ini, kerana jujurnya saya amat risau dengan apa yang saya lihat kini.

“Saya cuma bertukar idea dan pengalaman dalam tulisan, lisan dan perbuatan dengan mereka yang mahu membina minda bersama berfikir secara kritis, memperbaiki diri dan mencari inspirasi sama seperti saya mahu belajar dari sesiapa sahaja,” kata Wardina mengenai aktivitinya ketika ini.

Thursday, March 8, 2012

Pertandingan cipta video P. Ramlee



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Arkib Negara Malaysia cawangan Pulau Pinang akan menganjurkan pertandingan mencipta video P. Ramlee @  Youtube sempena sambutan Hari Seniman 2012.
  
Pertandingan yang memerlukan setiap peserta mengetengahkan bakat nyanyian, meniru aksi atau sketsa berkaitan Seniman Agung itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian  Malaysia Pulau Pinang, Jabatan Penerangan Pulau Pinang dan Jabatan Kemajuan  Masyarakat (Kemas) Pulau Pinang, demikian menurut kenyataan penganjur di sini hari ini.
  
Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 untuk pemenang tempat pertama, RM700 untuk tempat kedua, RM500 bagi tempat ketiga dan tiga hadiah saguhati RM100.
  
Penyertaan terbuka kepada semua termasuk warga negara asing bagi kategori solo atau berkumpulan. Tempoh setiap video adalah lima minit.
  
Syarat lain ialah setiap peserta yang dipilih sebagai pemenang perlu hadir pada  majlis sambutan Hari Seniman 2012 pada 8.30 pagi 22 Mac ini di Pulau Pinang dan keputusan pengadil adalah muktamad.
  
Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 12 tengah hari 19 Mac ini.

Setiap video mesti dimuat naik ke Youtube dan dihantarkan ke alamat e-mel broadbandutara@gmail.com

Wednesday, March 7, 2012

Cat Farish masuk icu


Bekas anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish atau nama sebenarnya Farrish Zaquan Ramli dikejarkan ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal disebabkan tekanan darah tinggi. Semuanya gara-gara bebanan kerja.
Malah, keadaannya pada waktu itu dikatakan kritikal apabila Cat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua hari.

Trauma melalui pengalaman selama dua hari di ICU dengan seluruh badan dipenuhi oleh wayar dan tiub, Cat berjanji untuk menjaga kesihatannya sebaik mungkin dan nekad untuk tidak kembali ke ICU.

Cat menceritakan pengalamannya sepanjang berada di hospital selama hampir sepuluh hari,

Tiga minggu lepas saya dikejarkan ke hospital selepas hidung saya mengeluarkan darah tanpa henti selama sembilan jam. Lebih memburukkan keadaan, darah turut keluar dari mata saya dan doktor memberitahu salah satu sel pada hidung saya pecah. Pihak hospital terpaksa menempatkan saya di ICU untuk rawatan lanjut.

" Selama seminggu saya berada di hospital untuk rawatan manakala di ICU saya ditempatkan selama dua hari " jelasnya.

Biodata Fasha Sandha




Biodata Fasha Sandha

NAMA PENUH:
Nur Fasha Sandha Binti Hassan
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
TARIKH LAHIR: 28 Mac 1984
PENDIDIKAN: Institut Kebudayaan Belia Negara (diploma)
KERJAYA: Pelakon, model iklan
TEMPAT LAHIR: Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bahru

SEJARAH:
Fasha mula mendapat perhatian selepas lakonannya dalam Black Maria. Tetapi drama bersiri Natasya-lah yang melonjakkan namanya, menjadikannya antara pelakon wanita yang ‘in-demand’.

