Wednesday, June 30, 2010

v.a.m.p.i.r.e

Do you believe that the vampire actually exist? I have no idea about it. Westerners really believe that vampires were ever exist. Did they? If not why they can make so many fictional stories, dramas, movies, novels and story books about vampires? And why they portray VAMPIRE as very handsome and hot guy?and very beautiful charming ladies? Oh my gosh, how could it be?


( Paul Wesley and Robert Pattinson)
see, both of them are handsome. Any girl will completely insane with these guys, believe me..me? hurm...erk...I'm not...are you sure?tibe!!!!

other vampires are Damon ( Ian Somerhalder), Louise de Pointe du Lac ( Brad Pitt) and Lestat de Loincourt ( Tom Cruise). Gila tak, pandai je director pilih orang kan.

Ian

Tom

Bratt

I would like to suggest this video. I wanna upload this video but couldn't get the code. http://www.youtube.com/watch?v=2ze-b__2NPs&feature=related.
Go and see. It's like OMG...with Evanescence song, Bring me to life as background music, it's fantastic. Kenapa diaorang guna semua lelaki2 diatas, mana tak pengsan orang tengok. Whenever they see vampire, they wouldn't be scared but they will be in state of almost hysteria.

Me? hurm, I'm not into good looking and handsome guy...Tapi bila dh datang yang macam Stefan or Damon, for sure tak menolak...Oh, sungguh melampau....erk, bergurau jerk.

ok, you guys can see this video. I hold this entry for 2 days because....you know why? I donno how to upload video in blog. So outdated person. So, thank you very much Ms. Sizuka sebab ajar macam mana nk upload video...First time kot ni.


Tuesday, June 29, 2010

Husna's beday

Assalamualaikum.....
Entry ni nak menceritakan sedikit sebanyak tentang sambutan beday kawan ku Husna. Wah, semangat gituh. Tapi ni agak outdated sebab baru ada masa nak cerita pasal beday dia. Banyak komitment lain seperti tengok cerita mengarut2 dan tulis entry pasal hati dan perasaan. Amboi, mengada la pulak. Terlebih dahulu kita cerita serba sedikit tentang beliau. Dia ni kawan aku kt IPTI tu. Kalau time cuti aku selalu beria gi jalan round satu bandar Kuala Terengganu tu dengan dia. Mengarut2 pergi ntah mana2, pergi pantai semarak, makan keropok lekor Marang yang konon nya famous tu,pergi Pasar Payang (macam x biasa pergi je), pergi Maidin Mall ( y ni memang xleh bla) dan before kitaorng fly aku keluar dengan dia, kira n ira pergi beli barang2 dan menikmati keindahan Terengganu buat kali terakhir....terlalu nostalgia....siap bila lunch pergi makan rumah dia. Dan aktiviti yang selalu kitaorng buat di Terengganu ialah pergi kenduri kt rumah orang secara beramai2, tapi bila dijemputlah. Dan kadang2 segan sebab almaklumlah kalau semua anak dara pergi kenduri, jadi cam.....erk, korang faham x macam mana? faham? agak2 faham la kan....hehehe..tak perlu explain kt sini..Kalau kat JB selalu pergi Danga Bay bila tension. Kadang2 pernah aku dengan dia pergi dinner sampai Perling kononnya dah bosan dengan Cenderawasih. Bapak belagak. Tapi part yang paling best pergi masjid BBU. Kalau malam jumaat kalau kitaorang takde kat surau maktab maknanya kita orang gi masjid kt Uda. Sangat best sembahyang kat situ. Rasa nak pergi kat situ selalu. Even masa bulan puasa pun selalu pergi masjid BBU. Rindu nak gi masjid tu. Kadang2 kitaorang gi masjid Majidee. Situ pun best. Bak kata memang kitaorng try banyak masjid la. Dan sama la juga dengan tempat makan. Try tempat2 makan yang best..melalut pulak...

Okey, ni ceritanya. Sizuka, saya minta kebenaran ambil gambr dri fb anda utk dishare dlm blog saya. Kitaorang rancang prank untuk Husna tapi nampak agak natural sebab memang malam tu kitaorang ada meeting untuk winter trip kitaorang. So, dia x agak la dia akan kena macam menggila sebab ada Adrian yang gila itu sekali.


Ni la bebudak yang excited nak kena kan Husna...terutamanya tiga jejaka tu.memang masa ni nervous tak payah cakap la sebab takut plan tak menjadi. Rasa macam nak jawab exam 225. je rasanya Gila berdebar. Masa tunggu depat lif tu dah macam menakutkan orang lain pulak. Mat salleh dah macam teragak2 nak naik lif sebab diaorang takut diaorang ganggu plan kitaorang.. Siap tanya kitaorang ada party ke. Diaorang ni memang xde benda lain. Asyik party je diaorang ingat. Ari tu kitaorang pakai kain sembyang ramai2 n duduk baca yassin diaornag ingat kita orang ada party. Tak ke kelakar gile tu. Mesti diorang ingat tu costume party kita. Lawak la diaorang...hahahahha


Wa KENA beb, kesian Husna , straight on her face. Adrian sungguh kejam...Lif penuh dengan benda lah tu. Lepas tu macam nak gila bersih kan lif sebab benda tu melekat kt dinding lif. Memang kena bersihkan la, kalau tak kitaorang kena bayar denda la nampak nya...


