NUFFNANG ADS

Saturday, February 27, 2010

Haidar, Linda & anak baru mereka



PELAKON, Que Haidar dan isteri, Linda Jasmine memperkenalkan anak perempuannya Tengku Quraitulhaida yang kini berusia empat bulan, kepada media di Restoran Borak Ombak, Kuala Lumpur, 27 Feb. - Utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH.

Wednesday, February 24, 2010

Sah Mamat Exist talak dua dengan isteri


Penyanyi dan penghibur terkenal, Mamat Exist atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 32, yang pernah dituduh bersalah mencuri di Singapura tahun lepas, sekarang pula disahkan pula bercerai talak dua dengan isterinyaMarshila Mustapa Kamal, 30,

Pengesahan perceraian tersebut diputuskan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kelmarin (24/2). Hakim Ab. Malek Awang memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.

Lafaz cerai itu didakwa berlaku pada 29 Oktober 2009. Pasangan itu berkahwin pada 2001 dan mempunyai tiga orang anak iaitu, Aleeya Mysara, 7, Mohd. Eiki Daniell, 5 dan Dylea Mysara, 3.

Tuesday, February 23, 2010

Biodata Aiman



Biodata :-

Nama Penuh : Mohamad Aiman Bin Md Sidek
Umur : 19 tahun
Tarikh Lahir : 14 Oktober 1989
Adik Beradik : 6 Orang ( Anak Sulung )
Hobi : Menyanyi lagu² nasyid dan bermain bolasepak



Pendidikan :-

1)Bersekolah di Sek Ren Keb Rantau Petronas semasa darjah 1 hingga darjah 2.

2)Bersekolah di Sek Ren Keb Tg Bariah dari darjah 2 hingga darjah 6

3)Meneruskan persekolahan di Sek Men Padang Midin dari Tingkatan 1 hingga 3

4)Meneruskan lagi persekolahan Di Sek Men Teknik K.Trg dari Tingkatan 4 hingga 5

5)Sekarang belajar di UNITEN cawangan Muadzam Shah,Pahang darul Makmur

Pencapaian :-

1)Menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran semasa sekolah rendah.

2)Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat daerah Sekolah Menengah (naib johan)

3)Johan pertandingan azan peringkat sekolah (SMK Teknik)

4)Penyanyi utama kumpulan nasyid sekolah(2005-2006)

Norman, Memey rancang kahwin


Memey Suhaiza, 22, dan Norman Hakim, 33, mengakui akan melangsungkan pernikahan tahun depan jika semua perancangan yang diatur berjalan lancar.

Mereka juga mengakui, telah membincangkan hal tersebut dengan pihak keluarga masing-masing dan kesemua mereka bersetuju.

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi menyerahkan segala perancangan itu kepada qada dan qadar semuanya ketentuan Ilahi sekiranya Norman bersama keluarganya bercadang mempercepatkan lagi jodoh pertemuan mereka, dia reda.

Sunday, February 21, 2010

Imuda Kahwin Lagi ....



Pelawak Imuda yang terkenal dengan lagu jenakanya " Everning In Parit" telah melangsungkan perkahwinannya hari sabtu lepas.

Imuda nama sebenarnya Abdul Rahim Muda 50, telah menikah dengan Zabarina Mushadi 22, upacara tersebut telah diadakan di Masjid Negeri Pulau Penang dengan dihadiri oleh kedua-kedua keluarga.

Imuda yang duda 2 anak sudah lama mengenali Zabrina di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang semasa membuat persembahan di situ.

Selamat Pengantin baru kepada kedua mempelai moga dimurahkan rezerki disamping dikurnia ramai cahayamata.... amin..

Friday, February 19, 2010

Wardina: Tidak ramai artis layak jadi ikon



WALAUPUN terdapat ramai artis mencipta nama menerusi persada hiburan di negara jiran, tidak ramai yang layak bergelar ikon.

Seperti yang ditegaskan oleh selebriti Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, kebanyakan selebriti Malaysia hanya gah pada cerita-cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan berbanding cerita positif yang boleh menjadi ikutan masyarakat.