FILEM:
Badai Pasti Berlalu (akan datang)
2009: Skrip 7707 - (Main Actor)
2008: Cicakman 2: Planet Hitam - (Main Actor)
2008: Cinta U-Turn - (Main Actor)
2008: Evolusi KL Drift - (Main Actor)
2007: Anak Halal - (Main Actor)
2007: Nana Tanjung 2 - (Main Actor)
2007: 9 September - (Main Actor)
2006: Cicakman - (Main Actor)
2006: Cinta - (Main Actor)
2006: Nana Tanjung - (Main Actor)
2006: Gong - (Main Actor)
2006: Bujang Senang - (Main Actor)
2005: Anak Mami Kembali - (Main Actor)
2004: SH3 The Movie - (Main Actor)
2004: Berlari Ke Langit - (Main Actor)
2004: Bintang Hati - (Supporting Actor)
2003: Black Maria - (Extra)

DRAMA:
Kasih... Relaku pujuk
Songket Cinta Bertenun Duka
Natasha
Natasha 2
Dengan Nama Cinta
Rumah Itu Duniaku
Mentari Jingga
Usia
Seiras

IKLAN: Darlie, Sunsilk, Maybelline, Garnier, Maxis, Petronas, Nokia, Darlie,Pantene,Total Image, Walls Ice Cream dan Fair & Lovely

ANUGERAH:
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 - Pelakon TV Wanita Popular
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 - Pelakon TV Wanita Popular; Pelakon Filem Wanita Popular.

Tuesday, March 6, 2012

Linda Jasmine hamil anak ke 2




Tahap kesihatannya Linda Jasmine.kini kurang menentu. Dia tidak sedap badan ekoran beberapa kali terjatuh di atas pentas sewaktu hadir memantau perkembangan produksinya sepanjang tiga minggu latihan dijalankan sebelum ia dipentaskan selama tiga malam berturut-turut pada minggu lalu.
.
Bagaimanapun, Linda yang tidak lokek menguntum senyum masih sudi meluangkan sedikit masa untuk ditemu bual.

“Pembawaan bayi kali ini paling memenatkan! Penat yang lain macam berbanding sewaktu mengandungkan Qhalif dan Ratu dulu,” ujar Linda membuka cerita.

Berbicara lebih lanjut mengenai usia kandungannya yang kini hampir mencecah usia tujuh bulan, kata Linda dia dijangka melahirkan bayi yang sudah disahkan jantinanya perempuan itu pada 1 Mei ini.
“Saya memang mahukan seorang bayi perempuan, jadi sudah tentu selepas membuat imbasan jantina bayi sewaktu berusia lima bulan, saya cukup gembira apabila mendapat tahu saya bakal melahirkan seorang lagi bayi perempuan,” katanya penuh gembira.

Apabila ditanya tentang pemilihan nama bakal bayi perempuannya itu, wanita yang berusia 40 tahun itu mengaku sudah memilih nama untuk anaknya itu, tetapi kata Linda biar ia menjadi rahsia terlebih dahulu. Ulasnya ringkas: “Nama sudah ada tapi biarlah rahsia dulu, nanti tak ada kejutan.”


“Saya lebih mementingkan tentang cukup minum air, makan vitamin dan makan makanan seimbang selain melakukan senaman yang bersesuaian dengan keadaan saya sekarang,” dedah Linda.

Kemudian sewaktu ditanya mengenai diet yang diamalkan selaku juru latih tarian profesional, dia menegaskan bukan individu yang sesuai untuk bersoal jawab mengenai penjagaan kesihatan yang sempurna.
“Kadang-kadang, saya mengamalkan diet melampau kalau mahu kurus, tapi itu dulu sekarang tidak lagi.

Malah saya akui, ketika awal proses kehamilan, saya ada juga menari. Sekarang apabila tengok budak-budak menari terasa gian juga, cuma untuk keadaan sekarang, saya perlu berehat dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan kami berdua,” jelas Linda lagi.

Monday, March 5, 2012

Jimmy mengaku tampar isteri

JIMMY SHANLEY bersama Nursuhaila Eliani pada hari perkahwinan mereka pada 1 Oktober 2010. 


 Pengacara televisyen Astro, Jimmy Shanley mengaku telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sebanyak dua kali sepanjang 19 hari berkahwin.

Menurut Jimmy, kali pertama dia menampar Nursuhaila adalah pada hari ketiga berkahwin di rumah mertuanya di Sungai Buloh dekat sini.

Kali kedua dia berbuat demikian ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand pada 19 Oktober 2010.
Katanya, tindakan tersebut dilakukan sebagai pengajaran untuk mengelak wanita itu menjadi derhaka selepas mengabaikan dirinya sebagai suami.