Husna memotong kek sambil di bom oleh Fareha dan Syaff. Sapix pulak tak sabar nak makan kek. Makanan atas meja tu semua home-made. Kitaorang buat sendiri semua. Maklumlah duk kat negara orang ni susah nak cari makanan yang halal. So, masak sendiri adalah sangat terjamin. Satu lagi menda2 tu semua sangat3 mahal kat sini. Kitaorng just beli mud pie and choclate cake je.
Selepas semua dah selesai, kena bersihkan semua kotoran. Kalau tak kena marah dan kena denda. Memandagkan kitaorang buat kt common room ground floor, jadi tak kesah nak bising beria sebab semua orang bising kt sini. Menjerit macam monyet pun tak kesah. Semua orang buat bising sebab main games, main pool, tengok bola dan macam-mcam ragam lagi..Kat sini bebas nak buat apa....

Ni pulak kumpulan basuh2. Selepas makan2 kena basuh. 1 group vacum lantai, satu group cuci2 dan aku group yang bersihkan meja.....gembira dapat celebrate beday ramai2....

HUSNA, sweet 21...be happy, get matured, get youth yet....FOREVER 21

Monday, June 28, 2010

x paham


1.adakah anda rasa anda hot?

x pernah ada dlm kamus hidup...y penting aku rasa cool

2.upload wallpaper yang anda guna sekarang.







3.cerita pasal wallpaper tersebut.
takde apa-apa maksud, it just look nice because it's pink i think

4.bila kali terakhir anda makan pizza?
2 or 3 minggu lepas

5.lagu paling terbaru anda dengar.
lately tak dengar lagu sebab duk ngadap youtube tgk movie je sekarang

6.apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
baca novel n g gym utk menstabilkan berat badan

7.selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
angah.nurul.farry.ha

8.tag lagi lapan orang.




  1. Izzati Azhar
  2. Izzaty Wan Abdul Rahman
  3. Izzati Zakaria
  4. Azri
  5. Issa
  6. Nisa
  7. Syafik Zakaria
  8. K.Dayah


9.siapakah orang no. 1 kepada anda?
Kawan baik

10.katakan sesuatu kepada orang no.5
Puitis, selalu sakit dengan cinta

11.no. 3 ada hubungan dengan siapa?
ex-roommate, ex-classmate dan sengalanya ex tentang dia

12.bagaimana pula dengan no.4?

in relationship with...sila tgk FB

13.pesanan kepada orang no.6
Jangan rindu saya

14.kata-kata cinta untuk orang no. 2.
I love you...sesuai ke?

15.adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
tak de langsung


16.berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.


Dia ex-roommate ku. Budak pandai, unofficial wife of Jesse McCartney, big fan of David Archuleta I guess.

18.perasaan anda semasa buat tag ini.
no feeling sebab dh nk tidur...bye folks


p.e.r.e.m.p.u.a.n

clue: sila fahami perkataan dalam ' ' secara mendalam. Buka faham secara surface.