'Kadangkala saya nak menangis apabila mendengar komen mereka. Mungkin juga media patut disalahkan kerana merosakkan pemikiran anak-anak Melayu dengan memberikan gambaran mengenai dunia artis yang mewah dan menyeronokkan,' kata beliau dengan nada sedih, lapor mStar Online.

Wardina merupakan antara panelis dalam seminar mengenai Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat yang diadakan di KB Mall, Kelantan, bersama selebriti TV9, Farah Adeeba; dan novelis Ayat-Ayat Cinta, Habiburrahman El- Shirazy; pada Ahad lalu,

Dalam 'menghentam' selebriti Malaysia, Wardina tidak menafikan ada di antara mereka yang bijak.

'Saya percaya artis pun ada yang bijak serta mempunyai bahasa tubuh yang baik.

'Sebilangan tu pandai tapi kalau tiada ilmu pun tak berguna juga... sebab itu jawab soalan seperti orang bodoh.

'Jadi, saya nasihatkan kepada mereka agar menjadi penyanyi yang berilmu dan berguna kepada masyarakat.

'Bukan setakat tampil cantik dan menunjukkan kemewahan mereka seperti selebriti Hollywood,' jelas pengacara Malaysia Hari Ini itu.

Wardina berkata tidak salah sekiranya selebriti tempatan mahu menjadikan kreativiti yang ditonjolkan Hollywood.

'Bukannya kita ikut dan menerima bulat-bulat gaya hidup Hollywood. Saya juga tidak nampak ulama atau ustaz yang menegur artisartis ini.

'Saya tahu yang manusia ini tidak sempurna, tetapi sekurang-kurangnya saya tahu baiki diri sendiri,' ujarnya lagi.

Lantaran itu, ibu tiga anak ini meluahkan rasa kecewanya apabila cerita sensasi lebih dipentingkan sehingga menyebabkan beliau tidak berpeluang memberikan sesuatu yang berguna dan baik kepada masyarakat.

'Saya kasihan kepada industri apabila cerita sensasi lebih diangkat. Biarlah orang kata kenyataan saya ini pedas dan mencetuskan kontroversi.

'Saya nak semua orang berfikir untuk perbaiki diri dan banyak membaca. Cantik itu akan hilang tetapi ilmu akan kekal. Popular itu 'O.K.' tapi akan hilang juga.

'Saya tak nak orang hormat saya sebab popular dan seksi tetapi siapa diri saya. Saya sentiasa mahu belajar kerana inginkan hidup yang lebih bermakna.

'Matlamat saya menjadi pengacara hanya untuk memberikan inspirasi kepada orang lain, bukannya memberikan hiburan yang melalaikan,' kata beliau yang akan menerbitkan dua buku tidak lama lagi.

Buku tersebut adalah buku cerita kanak-kanak dalam bahasa Melayu dan buku panduan ibu bapa tentang cara mengatasi masalah membesarkan anak-anak yang memberi tumpuan kepada pemakanan.

Selain sibuk membesarkan anakanak, Wardina juga membahagikan masanya dengan mengikuti ijazah dalam bidang psikologi.

Wednesday, February 17, 2010

Pak Cat Meninggal Dunia



Pelakun utama drama radio bersiri " Fajar Di Bumi Permata" Pak Cat atau nama sebenarnya Ahmad Hassan 63, telah kembali ke Rahmatullah setelah mengidap komplikasi buah pinggang di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

Allahyarham juga di kenali dengan nama Ahmadi Hassan turut membangunkan dunia Lagu-Lagu Nasyid tanah air menghembus nafas terakhir kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Lagu Godaan Dunia nyanyian Allahyarham telah menempatkan namanya di persada Dunia Nasyid, telah dimasukan ke hospital berkenaan dua minggu lepas dan mengalami demam selama sebulan.

Menurut anak sulung Allahyarham, Shahril Ahmad, 35, bapanya kelihatan sihat semalam dan mempunyai selera makan, namun lemah selepas menjalani rawatan dialisis yang kelima pagi semalam.