"Dia ada menangis, namun tiada kecederaan," katanya yang mengakui perkahwinan mereka bermasalah sejurus selepas bernikah pada 1 Oktober 2010.

"Selepas kejadian (ditampar), isteri saya terus daftar keluar (dari hotel) dan pergi ke Bangkok seorang diri manakala saya pulang ke Kuala Lumpur pada 20 Oktober," katanya semasa disoal peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus.

Tuduhan Liar: Lisdawati percayakan Fauzi



Semenjak mendirikan rumah tangga lima tahun lalu, jarang sekali mendengar badai melanda perkahwinan pasangan pelakon, Lisdawati dan Fauzi Nawawi.

Jika ada sekali pun, ia melibatkan cerita-cerita negatif beberapa pihak yang seolah-olah sengaja memburukkan nama Fauzi dengan mengaitkannya dengan isu video lucah, mempunyai hubungan sulit dan beberapa cerita negatif lain.

Biarpun begitu, si isteri tetap meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap suami dan menganggap perkara yang berlaku sebagai fitnah orang luar yang tidak senang melihat kebahagiaan mereka.

Tidak berhenti setakat itu, Fauzi baru-baru ini pula dikatakan mengugut untuk mencederakan seorang pengurus produksi dan rakannya yang didakwa masih belum melangsaikan hutang dengan pelakon itu.

Masih lagi berdiri kukuh di sebelah suami, Lisdawati atau mesra disapa Lisda tampil memberikan penjelasan mengenai hal tersebut.

Menurutnya, Fauzi tidak mengeluarkan kata-kata mengugut sebaliknya hanya meminta hak yang sepatutnya diberikan.

“Sebenarnya sebelum berjumpa dengan pengurus produksi berkenaan, saya ada menemani suami untuk membuat laporan polis mengenai hal penipuan itu.

“Tambahan pula, kami mendapat tahu bukan hanya Fauzi sahaja yang ditipu, malah sebelum ini sudah ramai artis lain yang terkena,” katanya sambil memberitahu si pengurus produksi cuba melarikan diri dengan tidak membalas mesej dan mengangkat panggilan telefon.

Apabila diajukan mengenai hal rumah tangganya yang baru-baru ini kerap dilanda kontroversi, Lisda menganggap perkara itu sebagai dugaan buat mereka suami isteri.

“Kami tidak pernah berniat untuk sengaja cipta kontroversi. Malah, apa yang berlaku adalah ujian untuk kami lebih rapat. Saya percaya dia kerana saya sentiasa ada bersamanya dan kami bahagia bersama,” ujarnya lagi.

Malah menurut Lisda, hubungan mereka bersama anak-anak; Nur Aini Farhana, 4, dan Nur Aina Fazneesya, 3, juga tidak terganggu kerana masalah itu.

“Saya cukup gembira melihat perkembangan Farhana yang kini begitu petah bercakap. Kami telah menghantar dia ke pra sekolah sebagai persediaan awal. Malah, Fauzi juga gemar melayan Farhana yang mempelajari bahasa Cina di sekolah,” katanya.

Sunday, March 4, 2012

Ana Raffali berbulan madu di Kelantan


Penyanyi Ana Raffali yang menamatkan zaman bujangnya baru-baru ini, gembira apabila hasratnya untuk berbulan madu bersama suaminya, Ahmad Aznaim Abdullah di negeri Cik Siti Wan Kembang menjadi kenyataan.

Lebih membahagiakan pasangan yang dinikahkan pada 25 Febuari lalu kini melayari saat-saat yang paling bermakna dalam hidup dengan melakukan perkara yang sangat diidamkan setelah berada di Kelantan.

Ana yang tidak lekang daripada senyuman itu memberitahu, dia sangat teruja dan seronok dapat menghabiskan masa bersama dengan insan tersayang di negeri ini selepas bergelar suami isteri.

“Saya bercuti selama dua minggu dan dengan peluang yang ada ini saya gunakan untuk melawat sanak saudara di Kelantan. Saya sangat gembira,” katanya ketika ditemui media hari ini sempena majlis meraikan perkahwinannya di Kelantan Trade Center (KTC).

