(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.(Al-Anfal 9)
Khamis, 20 Februari 2014
Induk Pamungkas Pembangkitan Roh Amalan(IPRA)
IPRA ataupun Induk Pamungkas Pembangkitan Roh Amalan merupakan sebuah ilmu tunggal ataupun tunggak amalan yang sangat di rahsiakan oleh guru. Apabila ilmu ini di bangkitkan/di hidupkan, cukup dengan satu amalan(IPRA), maka ianya akan memberi kekuatan/ membangkitan dan menyatukan seluruh ilmu yang ada.
Amalan ini merupakan pintu masuk anda ke alam kebatinan dan ianya merupakan sebuah teknik pembangkitan energy zikir dan merupakan pembangkitan kepada semua energy yang bersifat kerohanian.Ianya merupakan sebuah amalan zikir teknik dan teknik pembangkitan energy yang sangat di rahsiakan oleh guru guru perguruan. Cukup dengan satu amalan iaitu IPRA, maka ianya akan membangkitan segala ilmu yang ada dalam khazanah atau yang pernah anda amalkan.
MAHAR PELEPAS: RM400.00
Kaedah Pembelajaran : Bertemu/ Jarak Jauh
Selasa, 18 Februari 2014
Kisah Rawatan Pelajar/ Perawat
ZINK DAN IKAK SEBAGAI SENJATA TERAKHIR
Assalamualaikum wbt....
Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….
Kisah rawatan ini berlaku seminggu yang lalu, tujuan saya coretkan di sini sekadar perkongsian pengalaman untuk kita sama-sama ambik iktibar betapa segala sesuatu itu letaknya pada kuasa dan izin Allah SWT..Sebenarnya rakan pesakit menelefon saya pada awal pagi Isnin lebih kurang jam 1.30 pagi tapi tak terjawab kerana saya dah “koma” lebih awal….keesokan harinya rakan pesakit menelefon kembali dan memberitahu masalah yang dihadapi oleh pesakit….
Menurut beliau pesakit telah kerasukan sejak 12.30 malam hinggalah akhirnya pesakit tertidur kerana kepenatan….mereka cuba mendapatkan bantuan pada malam itu dari beberapa orang perawat tapi tidak berjaya, termasuklah saya….rakan pesakit meminta pertolongan saya untuk datang merawat, dan saya janji untuk datang pada petangnya kerana pesakit telah mula sedar, dan saya juga sudah ada temujanji rawatan dengan pesakit di Taman Samudera Sandakan….
Petang hari tersebut, lebih kurang jam 3.00 petang saya tiba di rumah pesakit seorang diri…rakan pesakit ada maklumkan saya untuk bawa kawan kerana takut pesakit kerasukan dan tiada kaum lelaki di rumah pesakit, cuma isteri dan ibu mertuanya saja….Allahuakhbar…saya beritahu saya tak pernah bawa kawan pergi merawat, dan saya minta pertolongan rakan-rakan pesakit untuk datang membantu saya, selebihnya saya hanya pasrahkan dan bertawakkal pada ALLAH SW. Saya disambut mesra oleh pesakit, yang merupakan seorang tentera, ibu mertua serta isterinya…mereka berasal dari salah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia dan bekerja di sini. Jelas kelihatan di wajah pesakit kepenatan dan kesakitan yang dialami, hingga wajahnya kelihatan suram dan tidak bermaya.
Setelah berbual-bual dan mengetahui serba sedikit “pucuk pangkal” kisahnya (kes sihir), saya memulakan rawatan ke atas pesakit…saya mulakan dengan pembuka kunci Terapi Amalan Nur Hikmah (TANH), dan diteruskan dengan Rukyah….pada ketika saya membaca Ayatul Qursi, saya ulang-ulang bacaan sebanyak mungkin pada lafaz “walaayauuduhu hifzuhuma” hinggalah tiba-tiba pesakit muntah dengan banyaknya. Dan ia tidak berhenti setakat di situ saja, pesakit terus muntah dengan banyaknya hinggalah saya tutup rukyah tersebut dengan Doa Nurbuwwah….
Pada ketika itu pesakit merasakan kaki kirinya kebas dan
bahagian dada kirinya terasa panas….saya tidak berfikir panjang lalu membacakan
Zikir Inti Nur Kalimah (ZINK) dengan niat dan tawakkal saya menyerahkan segala
urusan atas kehendak ALLAH SWT…
Saya bacakan ZINK 1 set hingga selesai, Alhamdulillah
pesakit tidak kerasukan sepanjang sesi rawatan, dan rasa kebas serta panas di
dada telah hilang….rawatan saya tutup dengan memandikan pesakit dengan kaedah
Doa Nubuwwah…kemudian saya bergegas untuk pulang kerana mengambil anak-anak
dari sekolah….
Pada malamnya, lebih kurang jam 8.30 saya mendapat sms dari
rakan pesakit meminta saya datang semula kerana isteri pesakit pula seakan
mengalami gangguan…Saya maklumkan pada isteri terpaksa lewat pulang malam
nanti, Alhamdulillah kerana isteri juga amat memahami….