Allahyarham Ahmadi yang berasal dari Padang Menora, Seberang Perai meninggalkan seorang balu, Shamsiah Hamdan, 50, serta tujuh cahaya mata, tiga daripadanya menerusi perkahwinan pertama dengan Hasnah Abu. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada 1985. Ahmadi kemudian bernikah dengan Shamsiah dan dikurniakan empat lagi cahaya mata.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan jam 10 pagi ini di tanah perkuburan Kampung Merbau, Sungai Buloh.

Jimmy Shanley sudah ada calon Isteri ??


Dengar kabarnya, Jimmy Shanley sudah bertunang dengan gadis pilihan hatinya dan merancang hari perkahwinan bulan Mac ini tetapi terpaksa di tunda.

Jimmy terpaksa mencari tarikh lain yang lebih sesuai kerana telah dipilih sebagai pengacara rancangan realiti " Akademi Fantasia 8" tetapi berhasrat untuk dilangsungkan tahun ini juga.

Menjadi persoalannya sekarang .. adakah benar perkara ini terjadi kerana kita hanya mendengar kabar daripada kalangan kawan-kawan artis sahaja?

Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari Jimmy.

Sunday, February 14, 2010

Nasib Nabil : Kerana Pulut Santan Binasa



Raja Lawak Nabil tidak menyangka perbuatannya mengkritik filem " Lu Pilihlah Sendiri"(LPS) mengudang padah kemungkinan di heret ke mahkamah.

Filem LPS adalah lakunannya bersama Puteri Sarah Liyana dan Mila AF yang diterbit oleh Datuk Suhaimy Othman.

Datuk Suhaimy dengar kabarnya sedang meneliti kontrak mereka bersama Nabil untuk mengambil tindakan keatasnya yang menjatuhkan imej filem lakonannya sendiri sebelum ditayangkan.

Penerbit Filem LPS telah membelanja berjuta-juta ringgit untuk pembikinan dan mempromosikan filem ini akhirnya digagalkan oleh perlakon utamanya sendiri.

Kenyataan negatif yang dikeluarkan oleh Nabil semasa ditanya oleh wartawan hiburan semasa tayangan perdana LPS baru-baru ini ternyata membawa kesan negetif kepada penonton yang berhasrat menonton filem ini..

Saturday, February 13, 2010

Zarina enggan ujian air kencing



Gara-gara enggan menjalani ujian saringan air kencing Pelakon Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 24, dibawa ke pejabat AADK Sepang untuk tujuan menjalani ujian saringan air kencing malam tadi.

Zarina terperangkap dalam operasi selama tiga jam oleh sepasukan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Friday, February 12, 2010

Fara Fauzana 130,515 fans di Facebook



Penyampai Radio HotFM Fara Fauzana mendahului 25 selebriti dan artis Malaysia yang lain dengan jumlah Fan terbanyak melalui Facebook.

Dengan itu Fara masih ramai peminat dan pengemar terutama pendengar setia radio Hotfm di seluruh tanahair.

Di bawah ini adalah kedudukan selebriti dan artis Malaysia mengikut jumlah fan di facebook;

1. Fara Fauzana: 130,515
2. Scha: 86,903 fans
3. Yuna: 72,502 fans

4. Fahrin Ahmad: 67,434 fans
5. Siti Nurhaliza: 60,582 fans
6. Aznil: 53,850 fans
7. Liyana Jasmay: 47,499 fans
8. Tiz Zaqyah: 44,620 fans
9. Zee Avi: 44,001 fans
10. Nabil: 43,311 fans

11. Awal Ashaari: 40,848 fans
12. Bunkface: 36,774 fans
13. FBI: 33,214 fans
14. Jaclyn Victor: 18,507 fans
15. Remy Ishak: 16,423 fans
16. Erra Fazira: 14,541 fans
17. Elyana: 13,459 fans
18. Linda Onn: 13,302 fans
19. Fasha Sandha: 10,223 fans
20. Ziana Zain: 9,507 fans
21. Nur Fazura: 9,243 fans
22. AC Mizal: 7,516 fans
23. Aizat: 6,044 fans
24. Nana: 3,321 fans
25. Estranged: 2,222 fans

Thursday, February 11, 2010

Norman Dipilih Pengetua AF 8



Pengetua baru program realiti Astro "Akademi Fantasia" Musim Kelapan (AF8) Norman Abdul Halim menegaskan ada keupayaan mencipta kelainan menentukan jatuh bangunnya nasib pelajar-pelajar setelah tamat rancangan itu nanti.