Aku tak suka perempuan 'lembik'. Mak aku pesan kalau jadi perempuan tak boleh 'lembik'. Kita mesti 'kuat'. 'Kuat' bukan bermakna gagah perkasa ke ape, tapi kuat untuk 'mempertahankan diri' dan mesti pandai berdikari. Bukan ikut je lumrah, Oh sebab perempuan kita kena jadi lemah.
Mentang-mentang kita perempuan, perlu ke kita ikut apa perempuan selalu buat? Asyik duk cakap pasal orang itu, orang ini, memang gosip habis ar...Duk cakap pasal lelaki tu, pasal lelaki ni...Perlu ke? Mentang-mentang perempuan perlu ke gila shopping? Bershoping macam kena rasuk? Pilih situ, pilih sini...Masuk kedai tu masuk kedai ni? Tak di nafikan aku ada juga beli barang. Mesti lah beli sebab keperluan. Kalau ada sale beli sebab murah. Bukan sampai macam kena sampuk nak beli barang. Sampai duduk memilih berjam-jam. Sampai tahap rambang mata. Sebab tu aku tak suka term 'shopping'. Aku prefer 'beli barang' walaupun dengar macam kampung gile. Aku lagi tak suka kalau perempuan yang jatuh or terluka sikit je pun, menangis beria. Tak paham betul, kenapa sampai macam tu sekali? Nak menarik perhatian ke? Kalau terkena sikit pun dah sakit beria, macam mana nak lalui 'realiti' kehidupan sebenar yang lagi mencabar dan 'kasar'?
Perempuan suka gaduh kan? Even benda-benda kecik pun nak gaduh. Kal
au dah gaduh tak pulak nak dasyat kan? Sampai perang FB, sound2, bercerita kat orang sana sini. Susah sangat ke nak maaf kan orang lain. Sape kita tak nak maafkan orang lain. Kita bukan mulia sangat pun. Suka nak marah orang tak pasal pasal pulak tu. Jerit-jerit macam hantu.Satu lagi perempuan ni kepoh gile kan?Suka sangat nak menunjuk beria. Kalau ada something diam-diam sudah ler. Aku bukan nk cakap pasal sape2 pun dalam entry ni, cuma aku just nak ingatkan diri aku sendiri. Walau ape keadaan pun aku suka untuk memilih untuk bersederhana. Aku tak nak jadi typical perempuan yang aku nyatakan dia atas. Aku berusaha untuk ubah diri aku untuk jadi perempuan yang baik. Aku respect lah sorang insan ni...Nama dia Hawa Nasir ( sila jangan kembang). Dia ni perempuan yang 'kuat' dan tabah la bagi aku. Dia bukan macam perempuan yang biasa aku jumpa. Even dia ada boyfriend dia takde lah nak bergantung kat bf dia je. Tapi ada juga masa dia nangis. wawawa, pernah juga tengok dia nangis...oh, sory...hehehe





Missing home again


Malam tadi saya mimpikan mak ayah saya. Saya mimpi diaorang datang Auckland. The feeling was so great. I felt the warmness of being with them. I wanna cry. I miss them very much.Tapi mustahil lah diaorang akan datang sini. Baik guna duit tu untuk benda lain. Lagipun, flight ticket to Auckland is one of the most expensive in the world. It's not about the distance, it's about the landing tax. Landing tax in New Zealand is very expensive and not all plane can land at New Zealand airport.
I was so sad because the dream was so short. I just talked to my parents in the HUIA's toilet,if I not mistaken.




YA ALLAH tolonglah, aku terlalu rindu.....


Saturday, June 26, 2010

K.A.M.I

Assalamualaikum...Hi all
Basically I have nothing very specific to tell but I think this post gonna be very long. It's about what I feel and my condition right now and what I'm doing right now.
I couldn't sleep tight last night because I had been thinking so much. I feel
offended. Very2 offended. I don't now to whom and why. I could feel the soft pain in my heart. Or maybe this is not because I'm offended to someone, but it's because I feel guilty because I might hurt someone. Oh, please, I donno. Ok, whatever... I think it's very hard to satisfied people. So, just do the best as we could do. Don't bother about others. That's my principle now.
Actually, last night I wanted to watch football match between Brazil and Portugal. But I didn't wake up. Good then, if not I will be very tired for training today. I got the m
essage from Swan saying that we got training this morning. Hah, I was like oooohhh,ooohhh,ooohh I'm sooooo lazy. When I woke up this morning, I thought it was raining. Deep in my heart I say ' yes, no training today'. When I opened the window, it wasn't raining, it was fog. I was so disappointed. Meaning to say, I got training. So malas you know....


See, the fog was so thick. You couldn't see very clear. You can only see in very2 short distance. So, how to play then? Today is the coolest day ever since the last few weeks I had been training. I didn't take off my sweater at all. Hurm, I'm so nervous right now. The day is coming.
Actually I got some more to tell, but I forgot already...So, this entry will be short....huhuhhu


In these pictures is my study mates.I'm lucky to to have them for group discussion before exam. They were very critical and I ever reached one point where I was clueless to fight back. It's good though.
Yep, we were celebrating our victory together....HEA...

Friday, June 25, 2010

heah...over!!!!


It's over. Alhamdulillah...I have no word. Feeling? SO-SO. I feel like jumping right now...Yahuuuuu...It's oveeeerrrrrr. End of sickness, end of struggling (am I?), end of nervousness. Now I can think of the coming events. BERSATU Games. Then, TRIP. Just now when I got the exam paper and I went through the question, I was like Oh, My GOD. This is crazy especially question one. Really crazy, my eyes spinning like kite. I could smile and I hope I can smile when I got the result. I have done my very best and I hope I can get the best I deserved. I can say,....hurm I could answer the question with the given time. Tetiba tadi ada mamat tu keluar hall 45 minutes before the exam ends. Gile psycho. Maknanya dia jawab semua soalan 1 jam 15 minit je. Maybe he could answer the questions, sebab dia tua sikit, maka capacity otak dia lagi besar daripada kitaorang semua. Lagi pun aku rasa dia cikgu. So, dia dah terbiasa menulis cepat nih...So, apa yang mampu buat ialah, berserah, Tawakkal dan doa...

Thursday, June 24, 2010

pergi....pergi..pergi....