Ana Raffali yang masih dalam proses menyiapkan album barunya dengan mempertaruhkan single “Lisa Jatuh Cinta” itu juga sangat bertuah kerana dia dapat menunaikan keinginannya untuk menikmati keistimewaan masakan orang Kelatan.

“Sejak sampai di sini, pelbagai manakan tradisi orang Kelantan saya sudah makan, sedapnya menikmati hidangan nasi kerabu, nasi dagang, jeruk mame, solok lada dan banyak lagilah.

“Saya akui orang Kelantan sangat ramah dan pandai memasak,” katanya yang ayu menggayakan baju kurung berwarna gelap.

Sebagai tanda meraikan pasangan pengantin baru itu, pihak KTC menawarkan pakej berbulan madu di hotelnya selama empat hari dan turut diselitkan dengan beberapa aktiviti menarik untuk dinikmati sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.

Saturday, March 3, 2012

Fouziah Gous sudah punyai kekasih



Pelakon berkulit cerah dengan fizikal tinggi lampai, Fouziah Gous,usia menginjak 30 tahun
masih kelihatan cantik tatkala menyarungkan busana pelbagai fesyen yang diberikan padanya.

Mungkin sukar dipercayai wanita secantik ini masih solo walhal rakan-rakan seangkatan dengannya sudah mempunyai buah hati dan ada yang sudah berumahtangga. Sebagai wanita, pemilik nama sebenar, Nor Fouziah Mohd Gous ini turut menyimpan hasrat menjadi suri kepada seorang lelaki bergelar suami.

Tidak dapat disangkal, ramai lelaki yang mahu mendampingi pelakon yang mula mencipta nama menerusi beberapa siri drama dan filem itu sama ada orang biasa, pelakon atau orang kenamaan. Malangnya, hanya seorang yang berjaya menyentuh hati kecilnya.

Mengakui kini sedang berkawan rapat dengan seseorang, Fouziah tidak menolak kemungkinan dia akan mengakhiri zaman bujang pada tahun ini. Bagaimanapun, anak bongsu daripada lima beradik itu masih berteka-teki mengenai identiti jejaka tersebut. “Saya bukannya robot yang tidak mempunyai perasaan untuk berkahwin. Dari segi fizikal dan mental, saya sudah bersedia untuk menjadi isteri. Apatah lagi saya ini jenis yang lebih pentingkan keluarga berbanding perkara lain.

“Cukuplah jika saya katakan saya mempunyai seseorang tetapi masih tahap sebagai rakan. Bagaimanapun, dia berjaya menyentuh hati saya untuk mengenalinya. “Sudah pasti lelaki yang menjadi pilihan saya adalah seseorang yang baik hati, memahami kerjaya saya, seorang yang kelakar dan dapat memberikan bimbingan agar menjadi lebih baik,” katanya.

Mempunyai impak besar ketika mula-mula menceburi bidang seni, namun sejak akhir-akhir ini semakin kurang cerita mengenai gadis manis ini kita dengar mahupun terpampang di akhbar. Adakah dia sudah dilupakan? Boleh dikatakan mempunyai pakej yang lengkap namun tidak tahu di manakah silapnya kerana beberapa filem yang mempertaruhkan bakatnya secara kasar dilihat kurang ‘menjadi’.

Bagi Fouziah, keadaan itu tidak menjadi alasan baginya untuk berhenti dari terus berlakon apatah lagi peminatnya sentiasa menantikan naskhah terbaru dari gadis kelahiran Kuala Lumpur ini.

“Mungkin belum tiba rezeki saya untuk ‘meletupkan’ filem itu dengan lakonan saya. Apatah lagi watak yang diberikan pada saya adalah sama saja. Bukan mahu ‘demand’ tetapi saya sendiri bosan memegang watak yang sama, apatah lagi penonton.

“Siapa yang tidak mengidamkan untuk berlakon di layar perak cuma buat masa ini saya masih belum mempunyai rezeki untuk memegang watak mencabar. Ada juga empat atau lima tawaran memegang watak yang saya idamkan itu cuma masa tidak sesuai menyebabkan saya menolak tawaran terbabit,” tambahnya.