Dia juga akan mengumumkan formulanya pada sidang media ketika memperkenalkan para pelajar AF8 hujung bulan ini.

Norman menganggap kepercayaan yang diberikan oleh Astro itu begitu besar kepadanya apabila memilihnya sebagai pengetua AF8.


Sementara itu Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley telah dipilih sebagai gandingan mantap untuk mengacarakan AF8 itu nanti.

Norman juga berpuas hati dengan barisan tenaga pengajar AF8 yang mengekalkan Siti Hajar Ismail selaku Guru Vokal Teknikal, Linda Jasmine (Guru Tari), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan), Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris) selain menampilkan muka baru iaitu pelakon Que Haidar (Guru Drama).

Wednesday, February 10, 2010

Diam Tak Diam Fara dah 30 tahun



Siang - malam - siang - malam tidak disedari tut tak dah masuk usia ke 30 deejay radio dan juga pelakun Fara Fauzana.

Sambutan majlis harijadi Fara yang kali ini diadakan pada 7 Februari 2010 (Ahad) lalu di Serambi Pak Engku, Tingkat 4, Wisma PKPS, Shah Alam.

Kak Engku (Raja Azura) bekas pengacara Melodi sahaja yang nampak kelibat pada hari itu, yang lain cuma peminat, staf dan kakitangan yang mengenali Fara.

Masuknya usia Fara ke-30 ini didoakan Fara akan bersua dengan jodohnya yang akan menambahkan kebahgian keluarganya.....amin.

Tuesday, February 9, 2010

Johan Dah Ada Anak !!!

Tahniah kepada Johan pengacara Rancangan Juara Lawak astro yang baru sahaja dikurniakan cahayamata hasil perkongsian hidup bersama Ozlynnwati.

Ozlynnwati melahirkan bayi lelaki seberat 4.43 kilogfram secara normal di Hospital Prince Court, pada hari Sabtu lepas, kira-kira jam 9.30 malam .

Bayi sulong mereka telah diberikan nama Ahmad Sodiq Hainana dipilih Johan sendiri.
Kita sama-sama mengucapkan syabas dan tahniah kepada Johan dan isterinya
Ozlynnwati yang telah mendapat kurniaan itu.


Monday, February 8, 2010

Serina Bunting Pelamin

(Serina disamping suaminya)


Dari bisik kabarnya Serina Datuk Chef Wan akan melahirkan cahayamata bulan oktober ini.

Ya tidak lama lagi Datuk Chef Wan menerima satu lagi gelaran datuk - kali ini pangkat datuk dikalangan keluarga apabila satu-satunya cucu sulongnya dilahirkan bulan sepuluh tahun ini.

Semoga Serina dan keluarga bertambah rezeki dan ditambah kesihatan yang berpanjangan doa dari kami.

Saturday, February 6, 2010

Perbicaraan Kes Khalwat Memey - Norman



Perbicaraan Kes khalwat pasangan pelakun Memey Suhaiza dan Norman Hakim keliru apabila saksi bagi kes berkenaan membuat kenyataan yang berlainan.

Saksi tersebut Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Nafarul Azian Che Nen 34, memberi kenyataan yang tidak sama dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timor, Kuala Lumpur.

"Berdasarkan keterangan yang kamu berikan sebelum ini adalah berbeza iaitu kamu telah menyatakan ada mengetuk pintu tingkat atas, di mana tertuduh lelaki berada, sebanyak lima kali dan pada hari ini kamu menyatakan tidak ingat pulak. Keterangan kamu menyebabkan mahkamah keliru dan keterangan yang mana satu mahkamah boleh terima pakai," soal Fakhrul Azman Abu Hassan peguam bagi pasangan tersebut.

Nafarul kemudian menjelaskan sambil tersenyum:
"Saya minta maaf Hakim, saya memang ada masalah cepat lupa dan saya tidak ingat dengan keterangan saya sebelum ini".