KEEPING ON TRACK...


ONE MORE TO GO FAREHA...
be patient

oh, I'm addicted to Kebab on Rice, with sweet chilies and satay sauce together with mayonnaise.Feel like eating it now....Dugaan betul....mentang tengah study, terus xleh nak menahan.


Monday, June 21, 2010

untuk SESIAPA

BUAT SEORANG TEMAN,


Redha dan berlapang dada lah dengan ketentuan ALLAH. Dia lebih mengetatahui apa yang terbaik untuk kita...
INSYAALLAH....


Sunday, June 20, 2010

saya SAYANG AYAH saya

Assalamualaikum....
I really love my dad. He has sacrificed a lot. He teaches me about the reality of life. I'm the way I'm now because of his upbringing. I know he wants the best for me. And I don't have heart to disappoint him. I promise him that I wouldn't do something that might hurt him and others. I always pray for his happiness, hope ALLAH pays all his good deed and shower him with HIS bless.

Before I fly over here, my dad gave this to me. It's very significant to me. I should understand what he means and I completely understand that by now ( as in understand it metaphorically)




P/S: happy FATHER's day
ANGAH sayang AYAH so much...

Saturday, June 19, 2010

Pillow Talk

Sekarang ni cuaca benar-benar mencabar kulit-kulit melayu kami nih. The temperature drop until 6 c and sometimes down until 4 c. It's freaking cold right here now. Unmotivated to study as well. But that's a very silly excuse. Now I start to fell bored. Nothing to do, donno what to eat, argh nonsense. Luckily I'm not alone. Some of my friends are bored too. So we try to make something to escape from this bloody boredom.
Yesterday I went to Vincent St, accompanied Sizuka to pick up her item. Well, she's QUEEN of online shopping...aerk window shopping and REAL shopping as well. Then went back to our room, bored again, watched movie and bored again, again and again. Husna came to my room. We had a very light chat and she said she wanted to go out and have a walk. I suggested to go to Queen St, since I have not been there quite a long time ( eleh, lama la sangat). We planned to go out after Isyak about 7.30. And at the end there were 6 of us going out last night. Didn't plan where to go so we dropped at Hulucat. Saiful, Aten and Sizuka bought milk tea and we walked to Viaduct Habour. Nothing much there, just to have a look at the sea and have a 'taste' of fresh air.


mama and mummy saya

sky tower at night, sy nk bungy kat sini nanti( eh bukan cakap xnk bungy ke?


after that, we went to kebab shop. we had our dinner there. Luckily I didn't order mixed on rice or else I will die to finish it. Lamb taste was super dupper weird. Lagi hamish dari kambing. I tried Mrs Higgins Oven Fresh Cookies as well. It was awesome. Thinking of buying it next time. While eating, I watched World Cup Highlight. Wah, I managed to see almost all matches in about 2 hours. No need to watch it live on TV. Dapat tengok semua gol yang dijaringkan even lambat, at least I know. Yang paling menarik perhatian, tengok kegilaan Messi...fuh!!!!


chicken on rice


Mrs Higgins



Agak lama melepak, balik pukul 10.30. Tak boleh melepak lama-lama sebab nanti lagi lewat balik, lagi ramai jumpa orang sewel. Bila dah sampai kitaorang stay kt common room ground floor sebab bak bincang pasal trip kitaorang n sedikit masalah yang timbul antara kitaorng as a group la. Aten, Husna , Izati , Saiful and me bincang how to settle our problems. Bila dh pukul 11 dah ramai yang turun sebab nak tengok Germany vs Serbia. Aku ni sambil cakap mata tak lepas tengok tengok skrin TV. Tak sokong mana2 sebab tak tahu sangat pemain 2 team ni sebab tak kenal sangat. Kalau pemain England, Spain dan Portugal ramai la juga tahu. Tapi harap German menang tapi kalah.Huhuhu.. okeh, pasal malam tapi,seriously malam tadi macam habis segala benda keluar. Allsecrets were revealed. It was about.....* mouth zipped*....eumm..eumm..eumm..Biar pecah diperut masing-masing je ek.
Ni yang dikatakan pillow talk. Hah, ambik ko saiful nak tahu sangat pillow talk. Ambik ko, samapi kol 2 pagi duk cakap. Even pillow talk dengan perempuan-perempuan pun tak lama macam ni, ni kan pulak sekali ngn saiful. Banyak sangat tak puas hati dan rahsia. Tapi kitaorang tak ngumpat pasal orang pun, just cakap masalah sendir.


semangat dengar cerita tuh.izzati senyum penuh makna..apalah dia dengar husna cakap tu eh?

semoga kami tergolong dalam orang yang sabar

penat befikir


Oh, bila balik bilik tengok jam pukul 2 tpi tak mengntuk sangat. I wanna sleep because I don't like to stay late night. I have tendency to wake up late if I sleep very late. I worried that I might miss my Subuh prayer..But I did it this morning. Subuh gajah jadinya. Rasa sangat menyesal dan bersalah sebab malam tadi aku tengok cerita siam dan cerita Koizora lepas balik dari cakap2 tuh dan tak tahu tidur kol berapa...Fareha jangan buat lagi....


p/s: sorry kalau entry sebelum ni menakutkan ramai orang. Kak dayah, sila cool ek, takde pape sangat pun kat blok F. Sorry sizuka sbb sy buat anda termimpikan raksasa bila baca cerita saya. Sorry izzati sebab mengimbau balik kenangan yang menakutkan waktu sekolah dulu..i'm just telling my experience..