Saya tiba di rumah pesakit dalam jam 9.15 malam. Ketika tiba,
kelihatan wajah pesakit yang dirawat tadi tidak lagi kelihatan suram atau pucat
seperti sebelumnya…dalam hati saya panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat ALLAH
SWT……Walaubagaimanapun, isteri pesakit pula (saya namakan saja sebagai Puan S)
mengalami perasaan yang tidak menentu terhadap suaminya sejak lepas maghrib
lagi….dia seakan marah dan benci pada suaminya…ketika duduk berhadapan saya
juga Puan S tidak mahu melihat ke arah saya dan sentiasa memalingkan mukanya….
Saya minta dia berwuduk, kemudian saya mulakan rawatan dan
rukyah yang sama seperti sebelumnya….ketika sampai pada Ayat Qursi yang
diulang-ulang, Puan S juga mengalami muntah-muntah yang banyak. Selepas saya
membacakan ayat dari Surah ArRahman, saya memanggil nama Puan S, tetapi dia
hanya diam dengan mata terpejam…tahulah saya beliau telah kerasukan. Saya cuba
berdialog dengan gangguan yang ada dalam tubuh Puan S, tetapi tidak berhasil
malah Puan S mula meronta-ronta dengan ganas sambil berteriak “Aku benci
kau…aku benci kau!!!”. Bayangkan ketika itu 6 orang, termasuk saya memegang
Puan S namun seakan tidak berdaya menahan rontaan Puan S yang amat kuat…saya
sendiri cuba digigit dan diludahnya beberapa kali….
Saya cuba menggunakan beberapa kaedah mengazab dan rukyah
pembakar namun semuanya menemui jalan buntu….gangguan masih berdegil tidak mahu
keluar dari tubuh Puan S. Adakalanya gangguan tersebut seakan mengejek-ejek
saya untuk melemahkan semangat kami yang cuba membantu Puan S, namun tidak saya
pedulikan…kerana saya yakin yang gangguan itu juga sedang terseksa dan terazab
dalam tubuh Puan S dengan bacaan Ayat Pembakar dan kaedah-kaedah azab yang
dilakukan….Cuma saja ia degil dan masih mampu bertahan.
Saya melihat jam sudah hampir jam 11 malam….tak boleh jadi
ni…..”Ya ALLAH bantu hambaMU(diri saya) yang hina ini”…..bisik hati saya….
Saya perbetulkan sila sambil kedua tangan saya memegang
kepala Puan S, saya heningkan diri dan mulakan Kunci Pembuka ZINK….saya
serahkan segala-galanya atas kehendakNYA Yang Maha Kuasa….Saya tenangkan hati,
saya pejamkan mata, saya mulakan bacaan Zikir Inti Nur Kalimah dengan bacaan
yang jelas dan tenang, tidak kelam kabut….saya hayati setiap bait-bait zikir
yang diucapkan….kelihatan jelas setiap huruf-huruf yang dizikirkan pada
“pandangan mata” saya bercahaya putih….satu persatu muncul senada dengan alunan
zikir….Subhanallah….
Ketika bacaan ZINK pada set kedua, saya dapat merasakan
rontaan Puan S semakin lemah….hinggalah pada bacaan ZINK set ketiga dalam
keadaan samar-samar gangguan dalam tubuh Puan S bertanya kepada saya
berulang-ulang…”Siapa kamu???....siapa kamu?....kenapa bantu dia???....kenapa
kau bantu dia???....” Saya diamkan diri tanpa menjawab persoalan itu, saya
tumpukan pada zikir ZINK yang dialunkan hinggalah ketika tiba pada bacaan zikir
“Ya Siiin”….tangan kanan saya bergetar dan dapat saya rasakan aura gerakan
seperti dalam Jurus IKKAK menggerakkan tangan saya pada leher Puan S kemudian
membuat gerakan menyembelih….Zikir ZINK tetap saya teruskan hingga selesai dan
akhirnya Puan S muntah sekali lagi….Alhamdulillah, Puan S sedar semula dan
dalam keadaan yang cukup letih…..
Sebelum pulang, pesakit sekeluarga minta saya datang sekali
lagi keesokan harinya untuk pagar rumah mereka, dan saya berjanji untuk datang
semula malam keesokannya selepas Isyak…
Ketika sampai di rumah, secara tiba-tiba hati saya tidak
tenang, tangan kiri saya sakit menyucuk dan kebas semacam….hmmm…apa pulak ni?
Saya pejamkan mata dan berzikir, “hati kecil” saya berkata ada serangan dari
luar rupanya….Saya perbetulkan sila menghadap kiblat, saya gunakan IKKAK untuk
menangkis segala serangan yang dituju…kemudian dilanjutkan lagi dengan Hizb
Sakron, dan saya akhiri dengan Zikir Inti Nur Kalimah sebagai pendinding diri
dan keluarga….Al-hamdulillah rasa sakit dan kebas ditangan hilang serta merta dan
hati saya kembali tenang….
…..bersambung……
Langgan:
Catatan (Atom)