Fouziah yang pernah membintangi drama Sangga Saadah, Impak Maksima The Series serta filem Anak Mami, Rasukan Ablasa dan Dua Hati Satu Jiwa, tidak kisah sekiranya dia lebih banyak berlakon dalam drama bersiri mahupun telefilem berbanding filem kerana dia mementingkan karakter watak yang dipegangnya.

Bekas pramugari ini sanggup meninggalkan kerjaya terbang di langit biru hanya kerana cintanya terhadap seni. Katanya, dia juga tidak meletakkan rezekinya pada populariti tetapi hasil memuaskan. Fouziah kini sibuk dengan drama bersiri Trilogi Cinta musim kedua. “Untuk musim kedua ini, saya harus memberikan lebih baik daripada musim pertama kerana maklum balas daripada peminat pada musim lalu agak baik. Sudah pasti mereka memberikan harapan yang tinggi untuk Trilogi Cinta musim kedua ini.

Friday, March 2, 2012

Penyampai radio Sharifah Aleya sah bercerai




Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.

Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.

Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.

“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.

Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka.

Thursday, March 1, 2012

Kes khalwat Razak Ahmad 19 April



Hakim Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 19 April depan untuk hujahan akhir pembelaan kes pelakon dan penyanyi Razak Ahmad yang didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang enam tahun lalu.

Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan demikian untuk memberi peluang kepada peguam mewakili Razak, Mohamad Azman Karim menyediakan hujahan balas terhadap pihak pendakwaan.

Pelakon yang membawakan watak Tok Imam di dalam drama Geng Surau itu didakwa berkhalwat dengan Selamah Sahudin, 45, di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini, pada jam 2.15 pagi, 1 April 2006.

Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli semalam berhujah, terdapat banyak percanggahan yang dikemukakan Razak mengenai tujuan dia ke kediaman Selamah.

"Keterangan lisan mengatakan mahu ambil baju yang ditaja, keterangan lain kata dia datang ke rumah itu atas cadangan pasangannya manakala dalam hujahan balas pembelaan pula mengatakan jadual pengambaran yang luar biasa menyebabkan dia terpaksa datang ke rumah itu pada awal pagi," katanya.

Menurutnya, percanggahan keterangan itu jelas menunjukkan pembelaan Razak bersifat penafian semata-mata.

Shafezan turut mempertikaikan keterangan bela diri Razak yang mengatakan beliau memakai singlet ketika ditangkap sedangkan saksi pendakwaan memberitahu mahkamah, dia tidak berbaju.

"Pembelaan juga tidak mengemukakan saksi lain bagi menyokong keterangan itu. Versi pembelaan yang mengatakan keadaan gelap disebabkan lampu rosak juga tidak terpakai kerana saksi pertama, juga suami kepada Selamah mengatakan beliau membuka lampu selepas kedua pasangan itu ditangkap," katanya.

Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 44, didakwa kali pertama pada 27 Julai 2006 mengikut Seksyen 20 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Anak Sulong Shuib - Siti Sarah


Seorang anggota kumpulan lawak "Sepah" Shuib dan isterinya Siti Sarah telah menimang cahayamata tidak lama dulu.

Kumpulan Sepah adalah juara Maharaja Lawak yang sekarang dikatakan sudah berpecah dan diberi nama baru 'Sepah 2 '.

Untuk peminat Shuib, dipaparkan gambar mereka bersama anak sulong Shuib-Siti Sarah untuk tatapan umum.

Foto anak sulong Mawi - Ekin ‘Cahaya Malaika’


‘Cahaya Malaika’, itulah nama yang diberikan oleh Mawi dan Ekin kepada puteri sulung mereka. Menurut Mawi yang dihubungi sebentar tadi, nama itu membawa makna ‘Cahaya Permaisuriku’ dan ia merupakan pilihannya dan Ekin.

“Nama itu kami berdua yang pilih. Selepas dapat tahu Ekin hamil anak perempuan, kami mula mencari nama yang sesuai. Lama juga hendak buat keputusan, tapi selepas anak saya selamat dilahirkan semalam, saya dan Ekin setuju gunakan nama ‘Cahaya Malaika’ itu,” ulas Mawi.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2