Friday, June 18, 2010

Random



I'm confused
with what had happened
with the people I know
with the people around me

I don't understand
what's happening around me
why they act such way


I'm tired
to have this feeling
of dramas
to face all these


p/s: this is just my random thought. I have been unmotivated. Dan penat perasaan nak tengok dan hadapi benda ni semua. Forget the past and forgive others please.

Wednesday, June 16, 2010

Dia ada disitu..


Assalamualaikum...
Saya sangat3 free sekarang ni, so nak cerita satu cerita yang lama terpendam dalam diri. Ni bukan luahan perasaan pun, just untuk share cerita mana tahu korang pun pernah lalui apa yang saya lalui.


Korang percaya tak kalau saya cakap saya kena tindih dekat 'something'. Sebenarnya tak tahu nak cerita dekat orang macam mana sebab tak tahu orang percaya ke tak. Kalau saya cerita kat Sizuka dia percaya sebab benda macam ni memang ada tapi dia tak bayangkan sebab tak pernah lalui. Aku start kena tindih masa first2 duduk asrama dulu masa form 1. Dorm yang aku duduk tu asalnya bilik study tapi dijadikan dorm sebab ramai sangat ambilan tahun tu. So, bilik tu ada sejarah yang tak berapa bersih sebab bilik study biasanya orang masuk dengan kasut dan orang bising2 dlm tu. So, 'benda' tu suka tempat orang suka melalak ni. Masa aku duduk dalm dorm tu aku pernah beberapa kali kena tindih. Dah tak tahu nak buat macam mana. Aku cakap dekat ayah aku, ayah aku ada bagi ayat2 sikit untuk elak la dari something ang ntah ape2 tu. Dan masa tu aku selalu ternampak 'benda' yang tak sepatutnya aku nampak. Aku pelik, dalam ramai2 orang kenapa aku yang selalu nampak, kenapa aku yang selalu kena tindih? aku bukan berani sangat pun, aku just bukan penakut. Kalau kena tindih tu, Masyaallah memang tak leh gerak kot. Aku sampai baca ayat kursi, al-fatihah dan 4 qul baru lah hilang. Barulah aku boleh gerak. Sometimes benda tu menyerupai kawan aku dan tutup muka aku dengan bantal sampai aku lemas..Agak2 korang percaya tak? Macam agak tak masuk akal tapi tulah terjadi dekat aku. Benda ni berlanjutan sampai aku sekolah dekat Kuantan.


Masa dekat Kuantan, aku pernah kena tindih dekat 'something' yang menyerupai harimau.Aku punya lah baca Ayat Kursi, 4 qul, zikir..Mungkin benda tu nak lari tapi dia nak lompat dari badan aku dia memomentum kan diri dia ( agak2 macam harimau nak start melompat) atas dada aku, sampai sesak nafas aku. Aku memang tak berhenti baca apa2 surah yang aku tahu, sebab selagi mana aku tak baca selagi tu aku akan lemas. Even bila aku dah baca aku kena baca sampai aku betul2 terlepas. Dasyat kot aku kena. Cuma tak seterus Emily Rose jelah. Masa aku Form 5, aku duduk bilik hujung tingkat atas. Dalam bilik aku ada 4 orang. 2 orang selalu kena kacau. Aku dengan yang sorang lagi tu biasa jer. yang sorang tu selalu duk menempel dekat aku bila dah tak boleh tidur. Siap malam2 datang dekat katil aku cakap ' Fareha aku nak tidur atas katil ko boleh' Aku ni kesian kat dia so aku tak kisah lah nak tidur sekatil dengan dia. Yang sorang lagi selalu kena tpi kuat sikit. Dia buat bodoh je tapi bila dh siang sampai menagis2 cerita dekat Ustaz. Adalah satu malam tu kawan aku yang selalu nak tidur atas katil aku tu bangun dan pergi dekat aku cakap ' fareha, ko dengar tak apa yang aku dengar?' Aku cakap 'mane ade pape lah, aku tak dengar pape pn. Tidur r wei'. Lepas tu dia ajak rapatkan katil.So aku layan kan je lah. Amik kau, malam tu aku dengar macam2. Punyalah tak percaya seumur hidup aku, aku akan dengar benda yang aku dengar malam tu. Selama ni aku dengar orang cerita terdengar orang berkemas rumah ke. Bunyi tukul ke. Tapi malam tu aku kena.Aku dengar dekat hujung bilik aku tu macam ada orang duduk berkemas fail2, buku yang sangat kuat. Memnag kuat gile. Macam ada orang nak pindah. Aku rasa nak je aku berlari pergi buka lampu nak tengok apa benda tu. Aku tak nak takut pada something yang aku tak tahu.Tapi aku tak cukup kekuatan nak buka lampu. So, aku duduk je diam2. Panas seluruh badan...