Thursday, February 4, 2010

Din Beramboi akui kebaculannya



Penyampai radio ERA FM Din Beramboi mengakui kesilapannya menyebut perkataan " Hanjing" semasa memberikan kritikan sebagai juri Raja Lawak Musim ke 4 baru-baru ini.

Din Beramboi adalah juri tetap rancangan tersebut telah meminta maaf dan melahirkan rasa kesal dan telah menduga akan menjadi buah mulut orang ramai terutama yang menonton siri Raja Lawak itu.

Dalam kejadian tersebut Din mengakui kesilapannya kerana terlepas cakap semasa memberi kritikan kepada Kumpulan Antu RL4 bagaimanapun dia menggangap perkataan yang disebutnya itu sebagai perkara biasa.

Perkataan 'hanjing' yang dikeluarkan itu adalah satu perkara yang normal dan tidak perlu dibesar-besarkan kerana dia sudah pun mengaku salah dan meminta maaf akibat kelancangan mulut 'lasernya'.

Bagaimanapun, Din mengakui dia sebenarnya tidak bermaksud menyamakan kumpulan tersebut dengan spesis binatang itu.

Wednesday, February 3, 2010

RM20ribu belanja hantaran NIJA AF



Belanja hantaran perkahwinan bekas pelajar Akademi Fantasia 1 (AF1), Nija atau Siti Harnizah Tahar, 27. berjumlah RM20,000 serta RM200 lagi sebagai hantaran mas kahwin manakala jejaka pilihannya Zulkarnain Ismail 26.

Zulkarnain adalah bekas teman Nija dan sebelum ini telah terputus apabila Nija menyertai AF mereka telah disatukan semula sebagai suami isteri di Johor hari sabtu lepas.

Majlis Akad Nikah tersebut berlangsung dikediaman Nija di Taman Bukit Saujana, Johor Bahru dan disempurnakan oleh Timbalan Imam Besar Negeri Johor Datuk Mahat Mohamad Said.

Selain dari perbelanjaan yang dinyatakan, Zulkarnain juga membawa 9 dulang hantaran dan berbalas dengan 11 dulang dari keluarga Nija.

Tuesday, February 2, 2010

TERKINI: Kisah hidup Lan A to Z



Suatu ketika dahulu, nama Lan A to Z atau Norazlan Abdul Aziz cukup popular.sekaligus menjadi kegilaan anak-anak gadis.

Beliau adalah diantara artis yang berjaya di era 90-an apabila kumpulan berkenaan meraih kejayaan dalam penjualan album dan pertunjukan pentas.

Kaya, mewah dan bergaya, Lan mampu mendapatkan apa saja yang diinginkan termasuklah mengahwini wanita kacukan yang cukup jelita, Marcella Casissi Shariff, bekas pramugari penerbangan Royal Brunei.

Itu cerita 11 tahun lalu.

Hari ini, lelaki yang pernah digilai ramai itu semakin ‘layu’ dan dilupakan. Dia tidak lagi meraih populariti sama seperti 11 tahun lalu.

Malangnya, Lan bukan sahaja kehilangan peminat dan populariti, sebaliknya turut kehilangan kekasih hatinya, Marcella.

Marcella memilih untuk kembali ke tanah kelahirannya di England dengan membawa bersama permata hati mereka, Puteri Nur Aqmar,10, Puteri Nur Syafiqah,9, dan Puteri Nur Farhana,3.

Monday, February 1, 2010

Memey Bertudung nampak lebih cantik



Pelakon dan juga artis kontroversi, Memey kini sedang bergiat aktif dalam bidang lakonan. Walaupun dia kerap melalui gosip yang dilakukan oleh pelbgai pihak tidak kira dari segi fizikal atau pun alam maya, namun begitu dirinya masih lagi tabah dan kuat mengharunginya semua itu.

Apabila Memey memakai tudung nampak manis,ayu dan anggun. Namun itu semua tidaklah di alam realiti atau diluar set hanya sebagai bayangan apabila bertudung untuk drama 'Dunia Batinku'.

Sekiranya Memey meneruskan gaya bertudung tersebut di luar lokasi pengambaran sudah pasti menjadi satu kejayaan buatnya.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2