Benda ni tak terhenti kat situ je. Masa aku masuk maktab aku selalu juga kena. Aku tak tahu kenapa aku kena. Tapi aku makin teruk kena masa tahun lepas. Aku kena tindih biasanya waktu aku baru2 nak tidur. So, mustahil la aku mamai. Aku yakin sangat tu bukan mimpi sebab aku sedar siap aku baca ayat Qursi lagi. Tapi bila dah cemas macam tu ayat qursi dah berterabut. Even al-Ikhlas pun terabur. Yang aku mampu buat sebut ALLAH berulang2 kali sampai aku terlepas. Bila aku cerita pasal ni dekat kawan2, ada yang percaya dan ada yang buat kesimpulan yang lain. Diaorang cakap ada scientific explanation pasal ni. Ya, aku pun tahu pasal ni. Kita tak boleh gerak masa tidur maybe dia sebab kan kita bersukan dan otot cramm. Tapi bagi aku aku boleh bezakan antara cramm dengan kena tindih. Masa aku form 5 aku aktif sukan, malam2 kaki selalu juga cramm. Aku siap boleh bangun terduduk dan ambil minyak panas urut kaki. Tapi bila dah kena tindih memang tak boleh gerak selagi mana tak baca ayat quran. 


Masa kt Maktab as in Institut Perguruan Temenggong Ibrahim tu, aku selalu kena tindih dan aku sangat yakin dengan pa yang aku nampak. Kalau lewat malam aku balik dari toilet aku akan lalu stor y tepi toilet tu. Aku rasa stor tu ada someting. Aku rasa ada something ikut ku. Bila aku nak tidur, aku rasa aku tak boleh gerak. Biasanya orang cakap kalau nak elak kena tindih jangan tidur terlentang. Tapi masa tu aku mengiring tapi aku kena peluk dari belakang. Dasyat tak? Aku bingung kenapa aku selalu kena. Malas nak cerita sebab banyak kali sangat sampai aku dh lali. Untuk elak benda ni aku letak al-quran tepi aku tiap2 mlm. Dan tiap2 malam juga aku baca yasin sebelum tidur. Tapi hari tu aku tak baca yasin sebab aku ada assignment.So, aku tidur tak baca yasin, aku just baca al-mulk je sebab yasin panjang sangat. Okeh, kesudahan nya malam tu aku kena tindih. Yang ni the worst ever sebab malam ni aku tengok dengan jelas. 'Makluk' tu warna hitam berbulu panjang, tapi dia tak tindih aku malam tu tapi dia pegang kedua belah tangan aku dekat sisi sehingga aku tak boleh gerak. Aku punya lah terkejut sampai aku bulat kan betul2 mata aku nak pastikan aku tak salah tengok. Lagi aku tengok, lagi jelas aku nampak. Aku nampak dengan jelas sebab cahaya lampu corridor masuk ikut celah jaring2 atas pintu.Dia melutut tepi katil aku sambil pengang tangan aku. Aku punya la baca ayat qursi, tapi terabur sebab dah panik sangat. 

Aku hanya mampu sebut nama ALLAH tapi tak terkeluar pun suara dari mulut aku. Aku tahu, aku kena lawan juga benda ni. Aku kena kuat. Dalam hati aku tak putus2 berdoa. Akhirnya aku terlepas. Syukur..Aku cakap dekat mak aku pasal ni. Mak aku cakap dekat tok aku dan tok aku cakap dekat Ayah Mad. Ayah Mad ni selalu tolong2 keluarga aku pasal benda ni semua sebab dia ada ilmu pasal ni semua. Kitaorang percaya dengan dia seba dia berubat guna ayat quran. Dia cakap memang ada something kat situ, specifically kt BLOK F tu. Tapi benda tu memang dah ada kat situ. Dia just nak kacau2 je. Husna pun pernah kena. Dia rasa macam ada orang tengok dia and then gelakkan dia.Dia ada pergi jumpa Ustaz juga. Ustaz tu pun cakap ada something dekat situ. Seba tu blok F pernah ada histeria sebab benda tu memang ada kat situ. Dia lagi seronok bila orang suka buat bising......

Ha, tulah ceritanya. Terpulang pada korang nak percaya ke tak sebab selagi korang tak kena selagi tu korang tak boleh nak bayang kan. Nak kata tak ngaji, ngaji dh, tapi kena juga. Tapi kat sini Alhamdulillah tak pernah kena lagi except yang hari tu sekali bilik aku kena ketuk malam2. Bila aku buka takde orang...Cukup lah. Aku tak kuat untuk tengok benda2 macam ni. Aku rasa kecut sampai ke tulang....

Tuesday, June 15, 2010

Liku-liku kehidupan


Assalamualaikum..

Apa khabar ye semua? Wah skema gituh, like so not Fareha.
Okey,entry hari ni nak dashat ( betul ke eja ni, aku ni ada syndrome Dyslexia sikit) pulak kan sebab nak lawan tajuk entry cik Sizuka. Cik Sizuka sila cool bebeh. Okey sebenarnya agak-
agak bosan la juga sekarang ni since takde ape nak buat. Orang cakap boring tapi saya lebih suka macam ni sebab saya ada banyak masa untuk membaca. So, heaven. Tapi kalau dah lama sangat boleh mati akal kebosanan jugak. Oleh sebab kebosanan tulah kitaorang pergi gym. Memang dah hukum nya wajib la kan pergi gym sebab makan banyak dan lemak dah jadi sebahagian isi kami. Sebab sekarang ni sejuk, jadi nak makan banyak Le jadinya. Aku ni dah sampai ambil inisiatif untuk tidur instead of makan sbab nantikan gemuk sangat, orang dah tak kenal FAREHA. Okeh, cerita pasal gym. Kitaorang semalam main basketball je. Penat main tapi peluh tak keluar mana sebab dalam gym tu sejuk. Takde heater, sejuk macam nak gigil. Tapi takkan nak main duk pakai sweater je. Hari ni main basketball dan badminton. Okey main badminton berpeluh sikit. Main dua2 tu. So, agak berpeluh. Masa aku main basket tadi aku terjatuh dan seluar aku koyak dekat lutut. Argh, punya lah aku jaga seluar aku dari koyak sebabbbbbb........bukan senang nak beli seluar kat sini.Aku dah berapa kali nak beli seluar track kat sini tapi takde saiz. Memalukan boleh. Orang kat sini semua saiz dinasor, mane aku nak dapat seluar track saiz aku. Adeh, nahas tuh. Aku dah beberapa kali ushar seluar track tapi tak terbeli sebab saiz besar gedabak. Maknanya kalau aku nak beli aku kena beli saiz budak umur 10-12 tahun. Aaaaaaa...masa nak beli tu malu giler. Hari tu aku nak beli baju tidur thermal yang bila kita pakai boleh jadi warm la kan. Unfortunately takde saiz aku. Kecewa rasa macam nak masuk dalam tong sampah. Oh, melampau pula kamu ni Fareha. Okey, pasrah sebab takleh beli baju tu sebab baju tu cantik dan sangat di perlukan waktu winter. Tetiba cik Sizuka suggest beli saiz budak punya. Aku pun tengok saiz dan cuba2, memang muat dengan aku. Masa nak ambil baju tu punya la sorok2 sebab malu boleh nanti bebudak tengok. Tak pun makaayah diaorang tengok. Tapi tak pe je sebab mesti diorng aku budak2 sebab before this semua orang ingat aku 16 years old. Yeay, muda. Tapi bila diorang tahu aku dah 21, mahu terbeliak biji mata, silap2 boleh pengsan. HAHAHAHA...
Dan sebab terjatuh bukan setakat seluar terkoyak, tapi lutut juga terkoya
k. Melecet..Memang cari nahas la kan. Bila terjatuh rasa lost kejap. Duduk termenung jadinya.


do you know what that black thing is? It's suckers. I just knew it and it's just as simple as suckers. Before this selalu cakap dekat abang2 kt gym tu ' I want the THING to remove the hole cover' tapi hari ni pak cik yang jaga kaunter dia tanya aku ' do you know this thing called?' I said NOPE. Okey, this is suckers. ' Oh, really, just simple as suckers. I thought it has a very complicated name'. Siap bila aku nak pulangkan balik benda tu dia tanya aku..' what is this called?' Aku dengan confident sebut SUCKERS..pak cik tu cakap...'Yeah, you got it'...Of course lah pakcik..Senag je kot.

tengok tangan kami, sampai terluka habis. Main basket je pun tapi kalau dah sorang2 kuku macam pontianak mana tak tercalar-balar habis. Ni dah macam main cakar-cakar. Penat tau, tapi I had fun.


ni ler geng-geng kami yang rajin nak gi gym. Nasib baik ade korang yang rajin nak bermain-main dan ada kesedaran untuk menyimpan lemak..gituh...


oh, I'm holding that suckers..Am I bad?weakkkkk

semester break sekarang ni dah sampai ke pertengahan. Tapi kitaorang tak habis exam lagi. Pelik tak? Cuti tapi ada exam. Yang xleh diterimanya takde study week. Kitaotang still ada assignment nak kena submit pada minggu exam. Gilo x? Tapi nak buat macam mana, dah sistem kat sini macam tu. Nak tunggu satu lagi exam jenuh, dah boleh gi vacation dulu dan balik amik exam. Eleh ko fareha...nak mati macam tu? Macam bagus dan pandai je ko kan...Tak sabar nak habiskan BERSATU Games and go away from Auckalnd. Wellington, tunggu kadatangan kami...Mt. Ropehu.. sila bersalji pada 12 Julai..cesh Fareha, kau mengada...


Punya lah meracang perjalanan sampai berapa kali kitaorng meeting untuk trip ni. Takut ada perselisihan paham. Buka senang nak gi vacation kalau ramai-ramai ni. Yang penting kena ada kerjasama. Aku selaku orang yang bertanggung jawab nak merancang route peralanan ni makin bingung untuk tengok peta kena siap bajet masa perjalanan lagi. Mujur lah GPS ku banyak menbantu..Diatas ni hasil kerja ku...Mabuk aku tengok nama tempat kat sini..Tongue Twister ever...

Antara route kami: tamahere, putaruru, ngongohota, waitopu, wairake, rangitaiki,tarawera, pukehoue,ketahuna,poteno, paekakariki...oh dah, tak perlu sebut banyak2 nanti mabuk perkataan jadinya. Tapi aku nak kena ingat juga benda ni sebab aku yang akan inform kawan-kawan tempat kitaorng sampai..Aku ni dah la otak lemah sikit nak ingat benda yang susah nak eja ni...Adush,,.,

Sunday, June 13, 2010

'This is Albany'

Hey,
Yesterday I went to Albany...yep, for the first time and for the second time being in North Shore. Like we always did, Izzati and me exploring the place like hell. It wasn't far
actually, but the things was we .....actually....erk,missed the bus stop or in other word can I say we were lost? Not really..we were just didn't notice the bus stop. Exploring is very synonym with us. Back in JB we were exploring the place until we were tired and completely lost. I still remembered the time we ;Izzati and me had mistaken to take the wrong way until we were lost at Perling ( Perling je pun) and didn't know how to get out from the high way. So sad...BOOOOoooo....but that is we are good for.
So, trying to find Albany wasn't that hard for us. With the help of our printed map and GPS, finally we could find the place. It was fantastic and breath taking and we found beautiful places erm..not places but beautiful spots and we snapped few pictures..Here we go..



tetiba terjumpa alur air macam scene cerita Anaconda..scary


merenung hari-hari mendatang...bluerkkk..


nice pic..tak sangka cantik


the station we should stop but we missed it and we had to wait for another 1 hour...suffering


we love the sun but it doesn't help to keep us warm now...egegege..it's freaking cold


this is Alby..Alby vs Albany...hurm doesn't makes sense..LOL..I just wanna say I enjoy rugby very much..I saw many young children and teenagers playing rugby at their school along the way to Albany.

I'm madly, deeply,truly, passionately in LOVE with rugby. Hey not specifically at the players but the games itself. Can't wait for the next season. But now is FIFA fever. Everybody put rugby aside. But next year is Rugby World Cup and it will be here. Keep an eye on it..Cesh, semangat habes...

Friday, June 11, 2010

No heart feeling

Assalamualaikum..
Hi, kawan-kawan, saya dah habis jawab exam 225 yang memang menyerabutkan kepala.Sadly, I'm not able to finish all the questions. I need extra time. I left few parts tadi. Huhuhu, menulis punya lah cepat. Bukan setakat cakar ayam dah, ni memang dah sampai tahap cakar dinasor. Punya la speed dan tulisan jadi besar. Kalah budak darjah 1. Tapi dengan selamba keluar exam hall buat tak tahu pape. Malas nak fikir.Nanti lagi serabut kepala otak. Lepas exam tadi, Husna tanya nak pergi mana, aku cakap balik lah sebab nak buka puasa. Dia tanya nak gi Lim Chor tak. Since aku jalan sorang-sorang aku ikut je lah dia ngn Kira gi Lim Chor. Bila sampai sana diaorang tengah makan dekat Ayuttaya. Aku pun tak tahu nak makan ke tak. Tapi alang-alang aku dah duk situ baik aku buka puasa terus. Bila aku cakap aku nak makan, Adrian terus cakap dia nak belanja. Aku cakap tak payah tapi dia nak belanja juga sebab dia belanja semua orang. Alhamdulillah, murah rezeki. Kenyang aku hari ni. Entah nape la dia belanja. Dia cakap sebab dia gila jawab soalan exam tadi. Memang terbaik lah. Tapi dia memang selalu gila sampai aku tak ahn nak gelak.


adrian yang kegilaan waktu study, but he's brilliant. budak lompat la katakan

Oh, lepas ni agak -agak boleh rest la sikit sebelum start next exam on 25th June. Wish me luck guys.